UMNO Tiada Masa Depan Hanya Komen Orang Kecewa
TERPERANJAT agaknya orang UMNO apabila dikejutkan dengan komen daripada ‘seorang pengulas politik tersohor abad ini’ bahawa ‘UMNO sudah tiada masa depan lagi’.
Jasa UMNO kepada orang Melayu dan rakyat pelbagai kaum di negara ini kononnya ‘telah terpadam dan tidak ada lagi’.
Jawapan kepada orang yang menyelar sedemikian? Biarkanlah.
Namun, harus diingatkan bahawa orang-orang UMNO tidak perlu apologetik. Orang UMNO tidak perlu berasa segan silu jika ada pihak cuba memperlekeh, mencemuh kononnya parti ini sudah jumud dan tidak relevan lagi.
Hakikatnya, jangan sesekali kita lupa. Parti mana yang mengusulkan kementerian-kementerian strategik untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera.
Siapakah yang memartabatkan institusi-institusi Melayu serta Bumiputera seperti UiTM? Begitulah juga nasib penjawat awam yang jumlahnya kini lebih 1.5 juta terus dibela. Parti manakah yang mempermuliakan Raja-Raja Melayu dan memperteguhkan syiar Islam? Dan di manakah parti yang terus menjadi sandaran untuk orang-orang Melayu menumpang teduh, membawa hati demi menghitung masa depan keturunan anak cucu mereka?
Walau sebanyak manapun kejayaan yang diraih UMNO, hatta segunung pun rekod yang mampu dicipta, walau setinggi mana pun pengiktirafan yang telah diterimanya, orang UMNO tidak boleh sekali-kali berasa complacent dan duduk bersimpuh.
Ini kerana, musuh dalaman mahupun luar termasuklah orang yang menyelar UMNO tadi, akan terus mengintai-intai, cuba menerobos apa jua celah dan ruang untuk menjatuh-jatuhkan perjuangan UMNO.
Menyentuh realiti semasa ini, para alim ulama berpesan-pesan, adalah menjadi adat manusia dan organisasi yang bersifat makhluk, “kita adalah lemah, kita akan sentiasa melakukan kesalahan”.
Dalam aspek ini, UMNO dipercayai akan terus bermuhasabah. Ini demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Bumiputera yang wajib disempurnakan.
Dari apa yang diperhatikan dari senario politik tanah air masa ini, benarlah cendekiawan menyebut: “For evil to triumph, good men do nothing.”
Malah, menurut para ilmuan, kata-kata itu disesuaikan daripada beberapa hadis antaranya oleh Abu Daud.
Maksudnya, sekalipun UMNO di pihak yang benar, tetapi orang di dalamnya hanya duduk berdiam. Dan tidak melakukan apa-apa, maka musuh akan bermaharajalela dan makin menjadi-jadi.
Tambahan pula, dipertualang dan dikhianati oleh si kitul-si kitul moden yang hanya mahu melihat UMNO berpecah-belah, sekali gus memudaratkan kestabilan dan kemakmuran negara ini.

Comments