Posts

Showing posts from May, 2017

Alumni Kelab UMNO Luar Negara kecam cara Muhyiddin berpolitik

Image
Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) melahirkan rasa kesal diatas perubahan besar sikap dan cara berpolitik bekas pemimpin UMNO sejak mereka bersengkongkol dengan pembangkang.

Pengerusinya, Wan Md. Hazlin Agyl berkata, bekas pemimpin UMNO terbabit kini berperangai seperti pemimpin pembangkang dengan menjadikan khabar-khabar angin dan fitnah sebagai ‘makanan politik’ untuk melemahkan minda rakyat.

“Menyebarkan berita-berita palsu di media-media sosia hanya akan memecahbelahkan perpaduan rakyat sekali gus menggugat keharmonian negara. Yang lebih kita utamakan adalah perpaduan dan kesejahteraan kita selari dengan semangat Negaraku Malaysia.

“Berjuanglah dengan ikhlas demi kesejahteraan rakyat dan negara bukannya berpaksikan nafsu yang gilakan kuasa semata-mata,” katanya menasihati bekas pemimpin UMNO terbabit dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Md. Hazlin dalam pada itu menyelar bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal kerana sangg…

MEC... Projek mega Mahathir yang dirahsiakan bankrap...Kekayaan Kita DUlu Lagi Banyak Habiskan Oleh Geng Madey Dan Kroninya

Image
MALAYSIA ELECTRONIC CORPORATION BHD. (MEC) ramai anak-anak muda jarang dengar cerita ini. Tak banyak info mengenai MEC di internet. Pada tahun 90an dulu Tun Mahathir pernah merancang secara besar besaran untuk mengadakan MEC City di kawasan seluas 3000 ekar di Gambang, Pahang.

Berjuta2 duit telah dihabiskan untuk projek Bandar MEC ini. MEC dirasmikan Mahathir ada 17 Mac 1997.

Asalnya idea Mahathir nak bina MEC ni adalah kerana masa tu banyak syarikat asing bina kilang elektronik dan pemasangan mereka di Malaysia.

Panasonic, Toshiba, Sony, Aiwa dulu kebanyakkannya ada kilang di Malaysia. Yelah masa tu kos buruh kita murah.

Bahasa mudahnya idea Mahathir ini sebenarnya nak "sailang" brand-brand luar ini di pasaran Malaysia. So keluarlah brand MEC di pasaran.

Masa tu mulalah dia gunakan sentimen untuk rakyat beli produk dari MEC ni. Dia complain orang kita suka sangat beli brand luar sedangkan jenama tempatan pun sama bagus kerana brand-brand luarpun dibuat di sini.

Tapi tak la…

Habis tanah tergadai apabila DAP dan PKR menjadi kerajaan

Image
Tanah adalah sasaran utama pembangkang bila mereka naik menjadi kerajaan negeri.

Pada tahun 2008, bila Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham memperkudakan Nizar Jamaluddin selaku MB Perak, mereka telah bertindak 'menggadaikan' 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada 9 buah sekolah Cina pada tahun 2008.

Nizar sendiri tanpa sedar telah mengakui perkara itu semasa berkempen di PRK Kuala Kangsar tahun lalu. Selepas 8 tahun baru hendak mengaku. Namun satu perkara yang tidak dilupakan semua orang adalah bila DAP mempergunakan Nizar memberikan status milikan kekal tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung-kampung baru Cina di Perak.

Di Rancangan Kampung Tersusun, RKT yang lebih ramai jumlahnya dari kampung baru hanya diberi 99 tahun sahaja. Terdapat 73,703 penduduk pada ketika itu dengan pecahan 44.02% Melayu, 37.93% Cina dan 18.05% India. Inilah sikap "double standard" dan chauvinis DAP.

Pada Disember 2012, Nga dan Ngeh turut memperdayakan kerajaan PAS Kelantan untuk m…

Minta Maaf !!!!! Salah fakta... tuduhan Rafizi menyusahkan hidup orang lain

Image
Rafizi Ramli perlu memeriksa fakta sebelum membuat apa-apa pendedahan kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ini selepas tuduhan pakar dedah PKR itu menyusahkan hidup wanita yang didakwa Rafizi sebagai pelobi untuk kerajaan Malaysia, yang sebenarnya merupakan orang lain.

Rafizi sebelum ini mendakwa wanita itu ada kaitan dengan Godfrey Group Ltd, syarikat yang dikatakan membayar RM1.07 juta kepada seorang pelobi Washington, berkata ia merupakan kesilapan identiti yang dibuat Rafizi.

Dalam satu sidang media khas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong pagi ini, wanita tersebut Florence Goh berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya

“Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” kata Florence Goh yang memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.

“Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah,” katanya.

Menurut Wee Ka Siong…

Pakatan Harapan bakal mereput - PAS

Image
PAS dijadikan kambing hitam oleh parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan untuk menyembunyikan kelemahan yang ada dengan menuduh PAS sebagai punca perpecahan Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata selepas partinya tidak lagi bersama dalam gagasan baru iaitu Pakatan Harapan (PH), mereka pula dituduh dengan sengaja memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Nasruddin yakin PH yang diterajui DAP bakal mereput kerana di kalangan pemimpinnya saling bertelagah dalam pelbagai isu.

“Langkah kami keluar daripada pakatan mereka adalah tindakan yang betul. Kami keluar bukannya mengikut emosi sebaliknya berdasarkan nas dan bukti-bukti yang me­nunjukkan bagaimana kerjasama yang dipersetujui sebelum ini tidak dihormati.

“Malah sehingga kini masih berlaku pertikaman lidah sesama mereka, dan nampaknya Pakatan Harapan ini akan mereput,” katanya.

Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad baru-baru ini membidas budaya…

Proton mewakili semua ‘kesilapan’ Malaysia di bawah Mahathir...32 Tahun Asyik Rugi Memanjang

Image
Selepas 32 tahun penubuhan Proton kini sampai masanya syarikat kereta nasional itu perlu dihentikan daripada berterusan membazirkan wang pembayar cukai.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata Proton umpama ‘biawak hidup’  yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana saban tahun mencatatkan kerugian.

Akibatnya rakyat terpaksa membayar demi semata-mata kepentingan seorang individu, katanya.

“Dr. Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Proton sudah boleh memulakan pakej persaraan mereka sepenuhnya. Cukup-cukuplah negara ini menanggung Proton yang menyedut bukan sedikit duit pembayar cukai semata-mata untuk memenuhi nafsu dan obsesi Mahathir.

“Mahathir bertanya, ‘apa lagi yang akan kita jual?’ Saya juga ingin bertanya kepada Mahathir, ‘berapa bilion ringgit lagi yang Proton mahukan?’ Cukuplah berbillion ringgit yang telah rakyat subsidikan kepada Proton selama 32 tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Badrul Hisham atau Chegubard juga mend…

Kit Siang slams anti-DAP Facebook page

Image
KUALA LUMPUR, May 26: DAP veteran Lim Kit Siang has condemned an anti-DAP Facebook page DAP Laknatullah (Allah damns DAP) for issuing a death threat to Selangor DAP leader Edry Faizal Eddy Yusof.

“A day had passed but such irresponsible post threatening death and bodily harm to Edry and the hate-and-damn-DAP Facebook page “DAP Laknatullah” are not only still available, there is a new post mocking Edry for lodging the police report.

“Imagine what would have happened if there is website entitled “Umno Laknatullah” (Allah damns Umno) carrying postings which were downright lies about Umno leaders as well as carrying deaths threats to Umno leaders, and there is a police report against them?” he questioned.

“There is no doubt that within an hour or so, the police and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) would have swung into action and the “Umno Laknatullah” site would have been taken down whether by those responsible for it or by the authorities concerned – and th…

DAP JANGAN SENTAP!!

Image
HADIAH PEMENANG ESEI "KIT SIANG RASIS" HANYA AKAN DISERAHKAN KEPADA WAKIL PEMENANG SAHAJA

Siapakah sebenarnya penulis yang diberikan hadiah RM10,000 oleh Umno kerana memenangi pertandingan esei 'Kit Siang rasis' hari ini?

Persoalan itu timbul apabila pada majlis pengumuman hari ini, hadiah disampaikan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, kepada wakil pemenang saja.

Menurut penganjur, kebanyakan peserta enggan nama mereka didedahkan "atas faktor keselamatan."

Itu adalah atas permintaan tuan punya badan (penulis rencana) dan DAP diminta untuk "JANGAN SENTAP".

MENGAPA NURUL IZZAH MUNCUL BULAN RAMADHAN DI PERMATANG PAUH...PRU DAH DEKAT KOT

Image
Kelmarin rakyat Taman Pauh  terpinga pinga kehadiran  Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah,  di Bazar Ramadhan Taman Pauh mengedar kurma dalam 200 kotak kepada orang ramai.

Yang menimbulkan persoalan mengapa tiada kehadiran Ahli Parlimen Pmtg Pauh sendiri hingga terpaksa import wakil rakyat kawasan lain ?

Nurul Izzah lebih afdalnya patut muncul di bazaar Ramadhan sekitar Lembah Pantai bukannya Pmtg Pauh . Nampak jelas kehadiran beliau ke sini sama lah agenda  seperti Kit Siang yang kerap turun ke P.Pinang berbanding di Gelang Patah.

Apakah Nurul Izzah sedang mengintai kerusi Pmtg Pauh di PRU14 ? Maklumlah kerusi ini memang milik hakiki keluarga Anwar Ibrahim bukannya pemimpin pembangkang yang lain .


Atau adakah PKR semakin tertekan dengan gerak kerja UMNO Pmtg Pauh yang nampak Non Stop menyantuni  rakyat dengan pelbagai program ?

Kelmarin Pemuda Umno mengedarkan kurma di Astaka Bandar Perda manakala Datuk Zaidi menyampaikan sumbangan 1000 kampit beras kepada asnaf di rumahnya .

Se…

Chegubard hentam Madey mengenai Proton....Macai Madey Pun Sama Bingai

Image
KUALA LUMPUR – Selepas 32 tahun penubuhan Proton kini sampai masanya syarikat kereta nasional itu perlu dihentikan daripada berterusan membazirkan wang pembayar cukai.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata Proton umpama ‘biawak hidup’ yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana saban tahun mencatatkan kerugian.

Akibatnya rakyat terpaksa membayar demi semata-mata kepentingan seorang individu, katanya.

“Dr. Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Proton sudah boleh memulakan pakej persaraan mereka sepenuhnya. Cukup-cukuplah negara ini menanggung Proton yang menyedut bukan sedikit duit pembayar cukai semata-mata untuk memenuhi nafsu dan obsesi Mahathir.

“Mahathir bertanya, ‘apa lagi yang akan kita jual?’ Saya juga ingin bertanya kepada Mahathir, ‘berapa bilion ringgit lagi yang Proton mahukan?’ Cukuplah berbillion ringgit yang telah rakyat subsidikan kepada Proton selama 32 tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Badrul Hisham atau Chegu…

KRITIK PROTON, MAHATHIR LUPA SEJARAH KEGAGALAN PERWAJA?

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad perlu cermin diri sebelum ‘meratap’ pemilikan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) di dalam syarikat pengeluar kereta nasional, Proton, kata Penganalisis Politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam.

Ramlah merujuk kepada skandal Perwaja Steel (Perwaja) yang merugikan kerajaan sehingga mencecah RM10 bilion ketika era pentadbiran Dr Mahathir.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan kehairanannya mengapa bekas perdana menteri itu beria-ia mengkritik pemilikan syarikat dari China itu, sedangkan langkah tersebut dibuat bagi menyelamatkan Proton daripada terus mengalami kerugian.

“Dr Mahathir tidak boleh terlalu menggunakan sentimen orang ramai untuk menyalahkan kerajaan jual Proton.

“Sentimen Dr Mahathir itu perlu juga kita pandang, tetapi beliau tidak boleh katakan seolah ‘hilang anak’. Sedangkan Perwaja adalah satu kes yang dahsyat, berbilion duit kerajaan hilang, kemudian beri kuasa kepada orang China untuk jaga, kemudian ada suatu keadaan di mana tidak boleh ‘dius…

Suspek kes cabul meninggal dunia....Tak Pasal Pasal Yang Pukulnya Akan Disabit Hukuman Gantung

Image
Suspek yang Cabul perempuan sudah meninggal dunia...ini sudah jadi kes pembunuhan plak.Silap silap yang yang pukul hingga mati akan ketali gantung plak.Itu lah jangan kita buat hukuman kita sendiri.

Bagus nak bagi pengajaran kepada suspek itu...tapi jangan lah membabi buta membelasah sampai koma...pukul bahagian kepala itu bahagian sensitif.Sekarang ini menjadi kes Bunuh plak.Sekarnag siapa yang susah....?

Dua pengarang kanan The Star digantung tugas...Padan Muka Dengan Kebodohan Bawa Sendiri

Image
Ketika kecaman ramai terhadap The Star semakin memuncak... akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini mengumumkan tindakan dalaman mengantung tugas dua pengarang kanan sehingga siasatan selesai berkaitan muka depan akhbar itu 27 Mei lalu.

Ketua Pengarang Datuk Leanne Goh Lee Yen dan pengarang eksekutif Dorairaj Nadason digantung tugas sehingga diberitahu kelak kata satu pemberitahuan dalam laman web akhbar tersebut Star Online.

Pengarah Urusan Kumpulan Star Media dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai akan mengambil alih operasi editorial dalam tempoh ini.

Kumpulan akhbar tersebut juga berikrar akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam menyiasat isu itu, khususnya Kementerian Dalam Negeri dan polis.

Sementara itu, PAS tidak berpuas hati dengan surat tunjuk sebab tujuh hari yang diberikan kementerian dalam negeri (KDN) kepada The Star.

Parti itu menyangka kerajaan akan terus menggantung akhbar tersebut, tanpa meminta sebab mengapa tindakan ti…

Bebal Otak Pemimpinan PH Ni!!!!!Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid - Pengarah JAIS

Image
Sudah berkali-kali diberi peringatan bahawa masjid merupakan tempat beribadat bukan tempat berpolitik tapi PKR Selangor yang merupakan kerajaan negeri sentiasa berdegil.

Terbaru, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan tindakan Ahli Parlimen PKR Subang, R Sivarasa, yang dikatakan memasuki dan memberi ceramah di sebuah masjid minggu lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.

"Saya dimaklumkan, Sultan Selangor murka dengan tindakan ahli parlimen itu.

"Seperti mana ucapan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada Majlis Berbuka puasa Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam, semua pengurusan masjid perlu akur tidak membenarkan penceramah tiada tauliah memberi ceramah.

"Pengurusan masjid terbabit juga sudah dipanggil Jumaat lalu untuk memberi keterangan mengen…

DAP ADALAH PENERUS AGENDA TERBANTUT PAP KEATAS TANAH MELAYU

Image
DAP adalah jelmaan PAP……
Hati-hati wahai orang mukmin.
Hati hatilah wahai orang Melayu, jangan dipatut dua kali dalam lubang yang sama

APA DISEBALIK PERLANTIKAN SAIFUDDIN SEBAGAI PENASIHAT STRATEGIK LIM GUAN ENG?

Mungkin bagi sesetengah pihak, perlantikan Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang tampak biasa sahaja. Namun, banyak persoalan meragukan boleh ditimbulkan dengan perkembangan terbaru ini.

Saifuddin merupakan Setiausaha Agung (SUA) PKR yang baru dilantik menggantikan YB Rafizi Ramli. Rafizi pula kemungkinan bakal dipenjarakan atas kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Ketua Menteri Pulau Pinang, adalah SUA parti DAP. Kedua-dua mereka dari parti yang berbeza. Belum pernah dalam sejarah termasuk dalam kalangan komponen BN sendiri, orang MCA atau MIC diberikan jawatan yang cukup dekat dengan peribadi Menteri Besar dari UMNO.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang ini bukan setakat orang berlainan parti duduk berdekatan, malah ketua pentadbir te…

SYED SADDIQ CABAR HAMIDAH LETAK JAWATAN NAIB PRESIDEN PPBM

Image
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak lagi tahan dengan Naib Presiden PPBM Hamidah Osman yang dia percaya bertanggungjawab ke atas perpecahan parti itu di Perak.

Ketua pemuda PPBM berkata Hamidah punca tindakan 1,000 ahli PPBM Perak keluar parti kononnya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susulan itu, beliau mencabar Hamidah meninggalkan parti daripada menjadikan ahli-ahli “yang baik” mangsanya.

“Saya tahu dia (Hamidah) punca keadaan ini. Saya akan berkata secara terus terang: Saya mahu Hamidah letak jawatan.

“Dia perlu berhenti jadi pengecut dengan menghantar askarnya ke depan dan mengorbankan orang yang baik bagi tujuan peribadi.

“Jika anda masuk parti untuk jawatan, sila berambus,” katanya kepada FMT.

Syed Saddiq juga menyifatkan bekas ketua Wanita Umno Gopeng itu sebagai seorang hipokrit yang kecewa selepas Muhyiddin tidak menamakan beliau sebagai ketua PPBM negeri.

Beliau berkata Hamidah suka mengampu Muhyiddin, sehinggalah Ahmad Faizal …

PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN

Image
Tuduhan pakatan harapan terhadap PAS sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan sikap gabungan parti yang diketuai DAP itu tidak demokratik.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pakatan harapan sengaja membentuk persepsi buruk demi mencapai matlamat politik mereka untuk jatuhkan parti Islam itu.

Katanya, sikap mereka itu hanya memburukkan negara jika ditakdirkan mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana ia telah pun ditunjukkan sebelum mereka berkuasa.

“Paling kelakar menuduh PAS, sekiranya BN menang PRU-14, semuanya berpunca daripada PAS kerana tidak mahu sertai pakatan harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini?

“Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baharu, kemudian sertai pakatan harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN.

“Hakikatnya mereka yang me­awan kerusi tradisi Pas yang melawan UMNO. Me…

NIAT JAHAT DAP TERBONGKAR...!!!

Image
Terbongkar sepenuhnya apa yang telah berlaku sebelum ini di dalam negara kekacauan, pertelingkahan dan rusuhan adalah berpunca dari DAP atau lebih tepat sekali adalah daripada anak Lim Kit Siang, Guan Eng.

Satu ucapan Lim Guan Eng pada 10 Disember 2014, di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura beliau dengan niat menghasut menuduh BARISAN NASIONAL jika kalah kepada PAKATAN ProDAP pada PRU 14 akan datang tidak akan menyerahkan kuasa. Oleh itu perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya.

Jelas DAP telah menanam satu pemikiran kepada pengikut-pengikut dan ahlinya bahawa kuasa mesti direbut daripada BARISAN NASIONAL dengan cara yang menyalahi undang-undang negara.

Ini satu ancaman kepada keamanan negara. Tidak sewajarnya seorang Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"We know that Barisan Nasional are sore losers. They are really sore losers and they will not give up…

HAMIDAH OSMAN PUNCA PPBM BERPECAH DI PERAK

Image
Salah satu punca perpecahan yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak ketika ini adalah disebabkan faktor campur tangan individu dalam PPBM. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Armada PPBM jelas memperlihatkan kekecewaannya terhadap sikap Naib Presiden PPBM, Hamidah Osman dan percaya dia individu yang bertanggungjawab ke atas perpecahan parti itu di Perak.

Kekecewaan Syed Saddiq ini timbul apabila tindakan 1,000 ahli PPBM Perak keluar parti kononnya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Syed Saddiq juga tahu bahawa Hamidah Osman adalah punca kepada keadaan ini dan Ketua Armada PPBM itu mahu Hamidah Osman meletak jawatan.

Syed Saddiq juga menyifatkannya sebagai seorang hipokrit yang kecewa selepas Muhyiddin Yassin tidak menamakannya sebagai ketua PPBM negeri Perak. Menurut Syed Saddiq lagi, Hamidah Osman adalah seorang individu yang suka mengampu Muhyiddin.

Titik perubahan berlaku dalam diri Hamidah Osman apabila Muhyiddin…

MAHATHIR BIDAS RAFIZI BERHUBUNG ISU CALON PERDANA MENTERI

Image
Mesej jelas yang cuba disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung dengan calon Perdana Menteri dalam pembangkang ada jelas sekali apabila Dr. Mahathir sendiri mempertikaikan kajian calon Perdana Menteri Malaysia dalam Pakatan Pembangkang. Dr. Mahathir berkata senarai calon perdana menteri paling popular seperti yang diumumkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebenarnya tidak membawa apa-apa makna sekiranya pembangkang tidak memenangi pilihan raya akan datang. Semestinya ini adalah mesej jelas bahawa Anwar Ibrahim juga adalah bukan calon pilihan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Rafizi yang memberikan butiran hasil kajian melalui Invoke Malaysia yang diketuainya, melibatkan hampir 18,000 responden, bagi menunjukkan siapa pilihan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang dibidas Dr. Mahathir secara sinis. Hasil kajian berat sebelah Invoke tersebut mendapati pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan pal…

KONGRES NASIONAL PKR TIDAK ‘HANGAT’ SEBAB TIADA USUL SEPERTI PAS

Image
Kongres Nasional PKR minggu lalu tidak dijadikan medan mengkritik atau mempersoalkan keputusan PAS yang menamatkan tahaluf siayasi antara mereka, berikutan parti itu tidak mempunyai persediaan sejak daripada awal.

Menurut Pengasas PKR, Ng Lum Yong, parti itu bukan seperti PAS yang mempunyai sistem dimana perwakilannya di peringkat bahagian akan tampil megemukakan sesuatu usul untuk diangkat serta dibahaskan dalam himpunan tahunannya, Muktamar Tahunan PAS.

Malah usul yang dibawa pemimpin akar umbi PAS itu begitu tegas dan konsisten mendesak PAS Pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR, ujar Ng.

“Setiap parti, jika nak membuat sesuatu pendirian mesti kena asas usul. Usul ini mesti dibincang di kalangan perwakilan. Tapi berkenaan (putus hubungan) PAS-PKR ini, PKR nampaknya tidak ada usul seperti PAS.

“PAS secara tegas bermula daripada bahagian sampai ke negeri dan seterusnya sampai ke himpunan PAS, mereka terus buat ketetapan akan terus hubungan dengan PKR,” katanya ketika ditemubual A…

PENASIHAT PAN DAKWA PERNAH DIUGUT BUNUH KERANA LAWAN HADI

Image
Kesal disekat memberi kuliah agama di masjid, Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan ugutan bunuh dua tahun lalu.

Ugutan itu diterima sejurus Ahmad Awang membuat pengumuman bertanding jawatan presiden PAS, lapor Sinar Harian.

“Selepas saya buat pengumuman itu, anak saya telah mendapat satu khidmat SMS yang mengugut untuk membunuh saya sekiranya kekal bertanding menentang Abdul Hadi,” katanya.

Beliau berkata anaknya bergegas ke rumah dan merayu supaya melupakan hasrat mencabar penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tanpa menjelaskan butiran lain, Ahmad mengakui menerima beberapa ugutan lain tetapi enggan memanjang isu itu.

Hal itu didedahkannya ketika mengulas sekatan di 14 masjid di Selangor, malah beliau yang memiliki tauliah seumur hidup, tidak menolak kemungkinan larangan itu “satu tekanan politik.” – MalayMail

HENTIKAN SANDIWARA UMNO-PAS, KATA PAN...APA HAL KAU MEROYAN NI

Image
Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Raja Bahrin Shah berkata, pada bulan Ramadan yang mulia ini, lebih baik kerajaan menghentikan sandiwara mengenai Akta 355 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu.

“Lebih baik kerajaan menghentikan sandiwara menuduh pihak lain yang menghalang (Rang undang-undang) RUU355 di Parlimen dan juga Enakmen Jenayah Syariah Terengganu.

“Pihak kerajaan Umno-BN dan PAS yang telah menangguhkan sebanyak tiga kali RUU355 di Parlimen. Mereka yang sama juga lah yang menghalang Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada tahun lepas,” kata beliau dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan sebagai berkata, negeri itu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan.

Jelas Ahmad Razif, keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri dan seterusnya…

Berebut jawatan PM dalam pembangkang macam Tikus berebut masuk ubang

Image
KECELARUAN menyelubungi Pakatan Harapan dikepalai DAP dalam menentukan siapa calon Perdana Menteri pilihan mereka begitu mengejutkan.

Ditambah pula dengan kenya­taan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir beberapa hari lalu seolah-olah menjawab mengapa beliau pegang telefon bimbitnya ketika pemimpin pakatan lain memegang plakad “Anwar PM ke-7”: “Tak menang bubuh nama (seperti) seperti syok sendiri.”

Dikatakan persaingan berebut jawatan PM dari pembangkang amat sengit. Selepas Anwar, senarainya berjela sehinggakan Mat Sabu termasuklah Dr. Mahathir pun disebut-sebut.

Ini mengingatkan kita pada adegan-adegan dalam filem arahan Allahyarham P. Ramlee.
Dalam filem Nujum Pak Belalang terbitan tahun 1959 itu, dua pelakonnya, Allahyarham Aziz Sattar (Badan) sedang membahagikan barang rompakan (duit syiling) dengan Allahyarham S.Shamsuddin (Nyawa) dalam gua.

Badan: 1 untuk engkau, 1 untuk aku. 2 untuk engkau, 2 untuk aku. 3 untuk engkau, 3 untuk aku. Lepas tiga berap…

Wakil Rakyat PKR Bagi Bubur Kepada Rakyat Kebulur

Image
Wakil rakyat DUN Seri Muda Shah Alam agih bubur lambuk pada rakyatnya dengan penuh dengan penuh jimat cermat.

Rakyat kena bayar 20 sen satu plastik.entah berapa pula wakil rakyat kena keluar duit untuk logo parti dan gambar beliau.

Tapi tak apalah asalkan untuk kebajika supaya rakyat kebuncitkan kerana rakyat sedang kebulur berada dalam negara bankrap.

Kena Banned 2 Atau 3 Bulan Kena Keras Pihak Berkuasa Tu!!!!!!! The Star disiasat bawah Akta Hasutan - KPN

Image
Polis telah memulakan siasatan mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan selepas insiden penyiaran berita muka depannya yang menyinggung perasaan kaum Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya membuka dua kertas siasatan berhubung insiden tersebut kerana menerima banyak laporan.

"Kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab dan keterangan akan diambil untuk mengetahui siapa yang mengeluarkan gambar dan tajuk di halaman pertama akhbar itu Sabtu lalu," katanya selepas penyampaian sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) kepada anggota keselamatan hari ini.

Paparan muka depan The Star pada Sabtu lalu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak apabila memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan dengan tajuk muka depannya ‘Malaysian Terrorist Leader’.

The Star pada semalam diberikan tempoh selama tujuh hari bagi menjawab surat tunjuk sebab mengapa …

UMNO Tiada Masa Depan Hanya Komen Orang Kecewa

Image
TERPERANJAT agaknya orang UMNO apabila dikejutkan dengan komen daripada ‘seorang pengulas politik tersohor abad ini’ bahawa ‘UMNO sudah tiada masa depan lagi’.

Jasa UMNO kepada orang Melayu dan rakyat pelbagai kaum di negara ini kononnya ‘telah terpadam dan tidak ada lagi’.
Jawapan kepada orang yang menyelar sedemikian? Biarkanlah.

Namun, harus diingatkan bahawa orang-orang UMNO tidak perlu apologetik. Orang UMNO tidak perlu berasa segan silu jika ada pihak cuba memperlekeh, mencemuh kononnya parti ini sudah jumud dan tidak relevan lagi.

Hakikatnya, jangan sesekali kita lupa. Parti mana yang mengusulkan kementerian-kementerian strategik untuk kepen­tingan Melayu dan Bumiputera.

Siapakah yang memartabatkan institusi-institusi Melayu serta Bumiputera seperti UiTM?
 Begitulah juga nasib penjawat awam yang jumlahnya kini lebih 1.5 juta terus dibela. Parti manakah yang mempermuliakan Raja-Raja Melayu dan memperteguhkan syiar Islam? Dan di manakah parti yang terus menjadi sandaran untuk or…

Punca Penjilat DAP Ditampar Ketika Demo

Image
PULAU PINANG: Provokasi biadap yang dilakukan oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Zaidi Ahmad, dilihat seolah sengaja mahu menimbulkan ketegangan di kalangan peserta sehingga mencetus kontroversi pada Majlis Himpunan Aman yang diadakan selepas solat Jumaat di luar Masjid Simpang Enam, Pulau Pinang, kata Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) Mohamed Hafiz Mohamed Nordin. Menurutnya, tujuan demo itu adalah untuk membantah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didakwa masuk campur urusan Hal Ehwal Islam.

Tambahan pula memang terdapat bukti sahih bahawa Kerajaan Negeri mencampuri urusan fatwa. “Walaupun perkara ini sudah lama berlaku tetapi ianya tidak dinafikan dan bukan setakat itu sahaja malah, ianya telah diakui oleh bekas mufti yang lalu Datuk Seri Hassan Ahmad,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang berkata, ketika perkara itu berlaku, saya baru mula membuat penerangan dan belum sempat habis membuat penerangan dia (Zaidi) terus me…

TOLAK KEMPEN DAP DI TEMPAT ANDA

Image
Tidak perlu beri sokongan dan menangkan calon yang telah diprojekkan oleh DAP untuk memenangi Parlimen atau DUN di kawasan anda.

Walaupun calon yang diletakkan di tempat anda adalah Melayu dan Islam tapi perjuangan mereka sebenarnya adalah telah tersasar dari matlamat perjuangan rakyat Malaysia pada keseluruhannya.

Jangan terpedaya dengan janji manis dan pujukan mereka yang menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan sekiranya mereka memerintah.

Malah taktik kotor DAP yang menggunakan perempuan dan anak muda Melayu untuk meraih undi sepatutnya ditolak terlebih awal. Kerana muka cantik dan mereka yang muda dan mentah inilah yang telah dihasut diasuh dengan pemikiran sosialis dan liberal.

Kerana di Pulau Pinang dan negeri yang dikuasai pembangkang semuanya musnah diratah oleh mereka yang rakus dan tidak bertanggungjawab.

Hanya Barisan Nasional sahaja yang hanya dapat membela nasib rakyat pada keseluruhannya tanpa mengiran kaum dan agama. Sejarah telah banyak membuktikannya.

PARTI DIA YG NAK RUNTUH, UMNO PULAK YG DITUDUH?

Image
KATA seorang pemimpin Bersatu kepada sebuah portal berita bila mengulas trend keluar secara beramai-ramai oleh ahli parti itu terutama di Perak, “sebenarnya mereka tak berpuas hati dengan keputusan memilih seorang lain untuk jadi Pengerusi (Perhubungan Negeri Perak), jadi ini perebutan jawatan, ini warisan daripada budaya Umno, saki-baki masih ada,”. UMNO juga.  Tak faham sungguh macam mana parti pembangkang yang bergaduh, UMNO juga yang dituduh? Ni nak cakap, dalam UMNO mana pernah berlaku ahli keluar parti sebab Pengerusi Perhubungan dilantik?  Nak kira macam itu (keluar parti kecewa tak dapat jawatan), dalam parti lain pun berlaku juga kenapa UMNO saja yang ditunjuk?  Yang kalah pemilihan PAS 2014 dan tubuhkan PAN tu, salah UMNO juga ke?  Atau yang kecewa dengan DAP, sebab tak menang pemilihan tubuhkan PAP (People Alternative Party), itupun salah UMNO juga ke? Orang-orang yang terlibat menubuhkan PAN dan PAP ni, tak pernah masuk UMNO pun.  Jadi, “warisan daripada budaya” siapa yan…

Dakwa negara bangkrap: DAP digesa minta maaf kepada rakyat Malaysia

Image
KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang, khususnya DAP perlu meminta maaf kepada rakyat di negara ini kerana berulang kali membohongi rakyat dengan dakyah mereka yang mendakwa bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bakal bankrap.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membawa masuk pelaburan sebanyak lebih 300 bilion daripada Arab Saudi, India dan juga China.

Katanya, termasuklah fakta kenaikan KDNK yang meningkat sebanyak 5.6 peratus, di mana ianya lebih tinggi daripada pencapaian KDNK negara jiran seperti Singapura.

“Saya menggesa pembangkang, khususnya Dap agar segera meminta maaf kepada rakyat di negara ini kerana tindakan mereka menyebarkan dakyah kononnya Malaysia sudah mahu bankrap.

“Tindakan mereka menyebarkan dakyah palsu seperti itu menimbulkan rasa panik dan kaget di kalangan rakyat sedangkan hakikatnya perkara itu tidak benar sama sekali.

“Perbuatan DAP itu bagi saya amat tidak bertanggungjawab dan menim…