Posts

Showing posts from March, 2017

Padan Mukanya!!!!! SPRM Serbu Pejabat Teresa Kok, Rampas Dokumen

Image
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dokumen dari pejabat Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok bagi menjalankan siasatan berhubung penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki mengesahkan perkara ini dan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Seputeh itu tidak berada di pejabatnya di Kuchai Lama ketika serbuan dibuat pada Jumaat itu.
Serbuan kira-kira pukul 11 ​​pagi itu dilakukan selepas pegawai-pegawai SPRM mendapat waran geledah. "Kami telah menghubunginya dan beliau telah memberikan kerjasama kepada pegawai kami. "Beberapa dokumen telah diambil untuk membantu kami dalam menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi.
Azam berkata, SPRM perlu mengkaji dokumen-dokumen berkenaan terlebih dahulu dan kenyataan akan diambil daripada pihak berkaitan dalam masa terdekat.
Beliau berkata siasatan itu susulan laporan yang dibuat kepada SPRM oleh seorang individu berhubung dakwaan penyelewenga…

Video...Jamal Hentam Azmin Ali...Sueee Azmin Ali

Image

ISTILAH “TOK LEBAI” DIPERGUNA PULA DI SIDANG DUN, ADUN PAS DIAM SAHAJA?

Image
Konsisten, itulah apa yang rakyat sedang lihat tentang sikap majoriti besar ADUN PAS Selangor berhubung dengan penggunaan panggilan “Tok Lebai” yang secara bersahaja digunakan oleh Menteri Besar Selangor dalam memperlekehkan musuh politiknya sebelum ini.

Setelah kita melihat tindakbalas lesu dari ADUN PAS sendiri, semalam di sidang DUN Selangor berkumandang panggilan yang sama, yang digunakan untuk memperlekehkan lawan politik. Cuma pada kali ini, istilah tersebut digunakan oleh ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San.

Inilah yang kita khuatirkan, apabila orang Islam sendiri  memperlekehkan imej-imej baik dalam kehidupan orang Islam, akhirnya ia digunakan pula oleh orang bukan Islam dalam usahanya untuk memperlekehkan orang lain. Salah orang Islam sendiri, apabila memberi peluang orang bukan Islam untuk menggunakan istilah tersebut.

Tipikal DAP, pantang diberi ruang dan peluang untuk turut menggunapakai perkataan sedemikian. Al maklum sahajalah, bukan senang hendak dapat peluang ini.

Pe…

Tan Sri Jason Goh Cuba Rasuah Sultan Johor ditahan SPRM

Image
Ahli Perniagaan TAN SRI Dr Jason Goh Teck Chai Pengasas dan penaishat syarikat Tumpuan Megah Development Sdn Bhd tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini untuk mendapatkan perintah reman berhubung cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Jasin Goh berumur 54 tahun itu tiba di sini dengan berpakaian lokap berwarna oren pada pukul 9.30 pagi hari ini. Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika mengesahkan suspek tersebut ditahan untuk disoal siasat selepas diberi amaran untuk segera tampil menyerah diri. Lelaki berbangsa Cina itu diminta menyerah diri selepas Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang individu cuba merasuah baginda dengan menawarkan RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi nendapatkan gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Susulan itu, pada 25 Mac lalu menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, baginda bertitah supaya SPRM mengadap baginda segera supaya perkara t…

Padan Mukanya!!!! Lelaki cuba rasuah Sultan Johor serah diri kepada SPRM

Image
Individu lelaki yang didakwa cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan pingat, sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang tadi, lapor Utusan Online.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Bagaimanapun menurut Azam, buat masa ini siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.

"Siasatan masih dijalankan, sama ada suspek akan ditahan reman atau sebaliknya, diputuskan esok," katanya dipetik portal itu.

Azam awal hari ini telah meminta supaya suspek tersebut menyerah diri sebelum pukul 12 malam ini atau identitinya didedahkan dalam media.

Dalam pada itu, difahamkan suspek tersebut yang berumur 54 tahun tiba berseorangan antara pukul 1 hingga 2 petang.

Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara …

Kepulangan penuh emosi... satu lagi kejayaan diplomasi Malaysia...Syabas Dan Hebatnya NAjib Kita

Image
Suasana di Komplek Bunga Raya KLIA awal pagi Jumaat terasa penuh emosi dan linangan air mata kegembiraan oleh majikan, sanak saudara dan kawan-kawan kepada sembilan rakyat Malaysia yang selamat kembali dari Korea Utara.

Lebih 100 wartawan dalam dan luar negara berkumpul sejak jam 2.30 pagi lagi untuk merakam satu lagi detik bersejarah kejayaan diplomasi di era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami gembira dapat kembali,” kata Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain.

Beliau bersama isteri Iza Karmila Ramli, 35 dan tiga anak mereka – Annur Zulaikha, 6; Aynur Zhafirah, 5 serta Ayscha Zinnirah, 3 dan empat lagi rakyat Malaysia, tidak putus-putus mengukir senyum ketika ditemui pemberita yang menunggu kepulangan 9 warga Malaysia dari negara itu sejak 2 pagi tadi.

“Saya sangat-sangat gembira kerana dapat kembali bersama anggota keluarga dan yang tersayang. Sekali lagi saya mahu berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berusaha membawa kami pulan…

RUU 355: HARAP PENULIS TERSOHOR TAK SEMBELIT OTAK DALAM KANDANG SARKAS...LAGI NAK PUSING CERITA NI

Image
Hari ini seorang penulis hebat berbicara tentang RUU 355. Dia kata RUU 355 itu bagaikan sarkas politik. Diherdiknya UMNO dan PAS dalam penulisan unggulnya. Dimomokkan secara berepisod, konon mahu memperlekeh usul itu di mata rakyat. Penulis sedar diri ini tidak sehebat penulis lagenda yang taksub pada bekas Perdana Menteri itu. Namun begitu, penulis yakin bahawa rasional dan kebenaran lebih ‘aula’ di jiwa umat Islam, terutama kepada mereka yang berpegang pada ajaran Islam dan tidak bertuhankan politik. Apakah penulis hebat itu sedar bahawa RUU 355 itu bukan isu politik? Sejak dari awal lagi sudah ditegaskan bahawa usul berkenaan tidak bertujuan politik. Bahkan, sudah berkali-kali ditegas bahawa ia merupakan satu usaha menambahbaik undang-undang Syariah di negara ini. Untuk menjadikan usaha tersebut berjaya dan sah dilaksanakan di negara ini mengikut saluran perundangan, maka sudah tentu ia perlu melalui proses yang ditetapkan mengikut corak demokrasi berperlembagaan di negara ini. Si…

TIDAK PERLU AJAR SAYA MENGENAI POLITIK KIT SIANG – RAHMAN DAHLAN

Image
Penga­rah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyi­fatkan Lim Kit Siang tidak mempunyai kredibiliti untuk me­ngajarnya mengenai ilmu stra­tegi politik memandang­kan DAP sendiri tidak pernah menumpaskan BN sepanjang berlangsungnya 13 pilihan raya umum di negara ini. Abdul Rahman mem­persoalkan, sekiranya Kit Siang begitu hebat merencanakan strategik politik, bagaimana DAP secara berterusan gagal mengatasi BN dalam kesemua pilihan raya umum yang lalu? “Tidak memerlukan orang yang sungguh bijaksana untuk mengetahui bahawa Kit Siang telah 13 kali gagal untuk mengalahkan BN. Sebaliknya pemimpin-pemimpin lain akan melepaskan jawatan mereka meskipun kalah buat kali pertama,” katanya melalui akaun Twitter beliau hari ini. Beliau mengulas catatan Kit Siang dalam blognya yang sedia menawarkan kelas percuma ke­pada pemimpin BN­ itu bagi mengajar mak­sud sebenar pe­ra­­nan strategi politik. Penasihat DAP itu mendakwa ko­nonnya Abdul Rahman melakukan kesila…

Jangan Nak Pusing Cerita Lah Azmin!!!!! BN tak pernah bersungguh-sungguh mahu bentang RUU 355, dakwa Azmin

Image
Inilah dikatakan politik berbelit belit PH ini cara berkata....Kenapa plak Barisan Nasional?Yang mengubah dan penambahbaikkan RU355 adalah PAS....UMNO hanya menyokong usaha itu.Inilah dipanggil Mangkuk...dan Banggang.Barisan Nasional itu merangkumi semua rakan rakan dalam kerajaan.

Jangan nak pusing cerita lah ....Azmin Ali.Kata kata Barisan Nasional....PKR sendiri yang menolak mentah mentah RUU 355 yang sebenarnya.Bukan UMNO....Inilah Jahatnya cara mainan politik PH ini.

KIT SIANG PERLU MENIPU UNTUK TERUS BERTAHAN

Image
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 29 Mac 2017 Dr. Ong Kian Ming berkata pemilihan parti DAP adalah unik dan berbeza daripada parti-parti politik lain. 2,576 perwakilan yang mewakili 150,000 ahli dan 865 cawangan memilih hanya 20 orang ahli jawatankuasa atau pemimpin. “Selepas mengundi, 20 calon yang mendapat undi tertinggi kemudian akan membahagikan antara mereka pelbagai jawatan seperti pengerusi kebangsaan, setiausaha agung, bendahari kebangsaan, setiausaha organisasi kebangsaan, setiausaha publisiti kebangsaan, setiausaha antarabangsa, sehingga lima naib pengerusi kebangsaan, dan pelbagai jawatan timbalan,” kata Dr Ong. Pendaftar Pertubuhan (RoS), bagaimanapun, tidak mengiktiraf pemilihan parti ke-15 DAP pada Disember 2012. Ini bermakna 20 orang yang dipilih pada 15 Disember 2012 adalah tidak sah. Dan oleh kerana mereka adalah tidak sah, ini bermakna semua pemegang jawatan (seperti pengerusi kebangsaan, setiausaha agung, bendahari kebangsaan, setiausaha organisasi kebangsaan, s…

Bila Mahathir Nak Jawab Pendedahan Rafizi Dan Anwar?

Image
Anak Mahathir kaya raya! Begitulah pendedahan yang telah lama diceritakan oleh dua figura politik pembangkang, Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim dalam pentas-pentas kempen PKR beberapa tahun yang lalu. Video pendedahan Rafizi sudah tural di media sosial. Rafizi kata anak anak Mahathir ada kaitan dengan tauke judi dan tauke arak. Menurut Anwar dan Rafizi dalam ceramah mereka berasingan, anak kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Mokhzani dan Mirzan melalui beberapa syarikat mereka terutama stesen minyak Petron yang beribu pejabat di Damansara Heights, Kuala Lumpur telah berjaya mengutip berbilion ringgit kekayaan dipercayai hasil bantuan bapanya semasa bergelar Perdana Menteri selama 22 tahun.
Sehingga ke hari ini, pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dan Anwar ini masih dapat ditonton terutama di saluran Youtube yang jelas memaparkan betapa mereka memiliki bukti-bukti bagaimana anak-anak Mahathir itu berjaya menjadi jutawan dalam masa yang cukup singkat.
Walaupun kini Mahathir…

Jeng...Jeng!!!! Rasuah Sultan Johor: Suspek Diarah Serah Diri Atau Identiti Didedah - SPRM

Image
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi masa sehingga pukul 12 tengah malam Khamis untuk individu yang cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran menyerah diri. Timbalan Pengarah Operasi Datuk Azam Baki berkata sekiranya individu berkenaan gagal berbuat demikian, SPRM tidak teragak-agak untuk mendedahkan identitinya. "Kita minta beliau tampil di pejabat SPRM dan kita beri masa sehingga pukul 12 tengah malam ini. "Beliau tahu tentang perkara ini, jika tidak tampil kita akan dedahkan nama dan gambar beliau," katanya kepada pemberita, Khamis. Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya SPRM di sini. Azam berkata, individu berkenaan masih berada di dalam negara dan akan dihalang jika cuba melarikan diri ke luar negara. Beliau yang enggan mendedahkan identiti individu berkenaan berkata, adalah lebih baik jika 'orang tengah…

BAGUS LAH TU!!!!! PAS KEDAH KAJI HUBUNGAN DENGAN PKR

Image
Selepas Pulau Pinang, Terengganu, kini PAS kawasan Kedah pula dilapor meluluskan usul mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dan ini akan dibawa pada muktamar PAS di negeri itu hujung bulan depan. Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama PAS kawasan yang berbuat demikian lapor Utusan Malaysia. “Setakat ini 11 daripada 15 PAS kawasan di negeri ini sudah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan sementara empat lagi akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat. “Ada beberapa PAS kawasan yang membahaskan usul mengenai tahaluf siyasi bersama PKR dan perkara itu diluluskan untuk dibawa kepada jawatankuasa penapis usul di peringkat PAS Pusat,” beliau dilaporkan sebagai berkata. Menurut laporan itu, PAS kawasan Baling juga meluluskan usul tersebut secara sebulat suara. Semalam empat kawasan PAS di Terengganu yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar…

KISAH BENAR, ADA ADUN PKR TIDAK TAHU FUNGSI KLINIK 1MALAYSIA...ITU LAH BANGGANG NAMANYA

Image
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Halimahton Saadiah Bohan membidas dakwaan ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang mengibaratkan Klinik 1Malaysia sebagai ‘klinik Panadol’. Beliau berkata, dakwaan itu membuktikan wakil rakyat dari Pakatan Harapan (PH) itu tidak faham mengenai fungsi dan tujuan diwujudkan Klinik 1Malaysia di setiap kawasan. Katanya, Klinik 1Malaysia adalah sebuah pusat perubatan yang menyediakan perkhidmatan rawatan ringan untuk orang ramai yang menghidap demam, batuk dan selesema sahaja, manakala bagi penyakit berat akan dirujuk ke hospital. “Untuk makluman Sri Andalas, Klinik 1Malaysia ini adalah klinik di mana ramai masyarakat dan penduduk setempat menggunakannya untuk mengambil ubat demam, batuk dan selesema sahaja. Mereka tidak perlu bayar banyak, hanya RM1 sahaja. “Di Selangor saja ada 45 Klinik 1Malaysia dengan jumlah kunjungan pesakit ringan sepanjang tahun 2016 berjumlah 896,391 pesakit. Mereka ini adalah dari golongan yang tidak mampu sam…

JOM BACA INI!!!!! PEMBANGKANG ATAU GENG PH INI.....SERING KALI MENGHASUT RAKYAT DENGAN TAKTIK ‘BODOH’

Image
Macam ini lah admin ada berjumpa dengan orang Cina...rasanya cara bercakap pun more pada politik dan lebih pada pihak pembangkang dengan gaya bercakap.Apek ini tidak tahu bahawa Admin penyokong kerajaan...dengar lah saja apa Apek ini kata.

Katanya pada Admin kerja kata mana sekarang ini...Admin kataa...area petaling jaya dalam bidang industrial.Admin tak banyak cerita lah...dengar apa saja katanya.Kononnya kerajaan Pusat dibawah pemimpinan Najib ini Teruk dan Ekonomi pun jatuh.Admin hanyalah anggup saja.

Katanya lagi padan akan datang Tempat area Petaling jaya nanti kemungkinan pelabur akan lari ke Negara lain disebabkan Ekonomi dan Cukai terlalu tinggi dikenakan kepada pelabur.Jadinya kemungkinan Pekerja akan diberhentikan atau dibuang...Admin pun sound padanya...Aikkk tempat kerja sekarang Industrial lagi Expand apa ceritanya.Kalau pelabur nak lari ke Negara Jiran sudah tentu pelabur tak akan buat Expand atau penambahan Machine dalam industry lagi.Siap kata GST lagi...yang beban ra…

Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH

Image
Dengan atau tanpa PAS... Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat berdepan kesukaran untuk mempertahankan jawatan tersebut sekalipun Pakatan Harapan masih memerintah negeri itu selepas pilihanraya umum akan datang. Menurut hasil kajian yang dijalankan Zaaba Institute for Leadership (ZIL) pengundi Melayu khususnya cenderung untuk memilih PAS manakala hanya 5.6 peratus sahaja yang masih yakin dengan DAP, PKR bersama parti baharunya iaitu Parti Amanah Negara (PAN). “Hasil soal selidik, apabila ditanya jika esok adalah pilihan raya, parti manakah yang anda akan undi, sebanyak 24.4 peratus responden berkata akan mengundi PAS, 9.3 peratus akan mengundi UMNO, 5.4 peratus akan mengundi PPBM dan hanya 5.6 peratus akan mengundi pakatan harapan. Manakala bakinya “masih atas pagar”. “5.6 peratus adalah undi kepada pakatan harapan, yakni bercampur antara DAP, PKR dan PAN. Jika diasingkan PKR sahaja, mungkin peratus itu akan semakin berkurangan. Kami asingkan antara pakatan hara…

PKR TERENGGANU SETUJU PUTUS HUBUNGAN DENGAN PAS

Image
PKR Terengganu bersedia menerima hakikat jika Pas nekad dengan pendirian untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR walaupun mereka tidak sepatutnya berpecah. Pengerusinya, Azan Ismail berkata, terserah kepada Pas untuk memutuskannya pada Muktamar Tahunan Pas di Kedah akhir bulan depan sekiranya mereka sudah ada pertimbangan lain. “Kita tak boleh apa-apa kalau Pas mahu putuskan tahalus siyasi dengan PKR, itu hak dan keputusan mereka. Bukan kita yang nak putuskan tapi mereka (Pas). Kita anggap itu keputusan dalaman parti mereka dan kita terpaksa terima,”ujarnya. Azan (PKR-Bandar ) yang merupakan calon tunggal PKR negeri ini yang menang dalam Piihan Raya Umum lalu menyatakan demikian kepada pemberita sewaktu sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Azan diminta mengulas pendirian Pas yang ingin memutuskan hubungan dengan PKR kerana parti itu (PKR) berada dalam pakatan harapan yang jelas bersekongkol dengan DAP dan PAN. Semalam, Pesuruhjaya Pas Te…

65 KES PENJAWAT AWAM BURUKKAN KERAJAAN, PEMIMPIN DIAMBIL TINDAKAN...MACAM TU LAH

Image
Sebanyak 65 kes membabitkan penjawat awam yang bertindak memburukkan Kerajaan dan kepimpinan negara sudah diambil tindakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. Azalina berkata, setakat 2010 sehingga 15 Februari 2017 penjawat awam yang dikenakan tindakan itu terdiri daripada mereka yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan badan berkanun. “Tindakan penguatkuasaan ke atas bentuk salah laku seperti yang dinyatakan oleh ahli yang berhormat telah dilaksanakan melalui tindakan tatatertib. “Mulai tahun 2010 sehingga 15 Februari 2017, sebanyak 65 kes telah dilaporkan melibatkan pegawai awam di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan badan berkanun,” kata Azalina dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Makin @Marcus Mojigoh. Jelas Azalina, daripada 65 kes tersebut, 28 orang (43%) orang pegawai telah dikenakan hukuman tatatertib bermula daripada hukuman amaran sehingga hukuman buang kerja, manak…

Perlekeh 'tok lebai', PAS Selangor tuntut penjelasan Azmin....Inilah dikatakan Biadap geng PH Ni

Image
PAS Selangor menuntut Datuk Seri Azmin Ali memberikan penjelasan, selepas Menteri Besar itu sekali lagi dilihat 'membelasah' kepemimpinan PAS ketika berucap dalam sebuah majlis anjuran PKR, yang videonya kini tular di media sosial. Setiausahanya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, penjelasan adalah perlu bagi membolehkan PAS Selangor mengetahui maksud sebenar Azmin dalam memperlekehkan perangai 'tok lebai' susulan perang mulut dengan kepemimpinan parti itu ditujukan kepada siapa. “Kita (PAS Selangor) tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Azmin di sebalik kenyataannya itu, jadi kita akan minta penjelasan daripada beliau. Siapa yang dia nak rujuk sebenarnya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu. Sejak semalam, video ucapan Azmin yang memperlekehkan 'tok lebai' berperangai hodoh dipercayai ditujukan kepada pemimpin PAS tersebar dan kenyataan tersebut susulan kepada sindiran sinisnya kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohama…

NASI LEMAK GAY SUDAH GULUNG TIKAR....KESIAN NYA

Image
Kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, kini muncul pula Nasi Lemak Gay, sehingga menjadi tular dan bualan netizen di media sosial.
Malahan, pengusaha Nasi Lemak Gay ini mengakui berdepan situasi sukar sejak hari pertama nama itu digunakan untuk mempromosi jualannya.
Susulan itu, operasi gerai berkenaan terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman.
Pengusahanya, Adi Yusuf, 33, berkata, dia tidak menyangka nama Nasi Lemak Gay yang digunakan untuk perniagaannya sekelip mata mencetuskan kekecohan.
“Saya berniaga nasi lemak di situ sejak akhir Januari lalu. Hanya baharu semalam (Selasa) saya pasang ‘banner’ dengan nama Nasi Lemak Gay.
“Saya tak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan.
“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu,” katanya kepada mStar Online.
Adi bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa Nasi Lemak Gay bukanlah bermaksud …

DUN Selangor panas gara-gara panggilan 'tok lebai' oleh ADUN DAP

Image
Seorang ADUN DAP sengaja cari pasal dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu selepas mengeluarkan perkataan ‘tok lebai’ yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan ‘tok lebai’ yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit. ADUN DAP itu menegur “tok lebai” dalam ucapan di dalam dewan berkaitan rasuah dan penyelewengan. Weng San menggesa Selangor menjadikan pengisytiharaan aset secara terbuka sebagai kehendak mandatori dari segi undang-undang, bagi mempertahankan pegawai atasan kerajaan dan wakil rakyat dari tidak terjerumus rasuah. “Masalah rasuah bukan calang-calang isu. Persepsi rasuah serius dan menjejaskan iklim pelaburan negara, akibat pentadbiran kewangan yang lemah displin dan sarat dengan penyelewengan. “Ada ‘tok lebai’ di dalam dewan ini mengatakan isu 1MDB su…