Dr Hasan Ali Jawab Tuduhan YB Dr Mohd Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat

Saya tertarik untuk memberi sedikit ulasan terhadap apa yang diperkatakan oleh YB Dr Mohd Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat mengenai pemecatan saya.

Bagi Dr Hatta, saya dipecat kerana sebahagian daripada tindakan saya tidak selari dengan dasar parti.
Sepintas lalu, saya boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Hatta itu. Tetapi perlu juga diketahui bahawa sejak menyertai PAS dan memegang jawatan-jawatan penting dalam parti, saya telah memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada parti terutama sewaktu PAS dipimpin oleh AlMarhum Dato Fadzil Nor.Selepas PRU 2008 perubahan mendadak telah berlaku apabila PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Dengan pengaruh parasit-parasit yang mempunyai bilangan majoriti dalam kepimpinan parti, mereka telah mengalih arahtuju parti untuk disesuaikan dengan kehendak DAP dan PKR.Atas hasrat untuk ke Putrajaya, mereka sanggup mengenepikan perjuangan menegakkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud yang sejak lebih 60 tahun lalu diperjuangkan dengan air mata dan darah oleh pejuang-pejuang parti.Putrajaya merupakan matlamat akhir, bukan lagi memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.Diperingkat awal sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor selama 4 tahun, saya dapati saban hari ruang semakin menguncup untuk memperjuangkan Islam, Melayu serta Institusi Raja. Perjuangan saya untuk memartabatkan Islam di Selangor sering dipandang sepi malah ditentang oleh pimpinan parti. 

 Negara sekular dan faham liberalisme yang diperjuangkan oleh DAP dan PKR kini dijadikan maudhu’ utama dalam perjuangan parti. Ayat-ayat jihad tidak lagi dibacakan. Sirah Nabi dan para Sahabat tidak lagi dikumandangkan seperti dahulu.Atas sebab-sebab di atas, salahkah saya sebagai pimpinan dan ahli parti mempersoalkan hal-hal asasi yang berkaitan dengan perjuangan parti?Salahkah saya membawa kepengetahuan ahli-ahli PAS tentang wujudnya makhluk-makhluk perosak yang saya namakan parasit dalam batang tubuh parti?Salahkah saya mengkritik tindakan makhluk perosak atau parasit yang sanggup mengikut telunjuk pimpinan DAP dan PKR atas hasrat menawan Putrajaya?Salahkah saya membangkitkan kelemahan-kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam mempertahankan Islam dan Melayu di dalam mesyuarat pusat dan retreat parti walaupun golongan parasit tidak pernah menyukainya berbanding golongan ulama - sedangkan langkah itu adalah untuk memperbaiki kedudukan PAS dan perjuangannya sebagai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat?

Salahkah saya mengingatkan pimpinan PAS bahawa ahli dan penyokong-penyokong PAS rata-ratanya tidak merestui cara halus dan tersesusun golongan parasit mempengaruhi kepimpinan ulama di dalam parti untuk menukar perjuangan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan semata-mata untuk menyesuaikan keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat?Salahkah saya memperjuangkan hak-hak orang Islam di negeri Selangor seperti berusaha mengharamkan arak, judi dan kegiatan memurtadkan orang Islam walaupun tidak dipersetujui oleh DAP, PKR dan golongan parasit di dalam parti?Salahkah saya menghadiri majlis Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang dianjurkan oleh NGO2 Islam dalam usaha memerangi gejala murtad dan pemurtadan demi menyelamatkan aqidah ummat?

Kalau semua itu dikatakan salah, memang benar saya tidak menyokong dan mendokong dasar parti yang telah jauh menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya malah rela pula bersekongkol dengan DAP dan PKR yang terang-terang tidak pernah bersetuju dengan matlamat asal parti Islam itu.
 Sekiranya PAS masih menjunjung perjuangan asalnya untuk menegakkan Negara Isam dan melaksanakan hudud tanpa perlu bersifat akomodatif dengan DAP dan PKR sehingga mengikut telunjuk mereka, dan sekiranya PAS masih dipimpin oleh kepimpinan Ulama yang bersih daripada golongan parasit yang merosakkan pati, nescaya saya akan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi malah rela mati mempertahankannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana