Posts

Showing posts from October, 2011

PENIAGA DIKUALA LANGAT BANTAH KERAJAAN SELANGOR ROBOH KEDAI

Image
1 M tergelak dan ketawa dengan janji puak puak PR ni sebelum pilihanraya bermacam macam janji dilontarkan untuk meraih undi tetapi selepas wakil rakyat mereka menang macam macam alasan apabila ada masalah seperti gambar diatas rakyat untuk bersua dengan YB mereka yang dipilih.Aha hah ha.....Pilih lah lagi apabila terkepit barulah cari BN untuk menyelesaikan masalah. Peniaga terbabit yang turut disertai keluarga masing-masing,mereka berkumpul bagi membantah tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Telok Datok dari DAP, Philip Tan Choon Swee dan Anggota Parlimen Kuala Langat dari Parti Keadilan Rakyat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang didakwa lepas tangan dalam isu itu. 1 M berharap Rakyat Selangor membuka mata keadaan yang berlaku seperti ini tidak akan berulang di kawasan lain dan mungkin menjadi petunjuk kepada rakyat Selangor untuk memilih kerajaan sebenar.

Bekas Presiden MCA nafi Lompat Pembangkang

Image
Kerja tukang sebar khabar angin dan musuh politik cuba jolok bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat konon nak lompat masuk PKR atau DAP makin menjadi-jadi. Ini ekoran perang dingin beliau dengan Presiden MCA sekarang Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan kenyataan-kenyataanya mengkritik parti itu. Lebih menguatkan cakap-cakap itu ialah apabila bekas Menteri Pengangkutan itu tegaskan beliau tetap akan pertahankan kerusi parlimennya sekarang Pandan,di Selangor sekalipun disingkir dari MCA. Apapun Tee Keat Sabtu tegas menafikan beliau ada sebarang rancangan untuk lompat parti. Beliau juga menafikan ada mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali terserempak sekali sekala di sidang Parlimen. Beliau mengaku memang ada tawaran seumpama itu tetapi bukan sesuatu perkara yang baru. Tee Keat kata cakap-cakap itu semua kerja jahat penyebar khabar angin. “Saya tidak hairan jika ada yang sebar saya nak masuk PAS pula,”katanya secara sinis pada wartawan mengulas hal berkenaan

SAKSIKAN LIVE TERENGGANU VS N.SEMBILAN

Image
NA NA NA NA TERENGGANU KITA

Aktiviti Pelacuran Di Kelantan Terus Rancak

Image
Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz,dan baca seterusnya..... Kat Sini

PASAL AUDIT 2010 ANUAR RM 1 MELENTING BELASAH BN KERANA DIBAWAH KERAJAANNYA

Image
1 M melihat kedudukan Anuar sekarang semakin tak berpuas hati dengan BN kerana Laporan audit antara lain menegur dua negari di bawah PR,  iaitu Selangor dan Kelantan berhubung beberapa kelemahan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan pengurusan kewangan selain penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri dan kawalan peruntukan yang tidak cekap. Pelbagai kelemahan dikesan hingga menyebabkan syarikat milik penuh kerajaan negeri kurang berdaya saing di Selangor yang mana Anwar adalah penasihat ekonomi negeri Selangor.Terimalah kenyataan bahawa pentadbiran kerajaan RM 1 tak boleh mengurus dengan baik.

PENGUMUMAM SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

Image
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 Nov, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

TANGISAN LADANG RAKYAT DIHULU KELANTAN

GAMBAR PM MAJLIS RUMAH TERBUKA DEEPAVALI

Image

VIDEO TENTANG TAKSUB SESUATU GAMBAR ATAU STIKER

1 M kadang kadang melihat perkara seperti ini merasakan sesuatu perkara terlalu taksub sehingga tampal gambar tak kira dimana mana ada tampal ditangki motorsikal dekat dengan paha kaki pulak tu,dilocker atau dimana sahaja.Contohnya ada ditempat kerja 1 M pun ada jugak orang seperti ini.Nak cakap kan pada dia..kan boleh menimbulkan isu dan berbalah-balah dengan kawan kawan sendiri jugak.Siap buat frame lagi tu.Diam jer lah.Kadang kadang 1 M memikirkan seperti memuja pulak.kalau letakkan PM bolehlah sebab ia adalah seorang Pendana Menteri Malaysia atau yang dipertuan Agong kita.Entahlah....baik kita memuji kebesaran Allah dan Rasul kita.  

JOM HEBOH DULU DIKATAKAN HARAM DI KELANTAN

Image
JOM HEBOH DI KELANTAN.. WOW.. DULU KUTUK.. DUK MAKI TU DUK MAKI NI.. DUK KATA TU DUK KATA NI.. MAKSIAT LAH.. CAMPUR LELAKI PEREMPUAN.. SEKARANG?DH ADA DI KELANTAN.. APA ALASAN NIK AZIZ? ADAKAH BILA DIADAKAN DI KELANTAN JOM HEBOH YANG DIKATAKAN MAKSIAT ITU SUDAH XJD MAKSIAT?HANYA DISEBABKAN IANYA DIADAKAN DI TANAH KELANTAN?

FUYOO KERAJAAN TERENGGANU BAGI 50 % DISKAUN TICKET BOLA

Image
Kerajaan Terengganu bersetuju memberi subsidi 50 peratus daripada harga tiket RM50 yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi pertandingan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, 29 Oktober ini (Sabtu). Langkah itu bertujuan meringankan beban yang terpaksa ditanggung peminat skuad “Penyu” yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk pengangkutan dan penginapan serta makan minum bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka pada pertandingan piala berprestij itu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mengeluarkan arahan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dato’ Haji Che Mat Jusoh supaya menempah 20,000 tiket bagi menyaksikan pertandingan itu untuk dijual kepada penyokong Terengganu. “PBSNT diminta supaya mengagihkan 500 keping tiket kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dijual kepada penyokong pasukan Terengganu,” kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu, Encik Rosli

Gambar PM Bersama Dengan Bekas Polis

Image
PM Dato Seri Najib Memang seorang berjiwa rakyat dan memahami masalah rakyat.Selamat berjuang Dato Seri kerana menunjukkan prestasi yang memberansangkan kepada rakyat akan datang.Bekas bekas polis bergitu teruja dengan berita yang disampaikan oleh PM semoga teruskan perjuangan masa depan. 

BIASANYA AHLI PAS JARANG KELUAR PARTI...SEKARANG NI.

Image
Mengapa dahulu jarang kita dengar orang PAS masuk UMNO?Dahulu pemimpin mereka menjaga kepentingan parti untuk mempertahankan mempenjuangkan Islam.Dan Selepas PRU 12 banyak kerusi yang dimenanginya  merasakan parti nya diterima rakyat maka disitulah bermula cadangan bergabung dengan parti DAP. Ada segelintir pemimpin mereka terlalu mengikut kehendak DAP...sanggup buat apa saja.Demi untuk menjaga DAP,PAS sanggup gugur perkataan ISLAM  dan menjadi Negara Kebajikan...Sekarang rakyat sudah nampak Pari PAS ini. Tepuk dada tanya selera. bekas ketua Cawangan PAS yang masuk UMNO. Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini Yang ini pulak di Selangor Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

DR HASSAN ALI TERLALU SEBAK SEMASA MEMBACA DOA PENUTUP

Image
 Kenapa ada segelintir pemimpin PAS cuba menghalang daripada hadir ke HIMPUN di Shah  Alam semalam.Meskipun Pesuruhjaya PAS Selangor, Abdul Rani Osman, awal-awal lagi sudah menegaskan bahawa PAS Selangor melarang sama sekali kepada ahli-ahlinya untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran itu, ternyata ia tidak mendapat sambutan dari kalangan ahli-ahli parti tersebut 1 M terharu dan tersentuh melihat cara menyampaikan DOA yang dibacakan oleh DR HASSAN ALI.YA ALLAH SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM KHUSUS DI MALAYSIA YANG TERCINTA.

GAMBAR TPM LAWATAN DI SELANGOR

Image

KENAPA ADA PUAK PUAK NI TAK SUKA KEHADIRAN DI STADIUM SHAH ALAM

Image
Kenapa ada ada puak puak tu ada yang menolak hadir ke Stadium Shah Alam.Kenapa?1 M rasakan ini bukan anjuran parti politik tidak umno,tidak pas dan tidak pkr.Ini hanya NGO untuk memberikan kesedaran kepada orang Islam bahawa budaya Murtad dan Pepecahan umat Islam sendiri terutama di Malaysia.1 M pun hairan kenapa ahli PAS mengatakan parti PAS menjuangkan Islam dan Hudud.Tapi menolak mentah mentah?Adakah PAS mengatakan ini semua didalang oleh UMNO.1 M datang ke Stadium tadi,tak ada pun cakap hal hal politik tadi.Semuanya dibangkit hal hal tentang orang Islam kita sekarang ini sedang diambang pepecahan antara satu sama lain.Adakah itu satu muslihat UMNO....Benggong dan Mangkuk punya orang yang dikatakan bergitu rupa.Apa yang 1 M hormat pada Hassan Ali adalah seorang yang mementingkan umat Islam berbanding dari politik sempit juak juak PAS ni.Akhir sekali nak diperkatakan pada PAS akan dihukum oleh rakyat dan  kalah teruk di PRU 13 nanti.

Ketua Angkatan Muda PKR Buat Kecoh Lagi Di Masjid UIA

Image
                           Termasuk Tian Chua dan Nurul Izzah pun ada untuk berdemo di UIA Seronok dengar cara Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin warnakan bagaimana beliau ‘dikasari’ waktu ditahan sebelum menyertai perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari di perkarangan Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di Gombak selepas solat Jumaat. Untuk mencetuskan kemarahan, beliau mendakwa tidak dibenarkan sembahyang Jumaat di masjid berkenaan. “Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat,” katanya seperti dilapor Malaysiakini. Shamsul Iskandar berkata mereka enggan bertolak-ansur dan kemudiannya bertindak mengheretnya ke kereta. Menurut Shamsul Iskandar beliau kemudiannya dibawa kira-kira enam kilometer jauh di kawasan sekitar Taman Melewar dan meminta dirinya diturunkan di sebuah masjid di sana agar beliau boleh menunaikan solat

MB PERAK MAHU SAMAN DATUK NGEH KOO

Image
DAP tuduh MB Perak jual lebih 60 ribu ekar tanah pada kroni serendah RM375 seekar Ini kisah antara Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir VS Pengerusi DAP Perak itu yang didakwa memfitnahnya meluluskan tanah seluas 68,503 ekar dan menjual 60,561.75 ekar tanah pertanian atau industri dengan nilai RM375 bagi setiap 0.4 hektar. Dalam sidang akhbar Rabu lalu Dr Zambry telah meminta Ngeh supaya membuat permohonan maaf dan tarik balik dakwaan itu dalam masa 24 jam. Sebaliknya Ngeh telah buat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) dan membuat kenyataan media mengulangi dakwaan berkenaan. Bercakap kepada wartawan di Pulau Pangkok Jumaat Menteri Besar Perak itu menilai Ngeh sedar dia tersepit dan sebagai jalan keluar dia telah menggunakan taktik ini pula, Katanya beliau telah meminta sepasukan peguam untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Ngeh kerana masa yang diberikan kepada Ngeh memohon maaf telah tamat. SILA DATANG BERAMAI RAMAI UNTUK PEPADUAN UMAT ISLAM