PKR TERENGGANU SETUJU PUTUS HUBUNGAN DENGAN PAS

PKR Terengganu bersedia menerima hakikat jika Pas nekad dengan pendirian untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR walaupun mereka tidak sepatutnya berpecah.
Pengerusinya, Azan Ismail berkata, terserah kepada Pas untuk memutuskannya pada Muktamar Tahunan Pas di Kedah akhir bulan depan sekiranya mereka sudah ada pertimbangan lain.
“Kita tak boleh apa-apa kalau Pas mahu putuskan tahalus siyasi dengan PKR, itu hak dan keputusan mereka. Bukan kita yang nak putuskan tapi mereka (Pas). Kita anggap itu keputusan dalaman parti mereka dan kita terpaksa terima,”ujarnya.
Azan (PKR-Bandar ) yang merupakan calon tunggal PKR negeri ini yang menang dalam Piihan Raya Umum lalu menyatakan demikian kepada pemberita sewaktu sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Azan diminta mengulas pendirian Pas yang ingin memutuskan hubungan dengan PKR kerana parti itu (PKR) berada dalam pakatan harapan yang jelas bersekongkol dengan DAP dan PAN.
Semalam, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat mengesahkan empat kawasan Pas iaitu Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bersepakat akan membawa usul agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR pada Muktamar Pas di Kedah, hujung bulan depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana