Posts

Showing posts from October, 2015

Ini Cara PR.....Cerdik Azmin & DAP, Batal 1, Lulus 3, Pakat Menipu Namanya

Image
KALAU ikui guruh dan gempita sejak disebut Rafizi kelmarin, Azmin dah menghadap apa benda jawatankuasa dalam PKR untuk jelaskan kenapa 3 pembinaan lebuh raya diluluskan di Selangor, bila polisi Pakatan ialah anti kepada semua jenis tol kerana taknak rakyat terbeban, kononnya.

Tapi setakat ini tidak ada apa, penulis pun dah agak.  Selain yang nak panggil pun Rafizi (ala-ala auuww gitu), Azmin sudah jadi terlalu berkuasa dalam PKR sekarang, sampaikan nak halang dia cabar Azizah pun, Anwar terpaksa letak diri di tengah-tengah masa pemilihan hari tu.  Lepas pencalonan ditutup baru Anwar tarik diri.  Itu masa Anwar bebas, sekarang Anwar dah ke dalam, faham sajalah.

Bolehlah cakap depan press, nak panggil Azmin konon, tapi tunggulah panggil ke tidak, rasanya macam tak.

Sebetulnya, selain Azmin, ada isu lebih besar dari itu, iaitu DAP.  Jika kita kenang-kenang dalam soal KIDEX ni dulu, selain penduduk kawasan itu, DAP paling kuat membantah.  Siap arah sorang dua ADUN yang muda-muda ni untuk…

Jangan kacau kerusi kami - Ingatan PAS Selangor Kepada Politik PKR DAn DAP

Image
SHAH ALAM: Tindakan DAP yang ingin bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor milik PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN), kata PAS Selangor.

Menurut Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad, PAS akan memastikan tidak berlakunya pertandingan 3 penjuru pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

"Kita belum buat keputusan lagi sebab kita melihat bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN jadi bermakna setakat ini keputusan PAS, kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah musuh kita, kalau bertanding tiga penjuru itu akan mengakibatkan keuntungan kepada BN, sudah tentu PAS tidak akan bertanding 3 penjuru," katanya ketika ditemui pemberita pada pembentangan Belanjawan Selangor 2016, di sini.

Tegas Iskandar yang juga ADUN Cempaka, sekiranya DAP meneruskan hasrat untuk merampas kerusi milik PAS, maka PAS juga tidak berganjak untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"…

Nak Salahkan Orang Lain Lah Tu.....Azmin sahkan kerajaan Selangor lulus tiga projek lebuhraya sebelum beliau jadi MB

Image
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membayangkang projek pembinaan tiga lebuh raya baru di negeri itu diluluskan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beberapa tahun lalu.

Azmin berkata pembinaaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) diluluskan kira-kira lima tahun lalu.

Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 dan hanya  berundur daripada jawatan itu September tahun lalu.

"Tiga lebuh raya ini bukan lebuh raya baru, (tetapi) telah pun diluluskan beberapa tahun lalu. Saya akan berikan perincinan pada minggu hadapan. Unit Perancangan Ekonomi telah mengemukakan satu laporan tentang kedudukan lebuhraya yang berkenaan," kata beliau.

"Tidak ada lebuh raya yang diluluskan semenjak saya ditugaskan menjadi Menteri Besar, tetapi gambaran dalam media sosial seolah-olah tiga lebuh raya ini adalah lebuh raya baru dan diluluskan oleh pentadbiran yang baru …

ADUN PAS ikrar pertahankan kerusi... tahu strategi DAP-Amanah

Image
ADUN-ADUN PAS Selangor berikrar akan mempertahankan kerusi negeri Selangor mereka meskipun DAP yakin merampas kerusi parti Islam itu berdasarkan pengaruh mereka.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad meluahkan keyakinannya terhadap parti itu sekalipun berkemungkinan berjuang sendirian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, akan tetap mampu mempertahankan lapan kerusi yang didakwa DAP `mampu dimenangi’

“Jika ada pecah undi, pihak yang mendapat kelebihan daripadanya adalah UMNO BN. Namun, kami sudah tahu strategi mereka (DAP).

“Kami ada menerima laporan pengundi berpindah ke kawasan PAS di Selangor tetapi kami yakin bahawa kami akan mampu mempertahankan kerusi kami,” katanya.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata parti itu merancang usaha di peringkat akar umbi untuk mengambil alih lapan Selangor kerusi kerajaan negeri yang kini diduduki oleh Pas.

Lapan kerusi yang dimaksudkan adalah Seri Serdang, Dusun Tua, Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Pa…

Pulau Pinang semakin hilang pelabur...Padan Muka DAP

Image
Lapan tahun selepas diperintah kerajaan DAP... kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur semakin goyah apabila sembilan kilang besar dijangka berpindah dan mengurangkan pekerja atas pelbagai faktor.

Akhbar berbahasa Cina Nanyang Siangpau melaporkan, sebahagian daripada sembilan kilang telah diambil alih atau digabungkan dengan syarikat lain.

Motorola pula dilaporkan akan menukar kilang kepada bahagian penyelidikan selepas syarikat itu diambil alih sebelum ini.

Lain-lain syarikat yang dikatakan mungkin meninggalkan Pulau Pinang atau mengurangkan pekerja termasuk Western Digital, Blaupunkt, HGST, Amphenol TCS, EMC, UTi, Ericsson dan AMD.

Sumber memberitahu, jumlah pekerja yang terjejas berikutan proses penghijrahan, penggabungan, pengambilalihan dan tutup kilang itu mungkin melebihi 1,000 orang.

Western Digital akan meninggalkan Pulau Pinang untuk berpindah ke Kuala Lumpur sementara HGST mahu berpindah ke Johor Bahru.

Kilang Amphenol TCS di Bayan Lepas pula akan ditutup dan b…

Anda Bayangkan Lah.....Yuran Pengajian Universiti Awam Antara Terendah Di Dunia - Zaini Ujang

Image
KUALA LUMPUR: Yuran bagi pelajar Malaysia di universiti awam di negara ini ialah antara paling rendah di dunia dengan kerajaan memperuntukkan subsidi sekurang-kurangnya RM16,000 bagi setiap pelajar untuk tempoh pengajian.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang berkata, contohnya pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) membayar yuran sekitar RM2,000 setiap tahun bagi kursus ijazah kejuruteraan dan RM1,500 setahun untuk kursus ijazah perniagaan.

Memandangkan pendapatan isi rumah bulanan purata RM6,141 atau RM73,692 setahun pada 2014, ia menunjukkan bahawa isi rumah di Malaysia membelanjakanhanya tiga peratus daripada gaji tahunan mereka bagi yuran tuisyen di universiti awam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau mengulas Forum Ekonomi Dunia dan laporan akhbar tempatan yang mendakwa Malaysia ialah negara kelima paling mahal untuk akses kepada pendidikan universiti dalam konteks pendapatan isi rumah.

Menurut laporan i…

Kalau ada bukti kukuh kenapa takut debat?

Image
SUBANG JAYA – Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB),? Arul Kanda diharap dapat menerima pelawaan debat dengan hati terbuka tanpa mengenakan pelbagai syarat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Arul sepatutnya tidak perlu takut sekiranya beliau merasakan 1MDB berada dipihak yang benar.

?”Pendebatan itu perlu dibuat tanpa mengenakan syarat-syarat mengarut. Kalau 1MDB serius dan tiada masalah serta bukti yang kukuh, maka teruskan sahaja adakan pendebatan itu.

“Jadi, isu menyuruh Tony Pua meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC tidak timbul, kalau 1MDB betul-betul bersih,” katanya Sinar Online selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda Harapan di Empire Hotel, Subang Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kesediaan Arul menerima pelawaan debat daripada Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua? namun mengenakan syarat supaya Tony meletak jawatan terlebih dahulu sebagai ahli PAC.

Ton…

KEJI : Nurul Izzah Hina Guru Demi Populariti!!!

Image
Gara-gara ingin mencari publisiti murahan dengan mempersoalkan kerjaya guru, Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izah dikecam netizen ekoran kenyataannya berkaitan bebanan tugas guru..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Mynewshub, Izzah mendakwa guru hanya mengajar 2.4-2.9 jam sehari dan lebihan waktu itu digunakan untuk melakukan aktiviti lain...

Apa ingat tugas guru hanya mengajar sahaja ka nurul izzah?sebelum mengajar guru kena buat ulangkaji, mencari bahan untuk mengajar dan menjalankan tugas-tugas lain berkaitan pelajar..

Hasil daripada tinjauan kami mendapati, setiap orang guru perlu mengajar sebanyak 25 hingga 26 waktu seminggu yang mana setiap waktu diperuntukkan 40 minit..mana timbulnya 2.4 - 2.9njam sehari..

Kalau dikira matematik pun 25 waktu seminggu didarabkan 40 minit bersamaan 1000 minit seminggu..ini bermakna kalau dipuratakan setiap hari guru akan mengajar selama 200 minit atau 3.33 jam sehari..menjaga kelas, mengambil kedatangan pelajar sememangnya tugas hakiki guru sejak …

Wowww....PANAS... Arul Kanda nak berentap live dengan Tony Pua... TANPA SYARAT

Image
Bos 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy bersedia untuk menerima cabaran Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk berdebat secara terbuka tanpa syarat selepas Ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu enggan meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Saya dengan ini menarik balik syarat saya. Saya akan berjumpa Tony Pua untuk talk show secara langsung di televisyen atau debat tanpa sebarang syarat.

"Saya tidak sabar untuk menjawab soalan-soalan Tony Pua," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Sebelum itu Arul berkata beliau mengenakan syarat pada Tony untuk meletak jawatan kerana ia memberi kesan pada konflik berkepentingan.

“Syaratnya sebelum ini adalah munasabah kerana Tony yang duduk dalam PAC adalah 'hakim' kepada siasatan 1MDB.

"RTM melalui menterinya sebelum ini setuju untuk menjadi hos kepada pertemuan kami, saya tertarik dengan pelawaan itu. Saya harap boleh berjumpa Tony (secara langsung)…

Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew telah kalah dalam saman bernilai RM557 juta.

Image
Christina, seorang peguam yang juga dipercayai seorang imigran dari Indonesia, telah didapati bersalah kerana terlibat memberi nasihat, berkonspirasi dan mendalangi rakan sekongkolnya yang merupakan defendan pertama, dikenali dengan nama Siti.

Siti adalah kakitangan Christina Liew sendiri bersama-sama seorang lelaki bernama Samsuri Baharuddin yang menjadi peguam kepada 819 orang pemilik kebun kecil untuk memujuk mereka menjual tanah seluas 12,000 ekar.

Skim yang melibatkan Christina Liew itu turut membabitkan pekerja-pekerjanya sendiri sebagai pembeli untuk membeli setiap bidang tanah pekebun kecil pada harta RM45,000 untuk setiap lot yang berkeluasan 15 ekar. Dengan kata lain, berharga RM3,000 bagi setiap ekar atau 0.69 sen bagi setiap kaki persegi untuk tanah yang telah dibangunkan dan ditanam dengan kelapa sawit.

Mahkamah telah mendapati, Christina menggunakan kakitangannya untuk bertindak sebagai pembeli tanah-tanah berkenaan manakala perjanjian jual dan beli yang ditandatangani …

Lagi kebodohan Rafizi dan Pakatan terdedah.

Image
Pakatan berkata bajet alternatif untuk 2016 akan 'secara efektif menghapuskan' keperluan untuk GST.

Ini akan dapat dicapai dengan mengkadar sifar (zero rated) semua barangan dan perkhidmatan.

Apabila ditanya mengapa mereka akan mengkadar sifar tetapi bukannya menghapus cukai sepenuhnya, Rafizi berkata ia adalah supaya RM5 bilion yang kerajaan belanjakan untuk latihan dan perisian GST tidak akan sia-sia.

Sebaliknya beliau berkata, apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengubah sistem supaya kadar GST adalah sifar peratus daripada enam peratus.

Banyak cantik? Menyuruh seluruh Malaysia membuang masa dan wang melakukan kerja berkaitan GST untuk sepanjang tahun tanpa sebarang tujuan langsung.

Apa yang dimaksudkan adalah bahawa semua rakyat Malaysia perlu membuang lebih banyak masa dan wang untuk mengelakkan "membuang" masa dan wang yang dibelanjakan sebelum ini untuk TIDAK mencapai apa-apa!

Sangat pintarlah orang ini.

(atau mungkin anda semua mahu mengekalkan sistem kera…

DAP Selangor Sedia Rampas 8 Kerusi DUN Milik PAS

Image
DAP telah membuat persediaan untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang sekarang ini dimiliki PAS, kata Pengerusi DAP negeri, Tony Pua.

Menurutnya, lapan kerusi milik PAS itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

“Kita, DAP telah membuat persediaan untuk bertanding di beberapa kerusi DUN yang dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sebelum ini.

“Kerusi-kerusi ini termasuklah DUN Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat,”kata Pua kepada KiniTV hari ini.

Tambah Pua, keputusan rasmi berkenaan pertandingan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor, gabungan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

Pua yang turut dilaporkan Antarapos berkata jika pertandingan tiga penjuru di antara PAS, DAP dan BN berlaku di lapan kerusi negeri berkenaan pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkeyakinan DAP boleh muncu…

Exco PKR Malik Abul Kassim YDP Baharu MAIPP ?

Image
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim, salah seorang nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Abdul Malik merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) PKR Batu Maung, manakala Salleh Man pula merupakan ADUN tunggal PAS di Permatang Pasir.

Selain nama Abdul Malik, dua lagi nama turut diketengahkan iaitu Dato’ Abdul Halim Hussain dan Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa dedah Facebook Komunikasi Amanah Pulau Pinang.

Abdul Halim merupakan Ketua Cabang PKR Balik Pulau dan bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang merupakan penyandang Timbalan Yang Dipertua MAIPP sekarang ini.

Manakala Dr Mujahid adalah Pengerusi Parti Amanah Negara Pulau Pinang dan Naib Pengerusi Amanah pusat.


Sebelum ini, Dr Mujahid adalah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa…

Kita Tahu Siapa Tipu Sapa Sekarang Ni.....Debat: Cadangan Arul Bukti Dia Professional Bukan Main Politik

Image
DARI segi politiknya, CEO 1MDB Arul Kandasamy melakukan ‘kesilapan politik’ bila memberi syarat kepada Ahli Parlimen DAP, Tony Pua untuk berdebat dimana dia meminta Tony letak jawatan dulu sebagai ahli PAC sebelum boleh berdebat.  Silapnya tu ialah bila orang baca, Tony tak letak syarat, Arul pulak letak syarat.

Semua orang politik tahu permainan yang semacam ini.  Jadi kalau ada cara lain, pilihlah cara lain itu, jangan sesekali letak syarat.

Begitupun disinilah kelebihan Arul – dia bukan ahli politik, dia seorang professional.  Dari pandangan preofessional, tidak seharusnya seorang ahli PAC seperti Tony yang akan mengadili 1MDB, berdebat ketika prosiding sedang berjalan.

Jadi syarat yang diletakkan oleh Arul agar Tony melepaskan jawatannya dulu dalam PAC sebelum debat boleh diadakan adalah betul dalam konteks Arul sebagai seorang professional perniagaan.  Dia mana tahu dan peduli dengan game politik, bukan dia cari makan dengan politik.

Beza dengan Tony.  Hidupnya 24 jam ialah berp…

Buruknya Perangai Sorang Sorang Pemimpinan PR ni...Kerjanya FItnah.

Image
Nizar Jamaluddin mohon maaf selepas fitnah PM pada tahun 2012. Nurul Izzah Anwar juga minta maaf fitnah Raja Nong Chik pada malam sebelum PRU13. akhirnya raja nong chik kalah undi

Bulan lepas saifuddin nasution PKR juga memohon maaf fitnah bekas MB selangor khalid ibrahim hingga hilang jawatan MB

Adakah Rafizi Ramli juga akan meneruskan tradisi mohon maaf selepas fitnah seperti pemimpin pembangkang yg lain ?

DAP rasa terancam dengan populariti Adenan...DAP sudah Takuttt kekalahan

Image
Pasti ramai warga Sarawak terkejut dengan kenyataan Adun DAP Piasau Alan Ling  yang mendakwa Ketua Menteri Adenan Satem tidak berbuat apa-apa cuma slogan kosong.
Bagi Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saido, persepsi itu menggambarkan sikap pemimpin DAP Sarawak yang sering bermain dengan politik dan gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Menurutnya, inisiatif Projek Impian Sarawak adalah sekadar bermotifkan politik dan memancing undi.

“Dalam tempoh setahun lapan bulan, KM Adenan telah melaksanakan tidak kurang 45 inisiatif dan tindakan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Ia merangkumi peruntukan projek luar bandar, perang terhadap pembalakan haram, pembasmian tol, menurunkan tarif elektrik, memperkukuhkan integriti dalam perkhidmatan awam, menghentikan pemberian lesen balak, geran kepada sekolah Cina, autonomi dan pengagihan kuasa, Lebuh Raya Pan Borneo, pengiktirafan kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan banyak lagi.

“DAP Sarawak sebenarn…

Luahan hati ayah Intan Suraya

Image
Balik Pulau: Keluarga arwah Intan Suraya Mawardi yang maut dikelar di Flat Bandar Baru, Teluk Kumbar, Ahad lalu, mohon orang ramai hentikan segala spekulasi dan hormat perasaan mereka yang masih trauma.

Bapa arwah, Mawardi Abdul Hak, 36, berkata kejadian menimpa anak sulungnya cukup mengejutkan dan memilukan mereka.

Menurutnya, pihaknya berharap semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi buruk yang boleh menimbulkan fitnah dan sehingga keluarganya menjadi trauma apabila terpaksa berdepan semua tanggapan buruk."Tolong hormati perasaan kami. Kes berkenaan sudah diserahkan kepada polis dan biar undang-undang menentukannya.

"Kami pasrah dengan apa yang terjadi dan yang penting kematian Intan Suraya akan mendapat pembelaan sewajarnya," katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Yahaya di rumahnya, pagi ini.Sementara itu, Dr Hilmi berkata, keluarga arwah bakal menjalani rawatan kaunseling dalam tempoh terdekat.

Beliau berkat…

Boleh PAN nafikan ini.... ?

Image
Tak sedap disebut, tak manis didengar. Tapi itulah hakikat. PAN dibina atas premis-premis  yang sungguh negatif. Pemimpin dan ahli PAN boleh kontradik dengan hujah yang dinyatakan namun itulah persepsi umum orang ramai di luar PAN.
1. Kalau pemimpin PAN tak tewas ketika Muktamar PAS ke-61 lalu maka tak akan timbul rasa kecewa dan kecil hati. Maka ditubuh PAN kerana telah sesak nafas dihimpit kekecewaan dan kecil hati itu.

2. Kalau pemimpin PAN menang ketika Muktamar ke-61 dulu, maka ada yang sudah jadi Presiden, Timbalan dan para AJK-nya. Lalu ditubuhkan PAN kerana jawatan-jawatan yang gagal dicapai tadi. Maknanya sikap kemaruk jawatan agak tinggi sehingga tak boleh jadi pengikut kepada yang terpilih.

3.PAN juga jelas khianatnya; baiah dilanggar tanpa rasa bersalah. Dicari hujah yang mengharuskan. Tak ikhlas dalam berbaiah kepada  Allah. Semasa berbaiah dulu, apa niat dan iktikadnya. Apabila mahu melanggarnya kenapa berbeza pula niat dan iktikadnya. Boleh berdalih dengan manusia teta…

Tony Pua ubah topik…kata DAP dok intai 8 DUN PAS di Selangor untuk PRU14

Image
Ini nampak macam nak ubah topik.Setelah kantoi isu cabar CEO 1MDB Arul Kanda ajak debat,Tony Pua sudah alih topik geletek PAS pula.

Dalam sidang akhbar Jumaat ,Pengerusi DAP Selangor itu isytihar DAP sedang buat persiapan nak bertanding di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi PAS di Selangor pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Katanya DUN itu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Tony Pua dakwa DAP ada harapan untuk tawan DUN-DUN berkenaan sekalipun ada pertandingan tiga penjuru.

Katanya keputusan itu belum muktamad dan akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan nanti.

DAP Isytihar Bertanding Lawan PAS di 8 Kerusi DUN Selangor

Image
KUALA LUMPUR 30 Okt - DAP mengumumkan persiapan untuk meletakkan calon dan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang kini dipegang oleh wakil PAS.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam satu sidang media di ibu negara pada Jumaat berkata, lapan kawasan DUN yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

“Kita akan buat persediaan untuk bertanding di kawasan-kawasan ini. Sama ada kita akan bertanding di kesemua DUN itu atau beberapa daripadanya akan dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan negeri Selangor.

“Ia bergantung kepada rundingan, namun kami akan lakukan persiapan yang sewajarnya untuk bertanding di lapan kerusi tersebut yang kini dipegang oleh wakil PAS,” ujar Tony.

Sebagai langkah pertama, DAP telahpun melantik Naib Pengerusi DAP Bandar Utama Edry Faizal Eddy Yusof sebagai penyelaras bagi DUN Taman Templer, untuk menjalankan langkah-langkah persediaan bagi DAP bertandin…

Transkrip penuh Program bual bicara Bernama TV with Arul Kanda' Berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB)

Image
Transkrip penuh Program bual bicara
Bernama TV with Arul Kanda' Berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB)

dihoskan Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Ekonomi), Mikhail Raj Abdullah.

1. Apa itu 1MDB? * 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ialah sebuah syarikat 100 peratus milik kerajaan.

* Ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik dengan wawasannya untuk menjadi pemangkin dan merangsang pelaburan langsung asing, di samping membuat sesuatu yang berbeza untuk kerajaan.

* "Kita perlu faham model perniagaan dan struktur modal 1MDB. Apabila ia ditubuhkan, kerajaan memutuskan bahawa syarikat ini perlu membiayai dirinya sendiri melalui hutang -- pinjaman bank dan pasaran modal.

* "Alasan yang terdapat di sebaliknya ialah untuk mewujudkan disiplin bahawa apabila anda berhutang, anda perlu membayar faedah dan pokoknya serta tidak mengusik dana kerajaan bagi tujuan lain seperti sekolah, hospital dan sebagainya.

* "Hutang itu akan digunaka…

DAP, Guan Eng Gagal Urus Pulau Pinang, Kata PAS

Image
PULAU PINANG 29 Okt. - Pas negeri menyelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sengaja membangkitkan isu lapuk serta tidak berasas semata-mata untuk menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusof berkata, kenyataan Guan Eng semalam bahawa Pas dan UMNO kini sedang menuju ke arah Kerajaan Perpaduan merupakan putar belit politik yang tidak mempunyai kepentingan terhadap rakyat negeri ini yang dihimpit pelbagai masalah lain.

Katanya, isu berkenaan tidak wajar dibangkitkan kerana sebenarnya banyak isu lain yang membelenggu rakyat negeri ini termasuk masalah umat Islam yang gagal diselesaikan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Apa asas Guan Eng bercakap begitu? Bagi saya, dia sengaja membangkitkan isu Kerajaan Perpaduan kerana mahu tutup isu lain termasuk bantuan terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ditarik balik kerajaan negeri sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes Bendahari Pas negeri, Isz…

Justo Mahu Saman 3 Pihak Terima Data PetroSaudi

Image
BANGKOK: Warga Switzerland, Xavier Andre Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana cuba memeras bekas majikannya PetroSaudi International, akan menyaman pemilik kumpulan media The Edge dan eksekutif tertingginya serta editor Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di Singapura.

Justo mahu Toong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit The Edge Communications Sdn Bhd Ho Kay Tat serta pengasas-editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memulangkan data yang telah diserahkannya kepada mereka, menurut sumber yang berkaitan dengan kes itu.

Sumber itu memberitahu Bernama bahawa saman itu dijadual didengar di Mahkamah Tinggi di Singapura pada 4 November ini.

Saman itu akan difailkan di Singapura kerana data berkenaan, yang dicuri Justo daripada PetroSaudi, telah diserahkan kepada ketiga-tiga pihak itu di republik berkenaan.

Justo mengaku mencuri data berjumlah 90 gigabyte termasuk e-mel dan dokumen daripada PetroSaudi sebagai sebahagian daripada p…

Penumpang Panik Pesawat Boeing Terbakar

Image
FLORIDA 30 Okt - Penumpang penerbangan sebuah pesawat Boeing 767 Dynamic Airways cemas selepas enjin pesawat itu terbakar ketika dalam persediaan untuk berlepas.

Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan cedera namun, pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran lanjut.

Pesawat tersebut dalam persediaan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lauderdale, Hollywood di Florida, Amerika Syarikat menuju ke Caracas, Venezuela.

Ketika kejadian, pesawat itu sedang membawa 101 penumpang dan dijadualkan berlepas pada pukul 12.45 tengah hari waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, salah seorang penumpang yang cedera dilaporkan mengalami lecur teruk.

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital.

Manakala 24 lagi penumpang sedang diberikan rawatan selepas mengalami trauma.

Menurut saksi, penumpang menggunakan gelongsor keselamatan untuk turun dari pesawat dan menyelamatkan diri.

Pihak bomba bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dengan menyembur air dan buih untuk memadamkan kebakaran.

Kebakara…

Saya Bukan Ekstremis - Nasharudin

Image
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dikenali sebagai individu yang lantang dan konservatif semasa beliau masih lagi sebahagian daripada kepimpinan parti Islam itu beberapa tahun lalu.

Pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) amat mengejutkan dengan kebanyakan pihak mendakwa beliau bukan ikon kesederhanaan.

Mengakui persepsi ini, Nasharudin berkata tanggapan orang ramai terhadapnya adalah diluar kawalan tetapi menegaskan bahawa kesederhanaan adalah sesuatu yang sentiasa beliau perjuangkan.

Namun, beliau berkata kesederhanaan tidak bermaksud seseorang itu perlu membenarkan prinsip mereka untuk dikompromi.

"Sebagai contoh, anda membiarkan seseorang mencabar keluhuran undang-undang atau kedudukan artikel tertentu dalam Perlembagaan.

"Apabila ini berlaku, ini bermaksud anda berkompromi dengan prinsip anda. Ya, kita bersederhana dalam prinsip kita tetapi GMM perlu ada pergerakan berasaskan prinsip,&…

Saya dah cakap lama dah DAP anti-Islam, kata Nasharudin

Image
Dan Ustaz Nasha memang cakap betul.

“Pada hari ini, telah jelas terbukti bagaimana secara terbuka DAP menyerang kepimpinan PAS dan presiden. Bagi mereka bukan hanya sekadar anti-PAS, mereka juga anti-Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa seperti dilapor Sinar Harian pada 14 Jun 2015.

SATU ARTIKEL YANG WAJIB DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA - SEBARKAN!

Image
Bagus cikgu ni, dimasa lapamg dia buat benda berfaedah, cantik hasil seni pertukangan yang dia buat ni dan aku sangat suka dengan produk kayu dia. Korang tengok la, walau dia sibuk berkerja sebagai guru tetapi dia tetap ada masa untuk membuat sesuatu yang dia suka. dia tak membazir waktu dia macam kebanyakan rakyat Malaysia yang buat sekarang.

Aku nak nasihat free sama rakyat Malaysia ni. Bila ada kelapangan cari la benda nak buat. Mana tau boleh mendatangkan hasil, dari korang siang malam dok sibuk nak jadi pakar dalam FACEBOOK tu buat apa? Si Mark Zuckeberg pemilik FB dah kaya raya, tapi korang yang pakai FB jadi gila meroyan siang malam.

Bukan ke baik kalau korang buat bend ayang berfaedah sikit, dari dok complain tak cukup duit kata kerajaan zalim la semua, baik cari peluang perniagaan part time ka, tak kira la apa saja korang buat. Kerja kedua ka, meniaga apa saja janji halal dan tak menyalahi undang-undang. Buat la dan carilah duit lebih demi kesejahteraan diri dan keluarga. Co…

Kenapa Perlu Takut Berani Diluar Saja......Tony Pua...gabra ke Bro?

Image
Kalau ini dikira satu permainan bola sepak.Bola sudah tentu di kaki Tony Pua.Dia yang cabar,Arul Kanda sudah sambut.Ehh...kenapa Ahli Parlimen DAP ini masih tak berani nak tendang.
Relaks Bro..nampak macam gabra saja.Pagi-pagi Jumaat dah keluar kenyataan media tetap nak pertahan tak mau letak jawatan ahli PAC ikut syarat diberi CEO 1MDB itu jika nak debat live dengannya.

Apakah Tony Pua tidak senang tidor sepanjang malam tadi.

Bukan saja Arul Kanda sendiri,malah ramai Ahli Parlimen termasuk dari PAS yang tegas berpendapat dia kena letak jawatan ahli PAC kalau nak debat.

Ini termasuk Datuk Seri Nazri Aziz ,menteri yang ada pengalaman hampir 10 tahun jaga urusan Parlimen.

"Badan itu (PAC) sedang menyiasat, bagaimana anda nak berdebat apabila anda masih menjadi anggota? Beliau (Pua) perlu menjadi seorang yang berkecuali, letak jawatan daripada PAC dan pergi berdebat dengan Arul Kanda.” kata Nazri.

Prinsipnya nampak macam kartun Tony Pua ahli PAC keluar berdebat pada isu 1MDB liva k…