Akhirnya PAS Terpaksa Berhenti Berangan Nak Ganti UMNO

Khabarnya PAS secara rasmi telah menamatkan program PAS Ganti UMNO (PGU) dan kini digantikanpas-ganti-umnodengan Himpunan Harapan Semua (Harap 3.1). Nama berbeza, fokusnya tak sama. Kenapa ditamatkan program PAS Ganti UMNO?

Dulu di awal tahun 2011 apabila program PAS Ganti UMNO dilancarkan, rata-rata pemimpin PAS cukup optimis impak dari program politik itu akan menyingkirkan UMNO dari tampuk pemerintahan di negeri Terengganu serta di peringkat Pusat.

Siang malam para pemimpin PAS asyik mengulang tayang propaganda bagi mempengaruhi pandangan umum kononnya UMNO sudah tidak relevan dan sebagai gantinya orang Melayu Islam diminta menyokong serta mengundi PAS. Besar angan-angan PAS nak ganti UMNO.

Bila kita kata PAS tak sedar diri dan tak tahu ukur baju di badan sendiri, marah bukan main lagi pemimpin dan penyokong PAS. Sakan mereka meroyan mendakwa UMNO takut dengan kebangkitan PAS. Bangkit kot celah mana tak tahulah. PAS nak lawan kehendak DAP dan PKR pun tak mampu, ada hati nak ganti UMNO.

Dalam PRU-13 ternyata majoriti orang Melayu Islam bukan sahaja di Terengganu serta seluruh negara terus kekal bersama UMNO malah orang Melayu Islam di negeri Kedah yang dulunya dikuasai PAS pun bersatu hati menolak PAS dan kembali semula ke pangkuan UMNO & BN.

Itu isyarat jelas untuk PAS menilai keupayaan mereka dan belajar tengok cermin mencari kelemahan diri sendiri. Tapi PAS belum nak sedar diri masih berkeyakinan mereka ada keupayaan untuk menggantikan UMNO dan terus memekik tunjuk jaguh konon lebih berpengaruh dan lebih hebat dari UMNO.

Bila mana berlangsungnya pula PRK DUN Kuala Besut di Terengganu sebulan selepas PRU-13, PAS tewas lagi teruk. Datang pula PRK DUN Sungai Limau di Kedah, majoriti kemenangan PAS menyusut teruk dan jumlah perolehan undinya juga menurun.

Lagilah jelas kegagalan program PAS Ganti UMNO dan betapa tidak layaknya untuk PAS menggantikan peranan yang dimainkan UMNO selama ini. Pun pemimpin dan penyokong PAS masih nak bercakap besar lagi cuba memperolokkan peningkatan pengaruh UMNO.

Apabila PRK DUN Pengkalan Kubur di Kelantan sekali lagi membuktikan UMNO dan BN kekal pilihan orang Melayu Islam dan Bumiputera, pun PAS masih nak mendabik dada konon tak tergugat sebaliknya makin galak duk sebar propaganda mendakwa UMNO dan BN pula yang akan tumbang pada PRU-14 akan datang.

Akhirnya kini bila PAS asyik dibuli DAP dan PKR dalam diam barulah PAS sedar dan mula nampak kerja nak jadi galang ganti UMNO adalah kerja sia-sia sebab dalam PR sendiri PAS tiada wibawa untuk jadi ketua sebaliknya cumalah balaci yang tiada harga diri. Macam mana nak ganti UMNO kalau dalam PR asyik kena buli?

Dek kerana malu angan-angan nak ganti UMNO tak menjadi realiti terpaksalah PAS tukar kepada program Harap 3.1 pula. Konon-konon untuk tunjuk itulah kesinambungan program PAS Ganti UMNO. Biasalah, bukan tabiat PAS untuk mengakui kelemahan diri apatah lagi mengakui kegagalan sesuatu program anjuran mereka.

Apa pun dengan tamatnya program PAS Ganti UMNO bermakna berakhirlah sudah satu lagi episod angan-angan mat jenin PAS. Di masa yang sama episod baru PasMa ganti PAS pula yang sedang rancak sekarang. Lain yang diharapkan PAS lain pula yang datang. Malang nasib si lebai malang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana