Ketua Angkatan Muda PKR Buat Kecoh Lagi Di Masjid UIA


                           Termasuk Tian Chua dan Nurul Izzah pun ada untuk berdemo di UIA

Seronok dengar cara Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin warnakan bagaimana beliau ‘dikasari’ waktu ditahan sebelum menyertai perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari di perkarangan Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di Gombak selepas solat Jumaat.
Untuk mencetuskan kemarahan, beliau mendakwa tidak dibenarkan sembahyang Jumaat di masjid berkenaan.

“Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Shamsul Iskandar berkata mereka enggan bertolak-ansur dan kemudiannya bertindak mengheretnya ke kereta.

Menurut Shamsul Iskandar beliau kemudiannya dibawa kira-kira enam kilometer jauh di kawasan sekitar Taman Melewar dan meminta dirinya diturunkan di sebuah masjid di sana agar beliau boleh menunaikan solat Jumaat.
Beliau percaya tindakan menahannya bertujuan menghalangnya yang pernah menjadi pemimpin pelajar di UIA daripada mengetuai bantahan di universiti tersebut.

Sebenarnya pihak UIA sendiri telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan orang luar memasuki kampus berkenaan ekoran rancangan perhimpunan untuk membantah pengantungan Dr Aziz Bari.

Bagaimanapun beberapa peimpin pembangkang termasuk Shamsul berjaya menyusup masuk untuk menyertai perhimpunan yang dirancang.

Para pengawal kampus itu cuma mematuhi arahan larang orang luar yang masuk kampus itu.
Apapun isunya di sini ialah kalau kita putar balik sejarah... bukankah Hamba Allah yang sama mengetuai satu gerombolan pemuda pembangkang ‘mengempur’ sebuah masjid di Sentul Kuala Lumpur tidak lama dulu sewaktu trio Datuk T hendak lafaz sumpah mengenai isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama dulu.
Seorang orang pembaca yang menelefon wartawan Agendadaily berkata Shamsul Iskandar sepatutnya tengok mukanya di cermin lama-lama sebelum ‘mau bikin drama’ cari simpati.
Katanya peristiwa itu masih segar dalam ingatan ramai orang bagaimana kumpulan pemuda pembangkang bertindak macam kurang ajar cuba nak menyekat Datuk T lafaz sumpah di situ yang mereka bercakap benar tentang pendedahan video seks Anwar.
Walaupun isunya berlainan – kedua-dua lokasi itu adalah masjid.
“Apa haknya dulu nak sekat orang bersumpah...hari ini dia merasa dia ada hak untuk buat demo di perkarangan masjid imengenai su Dr Aziz Bari.Kena halang marah.Hari itu masa Datuk T bukankah kamu sendiri buat kecoh cuba halang.Sudahlah itu kejadian berlaku dalam ruang masjid,” katanya.
Pembaca itu dengan nada sinis berkata bagi puak-puak ini mereka terus merasa besar kepala ada hak buat apa saja tetapi tidak berani tengok pekong sendiri.
“Kenapa takut dan bacul nak selongkar habis-habisan kes video seks bos sendiri...kalau bab lain cepat nak minta siasat dan protes segala macam ,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL