Posts

Showing posts from March, 2013

Buat Ingatan...Puak PR...PRU13: PR jangan berangan-angan tawan Perlis

Image
PUTRAJAYA: Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pakatan Rakyat tidak harus berangan-angan menawan Perlis semata-mata kerana perbalahan beliau dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Isa Sabu, kata Shahidan.
Beliau berkata pertelingkahan itu adalah hal dalaman Umno Perlis membabitkan beberapa pemimpin dan bukan faktor yang menentukan keputusan PRU ke-13."Mereka (Pakatan) berangan-angan nak tawan Perlis sebab mereka tengok Umno Perlis macam bergolak, ia ada sikit itu tak dapat dinafikan tapi bergolaknya Umno Perlis bukan kerana Umno itu tapi dua atau tiga pemimpinlah yang menyebabkan Umno bergolak.

"Saya pimpin Umno Bahagian Arau dari tahun 1986 dan jadi pemimpin negeri Perlis dari 1995 sehingga 2004, saya tak pernah (timbulkan masalah).Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Anuar Tahir berkata pembangkang mempunyai peluang cerah menawan Putrajaya pada kali ini.Walaupun masalah dalaman Umno Perlis berlarutan sekian lama, ia tidak menjadi penghalang kepada parti itu kekal berkuasa di Perl…

Zaini: Bekas Jeneral PR cuba kelirukan rakyat

Image
SHAH ALAM: Mantan Panglima Medan Tentera Darat, Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said menyifatkan tindakan bekas-bekas Jeneral pembangkang meremeh dan melontar tuduhan liar terhadap Ops Daulat sebagai cubaan mengelirukan rakyat untuk memancing undi. Beliau menegaskan tuduhan kononnya ada campurtangan politik dalam operasi pasukan tentera dan polis membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu adalah kerja orang politik yang secara kebetulan pesara tentera.

"Memang tiada sebab lain (tuduhan ini dibuat) kerana dia sudah political (jadi orang politik). "Ini (Ops Daulat) kerja professional (tentera dan polis). Kita yakin dengan pihak professional," kata beliau. PKR membariskan lima bekas jeneral yang dicanang menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam cubaan mencari undi anggota pasukan keselamatan.Susulan pencerobohan di Lahad Datu, kumpulan ini mensasarkan kritikan terhadap angkatan tentera dan kerajaan termasuk mempersoalkan taktik yang digunakan untuk menump…

Gambar Pemuda Parlimen Subang...Perghhh Cukup Meriah

Image
Cayaaa lah...teruskan usaha ini selalu...Insyallah BN terus kekal pada selepas PRU 13 nanti..

9 NGO lapor polis halang ceramah Anwar malam ini

Image
ALOR SETAR: Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai program ceramah yang dijadual disampaikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Wira, Mergong di sini malam ini yang didakwa akan menggangu ketenteraman penduduk.Laporan itu dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mansor berkata ceramah yang dijadualkan pada 10.30 malam ini di padang bola yang terletak berdekatan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu dibimbangi akan mencetuskan kekecohan.Wakil penduduk Taman Wira, Mohd Zubir Abd Rahman, 43, berkata penduduk taman menentang keras kehadiran Anwar kerana ceramah boleh menggangu ketenteraman mereka."Kedudukan padang bola di tengah-tengah kawasan taman perumahan sudah tentu mengganggu anak-anak yang mengulang kaji pelajaran pada waktu malam untuk menghadapi peperiksaan.

"Kita tahu Anwar bila mai (datang), oran…

MUSTAPA : GABUNGAN CALON BARU, LAMA DAN TOKOH ULAMA

Image
KOTA BHARU, 31 Mac - Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata senarai calon kini di peringkat akhir saringan dan bakal menonjolkan muka baharu serta lama selain tokoh ulama. Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini. Ditanya kenapa perdana menteri belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan termasuk dalam bidang politik, kerajaan dan ekonomi benar-benar dirasai rakyat."Tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang. ini strategi Datuk Seri Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)," katanya



Fuziah pertahan kerusi Kuantan, Fauzi tanding Indera Mahkota..Rakyat Pahang Mesti Tolak Fuziah

Image
Orang ini tarak gunanya...hanya untuk kepentingan Partinya saja.Jenis manusia tak mengenang budi..Dengan adanya Kilang Lynas dipolitikkan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan...Tak kan kerajaan Bodoh bodoh untuk merosakkan kehidupan rakyat sedangkan kerajaan menyediakan untuk rakyatnya peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dikawasan sekitarnya.Rakyat Pahang harus menolak PR pada PRU 13 nanti...

Nyaris disembelih Jeneral Musa

Image
LAHAD DATU – Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.

"Kononnya kerana laporan sayalah, mereka (pengganas) dijejak dan diserang pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan 2 Mac di Kampung Simunul, Semporna …

Pergghh Gambar PM Kita di Little Penang Café, The Curve sebentar tadi

Image
Cayaaa.... lah Perdana Menteri bersama sama dengan Family bersarapan di The Curve sebentar tadi.

Tiada yg Mustahil PRU-13: Dr. Mahathir lahir kebimbangan

Image
MELAKA 30 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pembangkang akan mencari jalan untuk mencetuskan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.Bekas Perdana Menteri berkata, rancangan kotor pembangkang itu sememangnya sudah dijangka kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk meminta campur tangan pemerhati luar bagi mengisytiharkan PRU-13 sebagai tidak sah.''Saya yakin mereka akan cuba kerana kalau mereka kalah, mereka akan tunjuk perasaan sepanjang masa kerana niat mereka nak panggil pemerhati asing.
''Bila tidak ada pemerhati asing, mereka dakwa pilihan raya yang berjalan berlaku penipuan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Bicara Negarawan, Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara di Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini hari ini.Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan kira-kira 2,000 mahasiswa daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT).Beliau mengula…

AS Hantar Pesawat Pengebom Stealth ke Korea Selatan

Image
SEOUL, 28 Mac - Amerika Syarikat telah mengarahkan pesawat pengebom stealth ke Korea Selatan untuk mengambil bahagian  dalam latihan tahunan ketenteraan di tengah-tengah ketegangan hubungan dengan Korea Utara.

Pesawat pengebom B-2 telah berlepas dari Pengkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri dalam penerbangan sejauh lebih daripada 6.500 kilometer menuju ke Korea Selatan dan untuk melakukan pengeboman latihan sebelum kembali ke AS.

Menurut kenyataan dari ketenteraan AS, pesawat pengebom ini mampu membawa kedua-dua senjata konvensional dan nuklear bagi "memperlihatkan keupayaan Amerika Syarikat untuk menjalankan misi jarak jauh, dengan ketepatan serangan pada bila-bila masa,".

Pengumuman tersebut bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang dan marah rejim Kim Jong, mengakibatkan Korea Utara mula melancarkan beberapa ancaman sejak beberapa minggu yang lalu.

Namun begitu North Korean Central News Agency tidak memberikan sebarang reaksi kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh A…

Gambar Ceramah Dr Hassan Ali Dan KJ Paroi, Rembau, N.Sembilan

Image

Fauzi dicemuh tanding kerusi Indera Mahkota

Image
KUANTAN: Pengerusi PKR Pahang, Datuk Dr Fauzi Abdul Rahman yang diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen Indera Mahkota malam tadi dicemuh segelintir penyokong yang hadir ke ceramah pakatan pembangkang di sini.Kumpulan tersebut kemudian dilihat terus beredar dari tapak ceramah sebaik sahaja Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan itu dipercayai sebagai tanda protes terhadap Fauzi yang merupakan bekas ahli parlimen Umno Kuantan.

"Booo...booo Datuk Fauzi Abdul Rahman..booo..." laung sekumpulan lelaki yang berada di tapak ceramah Markaz PAS, Balok Makmur, Beserah.Fauzi merupakan bekas ADUN Beserah dari tahun 1995 sehingga 2004 sebelum keluar Umno dan menyertai PKR pada 2008.Kerusi DUN Beserah kini disandang oleh Syed Mohamad Tuan Lonnik dari PAS.Anwar dalam ucapannya berkata beliau yakin Fauzi mampu memikul tanggungjawab mempertahankan kerusi Indera Mahkota yang disandang oleh Azan Ismail dari PKR.

"Saya umumkan Datuk Fauzi sebagai calon Indera Mahkot…

Ceramah PR di AU 3 keramat Tiada Dapat Sambutan...Tamparan Hebat Ni

Image
Kesiannya...berapa kerat saja yang hadir.Harap bersabar ler..rakyat sudah semakin naik menyampah dan meluat kelibat pemimpinan PR ni..Jom Tolak PR pada PRU 13 nanti.

Lagi Gambar Najib Razak Bersama Ulama Tabligh Seri Petaling Semalam....Aminnn

Image

PM @NajibRazak Bersama Ulama Tabligh Seri Petaling Semalam Bukan Kali Pertama...Aminnn

Image
Semalam sejarah telah tercatat bila YAB PM kita telah bertandang ke tempat markas Tabligh di Seri Petaling Kuala Lumpur.Tiba dan duduk mendengar bacaan kitab Hayatussahabah bersama ulama dan ahli tabligh yang saban minggu berkumpul di sana.Kunjungan ini bukan kali pertama kerana beberapa tahun sudah ketika ijtimak jutaan manusia di Masjid Kuarters KLIA beliau juga turut hadir dan memberi ucapan.

Ketika itu Anwar cuba juga datang bersama kepimpinan Pakatan namun dihalang dari memberikan ucapan.
Kehadiran PM bukti bahawa semua golongan termasuk jemaah dakwah tabligh tidak diketepikan.Berpakaian baju melayu kain pelikat kopiah putih satu lagi transformasi imej PM lakukan ketika bersama rakyat.Bercakap mengikut keadaan pendengar dan berpakaian sama dengan khalayak yang disertai adalah tanda pemimpin yang bijaksana.

Bukan seperti sesumpah kerana yang berbeza hanya pakaian bukan pegangan.Ada manusia berbeza pegangan ketika berada di Malaysia dan selepas terbang keluar Malaysia seperti Ketu…

MERAUNG DAN MENANGIS MELIHAT RUMAH MUSNAH

Image
LAHAD DATU 30 Mac - 21 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ekoran pencerobohan kumpulan pengganas Lahad Datu tidak dapat menahan rasa sedih apabila ada diantaranya menangis dan meraung selepas dibawa melihat keadaan rumah mereka yang hancur ekoran pertempuran pihak berkuasa dengan pengganas Sulu.

Salah seorang dari mangsa Norhaya Othman, 27, beliau yang dibebani hutang tidak dapat menahan sebak ekoran rumah yang didiaminya bersama suami dan dua orang anak kini musnah.

"Sakit hati tengok. Macam mana hendak masuk balik dan tinggal di sini dengan keadaan begini. Macam mana hendak bayar hutang yang masih banyak lagi itu!" katanya sambil mengalirkan airmata disamping suaminya Abdul Jabbar Bavotty, 39.

Dalam pada itu, Siti Aminah Hiya,21, yang juga penduduk kampung tersebut hilang punca pendapatan ekoran tidak boleh turun ke laut disebabkan perahu serta enjin bot miliknya hilang disamping rumahnya yang hangus terbakar.

Jelasnya, beliau rungsing kerana tidak bo…

Pak Lah yakin keupayaan BN menang besar PRU-13...Syukur Alhamdulilah

Image
KEPALA BATAS 30 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, ini berikutan BN telah berusaha keras membawa perubahan besar kepada negara dan rakyat menerusi pelbagai perancangan dan program transformasi.

"Nak kerajaan yang kuat perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen dan saya yakin BN boleh dapat kerana mereka telah bekerja keras.

"Saya harap mereka (rakyat) akan terus bagi sokongan (kepada BN) supaya segala program transformasi dan perancangan dapat diteruskan pada masa hadapan. Itu semua adalah untuk rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni KD Sri Pinang bersama masyarakat Permatang Sintok di sini hari ini.

Pada program sehari itu, seramai 75 anggota pasukan simpanan sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia bersama penduduk kampung membaiki rumah orang miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU), menjalankan kerja …

Ceramah Anwar di Sungai Isap gagal dapat sambutan...Tamparan Hebat Buat ANWAR

Image
KUANTAN 30 Mac - Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini hari ini ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.

Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi.

PRU13: Polis sedia hadapi pencetus kekecohan...PR Tahu Mereka Akan Kalah

Image
KOTA KINABALU: Polis akan mengambil langkah untuk memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana kumpulan yang berhasrat untuk menganggu pilihan raya umum akan datang.

Bagi memastikan proses pilihan raya bersih dan adil berjalan lancar, bantuan RELA diperlukan untuk bertindak sebagai telinga dan mata polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perbincangan telah pun diadakan dengan Ketua Polis Negara dan ketua polis negeri telah diarahkan untuk menangani dengan segera kumpulan-kumpulan yang mungkin merancang untuk menganggu perjalanan pilihan raya.

Beliau berkata tindakan ini sebagai respon terhadap laporan mengatakan ada kumpulan telah mengedarkan risalah tentang bagaimana mahu mencetuskan huru-hara di 10 tempat mengundi parlimen termasuk Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

"Polis bukan sahaja melihat 10 kawasan pilihan raya yang din…

Tun Daim ramal BN menang majoriti lebih besar...Alhamdulilah

Image
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.Perak pulak jelas beliau, wujud…

PRU-13: 'Kehilangan' Jui Meng Diganti...Merajuk Beb Habis Kali ini PKR...

Image
JOHOR BARU: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dr Ahmad Faidhi kini mengambil alih tugas sebagai pengerusi negeri selepas Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri.

Dr Ahmad berkata mesyuarat pada 20 Mac lalu memutuskan bahawa dia akan mengambil alih tugas pengerusi negeri sehingga Chua kembali.

"Secara rasmi, beliau (Chua) sedang bercuti tetapi kita tidak tahu sehingga bila," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Selain itu beliau berkata kepimpinan PKR negeri akan bertemu dengan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan PKR Johor pada 2 April ini.

Chua, bekas naib presiden MCA 'hilang' daripada mesyuarat PKR dan barisan kepimpinan pembangkang sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat berharap untuk b…

Wajib Baca!! Rahsia Parlimen Lambat Bubar Didedahkan!!

Image
SALAH satu ‘penyakit’ yang ada dalam kalangan pakatan pembangkang dan penyokong mereka ialah terlalu mudah untuk membuat tafsiran.Pelbagai andaian mereka lakukan bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.Begitu juga dalam isu pembubaran Parlimen, mereka membuat pelbagai tafsiran termasuklah hujah dangkal dengan mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.Suatu ketika dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam satu pertemuan dengan anak-anak Kelantan, Najib ‘semak perut’ hendak bubar Parlimen kerana banyak masalah dalam UMNO.

Mereka sengaja melupakan tempoh tamat mandat kerajaan BN di peringkat Pusat ialah 30 April. Oleh itu Perdana Menteri tidak terikat dengan sebarang desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal daripada tarikh itu.Sebenarnya, penulis difahamkan yang resah gelisah kerana Parlimen belum dibubarkan ialah pembangkang.Menurut satu sumber, pakatan pembangkang sudah…

PRU13 : KDN Pantau Cubaan Cetus Huru-Hara.

Image
KOTA KINABALU 30 Mac- Pihak keselamatan sedang memantau dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perbincangan telah diadakan bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.

"Malah ketua-ketua polis negeri telah dipanggil untuk memastikan ia (sekiranya huru-hara berlaku) dapat ditangani dengan baik.

"Apa yang penting ialah kita membuat persediaan rapi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini hari ini. Beliau dalam rangka lawatan dua hari ke pantai timur Sabah termasuk Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan yang dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwija…

PRU13: Penduduk Bentong 'tolak' Wong Tack

Image
BENTONG: Hasrat pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Himpunan Hijau Wong Tack untuk bertanding atas tiket DAP di kawasan Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, nyata awal-awal lagi sudah 'ditolak' oleh penduduk.Kalangan penduduk di kawasan Parlimen itu yang ditemui menyifatkan Wong bukanlah tandingan penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang dilihat berwibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum di kawasan itu.Seorang penduduk di sini, Tan Yok Kun, 65, menyifatkan hasrat Wong itu sebagai angan Mat Jenin kerana mendakwa penduduk amat mengenali 'siapa dia yang sebenar'.
"Dia (Wong Tack) mendakwa dia penduduk asal Telemong, Bentong, tapi bila dia susah dulu, dia lari ke Sabah. Sekarang bila senang, baru balik sini, mahu jadi calon dan mula berbaik-baik dengan penduduk dan kawan-kawan lama.

"Pada mula-mula dia jadi penyelaras badan bukan kerajaan Himpunan Hijau, dia ajak ramai orang ikut dia berjalan kaki ke ib…

Malaysia Komited Pertahan Kedaulatan Negara - PM

Image
KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk terus mempertahankan kedaulatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mencapai beberapa kejayaan dalam usaha agensi itu membanteras lanun di Selat Melaka.

"APMM telah mencapai beberapa kejayaan dalam banteras lanun di Selat Melaka. Kita komited pertahan kedaulatan negara," katanya dalam tweet terbaharunya pada Jumaat.

Pada Khamis, Pengarah Cawangan Operasi Udara APMM, Laksamana Pertama (Maritim), Datuk Zammani Mod Amin memberitahu Bernama, APMM mencapai beberapa kejayaan besar dalam membanteras kegiatan lanun atau rompakan di laut terutama laluan Selat Melaka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bercakap di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA'13), Zammani berkata pembanterasan rompakan di laluan Selat Melaka adalah kejayaan yang menaikkan nama APMM - lebih dikenali sebagai Maritim Malaysia. BERNAMA

Untuk makluman bilik gerakan dan pondok panas ni dibina secara haram diteluk Kumbar, dan tidak mendapat kebenaran dari tuan tanah

Image
PKR ranting Teluk Kumbar tanpa mempedulikan undang2 tetapmenjalankan aktiviti disini. Laporan Polis telah dibuat dan kes sedang dijalankan dimahkamah. Dato Halim (speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang) merupakan orang PKR tertinggi diPulau Pinang juga telah dimaklumkan hal ini tapi tiada apa-apa tindakan.
Apa punya bangang sangat tu pandai pandai masuk ke tanah orang lain...Buat bodoh saja.Kenapa Hak orang lain dinafikan.Hormat lah sikit pada tuan tanah.Kesian betul lah tuan tanah ni.