Posts

Showing posts from June, 2017

Kalau tak fokus, baik Pas jangan jadi pembangkang

Image
KOTA BHARU – Tidak perlu menjadi pembangkang jika Pas tidak lagi fokus kepada menjatuhkan kerajaan sedia ada, kata Presiden Parti Amanah Negara, Mohammad Sabu.

Menurutnya, lebih baik Pas menukar status parti itu menjadi badan bukan kerajaan (NGO) jika mereka melihat Umno bukan lagi musuh mereka, sekali gus tidak perlu menjatuhkan parti pemerintah itu untuk PRU akan datang.

“Mereka mengatakan Umno bukan lagi musuh mereka, mereka tidak perlu jatuhkan kerajaan. Kalau parti politik pembangkang tidak mahu jatuhkan kerajaan, baik jadi NGO,” katanya kepada media di sini.

Beliau menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Negara di Dewan Perniagaan Cina, di sini.

Menurutnya, dalam masa yang sama juga, Amanah melihat tiada keperluan lagi Pas di Malaysia memandangkan parti itu sudah dilihat jauh tersasar daripada perjuangan asalnya.

Injuksi mahkamah halang pembinaan projek tiga jalan raya dan terowong di Pulau Pinang

Image
Injuksi mahkamah akan digunakan bagi menghentikan tiga projek jalan raya dan terowong bawah tanah yang mahu dibina kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa wujud banyak ‘hanky panky’ dan percanggahan fakta.

Naib Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai mempersoalkan wujud urusniaga mencurigakan dalam Pakej A pembinaan jalan raya dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang apabila kerajaan Pulau Pinang membayar terlalu tinggi bagi kajian kebolehlaksanaan kepada pihak konsultan.

“Kita mendesak kerajaan Pulau Pinang menjelaskan mengapa kajian kebolehlaksanaan bagi pakej pertama iaitu jalan berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang adalah sangat tinggi sebanyak 32 peratus daripada kos pembinaan.

“Kos pembinaan itu hanya RM377 juta tapi kos untuk kajian kebolehlaksanaan itu sebanyak RM120 juta, jadi ini sangat tinggi,” jelasnya.

Hoe Chai berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan, Cheras, Jumaat.

Tambah Hoe Chai lagi, kos tersebut tidak logik apabila kos kajian kebolehlaks…

Tiada maaf bagi mu...gerakan gempur PATI bermula tengah malam ini

Image
Masa yang cukup sudah diberikan.Bukanlah seminggu dua tetapi sejak 15 Februari lalu Jabatan Imigresen adakan program membolehkan para majikan membuat pendaftaran pekerja asing mereka yang tiada permit.

Setakat jam 8 pagi ini, hanya 23 peratus iaitu 155,680 PATI melibatkan 26,957 majlikan telah membuat permohonan dan sebanyak 140,746 E-Kad telah dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.

Jadi jangan nak marah atau membebel bagi segala macam alasan jika kena tindakan.

Bermula tengah malam Jumaat Jabatan Imigresen akan melaksanakan operasi gempur besar-besaran di seluruh negara bagi mengesan pendatang tanpa asing (PATI) selaras dengan tamatnya tempoh permohonan kad sementara atau 'Enforcement Card' (E-Kad) hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya ternyata kecewa dengan sikap berlengah para majikan yang tidak membuat pendaftaran dengan lebih awal walaupun program tersebut telah dilancarkan sejak 15 Feb lalu.

Menurut…

Ramalan Nujum Pak Belalang....Ingat Di Zaman Kau Madey Ker?

Image
Tua Tua lagi masih tidak sedar diri lagi nak berbohong...kalau PM nak kuasai Buat mansuhkan ISA...?Madey makin tua makin kuat pembohongnya....dengan menipu penyokong DEDAKNYA.

Inikah rakan seperjuangan yang MAHATHIR banggakan.?

Image
Ini sial punya olang...nak merasa sangat kah..negara huru hara...

Kenyataan Dr. M tiada asas - Salleh

Image
KUALA LUMPUR 29 Jun - Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kemungkinan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertindak keras ke atas pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai DAP tidak mempunyai asas yang kukuh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, ini kerana tindakan menahan dan memenjarakan pemimpin terutama dalam kalangan pembangkang merupakan strategi yang diamalkan semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

“Antara tempoh 1998 hingga 2001, Dr. Mahathir menahan ramai tokoh yang menentang beliau.

“Dr. Mahathir juga menggunakan undang-undang penahanan tanpa bicara untuk menangkap pihak yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah,” katanya menerusi blog beliau hari ini.

Hari ini, Dr. Mahathir berkata, kerajaan pimpinan Najib akan bertindak keras ke atas pemimpin pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dr. Mahathir berkata, langkah menangkap pemimpin pembangkang dibuat bagi menakut-nakutkan pe…

Kelakar Betul!!!!! Husam calon MB Pakatan Harapan?

Image
KOTA BHARU - Pakatan Harapan dijangka menamakan Naib Presiden Amanah,  Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya tampuk kerusi di negeri ini bertukar tangan dalam PRU14 nanti.

Perkara itu disuarakan oleh Ketua Parlimen DAP,  Lim Kit Siang ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Parti Amanah di Dewan Perniagaan Cina di sini hari ini.

Kit Siang berkata, beliau mahu melihat pada Aidilfitri akan datang, tampuk kerusi kepimpinan kerajaan Kelantan akan berubah dengan kepimpinan diterajui oleh Husam.

"Kita kena ubah Kelantan dan mengikut kata Presiden Amanah (Mohamad Sabu), kita ada harapan, oleh itu  pada Aidilfitri tahun depan kita mahu ada menteri besar yang baharu.

"Kita tunggu perubahan besar ini dan kita mahu tahun depan rumah terbuka  yang berbeza dan saya datang ke Kota Bharu untuk meraikan kejayaan  dibawah kerajaan Pakatan Harapan Kelantan dibawah Datuk Husam," katanya disambut oleh ribuan penyokong pakatan.

Husam sebelum ini menjawat Exco…

Gadis Singapura Dakwa Dihidangkan "Kemaluan Lelaki" Goreng Oleh Peniaga Pulau Pinang

Image
Tular di media sosial, seorang pelancong wanita berusia 24 tahun dari Singapura mendakwa beliau dihidangkan "kemaluan lelaki" goreng selepas memesan ayam goreng di sebuah medan selera popular yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang.

"Ketika bersiar-siar di sekitar kawasan terbabit, saya terasa lapar dan mengambil keputusan untuk singgah dan makan malam di sebuah medan selera berdekatan", jelas wanita itu.

"Saya hanya memesan ayam goreng, dan sebaik pesanan sampai, saya amat terkejut kerana makanan tersebut menyerupai kemaluan lelaki," tambahnya lagi.

Dengan was-was, wanita itu dikatakan mengoyak perlahan-lahan cebisan daging yang dihidangkan kepada beliau sebelum memutuskan bahawa sememangnya itu adalah kemaluan lelaki goreng.

"Saya kurang pengetahuan tentang kemaluan lelaki, tetapi dari apa yang dilihat sememangnya ia adalah benda yang saya maksudkan,"

Susulan itu, wanita terbabit telah bertindak meminta bayaran ke atas makanan tersebut dipu…

Mahfuz Sokong Jelajah PH Walaupun Ditolak PAS

Image
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyokong jejalah Pakatan Harapan bagi memastikan dakwaan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB diketahui rakyat, walaupun partinya menolak pelawaan pakatan pembangkang.

“Saya sokong kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan hasrat Pakatan Harapan menganjurkan himpunan atau jelalah seluruh negara untuk menjelaskan skandal 1MDB kepada rakyat. Perkara ini perlukan perhatian rakyat,” kata Mahfuz kepada FMT.

Apabila disoal mengenai partinya yang menolak pelawaan pakatan pembangkang menyertai jelajah itu, beliau berkata PAS berhak menolaknya.

“Tetapi rakyat dan individu ahli PAS mempunyai pemahaman yang berbeza dalam isu DoJ,” katanya.

Mahfuz berkata walaupun pimpinan PAS menganggap saman sivil DoJ berkaitan 1MDB sebagai “campurtangan asing”, ahli PAS sedar dan faham ini bukan soal campur tangan asing.

Bekas naib presiden PAS itu mahu memberitahu pimpinan partinya yang DoJ tid…

Orang Yang Kecam Imam Dan Tok Kadi Perempuan, Zalim Macam Kaum Quraisy- Zuriani

Image
Zuriani Tan Sri Abd Khalid atau dikenali sebagai Ani Zonneveld enggan menerima kecaman terhadap tindak tanduk beliau yang bertentangan dengan ajaran Islam.  Ajaran Islam yang penuh dengan kesederhanaan cuba diubah oleh golongan liberal ini menjadi semakin mirip kepada Kristian.

Beliau menuduh golongan konservatif Islam yang mengecam tindak tanduk golongan liberal sepertinya sebagai golongan penzalim dan tidak ubah seperti kaum Quraisy.

Beliau menyatakan demikian di dalam sebuah wawancara bertajuk ‘Malaysian female imam hits back at critics’ bersama portal The Malaysian Insights.

Menolak untuk memberikan sebarang komen berunsur peribadi kerana risaukan keselamatan keluarganya, beliau meneruskan kritikannya kepada sikap umat Islam yang menolak pembaharuan agama yang dibawa olehnya bersama kumpulannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau bukan sebahagian dari penggerak pusat sembahan Ibn Rushd-Goethe yang mencetuskan kontroversi di kalangan dunia Islam.

Beliau ke sana kerana dijemput…

MAHATHIR PANIK, PENGADU DOJ BAKAL DITANGKAP?

Image
BUKAN lagi rahsia bahawa pengumuman Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat baru-baru ini berdasarkan kepada aduan yang dibuat oleh beberapa pihak dengan bermotifkan politik mahu mengulingkan kerajaan Malaysia bagi memastikan kepentingan peribadi serta politik mereka tercapai.

Cuma identiti pengadu tersebut telah dibongkar oleh beberapa buah portal. Perkara ini mengundang serangan panik dikalangan dalang yang merancang pemberontakan atau dengan lebih tepat pengkhianatan memandangkan mereka boleh dikenakan hukuman berat atas kesalahan tersebut.

Konspirasi berlaku apabila dua orang atau lebih bertindak secara terancang untuk melakukan jenayah. Dan konspirasi untuk menghancurkan negara dan/atau perdana menteri dengan niat untuk melunturkan keyakinan orang awam dan asing kepada negara dan merosakkan ekonomi negara sama dengan sabotaj ekonomi.

Ia merupakan perbuatan khianat dan mereka boleh didakwa dengan tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, jenayah yang membawa huku…

Pembangkang takut ditelanjang dengan kebenaran

Image
Pakatan pembangkang  terpaksa menggunakan strategi politik dengan mengitar semula laporan Department of Justice (DoJ) dalam usaha mereka untuk mengalih perhatian isu kerugian forex  dialami Bank Negara Malaysia (BNM) yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 90an.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan kabinet untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Forex, mencetuskan suasana panik pada pakatan pembangkang.

Kata Annuar, kerugian BNM pada ketika itu dipercayai didalangi oleh Dr Mahathir dan pakatan pembangkang telah mengetahui bahawa mereka tidak mampu menghadapi PRU ke-14 nanti tanpa bekas Perdana Menteri itu.

“Mereka tahu jika kebenarannya diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti.

“Ada yang mengatakan pembabitan wang rakyat bernilai sehingga RM100 bilion dalam isu tersebut telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembang…

Kit Siang: PAS bakal hilang Kelantan...Tak Sedar Selangor Bakal Hilang

Image
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa PAS dibawah kepimpinan Datuk Seri Hadi Awang akan kecundang di Kelantan dalam pilihanraya umum susulan enggan duduk bersama pembangkang lain dalam merungkai permasalahan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di negara ini.

“Saya melihat pilihanraya akan datang bukanlah mengenai percaturan PAS menawan lima negeri atau tidak, tetapi adakah parti Islam itu mampu mempertahankan negeri yang ditadbirnya sejak tahun 1990.

“Adakah kepimpinan Hadi akan menyebabkan partinya tewas dengan cara yang sama beliau kecundang di Terengganu pada 2004 selepas memenangi negeri itu pada pilihan raya 1999 atas faktor gelombang reformasi Anwar Ibrahim?” kata beliau semalam di Kemaman dalam  program jelajah Desa Pantai Timur.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mendakwa hubungan baik Hadi serta sokongan dengan Kerajaan Persekutuan dianggap sebagai menyekat sebarang bentuk penyelesaian ke atas skandal 1MDB.

“Kini segalanya diserahkan kepada rakyat Malaysia untuk menyelamatkan …

Pakatan Harapan terdesak, sanggup anjur lagi perhimpunan haram

Image
Hasrat Pakatan Harapan mengajak rakyat turun ke jalan raya untuk mengadakan perhimpunan haram disifatkan sebagai tindakan terdesak mereka dalam usaha meningkatkan momentum politik mereka menjelang PRU ke-14 nanti.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengecam penganjuran itu dan menegaskan, momentum pembangkang telah menurun berikutan segala serangan dan tuduhan politik mereka terhadap pucuk pimpinan negara telah dapat dipatahkan oleh Barisan Nasional.

Malah, menurut Zahidi, pakatan pembangkang terus berasa terpukul apabila rakyat semakin teruja dengan kejayaan beberapa program transformasi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya sifatkan dengan keadaan pakatan pembangkang yang bercelaru ini, mereka menggunakan strategi berhimpun ini hanya untuk kepentingan politik mereka, kononnya mereka ini membela nasib rakyat.

“Pilihan raya dah dekat, jadi sebab itu perhimpunan ini dilihat sebagai cara cepat nak mengembalikan momentum politik mer…

Pembatalan tahaluf siyasi PAS-PKR beri kesan kepada semua parti pembangkang

Image
GOMBAK: Tindakan PAS memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR dijangka bakal memberi kesan kepada keseluruhan parti pembangkang, demikian pendapat Ketua Assabiqun PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif.

Tegasnya, keputusan itu dilihat akan memberi senario baru dalam dunia politik di negara ini kerana parti Islam itu bakal menjadi pesaing kuat kepada semua parti lain apabila yakin untuk bergerak sendiri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Dia memberi impak yang besar kepada politik pembangkang di negara ini, bukan sahaja kepada PAS, tetapi kepada semua parti pembangkang.

“Dan ia juga menjadi satu ancaman kepada Umno dengan pendekatan yang ada pada PAS sekarang ini dan Barisan Nasional (BN),"katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.

Beliau turut mengkritik tindakan beberapa pemimpin parti lain yang sebelum ini mendesak tiga Exco PAS di Selangor untuk meletakkan jawatan yang disifatkannya sebagai mengarut dan tidak wajar.

“Jadi kalau orang kata PAS patut letak ja…

PAS Tidak Diperlukan Lagi, Sudah Tersasar, Kata Mat Sabu....Bukan Kah Amanah Ker?

Image
Parti Amanah menyifatkan pendekatan yang digunakan PAS sekarang sudah tidak sesuai dengan Islam.

Presidennya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, perjuangan PAS sudah tersasar malah rakyat juga semakin jauh daripada parti tersebut.

Sehubungan itu, kata beliau, Amanah sedia mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang memandangkan PAS sudah tidak diperlukan lagi di negara ini.

“PAS sudah tersasar daripada dasar perjuangannya, malah cara pendekatan mereka sudah tidak sesuai dengan Islam kerana sering bergaduh dengan rakyat dan Orang Asli.

“Jadi rakyat memerlukan Amanah bagi mengambil alih pentadbiran Kelantan berikutan pentadbiran negeri itu sudah rosak dan parah,” katanya

Hanya Bergantung Pada Mahathir, Armada Patut Singkirkan Syed Saddiq

Image
Parti Pribumi Bersatu Malaysia didakwa hanya bergantung kepada aura legasi Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, semata-mata dan dijangka tidak mampu bertahan lama sebagaimana parti serpihan lain sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini antara punca beberapa Exco Armada bertindak membuat laporan polis setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Menurutnya, parti itu kononnya berjuang untuk sebuah negara yang bersih dan telus, jadi mereka perlu buktikan pemimpin mereka benar-benar bersih dan telus. Perlu ada audit khas terhadap kekayaan luar biasa anak-anak Mahathir dan isu ini perlu dirungkai segera.

“Tindakan beberapa Exco Armada itu ada asasnya, namun ‘dedak’ dan ‘sogokan’ dijadikan alasan bagi mengekang fenomena pemberontakan kecil dalam parti itu.

“Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu buktikan beliau layak dan mempunyai daya tahan memimpin sebuah parti pembangkang. Pemuda UMNO Kedah sarankan Armad…

MAHATHIR, KIT SIANG TIDAK LAGI UTAMAKAN NEGARA DAN RAKYAT?

Image
Tindakan tanduk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dilihat tidak lagi berjuang untuk kepentingan rakyat Malaysia, sebaliknya lebih mengutamakan keluarga dan kroni masing-masing.

Kedua-dua pemimpin yang pernah bermusuhan itu dan saling tuduh-menuduh pada satu ketika dahulu sedang berusaha menutup kesilapan lampau masing-masing.

Namun rakyat kini telah mula membuka mata dan sudah bersedia untuk menghukum parti yang mereka wakili pada pilihan raya umum ke-14.

Serangan bertali arus tanpa asa kukuh terhadap kerajaan dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, hanya bertujuan untuk mempertahankan kedudukan dan empayar keluarga.

Kedua-kedua pemimpin pembangkang itu sedang mengalih isu besar yang mereka hadapi semata-mata untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang sedang berusaha keras memulihkan ekonomi negara.

Kit Siang pernah mendesak kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal kerugian b…

PAS Akur Dan Hormat Keputusan PKR Tamatkan Khidmat Di Kelantan – Tuan Ibrahim

Image
PAS akan akur dan menghormati keputusan PKR menamatkan khidmat semua lantikan politik parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak akan mencampuri urusan parti lain termasuk PKR yang enggan meneruskan kesinambungan khidmat wakilnya dalam pentadbiran Kelantan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Bagi pihak kerajaan Kelantan kita pun dah buat kenyataan bahawa kalau sekiranya hak parti sama ada PKR nak tarik diri atau nak teruskan bersama dengan kerajaan Kelantan,” katanya kepada Antarapos.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan untuk mengekalkan wakil PKR dilakukan sebagai menghormati mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu yang dipraktikkan dalam pentadbiran negeri Selangor.

“Secara peribadi bagi pihak PAS sebagaimana tindakan yang dibuat di Selangor kalau boleh tindakan yang sama dibuat di Kelantan.

“Tetapi oleh kerana ia hak parti maka terpulang kepada partilah, kal…

DOJ: PEMBANGKANG AMBIL KESEMPATAN UNTUK TUTUP KELEMAHAN SENDIRI, KATA PENGANALISIS

Image
Pembangkang mengambil kesempatan di atas isu saman sivil Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang membelenggu mereka.

Pakar Geostrategi Azmi Hassan berkata, pihak pembangkang sudah lama menunggu peluang, dan ‘campur tangan’ DoJ pada ketika ini digunakan sebaik-baiknya untuk menutup kelemahan mereka.

“Ya ada kebenaran yang dikatakan pihak pembangkang menggunakan isu 1MDB kerana sudah dua, tiga tahun isu ini dilaungkan dan dikatakan ditiup mempunyai semangat baru apabila saman DoJ yang kedua dilontarkan dua tiga minggu lepas,”ujarnya ketika dihubungi oleh Antarapos.

“Jadi dalam hal ini tidak keterlaluan kalau saya mengatakan bahawa mereka bersungguh-sungguh menggunakan isu 1MDB dan menggunakan faktor saman DoJ itu untuk menutup kelemahan-kelemahan serta kesilapan dalam pakatan pembangkang itu sendiri.

“Ini dikatakan strategi lumrah yang digunakan, mereka dikatakan menggunakan satu isu yang…

PAS BOLEH BERGABUNG DENGAN MANA-MANA PARTI, TAPI…

Image
PAS tidak menolak untuk bergabung dengan parti politik lain selepas Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, sekiranya itu yang dimahukan ahli dan penyokongnya.

Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan bagaimanapun enggan memperincikan parti mana yang menjadi ‘pilihan’ PAS, namun menegaskan parti itu tidak mengamalkan politik statik.

Kerjasama yang bertujuan membentuk kerajaan itu, menurut Nasruddin, perlu mengutamakan prinsip rakyat selain tidak menggadaikan perjuangan PAS yang berlandaskan Islam.

“Jika itu realiti yang berlaku dalam pilihan raya beerti satu parti tidak boleh bentuk kerajaan. Mahu tidak mahu, untuk membentuk kerajaan mesti ada kerajaan campuran.

“Siapakah parti, atau pilihannya, kita tidak boleh tentukan sekarang. Mesti melihat kepada kepentingan dasar perjuangan dan rakyat. Itu sudah kita pastikan. Politik terbuka, jangan ditutup,” ujarnya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.

PAS sebelum ini kerap dituduh akan mengadakan hubungan politik dengan Umno Barisan Nasional (BN) se…

Skandal forex: Kenapa RCI perlu ditubuhkan?

Image
Kesan aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) pada awal 1990-an yang membawa kepada kelemahan nilai ringgit sehingga ke hari ini, menjadi faktor kritikal mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal itu perlu ditubuhkan.

Bekas Pengurus Kanan Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), Dr. Rosli Yaakop berkata, penglibatan BNM di dalam aktivi­ti forex itu membawa kepada dua impak buruk, iaitu ringgit mula di­minati oleh spekulator asing untuk ‘dipermain-mainkan’ dan ke­dua, rizab bank pusat semakin berkurangan akibat kerugian forex.

Katanya, dua impak buruk itu saling berkaitan kerana setiap kali ringgit diserang spekulator, BNM akan menggunakan rizab untuk menstabilkan ringgit, tetapi apabila rizab sudah tidak mencukupi, bank pusat tidak lagi mampu untuk mempertahankan kejatuhan ringgit.

“Impak daripada skandal ini adalah berpanjangan dan dirasai sehingga kini, maka amat kritikal RCI ditubuhkan. BNM telah kehilangan jumlah rizab yang banyak kerana aktiviti fo…

Ribut kuat dalam kawasan tapi MP DAP tak turun padang

Image
Bukanlah mengejutkan... tapi perbuatan tidak bertanggungjawab ini menunjukkan bahawa DAP hanya melalak siang malam mencari salah BN bukannya untuk berkhidmat pada rakyat.

MCA Bahagian Seremban menyelar tindakan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang tidak turun padang membantu mangsa ribut di Mantin, Ahad lalu.

Ketuanya, Siow Koi Voon berkata, pemimpin pembangkang itu tidak mempedulikan nasib yang menimpa mangsa sedang­kan pada hari kejadian.

“Perkara yang lebih menjelikkan adalah apabila ADUN Nilai, J. Arul Kumar memberitahu akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa Anthony berada di China atas urusan rasmi.

“Untuk makluman, MCA turut berada di majlis terbabit dan mendapati Anthony dan Arul Kumar duduk bersebelahan. Kami mahu tanya, makan malam lebih penting atau masalah penduduk,” katanya.

Ahad lalu, sebanyak 26 buah rumah rosak akibat dilanda ribut bersama hujan lebat di tiga kawasan berasingan di Mantin meliputi 21 rumah di Taman Desa Mantin, dua di Mantin Dalam, dua di Kampu…

Fadillah Kesal Syarikat Konsesi Pembinaan Terowong Dasar Laut Kaitkan Namanya

Image
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kesal syarikat konsesi yang ditawarkan projek terowong dasar laut dan 3 projek jalan utama bernilai RM6.34 bilion cuba menggunakan nama beliau dan kementerian untuk mempertahankan diri berhubung isu terlebih bayar bayaran perunding.

Fadillah dalam kenyataan semalam berkata, beliau dalam beberapa kenyataan sejak tahun lepas mengingatkan syarikat itu dan membangkitkan jumlah kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk bagi projek tersebut iaitu RM305 juta adalah terlalu tinggi, termasuk kenyataannya pada 30 Mac.

Menurut Fadillah, taklimat yang disampaikan oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada kementerian April lalu adalah gambaran keseluruhan projek termasuk penjelasan mengapa kajian kebolehlaksanaan mengenai bahagian terowong projek yang sudah lama dijanjikan itu ditangguhkan.

“Kos terperinci mengenai projek bukan sebahagian daripada perbincangan ini,” katanya ketika syarikat tersebut (The Consortium Zenith Construction Sdn Bhd) dilapor menafik…

Ahli akademik cadang hukum bunuh pengkhianat dalam isu DoJ

Image
Pihak atau warga tempatan yang mengkhianati negara dengan memburukkan nama Malaysia di luar negara seperti membelot dan berkomplot dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat boleh dihukum bunuh di bawah Kanun Keseksaan.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek berkata, ini kerana dakwaan DoJ ibarat kisah dongeng 1,001 malam apabila hanya mendapatkan maklumat daripada sebelah pihak iaitu mereka yang tidak berpuas hati terhadap pentadbiran kerajaan.

Kata beliau, sepatutnya DoJ merujuk kepada beberapa sumber yang sahih seperti Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat, Jabatan Perdana Menteri atau wakil-wakil Malaysia di luar negara terlebih dahulu sebelum mengemukakan dakwaan tersebut.

‘‘Tindakan DoJ menyerang sebuah negara berdaulat, bebas dan merdeka seperti Malaysia ini telah melanggar protokol, peraturan serta perundangan antarabangsa dan boleh menim­bulkan konfrontasi antara dua negara.

“Motif segala …

Pemandu Teksi 'Kaki Pow'?

Image
RM60 untuk perjalanan 4 kilometer?
Itu nasib yang menimpa seorang pengguna yang berasa dirinya ditipu seorang pemandu teksi selepas mendakwa dikenakan caj tambang yang melampau.

Terengganu KIni Berwajah Baru....Menarik Ni Untuk Bergambar

Image
Bangunan lama belakang tapak Basten lama berubah wajah kini...
Menarikkan?

PAS Tolak Pelawaan PH Ikut Serta Dalam Isu 1MDB, Tegaskan Bukan Parti Yang Mudah Terpengaruh Agenda Asing

Image
PETALING JAYA: PAS menolak pelawaan Pakatan Harapan (PH) hari ini untuk bersama-sama gabungan itu memastikan mereka yang dituduh melesapkan dana 1MDB dibawa ke muka pengadilan, sebaliknya berkata PAS bukan sebuah parti yang terpengaruh dengan pihak asing.

“Pakatan Harapan hari ini musuh kepada PAS dan mereka juga menuduh PAS kononnya mendapat duit daripada Umno dan sebagainya,” kata ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali kepada FMT.

“PAS ada cara kita sendiri, kita tidak bersama Barisan Nasional (BN) dan kita tidak bersama Pakatan Harapan, kita bawa cara kita dan kita bertindak tidak mengikut cara orang melibatkan isu 1MDB.”

Khairuddin berkata parti itu tidak sama sekali “terikut-ikut” dan “terpengaruh” dengan pihak luar seperti Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), yang baru-baru ini mengeluarkan dokumen setebal 251 muka surat memperincikan pelesapan wang 1MDB menerusi pembelian beberapa aset mewah.

Sebaliknya, Khairuddin berkata PAS menolak “campur tangan pih…

MAHATHIR RAYA DGN CLAIRE DI LONDON? RAKYAT JANGKA LEBIH BANYAK FITNAH SELEPAS INI

Image
BALIK kampung ini, penulis agak terperanjat bila topik hangat yang diperkatakan orang bukan tentang cincin tapi tentang Mahathir pergi beraya di London.  Tentang cincin itu apa yang boleh dikatakan, bukan ada bukti sama sekali hanya andaian semata-mata.

Asas kepada rungutan ini, sedang barisan kepimpinan negara mengorbankan masa berhari raya bersama dengan keluarga untuk bertemu rakyat, Mahathir yang turut menawarkan diri untuk jadi Perdana Menteri semula, meletakkan keutamaan dirinya di atas dan rakyat dibawah dengan bercuti di luar negara

Duit dia tapi dari segi moralnya, hampir tiada.  Hipkorit macam mana siang malam bercakap sana rakyat sini rakyat, macam prihatin sangat tapi bila ada peluang baik untuk bersama rakyat, pilih untuk pergi jauh pulak.

Apa pun, cakap-cakap orang – di kampung dan media sosial mengatakan, Mahathir pergi London untuk “beraya” dengan pengendali Sarawak Report, Claire Brown. Kedua ini diketahui ada kerjasama yang rapat dalam usaha Mahathir untuk menjatuhk…

KOMEN ZAID MEWAKILI DAP

Image
AHLI DAP, Zaid Ibrahim dan kontroversi berkaitan agama, bukanlah perkara baru. Kalau ikut kajian penulis, dia melakukannya hampir di dalam setiap parti mana juga yang dia sertai (atau tubuhkan).

Jangan kata dalam DAP sekarang (kontroversi juruterbang meminta penumpang berdoa), ketika dalam UMNO pun, Zaid pernah “buat hal” juga.  Ia adalah Zaid satu-satunya manusia yang pernah menyaman PAS kerana mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu sekitar tahun-tahun awal abad ke 21 yang dulu.

Ketika dalam PKR atau lebih tepat semasa kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor 2010, Mahathir pernah memberi bayangan Zaid ini membela kuda untuk berjudi – kontroversi agama jugaklah kiranya tu walaupun bukan Zaid yang mula.  Ironinya, ia adalah Zaid sekarang antara pertama yang mencadangkan Mahathir menjadi Perdana Menteri semula – cadangan yang diterima Mahathir dengan hati terbuka, tak sedar umur dah 92.

Lihatlah bagaimana politik boleh mengubah manusia.  Pendek kata, Zaid ni memang tak perna…

KIT SIANG, DAP BENCANA BESAR PADA NEGARA

Image
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kerajaan yang dipimpin DAP didakwa akan mengakibatkan bencana besar kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berkata, rakyat hanya akan memandang serius segala tuntutan Penasihat DAP, Lim Kit Siang apabila beliau menggesa anaknya meletakkan jawatan sebagai Penang Official 1 berikutan terlibat dalam kes salah laku rasuah.

Dakwa beliau, Kit Siang juga harus berhenti menggunakan isu-isu lain untuk mengalihkan skandal kerugian besar Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion).

“Sepatutnya Kit Siang perlu mendedahkan ke­­semua salah laku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung skandal tersebut. Selepas beberapa dekad menyeru agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat skandal tersebut, kini Kit Siang berdiam pula dengan segala tindakan Dr. Mahathir itu.

“Segala tindak-tanduknya itu jelas mendedahkan sifat lelaki…

Zenith: Adun DAP didesak untuk buktikan kenyataannya benar

Image
Percanggahan fakta terhadap dua kenyataan yang berlainan dalam urusan pembayaran perundingan kepada Zenith Construction telah menjadi pertikaian dan keraguan mengenai fakta mana satu yang betul.

Adun Pulau Betong, Datuk Seri Muhammad Farid Saad berkata, kenyataan yang bercanggah ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan ingin disembunyikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada pengetahuan rakyat.

Justeru itu Muhammad Farid mendesak Adun DAP Bagan Jermal, Lim Hock Seng untuk mengesahkan fakta dalam kenyataan yang dibuat rakannya iaitu Adun DAP Padang Kota, Chow Kon Yeow adalah benar atau palsu.

“Ini adalah bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh Hock Seng semasa menjawab soalan saya di Sidang DUN yang lalu.

Oleh itu saya mohon Hock Seng memperjelaskan samada kenyataan yang dibuat oleh rakannya Chow Kon Yeow adalah betul dan benar atau jawapan beliau kepada soalan saya di Sidang DUN pada 22 Mei 2017 adalah betul dan benar?” kata Farid dalam satu kenyataan media, Rabu.

Ken…

Pemuda PAS nafi kemelut Hadi-Tuan Ibrahim tapi

Image
Walaupun dinafikan spekulasi bahawa wujudnya pergelutan kuasa dalam kepimpinan tertinggi PAS, situasi dilihat semakin menjadi nyata, susulan tindakan Pemangku Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat pelbagai keputusan mengejutkan, disaat presiden parti, Datuk Seri Hadi Awang sedang bercuti.

Semalam, bekas ADUN Jengka dilaporkan menubuhkan Lembaga Penasihat PAS dengan melantik semula empat veteran parti iaitu Datuk Mustafa Ali sebagai pengerusi, manakala bekas Naib Presiden, Dr Sanusi Daeng Mariok, bekas bendahari Pusat, Abdul Halim Abdul Rahman serta wartawan veteran, Subky Latif sebagai ahli dalam lembaga berkenaan.

Pada hari ini, Tuan Ibrahim membuat kenyataan akan mempertimbangkan hasrat partinya untuk menyertai Jawatankuasa Bertindak 1MDB bersama Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, PAN dan PPBM.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin menafikan tohmahan dan spekulasi liar yang mendakwa berlaku kemelut antara Hadi dengan Tuan Ibrahim yang seng…

PPBM bukan saingan Umno BN - Penganalisis

Image
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu menganggu-gugat bekas parti induknya, Umno Barisan Nasional (BN), kata Penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali.

Ujarnya, PPBM tiada hala tuju yang jelas dan hanya bergerak bersandarkan dendam semata-mata, justeru ia tiada alasan kukuh untuk kekal relevan untuk jangka masa panjang.

"Dalam PPBM, ramai orang-orang yang kecewa, mereka bukan masuk PPBM sebab satu wawasan, bukan sebab ada visi tetapi mereka masuk sebab kecewa, jadi cuba bayangkan kalau dalam satu rumah penuh dengan mereka yang kecewa, mereka kecewa atas sebab yang berlainan.

"Yang akan porak-peranda nanti ialah PPBM sendiri sebab kita lihat mereka yang menganggotai Umno ialah mereka yang jelas dengan agenda, wawasan dan visi Umno," katanya ketika ditemubual Antarapos.

PPBM ramalnya sukar untuk bertahan lama dan buktinya semakin ramai ahlinya keluar parti meskipun baru sembilan bulan ditubuhkan.

"Ada juga orang dalam PPBM yang dah keluar…

Pembangkang mahu anjur himpunan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi'....Apa Lagi Ni...Kerja Nak MEnyusahkan Saja

Image
Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan satu himpunan besar-besaran pada September ini bagi memberi penerangan kepada rakyat bersabit dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun menafikan ia adalah demonstrasi jalanan, sebaliknya hanya satu himpunan aman.

Bagaimanapun lokasi dan tarikh himpunan berkenaan masih belum dimuktamadkan dan dalam perbincangan.

Himpunan rakyat pada September itu menjadi penutup kepada siri jelajah di seluruh negara yang akan bermula pada 6 Julai ini di Kepala Batas.

"Kadang-kadang rakyat tak rasa isu 1MDB ini berkaitan (dengan mereka), sebab itu kita nak mendekati rakyat dengan siri jelajah.

"Kalau Peguam Negara cakap tiada apa-apa dan kata ia hanya helah politik, apa nak jadi dengan negara kita. Dia menjadi wakil perundangan dan keadilan tapi dia sendiri kata tiada apa-apa dan helah politik... ini tak masuk akal," katanya dalam sidang media di Parlimen, sebentar tadi.

Hi…

BN Sedia Kerjasama Dengan PAS Jika Pengundi Cina Pilih Pakatan

Image
Sekiranya Barisan Nasional (BN) terus ditolak oleh pengundi Cina tidak mustahil untuk BN yang diterajui oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman. Dalam satu temubual bersama MalaysiaGazette, Zainal Abidin berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan BN sekiranya parti komponen BN antaranya MCA dan Gerakan terus gagal mendapat kepercayaan masyarakat Tionghoa di negara ini. “Tidak mustahil kalau masyarakat Cina buang BN, dan buang BN daripada kamus hidup mereka, undi kepada BN tidak sampai 4 peratus. “Mungkin UMNO kena kerjasama dengan Pas pada PRU14 dan menang 120 kerusi dan Pas 30 kerusi. Mungkin Pas akan jadi rakan kerjasama kerajaan untuk buat status dua pertiga,” katanya.

Ujarnya lagi, sekiranya UMNO dan Pas bekerjasama membentuk kerajaan, ia merupakan menjurus kepada pelaksanaan dasar-dasar Pas-UMNO yang akan memberikan kerugian besar kepada masyarakat Cina. “Kalau orang Cina nak negara diperi…

Khalid, Azmin tidak cukup syarat jadi menteri besar berkualiti - Bekas MB Selangor

Image
SHAH ALAM:  Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali tidak cukup syarat untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang berkualiti, kata Yang Di-Pertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Ujarnya yang juga bekas Menteri Besar Selangor, seseorang yang memegang jawatan nombor satu dalam negeri itu harus memiliki kemahiran berpolitik dan berkoprat dalam satu masa.

Khalid ujarnya mahir berkoprat tetapi tidak pandai berpolitik, begitu juga Azmin yang licik berpolitik namun cetek ilmu dalam bidang koprat.

"Seorang mahir koprat (Khalid), seorang lagi ahli politik (Azmin). Tan Sri Khalid memang amat fasih dan mementingkan aspek koprat, ekonomi dan perniagaan.

"Manakala Azmin pula fokus pada berpolitik. Jadi kedua-duanya tidak boleh pakai. Sepatutnya untuk jadi menteri besar mesti ada kebolehan dari segi politik mahupun koprat. Paling penting berkhidmat untuk rakyat," ujarnya.

Khalid sewaktu mentadbir Selangor selalu mendapat pujian kerana berjaya mengumpul rezab negeri…