Ini Padahnya Buat Fitnah - UMNO Selangor mulakan proses saman fitnah terhadap Mustapa Ali

Selama ini UMNO cuma banyak bersabar tingkah laku PAS selama ini,Lain kali jangan ulangi lagi,lebih lebih lagi dalam Haramkah dailly.
Tak main gempak-gempak, sebaliknya UMNO Selangor akan memulakan proses undang-undang untuk mengemukakan saman fitnahRM10 juta terhadap setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali yang menuduh ada bukti UMNO adalah dalang disebalik pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Tindakan yang akan diambil selepas Aidil Fitri itu selepas Mustapha enggan meminta maaf terhadap dakwaan yang dibuatnya dalam satu sidang media di Terengganu, baru-baru ini.

Sebelum itu, Setiausaha UMNO Selangor Datuk Ir Mohd Zain Mohamed menuntut Mustapha meminta maaf dalam tempoh tiga hari atau menarik balik dakwaan dilemparkan itu.

Namun, Mustapha yang respons dan mempertahankan kenyataannya berkata, bersedia bertemu di mahkamah.

Selepas tamat tempoh itu kelmarin, UMNO Selangor  memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung itu itu.

Mohd Zin pada Isnin berkata,  selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

Sementara itu, Mustapha ketika dihubungi Agendadaily tidak khuatir dengan kemungkinan berdepan saman UMNO Selangor itu.

“Biarlah nak sama. Musim orang saman menyaman,” katanya yang kini berada di luar negara.

Mustapha masih mempertahankan dakwaannya dan akan kemukakan bukti apabila kes itu di bawa ke mahkamah kelak.

Ditanya jumlah RM10 juta, beliau sambil ketawa berkata, itu hanya angka dan semua orang boleh bercakap.-
Mat Zin sebelum itu dilaporkan berkata, tindakan saman itu selepas Mustafa enggan memohon maaf secara terbuka seperti yang diminta UMNO Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan 16 Ogos lepas.
"Sempena dengan semangat Ramadan, kami bersedia memaafkan namun Mustafa angkuh malah mendakwa mempunyai dokumen membuktikan UMNO Selangor menjadi perancang pemeriksaan gereja terbabit. Jadi, tindakan saman adalah yang terbaik bagi mempertahan maruah UMNO Selangor yang difitnah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohd Zin berkata UMNO Selangor melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menjalankan proses perundangan itu.
Peguam Abu Bakar Isa Ramat berkata notis peguam akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan saman akan difailkan selepas tempoh tujuh hari bekerja di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Menurutnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mendedahkan perkembangan siasatan berhubung pemeriksaan JAIS di gereja berkenaan dari semasa ke semasa kepada umum kerana rakyat berhak untuk mengetahuinya.
Pada 15 Ogos lepas, Harakah melaporkan Mustafa menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak terjebak dalam 'perangkap' UMNO dalam isu JAIS dan gereja.
Beliau mendakwa mendapat maklumat 'dalaman' JAIS bahawa UMNO ada peranan dalam operasi JAIS di Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL