MAHATHIR DAN PROTON
Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 22 Februari 2017
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 22 Februari 2017
1. Catatan blog Mahathir bertajuk “PROTON” menunjukkan memang ada kebenaran pada kata-kata bahawa gila didefinisikan sebagai mengulangi perkara yang sama berulang-ulang kali tetapi mengharapkan hasil yang berbeza.
2. Walaupun 32 tahun mencuba dan gagal dengan beliau sebagai ketua, Mahathir masih mahu Proton kekal status quo dan tidak bersedia untuk memberikannya peluang untuk bertahan, keluar daripada kekangan pasaran kecil kereta domestik dan melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa dengan rakan kongsi usaha sama.
3. Beliau telah sekali lagi menyerang rancangan PROTON untuk membawa masuk rakan kongsi usaha sama. Khususnya, beliau berkata ini akan menyebabkan vendor dan pembekal komponen akan tutup kedai yang mengakibatkan “banyak pekerja kehilangan pekerjaan mereka.”
4. Nampaknya pembekal dan vendor PROTON terus menjadi kebimbangan utama Mahathir. Dalam catatan sebelumnya pada bulan Oktober, Mahathir telah mengadu bahawa rakan-rakan ahli perniagaannya tidak diberi kontrak pembekal oleh PROTON.
5. Adakah Mahathir terus menegaskan bahawa kebajikan rakan-rakan pembekalnya yang telah menjadi kaya sejak beberapa dekad dari PROTON adalah lebih penting daripada kelangsungan hidup PROTON.
6. Mahathir menegaskan bahawa Malaysia mengenakan semula perlindungan berat pada Proton. Nampaknya tidak cukup lagi dengan lebih daripada tiga dekad memaksa Malaysia untuk membeli kereta lebih harga dengan spesifikasi yang rendah sementara meningkatkan tanggungan pinjaman jutaan rakyat Malaysia.
7. Mengapa rakan-rakan pembekal Mahathir perlu diselamatkan dengan terus membebankan jutaan rakyat Malaysia?
8. Oleh kerana dendam peribadinya yang menguasai dirinya, Mahathir kini secara tidak adil mahu menyalahkan PM Najib untuk masalah Proton.
9. Mahathir diingatkan bahawa kerajaan tidak lagi memiliki Proton. Ia dimiliki oleh DRB Hicom dimiliki oleh rakannya Tan Sri Syed Mokhtar yang membeli kepentingan kawalan dari Khazanah pada tahun 2012 untuk RM1.2 bilion.
10. Menurut majalah Malaysia Business milik pemimpin Pribumi A Kadir Jasin, Mokhzani Mahathir adalah yang ke-9 terkaya di Malaysia pada tahun 2014 dengan kekayaan peribadi sebanyak RM4.2 bilion.
11. Jika Mahathir benar-benar percaya beliau boleh menyelamatkan Proton, beliau sepatutnya meminta DRB Hicom untuk menjual Proton kepada anaknya. Walaupun selepas membayar RM1.2 bilion harga pembelian asal, Mokhzani masih mempunyai RM3 bilion untuk menyumbang ke dalam Proton untuk mengembangkan perniagaannya.
Ini akan membolehkan Mokhzani untuk mengedarkan kereta Proton selain daripada perniagaan pengedaran kereta Porsche beliau sekarang ini.
12. Bertentangan dengan dakwaan berulang Mahathir yang mengelirukan, Malaysia tidak dikenali sebagai Asian Tiger semasa pemerintahan 22 tahun beliau.
Asian Tiger ketika itu merujuk kepada Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura berikutan kadar pertumbuhan ekonomi mereka yang secara konsistennya lebih tinggi daripada Malaysia selama 22 tahun beliau berkuasa.
13. Pada masa itu bagaimanapun, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Asian Tiger Cub, bukannya Asian Tiger, bersama-sama dengan Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam
14. Sejak Program Transformasi Ekonomi Najib telah dilancarkan, Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi setiap tahun dari tahun 2011 sehingga tahun 2016 berbanding empat Asian Tiger ini. Bagi tahun 2017, Malaysia sekali lagi dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.
15. Temph 6 tahun mengatasi prestasi 4 Asian Tiger ini adalah satu pencapaian yang tidak pernah dicapai oleh Mahathir semasa seluruh 22 tahun beliau.
Comments