NIK NAZMI PEMIMPIN “WHATSAPP”....IKUT KEPALA DIA SAJA

KRISIS kepimpinan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin meruncing. Kini ianya diburukkan lagi dengan masalah integriti yang dilihat semakin menjadi barah dalam parti tersebut. Mereka tidak boleh memberi alasan bahawa tindakan mereka itu selari dengan perkembangan teknologi dan arus media sosial.

Penggunaan teknologi dalam urusan rasmi masih belum diguna pakai sepenuhnya dalam negara kita. Oleh itu tindakan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad memecat ketua Pemuda PKR Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran melalui pesanan dalam aplikasi WhatsApp dilihat amat tidak wajar.

Tindakan beliau bukan sahaja tidak wajar malah ianya didakwa sebagai tidak mengikut peraturan parti. Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan turut mendakwa keputusan yang dibuat oleh Nik Nazmi adalah secara unilateral tanpa melalui perbincangan sewajarnya.

“(Keputusan itu) tanpa melalui mesyuarat Biro Politik Pemuda mahupun pimpinan Pemuda PKR Pusat yang tidak bersidang sejak Mac 2017 dan tanpa melalui proses konsultasi dengan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap Pemuda,” katanya dalam satu kenyataan.

Para penganalisis politik juga turut tidak menyangka Nik Nazmi mampu bertindak sejauh itu hanya berdasarkan memorandum yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin Pemuda PKR Kelantan yang tidak sah, susulan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda peringkat cabang.

Memorandum yang mempertikaikan pendirian Pemuda PKR Kelantan meneruskan hubungan dengan kerajaan PAS Kelantan dilihat bertentangan dengan tindakan pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor yang terus mempertahankan kerjasama dengan PAS dalam pentadbiran kerajaan negerinya. Malah Nik Nazmi sendiri merupakan anggota exco Selangor.

Pemimpin kanan PKR dilihat “cakap tak serupa bikin”. Mereka bekerjasama dengan PAS Selangor dibolehkan namun perkara tersebut dianggap sebagai “salah besar” apabila PKR Kelantan cuba berbaik-baik dengan PAS Kelantan.

Kami ingin berpesan kepada kepimpinan PKR, rakyat melihat hipokrasi anda. Segala perkara yang anda lakukan tidak dianggap salah asalkan ianya menurut kehendak anda. Sesungguhnya dalam kehidupan kita peraturan alam tidak begitu. Perkara yang salah akan tetap salah, begitu juga perkara yang betul. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL