Posts

Showing posts from July, 2016

Tanpa UMNO, Kekuatan Mahathir dan 3 ‘M’ Tidak Kemana

Image
Itu hakikatnya bila mana terpaksa menerima Wan Azizah sebagai ketua pembangkang, ini bermakna Muhyiddin terpaksa menerima arahan dan bukan memberi arahan seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang juga bekas Perdana Menteri, Ketika Anwar di pecat oleh Mahathir dari kabinet dan UMNO berhari-hari rumah Anwar dikungjungi orang ramai tanda sokongan.

Tetapi Paguh terpaksa neniti dari rumah kedai, dewan orang ramai, kedai kopi dan padang permainan untuk bertemu dengan orang ramai bagi menarik simpati dan mencari sokongan terhadap dirinya, bukan sahaja Muhyiddin turut berlaku terhadap Mukhriz dah Shafie Afdal yang mana pemecatan mereka tidak memberi kesan lansung kepada jalan perjuangan UMNO.

Begitu juga dengan kesan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib yang akhirnya hanya mampu digelar sebagai seorang ‘pencuri’ sahaja oleh pengelar dan penuduh yang sahingga kini tidak pernah dapat pun membuktikan tuduhannya, berbeza dengan orang yang menuduh Najib sebagai ‘pencuri’ dirinya suatu k…

Waspada GerakanTun M Mahu Hancurkan UMNO Rela Buat Apa Saja Jika Matlamat Tidak Tercapai.....

Image
BUKAN mudah untuk membina UMNO. Usia 70 tahun bukanlah tempoh singkat bagi sebuah parti untuk berkuasa. Banyak parti seusia UMNO di dunia sudah kecundang dan berkubur tetapi UMNO tetap utuh, bahkan ahlinya bertambah untuk menghampiri 4 juta orang. Kalau dicongak jatuh bangkit UMNO, boleh dibikin satu filem yang terlalu banyak bahagiannya.

Pengasas UMNO keluar UMNO dan tubuh parti lain. Biro agamanya keluar dan tubuh parti Pas. UMNO diharamkan, presiden UMNO berlawan dan menang 41 undi sahaja, krisis kewangan 1997, zaman konfrontasi, komunis dan bermacam-macam lagi…Tetapi UMNO berjaya melepasi krisis-krisis tersebut.

Menempuh onar dan duri berdepan 13 kali pilihan raya umum dan tercalar hilang majoriti dua pertiga ada 2008 dan 2013 hanya menjadikan UMNO semakin kuat. Parti keramat itu menunjangi Barisan Nasional menempuh pilihan raya negeri Sarawak pada Mei lalu dan menang besar yang mengakibatkan DAP tersungkur.

Pada Jun lalu, UMNO menang bergaya pula dalam pilihan raya kecil Parlime…

Memalukan MADEY Sanggup Lakukan APa Saja....

Image
Satu demi satu usaha Tun Dr Mahathir bersama kumpulan pentaksubnya untuk menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib serta kerajaan yang diketuainya. Boleh dikatakan, tanpa mengira masa, ada sahaja serangan terbaru yang dilancarkan olehnya dan ianya seolah-olah tidak mungkin akan berhenti selagi Datuk Seri Mohd Najib kekal menerajui kerajaan.

Sebut sahaja apa yang tidak dilakukan olehnya, daripada menghasut ahli UMNO untuk menentang pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib, sehinggalah bertindak menjemput kuasa asing mencampuri urusan negara, semuanya sudah dilakukan olehnya hanya kerana mahu memastikan nafsu dan impian politiknya tercapai.

Dengan berselindung disebalik ayat-ayat “apa yang saya lakukan hanyalah kerana sayangkan UMNO dan negara” beliau menjadikan ianya sebagai modal untuk menghentam kerajaan. Sebelum ini, antara langkah pertamanya adalah menghasut ahli UMNO dan BN untuk bangkit melawan Presidennya sendiri. Pastinya ada yang menyokong dan menentang dan ini men…

APA HELAH GUAN ENG DISEBALIK PRN PENANG?

Image
Tanya diri sendiri, secara jujur, siapa yang sering mendabik dada kononnya “hero” dalam urusan yang membabitkan duit rakyat. Acapkali, perkataan “wang rakyat”, dijadikan modal untuk menunjukkan betapa mereka sangat prihatin tentangnya. Tiba-tiba, mereka mahu membubarkan DUN bagi memberi laluan agar pilihanraya negeri diadakan.

Apa ke jadahnya ini semua?

Untuk rekod, beberapa pilihanraya kecil sebelum ini diadakan hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. Kali ini, berapa juta pula bakal dihabiskan sekiranya pilihanraya negeri diadakan?

DAP khususnya, cukup mengerti waima dengan PRN sekalipun, ia tidak akan membebaskan Lim Guan Eng dari “skandal kolam renang” tanpa melalui proses mahkamah. Itu hakikat yang kebanyakan strategis di dalam DAP tahu.

Jadi, apa perlunya PRN?

Sekadar melontarkan pandangan, penulis berpendapat cubaan untuk mengalihkan isu yang sedang dihadapi oleh Guan Eng bukanlah perkara pokok. Ianya lebih daripada itu. Pertama, DAP sebenarnya tahu, tidak sukar untu…

KEBIADAPAN NAMEWEE MENGHINA ISLAM. UMAT ISLAM TUNTUT DISIASAT DAN DIHERET KE MAHKAMAH .

Image
Namewee menari dalam masjid (gambar tertera)

Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung sebuah video lagu penyanyi dan pengarah tempatan Namawee yang menjadi viral kerana didakwa menghina agama Islam.

Ketua polis negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata ekoran video klip lagu ‘Oh My God’ itu, pihaknya menerima beberapa laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan polis akan memanggil Namawee untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, sebahagian rakaman video lagu itu dilakukan di Masjid Terapung di Tanjung Bungah dan laporan polis pertama yang diterima ialah pada 27 Julai oleh jawatankuasa masjid berkenaan,” katanya di sini semalam.

Video klip memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral sejak kelmarin dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Sementara itu, ketua polis daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata perbuatan empat lelak…

PARTI ANAK BERANAK!!!! "CHOW KON YAU AKAN GANTI SAYA JADI KETUA MENTERI" - GUAN ENG

Image
PENGERUSI DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjadi pilihan semula jadi Lim Guan Eng untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri jika apa-apa berlaku ke atasnya.

Guan Eng bagaimanapun berkata, semuanya terserah kepada parti untuk membuat keputusan sama ada Kon Yeow adalah orang yang akan menggantikan beliau.

"Jadi jika apa-apa berlaku kepada saya, saya fikir keputusan muktamad akan diputuskan oleh parti tetapi Kon Yeow pasti menjadi pilihan semula jadi saya," kata Guan Eng.

Kon Yeow selaku Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lingtas dan Tebatan banjir negeri telah disebut-sebut untuk menggantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri jika Guan Eng didapati bersalah atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, Kon Yeow yang turut hadir pada majlis itu berkata beliau sentiasa percaya bahawa keputusan itu terserah kepada parti dan pada masa ini, ia masih terlalu awal untuk memutuskan apa-apa mengenainya.

"Kita perlu memberi respon kerana ia mendapat perhatian m…

BENARKAH PEGAWAI SPRM PRO SHUKRI & BAHRI AKAN LETAK JAWATAN JIKA DZULKIFLI AHMAD DILANTIK KP SPRM?

Image
1. Sebelum pengumuman pelantikan KP SPRM yang baru pada 29 Julai 2016 desas-desus pegawai SPRM pro Shukri dan Bahri meletak jawatan sudah didengari. Mengapa agaknya? takut pegawai dari luar? Atau legasi bakal berakhir.

2. Admin dapat sumber sahih Datuk Bahri Mohd Zin rupanya melobi untuk menjadi KP SPRM. Nampak usaha itu tidak berjaya. Admin sejak dua bulan lalu sudah mendedahkan bakal KP SPRM adalah Datuk Dzulkifli Ahmad seorang Peguam dari pejabat Peguam Negara yang punya kepakaran dalam pendakwaan kes.

3. Tentunya kehadiran Dzulkifli memberi nafas baru kepada SPRM yang selama ini lembap dalam bidang pendakwaan. Terkeluarnya Abu Kassim, Shukri bermakna Team A dan Team B serta puak puak dalam SPRM bakal berakhir. Yang tinggal hanyalah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas.

4. Dzulkifli pastinya akan memasukkan orang yang sesuai untuk TKP Operasi dan Pencegahan. Pastinya juga beliau akan merombak beberapa bahagian agar berfungsi mengikut arahannya. Beliau juga perlu membuang seg…

Steady pm..Najib Tadbir Negara Seperti Biasa

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui hari-hari beliau seperti biasa dengan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat, meskipun pada hari di mana Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Loretta Lynch mengadakan sidang media berkaitan syarikat 1MDB.

Pada hari tersebut, Najib hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri bersama Felda dan FGV di Kuala Lumpur. Beliau juga tidak mengelak daripada bertemu pemberita yang mahu mendapatkan komen balas mengenai isu 1MDB itu.

Pada keesokannya harinya, beliau datang ke pejabat seperti biasa dan malam tadi, beliau hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintan, Bagan Datoh, Perak.

Lebih mengujakan apabila Najib sempat menyanyikan lagu Hari Raya di atas pentas tanpa sebarang rasa bimbang.

Ketenangan beliau ini turut dirasai oleh media asing iaitu Bloomberg yang dalam laporannya menyatakan bahawa Perdana Menteri menjalankan tugas seperti biasa tanpa sebarang kebimbangan.

Mesej di sini adalah…

APA JADI KALAU SUBSIDI TAK DITARIK BALIK…?

Image
Siapa sebenarnya yang dapat subsidi kerajaan paling banyak?
Orang kaya memiliki kenderaan tidak kurang daripada 4 buah. Kenderaan milik mereka pula mempunyai tangki petrol yang kapasitinya besar. Ada yang sehingga 70 – 100 liter.
Orang kampung pulak hanya memilik sebuah motosikal. Ada juga yang hanya memiliki basikal sahaja. Malah ada juga yang tidak memilik kenderaan langsung. Kapasiti tangki petrol motosikal cuma antara 4 – 6 liter sahaja.

Jika berlaku kenaikkan harga dunia maka kerajaan akan menaikkan harga minyak petrol dan disel. Jika kenaikkan 1 liter 5 sen dan disubsidi oleh kerajaan, siapa yang dapat paling banyak dan siapa yang dapat sedikit atau tak dapat langsung?

Orang kaya isi 70 liter dapat subsidi sebanyak RM3.50. Orang kampung sekali isi 4 liter dapat subsidi 20 sen. Orang kampung yang tak ada kereta atau motosikal tak dapat apa2 subsidi.
Kalau sebulan 10 kali isi full tank, orang kaya dapat subsidi RM35.00. Orang kampung dapat subsidi cuma RM2.00 sahaja.

Ada orang ka…

Laporan Polis yang dilakukan oleh Gabungan NGO-NGO Islam Pulau Pinang terhadap Namewee yang biadap

Image

"Gua dari dulu secara 'konsisten' menyatakan DAP mengamalkan 'perjuangan rasis' !!

Image
DAP sememangnya 'PARTI RASIS' ... Mana tidaknya, kalau mengikut 'hiraki', yang sepatutnya dilantik jika Guan Eng tiada sudah semestinya Timbalan Ketua Menteri.

Tetapi siang-siang Guan Eng sudah melantik 'proxy' nya yang bukan dari kalangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lim Guan Eng Akan Tetap Didakwa, Apa Helah Adakan PRN?

Image
Tanya diri sendiri, secara jujur, siapa yang sering mendabik dada kononnya “hero” dalam urusan yang membabitkan duit rakyat. Acapkali, perkataan “wang rakyat”, dijadikan modal untuk menunjukkan betapa mereka sangat prihatin tentangnya. Tiba-tiba, mereka mahu membubarkan DUN bagi memberi laluan agar pilihanraya negeri diadakan.

Apa ke jadahnya ini semua?

Untuk rekod, beberapa pilihanraya kecil sebelum ini diadakan hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. Kali ini, berapa juta pula bakal dihabiskan sekiranya pilihanraya negeri diadakan?

DAP khususnya, cukup mengerti waima dengan PRN sekalipun, ia tidak akan membebaskan Lim Guan Eng dari “skandal kolam renang” tanpa melalui proses mahkamah. Itu hakikat yang kebanyakan strategis di dalam DAP tahu.

Jadi, apa perlunya PRN?

Sekadar melontarkan pandangan, penulis berpendapat cubaan untuk mengalihkan isu yang sedang dihadapi oleh Guan Eng bukanlah perkara pokok. Ianya lebih daripada itu. Pertama, DAP sebenarnya tahu, tidak sukar untu…

KTMB cipta sejarah perkhidmatan ETS pertama dunia diberi status halal

Image
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencipta sejarah baharu apabila menjadi penyedia perkhidmatan kereta api pertama dunia yang mendapat sijil halal bagi perkhidmatan tren kereta api elektrik (ETS).

Pengurus Besar Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi KTMB, Hilmi Hasan berkata pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu merupakan satu penghargaan bermakna bagi KTMB yang kini dalam proses melaksanakan transformasi syarikat.

"Ini adalah satu lagi transformasi baharu yang dicetuskan bagi memberi keyakinan kepada penumpang dengan membeli hidangan yang sedia ada tanpa perlu rasa syubah (ragu-ragu)," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Sekretariat Dakwah Korporat Jakim, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata pengiktirafan sijil halal itu dapat meningkatkan kefahaman umum dalam isu halal bagi pengguna Islam.

"Ia seakan memberi pencerahan menyeluruh dalam apa yang berkaitan dengan Islam se…

Chow Jadi Pilihan Ambil Alih Jawatan Ketua Menteri - Lim

Image
SEBERANG PERAI: Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow menjadi pilihan paling wajar Lim Guan Eng untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri jika apa-apa berlaku ke atasnya.  

Lim bagaimanapun berkata, semuanya terserah kepada parti untuk membuat keputusan sama ada Chow adalah orang yang akan menggantikan beliau.

"Jadi jika apa-apa berlaku kepada saya, saya fikir keputusan muktamad akan diputuskan oleh parti tetapi Chow pasti menjadi pilihan semula jadi saya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Majlis Perbandaran Seberang Prai di sini hapada Sabtu.

Chow selaku Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lingtas dan Tebatan banjir negeri telah disebut-sebut untuk menggantikan Lim sebagai Ketua Menteri jika Lim didapati bersalah atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, Chow yang turut hadir pada majlis itu berkata beliau sentiasa percaya bahawa keputusan itu terserah kepada parti dan pada masa ini, ia masih terlalu awal untuk memutu…

Siapa bos besar barisan pembangkang…?TSMY Sudah Pandai Hentam TV3

Image
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijangka akan mengetuai parti baru naungan Tun Dr Mahathir Mohamad kali pertama duduk satu pentas dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada satu majlis di Subang Jaya,Sabtu.

Senario itu dengan sendirinya mencetuskan persoalan siapa yang kelak yang akan menjadi bos besar barisan pembangkang.

Dalam politik dua harimau tidak boleh duduk atas bukit serentak.

Sekalipun kini orang nombor satu dalam Pakatan Amanah,Wan Azizah tidak dilihat ada karisma dan ketokohan untuk memimpin.

Bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim secara terbuka berpendapat Muhyiddin layak memimpin pembangkang dan bakal Perdana Menteri mereka.

Katanya Pakatan Harapan tidak mempunyai seorang pemimpin untuk menyatukan mereka.

Pada sidang akhbar yang disertai Wan Azizah selepas majlis di Subang jaya itu ketika ditanya wartawan soalan berkaitan ,Muhyiddin spontan kata, “ dia (Wan Azizah) ialah Ketua Pembangkang’.

Ini mungkin kata orang Indonesia ‘ basa basi’ politik.

Beli…

Parti Baharu Tun M Tidak Beri Sebarang Kesan - Zamry

Image
AYER TAWAR: Penubuhan sebuah parti baharu yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan memberi sebarang kesan kepada Barisan Nasional (BN) terutama semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Perak berkata sebaliknya, kewujudan parti baharu itu hanyaakan menaikkan lagi semangat serta perpaduan di kalangan anggota Umno dalam memastikan kekuatan parti itu lebih kukuh dan jitu.

"Dalam tradisi parti kita, apabila kita lagi dicabar kebiasaannya kita akan perkukuhkan perpaduan di kalangan kita.

"Dari segi kesan kepada BN atau kedudukan politik tanah air hanya satusahaja, ia akan menambah sebuah parti baharu di tanah air kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Adun Pasir Panjang Datuk Rashidi Ibrahim di Arena Square pada Sabtu.

Zambry berkata demikian bagi mengulas pengumuman Dr Mahathir pada 14 Julai lepas bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menj…

TSMY Terdesak Sanggup Jadi Rakan Sekutu DAP dan Geng Liberal

Image
SUBANG JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan mengadakan siri jelajah bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung dakwaan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siri jelajah yang tidak dinyatakan tarikhnya merupakan persediaan parti pembangkang itu untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa, parti itu sudah mendepani kemelut salah guna kuasa yang membelenggu negara sejak dahulu.

Katanya, parti itu akan terus bangkit selagi pelbagai agenda reformasi belum tercapai termasuk reformasi parlimen, kehakiman, sistem pilihan raya dan dasar pemisahan kuasa.

Menurut Wan Azizah, beliau turut meminta semua pihak termasuk parti-parti sekutunya dalam Pakatan Harapan dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan kerjasama dalam siri jelajah itu.

"Justeru, kami mengalu-alukan kesediaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama, dan berganding bahu bersama rakan-rakan Pakatan Harapan, part…

Saya Akan Terus Istiqamah Laksanakan Tugas - Najib

Image
PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dari dalam mahupun luar negara.

"Tidak ada apa-apa, semua macam biasa... saya mesti istiqamah pada tugas serta tanggungjawab saya sama ada sebagai Anggota Parlimen Pekan mahupun perdana menteri untuk menjaga kepentingan hampir 30 juta rakyat Malaysia," katanya.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelbagai cabaran dan tekanan yang beliau hadapi sejak akhir-akhir ini termasuk mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Beliau ditemui pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diadakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar pada Sabtu.

Kira-kira 50,000 tetamu pelbagai kaum termasuk dari Terengganu dan Kuala Lumpur menghadiri majlis berkenaan…

Muka Dah Terdesak Dan Sanggup Buat APa Saja Selama Ini Hentam Dan Kutuk

Image
SUBANG JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita pada Sabtu, beliau bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti pembangkang itu berhubung isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya fikir kerjasama penting untuk menangani isu besar negara, sesuatu yang kita tidak boleh elakkan.

"Soal jadi ahli atau tidak, itu soal kedua. Kalau saya tidak jadi ahli mana-mana parti pun tetapi atas semangat juang yang ada, saya tetap sokong," katanya pada sidang media khas di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sudah memutuskan menyertai PKR berdasarkan kehadirannya bersama pemimpin-pemimpin parti pembangkang itu pada sidang media khas itu.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dalam memberi penerangan …

28 pegawai imigresen bawa masuk 10,000 warga asing

Image
KUALA LUMPUR 29 Julai - Sebanyak 28 pegawai imig­resen yang ditahan dalam operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula awal Mei hingga Selasa lalu dipercayai terlibat menyeludup ma­suk dan keluar lebih 10,000 warga asing ke negara ini sejak lima tahun lalu.

Kegiatan penyeludupan itu dipercayai dilakukan bukan hanya melalui lapangan terbang negara tetapi juga di semua pintu masuk negara, termasuk darat dan air.

Menurut sumber, kebanyakan warga asing yang dibawa masuk adalah rakyat Bangladesh diikuti India, Afrika, China, Vietnam, Indonesia dan Sri Lanka.

Ujarnya, selain bekerja secara haram, terdapat warga asing yang dipercayai menunggu masa untuk diuruskan pergi ke negara ketiga dengan menjadikan negara ini sebagai transit.
Jelasnya, mereka akan ber­urusan dengan ejen bagi mendapatkan pasport tempatan yang telah dipalsukan dan ejen pula kemudiannya akan menggunakan pegawai imigresen terlibat bagi proses seterusnya.

“Setiap warga asing yang ma­suk akan dikenakan bayaran antara RM…

Madey masa jadi PM dulu dia menangis2 rayu rakyat jangan sesekali khianat bangsa.....

Image
Dah nampak siapa pengkianat bangsa sendiri sekarang...dulu dialah yg di sanjung rakyat...harap orang melayu dan rakyat dpt berfikir sekarang....

Perghhh Macam Ni Pun Ada!!!! Doktor Kecantikan Dipenjara Cabul Pesakit Lelaki Rakyat Malaysia

Image
SINGAPURA: Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki rakyat Malaysia sebanyak dua kali setelah memberinya ubat pelemah, lapor Channel NewsAsia.

Portal berita itu berkata Tan Kok Leong, 50, disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah, Dormicum dan Rosiden kepada mangsa, juga seorang doktor, di Hotel Oasia pada Julai 2013 selepas prosedur 'liposuction' atau menyedut lemak.

Menurut laporan itu, Tan didapati bersalah mencabul kehormatan mangsa selama dua malam, setelah memberi ubat pelemah kepada pesakit berusia 33 tahun itu dengan alasan untuk melegakan rasa sakit.

Memetik Hakim Daerah Siva Shanmugam, portal itu berkata Tan "menyalahgunakan kedudukannya dengan mengambil kesempatan daripada kepercayaan mangsa terhadapnya", berikutan hubungan unik antara mereka – doktor-pesakit -dan mangsa, seorang doktor muda, juga menganggap Tan sebagai mentornya.

Tan memberi ubat berkena…

ADA bERANI kER......Kata Dua DAP, Bubar Atau Tinggalkan Pakatan Harapan

Image
Ketika semua mata sedang memerhatikan dengan penuh minat tentang apa yang bakal berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, terdapat perkhabaran yang mengatakan, DAP negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah mula hilang sabar dengan sikap keras kepala yang ditunjukkan oleh PKR.

Ini kerana, sehingga kini, PKR masih lagi enggan bersetuju dengan DAP untuk bersama-sama parti berkenaan membubarkan DUN Pulau Pinang bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri diadakan. Alasan yang diberikan oleh PKR, mereka tidak melihat sebarang keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri dan bimbang, BN akan merampas Pulau Pinang daripada Pakatan Harapan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Lim Guan Eng mahu PKR menyatakan pendirian mereka samada mahu bersama-sama beliau ataupun tidak. Ini kerana, beliau menyifatkan, andai tarik tali ini berterusan, ada kemungkinan kemahuan Guan Eng untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal mungkin akan tertangguh.

Oleh yang demikian, menurut …

PRN: DAP tidak mahu ambil tahu kerjasama PKR - Pas

Image
GEORGETOWN - DAP tidak mahu ambil tahu mengenai isu sampingan berhubung pilihan raya mengejut negeri (PRN) Pulau Pinang, sebaliknya parti itu hanya mahu mencapai persetujuan terhadap isu pokok, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, tidak timbul isu bahawa rakan sekutunya PKR membayangkan akan bekerjasama dengan Pas untuk menghadapi PRN sedangkan keputusan untuk mengadakan pilihan raya mengejut itu masih belum dibuat.

"Kami tidak perlu memikirkannya sehingga isu pokok sama ada persetujuan boleh dicapai atau tidak (untuk mengadakan PRN), itu lebih penting dari isu sampingan.

"Saya tidak ada apa-apa komen tentang hal-hal lain, saya lebih berminat untuk mendapatkan keputusan pertama. Adalah penting keputusan pertama diperoleh dahulu, kemudian butiran lain boleh diusahakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Terbuka Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporka…

Kita Fikir Fikirkan dan Renung Renung Lah Dengan Kenyataan Ini.....

Image
Madey rasa dia begitu hebat dan ramai yang menghormati tetapi ia silap langkah kerana menjadi sekutu DAP yang dikutuk selama ini semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 Tahun kini rakan kongsinya.Rakyat Malaysia sudah mula nampak dan terasa sesuatu tidak kena dengan MADEY ini.

MADEY rasa ia Hebat sebelum ini boleh menjatuhkan Presiden UMNO....Tun Ahmad Badwi melalui cara separuh jalan saja....sehingga ramai yang terpengaruh kata katanya.

Sekarang ini MADEY lakukan dengan cara yang sama...ingatkan PANAS SAMPAI KE PETANG RUPA NYA HUJAN DITENGAH HARI.Apa yang MADEY ingat NAJIB boleh jatuhkan dengan cara Mudah...Jangan ingat AIR TENANG tiada BUAYA.NAJIB lebih hebat lagi dan tahu selok belok....sehingga MADEY lebih tertekan dan TErdesak sehingga menjadi SEKUTU DAP dan PKR.
selepas menjadi sekutu DAP ramai penyokong nya selama ini TERKEJUT dan TAK PERCAYA
boleh menjadi rakan Sekutu DAP.

Makin ramai rakyat Malaysia sudah mulai sedar tindakan MADEY ini....nampak sangat ada tujuan Peribadi d…

Anak-Anak Malaysia Walk: Jiwai Cinta Negara Dari Kemeja-T...Inilah Yang Kita MAhukan Tak Kira Melayu,Cina Dan India

Image
PETALING JAYA: Projek57 yang melabelkan ia sebagai satu gerakan harapan, mengeluarkan kemeja-T yang memaparkan imej Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara sebagai usaha kumpulan itu untuk menggalakkan perpaduan rakyat Malaysia.

"Bagi menunjukkan seberapa banyak kita mencintai negara ini, tiada yang lebih baik daripada menunjukkannya secara jelas.

"Sebagai ikon negara, imej Tunku Abdul Rahman dipaparkan sebagai simbol harapan pada kemeja-T yang dikeluarkan kami.

"Pada awalnya, kami berasa ragu-ragu sama ada usaha ini berhasil atau tidak tetapi apabila anak lelaki saya berusia lapan tahun dapat mengenali beliau, kami tahu ia dapat dilaksanakan," kata Syed Sadiq Albar, yang memulakan Projek57 pada September 2014 bersama rakannya yang juga rakan niaga, Collin Swee.

Kedua-dua mereka mengusahakan kedai menjual kemeja-T di kompleks membeli-belah Atria di Damansara Jaya.

"Kami mahu rakyat Malaysia berasa bangga dengan memakai kemeja-T yang dikeluarkan …

DAP akui sukar pertahan Selangor...Inilah Wayang Politik DAP Tagih Simpaty

Image
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengakui Pakatan Harapan agak sukar mengekalkan kuasa pemerintahan di Selangor dalam PRU akan datang, lapor Orientaldaily.

Katanya, Dun Selangor yang mempunyai 56 kerusi sekiranya DAP dan PKR memenangi 29 kerusi, ia hanya mampu menang dengan perbezaan kerusi yang kecil sahaja.

“Namun jika Amanah boleh menang tiga hingga empat kerusi, ia akan memberikan jaminan lebih besar kepada Pakatan Harapan.

“Mengenai Pas pula, daripada 15 kerusi yang dimiliki mereka sekarang, adalah sukar untuk mengekalkan jumlah kerusi yang ada sekarang, memandangkan pengundi Cina sudah tidak lagi menyokong mereka,” katanya.

MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ PEMANGSA YANG BERLAKON JADI MANGSA UMNO

Image
TS Muhyiddin Yassin dan Dato Mukhriz Mahathir serta penyokong mereka terkadang bercakap dan bertindak seolah olah mereka telah dianayai dan telah menjadi mangsa politik UMNO.
Cara mereka menjawap kepada media dan wartawan seolah olah mereka lah mangsa.
Mungkin kerana kedua mereka ini menyokong Tun Mahathir, maka perangai dan tabiat mereka terikut ikut kepada cara Tun Mahathir juga.

Umum tahu apabila Tun Mahathir bercakap, ia seolah olah dia tidak pernah ada salah dan silap, dan semua salah dan silap datang dari pihak lain kecuali dirinya sendiri.
Tambah buruk lagi, kesilapan dan kesalahan lampau Tun Mahathir berlaku ketika ramai yang menyokong nya pada hari ini masih belum dewasa atau pun ujud lagi.
Kini penyokong Tun Mahathir ia itu Muhyiddin Yassin nampak nya cuba memaparkan diri sebagai mangsa politik UMNO dan konon nya telah dizalimi.

Mungkin sama seperti Tun , dia terlupa dia yang mengusik dan menyerang Najib dahulu atas alasan bersuara untuk kebenaran sedangkan umum tahu ia han…

PAS PERSOAL DAP KENAPA NAK SELAMATKAN LIM GUAN ENG SAHAJA ?

Image
Hasrat dan usaha DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut kononnya bagi mengukur tahap keyakinan orang awam terhadap Kerajaan Pulau Pinang teraju parti itu berikutan pertuduhan dan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang dihadapi oleh Lim Guan Eng (LGE) dilihat sebagai memperjudikan proses demokrasi.

Mengakui bahawa institusi kehakiman mesti telus dan bebas dalam perbicaraan kes ini dan diberikan ruang sewajarnya untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh integriti. LGE juga tidak wajar dipersalahkan sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

Namun, orang awam juga tidak boleh diperalatkan dan diheret sama untuk menghakimi kes ini berasaskan kepada persepsi semata-mata dan sehingga menimbulkan prejudis pula terhadap institusi kehakiman dan keputusan yang dibuat olehnya.

Sekiranya benar DAP mahu mengukur tahap keyakinan terhadapnya, tindakan yang lebih berobjektif yang patut dilaksanakan oleh DAP ialah menyegerakan pemilihan parti; bukannya menangguhkan lagi proses itu. Keyakinan ahli-ahli p…

KENAPA PROTUN GELABAH SEMACAM APABILA PENTADBIRAN NAJIB MENUKAR PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN AWAM DAN ENTITI KERAJAAN?

Image
Dalam mana-mana pentadbiran, termasuklah pentadbiran 22 tahun Mahathir, pertukaran dan perubahan struktur pentadbiran dan pengurusan negara, amat berkait rapat dengan kesesuaian kerja serta persefahaman untuk melaksanakan dasar dan polisi sesebuah kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Dari zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu sehinggalah menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri terkini, kebanyakan pegawai-pegawai kanan akan dipilih dari kalangan mereka yang boleh bekerjasama dengan ketua kepimpinan negara.

Dan kerana itulah, para penentang pentadbiran negara seperti kepimpinan parti pembangkang, tidak diangkat menjadi orang kanan agensi atau entiti kerajaan.

Bagaimanapun, kelekaan dan kepercayaan berlebihan bahawa penjawat awam tidak akan mengkhianati kerajaan baik dalam perlaksanaan dasar dan polisi mahupun pembocoran maklumat serta rahsia-rahsia penting kerajaan, telah pun dikhianati ber…

‘Ugut Mengugut’ Antara PAS-PAN

Image
Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu akan menentang sebarang usaha, termasuk PAS, untuk memecahkan Pakatan Harapan.

Mujahid berkata demikian dalam konteks pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang yang dicadangkan oleh DAP untuk mendapatkan mandat baru selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa dengan dua tuduhan rasuah.

Mujahid berkata kenyataan timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dalam sebuah akhbar Cina menunjukkan beliau cuba “menganggu” urusan HARAPAN.

Dalam satu kenyataan, Mujahid yang juga naib presiden PAN berkata, Tuan Ibrahim tidak ada hak untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik bagi timbalan presiden PAS memberi tumpuan untuk mengenal pasti musuh sebenar dan tidak bertindak melagakan PAN dengan sekutunya dalam HARAPAN.

Jika PAS telah mengenal pasti musuh politik yang sebenar, kata Mujahid, parti itu pastinya akan bersama dengan HARAPAN dan tidak akan m…

WAJIB BACA.....KENAPA NAJIB RAZAK DAN 1MDB DISERANG LAGI…?

Image
Assalamualaikum

Sikap taksub umat Islam dijadikan alat menyemai kebencian terhadap Perdana Menteri.
Saya selaku pimpinan NGO Islam iaitu Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (ikddas) merasa terpanggil utk memberi sedikit luahan sebagai mana sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap isu 1MDB yang menghakis keyakinan & kepercayaan rakyat kepada PM.

Kesempatan mendengar secara langsung luahan hati PM terhadap isu ini sangat menyentuh hati saya setelah saya amat amati hasrat tersirat disebalik agenda yang dibawa oleh PM.

Sebagaimana kejayaan yang ditunjukkan oleh Temasik Holding, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan Singapore merupakan cth terdekat kepada model penubuhan 1MDB. Bagaimana Temasik menjadi entiti pelaburan terkaya di Asean & berupaya mengembangkan pelaburannya ke seluruh dunia. Justeru YAB PM berhasrat dgn penubuhan syarikat 1MDB itu, dapat membolehkan kerajaan khususnya UMNO memiliki entiti perniagaan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Langkah awal ada…

PErghhhhh....Layak Kah Di Panggil MUFTI DAP.!!

Image
Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Zaidi Ahmad hari ini mendakwa seribu jemaah haji yang ditaja oleh 1Malaysian Development Berhad (1MDB) untuk menunaikan hukum Islam yang kelima itu sebagai haram.

Ewah-ewah Mejar Zaidi ni…. Pandai pula sembang pasal bab hukum-hakam ni…. Dah cukup ilmu agama di dada ke yang nak cakap pasal hukum-hakam ni?? Lagi satu, sejak bila pula Mejar Zaidi diangkat jadi Mufti parti cina kiasu ni??

Kalau Mejar Zaidi dah cukup pandai dengan hukum-hakam ni pasal orang pergi haji ni…. Kenapa Mejar Zaidi tak sokong cadangan Pas untuk laksanakan hukum hudud di negara ni?? Kenapa Mejar Zaidi tak jelaskan hukum hudud ni kepada Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP.

Zaidi yang telah dilantik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai pegawai penerangannya menjelaskan, jemaah haji yang menunaikan fardhu Islam itu tidak sah kerana menggunakan wang orang lain untuk mengerjakan haji.

“Haji adalah satu ibadat yang hanya diwajibkan kepada umat Islam yang mampu. M…

PM pelik cara saman sivil DOJ diumumkan...Tentu Ada Udang Disebalik Batu

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pelik cara laporan saman sivil Jabatan Kehakimam Amerika (DOJ) ditonjolkan dengan publisiti besar-besaran termasuk sidang akhbar mengumumkannya.

Katanya beliau diberitahu sebelum ini kebiasaannya kes DOJ tidak diumum cara yang menonjol begitu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC petang Jumaat beliau menilai laporan DOJ itu berat sebelah.

DOJ baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Katanya beliau tidak tahu sumber maklumat dari mana yang diperolehi oleh DOJ dalam merumuskan saman sivil itu.

"Secara luaran, ia dilihat datang dari sumber tertentu, tapi kami akan pantau prosiding yang akan diikuti saman, kerana saya tidak boleh kata ia datang dari mana, tetapi sudah pasti ia bukan dari 1MDB, Peguam Negara atau kerajaan Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada laporan itu hanya merupakan kompilasi laporan media, Najib…

Memang Kurang AJar!!!! Polis P.Pinang Buka Kertas Siasatan Video Namawee Hina Islam

Image
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung sebuah video lagu penyanyi dan pengarah tempatan, Namawee yang menjadi viral kerana didakwa menghina agama Islam.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata ekoran video kliplagu 'Oh My God' itu, pihaknya menerima beberapa laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan polis akan memanggil Namawee untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan siasatan awal, sebahagian rakaman video lagu itu dilakukan diMasjid Terapung di Tanjung Bungah dan laporan polis pertama yang diterima ialah pada 27 Julai oleh jawatankuasa masjid berkenaan," katanya di sini, Jumaat.

Video klip memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral sejak semalam dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata perbuatan empat lelaki dalam video kl…

PAS percik limau ke luka DAP... Nasrudin 'ajar' Guan Eng

Image
PAS pada Jumaat menyindir DAP supaya mengukur tahap populariti Lim Guan Eng melalui pemilihan parti bukannya pilihanraya negeri.

Ibarat percik limau ke luka DAP... Ketua Penerangan PAS pusat Nasrudin Hassan mahu parti Cina itu menyegerakan pemilihan sekiranya DAP mahu mengukur sokongan terhadap Guan Eng, parti itu tidak seharusnya menangguhkan pemilihan partinya.

"Sekiranya benar DAP mahu mengukur tahap keyakinan terhadapnya, tindakan yang lebih berobjektif yang patut dilaksanakan ialah menyegerakan pemilihan parti; bukannya menangguhkan lagi proses itu.

"Keyakinan ahli-ahli parti terhadap parti sendiri adalah lebih utama untuk diukur dahulu," kata Ahli parlimen Temerloh itu dalam satu kenyataan media.

Katanya lagi, pilihanraya Pulau Pinang boleh diadakan selepas perbicaran terhadap tuduhan rasuah Lim selesai dan rakyat akan membuat pilihan berdasarkan keputusan mahkamah.

"Sekiranya Lim didapati tidak bersalah, DAP pasti mendapat sokongan yang lebih padu daripada …

Duduk Lama Lama Dalam SPRM Tiada Guna Jugak......Datuk Seri Mustafar Ali dipindah dari SPRM?

Image
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali akan dipindahkan untuk menerajui sebuah jabatan kerajaan lain dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh satu sumber kepada Astro AWANI.

Bagaimanapun, sumber berkenaan enggan mengesahkan jabatan mahupun agensi baharu yang akan diterajui Datuk Seri Mustafar.

Katanya, jabatan atau kementerian mana Datuk Seri Mustafar ditempatkan dijangka diketahui petang ini.

Namun, difahamkan Datuk Seri Mustafar sudah memaklumkan kepada SPRM bahawa beliau akan dipindahkan.

Sementara Itu, Datuk Seri Mustafar ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan beliau akan bertemu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pada 3 petang ini.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan berkenaan.

Sementara itu, pada pukul 3 petang ini juga akan berlangsungnya Majlis Paluan Berundur Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
Dijangk…

Bekas Supol MB Selangor Jelaskan Kenapa Guan Eng Mahu Adakan PRN

Image
Bekas Pegawai Khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin menjelaskan mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada masa ini.

Beliau menerusi status yang dimuat naik menerusi twitternya berkata, Guan Eng yakin bahawa dirinya akan disabitkan kesalahan dalam dua pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo murah di Jalan Pinghorn, Pulau Pinang.

“Bila DAP menang PRN, Guan Eng dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk 5 tahun. Jika bersalah Guan Eng tak akan letak jawatan kerana dalam proses rayuan. Smart Guan Eng!. Jika tiada PRN Guan Eng disabit bersalah maka ikut undang-undang SPR Guan Eng tidak boleh bertanding dalam PRU14  walaupun Guan Eng masih di dalam proses rayuan.

“PRN akan tentukan samada Guan Eng menjadi Ketua Menteri untuk penggal ini sahaja atau untuk penggal akan datang. Maka PRN kena buat tahun ini,”akhiri statusnya.

Terdahulu, tindakan Guan Eng menggesa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan s…