Jangan bakar kelambu

Terdapat perbezaan jelas di antara parti yang berasaskan perkauman dan parti yang dasarnya perkauman. Memang UMNO bermula sebagai parti untuk orang Melayu, seperti juga MCA dan MIC untuk orang Cina dan India. Banyak parti lain yang menggunakan kaum sebagai terasnya – mewakili suku kaum Iban, Kadazan atau sebagainya.

UMNO bukan parti rasis. Malah dalam konteks UMNO jelas tertera dalam perlembagaannya prinsip ‘mempertahankan kedaulatan dan keadilan sosial’ serta ‘memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera dan rakyat Malaysia amnya.’
UMNO lahir pada tahun 1946 akibat daripada kebangkitan orang Melayu menentang Malayan Union. Sejak wujudnya UMNO menjadi parti orang Melayu dan memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Maka itu apabila pengasasnya, Datuk Onn Jaafar mencadangkan keanggotaannya dibuka pada orang bukan Melayu, cadangan itu dianggap terlalu radikal lalu diketepikan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL