Posts

Showing posts from February, 2017

ADA LAGI RUPANYA!!!!! ABBY ABADI ‘PUJA’ KIT SIANG DAN GUAN ENG?

Image
Bekas penceramah PAS, Abby Abadi kini dilihat mengecam PAS ekoran parti Islam itu menolak parti DAP dan Pakatan Harapan. Malah beliau juga menyifatkan ketua anggota parlimen Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kononnya nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga Amanah Rakyat di Pulau Pinang. “Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang. Nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga Amanah Rakyat di Penang. “Cakap kurang, kerja lebih. Macam itulah bagus,” katanya. Abby mendakwa PAS kini sudah berubah dan lari dari perjuangan asal parti itu selepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz. “Waktu tu saya ada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja. Setiap butir perkataan Almarhum saya pahat dalam kepala saya ini. “Alih-alih, lepas ketiadaan Almarhum Nik Abdul Aziz segalanya berubah,” katanya. Dalam pada itu, Abby juga menyifatkan PAS kini kuat ‘berdrama’. “Tetap nak menegakkan syiar Islam tapi nak bekerjasama dengan Umno-BN pula…

AMBOIIII MULUT DIA NI!!!!! RUU 355 UNDANG UNDANG TALIBAN?

Image
Ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim secara lantang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) 355 bagi meminda akta berkaitan hukuman jenayah syariah bukan bersifat Islam. Tak cukup dengan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan Hal Ehwal Undang-Undang itu mendakwa usul yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bersifat politik semata-mata. Malah Zaid cuba menegaskan bahawa undang-undang ini tidak ada di negara Islam lain yang moden. “Undang-undang ini tidak ada di negara Islam lain yang moden. Jangan ambil kira negara Taliban. “Saya sebagai pengamal undang-undang, saya tahu di negara kita tidak ada peguam yang cukup untuk melaksanakan hukuman bagi undang-undang hudud ini,” katanya. Zaid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ‘Himpunan Rakyat Tolak Usul Hadi’ yang diadakan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, pada Sabtu lalu. Himpunan tersebut diadakan pada tarikh sama dengan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok. Bagaimanapun himpunan tersebut hanya dihadiri…

ANWAR DAN KIT SIANG UBAH PERATURAN

Image
Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 22 Februari 2017 Dua hari lepas, Anwar Ibrahim akhirnya mendedahkan di mahkamah motif sebenar untuk Langkah Kajang. Satu-satunya masalah dengan pendedahan Anwar adalah bahawa ia bercanggah dengan alasan yang Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Tony Pua berikan. Dan ini menimbulkan persoalan siapa daripada mereka berempat yang berkata benar atau adakah keempat-empat mereka berbohong dan sebenarnya ada sebab yang berbeza sama sekali? Pada titik masa yang berbeza sepanjang 2013 dan 2014 rakyat Malaysia telah diberikan sebab berlainan mengapa Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim perlu disingkirkan. Anwar berkata, yang mana boleh anda baca di bawah, adalah supaya beliau boleh mengambil alih jawatan Menteri Besar dan membawa perubahan kepada Selangor. Anwar, bagaimanapun, setakat ini tidak pernah berkata apa yang salah dengan Selangor semasa di bawah Khalid dan perubahan apa yang diperlukan. Anwar menggambarkan bahawa Selangor telah…

ADAM DIPANGGIL LAGI OLEH SPRM, ISU ‘DISNEYLAND’

Image
Ketua Pemuda PKR (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini disoal siasat buat kali kedua oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumber kekayaannya. Katanya beliau telah menyerahkan dokumen yang lengkap seperti diminta oleh SPRM dan memberi keterangan mengenai perkara itu. “SPRM panggil saya untuk tunjuk dokumen sokongan dan saya dah bagi dokumen itu, saya terangkan secara terperinci. “Saya ucap terima kasih pada SPRM, soalan yang diberikan juga profesional dan tak kaitkan selain dari itu. “Saya harap maklumat yang saya berikan ini memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM untuk jalankan tugas dan sekali lagi saya tabik pada SPRM, sekali dia dapat laporan dia terus buat, buktinya dia panggil kali kedua untuk dapatkan maklumat lebih sahih,” katanya. Adam berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di luar pejabat SPRM di Putrajaya. Tambahnya lagi, beliau tidak tertekan kerana dipanggil SPRM sebaliknya menggagap ia adalah ujian yang perlu ditempuhi. “Tak, t…

Bekas KSN Mohd Sidek Hassan ialah orangnya…

Image
Teka teki siapa yang akan jadi pengerusi  Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an sudah terjawab. Orangnya ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Perlantikan itu diumum oleh satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri petang Rabu. Katanya lantikan itu dipersetujui oleh kabinet. Pasukan berkenaan juga bagi menyiasat sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya pada mesyuarat Parlimen. Pasukan tersebut akan mengemukakan syor-syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan itu nanti. "Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan termasuk menganalisis semua Penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen p…

Ingatan Untuk Semua!!!! Jangan Sebut Perkataan "BOM"

Image
Luahan perkataan "bom", barangkali hanya untuk gurauan, rupa-rupanya membawa padah buat seorang lelaki yang bakal menaiki pesawat Royal Brunei Airlines (RBA) ke Bandar Seri Begawan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) awal pagi Rabu. Lelaki berusia 40 tahun itu diheret dan ditahan di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di sini untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata lelaki yang berasal dari Sarawak dan berstatus pemastautin tetap Brunei Darussalam ditahan selepas kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) membuat laporan di balai polis KKIA, kira-kira jam 8.03 pagi.  "Suspek mengeluarkan perkataan 'bom' ketika ditanya oleh pengadu sama ada terdapat barang berbahaya dalam bagasinya ketika mendaftar masuk bagasi serta pemeriksaan keselamatan," kata Chandra dalam satu kenyataan. 
Beliau berkata pemeriksaan ke atas bagasi suspek bagaimanapun tidak menjumpai apa-ap…

"Tak Mungkin Racun" - Kedutaan Korea Utara...Inilah Banggangnya Komunis

Image
KUALA LUMPUR: Pegawai Kedutaan Korea Utara menolak hasil siasatan polis Malaysia yang mengaitkan kes pembunuhan Kim Jong-nam dengan racun. "Tak mungkin racun," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat kedutaan negara itu pada Rabu. Sehubungan itu, Korea Utara akan mengemukakan permohonan untuk membebaskan tiga suspek yang ditahan berhubung kes itu, termasuk rakyatnya, Ri Jong Chol. "Sudah 10 hari sejak kejadian itu berlaku tetapi polis Malaysia tidak menemui sebarang bukti daripada suspek yang ditahan," kata pejabat kedutaan itu yang disampaikan pegawainya yang enggan dikenali. Kenyataan itu turut menafikan suspek wanita yang menekap  racun pada muka Jong-nam walaupun siasatan polis menunjukkan ia berlaku sedemikian. "Malaysia menjalankan siasatan berasaskan rakaman CCTV yang menunjukkan suspek wanita telah menekap racun pada muka mangsa menggunakan tangan mereka. "Jadi, mana mungkin suspek wanita masih hidup selepas insiden itu?

"Maknanya, …

MUKA TAK TAHU MALUUUU!!!! AHLI MT UMNO ANGGAP KIT SIANG DESPERADO

Image
Tindakan Penasihat Dap Lim Kit Siang untuk menawarkan diri menyertai jelajah Penerangan UMNO adalah lambang seorang yang desperado, ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Menurut beliau, Kit Siang mungkin menyedari ‘penyatuan’ DAP bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berjaya maka kini dia cuba beralih arah kononnya mahu bersama-sama UMNO bagi memberi penerangan berkaitan isu Forex. “Kita tahu dahulu Kit Siang adalah individu yang begitu lantang bercakap pasal isu Forex ini namun demi kepentingan politik DAP, dia sanggup bekerjasama dengan Tun Mahathir yang dulunya amat dibenci oleh DAP. “Kini bila sedar kerajaan mengamalkan sikap terbuka dan menyokong siasatan berkaitan Forex, dia mula beralih arah dan mungkin mengatur rancangan kononnya mahu bersama UMNO. “Sebenarnya apa yang Kit Siang lakukan ini adalah untuk mengalih isu dan menyelamatkan ‘nyawa’ anaknya yang sedang berhadapan dengan isu rasuah,” katanya. …

MAHATHIR DAN PROTON

Image
Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 22 Februari 2017 1. Catatan blog Mahathir bertajuk “PROTON” menunjukkan memang ada kebenaran pada kata-kata bahawa gila didefinisikan sebagai mengulangi perkara yang sama berulang-ulang kali tetapi mengharapkan hasil yang berbeza. 2. Walaupun 32 tahun mencuba dan gagal dengan beliau sebagai ketua, Mahathir masih mahu Proton kekal status quo dan tidak bersedia untuk memberikannya peluang untuk bertahan, keluar daripada kekangan pasaran kecil kereta domestik dan melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa dengan rakan kongsi usaha sama. 3. Beliau telah sekali lagi menyerang rancangan PROTON untuk membawa masuk rakan kongsi usaha sama. Khususnya, beliau berkata ini akan menyebabkan vendor dan pembekal komponen akan tutup kedai yang mengakibatkan “banyak pekerja kehilangan pekerjaan mereka.” 4. Nampaknya pembekal dan vendor PROTON terus menjadi kebimbangan utama Mahathir. Dalam catatan sebelumnya pada bulan Oktober, Mahathir telah …

‘TIANG KAYU’ JADI WAKIL RAKYAT, MACAM MANA BOLEH JADI? TANYA RIZAL

Image
Perang mulut antara pembantu isteri perdana menteri Datuk Rizal Mansor dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin nampaknya masih belum reda. Setelah menggelarkan Yeo sebagai ‘tiang kayu kerana gagal untuk memahami isu-isu yang telah diperjelaskan tentang batasan dari segi Akta Parlimen, Rizal juga menzahirkan rasa hairan mengapa rakyat memilihnya sebagai wakil mereka. “Dah bagi penjelasan berkali-kali pun masih tak faham, program Permata Negara (PERMATA) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri disebabkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan program bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. “Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 telah diberi kuasa berhubung aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA bagi mematuhi penetapan ciri-ciri piawaian minimum yang merangkumi tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah…

ISU JIRAT CINA DI KAWASAN MAJORITI ISLAM, MANA AZMIN? TANYA PENDUDUK

Image
Lima kawasan penempatan di sekeliling projek kubur bukan Islam yang dipersoalkan pembinaannya di Jeram, dekat sini, meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak berdiam diri dalam isu tersebut. Presiden Gerakan Masyarakat Prihatin, Hassan Kuthoos Syed Ahmed Kabeer berkata, kawasan yang terlibat adalah Kampung Felda Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Bukit Hijau. “Kegagalan Mohamed Azmin turun padang atau sekurang-kurangnya menghantar wakil untuk berunding dengan penduduk setempat atau wakil kami iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Felda Bukit Cherakah, Milan Ismail,” katanya dalam sidang akhbar semalam. Isu tersebut hangat diperkatakan memandangkan pembinaannya dibuat di dalam kawasan majoriti Melayu malah penduduk sudah beberapa kali menjalankan demonstrasi di tapak lokasi dan juga di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Difahamkan, kegagalan sebarang tindakan daripada kerajaan ne…

Bila Kena Batang Sendir Diammmm!!!!! PKR enggan ulas kemewahan pegawai kanan Azmin

Image
SHAH ALAM: PKR enggan mengulas lanjut berhubung aduan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit kekayaan ‘luar biasa’ pegawai khas kepada Datuk Seri Azmin Ali, Hilman Idham.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin laporan terhadap SPRM yang dibuat oleh NGO Selangor itu, sebelum ini pernah dibuat oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang dakwanya sebagai seorang yang tidak betul.

Justeru, Zuraidah enggan mengulas berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diperintah PKR itu.

“Chegubard punya cerita merepek yang awak nak tanya, malas aku nak layan,” katanya ringkas, ketika diaju soalan berkenaan isu tersebut.

Semalam, Chegubard menyambut baik tindakan Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera menyiasat kekayaan luar biasa yang dimiliki pegawai khas kepada Men…

Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP

Image
KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti pembabitan seorang pegawai kanan di kedutaan Korea Utara sebagai antara suspek dalam kes pembunuhan abang presiden korea Utara, Kim Jong Nam, manakala seorang lagi dikatakan mempunyai kaitan dengan syarikat penerbangan negara itu. Ketua Polis Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua suspek masih berada di Malaysia dan telah diarahkan untuk memberi keterangan. Katanya, diplomat Korea Utara memegang jawatan sebagai setiausaha kedua di kedutaan berkenaan. Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) minggu lalu ketika bersiap sedia untuk menaiki penerbangan ke Macau. Khalid pada sidang media hari ini berkata polis "amat yakin" empat lagi suspek yang melarikan diri dari Malaysia pada 13 Februari lalu, hari serangan itu berlaku, telah tiba di ibu negara Korea Utara Pyongyang. - Reuters Pembunuhan Jong Nam perbuatan terancang Sementara itu dalam sidang media yang sa…

DAP oh DAP... rakyat Pulau Pinang dirantai pelbagai jenis cukai

Image
Siapa yang duduk di bahagian pulau di Pulau Pinang selalu merungut tentang kos sara hidup. Berbanding mereka yang tinggal di seberang pulau. Mengapa jadi begitu? Ini kerana, di Pulau Pinang penduduknya diperlukan untuk membayar bermacam-macam jenis cukai yang bagi sesetengah golongan di negeri itu adalah membebankan. Beberapa bulan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dulu, Kerajaan Negeri DAP menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40. Pada 2014, penduduk Pulau Pinang perlu membayar cukai pintu berjumlah RM583.80 dan selepas kenaikan mereka perlu bayar RM667.20 pada 2016. Kenaikan cukai pintu itu adalah sebanyak RM83.40. Jumlah ini bebankan rakyat. Banyak boleh dibuat dengan nilai RM83.40. Di Pulau Pinang juga, adanya Cukai Katil yang dikenakan ke atas pelancong yang bermalam di hotel-hotel di negeri itu bermula 1 Jun 2014 lalu. Pelaksanaan itu membuatkan orang ramai berikutan perlu membayar jumlah tambahan jika ingin menginap di hotel ekoran kewuju…

Kecekapan polis bongkar rangkaian perisikan Korea Utara...

Image
Rangkaian (spy-ring) perisikan dan agen rahsia Korea Utara bertempiaran lari, ada yang bersembunyi selepas pihak berkuasa Malaysia berjaya membongkar jenayah mereka. Tentu mereka tidak menyangka tindakan Malaysia menggunakan pendekatan tegas dan tuntas membongkar rangkaian yang sudah dilatih bertahun-tahun lamanya. Selepas mendedahkan yang polis memburu tujuh suspek warga negara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu memberitahu seorang pegawai kanan Kedutaan Korea Utara sebagai salah seorang suspek dalam pembunuhan Kim Jong Jam, manakala seorang lagi suspek dipercayai ada kaitan dengan syarikat penerbangan Korea Utara. Khalid berkata kedua-dua suspek masih berada di Malaysia dan sudah dipanggil untuk soal siasat. Kakitangan kedutaan Korea Utara itu dikenali sebagai Hyom Kwang Song, 44, berkhidmat sebagai setiausaha kedua. Beliau tiba di Malaysia pada 20 September 2016. Kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara pula dikenali sebagai Kim Uk Il, 37, dan tiba di Ma…

Mulut Madey Ni!!!!Kami tidak akan mencium kaki pemimpin PAS, kata Dr M

Image
PUTRAJAYA: Tempoh sebulan diberi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada PAS untuk membuat keputusan bagi menjalin pakatan pilihan raya adalah satu syarat tegas, kata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad. “Kami sudah berusaha untuk menyelesaikan (kebuntuan itu). Kami juga bersabar. Kami tidak memburuk-burukkan PAS. Kami melakukan segala yang terdaya, apa lagi yang boleh kami buat? “Saya tidak mahu merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS,” kata Dr Mahathir kepada pemberita hari ini. “Kami akan memberi mereka satu bulan, walaupun mereka menyatakan sebulan itu tidak perlu. Kami orang amat bermurah hati.” Dr Mahathir berkata syaratnya itu berkuatkuasa dari 11 Februari walaupun rundingan di antara PPBM dan PAS dikatakan sedang berjalan. Pertemuan pertama kepemimpinan kedua-dua pihak diadakan pada 1 Februari lalu. Berikutan syarat sebulan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi mereka ada pakatan dengan DAP dan P…

Siapa yang cakap .......

Image
Cakap lain tapi buat lain atau mudah sebutnya U-Turn 360 darjah. Orang kata kalau jumpa ular dengan jenis dia ni, palu orang jenis gini dulu sebab orang jenis ni lebih merbahaya daripada ular. Ular mematuk kalau rasa terancam. tetapi orang jenis ni mematuk kalau hawa nafsunya tidak dipenuhi.

Memang cukup sinonim jika gelaran Mamak UTurn selain MAHAZALIM dan MAHAFIRAUN yang diberikan oleh pembangkang suatu masa dulu. Kalau dapat dia hukum HALAL tetapi kalau tak dapat terus jatuh hukum HARAM.

Masa DS Najib memerintah pemberian BR1M rasuah dan haram. tetapi kalau pembangkang dapat memerintah pemberian BR1M akan diteruskan atau kata lain bukan rasuah dan halal.

Tak payah la nak bercakap macam ulama sebab awak tu tak ada ciri-ciri seorang ulama. Biarlah orang yang pakar dalam bidang agama Islam sahaja yang berbincang untuk menentukan fatwa. Dah tua buat cara orang tua yang sudah bersara.

Perlukah kerajaan pertahankan Proton lagi .....?

Image
Proton ditubuhkan hampir sebaya dengan Perwaja Steel yang kini hanya tinggal sejarah sahaja di Malaysia. Sama seperti Perwaja Steel, Proton adalah salah satu syarikat yang sentiasa mendapat perlindungan kerajaan dan sentiasa mendapat suntikan modal daripada kerajaan sejak dari awal penubuhannya lagi.

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.

Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Pemegang saham terdiri daripada :

Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) (70%)
Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Sepanjang pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed, sekurang-kurangnya 10 ka…

Lain yang difitnah lain pulak yang berlaku ......

Image
Mungkinkah ini pembalasan yang diturunkan akibat dari fitnah MB Selangor terhadap BN/UMNO. Belum pun seminggu fitnahnya disebar dan dipanjang2kan kepada rakyat, meletup berita yang menggemparkan di negeri Hang Tuah, Melaka.

Rupa-rupanya Menteri Besar Selangor tidak berbohong, tidak membuat fitnah, berniat bohong atau memfitnah. Cumanya, info yang diberikan kepadanya adalah salah. Bukan Menteri Kanan Barisan Nasional (BN) yang akan atau telah meletakkan jawatan. Sebaliknya Ahli Parlimen dan ADUN DAP yang meletakkan jawatan dan meninggalkan parti berkenaan.

1 Ahli Parlimen dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Melaka keluar dari DAP. Mereka adalah Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, Duyong ADUN Goh Leong San, Bachang ADUN Lim Jak Wong dan Kesidang ADUN Chin Choong Seong. Mereka memutuskan keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan kecewa dengan pucuk pimpinan.

Berita hangat juga sedang meruap2 tentang ada EXCO kerajaan Selangor akan meletakkan jawatan. Sama2 kita tunggu berita tersebut m…