Posts

Showing posts from March, 2016

KENYATAAN SEORANG YANG WARAS DAN BERIMAN...

Image
TENGKU RAZALEIGH buat PC tadi. Kata tak terlibat dgn mana2 kumpulan nak jatuhkan PM. Nafi belot Tun M dan perancang undi tak percaya pada PM - Agendanews

KU LI tak setuju Deklarasi Tun M. Kata apa2 kena ikut perlembagaan-melalui PRU, undi tak percaya di Parlimen, cara MB Kedah kena letak jawatan - Agendanews

DITANYA Tun M tuduhnya banyak kali belot terhadapnya. Ku LI secara jenaka sinis kata orang juga kata beliau banyak kali 'ditipu' oleh Tun M - Agendanews

MENGENAI isu IMDB, Ku Li kata beliau hanya berpegang pada laporan akhir siasatan PAC saja. Tunggu, sehingga tu tak perlu buat macam2 andaian - Agendanews

SIAPA diktator? Tun M atau PM Najib? Ku Li cara jenaka kata berpegang pada pengakuan Tun M sendiri dia diktator. Masa saya dulu apa2 tak boleh - Agendanews

Anda Pernah Nampak Ker Duduk Bersama....Wan Azizah, Nurul Izzah Boikot Kerjasama Dengan Mahathir?

Image
Himpunan pertama kononnya untuk selamatkan Malaysia, `Muafakat Selamatkan Malaysia’ yang diadakan di Ampang Jaya tidak mendapat sambutan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Tidak ramai yang hadir. Meskipun banyak nama besar di kalangan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Mohamad Sabu dan `pembangkang baru’  iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun himpunan ini gagal menarik perhatian ramai.

Nama-nama berkenaan gagal menarik orang ramai malah jumlah kehadiran tidak memenuhi satu padang pun.

Namun apa yang menariknya, Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar tidak hadir pada malam ini. Ia merupakan kali ketiga kelibat mereka langsung tidak kelihatan.mahathir

Kali pertama ialah ketika Deklarasi Rakyat ditandatangani manakala kali kedua adalah dalam perhimpunan tertutup Selamatkan Malaysia yang diadakan di Shah Alam pada Ahad.

Malam ini, sekali lagi Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak hadir. Timbul persoa…

Gambar RAFIZI Bagi Ceramah Selamatkan Malaysia Berpuluh Ribu Yang Datang

Image
Rafizi Ramli membuat ceramah "Selamatkan Malaysia" di Kg Gali Lurus Raub, Pahang. Sambutan diluar dugaan dimana mengatasi kehadiran 100 ribu orang yang hadir di Pandan Indah baru-baru ini. Anggaran yang hadir lebih kurang 150 ribu orang, hebat Rafizi...lagi ramai yang hadir di Raub, dari Parlimen Rafizi sendiri


Video: Mahathir Lebih Diktator Dari Najib Kata Ku Li

Image
KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih diktator berbanding Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Tengku Razaleigh ketika sidang akhbar khas sebentar tadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang mendakwa Najib perlu digulingkan kerana bersifat seperti seorang diktator.


“Setakat hari ini kita menerima pengakuan yang dibuat oleh orang berkenaan (Mahathir).. dia yang mengaku dia sebagai diktator.

“Jadi kalau saya nak kata dia (Mahathir) bukan diktator, tak boleh lah kerana dia sendiri yang mengaku dia diktator,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Langgak Golf di sini, hari ini.

Terdahulu Tengku Razaleigh turut menafikan beliau menyokong gerakan deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad-Lim Kit Siang untuk mengulingkan Perdana Menteri.

Mahathir pada Ahad lalu mengakui bahawa beliau menjadi “diktator” semasa pemerintahan 22 tahun namun akhirnya terpaksa melepaskan jawatan jawatan tersebut tanpa sebar…

Anwar Mula “Menikam” Mahathir – Seakan Menolak “Deklarasi Rakyat” Kita Boleh Tengok Mana WAn Azizah Bersama Madey?

Image
Secara jelasnya, Anwar telah mengubah sokongan beliau terhadap gerakan yang dibawa oleh Mahathir hanya bersifat peribadi dan bukan merangkumi nilai reformasi secara keseluruhannya.

Kenapa Media Pembangkang Takut Belasah Guan Eng Isu Banglo Diskaun?

Image
MELAINKAN satu dua, majoriti portal berita di Malaysia ini, mengaku mereka sebagai bebas, tidak berpihak dan anggapan baik baik yang macam itu.  100 artikel terbit satu hari, 2 pro kerajaan yang lain semua pro pembangkang, pun mengaku bebas jugak!!!

Tapi ikut pemerhatian penulis dalam perkara berkaitan banglo diskaun ini. tidak ada media pembangkang yang betul betul hentam Lim Guan Eng dalam isu tersebut.  Padahal, berapa banyak bukti dalam bentuk dokumen yang boleh dijadikan bahan.  Kalau itu tak cukup,  kenyataan-kenyataan bodoh keluar dari mulut Guan Eng mahupun pemimpin DAP sendiri dalam isu tersebut saja [un dah cukup jadi bahan berita.

Kolam renanglah, hantu lah, feng shui la, macam-macam, semua ini ada nilai sensasi, terutama bab kutuk dan menyindir sebab orang Malaysia memang resminya suka mengutuk – nak nak di media sosial.  Jadi balunlah, apa tak balun?

Masa kes hampir sama membabitkan seorang pemimpin UMNO Selangor beberapa tahun dulu, bukan main lagi.  Harga rumah itu sah…

Selepas WSJ Gagal, Pembangkang Guna Media Australia Jatuh Najib

Image
ABC News beberapa hari kebelakangan ini dilihat perlahan-perlahan mula ambil alih peranan putar belit yang dulu dimainkan WSJ.  Seolah-olah tak cukup lagi dengan portal berita pembelit sedia ada di Malaysia ni, kehadiran ABC News ke Malaysia bermula penuh kontroversi – bila 2 wartawannya merempuh kawalan keselamatan Datuk Seri Najib Tun Razak di Sarawak minggu sudah.

Dalam masa yang sama, wartawan dari agensi berita yang sama menimbulkan kekecohan dalam sidang media oleh balu bekas penyiasat persendirian, B Balasubramaniam di Kuala Lumpur dengan soalan-soalan berbentuk provokasi.

Keadaan ini sahaja membuktikan bahawa peralihan peranan dari WSJ ke ABC News itu memang berlaku.  Mungkin melihat kepada kegagalan WSJ meneruskan momentum yang boleh menggegar kedudukan Najib, para penentangnya beralih kepada ABC News pula untuk berterusan mencemar imej Najib bagi segmen antarabangsa.

Apatah lagi, sama seperti WSJ, ABC News juga tidak mempunyai pejabat di Malaysia, semua wartawan dan jurugam…

Siapa Juga Presiden UMNO Tetap Diserang Pembangkang

Image
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menepis dakwaan kononnya UMNO kini berada di dalam kecelaruan sebaliknya jelas beliau UMNO sedang berdepan asakan yang bertubi-tubi sehingga menyebabkan parti ini berada dalam keadaan begitu kompleks dan mencabar.

“Disebabkan asakan demi asakan ini maka UMNO sedang berhadapan dengan ‘trust deficit’ yang mana keadaan ini mesti ditangani agar ia tidak melemahkan parti.

“Inilah cabaran kita yang sebenar. Kita perlu selami realiti sebenar dan perbaiki kelemahan yang ada. UMNO juga perlu lebih sensitif dan responsif terhadap isu semasa. Tetapi jangan pula kita terperangkap dalam permainan pembangkang yang mahu melihat UMNO jatuh,” ujarnya dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat bersama pihak pengurusan media Karangkraf, di Shah Alam, di sini, hari ini.

Justeru itu tegas beliau semua kepimpinan UMNO dan juga akar umbi perlu menggunakan kebijaksanaan bagi menangkis segala cubaan provokasi pembangkang yang mahu melihat UMNO musnah.

“K…

Mahathir Hina Jemaah Haji Yang Ditaja 1MDB

Image
Perhimpunan Pentas Selamatkan Malaysia yang berlangsung malam semalam seolah-olah dijadikan pentas untuk Tun Dr Mahathir Mohamed menghina dan mempertikaikan ibadat haji yang ditaja oleh 1MDB. Dalam ucapan beliau, beliau pelik samada ibadah haji dan umrah yang dilakukan hasil tajaan 1MDB diterima Tuhan ataupun tidak.

Alasan yang diberikan, bagaimana sebuah syarikat yang dakwa beliau sebagai sebuah syarikat “penyamun”, boleh menaja ibadat haji seseorang sedangkan sumber hasil wang daripada syarikat berkenaan diragui kesahihannya.

Malah, dalam ucapan yang sama, beliau juga menempelak ibadah umrah yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan isteri serta rombongan Umrah yang dilakukan oleh sayap Pemuda UMNO Malaysia yang dilakukan baru-baru ini. Ujar beliau lagi, beliau hairan, bagaimana seorang pencuri seperti Datuk Seri Mohd Najib, boleh melakukan umrah hasil daripada wang yang “dicurinya” daripada rakyat.

Hebat Tun M sekarang ini. Sejak menyertai barisan kepimpinan Pakatan Harapan, aspek h…

Tak mudah Tun M pengaruhi rakyat jatuhkan Najib...

Image
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa percaya rakyat boleh bersikap rasional walaupun setiap hari dipengaruhi oleh individu tertentu yang mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Annuar berkata, meskipun tindakan mahu menggulingkan Perdana Menteri dibuat oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad, namun percaya rakyat boleh menilai sendiri bersabit tindakan dan niat sebenar bekas perdana menteri itu.

"Dr. Mahathir boleh buat apa yang dia suka tetapi saya fikir rakyat rakyat dan ahli Umno, saya rasa sudah boleh buat penilaian sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Parlimen tadi.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir dua hari lalu, bahawa Najib mungkin boleh dilucutkan jawatan jika Raja-raja mendengar suara rakyat, meskipun beliau mengakui bahawa Majlis Raja-raja tidak mempunyai kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkirkan Perdana Menteri.

Anuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, tindakan Mahathir yang mahu melibat…

Pembangkang Sudah Terdesak.... Azmin dakwa Ku Li buat pusingan U

Image
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, menyifatkan veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah membuat pusingan U bersabit sokongan beliau sebelum ini dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata Azmin, langkah Tengku Razaleigh yang kembali menyokong Najib setelah menandatangani Deklarasi Umno Kelantan itu dilihat bercanggah dengan sokongan yang pernah dinyatakan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

"Memang dia (Tengku Razaleigh) tidak tandatangan (Deklarasi Rakyat) sebab dia tandatangan Deklarasi Umno Kelantan, dia sudah buat u turn (pusingan U). Nak buat macam mana," katanya.

Bagaimanapun menurut Tengku Razaleigh, beliau tidak menandatangani deklarasi terbabit biarpun namanya disebut-sebut dikalangan 58 pemimpin dan aktivis yang menandatangani dokumen berkenaan.

Semalam Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menyamakan majlis Deklarasi Umno Kelantan untuk menyatakan sokongan kepada Naji…

Jangan khianati perjuangan parti kerana agenda peribadi - Najib

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan dan anggota UMNO supaya tidak mengkhianati perjuangan parti demi kepentingan agenda peribadi sehingga menggadai maruah diri.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata perjuangan politik yang berlandaskan moral dan prinsip perlu dipertahankan bagi menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam negara.

"Dalam politik, kita mesti ada moral dan prinsip...kalau buat apa-apa pun mesti berpegang kepada Perlembagaan negara, kalau tidak, negara akan huru-hara.

"Kalau huru-hara, apa yang kita perjuangkan sekarang akan hancur lebur...apa nak kita tinggalkan pada anak-anak dan cucu-cucu kita," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Waris PBAKM di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM Datuk Melati Ali.

Najib turut membidas pemimpin yang dilihat beralih pendirian dan bertu…

Berani Kerana BENAR.....Saya tidak terlibat mana-mana kumpulan nak jatuhkan PM…- Tengku Razaleigh

Image
Sehari selepas beliau buat kenyataan media jelaskan pendiriannya setelah dituduh oleh Tun Dr Mahathir sebagai pembelot usaha jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak…Tengku Razaleigh adakan sidang akhbar di rumahnya di Kuala Lumpur.

Ramai wartawan hadir kerana ada yang mengaku kurang jelas lagi cerita sebenar dari kenyataan itu semalam.Beliau dihujani soalan bertalu-talu.

Antara pekara penting ditegaskan bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Gua Musang itu beliau tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan untuk jatuhkan Najib.

Tengku Razaleigh juga nafi dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau perancang gerakan untuk undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen.

Katanya beliau konsisten dengan pendiriannya bahawa apa-apa langkah untuk jatuhkan Perdana Menteri mesti ikut perlembagaan yakni menerusi pilihanraya umum,undi tidak percaya di Parlimen dan cara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kena letak jawatan.

Beliau tidak setuju dengan Deklarasi Rakyat yang…

Dua loji baru bernilai RM800 juta di Selangor akan jadi projek gajah putih

Image
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang mahu membina dua loji rawatan air baru di Labuhan Dagang dan Semenyih yang mencecah kos sebanyak RM800 juta.

Menurut ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak, pihaknya beranggapan bahawa dua projek yang menelan belanja besar itu akan terbengkalai setelah projek Langat Dua siap sepenuhnya 2019.

"Air tak cukup macam mana nak buat loji rawatan air nanti akhirnya itu akan jadi projek gajah putih. Apabila langat dia siap sepenuhnya esok dengan kapasiti 1320 juta liter sehari fasa satu dan fasa dua pun jumlah sama 2640 juta nanti dua loji rawatan air baru nie nak jadi apa? Langat dua pun ambil air dari negeri Pahang jadi itu realitinyalah," katanya dalam sidang media di lobi DUN Selangor hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sebelum ini berkata dua loji rawatan air yang bakal dibina itu adalah untuk menampung permintaan air terawat dalam tempoh yang kritikal ini.

Ia ekoran…

Kita Wajib Bertegas Dalam Hal Ini....Polis Tahan 75 Kenderaan Asing Miliki Saman Tertunggak

Image
BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 75 kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak ditahan menerusi Op Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang dijalankan di laluan pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Supt Zahari Mohamed berkata operasi yang bermula 6 pagi itu, menahan kenderaan asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

"Operasi yang kami jalankan ini lebih memfokuskan kepada kenderaan asing dari Thailand dan Singapura yang melakukan kesalahan jalan raya dan gagal menjelaskan saman," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Zahari berkata bagi memudahkan polis mengesan pesalah jalan raya, dua sistem alat pengesan yang dikenali sebagai Mobile Compound Online Payment System (MCOPS) dan Automated Number Plate Recognition (ANPR) diperkenalkan dan Kedah merupakan negeri perintis bagi pelaksanaan sistem itu.

"Sistem MCOPS yang menggunakan semakan m…

Agenda Jahat Namanya....Dokumentari Terbitan ABC Sengaja Burukkan Najib

Image
KULAI: Dokumentari terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dilihat sengaja memburuk-burukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain bermotifkan dendam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya percaya tindakan yang dibuat oleh Four Corners ABC itu mempunyai kaitan dengan penahanan dua kru mereka di Sarawak, baru-baru ini.

"Four Corners ABC ini sengaja hendak memburuk-burukkan negara dan pemimpin kita. Mereka ini mempunyai motif dendam. Dakwaan itu merepek serta mempunyai agenda tersembunyi...kita kesal dengan apa yang berlaku ini.

"Sudah berulang kali diperjelaskan kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi (pengasas AmBank) tidak ada kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan begitu juga (Timbalan Pendakwa Raya) Kevin Morais disahkan peguam negara tidak terbabit dengan siasatan syarikat berkenaan," kata beliau.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Pegawai-pegawai Kanan Diwarta…

Syabas Berani Bersuara....Jangan Khianati Perjuangan Parti Kerana Agenda Peribadi - Najib

Image
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan dan anggota Umno supaya tidak mengkhianati perjuangan parti demi kepentingan agenda peribadi sehingga menggadai maruah diri.

Najib yang juga Presiden Umno berkata perjuangan politik yang berlandaskan moral dan prinsip perlu dipertahankan bagi menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam negara.

"Dalam politik, kita mesti ada moral dan prinsip...kalau buat apa-apa pun mesti berpegang kepada Perlembagaan negara, kalau tidak, negara akan huru-hara.

"Kalau huru-hara, apa yang kita perjuangkan sekarang akan hancur lebur...apa nak kita tinggalkan pada anak-anak dan cucu-cucu kita," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Waris PBAKM di sini, Rabu.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM Datuk Melati Ali.

Najib turut membidas pemimpin yang dilihat beralih pendirian…

Usul Hadkan Tempoh Ketua Menteri Pulau Pinang Pada Khamis

Image
PETALING JAYA: Seorang Ahli Dewan Undangan (Adun) DAP dijangka mengemukakan usul persendirian untuk menghadkan tempoh Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.

Menurut sumber di Komtar, Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu akan menyerahkan usul persendirian kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang pada Khamis.

Difahamkan bahawa wakil rakyat juga akan mengadakan sidang akhbar di Komtar pada pukul 11 pagi.

Menurut sumber itu lagi, kepimpinan DAP sedar mengenai gerakan berkenaan.

Ini bukan kali pertama Teh cuba mengemukakan usul seperti itu.

Pada 19 November 2015, usul Teh untuk membincangkan sama ada Ketua Menteri, Perdana Menteri dan Menteri Besar harus dihadkan kepada hanya dua penggal ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Niat jahat di sebalik pembikinan dokumentari 4 Corners - KPN

Image
Dokumentari 4 Corners yang disiarkan stesen televisyen Australia, ABC, kelmarin disifatkan berbentuk dendam dan mempunyai agenda memburukkan Malaysia di mata dunia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dokumentari itu sengaja mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pelbagai skandal pembunuhan dan rasuah.

Katanya, semua dakwaan yang disiarkan dalam dokumentari itu sudah dijelaskan kepada umum oleh polis dan Peguam Negara, sekali gus tidak sepatutnya dibangkitkan kembali.

"Saya sudah melihat dokumentari itu dan ia (stesen televisyen) memaparkan dendam selepas wartawannya ditahan ketika merempuh sekatan keselamatan Perdana Menteri di Sarawak, baru-baru ini. "

Polis sudah beberapa kali menjelaskan pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi dan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais, tidak ada kaitan dengan 1MDB," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri persidang…

Zambry keluar malam tinjau masalah rakyat di Ipoh

Image
Tidak ada sesiapa yang dapat menghidu programnya malam semalam (Isnin), Menteri Besar Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir melakukan sesuatu diluar kebiasaan sebagai seorang CEO negeri Perak.
Kerja-kerja begini ada risikonya maklum saja orang politik mempunyai ramai musuh terselindung.

Dengan mengenakan pakaian kasual, malam itu membawanya ke beberapa kawasan—gelap dan tidak berpenghuni—bagi memperoleh maklumat dan pada masa sama membantu Dato Bandar.

Sebagai Menteri Besar, ia bukan sekadar kerja menggarah dan menjatuhkan hukum ada tugas lebih baik menunggu iaitu memberi maklumat.

Kepada Dato Bandar yang baru ini, Menteri Besar memberi beberapa arahan disamping petunjuk. Ia kemudian diselit kata-kata sokongan.

Sebagai asas, ada sesuatu yang mahu dibuktikan sebab itu beliau hanya bersama CEO Majlis Bandaraya Ipoh iaitu Dato Bandar Datuk Zamri Man.

Lazim jika ramai pegawai ikut misi ini serta lebih-lebih lagi dapat menghidu operasi Menteri Besar seperti mana dilakukan tonto kepada operas…

Komen berkenaan penggunaan air di masjid: PAS digesa nasihatkan Azmin

Image
Setelah hampir setahun iaitu semenjak kerajaan persekutuan menandatangani persefahaman bersama kerajaan negeri, isu bekalan air agak reda apatah lagi dengan akujanji meneruskan dan menyiapkan loji bekalan air terawat, Langat 2.

Namun, beberapa hari lalu, kegusaran rakyat Selangor kembali memuncak apabila Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Azmin Ali mengumumkan tarikh projek Langat 2 yang dijadualkan siap pada tahun 2016 ditunda kepada 2017-2018.

Kebimbangan ini bertambah apabila Azmin Ali menggesa seluruh masjid dan surau dalam negeri ini mencatu penggunaan air seolah-olah pembaziran air berlaku di rumah ibadat penganut agama Islam sahaja.

Menteri besar perlu ingat, bahawa air adalah keperluan asas manusia. Ia tiada kena mengena dengan sentimen agama dan seluruh rakyat negeri ini yang berbilang bangsa amat-amat memerlukan keperluan asas air.

Azmin patut terlebih dahulu mengkaji bahawa pengguna air tertinggi bukan datangnya dari rumah-rumah penganut agama Islam mahu pun rumah-rumah ibad…

Ringgit kekalkan aliran meningkat

Image
KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan aliran meningkatnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi pembukaan hari ini, kata peniaga.

Pada jam 9.04 pagi, ringgit disebut pada 3.9650/9750 daripada 3.9960/9030 pada jam 5 petang semalam.

Seorang peniaga berkata, unit tempatan itu kekal sebagai mata wang disukai di kalangan pelabur dalam menghadapi penurunan dolar AS.

"Penurunan dolar menolak pelabur untuk membeli ringgit. Ia dijangka berterusan selagi dolar AS dipengaruhi data ekonomi AS yang lemah," katanya.

Bagaimanapun, berbanding sekumpulan mata wang lain, ringgit diniagakan lebih rendah.

Berbanding dolar Singapura, ia jatuh kepada 2.9262/9353 daripada 2.9185/9257 pada Selasa dan berbanding yen jatuh kepada 3.5218/5318 daripada 3.5133/5204.

Berbanding dengan pound British, ringgit merosot kepada 5.7029/7196 dari 5.6939/9059 dan lebih rendah pada 4.4793/4914 daripada 4.4675/4770 berbanding euro. - BERNAMA

IKATAN dakwa rakyat tak peduli gerakan jatuhkan PM

Image
SHAH ALAM: Gerakan Selamatkan Malaysia yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pembangkang yang bertujuan menyingkirkan Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri, 'tidak akan dipedulikan' oleh rakyat, demikian menurut Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Bekas menteri kabinet itu berkata, suara rakyat Malaysia menerusi wakil rakyat masing-masing di Parlimen masih mahukan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan.  

"Dua institusi yang relevan dalam isu ini, pertamanya parlimen. Suara lebih 30 juta rakyat di sana. Keduanya, memandangkan mereka telah memilih Barisan Nasional (sebagai parti pemerintah), siapa ketuanya? Ketua-ketua 14 parti komponen dan Umno memilih sebulat suara Najib.

"Jadi saya sangat ragu (dengan gerakan Selamatkan Malaysia) tapi biarkan saja mereka. Ini saya gelarkan sebagai 'bunyi-bunyi' demokrasi.

"Tak perlu panik, tak perlu cakap buruk tentang mereka, tak perlu hentam merek…

Tak mudah Tun M pengaruhi rakyat jatuhkan Najib

Image
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa percaya rakyat boleh bersikap rasional walaupun setiap hari dipengaruhi oleh individu tertentu yang mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Annuar berkata, meskipun tindakan mahu menggulingkan Perdana Menteri dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad, namun percaya rakyat boleh menilai sendiri bersabit tindakan dan niat sebenar bekas perdana menteri itu.

"Dr. Mahathir boleh buat apa yang dia suka tetapi saya fikir rakyat rakyat dan ahli Umno, saya rasa sudah boleh buat penilaian sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Parlimen tadi.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir dua hari lalu, bahawa Najib mungkin boleh dilucutkan jawatan jika Raja-raja mendengar suara rakyat, meskipun beliau mengakui bahawa Majlis Raja-raja tidak mempunyai kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkirkan Perdana Menteri.

Anuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, tindakan Mah…

Pelepasan Khir Toyo Secara Parol Ikut Syarat Seperti Banduan Lain - Jabatan Penjara

Image
PETALING JAYA: Pelepasan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo secara perintah parol pada Selasa adalah melalui syarat, proses serta pertimbangan sama seperti banduan lain, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata, sistem parol mula dilaksanakan oleh Jabatan Penjara pada Julai 2008 dengan tujuan utama agar banduan atau Orang Diparol dapat menjalani pemulihan berterusan di luar penjara bersama komuniti supaya proses asimilasi dan reintegrasi lebih sempurna dapat dicapai.

Tambahnya, semua banduan yang layak dari segi pencapaian pemulihannya, kesalahan dan tempoh pemenjaraan yang telah dilalui seperti ditetapkan Akta Penjara, akan dikemukakan laporan kepada Lembaga Parol untuk pertimbangan lanjut.

"Setelah dipertimbang dan diluluskan, perintah parol beserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi Orang DiParol akan dikeluarkan oleh Lembaga Parol.

"Pelepasan secara perintah parol bermaksud Orang DiParol masih terikat dengan baki tempo…

Adakah Kemungkinan DUN Sarawak Dibubarkan Esok?

Image
KUCHING: Menurut sumber dalaman Barisan Nasional (BN), pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka pada Khamis kemungkinan akan ditangguhkan.

Pendapat mengatakan bahawa lebih cepat pilihan raya diadakan,  lebih baik untuk BN.

Walau bagaimanapun, pertikaian di antara SUPP dan parti serpihan UPP yang telah lama wujud dilihat serupa dengan pergolakan di antara SPDP dan Teras yang boleh menyebabkan kerosakan.

Tan Sri James Masing, presiden PRS yang merupakan parti kedua terbesar Barisan di Sarawak selepas PBB (diketuai oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem ) percaya hari pengundian akan berlangsung pada Mei ini.

"Tekaan saya hari penamaan calon pada bulan April, dengan pengundian pada bulan Mei. Hanya selepas SUPP dan SPDP menyelesaikan masalah barulah Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan pilihan raya," jelasnya kepada The Star pada Selasa.

Sebagai ketua parti komponen BN, beliau melahirkan kekecewaan dan rasa tidak senang dengan pergolakan itu.

"Ia akan…

Tahukah anda banyak mana bantuan kerajaan pusat kepada Kelantan?

Image
Mungkin ramai yang tidak tahu sekalipun negeri dikuasai oleh PAS,Kelantan antara penerima bantuan terbesar dari kerajaan persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beritahu Dewan Rakyat Rabu,bahawa sebanyak RM400 bantuan tahunan diberi kepada negeri itu.

Beliau jawab soalan Ahli Parlimen PAS Pasir Mas,Nik Abduh Nik Aziz.

 Ahli Parlimen PAS Temerloh,Nasrudin Tantawi pula selepas itu ingin tahu apakah RM400 juta masuk terus ke kantung kerajaan negeri atau melalui agensi-agensi lain.

Najib kata semua RM400 juta itu masuk terus ke kantung kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan bantuan yang diberi menerusi agensi-agensi kerajaan lain pula dan jumlahnya pun besar.

Jadi katanya bantuan kerajaan persekutuan memang banyak sekalipun ia negeri PAS.

Jika berani buat, Rafizi kenalah berani tanggung

Image
Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli perlu berhadapan tindakan undang-undang jika terbukti beliau mendedahkan dokumen sulit laporan Ketua Audit Negara berhubung syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, polis akan menyiasat kes itu selepas Naib Presiden PKR itu didakwa mendedahkan butiran dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) semalam.

“Sudah tentu beliau bersalah, ianya adalah OSA, yang telah ditetapkan kesalahan dan hukumannya.

“Polis akan melancarkan siasatan mereka sendiri selepas Rafizi mengakui mendedahkan dokumen OSA,” katanya di luar Dewan Rakyat, Selasa.

Seksyen 8 OSA menetapkan mereka yang disabitkan dengan kesalahan mendedahkan rahsia kerajaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Ahli Parlimen Pulai itu bagaimanapun tidak mahu membuat spekulasi mengenai bentuk pertuduhan yang mungkin dihadapi Rafizi jika beliau melanggar peraturan OSA itu dan sekadar…

Ahli Umno bukan bisu, pekak dan buta tetapi totok, Mahathir?

Image
Nampaknya Tun Mahathir semakin tertekan dan resah apabila mendapati tidaklah begitu mudah untuk menaikkan shahwat politik rakyat, terutama ahli-ahli Umno supaya melakukan reformasi.

Umumnya, kempen yang digerakkan atas nama Selamatkan Malaysia tidak mendapat reaksi rakyat yang dihajatinya. Meskipun sebelum ini beliau sudah cuba berjinak dengan kempen Bersih 4, namun reaksi rakyat masih agak suram.

Maka beliau pun melampiaskan kekecewaannya terhadap ahli-ahli Umno yang disifatkan buta, pekak dan bisu kerana tidak menyahut gendang perang yang dipalunya untuk bangkit menjatuhkan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Keresahan Mahathir terhadap sikap Umno yang tidak peka akan perjuangannya itu mendapat reaksi sinis daripada satu-satunya ahli Umno yang pernah mencabar hegemoni politiknya dalam parti itu – Tengku Razaleigh Hamzah.

Dengan berseloroh Tengku Razalegih menyindir apakah baru sekarang Mahathir sedar bahawa ahli-ahli Umno itu bisu, pekak dan buta?

“Bukan sekarang. Sejak dulu lag…

Dr Mahathir Pembuli Pemimpin Sabah - Maximus

Image
KOTA KINABALU: Pengakuan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah seorang diktator semasa tempoh 22 tahun menjadi perdana menteri merupakan "kenyataan kurang tepat yang klasik abad ini," kata timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mendakwa bahawa Dr Mahathir adalah seorang pembuli terutama terhadap pemimpin politik Sabah.

"Semasa Dr Mahathir menyandang jawatan sebagai perdana menteri, PBS keluar dari Barisan Nasional (BN) di ambang pilihan raya umum 1994 kerana tidak berpuas hati terhadap sikap tidak ambil peduli oleh kerajaan Persekutuan berhubung isu-isu menyentuh kepentingan di Sabah," kata beliau dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Beliau juga mendakwa bahawa Dr Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk melenyapkan kritikan. - BERNAMA

Kempen Mahathir: Tiada isu baru, hanya putar cerita basi

Image
Perhimpunan Kongres Rakyat yang turut disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada isu baru, hanya medan untuk menyerang pemimpin kerajaan.
Malah perhimpunan yang hanya memberi manfaat kepada parti politik pembangkang itu memutarkan kembali isu basi yang telah bebarapa kali dijawab sebelum ini semata-mata untuk menghasut pemikiran rakyat.

Pergerakan Pemuda UMNO yakin, rakyat yang matang tidak akan mudah menerima bulat-bulat dakwaan dan fitnah yang dilemparkan pada ucapan-ucapan sepanjang perhimpunan itu yang kebanyakannya dibuat secara membuta-tuli dan tanpa bukti kukuh.

Kita juga kesal kerana Dr Mahathir dan Muhyiddin serta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sanggup bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO akan berdiri teguh di belakang Najib …

Muka Yang Tak Tahu Maluuuuu.....Mahfuz dan Husam bukan mewakili PAS... - Idris Ahmad

Image
Kelibat dua bekas pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa yang mengekori ke mana saja Tun Mahathir berceramah akhir-akhir ini bukan mewakili PAS, demikian tegas Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
Menurutnya, kedua-dua mereka bertindak atas kapasiti peribadi bukannya parti.

Jelasnya lagi, PAS belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan terhadap mereka berdua yang hadir pada himpunan Kongres Rakyat 2016, Ahad lalu.

"Dia sebagai rakyat, tidak mengapalah. Kita tidak sertai atas nama parti, tindakan belum tentu ada perlu ada yang tidak perlu," katanya kepada pemberita ketika sidang media di lobi parlimen.

Beliau dilihat enggan mengulas lebih panjang berhubung perkara itu apabila diasak pemberita yang bertanyakan mengenai pendirian PAS yang terlalu 'bertoleransi'.

Tambah Idris lagi, tindakan kedua-dua pemimpin yang cenderung kepada Pakatan Harapan (PH) itu tidak menjejaskan parti oleh kerana ahli PAS kini mencecah sejuta orang.

Mahfuz yang merupakan …

Jadi Siapa Yang Berkata Bohong!!!! Saya tidak terlibat mana-mana kumpulan nak jatuhkan PM…- Tengku Razaleigh

Image
Sehari selepas beliau buat kenyataan media jelaskan pendiriannya setelah dituduh oleh Tun Dr Mahathir sebagai pembelot usaha jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak…Tengku Razaleigh adakan sidang akhbar di rumahnya di Kuala Lumpur.

Ramai wartawan hadir kerana ada yang mengaku kurang jelas lagi cerita sebenar dari kenyataan itu semalam.Beliau dihujani soalan bertalu-talu.

Antara pekara penting ditegaskan bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Gua Musang itu beliau tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan untuk jatuhkan Najib.

Tengku Razaleigh juga nafi dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau perancang gerakan untuk undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen.

Katanya beliau konsisten dengan pendiriannya bahawa apa-apa langkah untuk jatuhkan Perdana Menteri mesti ikut perlembagaan yakni menerusi pilihanraya umum,undi tidak percaya di Parlimen dan cara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kena letak jawatan.

Beliau tidak setuju dengan Deklarasi Rakyat yang…

DAP tercabar bila ISMA bongkar agenda jahat mereka

Image
Ada desakan supaya pimpinan ISMA didakwa di bawah Akta Hasutan. Dalam bahasa ringkasnya, mereka ingin pimpinan ISMA dipenjara atau dijatuhi hukuman yang setara dengan penjara. Pemimpin DAP terutamanya Lim Kit Siang yang pada kebiasaannya menjadikan PM sebagai subjek cacian dan cemuhan dengan pelbagai gelaran tiba tiba bertukar wajah menjadi perayu kepada PM supaya tindakan diambil terhadap ISMA.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap ISMA supaya tindakan dikenakan. DAP seolah-olah bersama PM untuk menjaga perpaduan nasional. DAP terutamanya Lim Kit Siang mengharapkan PM ambil tindakan terhadap ISMA. ISMA dituduh racun dan pemecah belah masyarakat.

Bagaimanakah sebaliknya? Tujuan DAP adalah untuk menyekat kemaraan ISMA yang mula membongkar agenda mereka yang tersirat di sebalik keadilan yang mereka perkatakan. Keadilan bagi mereka apabila agenda mereka tercapai. Agenda mereka ialah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mereka juga menolak Malaysia adalah negara orang Melayu yan…

Akhirnya berbanggalah DAP..!!

Image
Pemimpin yg dahulunya seteru terhebat dengan melayu ini memperbodohkan DAP dikhalayak umum dalam ceramahnya..

KINI kita diperBODOHkan sekali lagi bila pemimpin ini bersama2 DAP dengan alasan membela RAKYAT.

Untuk rakyatkah...?

PERJUANGAN TUN M BUKAN UNTUK ORANG MELAYU

Image
JELEBU - Veteran Umno Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan perjuangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu, sebaliknya lebih bersifat peribadi.

Beliau berkata sebagai pemimpin yang telah lama dikenalinya, beliau berasa sedih dengan tindakan yang diambil Dr Mahathir yang jelas bercanggah dengan perjuangannya sebelum ini.

"Saya tak nampak ia (Kongres Rakyat) berjaya sebab amat jelas bahawa Tun mengadakan program-program ini sekali gus menidakkan apa yang dia buat dahulu.

Dahulu beliau mempunyai keyakinan dan kesabaran untuk menaikkan UMNO semula dan orang Melayu, sekarang politik beliau bukan untuk orang Melayu lagi, bukan untuk semerbak perjuangan dalam BN (Barisan Nasional) lagi.

"Beliau menjadikan arena politiknya sebagai arena peribadi dan apa sebab, tentulah ada kaitan dengan rentetan peristiwa yang membawa kepada (pemecatan) Datuk Seri Muhkriz di Kedah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas majlis Sa…

WARTAWAN BERANG GUAN ENG TERUS MEMBISU

Image
Tuduhan Guan Eng terhadap penimpin BN ibarat meludah ke langit...
Berani ke Guan Eng hendak jawap soalan dari wartawan???
Sedangkan fung shui rumah pun Teresa yang tolong cakap....

KUALA LUMPUR 28 Mac – Beberapa wartawan yang membuat liputan di Parlimen hari ini berang dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terus membisu apabila diminta menjawab soalan-soalan berhubung isu pembelian banglo mewah di Jalan Pinhorn dan tanah projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis.

Guan Eng ketika keluar dari Dewan Rakyat langsung tidak mengendahkan wartawan yang bergegas mendapatkannya, sebaliknya terus memasuki kenderaannya yang telah menunggu di luar lobi Parlimen.

Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan itu hanya membuka mulut meminta wartawan memberi laluan kepadanya dengan alasan perlu bergegas untuk menghadiri temu janji.

Perkara tersebut mengakibatkan beberapa wartawan ‘naik angin’ sebaik sahaja beliau menutup pintu kenderaan.

Sebelum itu, ketika meng…