Posts

Showing posts from September, 2011

BN Turunkan Calon Diterima Rakyat, Mampu Menang

Barisan Nasional (BN) akan menurunkan calon boleh menang dan diterima pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Katanya, kedua-dua kriteria itu merupakan pertimbangan asas dalam pemilihan calon yang ditentukan BN.Ekoran itu, beliau berkata, wujud keperluan untuk mengekalkan calon berpengalaman dan menggantikan pemimpin yang perlu ditukar dengan muka-muka baru.
"Ia bukan perkara baru. Kita sudah lakukan perubahan setiap kali pada pilihan raya. Cuma jumlah calon itu agak berbeza," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia di sini, Jumaat.
Menurut beliau, calon yang diturunkan BN kelak akan terdiri daripada gabungan orang muda dan pemimpin berpengalaman selepas menerima maklum balas daripada rakyat.
"Kalau kita letak calon, walaupun dia ketua bahagian tapi kalah sebab rakyat tidak suka, dia tak boleh kekal sebagai calon. Ada segelintir pihak sudah jemu deng…

Guan Eng Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Jumaat mengemukakan permohonan maaf terhadap Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail berhubung kenyataannya yang mendakwa Johor sebagai negeri yang tidak selamat dan sarang penjenayah.
Beliau membuat kenyataan maaf tersebut pada sidang media di bangunan Komtar pada pukul 1.10 petang di sini.

SANDIWARA PEMBANGKANG

Image
Dengan cara halus lagi licik,sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan TGNA ( Datuk Nik Aziz Nik Mat).
Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam (Rabu malam) bermakna "kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!".
Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam (28 September). Itu antara ulasan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin mengenai keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang Rabu malam.Baca lanjut komentar bekas Ahli Parlimen PKR ini dihttp://zul4kulim.blogspot.com/

PAKATAN PEMBANGKANG TERMASUK PAS TOLAK HUDUD- DULU KAFIRKAN ORANG UMNO

Image
Sekarang apa nak dikatakan lagi Puak Puak PAS ni dalam mesyuarat pakatan rakyat semalam menolak mentah mentah cadangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud.Habis tu buat apa PAS dalam pembangkang.Ha ha ha ha akhir sekali UMNO jugak yang kena.Pusing Pusing situ juga.Itu namanya Benggong Namanya.Inilah mainan politik PAS untuk PRU13 nanti,Jangan lupa ada  segelintir penyokong mereka sudah muak dengan mainan politik PAS sekarang ni.


Cakap Nik Ajis bagaikan betul betul untuk melaksanakannya.  Tiba Tiba UMNO yang dijadikan mangsa.

Isu Hudud Keputusannya Dah Tahu

Image
Walaupun majlis pimpinan pembangkang akan bermesyuarat Rabu malam menentukan Konsensus isu hudud yang menyebabkan pertembungan PAS-DAP, sudah ramai dapat agak kesudahan episod terbaru hubungan parti pembangkang itu termasuk PKR.
Sebelum ini, jika ada perbalahan sama ada babitkan tiga parti itu, penyelesaian mudah.
Biasanya, mereka kata perselisihan pendapat dan itu biasa dalam mana-mana parti politik.
Namun, paling kerap pembangkang akhirnya menunding jari kepada UMNO dan media yang kononnya berpihak kepada kerajaan.
Pembangkang cukup pandai cover up atau main silap mata tutup pekung masing-masing.

Ini semua drama yang dimainkan mereka, ini skrip-skrip drama. Lepas ini mereka akan duduk baik-baik. Ini skrip satu, skrip dua..drama tiga dan seterusnya

Tutup Mulut:Kerana Mulut Badan Binasa

Image
1 M berasa terlalu meluat,Lebih lebih lagi yang berbaju Biru tu.Kenapa Puak puak Pembangkang asyik menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional.Tak Kira apa apa masalah timbul isu semuanya salah UMNO.Jahat sangat kah UMNO dan Barisan Nasional ni?


Lihatlah:
Untuk mengambarkan ‘ tak ada hal ‘ ketiga-tiga mereka beraksi ambil gambar gengam tangan tanda perpaduan.Ini Semuanya Adalah Wayang Semata mata untuk menunjukkan kepada rakyat.Boleh
Blahhhhhhhh.


Tengok dalam TV3 tadi memang berbulu betul,Serentak dengan itu seperti biasa beliau mendakwa isu ini sengaja diperbesarkan oleh media yang dikuasai kerajaan untuk porak perandakan pembangkang.
Puak Ini memang layak dipanggil Dajal.

Suasana Di Bangsar South Rumah Terbuka UMNO-Nurul Izzah Tengok Mesti Berbulu

Image
Suasana sungguh meriah kira kira hampir 20 ribu yang datang majlis rumah terbuka pemimpin UMNO,Raja Nor Chik sedang berucap ketika majlis makan.










Gambar Lim Guan Eng berbasikal Dengan PM-Sakit Mata Tengok.

Image
1 Malaysia tengok Lim Guan Eng berbasikal dengan PM kita ini memang macam otak betul jer.Semua yang lain pakai baju putih,Muka tak tahu malu ker?Nak cari glamour kot..Pegiiiiiii lah.

Inilah Pemimpin Politik Main Wayang Dekat PRU 13 ini.

Image
Inilah pemimpin flip flap dan wayang lebih apabila dekat pru 13 ni,yang PAS itu mahu menjaga hati melayu kerana merasakan orang melayu sudah menolak mereka dan yang satu lagi tu DAP mahu menjaga hati orang  Cina dan India disebabkan Isu Hudud kembali dimainkan oleh PAS.
APA APA KITA TUNGGU DAN LIHAT JER AKHIRNYA BERPELUKAN ANTARA SAMA LAIN.

Gambar PM Di Perak

Image
Inilah Keistimewaan PM kita pada rakyat Malaysia.

Si Kapal Dengan Video Pada Hukum Hudud.

Lihatlah apa yang Si Kapal katakan pada PAS hukum hudud,Puak Puak PAS silalah dengar dan paham apa yang dimasukkan Si KAPAL itu.Jangan jadi pak turut jer.Tapi PAS cakap hanya pendapat peribadi Si Kapal.Eh Siapa dia Si Kapal tu..Orang tertinggi dalam DAP.

LANGKAH MAYAT AKU DULU LAH.

PAS OH PAS

1 M merasakan sesuatu tidak kena dengan PAS semenjak ini,Tiba tiba Isu Hudud terkeluar.Adakah dekat PRU kot?Atau merasakan orang melayu sudah menjauhi parti PAS.Baham sudah terasa atau rasa tergugat kedudukan PAS sekarang...lebih lebih lagi rumah terbuka dibuat oleh UMNO  memang cukup memberangsangkan dan Kehadiran orang ramai cukup meriah berbanding dengan  PAS.Adakah PAS rasa partinya sekarang ini kedudukan tidak selesa kerana melihat orang melayu sudah kembali kepada UMNO.

Isu Hudud Kembali Lagi Di Kelantan Tak Habis Habis..Dekat PRU 13 Ni.

Image
Nik Aziz plak apasal berkait dengan DR Mahathir plak..kenapa isu ini dihidupkan kembali.Jangan lah di ungkit lagi isu isu yang lama tu.Sudah sudahlah...DAP secara terang terangan membantah.Nantikan apabila Si Kapal ni keluarkan kenyataan Isu Ini..Nik Aziz cakap pulak itu pendapat peribadi...Ha hahaha.Ini semuanya hanya lakonan PAS semata mata untuk pancing undi.Rakyat kelantan sekarang sudah sedar,Jangan terkejut nanti apabila PAS di Kelantan akan Tumbang pada PRU 13.Jangan Dalih dalih lagi buat jer..hukum Dudud Tu.Kita tengok apa akan jadi?

BN Perak mahu wakil rakyat yang tidak dicalon terima dengan terbuka

Image
Bagilah yang lain pulak,Jangan ada hasad dengki dan Jas keting.


Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan semula dalam pilihan
raya umum akan datang diminta menerima perkara itu dengan hari terbuka demi masa
depan parti, kata Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menteri Besar Perak itu berkata, mereka mesti menghormati ketetapan yang
dibuat pucuk pimpinan mengenai kriteria calon yang bertanding adalah yang
disukai, boleh menang dan mendapat sokongan pengundi di kawasan itu.
Saya minta mereka pandang semula ke belakang dan lihat bagaimana orang
lain membantu mereka untuk menang sebelum ini dan janganlah ada sikap iri hati.
"Sebelum mereka menang dan menjadi wakil rakyat mereka ini disokong dan
dibantu orang lain dan saya harap tidak berlaku perkara sabotaj," katanya kepada
pemberita selepas mempengerusi mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini, hari
ini.
Dr Zambry berkata, semua bekas wakil rakyat perlu mengambil
pendekatan itu dan …

MAT SABU Selepas Keluar Makamah

Image
Muka Masam dan marah lebih lebih lagi keadaan sekitar dengan orang disekelilingnya termasuk wartawan bertanya soalan.Tentu Malam nanti apa seterusnya jadi...Padan Muka Engkau.Tak pasal pasal  Kantoiii.

MAT SABU Tidak Mengaku Salah...Di Makamah.

Image
Inilah Orangnya bagi ceramah tanpa pakai akal semasa berucap,Ikut sedap mulut nya sahaja apabila mengatakan sesuatu perkara.Macam ni ker Seorang Timbalan Presiden PAS,Ha ha ha merangkap Presiden PAS akan datang.Fikir Fikir kan lah semua.

Mohamad Sabtu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth pagi Rabu atas Sesyen 500 Kanun Keseksaan MENGAKU TIDAK BERSALAH.Timbalan Presiden PAS itu dikenakan ikat jamin RM15,000.Beliau didakwa memfitnah anggota polis dan tentera.

Suasana Bergambar TPM Di Terengganu

Image

Hudud belum sesuai dilaksanakan: Dr Asri

Image
Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak
kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak
melaksanakan hukum itu, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul
Abidin.
Katanya, jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan
ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.
"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan
kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun
dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita di
sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang
Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan
yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan
sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, sepe…

Puak PR Tak Habis Memburukkan Kerajaan.

Image
Isu terbaru adalah Isu pendatang asing pula.Sanggup buat apa saja untuk mengatakan kerajaan malaysia terdesak untuk mendapatkan undi.1 Malaysia rasa tak payahlah buat bermacam macam isu.Puak Pembangkang dah rasa baham kekalahannya.Contohnya Rumah Terbuka yang di Anjurkan oleh pemimpin UMNO.hehheheh takut dengan bayang sendiri.

Isu ISA dah habis,Apa lagi Puak Puak ni nak cakap lagi.

PKR Sarawak Bakal Lumpuh Gara-gara CCTV, Video Seks

Image
PKR Sarawak akan lumpuh! Itulah gambaran yang boleh digambarkan mengenai situasi yang menimba PKR Sarawak sekarang apabila beberapa pemimpin kanan PKR Sarawak mengambil keputusan keluar parti.
Jimmy Donald, Ketua PKR Sri Aman bersama Ketua PKR Kapit, Munan Laja, Ketua PKR Serian, Jonas Riong dan beberapa pemimpin lain seperti Matthew American dan Dr John Brian, blogger Dayak Baru secara rasmi telah mengumumkan keluar parti.
Surat perletakkan jawatan mereka telah disampaikan kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.
Menurut Jimmy, selepas ini akan ramai lagi ahli-ahli dan pemimpin PKR di peringkat bahagian akan mengumumkan keluar parti termasuk kesemua ahli-ahli PKR Sri Aman. Hanya menunggu sedikit masa lagi dan ini akan menyebabkan PKR Sri Aman akan tutup kedai.
Ditanya mengapa mereka mengambil keputusan drastik ini, Jimmy menjelaskan mereka berasakan hala tuju PKR Sarawak sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal. Ditambah pula dengan kes video seks Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ber…

Video Konvokesyen BN Di Shah Alam

20 anggota PAS Permatang Pasir di Bandar Baharu keluar parti

Seramai 20 anggota PAS ranting Kampung Permatang Pasir di sini, yang kecewa dengan tindak tanduk Timbalan Presiden parti, Mohamad Sabu akhir-akhir ini, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Mereka diketuai Saridan Md Noh, 42, menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bagan Samak dan Pekan Bandar Baharu, di Wakaf Bandar Baharu, di sini, semalam.
Lebih ramai lagi rakan-rakannya daripada PAS Permatang Pasir dan beberapa lagi dalam daerah Bandar Baharu akan bertindak mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat, katanya kepada pemberita di sini.
Saridan berkata, kumpulan yang mengikutnya keluar daripada parti itu sebenarnya menjadi anggota aktif parti itu sejak tiga pilihan raya umum lalu iaitu sejak 15 tahun lalu.

Beliau mendakwa anggota PAS di Bandar Baharu bagaikan 'anak ayam kehilanga…

Betul Ker Orang Kuat PAS akan Menyertai UMNO?

Image
Kalau betul lah,1 Malaysia amat bersyukur terutama sekali ada pemimpin tertinggi PAS untuk menyertai UMNO,1 Malaysia memang respect kat PAS sebelum PRU 12.Tetapi selepas Menang PRU 12 dan bergabung dengan DAP,1 Malaysia melihat bergitu meluak terhadap PAS dan lebih lebih lagi sekarang semenjak MAT SABU menjadi Timbalan Presiden PAS.Macam macam Isu dilontarkan tanpa asas.Lihatlah Isu Komunis sampai sekarang belum reda lagi.


Exco Kerajaan Selangor Hassan Ali dan ahli parlimen Bachok yang juga bekas
Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dikhabarkan sudah berunding dengan
Hishamuddin Hussein bagi "memproses" permohonan mereka menyertai Umno.

Sila Rujuk SINI

Jangan Fikir Kedudukan, Tumpukan Tanggungjawab Parti – Najib

Image
Inilah kata kata PM kita supaya Pemimpin Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak memikirkan soal kedudukan, jawatan dan pangkat dalam parti sehingga lupa kepada tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pemimpin meminggirkan pemikiran sebegitu kerana tidak menguntungkan parti, dan harus mempunyai prinsip kepimpinan BN untuk membantu rakyat.
“Pemimpin BN yang tulen dan berhimpun atas semangat dan prinsip BN. Kalau ada orang yang susah, kita tak tanya dia kaum mana dan warna kulit apa. Siapa yang susah dan wajar dibantu. Pemimpin BN perlu terpa ke hadapan untuk bantu golongan yang susah,” katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini.
Beliau yang  juga Pengerusi BN Selangor berkata, berkhidmat untuk masyarakat harus dilakukan pada setiap masa dan tidak hanya menunggu ketika musim pilihan raya, baru hendak turun untuk bertemu dengan rakyat.
“Saya tak mahu ada mentaliti tak ada dalam pilihan raya kita dalam kelomp…

CCTV warna dan jelas naik turun lif…Apa Anwar nak jawab kali ini?

Image
Satu rakaman CCTV yang menunjukkan individu mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah sedang masuk dan keluar lif pada 21 Februari 2011 sudah tersebar di youtube pagi Sabtu. Berdasarkan tarikhnya mereka dipercayai masuk dan keluar lif apartmen di mana didakwa lokasi berlaku adegan video seks yang heboh baru-baru ini.
Rakaman CCTV itu lebih jelas kerana mempunyai warna, individu mirip Anwar dan Eskay itu kelihatan masuk ke lif jam 10.09 minit malam dan keluar pada jam 10.52 minit malam.
Eskay mendakwa beliaulah orang yang bersama Anwar ke lokasi berkenaan.
Gambar Eskay juga ada dalam video adegan aksi seks yang tersebar sebelum ini.
Adalah menjadi kebiasaan setiap apartmen atau hotel letak CCTV di kawasan lif untuk keselamatan.
Setakat ini tidak dapat dipastikan CCTV ini diambil dari pihak hotel atau dirakam oleh pihak lain.
Video berdurasi 3 minit 48 saat dimuat naik ke laman sosial youtube pada alamat http://www.youtube.com/watc…

Video Majlis Perkasa Balun MAT SABU (PAS).Perasaan Sedih dan Ketawa Pun Ada.

Pembuka bicara Dato Presiden 

Datuk Zulkifli Ab Rahman 

 Prof Kamaruddin Kachar


                                                 Bekas Pengarah SB, Lt Hen (B) Jaffar Onn


Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam 


PM umum Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan terus…

Image
Taniah PM kita untuk menambahbaikan undang undang negara kita semoga Aman dan Damai.




BERIKUT IALAH TEKS UCAPAN PENUH DATUK SERI NAJIB

PERUTUSAN KHAS HARI MALAYSIA OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2011

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.
2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah …

PM Kita akan Umum Pembaharuan Penting Malam Ini.

Image
Pembaharuan politik, sosial dan keselamatan secara menyeluruh adalah antara yang ditekankan dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen kerajaan dan swasta malam ini.

Ini dah over... PR tuntut BN runding tarikh pilihanraya dengan mereka dulu...

Image
Beri betis hendak paha, itulah perumpamaan yang sesuai tentang gelagat pemimpin Pakatan Rakyat kini yang tak habis-habis cuba ubah apa yang selama ini termaktub dan diterima majoriti rakyat.
Terbaru, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, meletakkan tuntutan supaya BN dan PR berbincang dan menetapkan tarikh pilihanraya secara bersama, sebagai lima pra syarat sebelum PR Jawatankuasa Terpilih Parlimen pembaharuan proses pilihanraya.
Tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.
Mengakui bahawa tidak pernah berlaku sejarah ada satu muafakat untuk tetapkan tarikh pilihanraya, Salahuddin berkata, "kalau berlaku apa salahnya kita duduk bersama. Kita boleh buat tentang satu kerjasama untuk tetapkan bersama tarikh pilihan raya umum ke-13,” katanya pada sidang media PR pada Selasa.
Paling biadap dalam kenyataan tersebut adalah ugutan Salahuddin terhadap kerajaan bahawa jika kerajaan tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 maka perhimpunan Bersih 3.0 akan digerakka…

Lagi lagi MAT SABU

Image

Bukit Kepong VS rakaman perbualan seks : kenapa Mat Sabu berani kata NO KOMEN saja?

Image
Isu Bukit Kepong satu hal.Mohamad Sabu sudah bikin gempar satu Malaya dengan sejarah negara pada 23 Februari 1950.
Ini pun kisah sejarah juga.Didakwa berlaku tahun 1994.
Ramai yang terkejut Timbalan Presiden PAS itu cuba main sorok-sorok sebalik ‘NO KOMEN’dalam kes penyebaran rakaman telefon seks yang didakwa antaranya dengan Normah Abdul Halim.
Beliau  bukan mana-mana mamat yang lepak di kedai kopi.Statusnya orang nombor dua Parti Islam Semalaysia.Maka satu kepastian perlu terhadap isu ini.Ya ke tidak.Hal ini bukan saja melibatkan maruahnya tetapi parti itu.
Pihak yang muat rakaman itu di Youtube nampaknya begitu yakin sekali mendakwa itu suara Mat Sabu dan Normah yang dirakam semasa mereka menjalin hubungan pada tahun 1994.
Malah ia turut mencabar Mat Sabu kalau berani menafikannya dan mendakwa ada backup bukti jika beliau berbuat demikian.
Rata-rata mereka yang sudah mendengar rakaman itu di Youtube mengaku mereka merasa geli geleman dengan perbualan itu kerana ia melibatkan seoran…