Posts

Showing posts from August, 2017

Rafizi jawab sebab tak hadir mesyuarat Biro Politik PKR..

Image
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli 'meletup lagi' selepas mendedahkan kepincangan dalam PKR dengan mendakwa pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik parti itu sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati.

Menurutnya suasana itu berlaku sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada Februari 2015.

“Jika pun telah ada persetujuan di peringkat Biro Politik, jika itu tidak disukai oleh seseorang maka keputusan itu tidak dihormati malah akan dibuka balik di dalam mesyuarat Biro Politik yang seterusnya untuk ditukar kembali,” kata Rafizi, menjelaskan punca beliau tidak hadir mesyuarat badan tertinggi yang menentukan hala tuju parti itu.

Rafizi merujuk pemimpin kanan itu kepada Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

Jelasnya, mesyuarat Biro Politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan di bawah.

"Keadaan ini semakin menjadi-jadi dalam isu yang paling sensitif iaitu kerjasama dengan PAS kera…

Pembangkang tak akan menang lebih dari 89 kerusi - PAS

Image
89 kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah jumlah yang paling maksimum mampu dicapai pakatan pembangkang yang ada kini, jika mereka bergabung dengan PAS.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata tanpa sokongan majoriti pengundi Melayu-Islam, pakatan pembangkang akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, jumlah itu mungkin akan berkurangan jika pakatan pembangkang tidak bekerjasama dengan PAS.

"Tiada kerusi lagi yang mampu ditambah pakatan pembangkang dan PAS, setelah sokongan pengundi bukan Melayu-Islam sampai ke tahap maksimum.

"Hanya satu cara saja lagi untuk pakatan pembangkang dan PAS boleh buat dengan memecah angka maksimum itu, iaitu dengan memperoleh majoriti sokongan pengundi Melayu-Islam," katanya dalam satu kenyataan sebagai reaksi kepada hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mengenai pengundi yang dikeluarkan baru-baru ini.

Hasil kajian, IDE mendapati kedudukan Kerajaan Ne…

“Tidak ada seorang pun daripada kamu memalukan negara,” - TMJ

Image
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbangga dengan pemain bola sepak negara walaupun kalah dengan Thailand malam ini.

Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu berjumpa sendiri dengan para pemain di bilik persalinan dan bersalaman dengan mereka.

“Saya ada dua emosi satu kecewa dengan kekalahan dan satu lagi bangga dengan kamu semua (pemain) kamu adalah aset akan datang.

“Tidak ada seorang pun daripada kamu memalukan negara,” ujarnya dalam rakaman video rasmi Facebook FAM.

Menurut TMJ, kesemua pemain muda negara itu sudah berkorban untuk negara dan mengucapkan terima kasih kepada semua.

Bagaimanapun, beliau mahu mereka menjadikan kekalahan itu sebagai pengajaran dan senjata untuk memperbaiki mutu persembahan pada masa depan.

Sebelum itu, pada masa rehat separuh waktu pertama, TMJ juga turun ke bilik persalinan memberi kata-kata semangat kepada pemain.

Pasukan Malaysia tewas kepada pasukan Thailand dalam Sukan SEA Ke-29 malam tadi pada pelawanan akhir di St…

DAP "DOUBLE STANDARD" PERASUAH DIPERTAHANKAN

Image
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kesal dengan polarisasi politik berhubung siasatan rasuah yang sering menyaksikan tertuduh dipertahankan manakala suruhanjaya itu dibidas kerana cuba menjalankan tugas.

"Di Malaysia jika kita menyiasat seorang ahli politik, keseluruhan parti akan menyokong tertuduh.

"Dan tertuduh menjadi wira, manakala SPRM pula menjadi barua," katanya dalam sebuah rakaman video di YouTube.

Katanya, orang ramai dan parti politik seharusnya menyokong SPRM dalam mana-mana siasatan rasuah kerana ia akan mengeluarkan "kanser" yang memusnahkan masyarakat dan parti politik itu sendiri.

"Apabila kita menyiasat (seseorang) individu.... Orang ramai perlu dan mesti menyokong SPRM.

"Kamu tahu mengapa? Kerana kita cuba mengeluarkannya, mengeluarkan semua ini dari parti. Jika kita mengekalkannya, ia sama seperti kanser, ia akan merosakkan parti," katanya.

Shukri bagaimanap…

MAHATHIR - KAMU TOLAK MELAYU, SERIBU KALI MELAYU AKAN TOLAK KAMU

Image
Mahathir Adalah Bapa Perpecahan Bangsa Melayu Di Malaysia !!

Itulah yang boleh dirungkaikan dengan gerakan Mahathir sejak kebelakangan ini. Usahanya yang mahu menjatuhkan kerajaan dan kepimpinan yang ada menunjukkan bahawa U Turn nya amat merbahaya kepada masyarakat agama dan bangsa.

Apa yang dibimbangkan, Melayu dan Bumiputera akan terhakis keistimewaan mereka di bawah perlembagaan sekiranya Pakatan Harapan dapat mentadbir negara.

Sejak dari pemerintahan Tun Mahathir lagi, bangsa Melayu mula berpecah-belah. Semuanya akibat daripada sikap penting diri, angkuh dan terlalu taksub untuk menguasai negara.

Tun Mahathir menjadi pemimpin de facto selama 22 tahun dan negara serta seluruh penghuninya hidup di bawah suara kekal Tun Mahathir. Perpecahan berlaku apabila Tun Mahathir mahu mengawal segalanya dan menyingkirkan siapa sahaja yang dikehendakinya.

Tsunami Melayu terjadi dalam PRU 1999 sehingga wujudnya persempadanan semula. Inikah lambang perpaduan Melayu yang Tun Mahathir maksudkan? T…

AKHIRNYA MAHATHIR MENGAKU PROTON CIPTAANNYA GAGAL DI BAWAH PENTADBIRANNYA

Image
Baru-baru ini Mahathir dalam satu kenyataan medianya membayangkan akan menubuhkan sebuah syarikat automatif yang baharu untuk menyamai syarikat Proton yang gagal di kawalselianya dengan baik sebagai Pengerusi sehingga menyebabkan kerugian dan bailout sepanjang penubuhannya di Malaysia.

Kenyataanya itu boleh dianggap sebagai gula-gula politik dimana bertujuan untuk meraih undi rakyat bagi menyokong Pakatan Harapan pada PRU-14 akan datang.

Selain itu, Mahathir dengan jelas menterjemahkan kegagalannya untuk membawa keuntungan kepada Proton sebagai pengeluar kereta nasional utama negara.

Rakyat sudah beri peluang kepada Mahathir dan kepimpinan Proton selama ini untuk bersaing diperingkat domestik dan antarabangsa.

Namun Proton gagal kerana sikap degil Mahathir yang tidak mahu menerima cadangan pihak lain antara faktor utama kegagalan Proton.

Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza dengan pandangan Mahathir maka orang itu akan menghadapi masalah samada dibuang ke…

Tolak PAS, HARAPAN Sedia 3 Penjuru

Image
KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kemelut dalaman PKR akibat kerjasama dengan PAS, Pakatan Harapan memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS. “Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14)…,” kata pemimpin-pemimpin kanannya dalam kenyataan tengah malam tadi. Kenyataan itu juga menyebut mereka sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru. Kenyataan itu dikeluarkan oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga timbalan presiden iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Madey Cakap Berbelit Belit.... Madey terdesak nak cari sokongan cina.. Adakah ini dikira: "matlamat menghalalkan cara "..

Image
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa bahawa dirinya tidak percaya kepada konsep ‘Ketuanan Melayu’ sebaliknya beranggapan bahawa seseorang yang mahu menjadi ‘tuan’ perlu bekerja keras dan bersaing dalam keadaan dunia semasa.

“Saya tak percaya kepada ‘Ketuanan Melayu’. Saya pernah beritahu (Presiden PERKASA) Ibrahim Ali bahawa jika anda pemandu, orang di belakang anda adalah ‘tuan’.

“Kita perlu menerima realiti. Jika anda mahu menjadi ‘tuan’, anda mesti bekerja keras, anda mesti bersaing, anda mesti mendapat pendidikan yang baik, anda mesti mempunyai sistem nilai yang baik,” katanya semasa bercakap di forum “Pelaburan China – Adakah Ia Terlalu Banyak?” yang dianjurkan Institut Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia telah mewujudkan formula yang baik untuk memastikan masyarakat berbilang bangsa dan agama dapat hidup secara harmoni dan aman.

“Sudah tentu, ia menjadi sangat sukar untuk mewu…

USAHA PAS UNTUK TAWAN SELANGOR HANYA SIA-SIA, RAMAL PENGANALISIS

Image
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjangkakan Pas tidak mempunyai peluang untuk menawan Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika parti Islam itu bertegas tidak mahu bersama komponen pembangkang lain melawan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata keputusan Pas untuk bersendirian dalam pilihan raya ini akan menyukarkan parti untuk mempertahankan kerusi sedia ada kerana tidak mendapat sokongan pengundi Cina.

Katanya strategi digunakan Pas yang bergabung dalam pakatan pembangkang semasa pilihan raya lalu memberi kelebihan kepada parti itu untuk beralih daripada sebuah parti nominal kepada sebuah parti dominan.

“Sebelum ini Pas mempunyai pakatan politik dengan mereka (DAP dan PKR) di mana itu memberi kelebihan memperoleh sokongan kaum Cina.

“Dulu, ianya satu strategi terbukti dan mereka berjaya beralih daripada sebuah parti daerah kepada parti nasional kerana ideologi mereka merentasi agama,” kata beliau kepada sebuah p…

INDONESIA DAKWA MALAYSIA TIPU MARKAH DALAM ACARA SILAT SUKAN SEA

Image
Indonesia terus cuba menimbulkan kontroversi selepas insiden bendera negara itu dicetak terbalik, apabila kali ini, menuduh Malaysia menipu dalam acara pertandingan silat sempena Temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Pengurus pasukan silat Indonesia, Edhy Prabowo mendakwa pesilat Malaysia, Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif diberikan mata terlalu tinggi sehingga membolehkan dua pesilat itu mendapat emas dalam kategori seni berganda lelaki.

Kata Edhy, markah yang diberikan kepada Taqiyuddin dan Rosli adalah hampir mustahil diperolehi seandainya format pemarkahan sebenar pertandingan silat digunakan.

“Tidak pernah dalam sejarah seni ganda lelaki pesertanya diberikan mata sebanyak itu.

“Tidak pernah berlaku hakim berikan 582 dalam kategori ini. Bukan kata 582, nak dapat 570 pun sangat susah,” kata Probowo,” kata Prabowo seperti dipetk portal berita Indonesia, Detiksport.

Tambah Edhy, beliau cuba mendapatkan penjelasan penganjur namun masih belum berhasil sehingga terpaksa mengguna…

ANJUR SOLIDARITI UNTUK ULTRAS MALAYSIA, PEMUDA AMANAH DIKRITIK NETIZEN

Image
Tindakan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menganjurkan solidariti untuk kumpulan penyokong bola sepak Malaysia, Ultras Malaysia (UM) sempena perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi meraih sokongan politik dikritik beberapa pihak yang menyifatkan tindakan itu sebagai menangguk di air keruh.

Seorang pengguna media sosial, Alwi Syafi’i berkata tidak wujud keperluan untuk bersolidariti terhadap isu yang timbul terutama melibatkan sistem jualan tiket yang lemah.

Katanya, sukan dan politik tidak wajar dicampuradukkan dan mencadangkan Amanah untuk menggunakan kaedah lain bagi menarik perhatian rakyat terhadap parti itu.

“Jangan campur aduk sukan dengan politik. Walau aku penyokong Amanah (Parti Amanah Negara), aku join (sertai) Ultras (Malaya) lebih awal pada sekitar awal 2010 seblum bersara dek kerana urusan keluarga dan kerjaya.

“Hal tiket, biarlah UM yang settle (selesaikan) dengan KBS (Kementerian Belia dan Sukan). Amanah fikirlah cara lain untuk tarik sokongan r…

RCI Skandal Forex BNM: Orang Atasan dan kejutan terhadap hidup saya – Juruaudit Pejabat Ketua Audit Negara

Image
mengenai skandal BNM RM31 bilion hari ini telah mencetuskan satu komen yang mengejutkan.

Siapa orang atasan yang begitu berkuasa sehingga dia boleh menghentikan Peguam Negara daripada bertindak atas perbuatan haram?

“Orang atasan” ini menyembunyikan dan membenarkan tindakan melanggar undang-undang selama bertahun-tahun yang mendedahkan Malaysia kepada kerugian berbilion ringgit setiap hari selama 3 tahun.

Inilah sebabnya mengapa Mahathir dan peguamnya telah cuba menghentikan RCI daripada diteruskan sebanyak 4 kali – tidak termasuk hari ini di mana peguam Mahathir telah meminta Pengerusi RCI menarik balik ringkasannya yang RM31.5 bilion (atau nilai hari ini adalah RM100 bilion) telah hilang?

Penyokong Pakatan tidak perlu bimbang mengenai nasib pengerusi mereka kerana dia telah mengatakan bahawa dia tidak akan meletakkan jawatan walaupun dia didapati bersalah.

Beliau adalah sebenarnya Mahafiraun yang tidak tahu malu dan menganggap dirinya sentiasa di atas semua undang-undang kerana neg…

Latheefa Koya melabelkan Naib Presiden PKR Rafizi sebagai 'Geng Ponorogo’ yang berperanan memecah belahkan parti.

Image
Latheefa juga menyalahkan Rafizi sebagai punca Anwar masuk penjara lebih awal ekoran Langkah Kajang yang gagal.

Kesian pulak Sotong Pandan ni, bila badan dah berbau tirai besi ramai yg mula menyalahkn dia. Malah anwar masuk pjara sabit kesalahan meliwatpun salah piji juga.

Rafizi sebelum ini menamakan beberapa pemimpin tertinggi PKR yang menyokongnya menjatuhkan Azmin termasuk Johari Abdul dan Saifuddin Nasution.

Ini ekoran perbalahan dalaman yg semakin ketara ekoran Presiden PKR, Wan Azizah dn azmin yg dilihat cuba meraih simpati PAS utk mengekalkn kedudukannya sebagai MB Sgor.

Aspirasi Rakyat terfikir jika Sgor berjaya dirampas dn kembali ke tgn BN apa akan jadi dgn Azmin dn kak Jijah selepas itu..?
Besar kemungkinan mereka hanya akn menjadi Maskot wayang kulit diusung kesana sini ikut telunjuk DAP utk gelanggang sarkis.

Harap tak lama lagi, terjawab semua dgn terdedah pendustaan dan fitnah madey

Image
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan berkata, tohmahan kononnya kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan ramai pemimpin akar umbi UMNO hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan keluar parti adalah satu fitnah dan retorik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Jelas beliau, itu semua hanyalah mainan politik yang digembar-gemburkan bagi memecah-belahkan perpaduan dalam UMNO termasuklah di Langkawi.

“Ini adalah tuduhan tidak berasas kerana kalau kita melihat daripada daftar pengundi di Langkawi misalnya, ramai anak muda yang begitu teruja untuk masuk UMNO. Saya sendiri ditanya bagaimana mahu menjadi ahli Pemuda dan Puteri UMNO.

“Bagi saya ini semua hanyalah mainan pembangkang dan pada hakikatnya isu ini bukan seperti digambarkan oleh mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Saidi, apa yang penting adalah UMNO perlu berada di landasan dan perlu berfikir bagaimana…

VIDEO: TUN M KUTUK PAS DAH LAH TAK PERNAH MENANG TAPI SUKA JADI PENGACAU

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak supaya PAS jangan jadi “pengacau” ketika gabungan yang diketuainya, PH cuba untuk menembusi Terengganu –kubu musuh parti pembangkang.

“Tolonglah, jangan jadi pengacau. Saya sedih dengan PAS ini. Tak pernah menang, tak boleh jadi kerajaan. Tapi masuk jadi pengacau. Nak pecah belah orang Melayu supaya BN menang,” katanya dalam ceramah ‘Selamatkan Malaysia’ dekat Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Turut berceramah bersama Dr Mahathir, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Pengerusi Amanah Terengganu, Dato Raja Kamarul Bahrin Shah.

Dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata PAS hanya mampu menawan paling banyak 13 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen ketika ia bertanding sendirian sepanjang 13 PRU yang lepas.

“Bila ia bekerjasama dengan DAP, mereka boleh menang 27 kerusi Parlimen. Jadi tak boleh kerajaan pun.

“Jadi bagaimana mereka boleh jadi ‘kingmaker’. Tolonglah, jangan jadi pengacau,” katanya.

Sementara itu, ketika Dr Mahathir menghadiri majlis perasmi…

Jentera PAS tidak akan jadi kuda tunggangan DAP, PKR lagi

Image
Jentera PAS tidak lagi akan menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sebagaimana berlaku dalam PRU ke-13.

Penegasan tersebut dibuat Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali dengan menjelaskan yang parti Islam itu tidak akan membiarkan jenteranya bekerja untuk memenangkan parti lain seperti sebelum ini.

“Apabila DAP dan PKR memenangi PRU ke 13 dengan bantuan jentera dan undi PAS mereka telah menyerang pelbagai agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Justeru, PRU ke 14 jentera PAS akan fokus kemenangan menerusi Gagasan Rakyat dengan bersaing menentang UMNO BN dan PH untuk menang minima 5 negeri dan menjadi parti dominan memerintah di peringkat persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada PH yang telah menutup pintu rundingan dengan PAS malam tadi serta mengerah semua jentera mereka untuk bekerja dan mengetuai kempen di negeri yang sudah pun diagihkan menjelang PRU.

“PH tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU14.

PKR komited pada Pakatan Harapan, 'diam' mengenai PAS

Image
PETALING JAYA: Mesyuarat biro politik PKR berlangsung selama tiga jam hari ini namun parti itu tidak mengumumkan sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam kenyataan satu perenggan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dibacakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata PKR komited mengukuhkan Pakatan Harapan (PH).

"Biro politik PKR  hari ini telah mengadakan mesyuarat mingguan dan telah membuat ketetapan bahawa PKR  komited kepada usaha memperkukuh Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14," kata Fahmi membacakan kenyataan Azizah itu.

Fahmi kemudiannya ditanya lanjut mengenai apakah pendirian PKR terhadap PAS pada ketika ini?

"Saya fikir kita akan lihat situasi dengan sewajarnya," katanya.

Hala tuju rundingan bersama PAS pada ketika ini semakin menimbulkan tanda tanya apabila kelibat beberapa pimpinan tertingginya tidak kelihatan.

Timbala…

MINTA MAAF : GUAN ENG TERUS MEMBISU....NAK TUNJUK POWER KER?

Image
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, terus mendiamkan diri daripada menjawab persoalan berhubung desakan supaya beliau membuat permohonan maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia susulan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu Sabtu lalu, yang menganggap tindakan agensi itu sebelum ini menahan EXCO kerajaan negeri, Phee Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’.“Saya akan mengemukakan kenyataan bila masanya tiba,” katanya ringkas ketika ditemui media di sini, hari ini.

Semalam, SPRM menegaskan akan menentukan sama ada tindakan undang-undang ke atas Guan Eng diambil secara tindakan sivil atau jenayah, pada 4 September ini.Ia susulan tempoh 48 jam yang diberi pada 25 Ogos lalu, meminta Guan Eng memohon maaf kerana menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’ tamat tanpa maklum balas.

Sabtu lalu, SPRM menegaskan permohonan maaf Guan Eng perlu dilakukan secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang …

MB YAKIN TIADA TSUNAMI POLITIK MELAYU DI FELDA

Image
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Nordin yakin tidak akan berlaku tsunami politik dalam kalangan Melayu khususnya daripada golongan masyarakat Felda.

Kawasan Felda di negeri ini masih merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekali gus akan membantu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Insya-Allah (Felda masih kubu kuat UMNO)…mana ada tsunami Melayu. Yang dikatakan tsunami Melayu itu hanya dakwaan dan tujuan DAP untuk mengekalkan tsunami Cina,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hak milik tanah Felda Ulu Penggeli, Kampung Seri Cahaya dan Kampung Ilham bawah Parlimen Sembrong, di Felda Ulu Penggeli, di sini hari ini.

Seramai 607 peneroka menerima hak milik tanah membabitkan 264 peneroka dari Felda Ulu Penggeli, Kampung Sri Cahaya (133) dan Kampung Ilham (210).

Hadir sama Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang R. Vidyananthan dan ADUN Paloh Teoh Yap Kun.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi…

Sukan SEA : 140 pingat emas pengubat duka tewas 1-0 bola

Image
Apa nak buat.Nasib tidak menyebelahi Malaysia dan terpaksa menerima kekalahan 1-0 ditangan pasukan Thailand pada perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA ke 29..

Ribuan penyokong Malaysia yang memadati Stadium Shah Alam Selasa malam terpaku melihat gol sendiri pada minit ke 39.

Ini bila penjga gol Haziq Nadzli tertepis bola ke belakang masuk dalam gawang ekoran dari tendangan sudut dari pemain Thailand.

Kekecewaan meraih ibu segala pingat itu terubat dengan prestasi hebat kontijen Malaysia yang sehingga Selasa malam berjaya meraih 140 pingat emas.

Ini sudah jauh melebihi sasaran asal 111 pingat emas yang dirangkul Isnin malam.

Masih ada lagi acara untuk rebutan pingat pada hari akhir Rabu.

PKR tolak 'Langkah Azmin' guna kenyataan satu perenggan Wan Azizah

Image
Inilah situasinya bila sudah tidak dapat lagi nak tutup pekong dalaman yang sedang membara dalam PKR sekarang.

Apa tidaknya kalangan wartawan yang membuat liputan mesyuarat mingguan Biro Politik PKR di ibupejabat parti itu dekat Petaling Jaya petang Selasa naik bingung dibuatnya.

Ramai yang menduga mesyuarat itu panas khususnya berkisar keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Isnin malam ia tidak akan berkerjasama dengan PAS dalam pilihanraya umum ke 14.

Semua ini gara-gara Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali terus berkeras hendak berunding untuk jalin kerjasama dengan PAS di Selangor hingga mencetuskan pertelagahan dalaman dalam parti itu.

Namun disebalik ini pimpinan PAS pusat berulangkali menegaskan mereka tidak berminat untuk berkerjasama dengan PKR atau Pakatan Harapan.

PKR kini mati kaki dan terpaksa berpegang kepada keputusan pimpinan Pakatan Harapan yang turut ditandatangani oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Itulah keput…

TUN MAHATHIR MOHAMAD TELAH DIKECAM OLEH ANAK MANGSA PEMBUNUHAN MEMALI,KEDAH.

Image
Anak kepada salah seorang mangsa dalam peristiwa Memali 1985 menuduh tangan Tun Dr Mahathir Mohamad “berlumuran” darah 14 orang yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian itu.
Mohamad Zuhdi Mat Piah mendakwa walaupun mereka tiada rekod jenayah, mereka diserang pihak berkuasa di sebuah kampung di Kedah.

Ini kerana kerajaan Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, bimbang kuasa dan pengaruh terhakis kerana pemimpin mereka – penceramah Ibrahim Mahmud, yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Beliau berkata meskipun dakwaan mengatakan penduduk kampung penjenayah dan komunis, risikan komando mendapati dakwaan tidak betul.

Beliau mendakwa mereka juga mendapati rumah Ibrahim dijadikan tempat pengajian agama.
Dalam catatan Facebook hari ini, Zuhdi, yang berusia 1 tahun ketika itu, berkata bapanya Mat Piah Yunus ditembak 14 peluru raifal M14.

Walaupun terselamat, Mat Piah diikat rantai besi di hospital yang sedang merawatnya selama beberapa bulan sebelum ditahan di …

Mahathir Kena Pertikai Pertambahan Pengundi Di Kawasan DAP

Image
TAHUKAH anda bahawa 38 kawasan parlimen yang dikuasai DAP mengalami pertambahan mendadak pertambahan pengundi berjumlah hampir setengah juta?  Kemenangan luar biasa Teresa Kok dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu dikatakan juga bertitik tolak dengan penambahan pengundi Cina di kawasan Seputeh.

Namun perkara ini bagaikan tidak memberi kesan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memilih untuk mempertikaikan peningkatan mendadak jumlah pengundi di kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan yang Mahathir nyaris kalah dalam pilihan raya umum 1999 kerana “insiden mata lebam” Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia berlaku beberapa minggu selepas Mahathir, ketika itu perdana menteri, memecat Anwar sebagai timbalannya.

Anwar selepas itu didakwa atas tuduhan meliwat dan rasuah dan dilihat hadir dengan mata lebam di mahkam…

Kena Perlu Tunggu Ker?.... Untuk Ambil Tindakan Terhadap Lim Guan Eng?

Image
Benarlah kata orang tua-tua, membuat permohonan maaf adalah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tidak kira samada dia bersalah atau pun tidak, untuk membuat permohonan maaf kadang kala dilihat seperti menjatuhkan maruah sendiri walhal itulah tindakan yang paling mulia yang perlu dilakukan oleh setiap manusia.

Namun, lain pula halnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Dalam satu kenyataan ketika mengulas tentang penahanan Exco Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, dia dilaporkan menuduh penahanan Boon Poh adalah penahanan secara haram oleh SPRM bagi memburukkan imej kerajaan negeri.

Kenyataan Guan Eng ini pantas dikecam oleh SPRM yang meminta Ketua Menteri berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam atau berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh SPRM.

Seperti yang dijangkakan, Lim Guan Eng kekal dengan egonya dan langsung memohon maaf secara terbuk…

TIDAK PERCAYA KETUANAN MELAYU, PERKASA MASIH MEMBISU?

Image
Apabila Mahathir mengaku tidak percaya kepada ketuanan Melayu, ramai yang sangsi dengan kenyataan tersebut, sehinggalah berlegarnya video ucapan dari mantan Perdana Menteri itu. Jelas, nyata dan terang, bahawa itu memang pengakuan yang dibuatnya.

Tiada siapa yang sangka, dengan indoktrinisasi selama 22 tahun menjadi perdana menteri, sekali lagi kita dikejutkan dengan ucapan berstatus “u-turn”, demi kelangsungan politik mengikut acuannya. Anehnya, PPBM sendiri berpaksikan ketuanan Melayu, dengan tujuan penubuhan yang mirip dengan UMNO. Mengapa begitu jika tidak percaya kepada ketuanan Melayu?

Lebih aneh lagi, kita tidak pula mendengar sebarang kritikan atau ulasan dari panglima-panglima PERKASA, yang selalunya garang bak harimau apabila ada kenyataan-kenyataan yang menafikan ketuanan Melayu. Di mana hilangnya suara PERKASA?

Kelmarin dulu, bukan main garang lagi melulu apabila membuat tuduhan sewaktu majlis pelancaran projek ECRL. Isu bendera Indonesia terbalik pada Sukan SEA juga tida…

NIK NAZMI PEMIMPIN “WHATSAPP”....IKUT KEPALA DIA SAJA

Image
KRISIS kepimpinan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin meruncing. Kini ianya diburukkan lagi dengan masalah integriti yang dilihat semakin menjadi barah dalam parti tersebut. Mereka tidak boleh memberi alasan bahawa tindakan mereka itu selari dengan perkembangan teknologi dan arus media sosial.

Penggunaan teknologi dalam urusan rasmi masih belum diguna pakai sepenuhnya dalam negara kita. Oleh itu tindakan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad memecat ketua Pemuda PKR Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran melalui pesanan dalam aplikasi WhatsApp dilihat amat tidak wajar.

Tindakan beliau bukan sahaja tidak wajar malah ianya didakwa sebagai tidak mengikut peraturan parti. Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan turut mendakwa keputusan yang dibuat oleh Nik Nazmi adalah secara unilateral tanpa melalui perbincangan sewajarnya.

“(Keputusan itu) tanpa melalui mesyuarat Biro Politik Pemuda mahupun pimpinan Pemuda PKR Pusat yang tidak bersidang sejak Mac 2017 dan tanpa melalui pro…

RAFIZI BUKA PEKUNG PKR

Image
BUNGA-bunga perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ketara. Apatah lagi apabila Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sendiri mula membuka pekung dan aib parti kesayangan Anwar Ibrahim tersebut. Dan kita tahu bahawa untuk Rafizi berbuat sedemikian bukan lah mudah memandangkan beliau merupakan antara “hardcore” PKR yang menyerang kerajaan Barisan Nasional tanpa henti selama ini.

Beliau mendedahkan kepincangan di kalangan pucuk pimpinan parti itu, dengan berkata pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik yang berkuasa menentukan hala tuju parti sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati.

Perkara tersebut berlaku sejak Anwar Ibrahim dipenjarakan pada Februari 2015 dulu atas kesalahan jenayah liwat. PKR kini berada dalam keadaan yang cukup rapuh. Kepimpinan kanan PKR terlalu kerap membelakangi keputusan Biro Politik.

Ketika pilihan raya Sarawak pada Mei 2016, keputusan mengekalkan persetujuan pembahagian kerusi di kalangan anggota Pakatan yang d…

AMBIGA AKUI DIA ‘CUAK’ BN MENANG 2/3 DALAM PRU14 INI...TAKUT ADA SEBABNYA

Image
Datuk Ambiga Sreenevasan melahirkan kebimbangan bahawa BN bakal memperolehi semula majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, yang telah dinafikan oleh gabungan pembangkang pada dua pilihan raya sebelum ini.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata, senario berkenaan bakal menjadi kenyataan jika pemimpin Pakatan Harapan yang masih mahukan pertandingan tiga penjuru tersilap dalam perhitungan mereka.

Justeru, Ambiga memberi amaran supaya tidak mengambil risiko dan menasihati HARAPAN agar terus berunding dengan PAS untuk memastikan pertandingan satu sama satu pada pilihan raya.

“Saya tidak pernah menyokong pertandingan tiga penjuru kerana sebahagian besar kes pada masa lalu, kecuali di mana calon ketiga adalah Bebas, BN mempunyai kelebihan,” katanya kepada Malaysiakini.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata terdapat kajian bagi membuktikan perkara itu, tetapi pada masa yang sama, beliau mengakui terdapat kajian yang menyatakan …

Veteran British sertai perarakan Hari Kebangsaan

Image
SEPANG: Seramai 39 veteran tentera British yang berjuang ketika zaman komunis dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi, bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Pegawai Perhubungan Antarabangsa Persatuan Veteran Malaya dan Borneo (NMBVA) United Kingdom (UK), John Measham, berkata semua veteran yang berumur lingkungan 70-an itu akan terbabit dalam perarakan di Dataran Merdeka, Khamis ini.

"Kami sangat gembira dijemput untuk terbabit dalam sambutan Hari Kebangsaan Malaysia kali ini, malah ahli keluarga turut hadir menyaksikan sambutan hari bersejarah ini.

"Pelbagai kegiatan dirancang sepanjang dua minggu kami berada di sini termasuk melawat Tanah Perkuburan Perang di Cheras, Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Measham yang pernah berkhidmat selama dua tahun di negara ini berkata, banyak kenangan pahit dan manis bermain di fikirannya sebaik tiba ke Malaysia.

"Malaysi…

PASTIKAN CALON MB DAP INI KALAH PADA PRU-14 AKAN DATANG

Image
Cubaan DAP meletakkan proksinya untuk menjadi MB NEGERI SEMBILAN terserlah apabila beberapa orang pemimpin DAP telah mengetengahkan Aminuddin Harun dalam setiap ceramah dan kempen mereka.

DAP tahu mereka tidak boleh bergerak sendiri untuk merampas tampuk pemerintahan Barisan Nasional di Negeri Sembilan.

Usaha DAP adalah dengan menggunakan calon Melayu yang datangnya dari parti lain seperti PKR dan AMANAH untuk diketengahkan. Tapi dalam isu calon kepimpinan MB di Negeri Sembilan Aminuddin Harun adalah calon DAP yang sebenar.

Aminuddin Harun adalah YB PKR Sikamat yang menang hanya mendapat majoriti 510 undi pada PRU 13 yang lalu. Namun, rakyat dan penduduk DUN sekitar Sikamat mengeluh kerana mereka tidak dipedulikan oleh ADUN mereka selepas tamat pilihanraya.

ADUN Sikamat itu akan mengadakan majlis dan program terpilih sahaja yang melibatkan ahli dan para penyokongnya sahaja. Manakala rakyat yang tidak pro kepadanya ditinggal begitu sahaja.

Aminuddin Harun hanya dipergunakan DAP untuk …

GANTUNG PENGAJIAN DAN DENDA TAPI MEREKA TIDAK SERIK LAGI UNTUK TERUSKAN SAMAN

Image
Ketika mula mendaftarkan diri ke universiti untuk menjadi pelajar, mereka bersetuju mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak universiti.

Tapi bila diambil tindakan dan juga dikenakan hukuman oleh pihak universiti mereka tidak tidak sedar bahawa mereka telah melanggar akta AUKU yang diperuntukkan disetiap universiti yang beroperasi di Malaysia.

Adik-adik, masuk Universiti adalah untuk belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan. Apa yang lebih penting kamu jangan mengecewakan harapan ibubapa dan diri sendiri. Bila sudah didapati bersalah dengan tindakan kamu jadikanlah ia sebagai satu pengajaran.

Tindakan kamu yang dihasut oleh pemimpin pembangkang untuk menyaman universiti adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Sepatutnya kamu insaf dan menjauhkan diri dari kegiatan politik songsang yang diamalkan oleh pembangkang yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas anak muda seperti kamu.

Mahkamah mengambil keputusan untuk menolak saman mereka kerana mendapati AUKU tidak bertentangan dengan Perl…

PAKATAN HARAPAN SEDIA GULINGKAN PAS - CARA MAHATHIR CABAR PAS...UDAH LAH MADEY INGAT SIKIT

Image
Mahathir dalam ceramahnya di Kelantan baru-baru ini menyeru agar PAS tidak menjadi pengacau dalam usaha PH menawan Kelantan dan Terengganu.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga memperlekehkan keupayaan PAS yang dianggap lemah dari segi mentadbir Kelantan sejak mereka memegang tampuk pemerintahan.

Oleh itu sebagai gula-gula untuk menawan Kelantan dan Terengganu, Mahathir telah menawarkan PH sebagai pengganti kerajaan yang sedia ada untuk melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan efisyen.

Memang sifat Mahathir dari dulu lagi "ANTI PAS" segala kemudahan yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan dan Terengganu semasa 22 tahun pemerintahannya disekat dan dicatu.

Kebajikan rakyat di sana diabaikan sehingga kehidupan mereka terlalu daif dan menyebabkan anak muda mereka terpaksa keluar dan berhijrah dari Kelantan dan Terengganu.

Kemenangan kerusi Parlimen PAS yang terlalu sedikit pada dipilihanraya yang lalu juga dipertikaikan Mahathir kerana usaha PAS yang tidak mahu bekerjasama de…

Pergaduhan dalaman PKR antara peguam, Latheefa Koya dengan Rafizi Ramli semakin teruk...last2 UMNO pula kena

Image
Latheefa yang juga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak berpuas hati dengan Rafizi susulan gesaan supaya satu kongres khas diadakan bagi menentukan hala tuju hubungan dengan Pas semalam dan membidas Ahli Parlimen Pandan itu sambil mendakwanya ‘barah’ kepada pembangkang.

“Yang marah-marah saya sebab posting ini- sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media.

“Ini namanya tindakan bacul. Dia bertanding dulu dalam parti – bawa cerita palsu, minta backing dari orang-orang berpengaruh – tetap kena reject oleh anggota.

“Sekarang ini guna dia punya NGO- kutip duit pastu – dia guna duit ni untuk memecahbelahkan cabang. Bukan utk memantapkan parti tapi sebaliknya bagi huru-hara sebagai strategi ponorogo,” dakwa Latheefa dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.

MAHATHIR PERLU HORMAT PAS – PENGANALISIS POLITIK....MUKA TIDAK SEDAR DIRI

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad perlu lebih menghormati PAS, ujar Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Ini katanya sesuai dengan kedudukan parti Islam itu yang sudah lama bertapak dalam politik negara berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru setahun jagung.

Selain itu ujar beliau, Mahathir juga perlu lebih konsisten di dalam menangani PAS supaya kenyataan beliau tidak menjadi bahan gelak ketawa masyarakat.

“Jika diteliti, kenyataan Tun (Mahathir) sejak kebelakangan ini banyak bercanggah antara satu sama lain menyebabkan kita terfikir apakah beliau bercakap sesedap rasa sahaja tanpa didasarkan kepada pendirian dan strategi tertentu.

“Kenyataan terbaru beliau menggesa PAS tidak bertindak sebagai pengacau yang akan memecahkan sokongan pengundi Melayu supaya Barisan Nasional (BN) menang membayangkan beliau sedar kemampuan PAS untuk menafikan kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“Ini berbeza daripada kenyataan beliau …

Mengintai Azmin... setelah Pakatan Harapan tutup pintu rundingan dengan PAS...Azmin Sudah Takut Hilang Kuasa Lah Tu

Image
Gerak langkah Datuk Seri Azmin Ali kini menjadi perhatian ramai setelah pimpinan Pakatan Harapan Isnin malam buat keputusan tegas menolak usahanya untuk 'mengurat' PAS bagi menjalin kerjasama politik di Selangor pada pilihanraya umum ke 14.

Apakah beliau akan berkeras lawan tauke atau tunduk menyepi merintih kecewa.

Kalangan pemerhati yang masak dengan sepak terajang politik dalaman PKR di Selangor cukup faham apa yang tersirat dan tersurat disebalik langkah Azmin.

Dari congak...ramai yang merasakan tanpa dokongan PAS Azmin mungkin terpaksa ucap selamat tinggal kepada jawatan Menteri Besar Selangor.

Jadi tidak menghairankan 'kartel Azmin' hendak bergayut pada PAS dan melawan arus sentimen rakan-rakan komponen lain dalam Pakatan Harapan yang tidak mahu apa-apa kaitan dengan parti itu.

DAP dan Parti Amanah (PAN) memang tidak boleh pandang sebelah mata pun pada PAS setelah bercerai dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rakan baru Pakatan di…