Posts

Showing posts from June, 2014

DAP 'cuci tangan'... terus belasah Khalid punca semua masalah di Selangor

Image
DAP telah mula menunjukkan taringnya di Selangor apabila berterusan membuat kritikan terbuka kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sekali tengok macam DAP lupa mereka juga sebahagian daripada kerajaan PR di Selangor sejak dua penggal lepas dan kini setelah dilanda berbagai masalah kerana ketidakcekapan, mereka mula 'cuci tangan' dan salahkan hanya seorang individu iaitu Abdul Khalid.

Tanpa mengambil kira mereka adalah sebahagian dari kerajaan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terus membidas Abdul Khalid secara terbuka berikutan gangguan bekalan air yang melanda beberapa kawasan di negeri itu baru-baru ini.

Cara Tony Pua itu menyebabkan ada bisik-bisik dikalangan wartawan, Tony  sebenarnya hendak mempercepatkan 'pertukaran Abdul Khalid' dari tumpuk kuasa di Selangor.

"Beliau cuba memberikan justifikasi kepada pengundi PR di Selangor terutamanya kaum Cina, kenapa Abdul Khalid perlu ditukar," ujar seorang wartawan veter…

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa...Mudah Mudahan Kepada Islam..Aamiin

Image
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada s…

Tak Habis Habis Dengan Masalah PKR....Manikavasagam Desak Khalid Letak Jawatan MB

Image
KUALA SELANGOR: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor yang baharu, S.Manikavasagam mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor selepas tewas pada pemilihan cabang itu, baru-baru ini.

Malahan, Manikavasagam secara terang menyuarakan pandangan bahawa Azmin Ali adalah calon Menteri Besar yang paling sesuai untuk menggantikan Khalid.

"Kalau tanya saya, sudah pasti saya akan cakap Azmin sebab dia 'bos' saya.

"Tapi keputusan pilih Menteri Besar terpulang kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya yang tentukan.

"Kita tak mahu seorang pemimpin yang menipu rakyat," katanya kepada pemberita di pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, di sini, Isnin.

Bekas Ahli Parlimen Kapar,  berkata sebelum ini Khalid pernah berjanji untuk membersihkan Sungai Klang dan pintu gerbang Little India, namun hingga sekarang masih tidak melaksanakannya.

"Saya sokong seratus peratus untuk beliau undur diri," katanya…

Siasat Kelab Bogel DiPenang, Menghina Bendera Negara...Kurang Ajar

Image
Ianya berlaku disebuah kelab malam di Penang kita tidak tahu sama ada mereka memakai pakaian separuh bogel atau bogel.

Tetapi mengikut sebuah page di facebook mengatakan mereka tidak memakai sebarang pakaian. Kenapa perlu mempergadaikan Maruah Bendera Malaysia.

Mereka seolah-olah tidak menghormati bendera Malaysia dan juga Hari Kemerdekaan~! SUMBER

Teresa Panas Telinga.....Selar Zahid Bidas Rayer

KUALA LUMPUR 30 Jun - Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad ZAhid Hamidi berkenaan insiden penemuan kepala lembu di hadapan rumah ADUN Seri Delima RSN Rayer ternyata tidak disenangi DAP.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kini timbul persoalan samaada Zahid layak untuk menjawat jawatan menteri yang bertanggungjawab ke atas undang-undang dan badan eksekutif atau dari mana-mana jawatan dalam kabinet.

"Jelas Zahid tidak tahu apa yang betul atau salah, dan sekali lagi persoalan timbul adakah beliau komited dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, keamanan dan keharmonian dalam negara ini.

"Dalam tempoh setahun lebih Zahid telah membuktikan dirinya adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak sesuai dalam sejarah negara,"

Sebelum ini, Zahid menyatakan kejadian kepala lembu tersebut adalah berikutan keceluparan Rayer sendiri dengan menyelar 'UMNO Celaka' ketika persidangan DUN Pulau Pinang.

Kenyataan Rayer turut mendapat reaksi negatif daripada pe…

67 ANGGOTA DIANUGERAH BARET 69 KOMANDO

Image
Taiping, 27 Jun - Seramai 67 orang anggota iaitu 33 anggota dari Sesi 1/2011 dan 34 anggota dari Sesi 1/2014 telah dianugerahkan Beret 69 Komando dalam majlis yang diadakan di Markas Latihan Luar Ladang Allagar, Sungai Nyior, Trong.

Dalam majlis yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IGP Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar ini, CP Datuk Wira Mortadza Nazarene, Pengarah JSJK Bukit Aman dan SAC Dato Ramli Din, Setiausaha Polis Malaysia turut menerima Sayap kehormat dari Ketua Polis Negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah CP Datuk Seri Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ketua Polis Perak, SDCP Dato Acryl Sani Hj Abdullah Sani dan SAC Dato Azizan Abd. Aziz, Komander 69 Komando.

Cedera Ditembak Lelaki Tidak Dikenali

Image
KUALA LUMPUR 30 Jun - Dua orang warga tempatan termasuk seorang wanita daripada sekumpulan lapan sahabat, cedera ditembak suspek tidak dikenali di Puchong Gateway, berhampiran KM30.6 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi semalam.

Dalam kejadian 5.10 pagi itu, enam lelaki dan dua wanita itu yang menaiki tiga buah kereta, sebelum itu dipercayai berada di sebuah rumah rakan mereka di Kampung Baru, Batu 14, Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kesemua mereka yang ketika itu dalam perjalanan pulang, telah didatangi sebuah motosikal Honda EX5 hitam yang ditunggangi dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Tiba-tiba pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakan sebelum melarikan diri.

"Pengadu (mangsa) lelaki mengalami kecederaan di paha kanannya manakala mangsa wanita pula cedera pada tangan kanan dan kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan," katanya dalam kenyata…

Pekerja restoran melampau....Gambar dipercayai suspek dengan tangan bergari mula disebarkan di Facebook.

Image
SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun.

“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya.

Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.

Berang dengan kea…

PERTEMUAN RAHSIA NAJIB - HADI TERDEDAH...DAP MAKIN MERAGUI PAS?

Image
YAB PM Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah menziarah Presiden Pas, DS Hadi Awang di IJN sebentar tadi.

Mohd Najib meluangkan masa kira-kira 40 minit melihat perkembangan terkini kesihatan Presiden PAS.

Hari pertama Ramadhan yg cukup bermakna buat umat islam tanah air.

Masjid Abidin Agih 2,000 Bekas Bubur Lambuk

Image
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk perasa makanan laut disediakan kepada orang ramai oleh Masjid Abidin di sini yang menjadi tarikan tahunan setiap kali sambutan Ramadan sejak tahun 2009.

Imam Besar Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz berkata Masjid Abidin akan menyediakan bubur itu secara percuma setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini untuk diagih kepada orang ramai bermula 3.30 petang.

“Hari ini dan seterusnya, kami masak sembilan periuk yang boleh dihidangkan purata 2,000 bekas setiap hari dan sebanyak 50 petugas Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK) dan kariah Masjid akan membantu memasak bubur lambuk seawal 8 pagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Harlina Zakaria mengagihkan juadah Bubur Lambuk Rakyat kepada orang ramai di luar masjid.

Aizi Saidi berkata penyediaan juadah, dengan ramuan ikan, udang dan sotong, tersebut diketuai oleh seorang tukang masak dikenali sebagai Pak Awang…

Adakah Mesut Ozil kini jauh tersimpang?

Image
KEDATANGAN Ramadan berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Piala Dunia.

Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.

Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.

Selain Benzema dan Ozil, antara pemain beragama Islam dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.

Bagaimanapun Ozil mengakui tidak akan berpuasa selain kini sudah bertatu di lengannya.Untuk beraksi bagi pasukannya beliau mengaku perlu mengambil diet yg diaarankan oleh jurulatih kecergasannya.

Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.

Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan at…

KEBENARAN telah terbukti bahawa BLACKOUT 505 adalah CIPTAAN PAKATAN RAKYAT

Image
Realiti sebenar di sebalik HIMPUNAN BLACKOUT 505 Pakatan Rakyat.
Seluruh negara dihasut untuk berdemostrasi membantah keputusan PRU13.
Namun kini, dengan izin Allah Yang Maha Adil maka KEBENARAN telah terbukti bahawa BLACKOUT 505 adalah CIPTAAN PAKATAN RAKYAT

ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK (KISAH BENAR)

Image
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.


Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika it…

Pas sorok isu Lotfi demi nama baik

Image
SHAH ALAM, 30 Jun – “Ianya isu dalaman yang boleh jejaskan nama baik parti, itulah sebabnya kami tak dedahkan perkara tersebut,” tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penyertaaan seorang bekas pemimpin Dewan Ulama Pas, Lotfi Ariffin yang menyertai perjuangan di Syria namun dirahsiakan daripada masyarakat sebelumnya dan hanya didedahkan media baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan ke atas bekas ahli Pas tersebut telah pun diambil dan pihaknya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. “Pihak kami tidak mahu sebarkan perkara ini kepada media, ianya boleh memberi kesan kepada parti,” katanya. Mengulas semula insiden tersebut, beliau mengesahkan laporan hanya diterima oleh pihak Pas Pusat semasa dalam mesyuarat bulan Mei tahun ini dan hanya setelah Lotfi ke Syria. “Penglibatan beliau dalam jihad di Syria diketahui sejak April dan kami dapat laporan mengenai perkara tersebut dari ahli kami sendiri da…

Dap Dakwa Hj Hadi Khianat Apabila Terima Najib.

Image
Presiden Umno melawat Presiden Pas.Sebelum ini Presiden Umno membantu Presiden Pas yang jatuh sakit di Turki.
Presiden Umno memerangkap Perdana Menteri Malaysia telah mengarahkan agar pihak kedutaan membantu sepenuhnya Presiden Pas malah kesemua bil perubatan yang mencecah ratusan ribu ringgit di tangungung oleh Kerajaan BN.
Ini semua menyakitkan hati Dap dan Anwarinas..Kerana bagi mereka Pas dan presidennya tidak patut dilayan sebegitu rupa memandangkan standartnya pada pendapat mereka hanya kelas tungangan semata mata.
Pisau kata ” moga Hj Hadi cepat sembuh”

HIMPUNAN LGBT "PINK DOT" SINGAPURA DITERUSKAN KETIKA ORANG ISLAM MENYAMBUT PUASA

Image
SINGAPURA: Ribuan berkumpul di ibu kota Singapura petang tadi bagi menghadiri perarakan menuntut hak asasi bagi golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual, LGBT yang kini menjadi acara tahunan di republik itu.

Perhimpunan yang dinamakan “Pink Dot” tetap diadakan meskipun mendapat tentangan keras dari beberapa kumpulan konservatif agama.

Kumpulan LGBT terbabit membanjiri kawasan tumpuan di sebuah padang dengan memilih warna merah jambu bagi mencerminkan pergerakan kumpulan itu.

Turut diadakan sudut ceramah untuk mereka menyuarakan hak dan tuntutan mereka.

Penganjur berkata mereka menjangkakan lebih 20 ribu hadir di perhimpunan tahun ini.

Jurucakap kumpulan itu Paerin Choa berkata perhimpunan itu bukan bertujuan untuk membantah dan menuntut hak mereka semata-mata tetapi mengharapkan kumpulan itu dapat diterima masyarakat di republik itu.

 Perhimpunan itu semakin besar skala penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 2009, dimana pada asalnya hanya dihadiri lebih 2,500 pengikut…

MEXICO KEMPUNAN KE PUSINGAN SUKU AKHIR!!!

Image
Perlawanan ketiga bagi pusingan kalah mati menyaksikan pertembungan diantara Mexico bertemu Netherland (Belanda) yang bermula jam 12 malam tadi, waktu Malaysia.

Kedua - dua pasukan memulakan saingan sengit dengan beberapa peluang dilihat menyebelahi Mexico. Namun pada separuh masa pertama, dua - duanya seri 0-0.

Awal babak kedua bermula, pemain Mexico, Giovano Dos Santos berjaya membocori gawang gol Belanda pada minit ke 48 menewaskan Jasper Cillessen.
Belanda pada awalnya buntu dengan sebarang jaringan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 88 hasil jaringan Wesley Sneijder.

Pada minit ke 90, waktu masa tambahan Belanda dianugerahkan dengan sepakan penalti selepas pemain Mexico mengasari Arjen Robben dalam kotak penalti.

Hasil jaringan penalti dari Klaas Jan Huntelar yang menggantikan Robin Van Persie menggegarkan gawang gol Mexico dan membawa kemenangan kepada pasukan The Orange.

Air Selangor: Zuraida Tuduh Khalid Abai Rakyat

Image
PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dituduh tidak mengendahkan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat di Selangor.

“Beliau sudah nyatakan jaminan tapi gangguan bekalan air masih berlaku dengan kerap terutamanya di kawasan Ampang dan Gombak,” kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Ahad.

Menurut Zuraida yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), penduduk Ampang berhadapan dengan pelbagai isu bekalan air bersih yang tidak berkesudahan sejak tahun lalu.

Katanya gangguan bekalan air menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai.

“Isu ini timbul apabila masalah air tidak diuruskan dengan baik. Kami sudah penat untuk dengar penjelasan tentang apa yang sudah dibuat bagi menyelesaikan masalah ini.

“Beliau perlu nyatakan dengan jelas langkah yang telah dan akan dibuat untuk menanganinya,” katanya.

Tambah Zuraida, jaminan yang diberikan kerajaan negeri berhubung masalah air dilihat umpama janji kosong kerana kerajaan Pakatan Rakyat Sela…

Pekerja restoran melampau....

Image
SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun.

“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya.

Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.

Berang dengan keadaan it…

Gadis Melayu silap pilih jantan lampias nafsu sebelum puasa.

Image
Melaka – Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sanggup terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Melaka Raya, Banda Hilir, di sini meninggalkan kekasihnya bagi mengelak dicekup penguatkuasa dalam Operasi Bersepadu, awal pagi tadi.

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan sembilan jam kemudian selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat tinjauan semula di hotel sama pagi tadi.

Lelaki berasal dari Johor dan kekasihnya berusia 18 tahun berasal dari Selangor itu, datang ke negeri ini semata-mata melempiaskan nafsu sehari sebelum Ramadhan.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit sanggup bergadai nyawa terjun dari tingkat empat ke tingkat dua bangunan hotel sebelum menghilangkan diri.

Bilik yang dikunci menggunakan selak itu, hanya dibuka remaja perempuan berkenaan selepas lebih setengah jam pihak penguatkuasa mengarah berbuat demikian dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut

MALAYSIAN INSIDER MENYERANG @Zahid_Hamidi ISU KEPALA LEMBU RUMAH RAYER !!

Image
Selepas Malaysiakini memfitnah PM , kini giliran  portal pro pembangkang Malaysian Insider menyerang Menteri Dalam Negeri DS Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kepala lembu diletakkan di rumah Adun DAP RSN Rayer semalam .





KES KURUNG OKU NI, WARDINA TAK NAK KOMEN?

Image
Kalau hari tu, masa kes berkaitan dengan adik Muhammad Firdaus Dullah dibangkitkan, Si Wardina tu sibuk buat dakwaan kononnya Kerajaan Pusat abaikan OKU.

Dia kata Kerajaan ni tak de menyediakan bantuan khusus untu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga serta ibu bapa OKU tersebut.

Malah, Si Wardina tu jugak siap buat perbandingan pulak diantara pihak Kerajaan Malaysia dengan apa yang dilakukan di Australia. Bagi dia, Australia lagi bagi.

Nah!!! Sekarang, dia tak nak pulak pertikaikan mengenai isu remaja OKU yang dijumpai dalam bilik kurungan ni. Kenapa dalam isu itu dia hanya mendiamkan diri pulak?

Sepatutnya, Si Wardina tu buat la kenyataan dan balun tindakan Rejim PAS Kelantan kerana mengabaikan golongan OKU ni secara terang - terangan.

Sewajarnya, dia buat dakwaa terhadap Rejim PAS Kelantan tu dan mengecam sikap endah tak endah diorang terhadap nasib malang yang menimpa remaja tersebut.

Sewajibnya, Si Wardina tu perlu pertikaikan Negeri yang dikenali sebagai Nege…

Ahli saman PKR dakwa tipu pemilihan parti...Perghhh Sampai Begitu Sekali

Image
Seorang ahli PKR memfailkan saman terhadap parti sendiri setelah mendakwa proses pemilihan parti itu di cabang Ampang pada 11 Mei lalu tidak telus selain wujudnya unsur-unsur penipuan.

Tuntutan saman itu dikemukakan oleh Nasharudin Md. Isa, 51, melalui firma guaman, Tetuan Partick Dass & Co. di Mahkamah Tinggi di Ampang kira-kira pukul 3 petang ini dengan menamakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul sebagai defendan pertama.

Nasharudin turut menamakan JPP PKR sebagai defendan kedua manakala calon Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin yang telah diisytiharkan memenangi jawatan tersebut oleh jawatankuasa berkenaan pada 11 Jun lalu sebagai defendan ketiga.

Dalam writ saman itu, Nasharudin mendakwa proses pemilihan PKR Cabang Ampang yang berlangsung di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang pada 11 Mei lalu adalah cacat, tidak teratur serta wujudnya pelbagai kepincangan.

Berdasarkan dakwaan tersebut, Nasharuddin menyatakan pemilihan PKR Cabang Am…

Anwar masih main 'dalam semak' isu jawatan Menteri Besar Selangor

Image
Semua orang sedang memerhatikan gerak geri dan tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim di celah isu Tan Sri Khalid Ibrahim berdepan tekanan untuk melepas jawatan Menteri Besar.

Tidak lama dulu beliau sendiri dikatakan mengintai jawatan itu.Namun agenda itu sangkut bila beliau tidak jadi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.

Ini kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.Sebaliknya isterinya beliau,Datuk Seri Dr Wan Azizah jadi penganti bertanding di situ.

Sabtu,Anwar mengeluarkan satu kenyataan dua perenggan yang 'samar-samar' mengenai isu yang hangat itu.

Ini ibarfat masih bermain dalam semak.

Beliau tidak secara jelas kata mahu Khalid berundur atau tidak.

Sebaliknya Rabu lalu,Ketua Angkatan Muda Keadilan,Shamsul Iskandar Md Akin keluarkan kenyataan kata Pakatan Rakyat sudah sepakat mahu tukar Menteri Besar.

Tak mungkin Shamsul berani buat kenyataan seumpama itu jika satu pendirian bersama…

Bapa tak restu perkahwinan kelar pengantin

Lahore: Sepasang suami isteri muda ditemui dalam keadaan diikat dan terdapat kesan kelar di leher akibat daripada perkahwinan atas dasar cinta, lapor polis tempatan, semalam.

Gadis berusia, 17 dan suaminya 31 tahun dikatakan melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun lalu tanpa persetujuan keluarga mereka di kampung Satrah, Punjabi, timur Pakistan.

 Jurucakap polis tempatan, Rana Zashid berkata, ibu dan bapa gadis itu memujuk rumah pasangan terbabit supaya balik dan memperdaya mereka dengan janji bahawa perkahwinan mereka akan mendapat restu.

"Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit. Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mereka malu dengan tindakan anak gadis mereka, Muafia Hussein yang mengahwini lelaki dari keluarga tidak ternama,” Rana Zashid, Jurucakap polis tempatan

“Malangnya sebaik pasangan itu tiba di rumah, mereka mengikat pasangan itu dengan tali. Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit.

“Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mer…

Gambar-Gambar Bermakna 1 Ramadhan - DS NajibRazak Melawat DS Haji Hadi Awang Di IJN

Image
Tiada gambar lain yang lebih istemewa hari ini melainkan gambar-gambar Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara tengahari tadi. Alhamdulillah, kesihatan beliau bertambah baik. Marilah kita doakan agar Dato' Seri Hadi segera sembuh agar dapat beliau menyambut Ramadan bersama keluarga. Buat Perdana Menteri apa jua kutukan yang anda terima, anda sebenarnya mempunyai hati yang cukup besar dan murni.

Semoga semangat yang ditunjuk oleh kedua-dua pemimpin hebat ini menjadi peringatan kepada kita bahawa disebalik politik, hubungan antara Rakyat mestilah sentiasa mesra. Jangan sampai perbezaan politik menyebabkan kita hilang segala kasih sayang, kebertanggungjawaban dan ketamadunan sesama kita.

Kemelut Kesatuan Akan Cepatkan Kejatuhan MAS....Persatuan Ingin Berdemo Saja

Image
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan syarikat penerbangan itu.

Ong berkata MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.

"Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting. Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini," kata Ong dalam satu temu bual.

Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarkn mogok di …

Video Orang Ramai Belasah Peragut Tersebar Di Media Sosial

Image
PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial.

Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita,

"Berapa umur kau? Berapa lama kau dah buat kerja ini (meragut)?," demikian suara-suara yang dapat didengar dalam video itu.

Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.

Lelaki muda itu diheret ke arah seorang wanita yang dikatakan sebagai mangsa, di mana orang ramai terus memukulnya dan kemudian mengikat tangannya di belakang.

"Tengok apa yang telah kau buat," kata salah seorang lelaki, disusuli tendangan di kepala lelaki yang dikatakan sebagai penjenayah itu.

Kesan darah dilihat di kepala dan muka lelaki muda itu yang me…

King Jason Pandai Pandai Buat Fitnah Pada Pengikutnya....

Image
Dulu kantoi kononnya lebuhraya Thailand takde tol!

Lumrah King Jason menyembunyikan FAKTA SEBENAR bagi mengelirukan rakyat. Kita semua tau followers King Jason akalnya suku tiang. Tanpa usul periksa terus percaya. Jadi disini mudah sungguh King Jason mengencing!

TERKINI King Jason memfitnah hadiah bagi Juara Tilawah Al Quran yang kononnya ciput berbanding hadiah acara hiburan. Mengencing tak abis2!
FAKTA SEBENAR Juara Tilawah menerima Wang Tunai RM40 TERMASUK JONGKONG EMAS bernilai RM70 ribu langsung tak disebut!

ULANG SUARA!!
JUARA Tilawah Al Quran menerima wang tunai rm40 ribu TERMASUK JONGKONG EMAS BERNILAI RM70 RIBU!!

Sudah sudah lah...King Jason tu...

Berita Felixia peluk Islam buat 61% pembaca J-Star marah, kecewa dan sebal

Image
Admin berhàrap Felixia perlu banyak bersabar.

Cerita paling menarik minat orangramai menjelang bulan Ramadan ini ialah tentang pragawati seksi Felixia Yeap dikurniakan hidayah untuk masuk Islam dalam beberapa hari lagi.

The J-Star melapor “Malaysia’s first ever Playboy bunny Felixia Yeap (pic) will be ‘reborn’ this Thursday when she embraces Islam”.

“Roborn” atau “born again” ialah istilah yang amat digemari para evangelista. Sememangnya Kumpulan Media EvangeliSTAR yang berpengkalan di Damansara Utama – kawasan DUN Yang Berhormat DAP Yeo Bee Yin beserta DUMC – adalah berkiblatkan Jerusubang.

 Seramai 30 peratus pembaca The J-Star menyambut berita Felixia ini dengan perasaan marah (“Angry”) manakala 10 peratus lagi sedih (“Sad”) — lihat screenshot maklum balas mereka di bawah.

Sebanyak 30 peratus (21% “Annoyed”, 9% “Amused”) pembaca The J-Star menerima khabar tersebut dengan perasaan sama ada jengkel atau geli hati.

Hanya 25 peratus pembaca The J-Star menerima baik (“Happy”) pengumuma…

MB Selangor Tidak Bimbang Gesaan Letak Jawatan

Image
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedang menghadapi beban tekanan daripada rakan-rakan di Pakatan Rakyat yang mahu beliau berundur, tetapi itu tidak membimbangkannya.

Selepas kekalahan memalukan dalam pemilihan PKR, Khalid dilihat terperangkap dengan pelbagai isu perbalahan lain, termasuk isu rampasan Bible yang tidak dapat diselesaikan dan masalah air yang kembali dihadapi di negeri ini.

Khalid telah bertindak balas dengan membidas pengkritik-pengkritiknya, pemimpin-pemimpin termasuk DAP dan PKR yang telah menuntut beliau meletakkan jawatan.

Beliau menegaskan, jika sekali pun beliau kalah dalam pemilihan PKR bagi jawatan timbalan presiden, ia tidak bermakna beliau harus meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

"Tidak pernah ada fasal mengatakan jika anda gagal dalam pilihan raya parti, anda perlu meletakkan jawatan sebagai seorang Menteri Besar.

"Sebagai contoh, jika anda kalah sebagai ahli Parlimen, maka anda tidak boleh menjadi menteri. Itu ok. T…

Gambar PM Najib Melawat Hadi Awang Di IJN

Image
Perdana Menteri Kita memang seorang prihatin biarlah puak puak pr selama ini mengutuk dan menghina PM dan Isterinya masih tetap menjaga hubungan sesama Islam.


TERKINI ! MENTERI BESAR BARU DI SELANGOR ?

Image
Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor menerusi ‘Langkah Kajang’ dijangka gagal apabila jawatan tersebut dikatakan akan dituntut oleh Pas.

 Menurut sumber dalaman kerajaan nege­ri, keadaan itu mungkin berlaku apabila Pas di negeri ini dikatakan mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan Menteri Besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN.

Malah, sumber terbabit turut difahamkan Abdul Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Pas.

"PKR difahamkan mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) yang juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kajang sebagai Menteri Besar. Namun, hasrat PKR itu mungkin sukar untuk diterima oleh Pas.

"Malah, ada desas-desus kuat bahawa …

Isteri Di Pukul Kerana Pakai Jubah Sendat & Melekat

Image
Pertelingkahan Sepasang suami isteri sama ada jubbah dipakai wanita itu menepati syariat Islam atau tidak akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka juga di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera.

Kejadian beraku di rumah pasangan itu di Setapak di sini kira-kira jam 8.30 malam kelmarin,ketika kedua-duanya bersiap untuk makan malam.

Menurut sumber sebelum kejadia si suami mengajak isterinya makan diluar ,namun apabila si wanita itu mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.

‘Lelaki itu berpendapat jubbah yang dipakai isterinya ketat dengan kain melekat pada tubuh.Jadi ia tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam

.
‘’Bagaimanapun si isteri enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya basa sahaja dan sudah menutup aurat,katanya ketika dhubungi semalam.

Sumber itu berkata bermula hanya dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya beberapa …

Tikam diri hingga usus terburai

Image
IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak menikam perut sendiri menggunakan gunting dan mengeluarkan ususnya di tapak pasar malam Hutan Melintang dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 1 petang itu, lelaki itu, Shurkey, 42, dilihat meracau seorang diri sebelum bertindak mencucuk perutnya berulang kali.

Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menasihati mangsa namun lelaki berkenaan dilihat semakin agresif.

“Orang ramai terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi menenangkan mangsa.

“Bagaimanapun, ketika polis cuba memujuknya, mangsa menjadi semakin ganas dan polis terpaksa memegangnya bagi mengelakkan dia terus mencederakan dirinya.

“Mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zaki berkata, siasatan awal mendapati, mang…

Nelayan Kemaman/ Paka bakal cipta rekod dunia & disiar 'Discovery Channel'

Image
Perarakan bot terbesar di dunia yang akan berlangsung sempena bulan kemerdekaan negara pada 13 Sept ini, akan mendapat liputan dan disiarkan di rangkaian televisyen luar negara seperti Discovery Channel.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perarakan melalui jalan laut melibatkan 7,000 peserta dan lebih 1,000 bot nelayan itu bermula di Kuala Paka ke Kuala Kemaman sejauh 70 kilometer.“Ini merupakan satu perarakan bot yang terbesar dan terbanyak melibatkan lebih 1,000 buah yang akan tercatat di dalam Guinness Book Of World Records sebagai perarakan bot terbesar.

“Saya difahamkan sebelum ini pada tahun 2012 sebanyak 670 bot telah mengadakan perarakan di sungai Thames, London sempena ulang tahun pemerintahan Queen Elezabeth ke-60,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran tapak pelepasan peserta perarakan bot terbesar di dunia di Pekan Paka, di sini, hari ini.

Turut hadir di majlis itu Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan d…

Kalah Ketua Cabang: Letak Jawatan? Tidak! – Khalid

Image
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan walaupun jika beliau kalah dalam pemilihan jawatan timbalan presiden PKR.
Ini ekoran kekalahannya sebagai ketua cabang PKR Kuala Selangor, tetapi beliau sedang mencabar keputusan tersebut.

Katanya, tidak ada klausa yang mengatakan jika gagal dalam pemilihan parti, "anda perlu meletakkan jawatan sebagai menteri Besar".
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini, Khalid berkata, tidak kira apa jua keputusannya, beliau masih ADUN Pelabuhan Klang yang merupakan satu-satunya prasyarat pelantikannya sebagai menteri besar.
Khalid berkata sebarang pertimbangan mengenai kedudukannya sebagai menteri besar akan berdasarkan kepada kemampuannya untuk mentadbir negeri itu.
Ditanya jika sama ada keputusan pemilihan PKR baru-baru ini menunjukkan kerjaya politiknya akan berakhir, Khalid berkata "Tak apa".

"Kerjaya atau tida…

MPKj roboh gerai tapak Ramadan 100 peniaga...Mana Wan Azizih Ni?

Image
KAJANG: Hasrat lebih 100 peniaga untuk menambah pendapatan pada bulan Ramadan tidak kesampaian selepas gerai dibina di tapak bazar Ramadan persendirian di Taman Kajang Raya dirobohkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Tindakan itu diambil kerana tapak itu tidak mendapat kebenaran MPKj dan kerajaan negeri untuk dijadikan pusat penjaja.

Dalam operasi oleh MPKj pada Jumaat, pihak berkuasa tempatan merobohkan 64 unit khemah penjaja.

Turut dirobohkan ialah bangunan surau dan tandas di tapak bazar berkenaan.Pemilik tanah tapak berkenaan, Sam Ong meminta pihak berkuasa tempatan memberikan kebenaran kepada peniaga yang sudah melabur modal untuk berniaga di tapak itu.

Kejadian itu menyebabkan peniaga terlibat tertekan kerana semua modal bagi memulakan perniagaan itu diperoleh menerusi skim mikro 1 Bazar Ramadan yang diumumkan perdana menteri baru-baru sudah dibelanjakan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Penguasa Kiosk Melayu Hulu Langat, Mohammad Hanapiah berkata, antara alasan MPKj merobo…

PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD...

Image
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Me…

Khalid tiada kuasa penuhi jaminan bekalan air tidak terganggu lagi...Pulak Doh

Image
PELABUHAN KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku gagal mengotakan janji tidak akan berlaku gangguan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang kerana “tidak berkuasa” menyelesaikan isu itu.

"Boleh jika nak salahkan kerajaan negeri. Tapi mereka kena tahu ada atau tidak kuasa kerajaan negeri untuk selesaikan?

"Kerajaan negeri tidak ada kuasa penuh terhadap SYABAS. Orang yang nak buat kenyataan kena faham bahawa kerajaan negeri mencuba,” katanya.

Khalid merujuk pada proses kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi melaksanakan rancangan penstrukturan semula perusahaan bekalan air di Selangor yang belum selesai.

Beliau menjawab kritikan Penasihat Air Selangor, Tony Pua, yang menyelarnya kerana gagal memenuhi jaminannya sebelum ini bahawa tiada masalah air akan berlaku lagi dalam tempoh 5 hingga 6 bulan akan datang.

"Persoalannya kenapa kerajaan negeri memberikan jaminan tetapi kini berkata 'tidak boleh mengawal Syabas…

Kedudukan MB Selangor keputusan bersama dalam Pakatan - Anwar

Image
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pakatan pembangkang bahawa kedudukan Menteri Besar Selangor bukan hak mutlak individu, tetapi ia adalah bersandarkan keputusan bersama gagasan berkenaan.

"Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

"Saya dengan tegasnya menyatakan bahawa semua Ahli Dewan dan pemimpin-pemimpin parti mesti menghormati peraturan mengenai isu ini.

"Kedudukan Menteri Besar bukan agenda, juga bukan hak mutlak sesiapa pun, tetapi ia adalah keputusan yang dibuat bersama-sama antara PKR dan PR, dengan persetujuan Sultan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Anwar dilihat sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini yang menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan dari kedudukannya walaupun jika tidak memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Khalid pagi tadi berkata keputusan pemilihan tidak relevan untuk d…