Posts

Showing posts from May, 2015

Khalid Ibrahim Menteri Kewangan Ke 2 Ganti Husni Hanadzlah? Jangan Percaya Kabar Angin Yer

Image
JAngan kita mudah percaya dengan berita seperti ini untuk buat propanganda kepada kerajaan Barisan Nasional terutama sekalil PM kita untuk jatuhkan beliau.Media Online yang tidak bertanggungjawab ingin melihat Najib dalam keadaan tertekan...

KM SARAWAK MEMANG TERBAIK.....HARGA TAMBANG RM1 PENGGUNAAN FERI LEGAKAN PENDUDUK

Image
LONG LAMA – Penduduk Baram yang menggunakan feri Long Lama kini boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan hampir RM500 dengan kadar tambang baharu RM1.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata ini, adalah sesuatu sumbangan amat besar daripada kerajaan negeri terhadap penduduk yang menggunakan perkhidmatan feri tersebut.

“Ini merupakan penjimatan bulanan yang memberi impak besar terhadap penduduk dan rakyat,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Tambang perkhidmatan feri di Long Lama dan Sungai Arang, Marudi diturunkan kepada RM1 bermula semalam.

Menurutnya, walaupun kemungkinan ada sesetengah pihak bakal memandang remeh tentang penurunan kadar tambang itu namun hakikatnya banyak membantu.

Secara peribadi, beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama sangat menghargai pembangunan dibawa kerajaan di pekan berkenaan yang sangat berbeza daripada zaman dahulu.

“Kerana jika dahulu, kita hanya dapat guna bot atau perahu sahaja menyeb…

DAP TUMPANG INISIATIF KERAJAAN BN...BUKAN TAK KENAL DAPIG NI

Image
KUCHING – Kenyataan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menganggap pemansuhan tol Jambatan Lanang adalah ‘usaha’ mereka disifatkan sebagai menumpang inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata mereka ‘menumpang’ untuk berusaha meringankan beban pengguna jambatan, sedangkan dalam perundingan bersama dua pihak konsensi tidak pernah menyebut DAP sama sekali dalam surat kepada Ketua Menteri.

“Mengenai rundingan dengan Tan Sri Ling CH (Shin Yang) dan Dato Henry Lau (KTS), DAP tidak terlibat langsung atau menyertai pa-sukan perunding dan kedua-dua tokoh itu tidak pernah menyebut tentang DAP dalam surat mereka kepada Ketua Menteri ketika mereka menyetujui pemansuhan tol.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua syarikat terbabit di atas kebaikan mereka, bukan kerana pembangkang, yang akan cuba mendapatkan faedah politik daripada apa sahaja atau inisiatif baik kerajaan tetapi cepat melatah atau memutarbel…

Tak menipu bukanlah Guan Eng namanya!!

Image
Tariff air di Pulau Pinang dikatakan antara yang termurah...
Murah ka???...

Cuba tengok berapa jumlah surcaj yg DAPigs kiasu kenakan..
HAMPIR SEPARUH JUMLAH PENGUNAAN!..
DAPigs juga cuba nak kaburi mata pengguna dengan hanya letakan kod 29 pada bill.

Dasar hamba abdi komunis..! dasar barua..!

Image
DAP begitu konsisten menyuruh PAS keluar dari Pakatan Rakyat biarpun parti Islam itu berkali-kali menegaskan mereka akan terus kekal dalam gabungan parti pembangkang, kata ahli parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berkata, beliau tidak mengetahui apa niat sebenar DAP yang berterusan menyerang PAS menjelang muktamar part itu Jun ini.

"Saya tak tahu apa tujuan DAP yang sebenar, tetapi nampak DAP begitu konsisten menyuruh PAS keluar dari Pakatan Rakyat sedangkan kita berkali-kali sebut kita tidak akan keluar bahkan komitmen kita dengan Pakatan tinggi.

"Isu Hudud dan Unity Goverment tidak sepatutnya memecahkan Pakatan Rakyat kerana ia mainan orang bawah, spekulasi, tidak sepatutnya pimpinan tertinggi masuk dalam isu ini.

"Hudud misalnya, kita tekankan tak kan lah kerana hudud ni nak pecah pakatan rakyat, hudud ini keadilan, pakatan rakyat dibina untuk keadilan, kalau hudud ini zalim layaklah berpecah," katanya kepada Astro AWANI di lobi parlimen har…

LOKMAN ADAM DEDAH SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR SERANG @NajibRazak

Image
Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi.  Yang terkini,  pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.

Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M.  Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi.

Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.

Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara.  Di zaman Tun M,  salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.

Saya …

Video.....Adakah mereka tahu perkara yg Allah REDHA?

Image
walaupun Allah dah beri peringatan akibat meninggalkan golongan yg beriman dgn sengaja terhegeh2 berkasih sayang dgn kafir. tapi ulama degil kerana nafsu amarahnya. masa syok tgh berkasih sayang sanggup merelakan diri diperkudakanya seolah mengharap redha pd kafir hingga tergamak mengajar kafir turut sama mempergunakan agama dan ayat suci utk menghina membuli menghukum musuh jihadnya. skrg apa dah jadi?

apakah dgn fitnah kembali kpd ulama ini mereka masih angkuh takbur? atau tunggu Allah turunkan musibah lebih dasyat dari air bah sebelum ini hingga kita semua jadi mangsa kerakusan nafsu mereka?

Dari Ibnu 'Abbas R.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan …

Wowww....Maradona Buka Kedai Emas di NU Sentral

Image
KUALA LUMPUR, 30 Mei - Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dan rakan niaganya dari India, Boby Chemmanur, melancarkan kedai emas ke-37, 'Boby & Maradona Gold Diamond Jewellery', di sini hari ini.

Maradona, yang memakai jersi biru bersama-sama bintang filem India, Karisnma Kapoor merasmikan cawangan pertama di rantau Asia Tenggara, di pusat beli-belah NU Sentral di sini.

Sejumlah 1,000 orang berkumpul di pusat beli-belah itu untuk melihat legenda bola sepak dunia itu dan bintang Bollywood tersebut.

Sementara itu, Boby, yang juga Pengerusi dan Pengarah Urusan, Chemmanur International Jewellers, berkata keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan kemas di cawangan tersebut akan disumbangkan kepada rumah kebajikan di Malaysia.

"Secara langsung, kami tidak akan menerima sumbangan derma tetapi sebaliknya anda perlu membeli emas dan berlian untuk menderma," katanya kepada pemberita selepas perasmian kedai tersebut.

Beliau berkata penglibatan Maradona de…

JURUJUAL MILIKI 44 SAMAN WARAN TANGKAP DIDENDA RM16,200

Image
Pulau Pinang, 29 Mei- Seorang jurujual didenda RM16,200 setelah lelaki tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi ekoran Op Warta yang dilancarkan awal bulan ini.

Lelaki terbabit mengaku bersalah terhadap 44 pertuduhan membabitkan pelbagai kesalahan trafik yang antara lainnya tiada lesen memandu ketika membawa kenderaan.

Lelaki rakyat tempatan itu turut didakwa kerana melanggar lampu merah sehingga membahayakan nyawa orang ramai, tiada cermin sisi pada kenderaan, tidak memakai helmet ketika menunggang motorsikal dan banyak lagi sejak tahun 2007.

Majistret Rashidah Bt. Baharom mengarahkan agar tertuduh dipenjara selama 222 hari kerana gagal membayar denda yang ditetapkan.

Demi DAPig & PKR, Org No 2 Hentam Bossnya Sendiri...

Image
Ini Yg Berlaku Dalam PAS..
Jadi Macamna PAS Yg Di Canang2kan Kononya Nak Ganti Umno Sedangkan Org2 Dalam PAS Pro DAPig?..

Tahaluf Siyasi yang merugikan PAS...!!!!!

Image
Sesungguhnya orang2 kafir DAPigs itu adalah musuh kamu yg jelas lg nyata ..Tak akan itu pun tak tahu...sehingga nak beritahu....hu hu hu

Mayat kanak-kanak lelaki ditemui ditanam di lantai dapur....Zalimnya Dan Tidak berperikemanusian

Image
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjejaki bekas penyewasebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini bagi membantu siasatan berhubung penemuan satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur rumah itu pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bekas penyewa itu, Loo Chon Wen, 33, masih berada di negara ini dan polis yakin lelaki berkenaan tidak lagi berada di Lembah Klang. |

Penyewa itu yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya termasuk seorang anak perempuan diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan, katanya.

"Siasatan awal mendapati, keluarga itu yang menetap di rumah berkenaan sejak tahun lepas, mengosongkan rumah bulan lepas tanpa memaklumkan kepada tuan rumah Ng Ah Kau, 68.

"Pemilik rumah sudah beberapa kali menghubungi penyewa berkenaan yang tidak membayar sewa, namun gagal dikesan," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Ali berkata proses bedah siasat ke atas mayat tersebut te…

Najib Minta Cari 'Kepala' Sindiket Pemerdagangan Manusia...Cari Sampai Lubang Cacing

Image
KUALA PERLIS: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa mencari 'kepala' yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan negara ini.

Perdana Menteri berkata penemuan kubur dan kem tahanan dipercayai menempatkan rakyat Rohingya mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian di sini baru-baru ini adalah kejadian yang amat menyedihkan.

Beliau berkata sekiranya kegiatan itu ingin dibanteras, tindakan keras perlu diambil terhadap ketua atau kepala sindiket dan bukannya orang bawahan yang menjadi upahan.

"Saya difahamkan bahawa sindiket ini ketuanya bukan rakyat Malaysia...beberapa anggota polis yang kena tahan baru-baru ini kira macam balaci mereka, maknanya yang peringkat bawahan...yang jadi upahan.

"Kalau kita nak banteras human trafficking ini, kita mesti ambil tindakan terhadap kepala-kepala mereka, bukan askar atau balaci mereka...kepala mereka mestilah diambil tindakan keras," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Desa Seja…

Najib : Perlis Terus Kekal Kubu Kuat BN...Insyallah BN Terbaik

Image
KANGAR 30 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Perlis akan terus menjadi kubu kuat BN selepas menerima sokongan daripada ‘dua kepala’ di negeri utara tanah air itu.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sokongan yang diterimanya daripada kepala politik, Datuk Seri Shahidan Kassim dan kepala kerajaan, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man amat penting kepada kekuatan BN negeri.

"Di Perlis ada dua kepala, satu kepala politik dan satu lagi kepala kerajaan. Jika dua-dua kepala ini sehaluan maka Perlis akan jadi kuat. Sebelum ini kepala politik Shahidan telah memberi sokongan tidak berbelah-bagi kepada saya dan sebentar tadi, kepala kerajaan kata biar kilat sabung-menyabung beliau akan beri sokongan.

"Ini menjadikan saya boleh tidur lena dan tidak keseorangan. Sokongan ini penting kerana kita perlukan kerajaan yang kuat," katanya kepada kira-kira 5,000 yang hadir pada majlis jamuan mesra rakyat Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Terda…

Paul Phua Mungkin Dibenar Pulang ke Malaysia

Image
LAS VEGAS 30 Mei - Seorang pemain poker dari Malaysia yang didakwa kerana menjalankan perjudian dan pertaruhan Piala Dunia secara haram dari suite mewahnya di Caesars Palace, Las Vegas Amerika Syarikat mungkin dibenarkan untuk meninggalkan negara itu.

Peguam Jabatan Kehakiman menggugurkan bantahan mereka terhadap permintaan Wei Seng “Paul” Phua untuk pulang ke Malaysia sementara kes masih tertangguh.

Hakim Daerah Las Vegas, Andrew Gordon tiga hari lalu membentangkan bukti yang dikumpul pada bulan Julai 2014, yang diambil dari vila berharga US$25,000 semalam (RM91,452). Vila itu dipenuhi dengan komputer, monitor dan televisyen yang dipasang dengan siaran perlawanan Piala Dunia.

Phua, 50, seorang ahli perniagaan bidang perhotelan dan perlombongan, yang juga aktif dalam pertandingan judi poker antarabangsa, memberitahu mahkamah pada 22 Mei yang dia mahu pulang ke Malaysia untuk melawat ibunya yang menghidap kanser pankreas. Dia juga memberitahu akan kembali ke AS dan tidak akan membiark…

Video Perbuatan menghina Islam di Amerika Syarikat....

250 orang mengadakan tunjuk perasaan anti Islam di luar sebuah masjid di Arizona.
Mereka membawa karikatur Nabi Muhammad S.A.W.
Ada juga yang bersenjata dan membawa pistol.
Tunjuk perasaan di luar Pusat Komuniti Islam Phoenix ini dianjurkan oleh seorang veteran perang Iraq yang menganggap Islam agama ganas.
Bagaimanapun lebih dua ratus orang lagi mempertahankan Islam.
Polis turut hadir bagi meredakan ketegangan.
Sejak kebelakangan ini,karikatur Nabi Muhammad S.A.W dipergunakan untuk mencetus kemarahan umat Islam di Eropah dan Amerika Syarikat.
Sebulan lalu pertandingan melukis Nabi Muhamad S.A.W diadakan di Dallas, Texas.

Pemilihan PAS: Mat Sabu 'masuk gear lima'...londeh Haji Hadi

Image
Mat Sabu nampaknya sudah tidak berselindung lagi dalam usaha do or dienya mempertahan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS dan memastikan teamnya menang pada pemilihan jawatan parti itu.

Menjelang muktamar parti itu yang akan berlangsung empat hari saja lagi,beliau bergabung tenaga turun pada ceramah di Tumpat Jumaat malam bersama calon Presiden Ahmad Awang.

Mat Sabu akan ditentang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala Ahmad Awang akan menentang Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Tema kempen mereka mahu mengekalkan PAS dalam Pakatan diketika seterus politik mereka kini golongan ulama parti itu sedang bertegang urat dengan DAP dan PKR.

Mat Sabu cuba gambarkan bagaimana PAS tidak kemana tanpa rakan dalam Pakatan.

Dalam konteks ini beliau ' londeh' kegagalan Haji Hadi menawan menawan Terengganu.

Katanya PAS hanya berjaya perintah Terengganu pada pilihanraya tahun 1999 apabila ia berpakat dengan Parti Keadilan Rakyat.

Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana …

KETUM Anwar Kian Uzur, Najis Berdarah - Skrip Lama Sudah Kembali

Image
Ahli politik berpengalaman dan lama seperti Anwar Ibrahim sepatutnya lebih kreatif di dalam mencipta alasan dan sebab untuk orang bersimpati dengan beliau. Beliau sepatutnya tidak mengkitar semula alasan-alasan yang sama sewaktu beliau dipenjarakan dahulu. Bagi yang baru memasuki usia remaja pasti tidak tahu dengan alasan-alasan ciptaan Anwar Ibrahim dan keluarga sewaktu beliau dipenjarakan. Masih segar alasan-alasan seperti sakit belakang hampir lumpuh, disuntik HIV, diracun dengan racun arsenik dan mati pucuk.

Sekarang, baru empat bulan merengkok dalam penjara, mulalah buat drama baru. Dimulakan dengan turun berat badan, najis berdarah dan tekanan darah tidak menentu. Selepas ini apa pula? Buasir, barah kolon? Terkena racun di dalam penjara? Kalau diikutkan simptom najis berdarah, mungkin kah Anwar Ibrahim diliwat? Kenapalah watak-watak politik di dalam negara menggunakan skrip yang sama? Sehinggakan Negarawan Tun Dr Mahathir turut mengkitar semula skrip dan lakon layar yang hampir…

“Kami mahu besarkan masjid”

Image
KOTA BHARU - “Kami mahu Masjid Telipot dibesarkan, bukan bina kondominium mewah di sebelahnya,” luah jemaah masjid sekitar Raja Dewa, di sini, sebaik sahaja selesai solat Jumaat di situ, semalam.

Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan perancangan tersebut bersebelahan Masjid Telipot atau Masjid Sultan Muhammad II, di sini.

Bukan sahaja penduduk sekitar, malah kariah masjid berkenaan juga membantah syarikat  pemaju berkenaan yang berhasrat menjadikan kondominium itu di atas tanah Lot PT470 iaitu di bekas tapak salah sebuah tabika yang sudah dirobohkan sejak sebulan lalu.

Timbalan Pengerusi Penduduk Kejiranan Raja Dewa, Mohd Yusman Yusof berkata, bantahan tersebut dilakukan  setelah mengambil kira pendapat dan mengumpul tandatangan hampir 1,000 penduduk serta kariah masjid tahun lalu.

“Apa yang kami buat hari ini untuk masa depan generasi akan datang. Kami rasakan tanah ini patut diserahkan kepada Masjid Telipot dan benarkan pihak masjid buat apa-apa yang perlu untuk manfaa…

Mat Sabu Kritik Prestasi Hadi Awang di Terengganu

Image
TUMPAT 30 Mei - Krisis dua pucuk pimpinan utama Pas dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan timbalan presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan Pas 2015, mempertikaikan kegagalan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

"Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta 'parking' berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berp…

Gereja Taman Medan akan letakkan kembali salib

Image
Salib di sebuah gereja di Taman Medan yang diturunkan bulan lalu susulan protes akan dinaikkan semula, kata paderi gereja tersebut.

Rev Paul Packianathan berkata kepada The Malaysian Insider, kepimpinan gereja berkenaan memutuskan salib tersebut akan dinaikkan semula dan bergantung kepada kontraktor yang ditugaskan bagi tujuan itu.

Beliau berkata, tiada pihak seharusnya menafikan hak gereja untuk menggunakan simbol tersebut.

Pada 19 April, sekumpulan 50 penduduk Islam dari Taman Medan mengadakan bantahan di hadapan premis tersebut yang terletak di kawasan rumah kedai dan menuntut lambang salib itu diturunkan.
Mereka berkata, salib itu mencabar agama Islam dan akan menggugat akidah belia di kawasan itu.

Isteri Paul, Pastor Victoria, yang turut mengendalikan upacara keagamaan pada Ahad ketika itu memutuskan untuk menurunkan lambang tersebut atas faktor keselamatan.

Susulan insiden itu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata gereja itu perlu meletakkan kembali salib tersebut k…

Ahmad Awang Ulangi Pendirian Pertahankan Pakatan Rakyat...Inilah BARUA DAPIG

Image
TUMPAT 30 Mei - Calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang mengulangi penegasan akan memperkukuhkan hubungan PAS bersama rakan bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Beiiau berkata, tindakan ‘serang-menyerang’ termasuk kritikan yang dilontarkan daripada seorang pemimpin terhadap pemimpin yang lain adalah satu perkara biasa yang mampu ditangani.

Namun, beliau mendakwa masalah berpanjangan ini berlaku apabila ada pimpinan yang tidak mahu duduk berbincang dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Bila ada masalah kita bincang. Soalannya sekarang bila ada pihak tidak mahu berbincang itu yang jadi gaduh.

“Jadi dalam pakatan (PR) ini yang kita tahu ada pimpinan yang tidak mahu berbincang, tidak mahu hadir perbincangan, maka datanglah masalah itu.

“Kita ini sebuah parti politik yang bergerak bukan statik. Kita kena ada kebijaksanaan dalam kepimpinan itu tapi kalau seorang sahaja bijak yang lain tidak bijak, tidak guna juga.  Kalau tiga pimpinan, tiga-tiga pemimpin kena bijak.

"Benda ni timbul…

Bangang Keluarga Anwar Ni....Keluarga Kemuka Dua Tuntutan Jika Anwar Masuk Wad – Nurul Izzah

Image
PETALING JAYA:  Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan supaya memenuhi dua tuntutan sekiranya bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan.

Tuntutan itu membabitkan kebenaran untuk ahli keluarga melawatnya di hospital dan melantik doktor untuk menilai keadaan kesihatan Anwar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mewakili keluarganya berkata, peluang untuk bertemu dengan Anwar sepanjang berada di hospital itu adalah amalan yang pernah dibuat keluarganya semasa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjara selama hampir enam tahun sebelum dibebaskan pada 2004.

Sehubungan itu, katanya, jika pertemuan di hospital itu dihalang, beliau mendakwa ia sebagai arahan baharu yang diterima daripada kuasa-kuasa politik atasan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tuntutan kedua adalah mendesak kerajaan membenarkan adanya penilaian bebas oleh doktor yang dipilih keluarga untuk mengesahkan keadaan kesihatan Anwar.

“Kalau …

Tindakan Akhbar Thailand Siar Karikatur Hina Malaysia Sukar Diterima

Image
Kerajaan menyifatkan tindakan sebuah akhbar Thailand yang menyiarkan karikatur kartun menghina negara ini tidak dapat diterima.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tindakan menghina pemimpin serta rakyat negara ini tidak seharusnya berlaku.

"Sebenarnya kalau kita lihat apa yang dijumpai di Bukit Wang Burma, Wang Kelian bukan bermula daripada negara kita kerana lokasi kem transit itu lebih mudah untuk dimasuki dari negara berkenaan.

"Saya melihat daripada semua petunjuk yang dijumpai (di Bukit Wang Burma, Wang Kelian) semua ini bermula dari sana. Semua barang yang kita jumpa di kem transit itu seperti makanan, bungkusan, kain, kotak, bahkan kotak peluru semuanya berasal dari negara berkenaan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Peruntukan kepada lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam kawasan Parlimen Santubong, di sini malam ini.

Wan Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebuah akhbar nega…

Mat Sabu Sindir Hadi Kononnya Hebat Tapi Gagal Tawan Terengganu

Image
TUMPAT: Krisis dua pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan timbalan presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan PAS 2015, mempertikaikan kegagalan Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

"Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta 'parking' berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN)).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya …

Peletakan Jawatan Najib "Tidak Akan Selesai Masalah" - Ku Li

Image
PETALING JAYA: Peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri tidak dapat menyelamatkan Umno atau "menyelesaikan masalah", kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meletak jawatan tetapi mereka juga "tidak menyelesaikan apa-apa."

Soal beliau, jika peletakan jawatan Najib boleh menyelesaikan masalah, maka Dr Mahathir juga berbuat demikian tetapi "ia tidak menyelesaikan sebarang masalah."

Beliau berkata, Abdullah yang mengambil alih daripada Dr Mahathir kemudiannya dilihat sebagai masalah dan beliau turut meletak jawatan.

"Lebih banyak masalah sekarang," kata Tengku Razaleigh pada sidang media pelancaran Malaysia Harmoni di sini, Sabtu.

Beliau berkata, masalah timbul apabila Umno sebagai parti berasaskan Melayu diheret dengan pelbagai isu hingga sukar menarik minat golongan muda.

Baru-baru ini, Dr Mahathir meminta Najib mele…

PKR Dakwa Anwar Lewat Dirawat, Masuk Wad Selasa Ini...Start Wayang dahhh...Ingat Tinggal Hotel 5 bintang?

Image
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tindakan kerajaan yang lewat memberikan rawatan menjadi punca kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin membimbangkan.

PKR dimaklumkan, sejak Anwar dipenjarakan yang kini memasuki hari ke-110, pemimpim pembangkang itu didakwa kehilangan berat badan kira-kira enam kilogram dan ada kesan darah dalam sampel najisnya.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, Anwar juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan perubatan.

Menurutnya, berdasarkan keadaan kesihatan Anwar itu, dia sepatutnya mendapat pemeriksaan perubatan secara lebih kerap.

Tambah Johari, bekas ketua pembangkang itu juga mengalami kecederaan di bahu kanan sejak setahun lepas dan perlu menjalani pemeriksaan MRI, rawatan lanjut dan kemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

"Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan …

Panass!!!!Cayalah Haji Haji....Ahli PAS bebas pilih pemimpin atau ikut telunjuk DAP, kata Hadi

Image
MARANG: Terpulang kepada ahli PAS untuk memilih pimpinan parti pada muktamar ke-61 kali ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP.

“Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP,” tegasnya kepada media, semalam.

Ketika ditanya dua kumpulan ulama dan profesional pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ini, beliau menjelaskan kedua-dua pihak mempunyai calon tetapi salah satunya menjadi pilihan DAP.

“Tak timbul lagi ulama sebab dua-dua ada ulama. Belah ini ada ulama, belah itu ada ulama. Dua-dua ada ulama. Cuma satunya yang DAP hendak, satunya DAP tak nak…pilihlah.

“Saya hendak beri peluang kepada ahli-ahli PAS sama ada …

UMNO juga yang bersalah?Inikah Dikatakan Alim Agama PAS.

Image
Bukankah PAS seharusnya berbangga, apa yang sekian lama diperjuangkan telah diterima oleh UMNO di Kelantan? Mengapa perlu dipolemikkan lagi isu ini?

Ini tanda-tanda org munafiq tak mahu mengaku apa yg mereka salah selalu lontarkan kpd org lain. Nau'zubillah....

Jika ini lah menjadi Sikap Pemimpin PAS,tidak Pemaaf,cukup jelas bahawa Perjuangan Mereka semata-mata Perjuangan POLITIK.Memang padan lah HUDUD MEREKA d TOLAK.Hakikat nya PAS cuma mahukan sokongan DAP yg tetap Menolak.Bagi PAS sokongan UMNO hanya SANDIWARA semata.Jika demikian HAL nya bukan saja UMNO malah semua UMAT ISLAM d Malaysia WAJAR TOLAK HUDUD PAS sbb HUDUD PAS itu tidak lebih Dari HUDUD POLITIK....

Lebih 500,000 : Sabah Catat Bilangan Ahli UMNO Tertinggi....Sayangilah UMNO

Image
KOTA KINABALU 30 Mei - Sabah mencatat bilangan keahlian UMNO tertinggi di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan seramai 536,948 anggota.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman berkata, daripada jumlah yang direkodkan sehingga Februari 2015 itu, 375,667 anggota merupakan pemilih, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah, di ibu pejabat UMNO negeri di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Musa yang juga Ketua Menteri mahu UMNO Bahagian terus mempergiat sekali gus bergerak lebih proaktif dalam menambah lebih ramai ahli.

"Kerjasama daripada (semua) Ketua Bahagian (amat diperlukan) untuk memastikan kita terus mengaktifkan penambahan ahli UMNO (di Sabah)," katanya.

Mengenai mesyuarat itu, Musa berkata, UMNO Sabah antara lain membincangkan persediaan bagi mengadakan Mesyuarat UMNO Bahagian masing-masing serta program yang akan diadakan pada bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, UMNO Sabah berhasrat untuk menganjurkan aktiviti berbuka puasa di setiap zon seluruh negeri b…

Shahrir jelaskan sebab jumpa Arul Kanda 1MDB

Image
Pertemuan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dengan CEO Kumpulan 1MDB , Arul Kanda Kandasamy bagi membolehkan Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) memahami isu-isu dan mendapatkan maklumat berkaitan syarikat strategik kerajaan itu.
Shahrir berkata, sebagai Ahli Parlimen BN dan Pengerusi BNBBC, beliau harus memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB sahaja.

Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bharu itu, BNBBC dari masa ke semasa mendapatkan penerangan daripada pelbagai pihak mengenai isu-isu yang ada kaitan dengan kepentingan ramai.

Sebagai contoh katanya, BNBBC telah mendapat penerangan dari Khazanah Malaysia mengenai pemulihan dan penyusunan semula MAS pada Isnin malam.

Katanya, pertemuan sama ada secara persaorangan atau berkumpulan itu membolehkan pihak berkenaan memberikan …

Mac 2013 Tun M sanggup 'mencemar duli ' melancarkan biografi Rosmah Mansor.

Image
Dimana antara kandungan dlm buku itu menjawab fitnah yg dilemparkan terhadap Rosmah berhubung pembelian cincin yg berharga puluhan juta.

Kini setelah 2 tahun berlalu, tiba2 Tun pula yg berckp pasal cincin itu. Keh keh keh keh. Melayu mudah lupa.

Peluang Harakah Cerita Kepada Rakyat Kisah Anak Najib

Image
Pada 26hb Jun ini mahkamah tinggi telah menetapkan sebagai hari bicara kisah sensasi anak DS Najib yang dikatakan oleh Harakah dan Harakahdaily.

Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yakob pada hari itu boleh lah tunjuk kan bukti yang dia lebih tahu dari segala orang di Malaysia dan 1MDB berkenaan kata nya anak Najib  telah mengguna kan wang dana 1MDb untuk membiyai filem .

Rasa nya tentu tidak sukar bagi Dr Rosley memandangkan wang itu  itu banyak dan tentu dia tahu transkasi jumlah dan tarikh nya.

Selain itu dia mungkin tahu jumlah nya dan kemana wang itu datang dan pergi.

Tajuk rencana yang menyebab kan Harakah dan dr Rosley terseret ada lah “Dana 1MDB biayai Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2).

Maka bersama kes ini ada lah reputasi Harakah dan PAS, (jika masih ada reputasi) dan juga masa depan kewangan kedua Harakah dan dr Rosley.

Turut sama bakal di bankrapkan ada lah Taufek Yahya sebagai ketua portal Harakah.

Kisah sebegini memang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia yang suka kisah se…

Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman

Image
Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam kes saman terhadap media perdana, bergentanyanganlah segala macam kata pujian dari kalangan ‘keyboard warrior’ pro PR mengangkat darjat hakim dan mahkamah.

Hari ini lain pula yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan yang mencuit jiwa raga penyokong PR apabila mengarahkan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman membayar saman malu RM350,00000 kepada FELDA.

Bila diarahkan bayar saman maksudnya Mazlan yang juga Pengerusi NGO Anak itu telah diputuskan bersalah kerana telah memfitnah FELDA melalui penerbitan buku bertajuk “FELDA… Dulu tolong Sekarang Ah Long”.

Lebih malang bagi Mazlan apabila diarahkan juga membayar kos guaman yang berjumlah RM150,000.00 menjadikan angka keseluruhan yang menghempap kepala AJK PAS Pusat itu berjumlah RM450,000.00.

Sakan penyokong PR meroyan menuduh mahkamah berat sebelah, bias dan bermacam tuduhan liar dilemparkan. Sebab apa? Sebab keputusan tak memihak pada pemimpin mereka. Sebelu…

Calon Presiden PAS Tidak Kisah Dituduh Proksi DAP

Image
Samada tuduhan atau sekadar persepsi, adalah lebih bijak bagi seseorang individu itu memberi penerangan lantas menafikan sekiranya ianya tidak benar.

Apatah lagi, jika tuduhan tersebut bersifat “direct”, serta tidak memerlukan sebarang penyiasatan, atau audit yang terperinci bagi membuktikan dirinya tidak terbabit.

Namun, apa yang sedang berlaku ke atas Ahmad Awang cukup aneh, apabila beliau sendiri tidak kisah digelar “proksi DAP” di dalam PAS. Tidak kisah bermakna ada kebenaran tuduhan tersebut. Adakah begitu?

Penulis sendiri terkejut dengan kenyataan beliau di dalam sebuah portal, yang secara tidak langsung seolah-olah bersetuju dengan apa yang sedang hangat diperkatakan di kalangan penyokong PAS.

Berdasarkan cerita-cerita politik, Ahmad Awang didakwa individu yang menentang keras pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Perak pada 2008. Jika ianya benar sekalipun, rasanya ia bukan asas yang kuat untuk melabel beliau sebagai “proksi DAP” di dalam PAS.

Walau bagaimanapun, mana mu…

Video Terbaru Terjun dari menara Masjid Kampung Baru

Image
Seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun daripada Masjid Kampung Baru, di sini, bernasib baik apabila dia hanya patah kaki kanan.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa berusia 23 tahun dilihat memanjat menara masjid Kampung Baru.

Lelaki terbabit di percayai mempunyai masalah mental itu kemudian bertindak terjun dari menara terbabit sebelum jatuh ke atas bumbung di kawasan berdekatan.

Difahamkan orang ramai yang berada di kawasan terbabit cuba memujuk tetapi tidak diendahkan.
Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Sumber : Harian Metro


Akhlak PAS dalam menangani niat politik DAP

Image
Pertikaian di antara DAP dan PAS kini semakin genting dan gelagat kedua-dua pihak seolah-olah episod pergaduhan kanak-kanak. DAP kata PAS yang mulakan sementara PAS pula menuduh DAP yang bertanggungjawab.

DAP menggertak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat kerana tidak amanah pada janji. PAS pula mencabar DAP supaya meninggalkan pakatan itu jika tidak dapat menghayati konsep ‘setuju untuk tidak bersetuju’.

Sebagai satu cara mencari pencerahan perbalahan politik ini, elok diambil iktibar dari aspek adab dan amalan budiman kanak-kanak sebelum memilih untuk bergelut dan menyakiti fizikal pihak lain.

Suatu masa dahulu apabila dua kanak-kanak bergaduh, tentu ada ‘tukang api’ yang meletakkan dua objek di tengah-tengah mereka sebagai simbol kehormatan bagi kedua-dua orang berkelahi.

“Ini kepala bapak engkau, dan ini kepala bapak dia. Jika berani pijaklah…” adalah dialog permulaan pergaduhan lazim. Jika salah seorang mengangkat kaki dan mengijak simbol kepala bapa lawannya, maka berlakulah …

Hudud: UMNO Juga Yang Bersalah!..Inilah Bakal Calun Presiden PAS Yang DAPIG Mahukan

Image
Mungkin ramai yang sedang kebingungan membaca kenyataan terbaru dari Ahmad Awang, yang cuba menyalahkan UMNO sebagai punca keretakan hubungan PAS bersama DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Umum setuju dan mengerti, bahawa sejak berpuluh tahun lamanya, Hudud menjadi senjata utama PAS dalam meraih sokongan pengundi, terutamanya pengundi Islam.

Kita dapat lihat, bagaimana UMNO dituduh sebagai parti sekular, lantas siri pengkafiran dalam skala besar-besaran dijadikan modus operandi mereka yang menyaksikan graf kebencian terhadap UMNO semakin meningkat hari demi hari.

Hari ini, di kala ramai yang mahukan perpaduan Melayu dan Islam, Ahmad Awang mengambil tindakan drastik dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional, yang didakwa mempermainkan hudud.

Apa sudah jadi dengan calon yang bakal bertanding jawatan Presiden PAS ini? Mengapa dia sendiri tidak menyatakan perihal hudud yang diperjuangkan PAS sebelum ini?

Ahmad Awang cuba bersikap opportunist, dengan menyalahkan UMNO. Seharus…

TUN MAHATHIR TERLUPA ATAU TERSENGAJA TERBUAT FITNAH PULA : MALAYSIA 1O NEGARA RASUAH BERLELUASA

Image
Hari ini Negarawan Negara menulis lagi di blognya. Tajuk "Siapa Bertanggungjawab" boleh dibaca di sini.Admin tertarik dengan dakwaan Tun Dr Mahathir seperti berikut:

Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilihkasih dalam siasatan jenayah. Hari ini Malaysia sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.

Betulkah dakwaan Tun Dr Mahathir ini? Dari mana beliau mendapatkan fakta bahawa Malaysia antara sepuluh negara rasuah paling berleluasa? Amat sedih apabila Chedet meletakkan kenyataan tanpa merujuk kepada fakta yang sahih. Sebagai seorang tokoh negarawan, beliau tidak seharusnya menulis seperti Red Bean Army (RBA).

Bayangkan seorang negarawan menyatakan secara bertulis untuk memberitahu dunia bahawa negara sendiri adalah "negara sepuluh teratas paling korup di dunia"? Petikan kenyataan ini akan sampai ke media antarabangsa di mana ia akan diulang-ulang hingga menyebabkan kerosakan kepada reputasi Malaysia. Mengapa Tun Dr Mahathir mahu menyak…

Fitnah: Presiden Anak Diarah Bayar RM350,000 Kepada Felda...Padan mukanya

Image
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat memerintahkan  Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan sebuah syarikat membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah lembaga itu dalam sebuah buku.

Hakim Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd yang menerbitkan buku "FELDA... Dulu tolong  Sekarang Ah Long" membayar kos guaman sebanyak RM150,00 kepada Felda.

Sementara jumlah RM350,000 adalah bagi ganti rugi am dan teruk. Pada 20 Julai 2009, Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu dan mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat sala…

PasMa Rancang Guling Hadi - Zuhdi

Image
PETALING JAYA: Menjelang pemilihan PAS minggu depan, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) didakwa menjadi perancang dalam usaha untuk menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaga presiden PAS.

Selain itu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki turut mendakwa PasMa merancang untuk melakukan Grand Design bagi memastikan kumpulan mereka memenangi jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

"Jelas sekali PasMa berperanan di belakang Ahmad Awang, apabila terdapat figure PasMa mengiringi beliau sewaktu menyerahkan jawapan kesediaannya bertanding jawatan Presiden PAS baru-baru ini.

"Program-program yang melibatkan Ahmad Awang juga banyak dianjurkan oleh mereka yang sama ada ahli PasMa ataupun yang sebelum ini mesra PasMa.

"PasMa dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan siapakah pimpinan PAS yang perlu dinaikkan dan siapa pula yang perlu diturunkan," kata Mohd Zuhdi menerusi kenyataan pada Jumaat.

Kesediaan Ahmad untuk mencabar Hadi yang…

Ini sebabnya Husam lama menghilang diri...

Image
Sejak sebulan lalu khabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bahawa Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kena strok.
Ramai yang tak ambil kira sangat pada mulanya, sehinggalah makin hari makin tak nampak ADUN Salor itu di khalayak ramai.

Bagaimanapun pagi Jumaat, khabar angin itu disahkan selepas Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Baru, Datuk Abdul Wan Rahim Wan Abdullah mengesahkan kepada media beliau ada melawan Husam yang kini dirawat di klinik swasta di Kuala Lumpur

Menurut Wan Rahim Husam kini dalam proses pemulihan serta boleh berjalan dan bercakap.

“Doktor menegaskan dia perlu berehat dan tidur sebanyak yang mungkin,” kata Wan Rahim.

Bekas kakitangan Husam, Syed Azidi Aziz dalam status facebook mendoakan semoga Husam sembuh segera dari musibah kesihatan yang dialaminya sejak beberapa bulan lalu.

Husam dipercayai menderita sakit Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka akibat disfungsi saraf tengkorak yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka iaitu di sekitar mata d…

Pembohong Tak Buat Pembetulan, Tunjuk Bukti Kalau Gubah Wang Haram

Image
ADA usaha terdesak oleh Tun Mahathir untuk tuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pembohong kerana buat pembetulan di parlimen tentang aset 1MDB (bukan tunai) yang disimpan dalam BSI Singapura.

Setahu penulis, seorang pembohong tidak akan buat pembetulan.  Sebaliknya, pembohong akan kata orang yang percayakan pembohongannya sebagai ‘bangang’, itu baru pembohong.  Contohnya, bila wang RM 42 billion yang dikatakan hilang (tak mungkin diperolehi kembali), ditukar kepada hutang (boleh diperolehi kembali).

Atau pada 1997 kata George Soros penyangak mata wang yang hampir membangkrapkan negara, tapi berbelas tahun kemudian, dengan senang hati percaya cakap Soros bahawa dia tidak terlibat dalam krisis 1997.

Itu baru bohong, itu baru pembohong.  Setakat pinda jawapan di Parlimen, bukan pembohong, tapi orang jujur.

Menariknya, ini strategi Tun Mahathir – tunggu dimana Najib ‘macam silap’, itulah yang dipilih untuk dijadikan ‘soalan baru’.  Hilang dah cerita tentang risiko pelaburan di Cayman…

Lepas 1MDB, Tun M 'Serang' GST Pula...Sudah Lah Tun..

Image
KUALA LUMPUR 29 Mei - Belum tamat isu 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) yang dibangkitkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, kini beliau mempersoalkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula.

Tun Mahathir menerusi blog beliau hari ini menyarankan kerajaan perlu berjimat dalam perbelanjaan seterusnya mengelak daripada melaksanakan GST.

"Dana tambahan dikutip melalui perbelanjaan rakyat. Mereka terpaksa bayar lebih bagi setiap pembelian, maknanya kuasa beli mereka menurun. Erti kata lain, rakyat semakin miskin hanya semata-mata untuk mengayakan kerajaan.

"Dengan memperkenalkan GST, kerajaan sebenarnya menyuruh rakyat termasuk mereka yang bukan golongan pembayar cukai, menyelamatkan kerajaan," katanya.

Bekas Presiden UMNO ini semakin lantang menyuarakan ketidakpuashatian terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujar Mahathir, tekanan terhadap sistem kewangan negara akan timbul sekiranya syarikat berkaitan kerajaan seperti 1MDB …

DAP Memang Bangang....MPSS Bidas DAP Sabah Perlekeh Pengorbanan Esscom

Image
TAWAU: Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) membidas kenyataan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong yang dianggap memperlekeh  peranan petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengawal kawasan dan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Setiausaha MPSS Mohd Zaki Harry Susanto berkata kenyataan Jimmy yang mengaitkan kejadian penculikan di Ocean King, Sandakan dengan tuduhan kononnya pegawai Esscom "bukan saja tidak menjalankan tugas mengawal perairan negara, malah ponteng kerja" tidak wajar dan amat dikesali.

"Sebagai bekas polis, saya melihat sendiri komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pegawai Esscom termasuk Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi mengadakan pertemuan dengan masyarakat pesisir pantai Esszone.

"Ada dalam kalangan para pegawai ESSCom seramai 140 orang, tidak termasuk sekitar 30 orang kakitangan komponen awam, sanggup meninggalkan isteri tercinta di Semenanjung untuk berkhidmat…

Isu Rohingya: Akhbar Thailand Persenda Malaysia

Image
PETALING JAYA: Penemuan tapak perkuburan besar-besaran di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini menjadi 'mainan' media negara jiran berhubung sikap Malaysia dalam menangani isu pelarian Rohingya dan Bangladesh.

Menerusi lukisan kartun yang disiarkan sebuah akhbar di Bangkok, Thailand, pelukis tersebut mendakwa 'Malaysia benar-benar memalukan' susulan penemuan mengejutkan itu.

Imej kartun yang disiarkan akhbar The Nation dikongsi oleh bekas wartawan AFP,  Parameswaran Ponnudurai di laman Facebook.

Kartun berunsur provokasi itu memperolok-olokan kempen pelancongan negara dengan meniru logo Year of Festival 2015.

Kenyataan 'Don't visit Malaysia 2015 if you are a Rohingya' dan 'Malaysia truly embarrassed' digunakan pelukis berkenaan bagi menggambarkan situasi yang berlaku di utara tanah air.

Turut digambarkan dalam lukisan berkenaan ialah imej seorang anggota polis yang kelihatan berpeluh dan terkejut dengan penemuan beberapa tengkorak manusia dalam sebuah…