Posts

Showing posts from June, 2015

Teraju Baru PAS Otak Sempit - Khalid Samad

Image
KUALA LUMPUR 30 Jun – Kumpulan Anwarinas yang kalah teruk dalam pemilihan muktamar Pas baru-baru ini terus bertindak seperti ‘gunting dalam lipatan’ kepada parti itu apabila terbaharu menuduh sebahagian kepemimpinan baharu Pas berjiwa sempit. Atas alasan itu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad tanpa berselindung berkata, Pas perlu digantikan dengan wadah perjuangan baharu kerana dakwanya, jiwa sempit akan menghalang kejayaan parti. Tuduhan terbaharu Khalid itu merupakan sebahagian daripada siri kecaman terbuka oleh kumpulan Anwarinas terhadap kepemimpinan ulama yang kini menguasai Pas, tetapi hingga sekarang tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas mereka. “Dewasa ini sikap berjiwa sempit kembali menguasai sebahagian daripada kepemimpinan Pas. Teori-teori ‘penyusupan’ kembali dipopularkan dengan perasaan benci serta sangsi terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga kembali ditanam. “Dengan sikap berjiwa sem

Faekah Lagi Bersuara Lantang.....SIBUK PROJEK SWASTA, RAKYAT DIBIAR TIADA AIR

Image
Faekah bidas Mentei Besar, Mohamed Azmin Ali yang lebih fokus0projek swasta bernilai RM10 bilion berbanding menyelesaikan keperluan asas rakyat SHAH ALAM – Rakyat Selangor akan terus berhadapan dengan masalah air yang tidak berkesudahan apabila Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang telah diberi mandat oleh rakyat lebih memberi fokus kepada projek swasta bernilai RM10 bilion berbanding menyelesaikan keperluan asas rakyat. Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin secara sinis berkata, tindakan sekitar 600 penduduk Selangor berarak ‘bersenjatakan’ gayung dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam baru-baru ini menunjukkan kegagalan demi kegagalan Azmin untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bekalan air bersih. Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini juga merasa kesal usaha beliau untuk menjayakan penyusunan semula industri air bagi menyelesaikan segala permasalahan berkaitan air dengan kerjasama kerajaan Persekutuan terbantut. “Dat

Siapa Dia NI Tiada Istimewanya.....Peguam Mahu Dapatkan Perintah Tahanan Kediaman Untuk Anwar

Image
PETALING JAYA: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu beliau ditahan di bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan. Peguamnya R. Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang diperlukan. Bekas Ketua Pembangkang itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun. Dalam satu kenyataan pada Selasa, Sivarasa mendakwa doktor memberitahu Anwar bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lanjut berkaitan beberapa isu perubatan termasuk tekanan darah yang tidak teratur, ketumbuhan 4cm pada buah pinggang yang memerlukan imbasan CT, gastritis yang memerlukan diet bebas gluten, dan otot bahu yang koyak dan artritis kronik yang memerlukan rawatan fisioterapi intensif. Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada k

Bukan Main Lagi Khalid Belasah Saja......Teraju Baru PAS Otak Sempit - Khalid Samad

Image
KUALA LUMPUR 30 Jun – Kumpulan Anwarinas yang kalah teruk dalam pemilihan muktamar Pas baru-baru ini terus bertindak seperti ‘gunting dalam lipatan’ kepada parti itu apabila terbaharu menuduh sebahagian kepemimpinan baharu Pas berjiwa sempit. Atas alasan itu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad tanpa berselindung berkata, Pas perlu digantikan dengan wadah perjuangan baharu kerana dakwanya, jiwa sempit akan menghalang kejayaan parti. Tuduhan terbaharu Khalid itu merupakan sebahagian daripada siri kecaman terbuka oleh kumpulan Anwarinas terhadap kepemimpinan ulama yang kini menguasai Pas, tetapi hingga sekarang tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas mereka. “Dewasa ini sikap berjiwa sempit kembali menguasai sebahagian daripada kepemimpinan Pas. Teori-teori ‘penyusupan’ kembali dipopularkan dengan perasaan benci serta sangsi terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga kembali ditanam. “Dengan sikap berjiwa sem

Liberal Sangat Kah Tu...Sister In Islam Tetap Degil, "Rambut Bukan Aurat Wanita"

Image
 Sisters In Islam ataupun turut dikenali dengan SIS, sekali lagi mencetuskan sensasi dalam ‘fatwa’ Islam yang didedahkannya. Melalui ruangan Facebook beberapa hari lalu, SIS memuat naik satu status yang berpaksikan kepada ‘fakta’ bahawa rambut bukanlah aurat bagi seorang wanita dan cuba mengubah persepsi dengan soalan tentang kemungkinan ia satu budaya. Bagi mengukuhkan kenyataannya, NGO tersebut turut memuat naik dua keping gambar yang memaparkan bahan rujukan mereka iaitu sebuah kitab hasil tulisan Syeikh Muhammad Thahir Ibn Asyur. Namun demikian, ideologi songsang yang dibawa kumpulan feminisme tersebut dibidas sebuah NGO Islam terkenal menerusi kenyataan daripada Pegawai Penyelidik Majlis Ulama ISMA  (MUIS), Ustaz Muhammad Firdaus Zailani. Ujarnya, bahagian kepala termasuk rambut sememangnya diwajibkan untuk ditutup kerana ia merupakan sebahagian daripada aurat serta sudah jelas sejak sekian lama, malah banyak dalil ayat Al-Quran serta hadis yang menyentuh mengenainya.

Kerajaan Sedia Beri Kuasa Kepada Universiti...Syabas PM

Image
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia memberikan kuasa kepada universiti supaya ia dapat membuat keputusan sendiri sebagai usaha untuk memantapkan institusi pendidikan tinggi itu. Beliau berkata dengan memberikan kuasa itu sesebuah universiti boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada 'agensi pusat' sekali gus membantu melahirkan lebih banyak modal insan untuk memacu daya saing negara. "Inilah hasrat kerajaan dan pada masa sama saya juga berharap untuk terus mewujudkan hubungan baik dengan para mahasiswa," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan institut pendidikan guru di sini malam ini. Dalam ucapannya selama kira-kira 20 minit itu, perdana menteri turut mengingatkan para mahasiswa agar tidak mudah percaya terhadap berita-berita yang disiarkan di media sosial. "Harap adik-adik pelajar semua yakinlah dengan apa yang dilakukan oleh k

Najib Sedia Terima Kritikan...kritikan tu Biarlah Membina

Image
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menegaskan bahawa beliau tidak pernah segan untuk menerima kritikan jauh sekali menolak sebarang kritikan. Namun, katanya apa yang penting setiap kritikan yang dilemparkan mestilah sesuatu yang membina dan mampu memberi kebaikan. "Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil manakan kerajaan dapat membina banyak universiti ... bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk negara," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama  penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan institut pendidikan guru di sini, Isnin. Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana itu dihadiri kira-kira 1,700 orang. Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyertai hadirin menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih. Perdana Menteri berkata setiap sesuatu yan

Khalid gagal selesai masalah air sepanjang jadi MB, saya baru 9 bulan - Azmin

Image
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Azmin Ali membidas bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengesa beliau supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya. "Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi menteri besar) sembilan bulan," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya hari ini. Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR Selangor. Dalam kenyataannya hari ini, Khalid mendakwa sejak mengetuai pentadbiran kerajaan negeri itu sehingga kini, Azmin sengaja melambatkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal menggariskan pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu itu. ADUN Pelabuhan Klang itu juga mengingatkan bahawa Lembah Klang bakal berdepan dengan krisis air yang serius jika penstrukturan semula air di negeri itu tidak dilaksanakan. Sementara itu memetik laporan Malaysiakini, Azmin berkata pertemuan denga

'Dia Isteri Luar Biasa' Dikritik Drama Maksiat...Apa Pandangan Anda Pula

Image
Nampaknya drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa (DILB) betul-betul memberikan impak kepada industri drama tanah air kerana sentiasa mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia yang prihatin sangat-sangat pada drama. Jika sebelum ini drama DILB ini dikatakan sebagai tidak bermoral, nampaknya ada luahan penonton yang menyifatkan drama ini sebagai drama maksiat. Malah luahan hati daripada penonton tersebut di Facebook turut menerima sokongan ramai. Kami pecahkan surat terbuka dan juga luahan hati penonton tersebut (panjang juga) kepada tiga bahagian. Anda boleh baca dengan sabar melalui galeri gambar di bawah. Jadi, apa pandangan anda terhadap drama ini?

Chauvinisme Ultra Kiasu...Kita Sedar atau Tidak Sedar?

Image
BLOG RIDHUAN TEE - Sedar atau tidak, sejak akhir-akhirnya laman web dan akhbar ultra kiasu sengaja mensensasikan isu-isu tertentu yang ada kena-mengena dengan Islam, memburuk imej Islam, seolah-olah menampakkan negara Malaysia mengamalkan dasar ‘taliban’. Psywar dan psyop ultra kiasu adalah, apa sahaja perkara yang merugikan Islam akan disensasikan, agar orang jauh dari Islam. Strateginya, kepada  orang Islam, meliberalkan mereka. Manakala, kepada bukan Islam, menjauhkan mereka dari Islam, agar mereka tidak mudah tertarik kepada agama Islam dan seterusnya beralih kepada agama lain.  Misalnya, isu berpakaian tidak sopan (menjolok mata) ketika berurusan dengan pejabat kerajaan. Ini bukan isu baharu. Sudah lama peringatan dan  kenyataan dipaparkan. Mereka sengaja gatal dan mahu menguji kita. Mahu jadikan Malaysia lebih barat dari barat. Malangnya jabatan kerajaan terbabit, tanpa usul periksa dan takut hilang jawatan, cepat melatah, terus meminta maaf, apabila pengawal keselamatan

Jeng...Jeng...Keputusan Putus Hubungan Dengan DAP Lepas Aidilfitri

Image
KUALA LUMPUR: Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed. Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap. "Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini. "Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya, katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (Mara) di sini, Isnin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP. Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan Ulama  akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti. "Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak

Seni 'catur politik' Khalid Ibrahim kembali teruji...

Image
Melihat rekod kerjanya bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sebarangan orang. Terkenal dengan taktik 'serangan subuh' di mana beliau mengetuai operasi mengambil alih sebuah syarikat British untuk dibawa ke Malaysia. Beliau mengetui beberapa syarikat terkemuka negara sebagai CEO sebelum 'dipencenkan' dan masuk politik. Seni politik Khalid sudah tentu lebih hebat dari Menteri Besar Selangor kini, Mohamed Azmin Ali yang jawatan paling kanannya hanyalah Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana menteri. Azmin jadi MB kerana ehsan bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terperangkap dengan kelicikan Khalid memastikan Anwar mahukan isterinya tidak jadi MB Selangor. Sebab itu apabila tiba-tiba Khalid buka mulut mengenai jadi MB Selangor semula... ramai yang bercakap mengapa Khalid berkata begitu? Apakah itu sebenarnya menjawab tawaran yang dibuat kepadanya terlebih dahulu atau apa...? Tak kisah samada daripada PAS, PKR, DAP atau UMNO

1MDB: Portal Berita Mungkin Disaman - Khalid

Image
PUTRAJAYA: Polis mungkin mempertimbangkan untuk menyaman portal berita The Edge dan Sarawak Report berhubung artikel berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. "Kami akan memanggil sesiapa sahaja untuk siasatan jika terdapat keperluan," katanya selepas menghadiri perasmian pameran General Police and Special Equipment Exhibition & Conference (GPEC) Asia 2015 di sini, Isnin. Terdahulu, program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Pada minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, The Edge dan pemiliknya, Datuk Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab kerana menyiarkan laporan tidak tepat dan maklumat palsu mengenai 1MDB berdasarkan laporan yang diperolehi dari Sarawak Report. Dr Wan Junaidi berkata, tindakan menyaman pihak media tidak boleh dianggap sebagai langkah untuk mengawal ketat laporan berkaitan 1MDB. "Saya t

Perlu Berhati Hati Dan Awas! “Politik Songkok” Menular Dari Singapura Ke Malaysia…

Image
Seronok sungguh “pak lebai-pak lebai PAS” bila DAP umum mahu beri bantuan bina masjid di sebuah kampung di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini. Senario itu seolah menunjukkan “mesra” sungguh nampaknya DAP dengan Islam, bukan? Apatah lagi baru-baru ini juga, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menabur duit sebanyak RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 untuk surau di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya. Seronok dan mengembirakan betul, kan? Bukan main lagi “wayang Cina” yang DAP tayangkan pada umat Islam di bulan Ramadhan ini. Seolah mereka benar-benar “mesra” dan sangat “cintakan” Islam layaknya. Siap bersongkok, berbaju kurung bertudung selendang nampak rambut lagi, kan? Melihat “politik” DAP tersebut, saya teringat pada “politik” mendiang Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew suatu ketika dulu di mana “trick” yang sama digunakan beliau untuk “memancing” orang Melayu di pulau “Temasek” itu. Sebijik saling tak tumpah, kan? Ketika itu, parti PAS yang dimonopoli kaum

Anda Bayangkan Lah....Hormatnya!!!! Najib tidak akan serang keperibadian Tun M

Image
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menyerang keperibadian dan mengungkit sejarah silam Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menjawab dakwaan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu. Najib mengingatkan supaya setiap tuduhan oleh Dr Mahathir perlu dijawab dengan fakta bukan serangan peribadi. Ini kerana, Perdana Menteri amat menghormati dan memandang tinggi Dr Mahathir sebagai negarawan ulung. Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui laman sosial Instagramnya. Katanya, beliau berbual tentang hal ehwal semasa termasuk kritikan Dr Mahthir selepas selesai Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Perdana Menteri Bersama ulama dan pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di kediaman rasmi Perdana Menteri pada Sabtu. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu memberitahu, sikap yang ditunjukkan Najib itu membuktikan beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar. “Begitulah Najib seorang

Apasal Dr Maza Kata kena GST? Atau saja buat cerita utk adu domba?

Image
 Mufti ini memang pelik lah....dikatakan beli buah Kurma kena GST.Lihatlah gambar dibawah ini buah Kurma tidak dikena GST.Mungkin Dr Maza beli dekat High class/VIP kot...hu hu hu

Peluang Azmin Sudah Berakhir - Faekah Kritik Kerajaan Selangor Lagi

Image
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali didakwa gagal membuktikan keupayaannya mentadbir negeri berkenaan dan perlu memberi laluan kepada pihak yang lebih layak. Pegawai khas kepada bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, situasi ini menunjukkan Azmin telah mempersia-siakan peluang yang diberikan kepadanya selama ini. Katanya, kenyataan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Azmin hebat mentadbir Selangor dan negeri itu makmur di bawah pentadbirannya adalah bersifat ghairah serta mengampu kerana ia dibuat tanpa fakta atau pun hujah. "Apakah butiran fakta dan hujah yang boleh mereka kemukakan untuk membuktikan kononnya Selangor lebih maju dan makmur setelah Azmin menjadi menteri besar hanya selama sembilan bulan? Adakah pada mereka maksud 'kemakmuran' ialah bersenang lenang berbelanja wang rezab yang dikumpul pentadbiran terdahulu? "Azmin telah mempersiakan peluang yang telah diberikan untuk membuktikan keupayaa

Kenapa Nak Malukan Partinya....Dr Hatta Dakwa Pemimpin PAS Memalukan Islam

Image
Dalam satu kenyataannya, salah seorang pemimpin progresif dalam PAS, Dr. Mohd. Hatta Ramli berkata, kepimpinan parti Islam itu kini tidak lagi mewakili sebuah parti politik berteraskan Islam, lantas ia memalukan agama. Malah, menurut bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu, situasi tersebut berlaku disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin PAS sendiri. “Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah laku yang tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar. “Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam,” dakwa Dr Hatta yang dipetik daripada Malaysiakini. Kata Hatta lagi, senario tersebut telah dibawa ke dalam perbincangan namun tiada usaha lanjut untuk memperbetulkannya. “Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama,” katanya lagi menempelak. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Kha

Jangan terpedaya 'gula-gula' DAP untuk masjid dan surau

Image
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak cuba menggula-gulakan umat Islam menerusi pemberian wang ringgit kepada masjid dan surau. Presidennya, Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz berkata, tindakan DAP menabur duit untuk mengatakan mereka bukan anti Islam adalah penghinaan terhadap umat Islam. “Adakah umat Islam boleh digula-gulakan dengan wang ringgit sehingga gula-gula tersebut menutup mulut kita? “Adakah maruah umat Islam boleh dibeli dengan nilai seribu dua ribu ringgit sahaja? “Sesungguhnya tindakan biadap menaburkan wang ringgit untuk mengatakan bahawa DAP bukan anti-Islam adalah satu penghinaan terhadap umat Islam,” tulisnya di status Facebooknya. Ibrahim merujuk status Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, yang memaklumkan pejabatnya menyalurkan peruntukan RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 untuk surau bagi menganjurkan program sepanjang Ramadan.

Azmin bakal berdepan undi tak percaya...

Image
Benarkah DAP akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali? Jika tidak, adakah bermakna Mohamed Azmin kekal menerajui negeri yang ditadbir oleh pakatan tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS. Angin spekulasi usul undi tidak percaya oleh DAP semakin kencang. Perkembangan itu bertambah menarik selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk kembali menerajui Selangor selepas kira-kira 10 bulan meninggal kerusi panas itu. Difahamkan jika usul undi tidak percaya gagal dilaksanakan, keputusan kepimpinan akan diputuskan oleh Istana Selangor bagi menoktahkan kemelut dalam kerajaan PR yang terbentuk di negeri itu. Istana Selangor boleh memerintah Mohamed Azmin meletakkan jawatan (force emergency sitting) memandangkan kekuatan kerusi Dewan Undangan Negeri adalah sama rata. Kerajaan Selangor pimpinan PKR itu menyaksikan DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PKR memegang 13 kerusi.

Giant dah nazak sekarang ni sehingga terpaksa membuat propaganda kononnya ia milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Image
Giant yg beribu-pejabat diShah Alam ini masih dimilikki oleh Dairy Farm International Holdings (DFI) yg diasaskan oleh keluarga Teng sejak 1944. Perancang utama Keluarga Teng (1944–1999), Pengasas Ronald J. Floto, CEO Simon Keswick, Pengerusi Howard Mowlem, GFD Rangkaian pasaraya dan Hypermarket yg bermula dengan kedai runcit disatu kawasan dipinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944 ini kini adalah peruncit yg utama di Malaysia, Singapura Brunei Darussalam, Indonesia, dan UAE. Ia adalah anak syarikat Dairy Farm International Holdings (DFI). Kerana itu lah kita lihat ada minuman keras dijual. Kini khabarnya pasaraya ini sedang nazak kerana diboikot oleh pelanggan Islam yg ketika ini menjadikn Mydin sebagai alternatif. Mungkin kerana terdesak, mereka cuba mengelirukan pengguna Melayu dengan helah ini. Rasanya kalau 1O tahun lagi ia terus diboikot, pakat bungkusah tu .... elokah kita menggunakan kuasa pembeli dengan terus memboikot pasaraya ini ....

Tidak layak digelar pentadbiran berkebajikan sekiranya gagal tangani masalah

Image
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dianggap tidak layak menggelarkan pentadbirannya di negeri ini sebagai berkebajikan serta peduli rakyat apabila terus gagal menangani isu bekalan air bersih yang dihadapi para penduduk di Bandar Tasik Kesuma di mukim Beranang, Hulu Langat sejak sembilan hari lalu. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, masalah itu telah menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan terjejas ekoran ketiadaan bekalan air bersih terutamanya kepada umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. Malah katanya, ada di antara penduduk terpaksa bersusah-payah membelanjakan tambahan wang saku mereka sendiri untuk membeli air bersih bagi menampung kegunaan seharian untuk memasak, minuman dan sebagainya. “Menteri Besar (Mohamed Azmin), Exco jangan pandai cakap sahaja….turun padang, tengok sendiri kesusahan yang terpaksa dialami oleh penduduk di kawasan ini akibat ketiadaan air lebih-lebih lagi ketika bulan puasa ini,” katanya ketika dihubun

Hadi Awang : Biar Anjing Menyalak, PAS Tetap Pertahan Hudud

Image
KEPALA BATAS 28 Jun - Pas akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, walaupun ada sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud, Pas tidak akan berganjak malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri itu. "Dalam hal ini, Pas mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. Pas tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah...biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak...qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju. "Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak,&qu

Apa Tidaknya Tunjuk Power Kan PR Ni....Krisis Air : Khalid Ibrahim Desak Azmin Letak Jawatan

Image
KUALA LUMPUR 28 Jun - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berundur daripada jawatan tersebut kerana gagal memuktamadkan perjanjian penstrukturan air di negeri itu. Mantan Menteri Besar Selangor itu berkata, sejak Azmin mengetuai pentadbiran negeri, beliau melihat penggantinya itu lebih banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, dolak-dalih retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan. “Saya yakin ramai rakyat di Lembah Kelang secara amnya dan Selangor khususnya berasa kecewa dengan sikap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri. “Sekiranya Menteri Besar sendiri sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruh

Parti baru hanya bersifat 'sementara' - Nasrudin

Image
KEPALA BATAS: Hasrat kumpulan pemimpin progresif PAS, yang dikenali sebagai G-18, untuk menubuhkan parti baru, disifatkan sebagai 'sementara' dan tidak akan berkembang, kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan. Ahli Parlimen Temerloh itu juga berkata, fenomena tersebut akan beransur-ansur hilang tidak lama lagi. "Saya rasa (G18 dan PasMa) tak ke mana. Perancangan mereka itu tidak akan berkembang," kata Nasrudin kepada pemberita selepas ceramah yang diadakan oleh kepimpinan PAS yang baru di Pongsu seribu, Kepala Batas, semalam. G-18, yang dianggotai oleh pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti, awal Jun lalu, dilaporkan telah mengadakan beberapa siri jelajah untuk mengumpul sokongan bagi menubuhkan parti baru. Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau Mat Sabu bagaimanapun berkata, sebarang perkembangan sama ada benar-benar sah kumpulan itu mahu menubuhkan parti baru, hanya akan diumumkan selepas Aidilfitri kelak.  Mengulas lanjut, Nasrudin dalam p

INILAH PATUT KITA CONTOHI.....PENUH RASA HORMAT DAN TOLERANSI

Image
Admin pun rasa kagum dengannya...Inilah patut kita contohi sikapnya sekurang kurang rasa hormat pada orang Islam yang berpuasa.Syabas Admin ucapkan kerana memahaminya. Semoga Malaysia AMAN DAN DAMAI SELAMA LAMANYA....Aamiin.

Azmin perlu selesai isu air Selangor atau berundur sebelum terlambat - Khalid

Image
Saya yakin ramai rakyat di Lembah Kelang secara amnya dan Selangor khususnya berasa kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor dan YAB Dato' Menteri Besar yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan "ancaman" oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), pemegang saham terbesar dalam dua syarikat konsesi air di Selangor yakni Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor untuk membatalkan perjanjian jual beli dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selepas lima kali permohonan oleh Air Selangor untuk melanjutkan tempoh memenuhi syarat perjanjian tersebut. PNHB juga mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak Kerajaan Negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015. Tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti memandangkan "imuniti" yang dini

Lihatlah Kurang Ajar mamat ni....Haron Din Diselar Besarkan 'Cerita Lama'

Image
KUALA SELANGOR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din perlu berhenti menyalahkan DAP berhubung berakhirnya kerjasama Pakatan Rakyat. Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, tindakan membawa 'cerita lama' membezakan antara 'kumpulan progresif dan bukan progresif' dalam PAS. "Semuanya sudah berakhir. Sebagai ahli politik kita sudah sampai kepada tahap di mana kita telah mengambil langkah yang pasti dan kita perlu bergerak ke hadapan. "Saya tidak tahu mengapa beliau masih mahu bercakap mengenai cerita-cerita lama. Ia langsung tidak membantu," kata Teng ketika ditemui pada majlis pecah tanah sebuah kuil di Tanjung Karang pada Ahad. Beliau diminta mengulas kenyataan Haron yang menyalahkan DAP berhubung perpecahan Pakatan Rakyat. Teng, yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, menambah bahawa sudah tiada guna untuk mana-mana pihak bercakap mengenai apa yang sudah berlaku. "Seperti (pemimpin bekas Pembangkang Datuk Seri) Anwar

Prestasi PAS Menurun Tanpa Suara Progresif - Khalid Samad

Image
PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad percaya prestasi parti itu yang kini diterajui kumpulan ulama mungkin akan menurun tanpa suara progresif. "Sudah ada pelbagai isu dalam kepimpinan yang lalu. Jadi apabila kumpulan yang dikenali sebagai 'progresif' tiada lagi dalam parti, wujud kebimbangan bahawa trend itu akan menjadi lebih buruk. "Saya bukan mahu buat penilaian kerana kita perlu melihat apa yang bakal berlaku selepas seratus hari. "Tetapi kebimbangan kami ialah mengenai isu-isu di mana kurangnya persefahaman antara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," katanya. Mengulas lanjut Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengkritik dasar PAS yang disifatkan tidak inklusif. "Dalam keadaan sekarang, perkara yang tidak kelihatan berjalan baik ialah mengenai hubungan dengan DAP dan badan-badan bukan kerajaan yang lain kerana tidak seperti sebelum ini apanila lebih inklusif," katanya.

Nampaknya orang ramai memang suka mempercayai berita palsu dan khabar angin.

Image
Post ini dibuat 2 hari yang lalu oleh "Dato Tommy Ang" kini telah dikongsikan hampir 4,000 kali dan membuat orang marah kepada KWSP. KWSP juga mempunyai bahagian di mana ia menjawab pelbagai khabar angin yang menjatuhkan dan berniat jahat yang direka untuk menyebabkan orang ramai hilangan keyakinan pada KWSP. Sila rujuk di sini dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk berkongsi khabar angin berkaitan KWSP: Lihat Kat Sini Nak tau pergilah sendiri ke kaunter KWSP.. tengok mcmana prosidur pengeluaran wang simpanan kita... bukan mudah nak klentong pihak KWSP..

Wowww.....Salih bakal dikurniakan anak ke-13...APa apa Pun Tahniah Salih Yaacob Semoga Berbahagia Hendaknya

Image
Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak Salih Yaacob, 54, bakal dikurniakan anak ke-13 hasil perkongsian hidupnya dengan isteri keempat, Samihah Syeikh Amy, 28, atau Emi. Salih ketika dihubungi berkata, isterinya itu dijangka akan melahirkan anak pada bila-bila masa minggu ini. Salih yang juga penyampai radio Sinar FM memilih Emi sebagai isteri keempatnya pada 2011 dan berita perkahwinannya mendapat tumpuan masyarakat. Tiga isterinya sebelum ini iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36, juga merestui perkahwinan ini. Malah hubungan harmoni sesama mereka sering dijadikan contoh lelaki yang ingin berpoligami. Selain bakal memperoleh anak ke-13, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu.

MUHASABAHLAH..!!! HENTIKAN PERSENGKETAAN YANG MEMBAWA KECELAKAAN..!!!

Image
TIADA SEBARANG KEBANGGAAN YANG SAMA2 DIRAIH TETAPI TELAH TERTONJOL KEBANGANGAN KEDUA2 PIHAK YANG SEBANGSA DAN SEAGAMA DI DEWAN YANG TELAH SEKIAN LAMA MENJADI BUMBUNG PENYATUAN BANGSA MELAYU DEMI KEDAULATAN ISLAM..!!! BERSATULAH MELAYU..!!

FAHAMI APA SEBENAR YANG PERNAH TERJADI..!!!SEBARKAN LAH.....

Image
Spesis2 malaun mcm ni jenis yang tak pernah tahu bersyukur, cakap takbur tak sedar diri ke lumpur akan tersungkur. Nikmat yang diberi hasil pemerintahan bangsa sendiri tidak pernah dihargai malah dikeji diumpat tak kira masa tak kira tempat. Yang dipuji diangkat melangit tinggi ultra-kiasu cauvinis bangsat DAP yang keji. Puak2 spesis melayu-lesu talibarut ini selayaknya dicampak saja ke laut. Puak2 penakut yang hidup menjadi talibarut..!!!.. SEJARAH JANGAN DIUBAH SESUKA HATI.. SEJARAH DIUBAH SESUKA HATI KELAK LANGKAH TERSESAT SENDIRI, HIDUP MEREMPAT TIADA HARGA DIRI, DI BUMI SENDIRI MENJADI ABDI..!!!.. MUHASABAH DAN BERUBAH..!!! JANGAN GELABAH MENJADIKAN DIRI BEDEBAH..!!!!

Elok pasangan laki bini ni di rejam sampai mampos

Image
 Memang dasar kurang ajar punya perempuan, sanggup dera budak umur lima tahun yang juga anak kepada suaminya di Rantau Panjang Kelantan. Apa le budak 5 tahun tu tau sampai di dera hingga patah tulang? Memang dasar kurang ajar punya perempuan, sanggup dera budak umur lima tahun yang juga anak kepada suaminya di Rantau Panjang Kelantan. Apa le budak 5 tahun tu tau sampai di dera hingga patah tulang?

ADA JUGAK YANG 'SONGEH' DIKENCING PUAKA!!!

Image
Agak - agaknya sekarang ni ada tak orang yang SONGEH bila dia dah tersilap sokong kenyataan yang dibuat oleh Si Tony Puaka ni berhubung siasatan PAC dan laporan Ketua Audit mengenai isu 1MDB tu? Kalau sebelum ini, ada orang kata dia menyokong sepenuhnya kenyataan Si Tony Puaka tu yang mendakwa KONONnya siasatan PAC Parlimen berat sebelah dan laporan Ketua Audit tak boleh dipercayai. Kat situ pun dah timbul satu persoalan. Bagaimana mungkin Si Tony Puaka tu boleh mendakwa laporan Ketua Audit Negara tu tak boleh dipercayai sedangkan laporan tu pun masih belum siap? Sejak bila pulak Si Tony Puaka tu jadi Nujum Pak Belalang sampai tahap dia boleh nampak benda yang belum berlaku? Atau, adakah dia hanya sekadar membuat spekulasi berdasarkan pemikiran sempit dia sendiri? Tapi yang herannya, ada jugak dikalangan mereka yang cerdik pandai menyokong kenyataan Si Tony Puaka tu secara terbuka. Takkan sampai tahap itu diorang sanggup kena tipu dengan Si Puaka ni? Dan yang paling Tak Log

Ya Allah....Nanti ALLAH Akan Membalas Perbuatan Jahat Yang lakukannya.....Nur Zuliana disahkan alami cacat kekal

Image
KOTA BHARU 28 Jun - Masa depan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan. Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan. Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu. Beliau berkata, 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan. “Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan. “Mangsa juga didapati dalam keadaan trau

SEBARKAN.....PEMIMPIN & Manusia yg berjiwa besar itu ialah antaranya SENANTIASA BERSABAR

Image
WALAUPUN HAKIKATNYA DIA MAMPU BERTINDAK DGN KUASANYA YG ADA, NAMUN IA ISTIQOMAH MENGAMBIL JALAN HIKMAH & PENGHORMATAN... KEMULIAAN HAMBA ALLAH PULA AKAN DIANGKAT ANDAI IA MAMPU MEMELIHARA AIB SAUDARANYA SAMPAI BILA2.

Panassss!!!!! Selepas Mahu Kembali Jadi MB, Khalid Gesa Azmin Berundur

Image
PETALING JAYA: Selepas menawarkan diri untuk kembali menguasai pentadbiran kerajaan negeri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi gesaan supaya Mohamed Azmin Ali berundur sebagai menteri besar Selangor. Menurut Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, rakyat di Lembah Klang khususnya Selangor kecewa dengan sikap kerajaan negeri pimpinan Azmin kerana didakwa tidak berkewibawaan untuk menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri. "Sekiranya beliau sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam Dewan Negeri Selangor sebelum ini. "Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab