Monday, June 4, 2012

Gambar...Menjayakan 'Program BN Pilihan Orang Muda' Di Kedah









Video Ulangan Dari Ustaz Hasan Basri Belasah ANWAR..Siapakah ANWAR

JAMBATAN PRU UMUM PAS UNTUK BERJANJI PADA RAKYAT...SUDAH KANTOIIIIII


Terkejut beruk bila PAS nak bina highway..nak bina highway tu pulak masa dah dekat nak PRU..hahaha nasib baik ada PRU, kalau tidak melepas la rakyat Kelantan nak merasa highway PAS..hahaha

Video...Kepujian Untuk Datuk Seri Najib Menubuhkan Isu RCI

Pembangkang guna perang psikologi tahu tak dapat sokongan - TPM

Pembangkang yang bimbang tidak dapat sokongan sekuat dijangkakan sengaja melancarkan perang psikologi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional jika mereka gagal dalam proses demokrasi pilihan raya umum akan datang.Ini ekoran tindakan pembangkang membangkitkan isu kononnya pilihanraya negara tidak bebas dan adil serta mengadakan rusuhan haram Bersih 3.0 sedangkan banyak penambahbaikan berkaitan pilihanraya sudah dilakukan Suruhajaya Pilihanraya (SPR).Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan atas dasar apa perlu Bersih 3.0 dan sebelumnya yang diketuai Datuk S Ambiga padahal banyak perkara dicadangkan mereka sudah diterima malah kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas
penambahbaikkan pilihanraya di peringkat Parlimen.“Mungkin analisis pembanbangkang mereka tidak dapat sokongan sekuat mereka jangkakan. Mereka fikir BN akan jadi lemah selepas 2008 dan BN tidak pulih, tetapi jangkaan mereka meleset kerana BN kembali kuat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihanraya BN Wilayah Persekutuan di Stadium Tasik Tititwangsa yang dihadiri lebih 5,000 jentera BN.
muhyiddintitiwangsaMuhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, beliau setuju pendapatan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menulis di blognya berhubung perkara sama.
“Saya tidak boleh (buat) andaian ke depan tetapi sesetengah ramalah macam Tun Dr Mahathir fikir ada asas dan rakyat kena sedar. Pembangkang cuba takutkan rakyat...ini perang psikologi,” tegasnya.
Menurut Muhyiddin, kerajaan BN sedar kelemahan dan turun ke bawah menyelesaikan apa disuarakan rakyat dan ini membimbangkan pembangkang.
“Apa lagi, mereka main perang psikologi untuk pesongkan fikiran rakyat jika gagal tumbangkan kerajaan secara demokrasi...mereka akan bangkitkan kemarahan macam ala Arab Spring,” katanya.Muhyiddin juga menyoal motif pembangkang yang terus menuntut dan mendakwa yang kononnya yang masih tidak berpuas hati dan mahu "membersihkan" sistem pilihan raya di negara ini, walaupun insiatif telah diambil oleh kerajaan untuk mengkaji semula dan menambahbaik sistem tersebut.Katanya, ini semata-mata untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa untuk menidakkan kesahihan keputusan PRU13 nanti.Katanya, beliau juga sedar taktik sedemikian yang diguna oleh pembangkang dan kerajaan akan berusaha untuk menangkisnya, termasuk membuat penjelasan dan penerangan kepada rakyat di semua peringkat.Sementara itu mengulas Himpunan Hijau PAS di Kedah yang didakwa dihadiri 100 ribu orang, Muhyiddin berkata, BN tidak hairan himpunan balas pembangkang untuk menyaingi yang BN buat di Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini.“PAS sudah merosot di Kedah, sebab itu mereka buat di sana untuk tunjuk kononnya PAS masih gagah.” Ujar beliau.Dalam pada itu katanya, kerajaan tidak dapat menghalang mana-mana bekas pegawai tinggi menyertai pembangkang selepas tamat perkhidmatan.“Itu pilihan mereka. Harap mereka sedar masa dalam kerajaan dan sama-sama laksana dasae. Kalau tidak puashati satu dua perkara, jangan sampai tinggalkan kerajaan,” katanya.Muhyiddin menyerahkan kepada rakyat menilai perkara itu selain bilangan yang berbuat demikian tidak ramai berbanding yang masih faham dan yakin pada BN.
muhyiddintitiwangsa550

Video...Majlis Penyerahan Wang Saguhati Kepada Bekas Polis Darurat 1948-1962 3/6/2012

Sunday, June 3, 2012

Spekulasi pilihanraya musim haji, Pak Lah balun PAS...

Lama tak dengar cerita bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sesekali bersuara, boleh buat pembangkang terutamanya PAS, 'kantoi'. Terbaru, Pak Lah balun spekulasi yang digembar-gemburkan oleh PAS apabila mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan ketika musim haji ini.Menurutnya PAS hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam.
"Perdana Menteri belum lagi mengumumkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jadi bagaimana pula mereka (PAS) boleh tahu
bila tarikh pilihan raya."Lagipun takkan Perdana Menteri nak buat seperti yang disebut itu, beliau (Najib) orang Islam juga," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba kepada pemimpin masyarakat di dalam kawasan Parlimen Kepala Batas hari ini.Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka PRU13 akan diadakan September ini ketika musim haji bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).Beliau mendakwa langkah itu dibuat berikutan ramai penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu dan UMNO sebagai tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung pembersihan sistem pilihan raya sebelum proses mengundi diadakan.Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut hadir pada majlis itu berkata kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan seolah-olah pengundi dari PAS sahaja yang menunaikan haji.

"Orang UMNO pun menunaikan haji dan bukan hanya orang PAS sahaja pergi Mekah. Jadi janganlah buat kenyataan seolah-olah kita (UMNO) boleh menang kerana buat (mengundi) masa orang menunaikan ibadat haji."PAS juga dilihat seperti takut dengan kekuatan BN sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya percaya ia (kenyataan itu) untuk tarik pengundi Islam membenci kerajaan," katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas.

Salah Print Punca Warna Berbeza...Banggang Punya Orang Keluar Kenyataan Seperti Ini

 Apalah mangkuk sangat buat kenyataan bahawa tersalah PRINT Warna CODE yang membuatkan Penduduk Kelana Jaya naik angin lah seperti main mainkan oleh pihak yang tidak berwajib.Penduduk Kelana Jaya,Perkasa Dan BN melakukan Berdemo untuk memberitahu bahawa PADANG mesti kekal di sini.Apalah salahnya dibiarkan saja padang Bola disitu untuk keperluan Penduduk Kelana Jaya.Ada undang disebalik batu kot?
ALAHAI....tak takut dilanggar ker?Semangat sangat tu nampaknya.Walau apa pun Kerajaan Selangor patut bertanggungjawab masalah ini dengan segera.Sebelum memerintah kerajaan mulut manis ditaburkan pada rakyat dikatakan kerajaan BN dahulu Mahazalim pada rakyat.Sekarang Apa dah jadinya?PAKU DULANG PAKU SERPIH MENGATAKAN ORANG DIALAH YANG LEBIH...PAKATAN RAKYAT AKAN HANCUR PADA PRU UMUM AKAN DATANG.....

Video Nilailah apa yang dikatakan Oleh Ustaz Ini Yang Berpihak Kepada PAS

Jiwanya berpihak kepada parti PAS bergitulah,Apa yang dibuat oleh kerajaan BN semua dikatakan sekular tapi Ustaz ini tidak sedar atau pura pura tidak sedar bahawa PAS dengan DAP masih melekat dan saling berhubung erat antara sama lain.Jangan mimpilah DAP nak bagi PAS menubuhkan negara ISLAM sehingga PAS boleh melutut dengan DAP.PAS lagi SEKULAR USTAZ WEIIIII...

Ada Apakah Kelebihan AZMIN ALI kepada PKR?

Pelbagai masalah yang melanda PKR tidak habis habis masalah yang menimpa pemimpin PKR ini yang selalu rakyat dikejut beberapa kejadian,Anwar sebagai Ketua UMUM PKR mesti ada sesuatu yang istimewa ada pada Azmin Ali....Kedua dua pemimpin PKR ini hanyalah menafikan keras dengan apa yang berlaku terhadap mereka ini semuanya ditepis bergitu saja tanpa ada paksa atau tekanan dari PAS dan DAP hanya diam seribu bahasa.1 M cukup hairan sekali kalau betul mereka ini bukan empunya diri kenapa takut untuk melapaz sumpah atau melaporkan kepada pihak berkuasa....Ini adalah pelik dalam sejarah POLITIK PEMBANGKANG DI MALAYSIA..PKR adalah salah satunya memang kaki saman orangnya...bukan sikit berjuta juta main samannya...DIAM JUGAK....SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH TAK PERCAYA...TAPI SEKURANG KURANG BERFIKIRLAH YANG APA 1 M KATAKAN ITU......