Posts

Showing posts from April, 2018

Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin

Image
JASIN: Faktor Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penceramah utama pakatan pembangkang dilihat gagal menarik minat orang ramai apabila hanya kira-kira 200 penduduk hadir pada ceramah pembangkang di Nyalas di sini malam tadi. Sebelum ketibaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kira-kira jam 9.30 malam, penganjur beberapa kali merayu orang ramai melalui pembesar suara supaya memenuhkan kerusi yang disediakan. Malah, kelibat Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang juga calon Parlimen Hang Tuah Jaya dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang sebelum itu disebut-sebut hadir, bagaimanapun tidak muncul. Dalam ucapannya, Muhyiddin tidak membuang masa membuka gelanggang untuk terus menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, lapor BH Online. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga seolah-olah mempunyai dendam peribadi terhadap kepemimpinan Najib apabila cuba menyemai kebencian rakyat, selain cuba menidakk…

754 ahli Warisan sertai Umno

Image
SANDAKAN: Parti Warisan Sabah (Warisan) cawangan Batu Sapi hanya menunggu masa untuk dibubarkan selepas 754 ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno serta Barisan Nasional (BN) dengan serta-merta. Bekas setiausahanya, Abdullah Madin mengetuai kumpulan berkenaan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, Batu Sapi, Sandakan. Abdullah ketika ditemui berkata, tindakan mereka itu dibuat selepas menyedari warisan bukan lah parti yang memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya ditubuhkan untuk menengakkan agenda peribadi ketuanya. “Sejak kami menjadi ahli warisan tiada apa-apa bantuan yang diberikan kepada semua ahli di cawangan itu, sebaliknya mempimpin tertinggi hanya melaung-laungkan slogan mahu mendapat kuasa.” “Atas sebab itulah kami berasa insaf selepas menyedari penyertaan kami ke dalam warisan hanya sia-sia, maka hari ini kami membuat keputusan untuk menyertai UMNO, katanya.” …

“Saya akan ambil tindakan terhadap Rafizi” - Khairy

Image
SEREMBAN: "Saya akan mengambil tindakan (undang-undang) terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli atas tuduhan beliau bahawa saya bersekongkol dan bertanggungjawab atas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang calon PKR, Dr S. Streram masuk ke pusat penamaan calon semalam," kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasionai (BN), Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, sebelum ini macam-macam Rafizi cakap tidak baik tentang dirinya dan beliau boleh 'lepaskan' namun pada kali ini tidak boleh diterimanya kerana ia membabitkan integriti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno dan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Rembau pada PRU14 ini berkata, tindakan Rafizi yang menyebarkan tuduhan dan berita palsu itu dalam Facebook dan Twitternya itu adalah satu kesalahan mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Pada Sabtu, Pemuda Umno telah membuat laporan polis  terhadap Rafizi bagi disiasat dan diambil tindakan kerana memfitnah, kata Khairy yan…

Syamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti

Image
SEREMBAN: Penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti tetapi sebaliknya menekankan bagaimana beliau boleh berkhidmat kepada rakyat semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Beliau yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat berkata demikian selepas penyandang kerusi DUN tersebut Aminuddin Harun daripada PKR mengeluarkan kenyataan bahawa Syamsul tidak mampu bertahan lama dalam politik. Syamsul berkata, baginya perkara yang paling diutamakan buat masa ini ialah perkhidmatan yang bagaimana boleh beliau beri kepada pengundi di DUN Sikamat agar masalah setempat dapat diselesaikan, yang antaranya kemudahan awam, peluang menjana ekonomi dan pembangunan. "Sebagai seorang pemimpin yang memperjuangkan permasalahan rakyat, saya semestinya perlu menjadi seorang yang boleh melaksanakan tanggungjawab itu dengan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sebab itu kita menggu…

PKR Pasir Salak dakwa Azizah diktator, khianat reformasi

Image
Dalam minggu ni sahaja, berapa ramai ahli PKR yang luahkan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan kerana meletakkan bukan calon tempatan di kawasan mereka untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)  akan datang.

Rata-rata mereka yang keluar parti ini adalah kerana semangat reformasi yang telah mereka tanamkan sejak dahulu, dibuang begitu sahaja tanpa suara mereka didengar.

Terbaru, Ketua Cabang PKR Pasir Salak, Noor Azwan Ramli menyifatkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai mengkhianati kepercayaan akar umbi
kerana meletakkan calon yang tidak pernah menabur bakti di sesebuah kawasan.

Menurut Noor Azwan, pemilihan yang dilakukan pimpinan parti jelas tidak realistik, sangat tidak adil serta jauh menyimpang daripada semangat reformasi yang bukan sahaja akan merosakkan parti, malah memperlihatkan sikap Wan Azizah yang degil dan kemaruk kuasa.

"Wan Azizah jelas tidak memahami hasrat akar umbi, justeru tindakannya yang langsung tidak membuka ruang perbincangan…

CAMM nafi dakwaan Dr Mahathir pesawat disabotaj

Image
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) menolak dakwaan sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya menerbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Subang ke Langkawi Jumaat lalu.
Pengerusinya, Datuk Azharuddin A. Rahman berkata, pesawat jenis Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan oleh Vista Jet Limited tidak dapat diterbangkan ekoran masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada muncung pesawat.

"Hari ini kami telah melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk pengesahan dokumentasi, pemeriksaan fizikal terhadap pesawat, dan menemubual juruterbang serta petugas penyelenggaraan pesawat persendirian itu," katanya dalam satu kenyataan. Pemeriksaan terhadap dokumentasi pesawat itu tidak menunjukkan sebarang kecacatan kecuali kebocoran udara di roda kiri yang dicatatkan oleh petugas penyelenggaraan pada 27 April. Tekanan pada roda itu adalah rendah dan setelah diisi udara paras tekanan tetap menurun pada 2psi setiap minit, katanya…

Tun M enggan terima kenyataan CAMM

Image
LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini menolak hasil penemuan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) yang mengenepikan sebarang unsur sabotaj pada pesawat yang sepatutnya digunakan beliau untuk penerbangan ke Langkawi kelmarin. Calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu berkata, beliau tidak dapat menerima kenyataan dibuat CAMM itu, kerana mendakwa ia dibuat tanpa melalui melalui siasatan yang terperinci ke atas pesawat. "Mereka kata ia bukan sabotaj...bagaimana mereka buat kesimpulan sebegitu sedangkan mereka tak buat apa-apa siasatan," katanya kepada pemberita selepas menemui pengundi di pasar awam Kuah, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi CAMM, Datuk Seri Azharuddin A Rahman, mengenai siasatan terhadap dakwaan sabotaj ke atas jet peribadi yang sepatutnya digunakan beliau untuk penerbangan dari Subang ke sini kelmarin. Semalam, Azharuddin berkata, pesawat jenis Bombardier Challenger C…

PPBM parti huru-hara tanpa asas kukuh - Anina

Image
SHAH ALAM: Tindakan seorang pemimpin PPBM Melaka bertanding sebagai ahli Bebas di DUN Ayer Molek semalam hanya memperkuatkan tanggapan parti itu huru-hara kata bekas pengasasnya, Anina Saadudin. "Ianya (pertubuhan PPBM) secara huru-hara dan dibentuk secara tidak sengaja selepas Muhyidin dan Mukhriz hilang jawatan maka sebab pertubuhannya juga sudah huru-hara." "Dia juga berhadapan dengan krisis perlembagaan dan gabungan antara PKR, DAP, AMANAH dan PPBM itu juga bukan dibentuk atas satu asas yang kukuh," ujarnya. Anina berkata, isu ahli PPBM bertanding dalam parti Bebas atau parti lain bukan sesuatu yang pelik kerana ianya berlaku di merata-rata tempat di Malaysia. "Isu ini bukan hanya berlaku di Ayer Molek sahaja, perbalahan daripada ahli PPBM berkenaan dengan pembahagian kerusi ini berlaku di merata-rata tempat dan di kawasan saya di Langkawi juga begitu. "Kalau kamu tengok balik apa yang saya terangkan kepada kamu dari awal maka kamu boleh nampak kenap…

PRU14: 29 ahli PAS masuk BN di Batu Kurau

Image
BATU KURAU:  Seramai 29 ahli PAS di sini mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Jurucakap kepada kumpulan bekas ahli PAS berkenaan, Zulkifli Yunus, 59, berkata, mereka membuat keputusan itu kerana yakin hanya BN yang diterajui Umno mampu membela nasib rakyat di kawasan terbabit.

"Saya sudah bersama PAS hampir 18 tahun, malah seluruh anggota keluarga saya adalah pengikut setia PAS.

"Saya akui, kesedaran mulai wujud selepas melihat bagaimana kawasan Parlimen Larut dibangunkan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin sepanjang sepenggal lalu," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang menyertai Umno kepada Hamzah di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas ahli PAS, Razali Silah 75, berkata ketika kampung mereka dilanda ribut sehingga mengakibatkan kerosakan rumah penduduk, pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Larut yang menawarkan pelbagai bantuan kepada mereka.

"Sejak daripada itu, say…

Shahanim yakin rampas kembali parlimen Sungai Petani

Image
Calon wanita tunggal bagi kerusi Parlimen di Kedah iaitu Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, 45, yang akan bertanding di Parlimen Sungai Petani yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen itu daripada PKR meskipun akan menghadapi cabaran hebat. Beliau berkata biarpun kerusi itu pernah tewas kepada pembangkang selama dua penggal namun beliau optimis dan yakin kerana beliau bersama jentera parti sudah lama bekerja memberikan perkhidmatan terbaik membantu mereka. "Tidak dinafikan akan wujud cabaran yang hebat memandangkan Parlimen Sungai Petani mempunyai seramai 112,577 pengundi iaitu antara yang paling ramai di negeri ini, tambahan pula saya merupakan calon wanita BN yang bertanding (kerusi Parlimen) di Kedah, sudah tentu debaran dan cabaran hebat bakal menanti." "Walaupun pernah kalah dua penggal namun kita sangat positif, membujur lalu melintang patah, lawan tetap lawan, akan berusaha bersungguh-sungguh, saya yakin pengundi bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata,…

PKR bikin malu... Azwan Ali pun tiada masalah isi borang calon

Image
Ramai yang geleng kepala mengenangkan calon bebas selebriti Azwan Ali pun tiada masalah dengan borang pencalonan, berbanding beberapa pemimpin PKR yang 'kantoi last minute' borang bermasalah. Antara paling ketara melibatkan calon PKR adalah DUN Rantau di Negeri Sembilan yang mana BN menang percuma, DUN Tawang, Kijang dan Kuala Balah di Kelantan, DUN Bukit Pasir di Pagoh Johor, dan DUN Penaga di Pulau Pinang. Isu utama yang menjadikan calon-calon ini tidak layak bertanding kebanyakkannya muflis, kecuali DUN Rantau yang mana calon dan wakil calon tiada pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Manakala di kerusi Parlimen pula, Naib Presiden PKR Tian Chua tidak layak bertanding selepas permohonannya ditolak SPR kerana kes mahkamah. Sementara itu,  Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata sejumlah 1,984 kertas pencalonan bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak termasuk Sabah, telah sah diterima sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung pagi ini. Be…

Peluang Mastura pertahan Kuala Kangsar cerah

Image
Selepas kematian suaminya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei, 2016, Datin Mastura Mohd Yazid terpaksa memikul tanggungjawab baru. Beliau dicalonkan oleh Barisan Nasional  bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Kuala Kangsar pada 18 Jun tahun sama sebelum diumum menang mengalahkan tiga pencabar. Umum menyaksikan walau melalui pelbagai komen negatif , Mastura memperoleh  majoriti 6,969 undi iaitu sesuatu yang amat memberangsangkan. Mastura memperolehi 12,653 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684 undi, calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli , 4,883 dan calon bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari, 54. Kepada pemerhati politik yang mengikuti perkembangan ini dari dekat mereka melihat satu lonjakan sokongan rakyat multi ras yang luar biasa mengambil kira pengalaman politik yang tidak seberapa berbanding allahyarham suaminya. Penduduk Kuala Kangsar seperti dikebanyakkan tempat di Malaysia iaitu selepas pilihanraya 2008 berlangsung, tsunami …

Mengharap Syamsul Debat merampas Sikamat...

Image
Sudah 10 tahun DUN Sikamat dibawah penguasaan pembangkang. Sebelum  PRU12 pada 2008 Sikamat merupakan kubu kuat BN sejak PRU 1959 sehinggalah calon BN Datuk Md Yusop Harmain Shah yang kyang juga penyandang kerusi Sikamat ketika itu tewas kepada calon PKR, Aminuddin Harun dengan majoriti 499 undi. Cubaan BN untuk merampas kembali Dun Sikamat gagal apabila, Aminuddin yang merangkap Pengerusi PKR negeri, sekali lagi berjaya mempertahankan kerusinya pada PRU13, dengan majoriti  sebanyak 510 undi, apabila menewaskan calon wanita BN, Wan Salwati Abdullah. Usaha itu tidak terhenti begitu sahaja, bahkan kerja keras sedang giat dilaksanakan oleh BN bagi merampas semula Dun Sikamat dengan menurunkan tidak lain tidak bukan penceramah popular anak Negeri Sembilan Ustaz Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat 41. “Saya orang Sikamat dan sudah lebih 10 tahun menetap di sini, jadi tiada masalah untuk bertemu dengan semua pengundi kerana mereka mengenali saya,” katanya yang merupakan calon BN kawasan…

Puad batal hasrat tanding Bebas Batu Pahat atas nasihat Sultan…

Image
Bekas Ketua Pengarah JASA,Datuk Puad Zarkashi yang tidak muncul di Batu Pahat masa penamaan calon Sabtu kata beliau ambil keputusan tidak bertanding calon Bebas atas nasihat Sultan Johor. Dalam satu kenyataan lewat petang Sabtu beliau mmeberitahu banyak pihak cuba menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan kenapa saya membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di P150 Parlimen Batu Pahat. “Sebagai bangsa Johor, saya akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.  “Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya saya patuh kepada titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku memberikan nasihat itu atas kepentingan “Bangsa Johor “ “ Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih terhadap Tuanku Sultan Johor di atas keperihatinan, tunjuk ajar dan nasihat beginda yang sudah tentu banyak hikmahnya. Puad secara terbuka kata beliau kecewa  tidak dipilih BN untuk…

No problem…di kawasan PM di Pekan dan TPM di Bagan Datuk

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tidak akan hadapi masalah untuk kekalkan majoti besar beliau di kerusi Parlimen Pekan manakala timbalannya Datuk Sri Dr Zahid Hamidi dijangka akan buat calon yang lawnanya di Bagan Datuk demam tak kebah. Pada PRU13 Najib menang besar di Pekan dengan majoriti 35,613 menewaskan calon PKR Fariz Musa. Beliau dapat 51,278 undi manakala Fariz 15,665. Kali ini Perdana Menteri berdepan tentangan calon PKR Zahid Mat Arip, PAS Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas Datuk Kadir Sainudin. Mereka dijangka tidak menjadi saingan yang mencabar bagi beliau. Zahid yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PPBM ‘dipayung terjunkan’ ke Pekan dikatakan dihantar untuk ‘kacau daun’ suasana kempen pilihanraya kawasan itu. Dalam pada itu semua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Pekan iaitu Chini,Pulau Manis,Peramu Jaya dan Bebar dimenangi dengan majoriti besar semasa PRU13. Apapun Najib berkata beliau tetap setia dan tidak pernah mengamb…

Kisah jet peribadi sudah kena ‘tangkap basah’…awas lakonan terbaru Dr Mahathir

Image
ha…ha.Dengar cerita ramai yang masih tidak tahan dok gelak berguling guling bercakap pasal gempak sakan Tun Dr Mahathir Mohamad ada orang sabotaj jet peribadi yang beliau nak guna ke Langkawi kelmarin. Belum sempat hangat nak hasut dan raih simpati pengundi PRU14 konon ada cubaan nak bunuhnya menerusi dakwaan sabotaj itu…sudah kena ‘tangkap basah’ atau dalam Bahasa Inggeris orang sebut ‘caught redhanded’. Ini selepas tindakan segera Pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) buat siasatan pada Sabtu semalam untuk buat kepastian dapati tidak ada langsung sebarang tanda tanda sabotaj keatas jet peribadi itu. Faktanya ialah tayar depan sebelah kiri Vista Jet itu kurang angin dan tidak ada tayar ganti untuk tukar maka jet itu tidak dapat terbang ke Langkawi. Seperti dijangka sekalipun keputusan siasatan CAAM itu sudah diumumkan menerusi kenyataan rasmi Pengerusi badan itu Datuk Seri Azharuddin Rahman petang Sabtu namun Dr Mahathir masih terus dengan drama ‘ buat kering’ mempertahank…

VistaJet sahkan jet patut diguna Dr Mahathir cuma alami isu teknikal biasa…

Image
Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad nak cakap banyak lagi pasal dakwaan jet peribadi yang patut digunanya ke Langkawi Jumaat konon disabotaj sila rujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh VistaJet International. VistaJet ialah syarikat yang kendali sewa pesawat peribadi yang beroperasi di serata dunia. Gara-gara isu dakwaan Dr Mahathir syarikat berkenaan telah mengeluarkan kenyataan ringkas berkaitan hasil siasatan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) keatas jet berkenaan. Syarikat itu mengesahkan hasil siasatan CAAM itu bahawa ia cuma isu teknikal biasa yang tidak langsung menjejaskan keselamatan. Katanya sebuah jet lain telah diganti untuk penuhi jadual pelanggan berkenaan yakni Dr Mahathir. Hasil siasatan CAAM dapati isu teknikal cuma pada angin tayar depan sebelah kiri. Ia juga dapati tiada langsung apa-apa tanda sebotaj pada pesawat berkenaan.