Wowww....Maradona Buka Kedai Emas di NU Sentral

KUALA LUMPUR, 30 Mei - Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dan rakan niaganya dari India, Boby Chemmanur, melancarkan kedai emas ke-37, 'Boby & Maradona Gold Diamond Jewellery', di sini hari ini.

Maradona, yang memakai jersi biru bersama-sama bintang filem India, Karisnma Kapoor merasmikan cawangan pertama di rantau Asia Tenggara, di pusat beli-belah NU Sentral di sini.

Sejumlah 1,000 orang berkumpul di pusat beli-belah itu untuk melihat legenda bola sepak dunia itu dan bintang Bollywood tersebut.

Sementara itu, Boby, yang juga Pengerusi dan Pengarah Urusan, Chemmanur International Jewellers, berkata keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan kemas di cawangan tersebut akan disumbangkan kepada rumah kebajikan di Malaysia.

"Secara langsung, kami tidak akan menerima sumbangan derma tetapi sebaliknya anda perlu membeli emas dan berlian untuk menderma," katanya kepada pemberita selepas perasmian kedai tersebut.

Beliau berkata penglibatan Maradona dengan kerja-kerja amal akan menjadi inspirasi kepada orang lain untuk membuat sumbangan kepada badan-badan amal.

Beliau berkata syarikat itu, yang mempunyai cawangan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan majoriti di India, telah memilih Malaysia untuk cawangan pertama di rantau ini kerana rakyat Malaysia dikenali sebagai "sangat baik dan pemurah dalam soal membuat amal".

Maradona, yang bermula sebagai duta jenama untuk Boby Chemmanur International Group, kemudian menjadi rakan perniagaan Boby.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana