Posts

Showing posts from January, 2018

Mahathir Mengkhianati Peneroka FELDA

Image
Kesalahan yang dilakukan oleh Guan Eng dalam mengamalkan dasar kleptokrasi adalah amat berat dan tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia. Kesalahan yang melibatkan berbillion wang rakyat dirompak secara terancang.

Keluhan hati rakyat dianggap seumpama burung yang berbunyi sahaja, tidak meninggalkan kesan dihati pemimpin chauvanis DAP yang berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor secara dasarnya. Sikap perkauman dan politik kebencian terus menjadi amalan seharian.

Menuding jari kepada pihak lain untuk menutup kesalahan yang dilakukan dimana melibatkan wang rakyat disembunyikan serapat mana yang boleh. Namun rakyat bukan lah sebodoh itu untuk mendiamkan diri apabila kepentingan mereka diabaikan sama sekali.

Rakyat semakin sedar bahawa mereka sebenarnya telah tertipu dengan janji manis yang dibisikkan dicuping telinga mereka sebelum kemenangan DAP dan PKR di Pulau Pinang dan Selangor. Rakyat sedar mereka sudah melakukan kesilapan yang besar dimana  telah memberikan sebuah negeri kepada …

Demokarasi Sudah Mati Dalam Pakatan Harapan

Image
Sebut sahaja gerakan BERSIH, pasti ingatan kita akan terimbau dengan perjuangan mereka yang kononnya mahukan Pilihan Raya yang lebih adil serta amalan demokrasi yang lebih telus. Malah, di kalangan pemimpin Pakatan Harapan, laungan demokrasi dan kepentingan mengadakan Pilihan Raya Umum yang telus kerap kali mereka laungkan di hadapan penyokong mereka serta kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan, semua pihak mahukan satu sistem pilihan raya dan amalan demokrasi yang telus. Baik rakyat mahupun pemimpin, perkara inilah yang selalu dititik beratkan. Persoalannya, wujudkan amalan demokrasi tulin serta amalan bersih dalam melaksanakan pilihan raya di dalam Pakatan Harapan?

Mari kita susuri beberapa perkara yang brlaku di dalam Pakatan Harapan. Jika mahu disenaraikan, cukup panjang senarainya untuk kita selidiki. Lihat sahaja apa yang berlaku di himpunan Pakatan Harapan Negeri Sembilan baru-baru ini. Siapa sangka, di dalam rakan sesama parti sendiri pun boleh timbul perasaan kurang…

IBR: AZMIN CUBA SALAHKAN SPRM?

Image
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan sahaja berterusan menegakkan benang basah ekoran kegagalan kerajaan pimpinannya menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) malah beliau cuba menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu itu.

Beliau memberi alasan baharu kononnya SPRM lambat memberi jawapan terhadap surat yang dikemukakan pentadbirannya berhubung persoalan tentang IBR.

Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya telah menulis surat berhubung komitmen itu dua bulan lalu, namun sehingga kini tidak mendapat maklum balas daripada SPRM.

“Kita lihat IBR sahaja tidak mencukupi dan akan mencadangkan beberapa langkah tambahan yang telah kami laksanakan. Contohnya sebelum memulakan mesyua­rat Exco, semua ahli mesti menandatangani perisytiharan kepentingan.

“Ini bukan hanya untuk Exco tetapi juga syarikat milik kerajaan (GLC). Saya fikir ini lebih berkesan dan bukan sekadar mengambil sumpah IBR tetapi ki…

SELEPAS KAJANG & PERMATANG PAUH, GILIRAN ORANG BANDAR TUN RAZAK PULA KENA TIPU

Image
Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya.
Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang menang atas tiket PKR tetapi selepas dipecat, beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen bebas.

Jika betullah laporan yang disiarkan oleh sebuah portal pembangkang, Suara Pakatan Harapan itu, maka habislah penduduk di Bandar Tun Razak.

Sudah dua penggal, Khalid Ibrahim menjadi wakil rakyat di parlimen Bandar Tun Razak, namun nilaikan sendirilah berapa kali 44,067 pengundi yang memilih PKR dalam PRU lepas nampak muka ahli parlimen mereka di kawasan? Jarang sama sekali.

Kali ini rakyat Bandar Tun Razak akan kena lagi. Seorang lagi calon import akan dicadangkan PKR di kerusi tersebut.

Calon import itu adalah Wan Azizah, yang kini adalah penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Sedangkan di dua …

BELUM BUBAR PARLIMEN, TAPI DAH TUNJUK BURUK PERANGAI…

Image
Apa sudah jadi? Belum pun Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat, namun nampaknya perang berebut kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan tidak lagi dapat dibendung.

Hari ini, media arus perdana melaporkan tentang tindakan sekumpulan ahli parti ‘cap bunga’ yang beramai-ramai menunjukkan ‘adab susila rimba’ mereka dengan menempelak kepimpinan Pakatan Harapan secara terbuka di khalayak ramai.

Lebih memalukan, aksi-aksi ‘hangat’ itu dilakukan di depan media yang hadir, sekali gus memberi ruang kepada seluruh rakyat di negara ini untuk melihat sendiri perangai sebenar ahli dan penyokong parti ‘cap bunga’ yang kononnya ‘sopan santun’ itu.

Seingat penulis, sebelum ini sudah diberitahu kepada kepimpinan parti ‘cap bunga’ bahawa majoriti yang keluar dari UMNO dan menyertai parti serpihan itu merupakan mereka yang sering membuat onar di dalam parti keramat bangsa.

Malangnya, amaran ‘mesra’ itu dipandang sinis oleh kepimpinan parti ‘cap bunga’, …

KEMBALILAH KE TIKAR SEJADAH, BUKAN KERUSI PM

Image
Agak kalut keadaan sentimen di dalam Pakatan Harapan apabila dilaporkan ramai yang membantah pemilihan seorang warga emas berusia 92 tahun sebagai calon Perdana Menteri mewakili gabungan DAP, PKR, PAN dan parti ‘cap bunga’ itu, baru-baru ini.

Bantahan dikatakan bukan saja datang dari pengundi dari saluran 1, 2 dan 3, malah saluran pengundi 4 lebih ramai yang mengancam untuk memboikot atau melakukan undi rosak pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti. Pening kepala dibuatnya…

Maka bertalu-talulah portal pro-pembangkang menyiarkan kenyataan pemimpin Pakatan Harapan untuk menggesa penyokong mereka supaya tidak membuat undi rosak, sebaliknya patuh, taat dan setia kepada ‘calon pilihan’ itu.

Pada pandangan penulis, baru kini Pakatan Harapan tahu bahawa betapa majoriti rakyat di negara ini menolak kepimpinan warga emas yang ‘terlalu emas’ usianya dan terpalit dengan pelbagai skandal, kontroversi serta corak pentadbiran politiknya yang licik dan ‘mahazalim’.

Mungkin bagi rakyat di negara ini, …

TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN JIKA MALU MENGAKUI WARGANEGARA

Image
Mana-mana individu yang malu untuk mengakui menjadi rakyat Malaysia seharusnya melupakan hasrat mahu menjadi pemimpin kepada negara ini.

Pandangan itu dilontarkan oleh sasterawan dan pejuang bahasa, Dr. Lim Swee Tin yang menjelaskan seorang pemimpin tanpa semangat patriotisme hanya memberikan kesan negatif kepada negara sahaja.

Katanya, malah kepemimpinan individu itu juga bakal dipersoal kerana mentadbir tanpa rasa cintakan kepada negara.

“Jika seseorang itu tidak mempercayai negaranya, tetapi pada masa sama mahu memerintahnya, sudah pasti menimbulkan kebimbangan terutama bagaimana individu itu mahu menjalankan tanggungjawab serta menyatakan pendirian terhadap isu negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu untuk mengakui sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dalam ceramah beliau baru-baru ini.

Meskipun …

Sallehen: Kerajaan negeri beku peruntukan saya sejak September....Dah Nampak Sapa Yang ZALIM TU...?

Image
SHAH ALAM: ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan kawasan kepadanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri Selangor sejak September lalu.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang dipetik Harakahdaily berkata, dalam situasi biasa, pembekuan peruntukan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Namun menurut Sallehen, wujud kemusykilan apabila arahan pembekuan dikeluarkan sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond," dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang seolah-olah seperti hendak mencari kesalahan, namun matlamat itu gagal kerana mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Sebelum ini Sallehen mengesahkan 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak memperolehi pe…

PH SELANGOR MASIH GAGAL MUKTAMADKAN AGIHAN KERUSI PRU14...

Image
Pakatan Harapan Selangor dilihat masih gagal memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu diakui Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan pihaknya masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Beliau berkata meskipun masih belum memutuskan soal pengagihan kerusi DUN, Pakatan Harapan Selangor bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk sekiranya PRU14 diadakan pada April depan.

“Adalah selamat untuk saya menyatakan bahawa kami sudah bersedia untuk itu (PRU14), sama ada dari segi calon, pengagihan kerusi dan persediaan untuk pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Jamzuri Ardani baru-baru ini yang dilaporkan berkata bahawa b…

PAS tawar kerusi PRU kepada Khalid Ibrahim...Ada Berani Kah...?

Image
PAS Selangor bersedia menawarkan kerusi kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan bersedia membantu parti itu dalam kempen pilihan raya.

Bagaimanapun, ADUN Pelabuhan Klang itu dikenakan syarat iaitu perlu menyertai PAS.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, tawaran itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir ,walaupun kepimpinan parti itu menghormati pendiriannya yang memilih bergerak bebas.

“Hubungan PAS dan Khalid cukup akrab dan kita kenal sejak beliau menyandang jawatan penting di Selangor,” katanya.

Pada masa sama, Roslan berkata kehadiran mantan Bendahari PKR itu adalah satu penghargaan buat PAS dan seterusnya membantu beliau untuk meneruskan perjuangan dalam politik sejak dipecat sebagai menteri besar Selangor pada 2014.

“PAS yakin beliau hadir pada program UMNO dan PAS tanpa agenda tersembunyi, sebaliknya sebagai meneruskan agenda rakyat Selangor yang diperjuangkan termasuk program air dan ekonomi.

“Namun kebera…

Akhlak politik Khalid Samad rapuhkan wibawa Amanah?

Image
Benarkah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seorang yang angkuh? Perangai buruk ini dikatakan telah dan akan mengakibatkan banyak pihak yang hilang kepercayaan dan rasa hormat terhadap beliau dan mungkin juga partinya, PAS.

Setakat ini, ada sekurang-kurangnya seorang ahli politik yang amat peka sikap angkuh Hadi ini. Beliau ialah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Abdul Khalid Samad yang meramalkan rasa hormat umum terhadap Hadi akan terus merosot, kecuali beliau berubah.

"Mungkin pihak luar yang tidak pernah berada dalam barisan kepemimpinan bersama Abdul Hadi tidak tahu perangainya. Sikap Abdul Hadi dari dulu memang begitu (memperlekehkan orang),” katanya.

Khalid mendakwa ciri jatidiri Hadi itu selama ini tidak diketahui umum kerana ia dilindungi ramai pemimpin PAS, terutama mereka yang kini sudah berhijrah ke parti Amanah.

"Jika sebelum ini, bekas pemimpin PAS yang kini berada dalam Amanah banyak membantu mengawal sikap Abdul Hadi yang angkuh dan ekstri…

TERGAMAK MUKHRIZ HINA NEGARA SENDIRI – ORANG KEDAH

Image
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah melanggar batas berpolitik apabila sanggup memburuk-burukkan nama negara malah lebih rela mengakui dirinya sebagai warga Brunei.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu melambangkan sikap Mukhriz yang tidak patriotik dan pada masa sama, boleh memudaratkan negara.

“Tindakan beliau yang dilihat mempunyai kecenderungan mensabotaj negara ini adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Pemuda UMNO memahami dan sedia maklum kebencian Mukhriz terhadap kepemimpinan negara, namun kenyataan beliau yang sanggup mengaku sebagai warganegara lain adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Mukhriz seharusnya sedar ada batasan tertentu dalam berpolitik dan mengelakkan dirinya daripada mengeluarkan kenyataan yang bersifat ekstrem.

“Kami mencabar anak sulung Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuat…

BOLEH PLAK TERIMA JUGAK MADEY!!!!!! INSAN PALING TERGURIS DAN TERKESAN DENGAN TUN M ADALAH SAYA – WAN AZIZAH

Image
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliaulah yang paling terkesan, terguris dengan segala tingkah laku Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keluarganya selama ini.

Namun demi perjuangan menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN), beliau sanggup ‘move on’ dan menerima pencalonan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Justeru Wan Azizah berkata penyokong PH juga harus berbuat demikian.

“Kita sepakat memilih Tun (Dr Mahathir) kerana faktor yang dimiliki beliau selama 22 tahun sebagai perdana menteri.

“Kalau ikutkan emosi atau perasan terguris dengan apa berlaku sebelum ini, saya adalah paling terjejas teruk.

“Tetapi, kita kena ‘move on’ kerana paling penting adalah masa depan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Konvensyen PH Pahang 2018.

Wan Azizah berkata demikian mengulas Kempen #UndiRosak yang dilancarkan di laman internet sebaik sahaja PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang jika menang pilihan raya k…

ERIC SEE-TO JAWAB TUDUHAN KERAJAAN P.PINANG BAHAWA BN ‘SABOTAJ’ PROJEK TEROWONG

Image
Kerajaan Pulau Pinang kini cuba menyalahkan BN kerana “mensabotaj” projek terowong mega mereka yang bernilai RM6.34 bilion.

Mereka pada dasarnya menyalahkan BN mengapa laporan RM305 juta mereka tidak siap dan mengapa tiada pembinaan pada mana-mana komponen projek itu telah dimulakan (yang tidak menepati semua tarikh akhir) walaupun telah menandatangani perjanjian itu 5 tahun yang lalu.

Tetapi adakah ini benar? Mari lihat pada sejarah.

Pertama, SPV telah melantik syarikat tersenarai bernama Astral Supreme pada Ogos 2013 untuk memasuki usaha sama (JV) untuk membuat RM275 juta daripada laporan yang bernilai RM305 juta itu.

Namun satu tahun kemudian pada bulan Ogos 2014, JV itu ditamatkan kerana Astral berkata ia tidak dapat mencari perunding yang mencukupi untuk membuat laporan itu.
http://www.thesundaily.my/news/1142745

Adakah ianya kesilapan BN bahawa mereka tidak dapat mencari perunding yang cukup?

Pada Julai 2016, EXCO Pulau Pinang Lim Hock Seng berkata pembinaan jalan-jalan itu ter…

KEKECOHAN DALAMAN BONGKAR MUSLIHAT SEBENAR PAKATAN HARAPAN

Image
Kekecohan yang berlaku dalam Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan semalam telah membongkar muslihat sebenar pembentukan pakatan diketuai DAP dalam menjaga kepentingan peri­badi pemimpin tertentu berban­ding membela nasib ahli-ahli akar umbi.

Bekas Setia­usaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, kekecohan tersebut berlaku kerana ahli akar umbi merasakan PPBM seperti telah dibuli atau dipergunakan oleh DAP dan PKR semata-mata mahu mendapatkan undi orang Melayu.

Dakwa beliau, PPBM merelakan parti itu menerima kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) paling sedikit kerana kepemimpinan mahu memberi lebih tumpuan kepada usaha menyediakan jentera pilihan raya paling utuh di Kedah dan Johor yang dianggap sebagai ‘maruah’ parti.

“Satu lagi perkara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu pernah mengelar bekas-bekas ahli PPBM sebagai ‘sampah’, sekarang lihatlah bagaimana sampahnya anak beliau, Datuk Seri Mukhriz yang langsung tidak dihormati akar umbi d…

ENGGAN MENGAKU WARGA MALAYSIA, SUATU PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA

Image
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir disifatkan tidak patriotik apabila lebih rela mengaku sebagai warganegara Brunei daripada negaranya, Malaysia.

Malah, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, kenyataan tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada negara.

“Tindakan itu yang dilihat mempunyai kecenderungan mensabotaj negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Pemuda UMNO Kedah ingin berpesan kepada Mukhriz untuk mempunyai batasan tertentu apabila berpolitik dan jangan terlalu ekstrem apabila membuat ucapan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut melontarkan cabaran kepada anak sulung Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuat penafian secara terbuka bahawa beliau pernah membuat kenyataan tersebut di sebuah majlis di Baling.

“Kita lihat wujudnya unsur-unsur cubaan menyelamatkan Mukhriz oleh pihak-pihak tertentu bahawa beliau tidak perna…

SYABAS SPRM !!!! TAHAN PEGAWAI JPJ SELANGOR

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, petang semalam, kerana disyaki menerima suapan daripada syarikat pembinaan.

Sumber berkata, suspek berusia 43 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit sejak 2015 ketika bertugas di Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor.

Katanya, suspek menerima wang suapan secara bulanan, antara RM100 hingga RM300 daripada dua syarikat sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Suspek ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang, kira-kira jam 2 petang tadi.

“Selain pegawai JPJ itu, SPRM turut menahan tiga individu, masing-masing berusia 41 tahun, 45 tahun dan 30 tahun, di antara jam 2.30 petang hingga 4.45 petang tadi, dipercayai turut terbabit menerima suapan,” katanya.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Semua suspek akan direman esok pagi di Mahkamah Majistret Klang,” katanya.

Kisah di sebalik dana ADUN PAS Selangor dibeku...

Image
Pembekuan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap Adun-adun PAS Selangor berlaku dalam keadaan serba pelik, kata Pesuruhjaya PAS negeri itu Sallehen Mukhyi.

Menurut ADUN Sabak itu, secara khusus peruntukan kepada beliau telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Bekas Imam Masjid Negeri itu menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan datang dan kemudiannya baharulah disusuli siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond" dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang dibayangkan beliau sebagai hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan Dun Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Beliau juga men…

Najib Masih PM, Ringgit Makin Kukuh Bukti Teori Pembangkang ‘Merepek’

Image
Teori pihak pembangkang untuk melemahkan ekonomi negara sama sekali ‘merepek’.Persepsi mengenai jangkaan kejatuhan nilai mata wang yang sengaja dicipta sesetengah pihak hanyalah cakap-cakap yang cuba menimbulkan masalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu Malaysia akan menjadi bankrap, bukan isu baru malah fitnah tersebut sudah kedengaran sejak tahun lepas lagi.

Pada awal tahun 2017,pembangkang sebelum ini dikatakan sudah menjangkakan ringgit, yang dijangka bergerak antara 4.50 dan 4.60 berbanding dolar AS pada separuh pertama tahun ini, boleh meningkat kepada 4.40 menjelang akhir tahun berikutan unjuran harga minyak minyak mentah naik kepada US$70 setong daripada kira-kira US$54 sekarang ini.

Ternyata ringgit kini semakin kukuh adalah bukti teori pembangkang ‘merepek’, kerana apa yang kita lihat pada masa sekarang ini, keadaan ekonomi dan hutang negara ketika ini masih terurus,terkawal malah nilai mata wang kini semakin kukuh.

Jika mengambil kira apa y…

ANGAN-ANGAN MAT JENIN : PAS ATAU DR MAHATHIR?

Image
KETIKA ditanya reaksi kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai hasrat Pas untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai angan-angan Mat Jenin, Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang hanya tersenyum dan secara sinis menjawab kritikan bekas Perdana Menteri itu.

Kata Abdul Hadi, Pas mempunyai 195 kawasan di seluruh negara termasuk mempunyai jentera yang kuat untuk melaksanakan kerja-kerja dalam menghadapi pilihan raya akan datang, sedangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Dr. Mahathir itu terus bergelumang dengan masalah dalaman.

Dalam nada menyindir, Abdul Hadi turut mempersoalkan Dr. Mahathir bagaimana hendak mentadbir negara sedangkan soal pengagihan kerusi dalam PPBM sendiri masih belum selesai sehingga mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.

Sindiran Abdul Hadi itu sememangnya ada asasnya, PPBM sehingga hari ini masih belum mampu menyelesaikan soal pengagihan kerusi sehingga ada dalam kalangan ahli mereka membuat kecoh kerana tid…

BAHAGI KERUSI DUN P.PINANG: SIAPA PULA AKAN JADI MANGSA?

Image
DARIPADA 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, hanya 11 kerusi yang mana majoriti pengundinya adalah Melayu.

Pada pilihan raya umum lalu, UMNO memenangi 10 daripada kerusi itu manakala DUN Permatang Pasir dimenangi Pas.

Hampir pasti, kesemua kerusi ini akan menjadi rebutan antara PKR, PAN dan Parti Pribumi Melayu Bersatu (PPBM).

Berdasarkan formula yang diguna pakai Pakatan Harapan ketika ini, kerusi yang Pas kalah ketika pilihan raya umum lalu akan diserahkan kepada PAN.

Ini bermakna PAN secara automatik akan mendapat lima kerusi yang diberikan kepada Pas ketika parti itu masih bersama-sama pakatan pembangkang.

Yang berbaki kini enam kerusi majoriti Melayu dan jika mengikut perkiraan mudah akan dibahagikan sama rata antara PKR dan PPBM iaitu masing-masing mendapat tiga kerusi.

Persoalannya, adakah PPBM akan berpuas hati dengan hanya tiga kerusi DUN di Pulau Pinang?

Ini kerana mengikut desas-desus ketika ini, PPBM khabarnya mahu menuntut sekurang-kurangnya sehingga 1…

Antara MCA dan DAP: Siapa kawan dan lawan?

Image
Dalam kehebohan kemungkinan berlakunya ‘Tsunami Melayu’, ramai parti politik mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh terutamanya parti DAP yang selama ini mengeksploitasi sentimen perkauman cauvinis Cina.

Pelbagai isu bernada perkauman seperti keistimewaan orang-orang Melayu, biasiswa khusus pada orang Melayu, kuota kemasukan universiti awam, Mara, pakaian seragam kebangsaan seperti songkok dan sebagainya pernah, telah dan tidak terlepas dari dieksploitasikan oleh DAP dengan penuh berahi.

DAP telah berjaya untuk menanam dan memupuk perasaan kebencian di kalangan masyarakat Cina terhadap Umno yang selama ini disinonimkan dengan pembelaan orang Melayu dan nilai-nilai kemelayuan khususnya.

MCA pula sebagai rakan seperjuangan Umno dalam Barisan Nasional selalu dikeji dan dihina sebagai barua politik Umno oleh DAP.

Provokasi ini dibuat dengan sengajanya tanpa diberi pertimbangan kepentingan kerjasama Umno, MCA dan MIC yang sebenarnya berusaha memupuk silatulrahim dan mengeratkan…

Jangan sibuk jadikan kerusi Parlimen Ayer Hitam sebagai kayu ukur ke Putrajaya...

Image
Langkah pembangkang menjadikan kerusi parlimen Ayer Hitam di Johor sebagai kayu ukur kejayaan mereka sebelum merampas Putrajaya adalah tindakan terdesak untuk meraih simpati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata  Pakatan Harapan (PH) sepatutnya tidak perlu berbuat demikian jika benar-benar yakin bahawa kemenangan itu akan berpihak kepada mereka.

“Kalau mereka betul yakin akan boleh rampas Putrajaya nanti, tak payah la sibuk untuk buat Ayer Hitam sebagai kayu ukur mereka. Tunggu sahaja hari kemenangan mereka.

“Tapi kenapa mereka lakukan semua ini? Sebab mereka terdesak untuk yakinkan pengundi mereka. Nak naikkan semangat mereka sahaja, ” katanya yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam kepada BNBBC. My portal Isnin.

Ka Siong mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Ahad yang membayangkan bahawa kerusi Ayer Hitam bakal menjadi kayu ukur bagi PH untuk merebut Putrajaya dan Johor pada pilihan raya umum akan da…

Hanya BN saja…parti pembangkang belum hantar nama calon untuk saringan SPRM

Image
Cakap mesti serupa bikin.Kalau dengar parti-parti pembangkang memekak pasal rasuah riuh segala penjuru alam.Soalnya kenapa dalam bab ini nampak macam slow saja.

Ia sukarela.Apa nak perlu bimbang ia cuma proses saringan biasa untuk memastikan semua calon untuk pilihanraya umum ke 14 bersih.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki memberitahu wartawan di Kota Bharu Isnin bahawa setakat ini pihaknya cuma menerima nama-nama calon dari Barisan Nasional saja untuk saringan.

"Setakat ini, kita hanya menerima beberapa senarai nama yang dikemukakan oleh pihak kerajaan...ia tidaklah lengkap lagi,”katanya.

Namun menurut Azam pihak SPRM setakat ini belum terima sebarang nama dari kalangan parti pembangkang.

Beliau menjelaskan mana-mana parti tidak perlu bimbang untuk menyerahkan senarai calon mereka untuk disaring SPRM kerana agensi itu tidak membocorkan maklumat kepada mana-mana pihak.

"SPRM tidak pernah membocorkan rahsia kepada mana-mana pihak kerana ia membabitkan…

Pembangkang tidak prihatin isu boikot sawit...Pembangkang Ni Kalau Issue Tidak Baik Lagi Suka Pembangkang Ni

Image
Tindakan pemimpin Pakatan Harapan menemui 14 duta dan tiga wakil negara Kesatuan Eropah (EU) menggambarkan pembangkang tidak peka dan prihatin dengan masalah yang menimpa pekebun sawit susulan tindakan EU memboikot produk berasaskan minyak sawit.

Ketua Penerangan UMNO Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata tindakan Pakatan Harapan serta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad itu amat bertentangan dengan langkah 2,000 peneroka diketuai Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad yang berarak menghantar memorandum bantahan kepada 17 kedutaan negara anggota EU di ibu negara pada 16 Jan lalu.

"Tindakan peneroka itu tidak sekadar mempertahankan periuk nasi sendiri, malah kantung seluruh peladang dan pekebun kecil yang bergantung pendapatan kepada tanaman kelapa sawit, bukan sahaja di Malaysia, malah di negara seluruh dunia yang menjadi pengeluar dan pengeksport produk minyak sawit.

"Maka bertepuk soraklah negara anggota EU dengan anggapan pertemuan itu…

PM mahu dewan-dewan perniagaan gembleng tenaga sebagai satu pasukan…Memang Terbaik Planning PM Kita

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata, sebagai salah satu daripada 25 negara negara pengeksport, Malaysia mesti berterusan berusaha mencari pasaran baharu, mempelbagaikan produk dan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Katanya, dengan tumpuan ekonomi semakin condong ke timur, ia kini jelas, bahawa abad ke-21 akan dikuasai Asia dan Malaysia harus mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas Inisiatif One Belt One Road (OBOR) oleh negara China yang berpotensi muncul sebagai platform terbesar di dunia untuk kerjasama ekonomi.

"OBOR diwujudkan untuk menghubungkan bandaraya 68 buah negara yang merentasi Eropah, Asia dan Afrika. Ini mewakili pasaran 4.4 billion orang, atau 63 peratus penduduk dunia dan 30 peratus Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK). Inilah pasaran yang boleh disambar oleh Malaysia," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa melancarkan inisiatif kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Dewan Perniagaan dan Industri Malays…

RINGGIT SEMAKIN MENGUKUH SELEPAS NAJIB BANTU COX’S BAZAR, ROHINGYA

Image
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong kenaikan harga minyak global, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 3.8650/8680 berbanding dolar AS daripada 3.8690/8720 pada Jumaat.

Harga minyak mentah Brent, penanda aras bagi harga minyak antarabangsa, mencatatkan peningkatan 0.01 peratus kepada AS$70.16, mengekalkan momentum kenaikan, kata peniaga.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata harga minyak kukuh mendorong kepada sentimen risiko serantau yang positif.

“Bank Negara sebelum ini meningkatkan kadar faedah pada 2018 yang mendorong kepada kenaikkan ringgit,” katanya kepada BERNAMA.

Innes berkata, pasaran ringgit akan bergerak pada sentimen dolar AS yang lebih meluas minggu ini, dengan pelabur membeli kepada kelemahan, manakala ringgit kekal kukuh.

Bagaimanapun, memandangkan latar belakang makro positif dan landskap ekonomi serantau yang kukuh, prospek ringgit kekal meningkat.

“Dibantu sedikit oleh prestasi dolar AS …

Mukhriz tak layak digelar pemimpin - KJ

Image
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) terpaksa berterus terang ketika mengulas isu Mukhriz Mahathir tidak layak diberi gelaran pemimpin semata-mata kerana ia merupakan anak lelaki bekas Perdana Menteri Malaysia.

Justeru jika  Tun Mahathir Mohamad baca komen KJ dan masih mahu menonjol anaknya itu sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU ke14,elok batalkan saja.

KJ berpendapat Mukhriz, yang pernah dikalahkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO sedekad yang lalu “tidak layak bergelar pemimpin” berasaskan komen terbaru ahli parlimen Jerlun itu.

Baru-baru ini media tempatan melaporkan Mukhriz, dalam ucapanya pada satu program di Baling, Kedah menyebut bahawa beliau terpaksa mengaku sebagai rakyat negara Brunei kerana mendakwa kepimpinan Malaysia telah mencemarkan imej negara di mata dunia.

Untuk rekod komen Mukhriz berjaya memanaskan politik Kedah sehingga isu ini diperbualkan dimerata ceruk namun umum melihat komennya mencerminkan ketidakmatangan sebagai seorang pe…

#undirosak: Mahathir jadi 'senjata makan tuan' buat Pakatan

Image
Pencalonan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 sekiranya Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum kelak, terus menerima reaksi negatif daripada kalangan penyokong Pakatan itu sendiri.

Terbaru, kempen tidak mengundi atau merosakkan undi semakin rancak digerakkan di dalam media sosial.

Mereka ini rata-rata adalah penyokong Pakatan yang kecewa dengan perjuangan Pakatan yang dilihat sudah menyimpang daripada matlamat asal mereka.

Penyimpangan ini sampai ke kemuncaknya apabila pemimpin-pemimpin Pakatan sanggup menjilat balik ludah sendiri dengan mengangkat Mahathir dengan Mahathirisme yang selama ini ditentang habis-habisan sebagai ‘top dog’ mereka.

Mahathir memang diharapkan oleh Pakatan untuk meraih undi dari penyokong-penyokong UMNO. Bak kata Presiden Parti Amanah Negara Mat Sabu, ‘hanya berlian dapat memotong berlian’ (only diamond can cut diamond), bekas presiden Umno itulah yang dipertaruhkan untuk menghancurkan Umno.

Umno yang menjadi tunjang Barisan Nasional me…

Peluang terakhir nak selamatkan Malaysia? Berapa kali nak cakap peuang terakhir?

Image
Ke peluang terakhir nak bagi diktator 93 tahun naik jadi PM balik?