Cedera Ditembak Lelaki Tidak Dikenali

KUALA LUMPUR 30 Jun - Dua orang warga tempatan termasuk seorang wanita daripada sekumpulan lapan sahabat, cedera ditembak suspek tidak dikenali di Puchong Gateway, berhampiran KM30.6 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi semalam.
 
Dalam kejadian 5.10 pagi itu, enam lelaki dan dua wanita itu yang menaiki tiga buah kereta, sebelum itu dipercayai berada di sebuah rumah rakan mereka di Kampung Baru, Batu 14, Puchong.
 
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kesemua mereka yang ketika itu dalam perjalanan pulang, telah didatangi sebuah motosikal Honda EX5 hitam yang ditunggangi dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
 
"Tiba-tiba pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakan sebelum melarikan diri.
 
"Pengadu (mangsa) lelaki mengalami kecederaan di paha kanannya manakala mangsa wanita pula cedera pada tangan kanan dan kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
 
Menurut beliau berikutan hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihaknya menemui enam kelongsong peluru jenis 9mm dan sepucuk pistol serta satu kesan das tembakan pada bahagian pintu kereta mangsa.
   
Katanya, kesemua mereka (lapan sahabat) kini disoal siasat bagi membantu dan mengenal pasti motif kejadian itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana