APA HELAH GUAN ENG DISEBALIK PRN PENANG?
Tanya diri sendiri, secara jujur, siapa yang sering mendabik dada kononnya “hero” dalam urusan yang membabitkan duit rakyat. Acapkali, perkataan “wang rakyat”, dijadikan modal untuk menunjukkan betapa mereka sangat prihatin tentangnya. Tiba-tiba, mereka mahu membubarkan DUN bagi memberi laluan agar pilihanraya negeri diadakan.
Apa ke jadahnya ini semua?
Untuk rekod, beberapa pilihanraya kecil sebelum ini diadakan hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. Kali ini, berapa juta pula bakal dihabiskan sekiranya pilihanraya negeri diadakan?
DAP khususnya, cukup mengerti waima dengan PRN sekalipun, ia tidak akan membebaskan Lim Guan Eng dari “skandal kolam renang” tanpa melalui proses mahkamah. Itu hakikat yang kebanyakan strategis di dalam DAP tahu.
Jadi, apa perlunya PRN?
Sekadar melontarkan pandangan, penulis berpendapat cubaan untuk mengalihkan isu yang sedang dihadapi oleh Guan Eng bukanlah perkara pokok. Ianya lebih daripada itu. Pertama, DAP sebenarnya tahu, tidak sukar untuk mereka mengekalkan kerusi DUN yang sedang mereka kuasai. Kalau pun berkurang majoriti kemenangan di DUN-DUN terbabit, majoriti mudah untuk mengekalkan penguasaan di Pulau Pinang sudah di dalam genggaman. Percayalah, dengan kemenangan yang mereka perolehi, maka mereka akan memainkan sentimen bahawa DAP dan Lim Guan Eng masih mendapat kepercayaan rakyat namun dianiaya oleh mahkamah dan Barisan Nasional.
Itu plot pertama, bagaimana plot kedua?
Sedang Lim Guan Eng terperangkap dengan kemahuannya sendiri, dia tentu sedar masa hadapan sangat suram buat dirinya. Apa lagi yang boleh dilakukannya?
Susun kembali barisan kepimpinan negeri dan parti, dengan meletakkan orang-orang kepercayaannya sebagai calon DAP pada PRN nanti. Dengan itu, dinasti Lim akan kekal berkuasa, sekaligus mengelakkan sebarang sabotaj dalam parti terutamanya pemimpin DAP Pulau Pinang yang dikhabarkan sudah lama tidak gemar dengan aksi “orang Melaka” di Pulau Mutiara itu.
Dan tentu sahaja, dengan barisan yang setia dengan Dinasti Lim, segala salahlaku sebelum ini, jika ada, tidak akan bocor kepada pihak lain. Cukuplah dengan “skandal kolam renang”, terhibur kita lihat Lim Guan Eng dan pimpinan DAP “berkungfu” pelbagai gaya untuk menepisnya.

Comments