Posts

Showing posts from January, 2015

Kalau tak U-TURN, dia kata kenyataan peribadi. Dah kata dah, jangan ambil hati...

Image
Kenyataan Mustafa Kepada Guan Eng Bersifat Peribadi, Kata Mohamad Sabu

GEORGE TOWN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang lebih bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.

Justeru, beliau melihat perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat, malah beliau yakin isu itu juga tidak akan mendatangkan masalah yang besar kepada parti dan ia boleh diselesaikan secara baik dan mudah.

“Itu masalah kecil. Pandangan-pandangan mereka itu kita boleh selesaikan di peringkat Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat masih kuat dan bertambah kuat.

“Itu pandangan dalam parti komponen yang sentiasa ada perkara begini. Ia tidak menjejaskan hubungan. Tiada masalah,” kata Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis perasmian persidangan dan Ekspo Halal Anta…

KPN : Siasat Pemilik Twitter Persenda Tragedi MH370...Habislah Kau Kali Ini

Image
KUALA LUMPUR 30 Jan - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Twitter yang mempersendakan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, dengan mendakwa ia bukannya kemalangan.

Khalid melalui laman Twitternya meminta Pusat Tindakan Siasatan Siber polis (CIRC) untuk mengesan dan menyiasat pemilik akaun 'Fazel' yang membalas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Twitternya @NajibRazak yang melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa MH370 berikutan pengumuman khas oleh Jabatan Penerbangan Awam.

"PCIRC@PDRMsia Sila kesan dan siasat 'Fazel' di bawah ini," katanya.

Khalid juga memaparkan gambar di laman Twitternya terhadap identiti dan kenyataan 'Fazel' yang membalas kenyataan Perdana Menteri di twitter @NajibRazak.
Semalam kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan Penerbangan Malaysia MH370 sebagai nahas dan semua 239 penumpang dan anak kapal dianggap terk…

Penyokong asal Anwar tinggalkannya kerana moral

Image

Video Ahli DAP Cukup Bengang Dengan Pemimpinan DAP...Sehingga Lah Keluar DAP

Image
Padan muka...dulu bukan main lagi percaya dengan kata kata pemimpinan DAP ni...Bila sudah tersempit barulah menyesal...

Berita Gembira, Kerajaan Turunkan Semua Harga Kereta Sebanyak 20% ?

Image
KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin sasaran penurunan harga kereta sebanyak 20 peratus pada akhir 2017 boleh dicapai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata purata harga semua model dan varian kereta di negara ini telah turun sebanyak 12 peratus sejak 2013.

“Pada 2013, purata harga kereta berkurangan sebanyak lima peratus, dan tahun lepas, ia terus turun sebanyak tujuh peratus, memberi manfaat kepada 72.5 peratus pembeli,” katanya pada sidang akhbar semasa taklimat perkembangan terkini Dasar Automotif Negara (NAP) 2014 di sini, Jumaat.
Beliau berkata perbandingan itu ialah antara harga atas jalan yang baharu dan sebelumnya.
Mengenai NAP, beliau mengulangi bahawa objektif utama dasar tersebut adalah untuk mengubah Malaysia menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV) Asean menjelang 2020.

“Objektif lain adalah membangunkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan bagi kenderaan pemanduan sebelah kanan dan teknologi berkaitan seperti kecekapan …

Mari Dengar Kupasan Ini Sebenarnya....Bagaimana UMNO Dikatakan Menolak Islam?

Image
Pagi ini saya terlihat didalam akhbar HARAKAH yang mana satu topik yang menarik minat saya untuk membacanya. Isunya mengenai kenyataan Haji Hadi yang mengatakan bahawa PAS berjuang menentang UMNO kerana UMNO TOLAK ISLAM.

Didalam kenyataan Haji Hadi ada menyatakan bahawa apa yang UMNO sudah lakukan selama ini seperti salah satunya membina masjid bukanlah erti sebenar mahu menegakkan ajaran Islam tetapi sekadar satu tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat sahaja. Malah menurut Haji Hadi lagi UMNO banyak terjebat dengan isu-isu yang negetif seperti rasuah, korupsi, menyeleweng, meluluskan lesen judi dan arak dan banyak lagi. Hanya PAS sahaja yang berjuang untuk menegakkan ajaran Islam didalam negara.

Malangnya Haji Hadi tidak pulak menyentuh bagaimana didalam PAS lebih banyak berlaku tinkahlaku songsang dan lari dari ajaran Islam yang sebenarnya. Seperti derma Memali dan Lahad Datu yang sampai sekarang kita tidak tahu kemana perginya semua wang derma tersebut. Juga wang pembinaan lebuhra…

KENCING ANWAR LEBIH BAHAYA DARI KENCING TIKUS.

Image
BERJINAK DENGAN ANWAR UMPAMA TIDUR SEKANDANG DENGAN SEEKOR BERUANG HITAM YANG SENTIASA KELAPARAN.

JIKA ANDA TERLELAP WALAU SEBENTAR, ANDA MUNGKIN DIANGAP PADA BILA BILA MASA.

DENGAN MAKHLUK PEROSAK YANG BERNAMA ANWAR, ANDA WAJIB BERWASPADA SEPANJANG MASA.

Akhirnya PAS Terpaksa Berhenti Berangan Nak Ganti UMNO

Image
Khabarnya PAS secara rasmi telah menamatkan program PAS Ganti UMNO (PGU) dan kini digantikanpas-ganti-umnodengan Himpunan Harapan Semua (Harap 3.1). Nama berbeza, fokusnya tak sama. Kenapa ditamatkan program PAS Ganti UMNO?

Dulu di awal tahun 2011 apabila program PAS Ganti UMNO dilancarkan, rata-rata pemimpin PAS cukup optimis impak dari program politik itu akan menyingkirkan UMNO dari tampuk pemerintahan di negeri Terengganu serta di peringkat Pusat.

Siang malam para pemimpin PAS asyik mengulang tayang propaganda bagi mempengaruhi pandangan umum kononnya UMNO sudah tidak relevan dan sebagai gantinya orang Melayu Islam diminta menyokong serta mengundi PAS. Besar angan-angan PAS nak ganti UMNO.

Bila kita kata PAS tak sedar diri dan tak tahu ukur baju di badan sendiri, marah bukan main lagi pemimpin dan penyokong PAS. Sakan mereka meroyan mendakwa UMNO takut dengan kebangkitan PAS. Bangkit kot celah mana tak tahulah. PAS nak lawan kehendak DAP dan PKR pun tak mampu, ada hati nak ganti …

Pas VS Dap… Drama Perang Memualkan Yang Akhirnya “Berpelukan”

Image
KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, rakyat sudah bosan dan meluat dengan sandiwara politik Pas-Dap.
Ini katanya, perbalahan dan perang dingin antara Pas-Dap berhubung sesuatu isu sekadar drama yang sengaja dipentaskan untuk menarik perhatian rakyat.

“Cerita Pas dan Dap berbalah, kata mengata sesama pemimpin mereka sekadar lakonan dan bakal berakhir tanpa sebarang keputusan konkrit,” tegasnya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.com.Beliau menyifatkan drama Pas-Dap sebagai sesuatu yang menjijikkan yang telah menimbulkan rasa meluat rakyat terhadap kedua parti itu.
Katanya, isu gereja, kalimah Allah, kekejaman Israel di Palestin, isu arak, transgender dan terbaru pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuktikan lakonan pembangkang.
Katanya, pemimpin Pas daripada segenap peringkat termasuk Dewan Ulama kecam Dap tetapi kesudahannya isu itu berakhir dengan mereka kembali ‘berpelukan’.
“Dalam isu PBT, pemimpin Pas kecam…

Saya Ada Bukti - Mustafa....Keluar lah Saja daripada PR Terhegeh Hegeh

Image
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan kepimpinan DAP supaya tidak mencampuri perbalahan yang berlaku antara beliau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tegasnya, isu tuduhan berbohong berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang hanya membabitkan beliau dan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Saya membaca kenyataan Anthony Loke serta Zairil Khir Johari dan saya dapati bahawa kedua-duanya sama ada tak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu.

"Isu sebenar adalah mudah...bahawa saya cabar Guan Eng kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya kata dia berbohong. Sebenarnya dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata pendekatan Mustafa mencabar Lim  berdebat seolah-olah ingin 'membakar jambatan' dengan DAP dan menganggap parti itu sebagai musuh politik PAS dan bukannya…

2 Pusat Beli Belah di Sibu Jadi Sasaran Tembakan

Image
SIBU 31 Jan - Dua pusat membeli-belah di sini menjadi sasaran tembakan semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi berkata, tiga das tembakan dilepaskan ke arah Wisma Sanyan di Jalan Sanyan sementara sedas tembakan lagi disasarkan kepada pasar raya Premier di Jalan Kampung Nyabor.

Beliau berkata pihaknya percaya kejadian berlaku malam tadi tetapi dilaporkan secara berasingan pada jam 1.15 tengah hari dan 4.15 petang tadi.

“Motif kejadian belum diketahui, namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak yang sama,” katanya.

Kamal berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

Polis meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Sentral Sibu.

Sedih Yang Tak Terkata....Mahkamah Tolak Saman Kerajaan terhadap BERSIH 3.0

Image
BODOH Punya HAKIM....adakah kita mahu melihat sebilangan rakyat terus buat DEMO dijalanan?
kalau beginilah jadinya kumpulan tidak takut lah dimasa akan datang untuk melakukan sekali lagi untuk berdemo.Hakim tak ada otak ker...atau suka melihat rakyat buat DEMO?

Dengan banyak kerosakkan harta benda pihak Awam dan perseorangan..Buta ker apa mata Hakim ni sehingga kenderaan pihak berkuasa dirosakkan begitu teruk sekali.Itu kah dimahukan oleh HAKIM yang menolak SAMAN TERHADAP BERSIH 3.0?

Sedih nya apabila membaca kenyataan ini....

KUALA LUMPUR, 30 Jan - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman difailkan kerajaan terhadap bekas pengerusi bersama Bersih Datuk S. Ambiga dan 14 anggota jawatankuasanya berhubung perhimpunan Bersih 3.0.

Pada 15 Mei, 2012, kerajaan menyaman mereka atas dakwaan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, 2012 telah mengakibatkan kerosakan harta awam.

Dalam saman itu, ia memohon pampasan khas berjumlah RM110,543.27 sebagai kos untuk membaiki beberapa kenderaan pol…

Nizar didakwa semula memfitnah Najib...Meroyan Dan Dendam Tak Habis Habis

Image
IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, didakwa memfitnah dengan menyatakan dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara jam 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012, suatu tohmahan dengan mengetahui perbuatan itu akan merosakkan nama baik Perdana Menteri.

Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mohammad Nizar yang didakwa di hadapan Hakim Noor Hayati Mat bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dirinya dibicarakan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut semula pada 6 Mac depan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim manakala Mohammad…

Tak Pelik Ke Kenapa Mat Sabu Sentiasa Sebelah DAP?

Image
KELMARIN Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali keluar cabaran kepada Guan Eng agar berdebat tentang pilihanraya kecil kerajaan tempatan.  Hari ini, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pulak keluar kenyataan kata cabaran Mustafa Ali itu bersifat peribadi.

Dalam erti kata lain, Timbalan Presiden PAS tidak sokong kenyataan Setiausaha Agungnya sendiri.  Apa jenis Setiausaha Agung yang keluar kenyataan atas kapasiti peribadi, bukan wakili parti?  Nanti Mustafa Ali pulak kata kenyataan Mat Sabu ni pendapat peribadi, bila nak selesai isu ni?

Tapi yang menarik, ini bukan pertama kali Mat Sabu macam ini – sebelah DAP.

Masa krisis Menteri Besar Selangor tahun lepas, dikala semua pemimpin ulama PAS tidak sokong Azizah ganti Khalid jadi Menteri Besar Selangor. Mat Sabu satu-satunya pemimpin PAS yang bersama DAP dan PKR bersetuju Azizah jadi calon tunggal untuk jawatan itu.

Pendek kata, di kala pemimpin ulama PAS cakap A, Mat Sabu akan cakap B.  Mat Sabu tak seoranglah, ada Khalid Samad, Hanipa Maidin da…

Guan Eng hina PAS Kelantan !

Image
Dewan Pemuda Pas negeri Kelantan menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika bencana banjir besar melanda negeri ini baru-baru ini.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, Guan Eng dilaporkan berkata demikian ketika memperkatakan tentang isu rasuah dan integriti dan dalam masa sama, turut mengulas mengenai isu banjir di Kelantan dalam keratan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 27 Januari lalu.

“Seorang sahabat saya berbangsa Tionghua menterjemahkan kenyataan beliau seperti berikut: “Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika …

Semakin Bergolak....Guan Eng tak layak duduki Majlis Pimpinan PR

Image
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak layak duduk dalam Majlis Pimpinan PR jika beliau juga dituduh berbohong berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan jika perkara itu berterusan, sudah tentu integritinya juga tercabar dan boleh dipertikai.

"Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan intergritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR.

"Begitu juga Guan Eng dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke semalam yang menggesa Mustafa memastikan pimpinan tertinggi Pas termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat Majlis PR untuk membincangkan isu tersebut daripada debat terbuka.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata lagi, Loke tidak perlu m…

Syabas PM Mesti Mengambil Tindakan Tegas....Sabotaj ekonomi negara: Tindakan tegas menanti

Image
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan perlu meneliti semua bukti berhubung cubaan mensabotaj ekonomi negara oleh pihak tertentu sebelum mengambil tindakan tegas.

Beliau berkata lagi, sebaik sahaja aktiviti mereka dapat dikesan dan mengenal pasti pelakunya, Najib menyerahkan perkara itu kepada agensi berkaitan untuk mengambil tindakan tegas.

"Kita kena perolehi bukti dulu apa yang didakwa dilakukan oleh mereka dan kita berharap bahawa badan-badan kerajaan yang relevan itu dapat mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican semalam yang menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut  keuntungan melalui urusniaga mata wang negara.

Jelasnya, perbuatan itu bagi menaja dan menja…

Parahhhh Ni....Mustafa minta Anthony Loke, Zairil jangan campur 'urusannya' dengan Guan Eng

Image
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberi amaran kepada Anthony Loke dan Zairil Khir Johari supaya tidak campur tangan dalam perbalahannya bersama Lim Guan Eng.

Sambil menyifatkan kedua-dua ahli parlimen Seremban dan Bukit Bendera itu sebagai tidak faham isu, Mustafa berkata beliau akan mengemukakan bukti mengenai pembohongan Guan Eng.

"(Khalid Samad) faham isu ini adalah antara saya dengan Lim Guan Eng dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada PAS atau DAP.

"Kenyataan Anthony Loke dan Zairil Khir Johari saya dapati bahawa kedua-duanya sama ada tak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu.

"Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini. Saya akan buktikan dia berbohong," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam Loke mendakwa PAS cuba 'membakar jambatan' hubungan yang terjalin antara kedua parti berkenaan susulan kenyataan Mustafa terhadap Guan Eng.

Loke menyifatkan tin…

Lim Guan Eng pandai berlakon dan layak dapat oskar – Wee Ka Siong

Image
Bak kata pepatah Melayu, kerana mulut badan binasa. Itulah yang sedang berlaku pada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng! Kelmarin dia kena tempelak oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang melabelnya “mulut celupar” dan pembohong.
Pada Khamis pula, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong pula melabel Guan Eng sebagai sebagai talam dua muka dan bijak main wayang serta layak dicalonkan menerima oskar!

Ka Siong, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, pendedahan Mustapha Ali membuktikan, selama ini DAP melakukan pembohongan paling besar berkaitan hudud.

“Daripada apa yang dijelaskan oleh Mustapha, DAP Pulau Pinang tahu Hudud untuk konteks Kelantan dan mereka telah dimaklumkan dan mengetahui perkara ini. Tapi yang disembunyikan daripada masyarakat Cina ialah DAP kononnya tak tahu apa-apa pasal Hudud ini.

“Jadi mereka ini talam dua muka. Dengan masyarakat Melayu lain, dengan orang Cina cerita lain,” kata Ka Siong kepada media selepas majlis perasmian Progra…

Waris penumpang MH370 warga China protes depan Kedutaan Malaysia

Image
Ahli keluarga penumpang warga China pesawat Malaysia Airlines MH370 mengadakan bantahan di luar Kedutaan Malaysia, di sini hari ini bagi menuntut supaya operasi mencari dan menyelamat penumpang dan anak kapal MH370 diteruskan.
Satu laporan dijangka dikeluarkan pada 7 Mac ini, sehari menjelang ulang tahun pertama nahas itu, dan sesetengah waris penumpang terbabit bimbang sekiranya operasi mencari dan menyelamat itu akan dihentikan.

Berpuluh-puluh ahli keluarga penumpang terbabit berhimpun dan mengadakan bantahan di luar Kedutaan Malaysia di sini awal hari ini.
Advertisement

Beberapa anggota polis bertindak mengepung kawasan kedutaan itu di daerah Chaoyang dan lebih 50 buah kenderaan polis, bas dan lima jentera bomba turut dikerahkan ke kedutaan berkenaan.

Seramai 15 penunjuk perasaan diusir oleh polis dan dibawa ke sebuah pusat sokongan, kata seorang waris mangsa nahas MH370 kepada dpa.

Katanya, dua warga emas kelihatan menangis dan enggan beredar dari kawasan itu manakala beberapa or…

Tembongkar Isuuu....PAS bincang laksana Hudud di pejabat DAP pada tahun 2012 dedah Takiyuddin

Image
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng 'kantoi' berbohong lagi selepas Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Takiyudin Hassan mendedahkan PAS dan DAP ada berbincang mengenai perlaksanaan Hudud di Kelantan pada tahun 2012.
Ketua menteri Pulau pinang itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua parti tersebut tidak pernah mengadakan perbincangan tentang perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.

Menurut Takiyuddin yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS, perbincangan rasmi mengenai perkara itu pada tahun 2012 yang turut dihadiri pemimpin tertinggi DAP seperti Penasihatnya, Lim Kit Siang, mendiang Karpal Singh dan beberapa lagi pemimpin lain.

Pendedahan Takiyudin itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng sebelum ini yang menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung parti itu, Mustafa Ali tidak jujur berhubung isu perlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya hendak sebut di sini, dia (Guan Eng) pernah kata PAS tidak pernah…

Banjir: Pemuda PAS kecam Guan Eng, bandingkan dengan keikhlasan TPM

Image
Semuanya gara-gara 'mulut celupar' Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang membuat kenyataan biadap kononnya kerajaan Kelantan 'tidak boleh bekerja' dalam menghadapi keadaan banjir baru-baru ini.
Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mengecam kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut  yang menurut beliau tersalah fakta.

Dalam satu kenyataan media petang Khamis bertajuk 'Yang Berhormat Ketua Menteri, betulkan fakta tuan' Ahmad Fadhli menulis panjang lebar mengenai kejadian di sebalik banjir dan sikap Guan Eng yang hadir hanya selepas 10 hari kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO tiba di Kelantan 10 hari lebih awal dari Yang Amat Berhormat tiba di negeri ini. Tanpa prejudis, saya kira Yang Amat Berhormat sibuk urusan pentadbiran negeri dan tidaklah menjadi isu yang besar pada saat bila sekalipun Yang Amat Berhormat tiba. Lagipun jika pilihanraya Pihak Berkuasa Tempa…

Alahaiii Mat Sabu Ni....Kenyataan Mustafa terhadap Guan Eng bersifat peribadi

Image
Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Beliau berkata sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan Mustafa itu tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam pakatan rakyat.

"Perhubungan kami (PAS-DAP) baik dan PAS masih dalam pakatan. Kenyataan Mustafa itu adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti kerana kami tidak mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang ke-6, pada Jumaat yang disempurnakan oleh Lim.

Pada Rabu, Mustafa dalam sidang akhbarnya dilapor membidas Lim, yang disifatkannya bercakap tidak benar sepenuhnya berkaitan isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP.

Mustafa berk…

Ini antara saya dengan Guan Eng...pemimpin DAP lain diam

Image
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, cabaran bersemuka dengan Lim Guan Eng masih terbuka walaupun pemimpin-pemimpin DAP cuba mempertahankan Setiausaha Agung mereka.
Mustafa berkata, ini isu antara beliau dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan tiada kena mengena dengan orang lain.

“Asasnya kerana Guan Eng menuduh saya tidak jujur. Tidak ada kaitan dengan perkara lain. Pemimpin DAP (yang lain) elok diam atau jangan masuk campur,” katanya kepada Agendadaily ketika dihubungi Jumaat.

Menurut Mustafa, beliau kena mempertahankan keadaan sebenar berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) yang memang tidak dibincangkan dengan PAS sebelum dibawa pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“ Guan Eng menuduh saya tidak jujur sedangkan hakikatnya beliau tidak bercakap benar dalam isu itu,” katanya.

Mengenai cadangan Zairil Khir Johari supaya isu itu dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR), Mustafa berkata, beliau tidak keberatan jika perkara itu dibawa…

Mat Sabu BARUA DAP.....Tidak Setuju Pendirian Mustafa Ali

Image
PULAU PINANG 30 Jan - Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau berkata sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan Mustafa itu tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam pakatan rakyat.

"Perhubungan kami (PAS-DAP) baik dan PAS masih dalam pakatan. Kenyataan Mustafa itu adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti kerana kami tidak mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang ke-6, di Georgetown hari ini yang disempurnakan oleh Lim.

Pada Rabu, Mustafa dalam sidang akhbarnya dilapor membidas Lim, yang disifatkannya bercakap tidak benar sepenuhnya berkaitan isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan …

Guan Eng Pembohong, Kata Takiyuddin

Image
KOTA BHARU 30 Jan - Pergolakan politik antara Pas dan DAP dilihat semakin parah.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai ‘berbohong’ apabila mengeluarkan kenya­taan bahawa kedua-dua parti tersebut tidak pernah mengadakan perbincangan tentang perlaksa­naan hukum hudud di negeri ini.

Pendedahan Takiyudin itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng sebelum ini yang menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung parti itu, Mustafa Ali tidak jujur berhubung isu perlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tegas Takiyudin, kedua-dua parti itu pernah mengadakan perbincangan rasmi mengenai perkara itu pada tahun 2012 yang turut dihadiri pemimpin tertinggi DAP seperti Penasihatnya, Lim Kit Siang, mendiang Karpal Singh dan beberapa lagi pemimpin lain.

“Saya hendak sebut di sini, dia (Guan Eng) pernah kata Pas tidak pernah bincang mengenai hudud dengan DAP. Padahal pada tahun 2012 iaitu sebelum Pil…

Anwar Optimis Pakatan Kekal Selepas Dipenjara...Jangan Mimpi Lah ANWAR

Image
KUALA LUMPUR 30 Jan - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah walau beliau dihumban ke penjara.

Katanya tiada apa yang perlu dibimbangkan sekalipun jika keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini tidak memihak kepadanya.

Beliau juga meminta Menteri Besar Selangor Azmin Ali bertindak "lebih berani" untuk membawa perubahan lebih baik dalam Pakatan.

"Tiada ada sesiapapun yang mahu ke penjara. Saya pun tidak mahu ke penjara... Tetapi ada yang mengatakan Anwar berada dalam penjara bermasalah, Anwar di luar pun bermasalah, tapi akhirnya saya lihat dari sudut yang positif.

"Rakyat cenderung untuk melupakan bahawa saya sudah berada dalam penjara apabila Pakatan kuat, sudah tentu bukan dengan nama Pakatan Rakyat, tetapi konsep gabungan ini luas, jadi ini bukan sesuatu yang baru.

"Ada yang berkata saya masuk penjara mungkin boleh menguat dan mengukuhkan Pakatan, kerana akan menjadi titik menyemarakkan orang ramai…

Ahli PAS Bantai Presiden Sendiri....'13 Mei' Gambarkan Pemikiran Hadi Sempit, Kata Ahli PAS

Image
KUALA LUMPUR 30 Jan - Seorang pemimpin PAS kawasan menyanggah dakwaan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan menimbulkan kacau bilau.

Ketua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata isu berkenaan juga menggambarkan sentimen perkauman sempit dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Kalau pilihan raya tempatan boleh timbul kacau-bilau, mengapakah pilihan raya Negeri dan Persekutuan tak ada kacau?” kata Ishak dalam satu sidang media pagi ini.

Katanya, beliau melihat bahawa sentimen yang cuba dibangkitkan oleh ulama besar PAS itu juga tidak lagi dapat dikesan pada masa ini.

“Mana mungkin pilihan raya tempatan boleh menimbulkan soal perkauman?

“Kalau kita pergi ke kampung-kampung dan kawasan orang ramai, saya rasa tak ada lagi rasa perkauman sempit itu,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ishak merupakan NGO BERTINDAK, yang berkempen untuk mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.

TINDAKAN PENGURUSAN PPR KOTA DAMANSARA SUDAH TERLEWAT

Image
Persoalannya, kenapa baru sekarang notis notis seperti ini ditampal sedangkan selama ini tidak kelihatan langsung notis seumpamanya di PPR Kota Damansara?

Itu pun selepas kemalangan meragut nyawa kali ke dua berlaku.

Sepatutnya notis seperti ini diberikan selepas kemalangan pertama berlaku dan bukannya selepas kemalangan kali kedua dan dari apa yang diberitahu, pengerusi persatuan penduduk pernah melaporkan keperluan untuk membaiki railing ini kepada MBPJ namun tidak mendapat sambutan.

Kenapa selepas hampir dua tahun selepas kejadian pertama berlaku, masih belum ada apa apa tindakan daripada MBPJ dan kalau ada sekalipun ianya tidak menyeluruh?

Adakah nyawa penduduk PPR tiada bernilai dimata PBT dibawah kerajaan negeri?

UMNO sumbang RM40 juta untuk 50,000 keluarga terjejas banjir - PM

Image
KUALA KRAI: Datuk Seri Najib Razak berkata Biro Kebajikan UMNO memperuntukkan RM40 juta untuk diagihkan kepada 50,000 mangsa banjir di Kelantan.

Perdana Menteri berkata menerusi peruntukan itu, 11 jenis barang keperluan diagihkan kepada mangsa banjir.

Selain itu, Najib yang melancarkan projek binaan rumah kekal di Manek Urai berkata, dua model binaan membabitkan rumah atas tanah dan rumah atas tiang setinggi 2.4 meter dengan kedua-duanya berkeluasan 61.35 meter persegi (660 kaki persegi) serta memerlukan masa pembinaan dalam tempoh maksimum 75 hari.

Rumah itu dilengkapi tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, dapur, tandas dan bilik mandi dengan kos keseluruhan RM48,000 untuk seunit rumah tidak termasuk infrastruktur tambahan.

Beliau berkata demikian berucap di hadapan lebih 5,000 orang di Majlis Penyampaian Bantuan Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru

Lihat Bahasa Mulut PasMa Ni...

Image
Bantai Presiden PAS sendiri...pelik lah.Ini semua BARUA DAP yang bersuara ni.Ingatlah sikit.

Video- Skandal Penindasan Datum Jelatek Yang Disembunyikan Azmin Ali

Image
Projek Datum Jelatek merupakan projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, Datuk Keramat bernilai RM1.2 bilion yang dijadual siap 2016.

Membabitkan empat bangunan setinggi 45 tingkat , pejabat, hotel dan pusat membeli belah projek yang didakwa penduduk dibuat tanpa memikirkan keadaan orang Melayu di sekeliling kawasan ini.

Pada 4 Oktober 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian dan didakwa kuasa membeli adalah berpihak kepada orang luar.

Bagaimana mereka memujuk penduduk PKNS menjual rumah mereka dengan 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di bekas tapak pangsapuri kos rendah tersebut telah dijanji untuk diberikan kepada bumiputra kini peruntukan tersebut tiada lagi. pada hal 23 Febuari 2013 di Taman Permata azmin mengulangi janji tersebut.

Konon yang digenbar-gembur PKR,  penduduk Melayu yang menjual unit pangsapuri mereka kepada PKNS untuk projek itu menerima keuntungan berlipat kali ga…

Saksikan Video Ini....Setiausaha Agung Pas kata ketua menteri pulau pinang CELUPAR DAN CAKAP SEPARUH BENAR

Image

MH370: Keluarga tidak akan terima pengumuman DCA tanpa bukti.....

Image
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengadakan satu sidang media petang ini berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang lebih 10 bulan yang lalu.

Panggilan sidang media itu dimaklumkan kepada media melalui satu e-mel yang dikirimkan pada pagi ini.

"Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dijadual memberikan perkembangan mengenai insiden MH370," tulis e-mel berkenaan.

E-mel itu juga memaklumkan satu taklimat teknikal berhubung misi mencari pesawat yang hilang itu akan diadakan pada petang Jumaat.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 orang rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, ahli keluarga dan waris mereka yang menaiki pesawat berkenaan meminta pihak berkuasa Malaysia untuk tidak mengisytiharkan pesawat itu sebagai hilang, tanpa sebarang bukti.

"Kami telah nyatakan sebelum ini dan kami ulangi lagi bahawa …

Video Di Seksyen 13 Shah Alam...Khalid Oh Khalid Dimananya Kau

Image
Beberapa kawasan di sekitar Seksyen 13, Shah Alam ditenggelami air ekoran hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam.

Keadaan itu mengakibatkan beberapa buah jalan mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk selain dari banyak kenderaan yang tersadai di bahu jalan.

Beberapa buah kereta juga turut dilaporkan rosak kerana ditenggelami air. Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.

Menurut penduduk tempatan, masalah banjir kilat itu kerap berlaku di kawasan Seksyen 13. Mereka juga pernah mengadu masalah itu kepada kerajaan negeri yang telah berulang kali berjanji mengatasi masalah itu. Namun, tiada sebarang penambahbaikan yang dilakukan.

Debat isu pilihan raya PBT, DAP dakwa PAS cuba 'bakar jambatan' hubungan dalam Pakatan

Image
SHAH ALAM: DAP mendakwa PAS cuba 'membakar jambatan' hubungan yang terjalin antara kedua parti berkenaan susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan rakan sejawatannya daripada DAP, Lim Guan Eng.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menyifatkan tindakan Mustafa itu seolah-olah menganggap DAP sebagai musuh politik dan bukannya rakan sekutu dalam gagasan yang sama.

"Pendekatan yang diambil Mustafa untuk mencabar setiausaha agung DAP berdebat seolah-olah ingin 'membakar jambatan' dengan DAP dan menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam PR.

"Adakah ini taktik permulaan untuk memecahkan PR dari dalam? Adakah cabaran beliau mewakili pendirian rasmi PAS?" soal Loke dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, berbanding berdebat, isu yang membelenggu kedua parti berkenaan iaitu isu pilhan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan hudud, wajar dibincangka…

PAS kena sedar kejayaan Anwar dalam Pakatan Rakyat....Jangan Angkat Bakul Sendiri Lah

Image
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyanggah dakwaan PAS bahawa ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya dihukum penjara akan lebih memperkukuhkan gabungan itu.

Menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai satu pandangan peribadinya, Shamsul yakin kewujudan Ketua Umum PKR selama ini sebenarnya membawa impak yang besar kepada PR.

"Saya yakin bahawa sekiranya Anwar berada di luar (tidak dipenjarakan), sudah tentu beliau akan memainkan peranan yang jauh lebih signifikan. Dan cara kepimpinannya sudah terbukti semenjak Pilihan Raya Umum ke-12, apabila PR ditubuhkan secara rasmi, dimana dengan kepimpinan Anwar dan dorongan kefahaman dari DAP dan PAS menyebabkan PR berjaya.

"Kita yakin Anwar tidak bersalah dalam Kes Liwat II ini atas pelbagai alasan, seperti kualiti bukti, soal cukup atau tidak bukti yang diberikan dan kaitan bukti itu dengan tertuduh. Sedangkan selama ini hujah pasukan peguam bel…

GEMPAR.....MALAYSIAKINI DIHARAMKAN BUAT LIPUTAN BERITA !!

Image
PORTA PALING RASIS DAN KUAT MEMFITNAH.!!

Tahniah kepada Pegawai KDN yang tidak membenarkan portal pro-pembangkang, SorosKini MalaysiaKini membuat liputan majlis KDN dan DS Ahmad Zahid Hamidi.

Dan di dalam isu larangan ini pun portal pro-pembangkang itu masih mahu spin. Anda baca tajuk laporan SorosKini MalaysiaKini itu. Anda juga baca laporan portal pro-pembangkang itu :
Kementerian Dalam Negeri tidak membenarkan Malaysiakini membuat liputan majlis yang berkaitan dengannya dan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pegawai menteri berkenaan tidak membenarkan wartawan Malaysiakini menghadiri satu majlisnya pagi ini, dengan mendakwa ia tidak dijemput kerana laporannya berat sebelah dan memutarbelit laporan.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu pihak kerajaan melarang Malaysiakini membuat liputan acaranya.

Pada hari Isnin, Pejabat Perdana Menteri juga tidak membenarkan Malaysiakini membuat liputan acara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Spin dan memutarbelit…

Mustafa Ali mohon maaf kepada Anwar...Kelakar Betul PAS ni Sorang

Image
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika ketua pembangkang itu tersinggung ekoran apa yang didakwa beliau sebagai “satu salah faham” susulan sidang media yang diadakannya semalam.

"Akibat silap lapor, ia menimbulkan persepsi seperti itu dan jika ia menyebabkan Anwar tersinggung, saya mohon maaf walaupun saya yakin Anwar sangat memahami saya," kata Mustafa dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan berita bertajuk "Pakatan lebih kukuh jika Anwar dipenjara, kata PAS" berdasarkan sidang media Mustafa di ibu pejabat parti.

Dalam laporan itu dinyatakan, PAS menyifatkan sekiranya Anwar gagal dalam rayuan kes Liwat II dan dihumbankan ke penjara, hubungan Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi lebih kukuh.
Mustafa berkata, semasa penubuhan Barisan Alternatif (BA) sebelum tertubuhnya PR, Anwar ketika itu berada di penjara dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ya…