Faekah Lagi Bersuara Lantang.....SIBUK PROJEK SWASTA, RAKYAT DIBIAR TIADA AIR

Faekah bidas Mentei Besar, Mohamed Azmin Ali yang lebih fokus0projek swasta bernilai RM10 bilion berbanding menyelesaikan keperluan asas rakyat

SHAH ALAM – Rakyat Selangor akan terus berhadapan dengan masalah air yang tidak berkesudahan apabila Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang telah diberi mandat oleh rakyat lebih memberi fokus kepada projek swasta bernilai RM10 bilion berbanding menyelesaikan keperluan asas rakyat.

Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin secara sinis berkata, tindakan sekitar 600 penduduk Selangor berarak ‘bersenjatakan’ gayung dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam baru-baru ini menunjukkan kegagalan demi kegagalan Azmin untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bekalan air bersih.

Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini juga merasa kesal usaha beliau untuk menjayakan penyusunan semula industri air bagi menyelesaikan segala permasalahan berkaitan air dengan kerjasama kerajaan Persekutuan terbantut.

“Datuk Menteri Besar sekarang nampaknya terlalu fokus dengan DEIG yang baru sahaja ditubuhkan hasil pengubahsuaian Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

“Setelah berulang kali saya menegaskan tiada kompromi dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula industri Selangor demi kemaslahatan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka bakal mengalami masalah bekalan air kritikal sekiranya Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) gagal disiapkan menjelang 2017.

“Saya yakin kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 khususnya Seksyen 114 sekiranya usaha ini menemui jalan buntu,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL