Ini dah over... PR tuntut BN runding tarikh pilihanraya dengan mereka dulu...

Beri betis hendak paha, itulah perumpamaan yang sesuai tentang gelagat pemimpin Pakatan Rakyat kini yang tak habis-habis cuba ubah apa yang selama ini termaktub dan diterima majoriti rakyat.
Terbaru, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, meletakkan tuntutan supaya BN dan PR berbincang dan menetapkan tarikh pilihanraya secara bersama, sebagai lima pra syarat sebelum PR Jawatankuasa Terpilih Parlimen pembaharuan proses pilihanraya.
Tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.
Mengakui bahawa tidak pernah berlaku sejarah ada satu muafakat untuk tetapkan tarikh pilihanraya, Salahuddin berkata, "kalau berlaku apa salahnya kita duduk bersama. Kita boleh buat tentang satu kerjasama untuk tetapkan bersama tarikh pilihan raya umum ke-13,” katanya pada sidang media PR pada Selasa.
Paling biadap dalam kenyataan tersebut adalah ugutan Salahuddin terhadap kerajaan bahawa jika kerajaan tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 maka perhimpunan Bersih 3.0 akan digerakkan.
“Kalau tak tunaikan cadangan jawatankuasa ini ia hanya main-main, kita nak ingatkan perhimpunan Bersih 3.0 akan ambil tempat, jangan persiakan niat ikhlas kita untuk bekerjasama,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya juga mahu Putrajaya melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata, PR juga mahu Najib memberi jaminan dan serius untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13.
“Kalau beliau (Najib) betul-betul untuk bersama kita dan tubuhkan jawatankuasa ini, maka sekali lagi kami hadir bahawa PR bersedia menawarkan komitmen dan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa ini yang bakal dicadangkan pada 3 Oktober, yang akan dibentangkan dengan beberapa perkara yang mesti diberikan jaminan kukuh.
“Sebelum kami putuskan sama ada mahu sertai atau tidak kita mahu kerajaan beri jaminan dalam lima perkara ini, kita bersedia tawarkan khidmat untuk kebaikan, bukan untuk parti tapi untuk rakyat negara kita tetapi mesti ada jaminan serius daripada Najib dan beliau perlu beri jaminan sebelum 3 Oktober,” katanya.
Jelas Salahuddin, pentadbiran Najib masih mempunyai masa untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya kerana mandat sehingga April 2013.
“Kita masih mempunyai masa, kalau jawatankuasa ini diberi masa enam bulan untuk mengkaji cadangan, selepas daripada itu kerajaan tunaikan cadangan dan kita masih ada masa.
“Ini jaminan ikhlas yang kita berikan kepada Najib, tolong jawab dengan segera supaya kita boleh jawab (apa pendirian),” katanya.
Ditanya apa pendirian Pakatan Rakyat sekiranya kerajaan tidak melaksanakan kelima-lima syarat itu, Salahuddin bagaimanapun berkata: “Kita cakap tentang jiwa besar kita dulu, tentang kesediaan kita, kita beritahu tentang hasrat kita dan kita tunggu jawapan daripada perdana menteri dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL