Posts

Showing posts from July, 2011

Sharizat Jalil ~ Majlis Interaksi bersama Bloggers & Media Siber

Image
YB Dato Seri Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan satu majlis dailog bersama Bloggers dan para pengamal media siber esok @ Sabtu 30hb Julai 2011 jam 3petang di Hotel Le Meridian, KL Sentral. Majlis akan di adakan di dewan The Grand Salon , yang terletak di Tingkat 8, Hotel Le Meridian tersebut. Ini adalah satu peluang untuk sesiapa yang berminat mengajukan sebarang pertanyaan yang munasabah dan berpatutan untuk bertemu YB Dato Seri Shahrizat secara terus. Bagi tuan puan, blogger yang mahu menghadirkan diri di jemput mengesahkan penyertaan diri anda dengan cara menghubungi Encik Fadil dari SSIG, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia di talian 019-631 3535 . Inilah rupa Hotel Le Meridian. Berikut pula adalah peta kedudukan Hotel Le Meridian.

Dato Seri Najib Belasah Pihak Pembangkang di Kedah

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minta rakyat sedar taktik pembangkang yang  sekadar mahu membantah apa jua keputusan kerajaan dalam soal pengesahan pengundi bagi menjadikanya isu kontroversi. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pendang sempena lawatan seharinya ke Kedah ketika diminta mengulas tindakan mereka menolak cadangan agar SPR mengunakan sistem biometrik untuk tujuan berkenaan. Najib berkata beliau percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal maka pembangkang akan kata  biometrik lebih baik. Beliau kesal melihat gelagat mereka  yang tidak ada sikap konstruktif untuk menambahbaik sistem pengesahan pengundi. "Mereka sekadar mahu membantah apa juga yann g kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan,”ujarnya. Perdana Menteri menjelaskan  kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal. Sebelu

Tarik biasiswa penuntut di Mesir terlibat demo Bersih

Aku sokong sebagai rakyat Terengganu,kerajaan Negeri untuk memberi biasiswa untuk masa depan pelajar terbabit tetapi dibalas dengan niat memburukkan kerajaan. KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri mengambil keputusan menarik balik biasiswa dan pinjaman penuntut tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang terlibat dengan demonstrasi Bersih di Mesir, 9 Julai lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) berkata, pihaknya telah mengenal pasti penuntut terlibat perhimpunan terbabit dan surat tunjuk sebab akan dihantar kepada mereka sebagai peluang membela diri. “Jika jawapan diberikan tidak memuaskan hati, biasiswa mereka akan ditarik balik,” katanya. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Norhayati Ismail dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Kamaru Al-Amin Ismail. Mengulas lanjut, Ahmad berkata, setakat ini seramai enam penuntut terlibat dengan perhimpunan haram terbabit berjaya dikesan melalui gambar

PM, Menteri naik ERL hadiri Majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang 2011

Image
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menaiki ERL KLIA Transit dari Putrajaya Sentral ke Stesen KL Sentral untuk menghadiri Majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang 2011 di Kuala Lumpur, hari ini. Kibar Jalur Gemilang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini

Datang ke Bukit Jalil untuk Menyokong Malaysia

Image
Semoga pasukan malaysia kita berjaya mengalahkan singapura.

KETUA MUSLIMAT PAS KPG.TELIPOT PASIR PUTEH MASUK UMNO..!!!

Image
Semakin lama PAS kelantan terus parah apabila ketua Muslimat PAS Kampung Telipot Pasir Puteh mengambil jalan keluar dari parti PAS yang semakin tersasar jauh dari landasan perjuangan asal mereka. Ketua Muslimat PAS Puan Kamariah Deris telah melaungkan akan membawa ramai lagi untuk menyertai parti UMNO yang telah lama berjasa di Kelantan berbanding kerajaan Nik Aziz yang hanya pandai membuat janji dan tidak pandai nak tepati. Tidak sampai 24 jam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan persetujuannya menyokong sistem biometrik, Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai golongan profesional hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut. Bukan sahaja bersetuju, malah, Nik Abdul Aziz turut menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu, tetapi belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa Pas Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya. Banyak kumpulan komplot telah menguasai PAS keb

Ambiga Akui Agong Titah Batalkan Demonstrasi Jalanan 9 Julai

Image
Tapi Kenapa menganjurkan juga walhal Agong bertitah supaya batalkan sahaja. SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Selasa mengaku bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu. Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu. "Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan). "Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu... semua orang pun tahu mengenainya," katanya pada majlis Wacana Sinar Harian di sini, Selasa. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail berhubung sama ada Yang di-Pertuan Agong pernah memberi peringatan kepadanya secara peribadi agar tidak meneruskan

Ustaz Mohd Kazim Elias

Mari kita memahami dan berfikir apa yang ustaz memberi penerangan kepada pihak yang buta hati ni semoga puak puak ni insaf.

Janji Tinggal Janji orang macam ni pun ada.

Lihatlah apa janji janji manis sebelum pru 12 tu...mungkin orang India di sana tak akan lupa selama lamanya bila teringat peristiwa seperti ini.jangan berjanji nanti makan diri suatu hari nanti.

Lagi ahli PAS di Pasir Puteh sertai UMNO

PASIR PUTEH 25 Julai – Kecewa dengan prinsip perjuangan dan perubahan dalam pucuk pimpinan, 20 anggota Pas termasuk seorang bekas penghulu di sini bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini. Bekas penghulu mukim Gong Nangka, Zakaria Mat Husin berkata, Pas sekarang sudah berubah dan seolah-olah tidak lagi yakin dengan perjuangannya. "Pas sekarang lebih pentingkan kroni daripada kehendak agama,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis “Selamat Tinggal Pas, Kami Kecewa Pas Sokong Ambiga”, di Kampung Alor Pasir, di sini. Zakaria juga berazam untuk menarik kira-kira 1,400 pengundi Pas di kawasannya menyokong UMNO pada pilihan raya umum akan datang. Bekas Ketua Pemuda Pas cawangan Alor Pasir, Mohd Jizi Omar pula berkata, beliau memutuskan keluar parti selepas kecewa dengan kegagalan Pas menunaikan janji pilihan raya umum lepas. – Bernama

COPY AND PASTE THIS ON YOUR WALL

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ..............HAPPY BIRTHDAY TO DATO' SERI NAJIB RAZAK............... IF YOU LIKE NAJIB TUN RAZAK, COPY AND PASTE THIS ON YOUR WALL

Malaysia negara ke-19 paling selamat di dunia – GPI 2011

Image
Aku bersyukur kepada allah kerana memberi keamaan kepada malaysia ini. KUALA LUMPUR 22 Julai – Berita baik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kerana kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia. Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-1

PM bersama Rakyat di Subang

Image
Kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh melakukan sesuatu untuk mendapat populariti dalam jangkamasa pendek yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menderita. Sebaliknya semua perancangan dan transformasi yang dilaksanakan berdasarkan pertimbangan jangka masa pendek dan panjang. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata, sebagai pemimpin, beliau tidak boleh berdiri di atas platform mendapatkan populariti semata-mata tetapi mesti juga membuat perancangan untuk menentukan masa depan negara tidak terjejas. “Saya nak kita semua faham bahawa sebagai seorang pemimpin yang memegang jawatan sebagai ketua kerajaan di peringkat persekutuan, saya perlu melihat dan memberi pertimbangan bukan saja daripada perspektif jangka pendek tetapi juga perspektif jangka panjang. “Saya tak boleh melihat soal luar negara sahaja, tetapi perlu turun ke akar umbi. Kerajaan bertangugngjawab tak boleh berdiri atas platform mendapatkan populariti sahaja tetapi mengorbankan kepentingan rakyat d

Video polis buktikan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu temberang Besar

Image
Harap-harap kali ini Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak keluar ‘ fatwa’ lawak lagi kata video itu BESI dan tidak boleh jadi bukti seperti usahanya untuk selamatkan tengkok Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video seks. Sebaliknya beliau perlu teropong maruah dan intregriti orang nombor dua parti yang menggunakan nama Islam pimpinanya yang terang-terang temberang kepada semua orang mendakwa sebuah landrover polis melanggarnya semasa hendak menangkapnya pada hari demo Bersih pada 9 Julai. Lebih memualkan Timbalan Presiden PAS yang dipercayai nak mencetuskan rasa marah para penyokong pembangkang terhadap insiden dakwaannya telah tampil mengunakan kerusi roda termasuk waktu pergi berceramah untuk menceritakan kisahnya. Video yang ditayang oleh pihak polis kepada lebih 100 orang wakil media, NGO dan persatuan di Bukit Aman petang Khamis jelas menunjukkan Mat Sabu yang membonceng motosikal jatuh sendiri semasa langgar bahu jalan dalam keadaan perlahan saja waktu nak buat U turn

Blogger ahli PKR kantoi fitnah Rais Yatim huhu hu kena Bayar...Nayaaaa

Image
Lain kali jangan sebarkan isu fitnah ni pada laman blog ...kan dah Kantoi mana mahu ambil duit sebanyak tu. Kalau takut dipukul badai..usah berumah ditepi pantai – itulah cogankata blogger Amizudin Ahmat @ sharpshooterblogger.blogspot.com. Selasa, badai betul-betul melanda blogger ahli PKR ini bila diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar gantirugi RM300,000 dan kos mahkamah RM100,000 kerana fitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengambarkan beliau salah rogol pembantu rumahnya. Ini gara-gara tulisannya dibawah tajuk Hei Pak Menteri...mana mau lari ...yang disiarkan pada 28 Disember lalu. Artikel diblognya itu telah disiarkan semula di laman web milik PAS Harakah Daily. . Pada 31 Januari lalu Rais fail saman fitnah terhadap Amizudin mendakwa artikel berkenaan berniat jahat memfitnahnya kerana membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia. Ment

Video Fathul Bari vs. Dr Asri

Kita renung dan berfikir secara rasional supaya umat islam bersatu padu.

Video Hukum Berjuang Di Belakang AMBIGA

Orang ramai diminta serah video perhimpunan haram

Image
Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu. "Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di Genting Highland Isnin. Bernama melaporkan sehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut. – 18/7/2011                                                   

Sahkan tiada pilihan raya kecil Parlimen Titiwangsa - SPR

Seperti dijangka banyak pihak, Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) pada Isnin memberitahu tidak perlu diadakan pilihan raya kecil biarpun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa ekoran kematian penyandangnya, Dr Lo’ Lo’ Ghazali pada Ahad malam. Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa tidak ada keperluaan bagi suruhanjaya itu mengadakan PRK bagi kerusi Parlimen Titiwangsa kerana penggal Parlimen ke-12 telah mencapai tempoh mandat tiga tahun pada 28 April lalu. “Ya, memang tidak perlu diadakan pilihan raya kecil walaupun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa. “Ia sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang,” katanya yang dipetik dari mstar online. Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya u

Apa nak jadinya pemimpin PAS

Bayang dan fikirkanlah..sebelum ni puak pas hendak mengcadangkan hukum hudud dimalaysia..sekarang kita dapat lihat macam tak ada  pendirian dan prisip,hanya DAP membantah dan mengugup untuk keluar pembangkang.tiba tiba u-turn balik keputusan itu.DAP hanya ada wakil Tunggal sahaja di negeri kedah.Di negeri lain jangan cakap lah....pas hanya lembu dicucuk hidung saja.

Pasar Chow Kit Akan Jadi Pasar Moden Di Tengah Bandar:TPM

KUALA LUMPUR: Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit akan bertukar wajah menjadi sebuah pasar moden selepas dinaiktaraf tidak lama lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah bersetuju untuk mengubahsuai dan membina semula pasar itu supaya menjadi lebih menarik dan bersih serta dapat memberi keselesaan kepada penjaja dan pengunjung untuk berurus niaga. Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan pelan reka bentuk untuk menaik taraf dan membina semula bangunan pasar itu dalam tempoh dua minggu sebelum dibawa ke dalam perbincangan dengan wakil-wakil persatuan peniaga dan penduduk kawasan itu. "Pihak DBKL bersetuju supaya dikemaskan dan disusunkan balik pasar ini yang tidak berubah sejak dulu lagi, katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Raja Bot di sini Ahad. "Saya datang sini muda-muda dulu lebih 25 tahun sampai sekarang t

Isu Kematian DR LO LO

Image
Kita umat islam jangan bergurau senda kepada isu kematian,cuba lihat apa yang diorang tulis dalam twitter ni lebih lebih lagi pemimpin puak PR ni lihat lah.... Yang ini pulak seorang cina kafir..apa nak jadilah sekarang ni.

PAS TUNDUK DENGAN DAP LAGI

Image
Alahai PAS..macam tidak ada perdirian langsung untuk membuat keputusan.apa dah jadi sekarang ni...adakah kerana politik dan kuasa sehingga PAS boleh mengubah pendirian seperti itu.

SHAHBUDIN LETAK JAWATAN BETUL KER...ALLAMDULLILAH

Image
Sukacitanya dimaklumkan bahawa MOHD SHAHBUDIN BIN MAHAMOOD, NO. K/P 800708-02-5701 dengan Takdir Allah telah terbuka pintu hatinya untuk beriman kepada Allah swt dan BUKANNYA BERIMAN KEPADA ANWAR & AMBIGA. MOHD SHAHBUDIN BIN MAHAMOOD dengan secara rasminya telah meletak semua jawatannya dalam PAS berkuatkuasa sertamerta. a. Ketua Pemuda PAS ranting Taman Wira b. Kerani PKWR DUN Angkat Bakar Bata c. AJK Lunjah Penerangan PAS Kawasan Alor Setar d. AJK Lunjah IT PAS Kawasan Alor Setar e. AJK Majlis Tindakan DUN Bakar Bata dan dengan ini sudah Sahihlah beliau telah melakukannya demikian, semoga Allah swt memelihara dirinya dan seluruh muslimin & muslimat dari pengaruh Anwar Ambiga Lakhnatullah, Amin...

si Anuar Wayang Kulit

Image
aku tertawa kenapa jadi macam ni...rupa rupanya terjatuh dari katil hahhahha...padan muka kau...wayang lebih dan lihatlah video ni pulak fikir fikir lah semua.