Posts

Showing posts from May, 2013

HOT INFO! Video yang Wajib Melayu Islam Tengok

Image
Mat Lutfi ni memang selalu buat video yang agak menarik dan mengajak kita berfikir. Mc tertarik dengan video dan persembahan yang beliau berikan. Sinis dan makan dalam. Islam tidak memaksa dan tidak berlaku kejam, cuma ada umat Islam yang kononnya alim dan beragama, tetapi berlaku kejam menolak umat Islam yang lain.

Bukankah Islam mengajar kita untuk berbuat baik..

Mau ikut cara Singapura...?

Image
Jika sebelum ini, sudah jadi tabiat puak-puak pembangkang, apa saja yang di Malaysia ini dibandingkan dengan Singapura. Ini kita boleh faham sebab parti paling berpengaruh dalam pembangkang, DAP ada kaitan dengan parti pemerintah Singapura PAP.

Sebab itu, perangai sikit-sikit rujuk Singapura itu sudah jadi mind set puak-puak ini. Lihat saja tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang baru-baru ini suruh Malaysia ikut Singapura hapuskan Dewan Negara yang katanya membazir.

Cuma kita hendak tahu, apa komen puak-puak ini dengan langkah terbaru Singapura mengawal media internet, termasuk portal berita tempatan dan antarabangsa.

Umum tahu ribuan portal berita di seluruh dunia menjadi cabaran baru kepada pihak berkuasa. Ini kerana internet membolehkan sesiapa saja mengaku sebagai syarikat berita, membuat portal dan mengupah wartawan.

Di sesetengah negara ianya bebas sepenuhnya, sehingga sering berlaku laporan bercanggah memetik sumber berita terutamanya melibatkan kepentingan awam.

Ada negara …

Video ini mendedahkan bahawa PKR memang merancang untuk huru harakan negara.

Image
Tidak mustahil apa yang berlaku sekarang iaitu dalam 505 adalah sebahagian daripada "master plan" mereka untuk kucar kacirkan negara.

Safwan si aktivis mahasiswa 'kaki spin',mahu pula diikat jamin.

Image
Aktivis mahasiswa Muhammad Safwan Anang hari ini dibebaskan selepas diikat jamin sebanyak RM5,000, kata isterinya Mastura Abu Bakar. Menurut Mastura, Safwan dijamin oleh adik lelakinya sendiri di mahkamah dekat Jalan Duta, pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

 Safwan yang juga pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dituduh bersama pemimpin politik dan aktivis NGO Naib presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim pada 29 Mei lalu. Kesemuanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

 Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Bagaimanapun Safwan enggan diikat jamin dan dibawa ke penjara Sungai Buloh. Ketika dihubungi media tengahari ini, Mastura berkata suaminya pada asalnya, enggan diikat jamin selepas dituduh di bawah akta tersebut.

 Bagaimanapun, Mastura berkata, Safwan menukar fikirannya selepas mempertimbang peranan yang boleh dilakukannya di luar penjara s…

TERKINI Zahid Berundur Setelah Di Desak 20 Ribu Pelajar Di Putrajaya ??

Image
PUTRAJAYA: Kira-kira hanya 20 pelajar yang menyertai perhimpunan di luar Kementerian Dalam Negeri hari ini bagi menuntut supaya menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan. Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung beberapa siri tangkapan ke atas aktivis pelajar dan juga pemimpin pembangkang.

Sambil berhimpun, pelajar berkenaan membawa sepanduk yang tertera “Polis untuk rakyat”, “Pulihkan imej polis” dan “Ahmad Zahid letak jawatan”.Mereka juga menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana didakwa gagal bertindak secara profesional.

Antara yang hadir selepas solat Jumaat tadi adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setelah dituduh mengeluarkan kenyatan berbaur hasutan.

Safwan yang ditangkap 28 Mei lalu mendakwa Zahid menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tujuan memorandum hari ini diserahkan oleh kami adalah untuk menuntut Datuk Zahid H…

Kerajaan Tidak Maaf Mana-Mana Pihak Masuk Campur Urusan Negara Lain - Anifah

Image
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak akan memaafkan mana-mana pihak dari negara ini yang masuk dalam urusan hal ehwal negara lain, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia sentiasa menghargai hubungan kukuh dengan negara lain.

"Rakyat Malaysia di luar negara perlu menghargai aspek positif kehidupan mereka di negara tuan rumah dan melakukan kewajipan mereka untuk turut menyumbang kepada kemakmuran dan nama baik negara kita," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.Pendirian Malaysia itu dinyatakan berikutan gesaan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur minggu lepas supaya meringankan hukuman terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Singapura.

Sebelum ini, kumpulan rakyat Malaysia itu ditahan ketika menyertai protes di Merlion Park Singapura pada 8 dan 11 Mei berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu walaupun diberi amaran oleh pihak polis untuk tidak berbu…

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka...

Image
Begitu hebatnya pemimpin ini kerana diberi penghormatan yang cukup tinggi oleh Ketua Menteri Melaka yang baru. Itulah yang dikatakan "pemimpin yang disegani rakyat"... Rakyat Negeri Melaka berada di kawasan luar bandar tertanya-tanya juga kemana arah tujunya "tok ali" ini dan akhirnya kelmarin sudah terjawab...

Tahniah kepada Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Wira Idris Haron yang bertindak profesional dan tegas di dalam menjalankan tangungjawab sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-10.

Islam tuntut perpaduan, bukan perpecahan

Image
Pada asasnya, perpaduan yang dianjurkan oleh Islam merujuk kepada dua dimensi iaitu melalui ikatan di kalangan umat Islam dan ikatan sesama anggota masyarakat lain yang bukan Islam.

Perpaduan yang dianjurkan perlu memenuhi kriteria kerukunan muafakat yang baik, selain kesatuan insaniah yang dapat dizahirkan melalui ikatan jiwa dan kerohanian.
Perpaduan secara rasionalnya adalah positif, manakala perpecahan adalah negatif. Islam menuntut agar perpaduan dan keamanan dipulihara dan diwariskan selama-lamanya. Perpecahan akibat perbezaan dan pergeseran fahaman keagamaan dan politik adalah faktor melemahkan umat Islam dan membuka ruang kepada musuh merobek agama itu sendiri.

Kemenangan dan kenikmatan hidup hanya mampu dizahirkan apabila terciptanya perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan umat Islam itu sendiri seiring firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepad…

'Red Bean Army' cuba cabar kesabaran polis

Image
Ugut demonstrasi pertikai keputusan PRU-13

Keazaman Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memerangi segala bentuk jenayah amat dinantikan kerana sebelum ini persepsi orang ramai ialah polis seolah-olah buntu untuk menanganinya.

Malangnya, ketika pihak polis berusaha memerangi jenayah sedemikian, ia terpaksa pula berdepan dengan perbuatan puak yang digelar ‘Red Bean Army’ yang berterusan menghasut orang ramai membenci kerajaan serta kumpulan yang tidak henti mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13.

Mereka yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berterusan mendakwa berlaku penipuan ketara dalam PRU-13, termasuk ketika pengiraan undi. Walaupun peruntukan sedia ada membolehkan sesiapa saya yang mempertikaikan keputusan pilihan raya itu mengemukakan petisyen ke mahkamah sebagai mana yang akan dilakukan parti pembangkang sendiri, mereka tetap meneruskan perhimpunan haram itu.

Malah, mereka dengan selamba mengumumkan akan melak…

Jangan bakar kelambu

Image
Terdapat perbezaan jelas di antara parti yang berasaskan perkauman dan parti yang dasarnya perkauman. Memang UMNO bermula sebagai parti untuk orang Melayu, seperti juga MCA dan MIC untuk orang Cina dan India. Banyak parti lain yang menggunakan kaum sebagai terasnya – mewakili suku kaum Iban, Kadazan atau sebagainya.

UMNO bukan parti rasis. Malah dalam konteks UMNO jelas tertera dalam perlembagaannya prinsip ‘mempertahankan kedaulatan dan keadilan sosial’ serta ‘memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera dan rakyat Malaysia amnya.’
UMNO lahir pada tahun 1946 akibat daripada kebangkitan orang Melayu menentang Malayan Union. Sejak wujudnya UMNO menjadi parti orang Melayu dan memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Maka itu apabila pengasasnya, Datuk Onn Jaafar mencadangkan keanggotaannya dibuka pada orang bukan Melayu, cadangan itu dianggap terlalu radikal lalu diketepikan.

Laman web berita kena ada lesen di Singapura mulai 1 Jun

Image
Pemantau media rasmi Singapura pada Selasa mengumumkan peraturan pelesenan bagi laman-laman web berita, termasuk portal Yahoo! tempatan, yang akan tertakluk sama seperti peraturan yang dikenakan terhadap media tradisional.

Lembaga Pembangunan Media (MDA) dalam kenyataannya berkata, peraturan baharu tersebut akan berkuatkuasa 1 Jun ini terhadap laman web yang memperoleh lebih 50,000 pelawat unik daripada Singapura pada setiap bulan dan menyiarkan sekurang-kurangnya satu berita tempatan seminggu.

Selain itu, laman web yang diberi lesen perlu memadamkan artikel yang boleh mengancam keamanan dan berbaur perkauman dalam tempoh 24 jam selepas diarahkan oleh MDA.

Malaysia perlu ambil iktibar tindakan Singapura

Image
Malaysia perlu mengambil iktibar inisiatif kerajaan Singapura yang akan mengenakan lesen terhadap semua laman web berita negara itu bagi mengelakkan berlaku 'gangguan' keharmonian kaum dan agama, kata Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah.

Menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik menjaga sensitiviti semua kaum, beliau berkata pemberian lesen itu akan memudahkan kerajaan untuk memantau berita yang disebarkan seterusnya mengambil tindakan terhadap mana-mana artikel yang berbaur hasutan.

"Sesiapa sahaja termasuk agensi yang mahu menulis berita boleh berbuat demikian namun perlu memohon lesen dan kerajaan pula tidak perlu tegas semasa mengeluarkan lesen agar ia tidak menyekat kebebasan bersuara.

"Ia pastinya tidak akan menyekat kebebasan bersuara kerana lesen dikeluarkan secara mudah sebagai hak mereka maka kerajaan pula ada hak untuk menegur jika berlaku ketidaksesuaian dalam mana-mana penghasilan berita," katanya kepada Bernama di sini h…

Kenal tak siapa ni?

Image
Ketua Wanita PKR

Agak agak lah pun kalau sudah mengantuk carilah tempat yang sesuai...janganlah tidur tempat secara terbuka..kan dah kantoiiii

Blackout: Singapura warning MP pembangkang nak 'layanan istimewa' terhadap peserta demo...

Image
INI SINGAPURALAH... mungkin itu slogan baru negara republik tersebut yang pada Rabu mengeluarkan amaran kepada ahli-ahli politik Malaysia agak tidak masuk campur soal 'rumah tangga' mereka.

Ini berikutan beberapa ahli parlimen pembangkang cuba nak jadi hero dengan menghantar memorendum minta negara itu beri 'peluang kedua' kepada  21 rakyat Malaysia yang ditahan kerana mengadakan demonstrasi 'Blackout 505' di negara itu.

Kementerian Luar Singapura berkata tuntutan oleh ahli Parlimen Malaysia supaya republik itu melepaskan mereka yang ditahan dilihat sebagai campur tangan asing.

"Tindakan yang melibatkan pihak asing adalah percubaan untuk mendapatkan layanan istimewa dan  terus mempolitikkan apa yang pada asasnya adalah perlaksanaan undang-undang domestik di Singapura," katanya dalam satu kenyataan di laman webnya.

Singapura menambah bahawa mereka telah sentiasa mengambil pendirian yang tegas terhadap isu-isu luar atau politik yang cuba dibawa masuk k…

Kerajaan tidak akan laksana GST dalam tempoh dekat,kata Husni

Image
Kerajaan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh jangka dekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan dilaksanakan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Kami masih belum memutuskan mengenai GST kerana kami perlu mengkaji semula perkara itu dan kami kini sedang di dalam proses mengkajinya dari sudut yang menyeluruh."  

"Semua tindakan yang diambil perlu dilihat bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan, malah perlu dilihat dari segi kemakmuran orang ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat ke-19 Kumpulan serantau Asia/Pasifik Institut Bank Simpanan Dunia (WSBI) di Cyberjaya,Khamis.

Selain menjana pendapatan kerajaan, pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi.

"Kami juga mengkaji sama ada kam…

GAMBAR JUTAAN MAHASEWEL BERKHEMAH DI DEPAN PENJARA SUNGAI BULOH DEMI SAFWAN

Image
Sekumpulan anak-anak muda dilihat telah berkhemah depan penjara Sungai Buluh yang dipercayai sebagai tanda sokongan solidariti mereka kepada mahasiswa penyokong Pakatan iaitu Safwan Anang.



Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara terhadap Khir Toyo

Image
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun lepas.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah t…

Gambar Nurul Izzah Kena tahan kat terminal kerana dilarang masuk Sabah pun dapat KFC.. ..

Image
Padan mukanya kerana mulut badan binasa...inilah jadinya Nurul sanggup lakukan apa saja demi kepentingan politik Keluarganya.

Mula nak meroyan! Mana wakil exco india PKR??

Image
kesian india sokong pakatan..pandikutty la jawabnya

BILA HATI MELAYU MATI Kata Prof Ridhuan Tee Abdullah

Image
Ketegasan Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju.

Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan.

Isu pendidikan Cina acapkali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasi…

Kerajaan Tidak Maaf Mana-Mana Pihak Masuk Campur Urusan Negara Lain - Anifah

Image
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak akan memaafkan mana-mana pihak dari negara ini yang masuk dalam urusan hal ehwal negara lain, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia sentiasa menghargai hubungan kukuh dengan negara lain.

"Rakyat Malaysia di luar negara perlu menghargai aspek positif kehidupan mereka di negara tuan rumah dan melakukan kewajipan mereka untuk turut menyumbang kepada kemakmuran dan nama baik negara kita," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Pendirian Malaysia itu dinyatakan berikutan gesaan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur minggu lepas supaya meringankan hukuman terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Singapura.

Sebelum ini, kumpulan rakyat Malaysia itu ditahan ketika menyertai protes di Merlion Park Singapura pada 8 dan 11 Mei berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu walaupun diberi amaran oleh pihak polis untuk tidak berb…

Tunai janji dalam manifesto.. Sultan peringat Khalid, Exco Selangor...

Image
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat agar menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto parti itu. Titah baginda, selain mengotakan segala janji-janji mereka, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya perlu sentiasa mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat.

"Parti yang dipilih pada PRU13  janganlah  melupakan rakyat dan seharusnya menunaikan janji yang telah dilaungkan dalam manifesto ketika berkempen semasa pilihan raya umum," titah baginda.
Sebelum ini, selepas memenangi PRU-12 pada 2008, banyak aduan diterima daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri kerana gagal melasanakan janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Antaranya, gagal memberi air percuma secara menyeluruh, tidak memberi bantuan elaun kepada ibu tunggal dan kanak-kanak yang belajar di peringkat taska.

Pada majlis ini, baginda turut mengingatkan Ex…

PM Arah Siasatan Terperinci Tragedi Bot Ekspres Karam

Image
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang, Sarawak pada Selasa lepas.

Beliau juga menyeru semua pengendali perkhidmatan feri supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan bagi mengelak kejadian itu berulang.

"Saya telah mengarahkan supaya satu siasatan terperinci mengenai tragedi itu dibuat dan saya seru kepada semua pengendali feri supaya sentiasa bertanggungjawab," katanya dalam laman Facebook beliau, Khamis.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan tragedi tersebut, perdana menteri berkata seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang maut dalam kejadian itu.

Menurutnya rakyat Malaysia juga sentiasa mendoakan keselamatan semua pihak.

Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tragedi itu.

Dalam kejadian itu, bot ekspres …

Lagi drama 'madu tiga' berebut jawatan di Selangor...

Image
Macam biasa, drama madu tiga dalam pakatan pembangkang, belum apa-apa khabar angin perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' Pas apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.

Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan yang juga ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden Pas ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli Pas telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan Pas di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri Pas' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

''Pada pilihan raya umum lalu, Pas di Selangor telah meme…

Nurul Izzah Dilarang Memasuki Sabah...Padan Mukanya Kerana Mulut Badan Binasa

Image
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilarang daripada memasuki Sabah.

Beliau tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis, tetapi ditahan di imigresen.

"Mereka mahu mengusir saya. Saya akan berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah," katanya tergesa-gesa kepada The Star dalam satu perbualan telefon.

Timbalan Ketua Setiausaha PKR Darell Leiking yang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di lapangan terbang menerusi Twitternya berkata pada ketika itu beliau sedang menunggu senarai hitam untuk melihat jika nama Nurul turut tersenarai dalamnya.

Beliau berkata Nurul Izzah mahu melawat Sabah untuk perayaan Kaamatan.

Nurul menulis di Twitternya "imigresen Sabah mengatur penghantaran pulang saya. Saya tidak dibenarkan untuk berbincang dengan ahli Parlimen, Darrell Leiking, yang menunggu saya di sini."

Beliau juga menulis di Twitternya bahawa terdapat ahli Parlimen lain juga yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah.

"Terdapat ahli Parlimen lain…

Cemar imej negara: 6,564 rakyat Malaysia disenarai hitam

Image
Jabatan Imigresen menyenaraihitamkan 6,564 warga negara Malaysia kerana melakukan pelbagai kesalahan di luar negara, sekali gus menyebabkan mereka dilarang untuk keluar antara tiga hingga lima tahun seperti diperuntukkan Akta Pasport 1966.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti melanggar peraturan imigresen negara dikunjungi, berkait dengan kegiatan jenayah dan tindakan mencemar imej negara.

“Mereka yang dikenal pasti itu, apabila kembali ke negara ini, maka tindakan diambil termasuk membatalkan pasport mereka, menyebabkan mereka tidak boleh keluar dari Malaysia.

“Tiada undang-undang yang boleh halang rakyat Malaysia pulang ke negara ini tetapi kerajaan boleh halang mereka daripada keluar apabila melakukan kesalahan di luar negara,” katanya.

Media melaporkan imigresen sedang mengesan rakyat Malaysia di luar negara termasuk pelajar yang didapati melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang serta mencemar imej negar…

KM Sarawak : Mohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang

Image
KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi tiga bulan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Sentosa daripada DAP Chong Chieng Jen untuk memohon maaf kerana mengungkapkan kata-kata berbaur fitnah terhadap beliau.

Taib, yang juga Menteri Kewangan Sarawak dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, berkata beliau akan menimbangkan untuk memfailkan prosiding mahkamah terhadap Chong melainkan beliau menarik balik dakwaan berbaur fitnah dan memohon maaf dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

"Selagi ada anak Sarawak seperti dalam parti pembangkang yang terus rela menjadi alat untuk menyebarkan tuduhan dan dakwaan yang sengaja diperbesar-besarkan, negeri ini berdepan risiko menjadi tunduk kepada penyangak asing yang bakal membawa akibat buruk pada ekonomi, sosial dan politik," katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri telahpun memulakan tindakan undang…

'Jangan heret saya dalam kelewatan lantik exco'

Image
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak supaya tidak mengheret diri baginda dan pihak Istana dalam kemelut kelewatan pelantikan Exco Selangor sehingga tempoh tiga minggu.

Baginda melalui Setiausaha Sulitnya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan itu  bagi mengelak salah faham rakyat terhadap institusi diraja negeri ini.

“Saya ingin mendapat kerjasama dari penulis-penulis laman sesawang dan blog supaya tidak mengheret pihak Istana terutama Sultan Selangor dalam apa jua perkara tanpa siasatan terlebih dahulu.

"Ini bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap Sultan Selangor khasnya dan pihak Istana amnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Munir,  Sultan Sharafuddin pada 14 Mei lalu telah menitahkan Menteri Besar Selangor Tan  Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan senarai exco untuk diperkenan.

Selaras dengan peruntukan undang-undang, Abdul Khalid telah berjanji untuk mengemukakan nama-nama exco setelah berbincang dan men…

Pakatan tak hormati Agong - Dr Atory

Image
SHAH ALAM: Gesaan pembangkang supaya pengurusan tertinggi SPR meletakkan jawatan seolah-olah tidak menghormati Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong, kata Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain.

Menurut Ahmad Atory, kuasa pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan lima anggota lain dalam SPR adalah di bawah Agong.

“Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan oleh Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan jika Agong bertitah sedemikian maka barulah kena pada tempatnya (pentadbiran SPR meletakkan jawatan),” katanya mengulas tindakan pembangkang yang mahukan pentadbiran SPR meletakkan jawatan atas alasan penipuan dalam PRU13, 5 Mei lalu.

Justeru katanya, bukan sewenangnya mana-mana pihak boleh minta pengerusi dan timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan tersebut.

Gesaan itu juga dikemuka Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof …

Pemuda PAS Sedia Tanggung Kos Guaman Adam Adli & Safwan Anang...Pergghh Orang Seperti Ini Pun Nak Di Angkat PAS

Image
Adam Adli Abdul Halim

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menanggung kos guaman sepanjang kes perbicaraan dua aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan Muhammad Safwan Anang yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata DPPM juga sedia membantu dengan menyediakan peguam daripada Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) bagi membela anak muda yang didakwa di mahkamah.
                                                                        Safwan Anang

"Justeru, sebagai tanda solidariti kepada perjuangan anak-anak muda ini, DPPM dengan ini menawarkan untuk menanggung kos guaman buat Safwan Anang dan Adam Adli sepanjang kes perbicaraan mereka di mahkamah.

"DPPM menyanjung tinggi keberanian anak muda ini dalam mempertahankan kebenaran meskipun mereka berdepan risiko ditangkap dan dipenjarakan," katanya dalam satu kenyataan pada Kh…

Pemilihan Umno: 146,500 anggota akar umbi terlibat

Image
KUALA LUMPUR - Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:

* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

* Syarat untuk bertanding AJK …

10 Exco Selangor juga kena pegang tombak angkat sumpah dan akujanji..​.Tak Pernah Sejarah Bebbb

Image
Majlis mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor di Istana Alam Shah Klang pagi Khamis menyaksikan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dilantik turut kena pegang tombak simbol junjung kuasa Sultan Selangor.      

Pada 14 Mei lalu, Tan Sri Khalid Ibrahim turut memegang tombak ‘Sang Buana’ yang matanya dibalut kain kuning semasa angkat sumpah dan membaca 10 akujanji sebagai Menteri Besar Selangor.

Difahamkan, tujuan mengangkat sumpah sambil memegang tombak itu bagi memastikan Exco yang dilantik taat setia dan patut dengan ikrar serta akujanji masing-masing yang sama dibaca Khalid sebelum ini.

Selain kelainan itu, Adun-Adun lain tidak dijemput menghadiri majlis yang bermula jam 9.30 pagi.

Di majlis berkenaan, empat muka baru dan enam calon lama dari pakatan rakyat Selangor mengangkat sumpah sebagai Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.

PAS membariskan tiga Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan Adun Sijangkang…

Menteri kesal niat baik disalah anggap

Image
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan kesal apabila niat baiknya untuk membantu keluarga tahanan yang mati dalam lokap polis, N. Dharmendran, telah disalah faham.

Low, yang bertanggungjawab dalam hak asasi manusia dan intergriti, berkata pejabat beliau cuba menghubungi keluarga Dharmendran semalam untuk membantu berdasarkan 'hak asasi manusia'.

Langkah itu bagaimanapun disalah anggap sebagai satu cara untuk menyelesaikan isu itu di luar mahkamah, katanya.

"Ini tidak pernah menjadi hasrat kami," katanya, sambil menegaskan bahawa pihak berkuasa sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak mengenai perkara itu dalam memastikan keadilan terlaksana.

"Kami cuba untuk menjelaskan bahawa kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, tanpa mengira fahaman politik," katanya dalam kenyataan di sini.

Naib presiden PKR N. Surendran dilaporkan mendakwa bahawa ayah Dharmendran, G. Nagayarasamy, menerima panggilan telefon daripada…

Saifuddin jadi Pegawai Perhubungan Politik MB?Orang Selangor Tiada Kebolehan Ker...Ambil Orang Luar

Image
KUALA LUMPUR: Khabar angin mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' PAS apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.

Perkara itu disuarakan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden PAS ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli PAS telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri PAS' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

''Pada pilihan raya umum lalu, PAS di Selangor telah memenang…

Pas perlu berhenti diperbodohkan Anwar

Image
KUALA LUMPUR 29 Mei - Parti pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan Ketua Pembangkang itu sejak pilihan raya umum lalu bermotifkan peribadi.

Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri dijadikan alat tunggangan Ketua Pembangkang kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring.

Beliau yang bersetuju dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melabelkan perhimpunan haram anjuran pembangkang sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring menambah, Pas perlu berhenti daripada terus diperbodohkan.

"Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla adalah pengajaran terbaik dalam isu Anwar Spring ini. Anwar memungkiri perjanjian damai melibatkan Perdana Menteri apabila enggan menerima keputusan pilihan raya sebaliknya memilih demonstras…