Posts

Showing posts from July, 2012

'Bekalan air itu adalah sumbangan kerajaan negeri Selangor'...Penipu Dan Pembohong Katakan Tiada Krisis Air...

Image
Lori tangki yang menghantar air 'sumbangan kerajaan negeri Selangor' diletakkan di tepi jalan Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan. Ini membuatkan penduduk di sekitar kawasan ini tertanya-tanya dengan sikap kerajaan negeri yang berkali-kali sebelum ini menegaskan Selangor tidak menghadapi krisis air. NEGERI KEBAJIKAN LAH DIKATAKAN.....HAMPESSS BELAKA.

Gambar Krisis Bekalan Air Selangor....Amat Menyedihkan Rakyat,Mana Kebajikan Rakyat

Image

Ya...Allah...Botol Arak Gergasi Sambut Ramadhan Di Pulau Pinang...Mananya PAS yang Dikatakan Perjuangan ISLAM Ni...Mana Bantahannya.

Image
Ada khawarij PAS berani tegur tokoh Islam Pulau Pinang si Lim Guan Eng? GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini. Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal.Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai.-Bernama Inilah PAS yang sanjungi yang dinamakan Khalifah Lim Guan Eng....Hebat Hebat....Syabas Parti PAS dengan Diam tanpa Bantahan langsung...PASNGOK

Buruknya Sikap....Kerajaan Selangor Didesak Utamakan Rakyat, Ketepikan Soal Politik

Image
SERI KEMBANGAN 31 Julai - Gerakan Prihatain Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mendesak kerajaan negeri Selangor mengutamakan kebajikan rakyat berbanding soal politik.Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri itu sering melaung-laungkan 'pakatan rakyat' untuk rakyat tetapi mereka menipu rakyat dan juga diri mereka sendiri."Bagaimana kerajaan negeri boleh mengatakan krisis air tidak berlaku sedangkan ada rakyat yang menderita kerana tidak mendapat bekalan air?"Jika benar kerajaan Selangor pandai menguruskan air, sudah tentu keadaan ini tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sidang akhbar sempena Program Kami Prihatin hari ini. Program Kami Prihatin telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Tong Air dan Gotong Royong Mengangangkut Bekalan Air anjuran GPRS kepada penduduk Taman Pangsapuri Putra Budiman di sini. Menurut Suhaimi, kerajaan Selangor tidak mahu mengaku kelemahan diri sendiri tetapi hanya menuding jari untuk

Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman/Taman Desa Aman Hampir Siap...Alhamdulilah

Image
Syukur lah....Sekolah Agama Rakyat hampir siap dengan sepenuhnya.Sebelum dibina pelbagai kontroversi dibantah oleh Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR...PAS yang dikatakan perjuangan Islam turut serta membantah dengan pembinaan SAR ini semata mata kerana Undi Bukan Islam....Masyallah..apa nak jadilah PAS ni.

Lajim: Jikalau tak suka tak apa - terjunlah

Image
Apa pun kita ucapkan selamat berjuang di pentas yang baru kepada Lajim. Tidak ada keluh kesah dengan keputusan Lajim ini dan ayam jantan tentulah sabungnya di tengah gelanggang dan bukan sekadar berkokok bersahutan-sahutan. Kita sama-sama tunggu kelibat bayang Lajim di dalam pilihan raya umum yang akan datang. Dari dahulu UMNO berjuang dan selamanya akan berjuang. Membujur lalu melintang patah.

Abby Abadi Diminta Jangan Menyalahkan Keadaan....Ada Aku Kesah Ker

Image
Itulah nak dikatakan PADAN MUKA ABBY....Nak masuk politik masuklah...biar lah berpada pada,Ini tidak gara-gara kenyataan Abby Abadi dalam Twitter yang cuba mempolitikkan dunia hiburan sehingga mengundang rasa kesal dan marah rakan artis apabila beliau berkata hanya akan berkarya selepas kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan.Apakah kerana baru beberapa bulan bertudung dan berkongsi ceramah di pentas PAS, Abby sudah pandai melatah. Soal artis bertudung dan sukar mendapat tawaran seperti mana yang didakwa oleh Abby, sebenarnya bergantung kepada diri seseorang. Jika sebelum bertudung pun, tawaran sememangnya kurang, apatah lagi jika selepas bertudung.  TERIMALAH JER LAH BERKORBAN UNTUK PAS TIADA MASALAHNYA ABBY....ISLAM UNTUK PAS KAN.

Naya Naya .....Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

PETALING JAYA: Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki ijazah palsu. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan. "Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Bandar Sunway di sini Selasa.Sementara itu, Timbalan Pendaftar Unit Perhubungan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) Mohamad Abdullah berkata universiti itu sentiasa menjalin hubungan baik dengan para majikan."Terdapat majikan yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bakal pekerja mereka tetapi kebanyakannya ialah sy

Pelancaran MyDistress PDRM Senang Untuk Emegency Case...Sertailahhh

Image
Polis Selangor Lancar Aplikasi MyDistress Versi Baru Polis Selangor pada Selasa telah melancarkan aplikasi mudah alih MyDistress versi baru. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan pada Selasa berkata, MyDistress Versi 2.0 di mana pada masa ini boleh didapati untuk muat turun mempunyai fungsi baru, termasuk penyebaran maklumat, khidmat pesanan dan didapati dalam pelbagai bahasa.Beliau berkata, ciri video baru sedang dibangunkan dan boleh didapati dengan penambahbaikkan seterusnya dalam aplikasi itu. Install Application MyDistress pada Tablet Phone kita semua Senang saja polis detect dimana kita berada jikalau ada berlaku kes kes Police atau Jenayah di berhampiran kita,Tekan Saja button SOS....polis dengan serta merta tahu dimana lokasi kita berada bebbb....Ini Semuanya dikawasan Selangor Dulu...Negeri Lain Relax dulu yer.

Video....Selamat Hari Pahlawan Hari Ini Kepada ATM,TLDM DAN TUDM

Image

Video....Special Offer Dari Kerajaan Selangor

Image

ISU PANAS..... SEKARANG ISU HUDUD PAS DENGAN DAP

Image
Inilah akibat kerana Mulut Badan Binasa puncanya pada DEBAT Ust Fathul Bari dan Ketua Pemuda PAS Pusat.Isu Hudud Yang dikatakan oleh Ketua Pemuda PAS sudah memakan dirinya sendiri....PEKUNG DIDADA SUDAH NAMPAK....Sebelum ini ahli PAS di bohong oleh pemimpinnya....dikatakan UMNO lah punca Hudud tidak dilaksanakan...rupa rupa PAS berkawan Dengan Dap sekarang ini pun....lagi ANTI ISLAM.Ketua Pemuda PAS Pusat mengatakan Karpal Singh baik lah sudah memahami Islam sudah lama lah dan yang paling kelakar sekali ialah ayat ayat "LANGKAH MAYAT AKU DULU UNTUK DIRIKAN NEGARA ISLAM" ayat ayat lama UMNO guna pada 20 tahun lepas...LAST LAST KANTOIIIIIIII.

PAS Di Kencing Oleh DAP,DAP Pun Di Kencing oleh PAS Jadinya Kedua dua Sama "BODOH"

Image
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh berkata sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lalu.Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lalu secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan. "Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan semalam.Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud. Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lalu dilaporkan dalam New Straits Times sebagai berkata bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah n

Boleh Tahan Jugak Yer....Kerajaan Kedah belanja mewah, beli Mercedes bebbbb

Image
SHAH ALAM: Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mendakwa kerajaan Kedah telah menggunakan duit rakyat bagi berbelanja mewah dengan membeli kenderaan rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Menurutnya, beliau mendapati maklumat bahawa kerajaan negeri telah membeli kereta Mercedes- Benz S350 pada akhir tahun lalu bagi menggantikan kereta rasmi menteri besar yang digunakan kerajaan negeri sebelum ini, iaitu Proton Perdana V6.Kata beliau, tindakan ini menggambarkan kerajaan yang ditadbir PAS hipokrit lantaran pernah mengkritik pemimpin Barisan Nasional membeli kereta mewah dengan menggunakan wang rakyat. "Saya dapati kerajaan Kedah beli kereta Mercedes terbaru, S350, harga pasaran RM850,000 untuk kegunaan rasmi MB Kedah. Saya rasa ini ganjil kerana PAS sebelum ini selalu kritik mana-mana pemimpin BN yang membeli kereta sebegini. "Sekarang bila mereka menjadi kerajaan, ini seolah-olah tidak salah untuk mereka gunakan duit untuk beli kereta mewah untuk pe

PAS lebih 'sayangkan' DAP dan PKR berbanding perjuangan parti....Panas Nya Telinga Pemimpin PAS

Image
SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali membidas Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli apabila membuat kenyataan tidak berasas bersabit isu pemecatannya daripada parti itu. Beliau menegaskan sejak menyertai PAS dan memegang jawatan-jawatan penting dalam parti sebaliknya tidak pernah timbul soal beliau membelakangkan parti. "Selepas PRU 2008 perubahan mendadak telah berlaku apabila PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Dengan pengaruh parasit-parasit yang mempunyai bilangan majoriti dalam kepimpinan parti, mereka telah mengalih arahtuju parti untuk disesuaikan dengan kehendak DAP dan PKR," katanya dalam satu kenyataan media yang diemelkan kepada Antarapos. Justeru Hassan menyifatkan adalah tidak wajar Hatta menuduh beliau tidak menyokong dasar parti selain bergerak secara individu, yang menjadi antara punca mengapa beliau dipecat.Malah katanya yang juga merupakan bekas Exco Selangor itu, PAS sebenarnya yang telah terkeluar daripada lan

Apaaaaa....Pengakuan Isteri MP PKR Yang Dihalau Bagaikan Anjing Gara Gara Suami Dapat Bumper Baru

Image
Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor. Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya. Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR. Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang mak andam. Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu. Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimar

Pelantikan Lajim Ukin Sebagai Timbalan Menteri Dibatal Serta-Merta

Image
KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersamaFasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

‘Ustazah’ Abby Abadi...apa hal meroyan tak sudah ni?

Image
 Macam tak percaya pulak sebab Abby bukan saja banyak komen dalam twitter bahkan dah naik pentas bagi ceramah. Ada orang dah panggil dia ‘ustazah’! Wah! Biar betul, dulu payah bebenar nak bukak. Tapi iyelah, zaman Roda Impian tu, dia malu-malu sebab masa tu dia gadis sunti. Orang kata Abby bukan main ligat lagi dalam parti yang dia masuk. Sampaikan ada gosip dan sebagainya. Tak apalah, bab masuk parti mana pun, itu hak dia, lagipun Malaysia ini negara demokrasi. Masuklah parti mana pun, parti tupperware ke baik, tapi tak payahlah meroyan bagai. Maaflah ye Arbaiyah, oops, ‘ustazah’ Abby. Hijrah itu baik tapi biarlah ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah, hati dan amalan. Bila kita berubah, sudah tentunya ia untuk kebaikan diri. Ada orang berhijrah secara diam kerana bila bercakap berdegar-degar, bimbang disalah tafsir jadi riak pula. Mungkin niat tidak begitu, tetapi tafsiran orang pelbagai.Abby pernah tweet pasal tudung dengan bertanya apa rasa orang yang tak bertudung

Ramalan..... Jaguh Badminton Dunia Chong Wei Akan Berdepan Dengan Lin Dan... Final

Image
Moga Chong Wei dapat merangkul Emas pertama untuk rakyat Malaysia dalam sukan Olimpys ini dalam sejarah....Teruskan usaha ini...Jangan goyang berjumpa Lin Dan Teruskan.... MALAYSIA BOLEH!!!!! DAN JANJI DITEPATI.....

Kerajaan Selangor Cakap Bukan Main Lagi Ketelusan Dan Korupsi Tapi Semuanya Indah Kabar Dari Rupa.....

Image
Hutang Talam: MCA Dakwa Kerajaan Selangor Berbohong Kepada Rakyat..... MCA pada Selasa mendakwa kerajaan negeri Selangor berbohong dan saling memberikan kenyataan bercanggah dalam isu pelupusan hutang Talam Corporation Berhad.Teresa mendedahkan perjanjian tersebut kepada pengetahuan awam telah membuktikan kerajaan PR Selangor selama ini menipu dan berbohong kepada rakyat."Jika tidak dakwaan Teresa yang mengatakan kerajaan PR Selangor terikat dengan perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan BN sebelum ini adalah tidak benar, mengelirukan dan ia hanya bertujuan untuk memutar belitkan fakta,"sehingga hari ini kerajaan PR Selangor masih tidak dapat memberi penjelasan tentang penilaian harga yang lebih tinggi untuk tanah di Bestari Jaya, tanah di Danau Putra yang merupakan tapak bekas lombong, unit pejabat yang sukar untuk dijual di Menara Pandan dan Ukay Perdana."Saya lihat pendedahan tentang perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan BN terdahulu merupakan tindakan ter

Haji Hadi Semakin Terpinggir...Betul Ker?

Image
Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri. Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit – sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya. Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian terc

Dr Hasan Ali Jawab Tuduhan YB Dr Mohd Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat

Image
Saya tertarik untuk memberi sedikit ulasan terhadap apa yang diperkatakan oleh YB Dr Mohd Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat mengenai pemecatan saya. Bagi Dr Hatta, saya dipecat kerana sebahagian daripada tindakan saya tidak selari dengan dasar parti. Sepintas lalu, saya boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Hatta itu. Tetapi perlu juga diketahui bahawa sejak menyertai PAS dan memegang jawatan-jawatan penting dalam parti, saya telah memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada parti terutama sewaktu PAS dipimpin oleh AlMarhum Dato Fadzil Nor.Selepas PRU 2008 perubahan mendadak telah berlaku apabila PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Dengan pengaruh parasit-parasit yang mempunyai bilangan majoriti dalam kepimpinan parti, mereka telah mengalih arahtuju parti untuk disesuaikan dengan kehendak DAP dan PKR.Atas hasrat untuk ke Putrajaya, mereka sanggup mengenepikan perjuangan menegakkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud yang sejak lebih 60 tahun lalu d

Video....Jelajah Janji Ditepati Sangat Tepat Kata Ust Fathul Bari

Image
Haiiii...... sesiapa yang sikap munafik tidak menepati janji...Habis tu Pembangkang yang terlalu banyak janji apa cerita pulak,Bilanya untuk melaksanakan janji kalau bergini caranya...Adakah ini, PAS tidak tahu menahu langsung jikalau janji tinggal janji....adakah PAS jugak Munafik....Berat ni. PKR lagi lah teruk....beribu ribu janjinya....PAS diam jugak tiada pun menasihati PKR...supaya jaga dan tunaikan janji pada rakyat... PAS TAKUT KECUT TELUR NANTI....SUSAH DAPAT JAWATAN LAGI.

Hasil Kejayaan Dakwah Pas Bila DAP Makin Berani, Tegas Tolak Negara Islam

Image
Pas hari ini menjadikan isu hudud, negara Islam sebagai satu senjata politik utama mereka untuk menarik pengaruh undi orang-orang Melayu sedangkan pada hakikatnya, perjuangan menegakkan negara Islam dan Hudud sudah lama ditinggalkan dalam agenda utama perjuangan parti tersebut.Pas akan memainkan isu hudud sebagai gendang perang mereka setiap kali menjelang saja pilihanraya di negara ini.“Setiap kali nak pilihanraya, Pas akan jadikan hudud sebagai ‘magnet’ untuk menarik undi-undi orang-orang Islam, khususnya orang Melayu di negara ini. Sedangkan, pada 2009 ketika bersetuju bergabung dalam Pakatan Pembangkang, Pas telah menggugurkan perjuangan negara Islam dan Hudud dan perjuangan menegakkan negara dan undang-undang Islam bukan lagi menjadi teras utama perjuangan Pas lagi.“Pengguguran perjuangan negara dan undang-undang Islam Pas ini telah pun diterjemahkan melalui buku jingga yang menjadi dasar bersama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang baru-baru ini ,”“Mereka sebenarnya tahu

Video....Ahli Parlimen BN Bukan Barang Dagangan Murahan Untuk DiJual Beli

Image

Video...Sesi Soal Jawab Seminar Pemurnian Aqidah

Image

Umno Beaufort Masih Kukuh - Setiausaha BN Sabah

Image
Umno Beaufort, yang sebelum ini dipimpin oleh anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin, masih berfungsi dengan kebanyakan anggota jawatankuasa (AJK) bahagiannya kekal dengan Umno. Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata mereka termasuk timbalan ketua bahagian, naib ketua, kebanyakan AJK, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri dan majoriti anggota anggota jawatankuasa tiga sayapnya. "Kesemua mereka masih kekal dalam Umno. Begitu juga dengan ketua cawangan yang kekal dengan Umno. Apa yang jelas, Lajim kini bersendirian," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, Isnin. Abdul Rahman berkata seperti dengan kerusi Parlimen dan dewan Undangan negeri yang lain di seluruh negara, BN bersedia untuk mempertahan kerusi Parlimen Beaufort dan Tuaran. "Dan Insya-Allah, kami akan memenanginya lagi demi masa depan rakyat dan negeri dan negara,"

Cubaan PAS Perkenal Hudud Tidak Cerminkan Apa Yang Diputuskan Di Muktamar PAS

Image
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata pada Isnin sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke 57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan. "Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann di sini. Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yan

PKR DI JANGKA KALAH DALAM 16 KERUSI PADA PRU 13 !!! WAJIB BACA !!!

Image
PKR dijangka akan menerima kekalahan yang memalukan pada PRU 13.ini adalah kenyataan rekod buruk PKR dan Pemimpinannya yang sangat cita cita untuk takluk Putrajaya.Dan PKR jugak merosakkan perpaduan kaum di Negara ini.Memang patutlah PKR ditolak oleh rakyat di Negara ini pada PRU 13 akan datang....

Video....Ustaz Kazim Memanglah yang Terbaik Ulasan Berbuka puasa &khusyuk

Image

Artis Dayang Ku Intan Hina Negeri Johor Plak...

Image
Inilah artis selepas menyertai Parti Politik boleh menghalalkan cara mengatakan pihak lain.Apa sudah jadinya ....ARTIS SESUKA HATINYA MEMBURUKKAN ORANG LAIN DAN NEGERI JOHOR.INILAH BODOHNYA....

Mulut Badan Binasa: Abby dakwa kontrak duta tudung ditamatkan

Image
Padan Muka ABBY...nak menyertai parti politik tidak salah itu hak individu tapi kerana Mulutnya Badan Binasa...kerana Mulut lebih berbisa daripada mata Pisau...Mulutnya Celupar sangat selepas menyertai PAS.Kena terimalah kenyataan....Kalau betul betul nak beribadat ke Jalan ALLAH bukan itu caranya.Islam tidak mengajarnya mengutuk dan merendahkan pihak lain....

Perubahan PAS bawakan ARTIS Di Utamakan Ulama Di Pinggirkan

Image
Artis dijulang ulama dipinggirkan,itulah yang terjadi sekarang ni.Di atas pentas PAS sekarang sudah tentu ada saja Artis jemputan untuk menyampaikan ceramah para hadirin.Tiada ilmu agama boleh menyampaikan sarahan....inilah murahnya pemimpinan PAS ketika ini kerana membiarkan Artis membalun dan menghina UMNO dan BN....