Posts

Showing posts from August, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Dan Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Image
kepada semua pembaca pembaca kalau ada tersilap bahasa dan tersinggung kata kata,maaf di hujung jari sampai hujung rambut sempena Hari Raya Aidilfitri dah makin hampir ini,Maaf Zahir Dan Batin.Buat masa ini 1 Malaysia akan Balik Kampung pada petang ini selama 10 hari..he he he Cuti sakan..jumpa lagi

PAS bergegar kerana pengakuan terbuka Ahli Parlimen sendiri...

Image
Kenapa Pembangkang sekarang ni, asyik saja nak mempersalahkan pihak kerajaan,tak kira apa pun kerajaan lakukan untuk rakyat semuanya salah.,Itupun hendak membina kilang Lynass tetapi membantah jugak.tapi semuanya untuk rakyat pahang atau rakyat malaysia yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia dan sekitar kawasan itu akan memberi pendapatan kepada penduduk seperti sewa rumah dan pelbagai.Ini semuanya taktik pembangkang untuk melihat rakyat Malaysia akan datang banyak yang menggangur atau tiada perkerjaan jadinya bawa dan jaja setiap ceramahnya. Tiada pun Ideal bernas pihak pembangkang untuk membantu kerajaan...
PAS nampaknya jadi kelamkabut gara-gara tindakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat,Selangor Dr Che RosliChe Mat yang juga seorang saints nuklear membelasah gelagat partinya sendiri menerusi Buletin Utama TV3 yang didakwa cuba menutup kebenaran tentang projek kilang Lynas di Gebeng,Kuantan.Malah organ  rasmi parti itu Harakahdaily melaporkan kenyataan beliau amat mengejutk…

Video Tan Sri Harussani Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti

1 Malaysia  Pun Pelik jugak kenapa Pemimpin Pas diam seribu bahasa.Sesuatu yang sangat dikesalkan. Sikap penonton pembangkang yang biadab dan keterlaluan. Mereka terlalu mengikut emosi sehingga mufti pun mereka tengking dan herdik. Di mana adab orang melayu atau lebih tepat adab orang islam yang digambarkan oleh mereka yg mengaku sebagai parti islam yang kononnya membawa imej islam.


Mana PAS nak letak muka ...bila Ahli Parlimen PAS sendiri mengaku di Buletin Utama TV3 malu dengan cara PAS

Image
Harap-harap nanti jangan pula meletup tuduhan Dr Che Rosli Che Mat,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor yang juga seorang saintis nuklear sudah ‘kena beli’.
Mereka yang menonton Buletin Utama TV3 Rabu malam pasti terkejut mendengar pengakuan berani beliau mengenai isu kilang Lynas di Gebang,Kuantan yang digembar gembur oleh PKR adalah selamat.
Apa agaknya reaksi Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang terus menerus main sentimen kilang itu tidak selamat bila mendengar pengakuan profesional dari seorang Ahli Parlimen rakan Pakatan Rakyat.
Pihak PAS sendiri bagaimana nak terima ‘ ledakan’ dari Dr Che Rosli ini ? Ini adalah kali pertama seorang Ahli Parlimen PAS ‘ menyimpang’ dan belasah parti sendiri secara terbuka begitu.
Pengakuan seorang terpelajar seperti ,Dr Rosli ini dalam isu Lynas juga mungkin boleh membuka mata kalangan ahli PAS yang taksub tentang beberapa isu lain misalnya kes video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Presiden PAS Datuk Seri Haji …

Kantoi menipu... Khalid tukar nama Majlis Syura kepada Jawatankuasa Pendengaran

Image
Aduhai Khalid Khalid apa sudah jadi ni?Mahu jalan jalan cari makan ker?berginikah cara nak menyelesaikan sesuatu isu yang melibatkan Sultan Selangor sedangkan sultan Selangor tidak tahu menahu hal ini.

Sudah terhantuk dan kantoi menipu di bulan Ramadan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan lewat malam Selasa berkata kerajaan Selangor memutuskan untuk menukar nama Majlis Syura, kepada Jawatankuasa Pendengaran dipercayai berikutan kemurkaan Sultan Selangor semalam.Menurut Khalid kerajaan negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama Majlis Syura bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.
“Justeru kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui Mais (Majlis Agama Islam Selangor),” katanya.
Bagaima…

Polis Ambil Rasuah Dari Warga Singapura Kena Gantung Kerja.

Image
Ha ha ha ha rasakan,Inilah segelintir angota polis menerima rasuah yang boleh menjejaskan dan merosakkan nama PDRM dan Kerajaan Malaysia di Mata Dunia.Hari hari dapat lepas dan kali ini kantoi duit duit mana kau nak pergi lagi,kena gantung tugas.hahahha

 Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan memang
benar ada seorang anggota trafik terlibat menerima rasuah daripada pasangan
warga Singapura semasa sekatan di lebuh raya, baru-baru ini.
Beliau berkata, berdasarkan rakaman kejadian yang tersebar melalui video itu, pihaknya
sudah berjaya mengenal pasti anggota berkenaan.
Katanya, anggota trafik yang bertugas di Pagoh, Johor itu kini sudah dikenakan tindakan dan dalam prosesdigantung kerja.
"Kita telah dapat kesan anggota 'durjana' ini dan akan
ambil tindakan tegas terhadapnya. Dia kini dalam proses ditahan kerja," katanya.

Sultan Selangor terkejut dan murka, Khalid Ibrahim 'pandai-pandai'

Image
Ini sudah jadi kes berat, bila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa bertitah bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.
Perkara itu itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Abdul Khalid dalam kenyataan akhbar Isnin berkata idea penubuhan Majlis Penasihat Syura dicadangkan oleh Sultan Selangor semasa perbincangan beliau dengan baginda pada minggu lepas.
Katanya Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.
Ini menurut Abdul Khalid bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja m…

Suatu Tindakan Tepat Menyaman Pas Sebagai Pengajaran.

Image
Tindakan UMNO Selangor menyaman Pas kerana menuduh UMNO sebagai dalang berhubung isu penyiasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini amat dialu-alukan.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyifatkan tindakan itu perlu kerana selama ini Pas sering menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap apa sahaja yang berlaku membabitkan parti itu walaupun perkara itu tidak pernah dilakukan di kalangan masyarakat.
“Tuduhan mengatakan UMNO terbabit atau menjadi dalang bukanlah perkara yang baru, sebelum ini pelbagai tuduhan dilemparkan oleh mereka kepada UMNO sama ada Pas, PKR atau Dap walaupun perkara itu tidak dilakukan oleh UMNO.
“Pas dah tak ada cara lain, mereka tuduh UMNO untuk menyembunyikan kesilapan atau kegagalan mereka sebagai pentadbir dalam pentadbiran kerajaan negeri,  mereka hendak jadikan UMNO sebagai kambing hitam mereka,” katanya kepada UMNO Online.
Ismail berkata, tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Al…

Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 Di Buka Semalam.

Image
Pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang mula dibuka sejak semalam tidak perlu bimbang ketika melalui lebuh raya tersebut walaupun ia belum siap sepenuhnya kerana kenderaan mereka dilindungi insurans jika berlaku kemalangan di kawasan tersebut.
Sebahagian daripada LPT2 tersebut mula dibuka kepada orang ramai bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.
Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, YB Datuk Haji Za’abar Mohd Adib, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang hari ini.
Beliau memberitahu sidang dewan bahawa sebahagian daripada LPT2 mula dibuka sejak semalam bagi mengelakkan kesesakan jalan biasa dari Bukit Besi ke Kuala Terengganu, sempena musim perayaan Aidilfitri.
Katanya, jalan yang dibuka itu ialah Persimpangan Bukit Besi – Ajil sejauh 42.4 kilometer, Telemong –Bukit Payong (10.6 kilometer) dan Bukit Payong – Gemuroh (16.3 kilometer).
Terdahulu …

Sandiwara PR:Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.

Image
1 Malaysia merasakan tertubuhnya Jawatankuasa Pemilihan Parlimen adalah untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini yang kononnya tidak telus dan berpihak kepada kerajaan,Parti pembangkang selalu mengatakan dalam ceramahnya dan sering bercakap untuk mendesak kerajaan membuat pembaruan.Bagaimanapun apabila perkara  yang disuarakan itu diterima, ia menyebabkan pembangkang merasa tertekan dan cuba membuat pelbagai alasan dan berdolak-dalik  dengan keputusan kerajaan itu yang dilihat tidak memihak kepada mereka.
Dulu mereka yang heboh mengesa supaya sistem pilihan raya negara kita dikaji, tetapi apabila kerajaan tubuhkan jawatankuasa pemilihan parlimen, mereka pula yang beri pelbagai alasan dan tuduhan bermacam macam.Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumukan bahawa kerajaan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi menambah baik sistem pilihan raya negara ini seperti yang sering didesak oleh pembangkang. Jawatankuasa berkenaan akan  di…

Ini Padahnya Buat Fitnah - UMNO Selangor mulakan proses saman fitnah terhadap Mustapa Ali

Image
Selama ini UMNO cuma banyak bersabar tingkah laku PAS selama ini,Lain kali jangan ulangi lagi,lebih lebih lagi dalam Haramkah dailly.
Tak main gempak-gempak, sebaliknya UMNO Selangor akan memulakan proses undang-undang untuk mengemukakan saman fitnahRM10 juta terhadap setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali yang menuduh ada bukti UMNO adalah dalang disebalik pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Tindakan yang akan diambil selepas Aidil Fitri itu selepas Mustapha enggan meminta maaf terhadap dakwaan yang dibuatnya dalam satu sidang media di Terengganu, baru-baru ini.

Sebelum itu, Setiausaha UMNO Selangor Datuk Ir Mohd Zain Mohamed menuntut Mustapha meminta maaf dalam tempoh tiga hari atau menarik balik dakwaan dilemparkan itu.

Namun, Mustapha yang respons dan mempertahankan kenyataannya berkata, bersedia bertemu di mahkamah.

Selepas tamat tempoh itu kelmarin, UMNO Selangor  memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung itu itu.

Mohd Zin pada Isnin b…

Kes Anuar Lagi

Image
Lihatlah Gelagat dalam gambar tu,Anuar mesti Bengang ni.Dalam Hati ini mesti Kerja UMNO atau BN.

SELAMATKAN MALAYSIA  DARI APA.....?

Siri Lawak Kartun Angkara DAP?

Image
1 Malaysia bergitu sedih dan kecewa setiap kali  ada masalah tentang puak puak PR ini,sudah tentu menunding jari tuduh BN punya angkara.Tak kira DAP,PKR dan yang terbaru ni kes JAIS dengan GEREJA PAS tuduh UMNO punya angkara jugak.Habis semuanya UMNO,berfikirlah wahai penyokong pembangkang yang beragama Islam,hentikanlah segala pembohongan dan fitnah terhadap UMNO.Ingat pada bulan ramadan.

Video Jentera PKR Gombak keluar Parti Masuk UMNO.

Mungkin ada Puak puak PR kata mesti UMNO beli semuanya ini. Kita lihatlah suasana keadaan sekarang,orang melayu sudah sedar bertapa kotornya puak PR ni bermain wayang sehingga Agama Islam tergadai dan tak terbela sehingga kaum lain ambil kesempatan terhadap orang melayu
Ahli PKR Gombak Keluar Parti Secara Suka Rela Sertai UMNO.


Ahli PKR Gombak Mematahkan Kad Keahlian PKR.

Jentera PKR Gombak Keluar Parti Dan Masuk UMNO.

Image
Penyerahan Borang Keahlian UMNO pd hari ini sebanyak 36 dan akan menyusul
beratus lagi.

Sdr Izat bekas ahli PKR sengaja mahu mengadakan penyerahan
borang keahlian UMNO d hadapan rumah beliau bersaksikan ibu bapa dan keluarga
serta sahabat handai!

Mereka juga lah jentera yg memenangi Azmin Ali d
kawasan Gombak Ini.
Lihat  SINI

Apa Dah Jadinya MB Kedah Gagal Tunai Janji.

Image
KUALA NERANG, 21 Ogos – Lebih 10,000 pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap kecewa dengan kerajaan negeri Kedah yang didakwa gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Abdul Fatah Ahmad, 50, berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.
“Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.
“Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak,” katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.
Abdul Fatah, yang juga bekas anggota PAS, berkata …

Angkara fitnah: Akhbar Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga

Image
Bukan senang untuk sebuah akhbar berpengaruh di negara asing untuk minta maaf kepada pemimpin negara lain jika percaya tuduhan yang mereka buat ada asas.
Tapi sebab memang tiada asas dan fitnah semata-mata maka pada Ahad, akhbar berpengaruh Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.
Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan d…

Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu Bersama Perantau Dan Pelajar-Pelajar Terengganu

Image
( 20 August 2011 ) Sini

Aduhaii “Ali Setan" Salah Guna Masjid : Pemuda Buat Laporan Polis.

Image
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Pelakon filem ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid berkata, laporan polis ini dibuat kerana tindakan Azmil yang berceramah di dalam Masjid An Nur Kg Melayu Subang malam tadi dengan ceramah politik berbaur hasutan yang keterlaluan.
“Dalam ceramahnya, Azmil secara tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah kerajaan yang ada pada hari ini mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah yang berpendidikan Islam

“Pada masa yang sama, dia mempertikai Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara di mana dia mahu Keluhuran Perlembagaan ditukar kepada Keluhuran Al-Quran Nur Karim,” ujarnya selepas membuat laporan polis pagi tadi.
Tambahnya, dalam ceramah Azmil malam tadi turut menyebut tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang DiPertuan Agong, sebaliknya yang perlu diagungkan …

Tarikh PRU13 tak terikat dengan tugas Jawatakuasa Parlimen

Image
Yang pasti tidak timbul soal pilihanraya umum ke 13 hanya boleh diadakan selepas Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk reform proses pilihanraya selesai melaksanakan tugasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditanya soalan yang menjadi bualan ramai ini berkata tarikh PRU13 tidak terikat dengan jawatakuasa berkenaan.
“Pilihanraya umum boleh diadakan bila-bila masa",katanya ketika menjawab soalan Agendadaily dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC petang Jumaat.
Sebelum ini ramai yang menduga kerajaan perlu menunggu hingga jawatankuasa berkenaan selesai membuat syor penambahbaikan dan pindaan dibuat keatas akta piliharaya barulah boleh bubar parlimen.
Jawatankuasa itu secara rasmi akan ditubuhkan selepas usul mengenainya dibentangkan di hari pertama sidang parlimen  sesi akan datang pada 3 Oktober ini.
Berdasarkan perkiraan kasar paling cepat jawatakuasa itu dijangka dapat selesai tugasnya pada Mac tahun depan.

Apapun Perda…

Wawancara Ulama Politik,Untuk Dakwah Atau Parti.

Image
Lokasi: Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
Tarikh: 24/08/2011 - 11.00AM
Moderator: Prof Madya Dr Maza
Panel:
-Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (Ulama Muda Umno)
-Tan Sri Harussani (Mufti Negeri Perak)
-Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas Pusat)

Setelah 54 Tahun Mengapa Baru Sekarang Bacaan Al Quran Dikatakan Mengganggu??

Image
Mengapa hari ini baru mempertikaikan bacaan ayat ayat al-quran menggunakan pembesar suara di pulau pinang?

jika alasan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang memutuskan semua surau dan masjid di pulau pinang tidak dibenarkan memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran menggunakan pembesar suara atas alasan "menganggu ketenteraman masyarakat sekitar yang sedar tidur di waktu subuh"adakah selama 54 tahun kita merdeka,baru sekarang ia menganggu ketenteraman awam.itu kan pelik untuk difikirkan.
Kita juga hairan dengan sikap PAS yang nampaknya tidak kosisten dalam menyuarakan pendirian berhubung perkara ini.Namun pada yang sama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyokong cadangan agar dihapuskan bacaan al-quran sebelum azan subuh jika menganggu tidur orang lain dalam isu ini.
Kami juga berharap agar Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak terlalu menjaga hati"sahabatnya"dalam DAP
dan terlalu menjaga undi"bukan melayu"semata mata untuk mengekalkan kuasa yang mereka ada.

Diskaun Tol Aidil Fitri Di 24 Lebuh Raya

Image
KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 lebuh raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima hingga 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri. Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK).

Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran …

Tuduh UMNO dalangi JAIS periksa majlis gereja DUMC...kalau ada bukti dedahlah

Image
Pelik memang pelik...biasanya PAS jika ada sesuatu bukti sensasi yang boleh kacau UMNO ia tidak akan tunggu sesaat lagi untuk mendedahkannya.
Namun dalam isu JAIS vs Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) ramai yang sudah menilai Setiausaha Agung parti PAS Datuk Mustapha Ali mungkin ‘ gempak’ saja apabila mendakwa konon ada bukti UMNO jadi dalang di belakangnya.
Ini kerana soalan lojiknya UMNO nak jadi dalang macam mana sedangkan ini adalah sesuatu isu serius yang melibatkan akidah orang Islam.

Kalau betul-betul ada...dedah saja.Kata orang berani kerana benar takut kerana salah.
Kini semua orang sedang menunggu apa episod seterusnya setelah Mustapha yang membuat tuduhan itu di Terengganu Selasa berkeras tidak mahu meminta maaf setelah diberi tempoh tiga hari berbuat demikian oleh Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Seri  Mohd Zin Mohamed.
Mustapha yang dihubungi Agendaily petang Rabu kata beliau tidak akan meminta maaf kepada UMNO.
“Kalau nak saman, samanlah. Jumpa di mahkamah nanti,” uja…

Video Speed Trap

Video Ustaz Mohd Kassim:Berpuasa

Memang Gila Tak ada Sifat Berperikemanusian Langsung.

Image
Kenapa Manusia sanggup Lakukan bergini rupa tak ada belas kasihan.

Mustafa Enggan Minta Maaf

Image
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tetap
mempertahankan pendiriannya berhubung dakwaan bahawa Umno mendalangi pemeriksaan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Gereja Methodist Damansara
Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.
Malah, beliau menegaskan tidak akan meminta maaf kepada Umno seperti yang
dituntut Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ir.Mohd Zin Mohamed
pada Selasa.
"Saya tidak akan minta maaf. Saya tetap berpegang kepada apa yang saya
katakan sebelum ini. Jadi soal minta maaf itu tidak timbul," katanya ketika
dihubungi mStar Online di sini Rabu.
Menurut Mustafa, beliau tegas dengan pendirian itu kerana mempunyai maklumat
sahih bahawa wujud campur tangan Umno dalam tindakan JAIS menyerbu gereja
berkenaan.
"Hanya saya seorang yang ada maklumat itu...itupun saya tak beritahu ahli PAS
lain. Sekiranya berjumpa dengan Pengarah JAIS, Marzuki Hussin saya akan dedahkan
maklumat ini kepada beliau," tegasnya.
Pada sid…

Puak PR Tak Habis Habis Nak SebarKan ISU Memburukkan Kerajaan Tidak Kira Dimana.

Image
1 Malaysia Bergitu sedih tengok gambar seperti ini terpapar di Notice Board Di Apartment Vista Angkasa,Bukit Kerinchi.Kadang kadang 1 Malaysia melihat Pihak Management ada membuang article article tersebut,mungkin ada puak puak upahan PR ni yang bergerak setiap perumahan  tampal acticle membenci kerajaan.Apa nak jadinya di bulan puasa macam ni pun ada yang keluarkan article seperti ini,bersebelah dengan Lift Pulak tu.1 Malaysia kadang kadang monitor jugak siapa yang menampal article tersebut tapi tak berhasil lagi..Bila buangnya risalah tu,tampal balik bergitulah seterusnya.Ini berlaku sudah lama 4 atau 5 bulan dah.

Member Member apa ideal yang boleh 1 Malaysia lakukan.

Pas Macam Pak Pandir Untuk Selamatkan Diri Dalam Isu JAIS – Gereja

Image
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pas dilihat seperti Pak Pandir dalam mencari jalan selamat berhubung isu membabitkan JAIS dengan sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini dengan menuduh UMNO sebagai dalang terhadap apa yang berlaku.
Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad menyifatkan tuduhan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebagai tuduhan liar serta tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk menyelamatkan diri apabila melihat isu berkenaan memberi tekanan kepada parti itu termasuk di kalangan penyokongnya.
“Pas kini berada dalam keadaan tertekan, isu berkenaan telah menyebabkan parti terbahagi kepada dua, satu pihak menyokong dan mempertahankan apa yang dilakukan oleh JAIS, manakala satu pihak lagi cuba bermain selamat dengan mengatakan itu bukan tindakan Pas tetapi adalah tindakan kerajaan negeri.
“Kita nak tanya dengan pemimpin Pas terutamanya Timbalan Pesuruhanjaya Pas Selangor (Khalid Samad), Selangor ini diperintah siapa, bukankah diperintah oleh pakat…

Lepas JAIS batal...pertemuan dengan gereja pula tangguh

Image
Semua ini memang sudah boleh dijangka dari awal lagi.Selepas pertemuan PAS dengan JAIS dijadual Isnin semalam dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor  kerana tidak mahu maklumat siasatan bocor,pertemuan dengan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) petang Selasa pula ditangguhkan.
Soalnya apa  ceritanya PAS nak sibuk-sibuk ‘ mencelah’ ditengah siasatan dakwaan isu  cuba murtadkan orang Islam sedangkan penjelasan mengenainya sudah diberi oleh Exco Agama Selangor yakni orang PAS sendiri.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali beritahu dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu bahawa pertemuan dengan DUMC  telah ditangguhkan atas permintaan pihak gereja itu sendiri menerusi sepucuk surat Isnin.
Katanya satu tarikh lain yang sesuai akan dicari bagi pertemuan itu.
Beliau berkata dalam surat DUMC kepada PAS ia juga tidak mahu ada liputan media semasa pertemuan mereka.

Isu gereja DUMC: Siapa yang sebenarnya terbelit ?

Image
Zaman sekarang mudah saja bagi pakatan pembangkang nak melepaskan tengkoknya yang terbelit dalam sesuatu isu yang bikin rosak imejnya – tuduh saja ada tangan UMNO main peranan.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali sudah jadi macam orang tenggelam punca dalam berdepan dengan  isu pemeriksaan JAIS keatas gereja Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.
Semua orang kini sedang melihat gelagat pakatan pembangkang.
isunya besar kerana pemeriksaan dibuat kerana disyaki ada kegiatan memurtadkan orang Islam pada satu majlis di situ.
Yang jadi gabra dan tidak tentu hala dibuatnya kerana bimbangkan undi melayang ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang terlalu bimbangkan pihak gereja melenting dan PAS yang tidak berani ambil pendirian.
Sebaliknya JAIS sendiri tidak berganjak dari pendiriannya tentang kewajaran pemeriksaan itu.
Kalau sebelulm ini Timbalan persuruhjaya PAS Khalid Samad tembak UMNO ...sekarang ini Mustapha sudah ikut rentaknya.
Memamg gempa…

Ayam Sabung Pas Hilang Taji Berdepan Isu Murtad

Image
Pada ketika ramai ayam sabung Pas hilang taji, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad bersyukur kerana masih terdapat dikalangan pimpinan Pas hari ini  yang masih lagi sedia mempertahankan agama Islam.
Menurut beliau keberanian Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Tantawi sewajarnya  perlu diikuti oleh kepimpinan yang lain khususnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar Islam terpelihara dan terjaga di negara ini.
“Namun pada masa yang sama saya cukup sedih dan kecewa  terhadap beberapa kerat kepimpinan Pas lain khususnya Datuk Seri Adbul Hadi Awang yang masih  berkiblatkan kepada kuasa dan kepentingan pihak lain khususnya sekutu mereka di dalam gabungan pembangkang.
“Hakikat berkenaan tidak dapat diasngkal lagi oleh mana-mana pemimpin Pas kerana sudah terang lagi bersuluh bagaimana sikap dan hipokritnya pemimpin Pas dalam mempertahankan agama Islam. Tengok apa yang berlaku di Selangor.
“Di manakah suara lantang pemimpin Pas khususnya mereka yang sebelum kuat menghent…

Nik Aziz Tidak Setuju Baca Al-Quran Pakai Pembesar Suara

Image
1 Malaysia merasa ketawa hari ini kerana ada tertulis Perkasa mahu ambil alih tugas PAS pulak.Nampak sangatlah PAS sekarang ni sudah macam menjaga kepentingan sahaja semenjak bergabung dengan PKR dan DAP.Adakah untuk menjaga ahli DAP?PAS sekarang tak macam dahulu lagi.Isu murtad senyap semacam jer,Tak berani nak mengulas tentang hal berkaitan dalam harakah daily jugak diam seribu bahasa.Tengoklah kalau BN silap sikit jer..dalam Hamprak daily terus belasah sehingga teruk sekali.Contohnya PAGI MyPR Petang MyKAD,Bila Mismah sendiri buat pengakuan dia dah bertahun tunggu baru dapat MyKad biru,pecah lah Tembelang busuk pembangkang.kalau macam tulah Baik PERKASA ambil alih lah PAS.

Macammana pembaca setuju tak?

Video Ustaz Mohd Kassim Bicara Tentang Ketuanan Melayu

Larang Baca Al Quran Guna Pembesar Suara, Satu Lagi Kejayaan DAP

Image
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairudin amat terkejut, kecewa dan marah dengan tindakan samberono Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
Katanya, beliau berasa musykil dengan keputusan tersebut kerana tidak yakin bahawa JHEAIPP akan mengeluarkan arahan sedemikian kecuali ada tangan-tangan ghaib yang melakukannya tanpa kerelaan dari jabatan tersebut.
“Saya percaya bahawa wujudnya tekanan daripada pihak lain sehinggakan JHEAIPP terpaksa akur dan mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan dalil yang diberikan boleh diperbincangkan.
Beliau yang juga bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam di negeri tersebut melihat alasan yang diberikan untuk membolehkan larangan tersebut bukanlah sesuatu yang munasabah kerana ada dalil lain yang boleh digunapakai.
Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah den…

ManaNya Ulama Ulama PAS apabila kes Murtad DiSelangor

Image
Kenapa kes seperti ini ulama pas diam seribu bahasa,dan mana penyokong penyokong pas semua yang selama ini yang menengakkan dan melaungkan untuk menubuhkan negara islam?Adakah kerana isu ini berada dalam di negeri dikuasai oleh PAS,PKR dan DAP?Lihatlah semua yang membuat bantahan ini semua adalah semuanya NGO NGO dan Ahli Parlimen Bebas.Ini Isu murtad bukan untuk pas dan pkr saja,Ini untuk semua yang berugama Islam.Kita mesti bersatu padu sekarang tak kira latar belakang politik.

                                           Video Zul Nordin Di Masjid Shah Alam



Video Senator Mohamad Ezam Mohd Nor

Inilah Yang Kita Mahu untuk DiTonton kepada Umat Islam Dari Ustaz Fathul Bari

Gambar ucapan Lokman, Ezam, Zulkifli Nordin di Masjid Negeri Shah Alam

Image
Hari ini kita lihat sudah muncul puak-puak pelampau yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan tidak boleh menyebarkan agama lain kepada umat Islam.
Selama hari ini kita berdiam diri, kita biar, tengok dan lihat, tetapi masa untuk berdiam diri dan membiarkan musah menyebarkan agama lain kepada umat Islam sudah tamat.
Kita perlu tentang sekeras-kerasnya tidak kira siapa juga yang menyebarkan agama lain kepada umat Islam.
Punca yang menyebabkan sudah ada pelampau-pelampau yang berani menyebarkan agama lain kepada umat Islam kerana ada pengkhianat.
Ada di antara bangsa Melayu sendiri yang cuba untuk meraih undi dengan mendapatkan sokongan daripada mereka ini. Sebelum ini kita tidak pernah lihat ada mana-mana pihak yang berani untuk mempertahankan Lina Joy.
Selama hari ini kita tidak pernah lihat ada peguam yang berani beri khiamat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad.
Tapi kerana ada satu dua kerat umat Islam yang jadi kuda tunggangan orang bukan Isla…