Posts

Showing posts from December, 2013

Wardina, Ahli Majlis Konsultansi Negara, Menipu dan Menghasut

Image
Tindakan pelakon yang juga merupakan ahli Majlis Konsultansi Negara, Wardina Safiyah mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukan RM 15 juta sambutan Tahun Baru 2014 merupakan satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan bercorak membakar api kemarahan kumpulan demontrasi kenaikan harga barang malam ini.

Wardina yang dipetik oleh Harakahdaily.net dari facebook beliau,

“Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan,”

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.

Wardina menambah: “Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014”

Fakta dan kenyataan ini sangat tidak benar kerana dalam ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur bertarikh 20 Disember 2013 D…

Gambar-Gambar Sekitar SOGO....Lihatlah Solat Pakai Kasut

Image

Untunglah pergi demo gulingkan kerajaan dapat duit. Ini bukan admin kata. Tapi pemimpin PAS sendiri yang kata.

Image
100 sorang perghhh!!! Ni bukan rasuah ni dipanggil dedak kahkahkah. Patut ramai nak turun. Kebulor dedak rupa nyer

Ditangkap Bersama Bom Buatan Sendiri, Polis Tingkatkan Kawalan

Image
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Polis telah meningkatkan rondaan dan menjalankan pemantauan ketat di beberapa lokasi di ibu kota ekoran penahanan seorang individu yang memiliki bom buatan sendiri dan terdapat desas-desus rancangan perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainulddin Ahmad ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, pihaknya memberikan tumpuan di kawasan pusat beli belah Sogo, Masjid Jamek, dan Pasar Seni kerana kawasan tersebut dipercayai menjadi lokasi berkumpul awal.

“Polis telah membuat segala persiapan dan kita juga menempatkan anggota polis untuk menangani perhimpunan tersebut,” katanya.

Katanya, polis meningkatkan rondaan di sekitar kawasan ibu kota bagi menjamin keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam.

Tinjauan Bernama mendapati anggota polis yang lengkap berpakaian operasi turut melakukan rondaan di sekitar Dataran Merdeka

Tiada kenaikan di LDP, Sprint...KEna KEncing Oleh Media Sosial PR

Image
PUCHONG - Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) mengesahkan tiada kenaikan di laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Sprint bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sazally Saidi berkata, tiada sebarang surat arahan diterima dari kerajaan setakat hari ini.

Pihaknya percaya bahawa pihak Kerajaan sedang mengambilkira segala pandangan dan maklum balas dari semua pihak dalam mencari jalan penyelesaian secara "win-win situation" untuk rakyat serta pihak pelabur swasta.

"Mengikut perjanjian asal kenaikan itu sepatutnya telah dibuat sejak tahun 2011, bagaimanapun sehingga saat ini kami masih belum menerima arahan dari kerajaan untuk melaksanakannya (kenaikan)," katanya kepada pemberita dekat sini.

Menurut Sazally, mengikut perjanjian asal bagi lebuhraya LDP terdapat hanya dua kali kenaikan kadar tol bagi tempoh 33 tahun.

Dalam perjanjian asal itu menyebut kenaikan pertama hanya pada  tahun ke 9 pengoperasian yakni 2007 dan kenaikan kedua dan terakhir juga 9 tahun …

Buat Flashmob sampai orang kemalangan. Dah menyusahkan orang tak nak bertanggungjawab!

Image
Dah menyusahkan orang tak nak bertanggungjawab!

Kemalangan di lokasi flash mob. Pas Kawasan Sg Besar -SABAK BERNAM SELANGOR

Pd 31 JAN 2013 jam 1150-1210 seramai 10 org kepimpinan dan ahli2 Pas Kawawan Sg Besar telah behimpun di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga Loji, Sg Besar utk mengadakan flash mob. Antara yg dikenali hadir Fadzlin bin Taslimin - YDP PAS Kwsn Sg Besar, Salleh bin Hussin - Timb. YDP PAS Kwsn Sg Besar, Rojikin bin Sarbini - Naib YDP PAS Kwsn Sg Besar & Zulkifli bin Ibrahim - Ketua Penerangan PAS Kwsn Sg Besar. Setelah memasang dua kain rentang & berkumpul telah berlaku 1 kemalangan di lampu isyarat tersebut membabitkn sebuah motokar & m/lori, menyebabkan peserta2 flash mob segera beredar. Insiden berlaku apabila pemandu lori leka tengok peserta2 flash mob berkumpul menyebabkan lori dipandu perlahan dan melanggar sebuah kereta yang sudah berhenti di trafik light. Tidak mahu bertanggungjawab dengan kemalangan tersebut, peserta2 flash mob telah beredar…

VIDEO: Aksi menggoda wanita dikait kan bersama Artis selepas bergelar janda...Sudah Sudah lah

Video tanpa apa-apa dialog itu hanya menampilkan Nooraida kelihatan merakamkan aksinya terliuk lentok dengan bermain-main dengan rambutnya yang agak menggoda.

Berubah lah...

AKHIRNYA YB SUTAN SINARO BERMALAM DI LOKAP POLIS

Image
Benar kata pepatah orang Melayu, kerana mulut badan binasa. Itulah yang boleh digambarkan kepada YB Sutan Sinaro atau lebih dikenali sebagai Yusuf Baharudin yang juga merupakan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak yang telah ditangkap polis akibat keceloparan mulutnya terhadap pemimpin negeri.

Ini ekoran daripada kenyataannya dalam laman facebook yang mahu mencederakan Ketua Menteri Sarawak susulan daripada niat mahu mengadakan demonstrasi mahu mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan.

Dipercayai YB Sutan Sinaro diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebaik sahaja menghantar Pengerusi SAMM, Chegu Bard pada malam Ahad lepas.

Tahniah kepada pasukan polis kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sebaik sahaja menerima laporan polis berhubung ugutan ke atas Ketua Menteri Sarawak.

Jika tidak suka sekalipun tidak payahlah hendak mengugut mahu mencedera atau membunuh kerana Malaysia ini masih ada undang-undang.

Sarawak seperti negeri lain juga mempunyai am…

Berebut harta jutaan ringgit...Inilah Harta Punya Pasal Sanggup Lakukan Apa Saja

Image
Subang Jaya: “Saya terpaksa merangkak di dalam longkang untuk menyelamatkan diri daripada serangan adik ipar. Dia bagaikan dirasuk apabila memecah masuk rumah saya dan mempersoalkan soal pembahagian harta arwah suami bernilai jutaan ringgit.

“Akibat penderaan mental yang dialami, setiap hari saya trauma memikirkan keselamatan diri bersama seorang anak perempuan kerana keluarga mentua juga sering memperhatikan tindak-tanduk saya menunggu kesempatan untuk mengancam keselamatan saya,” kata warga emas, Zainab, 55.

Katanya, dia hidup umpama pelarian selepas suaminya yang juga seorang pegawai kanan kerajaan meninggal dunia tahun lalu, kerana bimbang di apa-apakan, salah seorang daripada adik iparnya yang mengancam mahu membunuhnya termasuk menuduh dia melarikan barang kemas milik keluarga mentua.

Dalam kejadian sekitar Mac lalu itu, dia yang sedang tidur di rumahnya di Alor Setar dikejutkan dengan jeritan adik ipar di dalam rumah yang menuduhnya mencuri barang kemas keluarga dan mengugut …

Polis dapat penumbuk!Leraikan Pergaduhan.....

Image
Gambar Hiasan

Ipoh: Seorang pegawai polis yang menghadiri majlis perkahwinan kenalannya di dewan sebuah kuil di Jalan Kampar, di sini malam kelmarin, ditumbuk seorang tetamu lain ketika mangsa cuba meleraikan pergaduhan antara sekumpulan lelaki di majlis berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang juga seorang pegawai di Bahagian Siasatan Jenayah berpangkat inspektor, cedera pada hidung akibat ditumbuk di muka oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian berlaku hanya beberapa minit selepas pegawai polis terbabit tiba di majlis perkahwinan itu dan menyaksikan sekumpulan lelaki yang juga tetamu di majlis berkenaan sedang bergaduh.

 “Pegawai terbabit cuba meleraikan pergaduhan itu dengan menunjukkan kad kuasanya dan mengarahkan mereka supaya berhenti bergaduh.

“Namun, kumpulan terbabit tidak mempedulikannya dan terus bergaduh hingga seorang lelaki …

Musli Oli Keluar PKR? Lagi pemimpin tertinggi PKR keluar parti

Image
KOTA KINABALU 31 Dis. – Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus menerima tamparan hebat apabila Timbalan Ketua Penerangan parti negeri, Musli Oli mengambil tindakan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Tindakan itu diambil Musli selepas hilang keyakinan dan kepercayaan ke atas pendekatan PKR dalam menangani masalah negara.

Beliau berkata, PKR dan pakatan pembangkang dilihat mengamalkan langkah penyelesaian berbentuk konfrontasi selain satu ‘kewajipan’ bagi mereka menggunakan kekerasan menentang kerajaan berbanding menggunakan pendekatan perbincangan atau rundingan.

“Apa yang PKR buat sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah menentang kerajaan secara agresif dengan mempergunakan rakyat selain memainkan sentimen kebencian yang melampau.

“Jika mereka benar-benar mahu membela rakyat, pembangkang boleh menggunakan pendekatan diplomatik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 26 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan para …

Banyak lemak...lesen majalah, cetak surat khabar

Image
Tindakan kerajaan menggantung ‘The Heat’ iaitu media berbahasa Inggeris yang berdaftar  sebagai  majalah  tetapi  telah  melanggar  undang-undang  dengan  menerbitkan akhbar,  mendapat  reaksi  ‘luarbiasa’  di  kalangan  segolongan  masyarakat  Malaysia, umumnya penyokong pembangkang, khasnya masyarakat Cina.

The  Heat  bukanlah  sebuah  akhbar  popular  malah  ramai  yang  tidak  pernah  mendengar mengenainya  sebelum  ini. Namun,  penggantungannya  dijadikan  isu  besar  oleh  golongan ini hanya  kerana  antara percetakan  terakhir  akhbar  tersebut merupakan  kritikan  terhadap isteri Perdana Menteri.

Jelas,  yang ingin  dijadikan isu  di  sini  bukan  soal  penggantungan  The  Heat  tetapi  soal  apa yang  dicetak  oleh  akhbar  itu.  Tujuan  mereka  dengan  terus  memperkatakan  mengenai penggantungan  The  Heat  ialah  agar  dapat  memburukkan  Perdana  Menteri  serta  kerajaan Malaysia secara lebih ‘meluas’.

Sebenarnya,  kebebasan  media  di  Malaysia  bukanlah  satu  perkara …

Video Polis mengamuk di Seremban 2...Kejadian Lama..Harus Menjadi Iktibar Pegawai Polis Yang Lain

INFO: Tahukah anda? Sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan anda sewaktu memandu di Lebuhraya PLUS

Image
anda boleh membuat tuntutan kepada pengendali Lebuhraya tersebut.Contohnya:Jika tayar kenderaan anda pecah,pancit dan Cermin Pecah akibat objek tertentu yang terdapat atas lebuhraya,anda layak menuntut pampasan daripada PLUS.Apa yang anda perlu lakukan ialah:

Langkah pertama - sejurus berlaku musibah,anda mesti menelefon PLUS Ronda di talian 1-800-88-0000 dan tunggu sehingga bantuan tiba.Pastikan kerosakan anda dicatit dan dirakam gambar oleh anggota PLUS Ronda.Catitkan nama anggota terbabit,tempat dan masa kejadian serta bukti2 berkaitan seperti objek asing yg merosakkan kenderaan anda.

Langkah kedua : Keluar exit terdekat dan buat lapuran polis.

Langkah ketiga : bawa kenderaan anda untuk pembaikan dan dapatkan resit bayaran.

langkah ke empat: Sila ke pejabat PLUS terdekat dan isi borang tuntutan dan kemukakan bersama resit dan lapuran polis.

Sekian.
Diharap maklumat ini dapat memberikan faedah untuk kita bersama,Untuk keterangan lanjut dapatkan dari pejabat PLUS terdekat.

Permulaan tahun baru yg baik buat kerajaan utk mulakan program penjimatan apabila PM umum 11 langkah awal penjimatan Kerajaan bermula 1/1/2014

Image
1. Elaun keraian Menteri, Timb Menteri dan pegawai JUSA C ke atas dipotong 5-10%
2. Pengurangan 5% kos utiliti elektrik di semua premis Kerajaan
3. Pengurangan kemudahan tol bg pegawai JUSA C ke atas sebanyak RM50-RM100 (30%)
4. Pembekuan permohonan baru pengubahsuaian ruang pejabat agensi Kerajaan
5. Mengetatkan syarat pelantikan consultant untuk projek2 fizikal Kerajaan
6. Pengurangan penggunaan syrkt pengurusan acara dlm majlis & pengurangan pemberian saguhati dan cenderamata untuk persidangan/majlis Kerajaan
7. Pengurangan penyediaan makanan & minuman semasa penganjuran mesyuarat,kursus,bengkel,majlis/acara rasmi Kerajaan
8. Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa (JUSA C ke bawah - kelas ekonomi)
9. Mengurangkan penggunaan bunting & banner dlm sebarang acara/majlis rasmi Kerajaan
10. Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat
11. Mengaplikasi NBOS dgn mengoptimakan pgunaan Pusat Latihan 1Malaysia da…

ORANG2 PR DAH BERLATIH KE CARA2 MEMATIKAN DIRI BILA KENA HAMBAT DENGAN POLIS.

Image
Sanggup membohongi orang ramai semata mata untuk menyalahkan pihak berkuasa kononnya Kerajaan memang Zalim.Inilah cara pembohongan puak PR untuk menangih simpati rakyat Malaysia rupa rupanya ingat panas sampai ke Petang rupa rupanya hujan ditengah hari kerana pembohongan yang dibuat oleh PR

Elaun menteri dikurangkan mulai 1 Jan. Tahniah DS Najib Razak. Satu tindakkan yang terbaik.

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.

Ini termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, dan pegawai kanan kerajaan Gred Utama Sektor Awam C ke atas antara lima hingga 10 peratus

Gaji Dan Elaun Adun Naik 300 peratus, Rakyat Hanya Dapat RM30...

Image
Pasti ramai yang akan tergelak apabila mendengar laporan yang mengatakan kerajaan Selangor akan memberikan baucar bernilai RM30.00 kepada keluarga yang berpendapatan rendah di Selangor. Seperti kata wak Mustara di dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’, ini betul-betul, bukan cobaan!!!!

Paling menarik, ia diakui sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang mengatakan kerajaan negeri akan memberikan baucar bernilai RM30.00 itu bagi membolehkan keluarga itu membeli kasut sekolah untuk anak-anak mereka di gedung pakaian jenama Bata. Bukanlah niat untuk memperlekehkan jumlah pemberian tersebut, namun sebagai sebuah kerajaan yang sering melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’ dan sebagainya apakah berbaloi nilai yang diberikan itu. Tambah mengecewakan jumlah tersebut diberikan kepada keluarga dan bukannya mengikut jumlah anak yang bersekolah di dalam keluarga tersebut.

Dalam erti kata lain, walaupun keluarga tersebut mempunyai 6 orang ana…

IKUT PESANAN TUN DR. MAHATHIR...SYABAS PM KITA

Image
KUALA LUMPUR, 30 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.

Tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Isnin.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa …

Video Peniaga Di Selangor Kata Khalid Ibrahim Cakap Tak Serupa Bikin.

Lepas ini mungkin dikawasan lain plak...baru MPSJ...lepas ini jeng jeng...kita tunggu lah saja.

Ancaman Bom : PKR Gesa Polis Siasat 4 Blog

Image
KUALA LUMPUR 30 Dis - Pihak polis digesa untuk menyiasat empat blog pro Umno yang didakwa telah menyebarkan emel palsu bertujuan mencetuskan huru-hara.

Pengarah Strategi Parti Pakatan Rakyat (PKR) , Rafizi Ramli berkata, aduan polis telah dibuat ke atas empat blog iaitu theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot.com serta badutrakyat.blogspot.com.

Rafizi telah dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan emel mengaitkan beliau dengan ancaman bom pada 31 Disember ini.Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, emel palsu mengenai rancangan untuk memasang bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kononnya dialamatkan kepadanya itu direka oleh blogger berkenaan.

"PDRM tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihan emel rekaan itu terus memanggil saya untuk memberi keterangan dan disiasat," katanya.

Beliau juga kecewa apabila Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih belum menyatakan sama ada beliau merupakan saksi…

Norian Mai Yakin PDRM Mampu Kawal Himpunan 31 Dis

Image
SHAH ALAM 30 Dis - Yayasan Pengaman Malaysia (YPM) yakin pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mampu menjalankan tugas secara tegas bagi memastikan tiada sebarang perkara buruk akan berlaku menjelang perhimpunan pada 31 Disember ini.

Timbalan Pengerusi YPM, Tan Sri Norian Mai berkata, pihak PDRM juga perlu segera mengambil tindakan sewajarnya kepada individu yang cuba menghasut peserta himpunan tersebut melalui laman sosial.

"Kita berkeyakinan dengan keupayaan PDRM untuk menangani situasi yang buruk yang mungkin berlaku pada himpunan esok.

"Dalam konteks menaikkan semangat atau mengajak pihak lain kepada suatu perbuatan yang melanggar undang-undang negara, tindakan yang tegas perlu diambil terhadap individu tersebut.kerana ia dianggap ancaman kepada negara," kata kepada pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat YPM di Wisma Sunway di sini hari ini.

Norian Mai turut berpendapat bahawa kebimbangan demontrasi di Malaysia bakal menjadi seperti demonstrasi di negara-negara…

Bapa Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pengurusan 'Euro Wheel'

Image
GEORGE TOWN: Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong, di sini Ahad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat permainan Euro Wheel.

Abu Kassim Yaacob, 41, berkata, beliau kesal kerana pengurusan syarikat permainan itu gagal memberi penjelasan mengenai punca kejadian.

"Saya tidak tahu dengan jelas bagaimana anak saya boleh jatuh kerana apabila ditanya kepada pekerja di tapak pesta terbabit, mereka tidak dapat memberikanjawapan yang tepat, malah memberitahu tidak sedar bagaimana anak saya boleh terjatuh," katanya kepada pemberita di Hospital Pulau Pinang di sini Isnin.

Beliau berkata, buat masa sekarang, tumpuan adalah untuk menjaga kesihatan anaknya Mohamad Khairul Naimme, 6, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang setelah selesai siasatan kelak.

Pada Ahad, Abu Kassim yang berniaga dalam tapak pesta itu terkejut apabila menemui anaknya dalam keadaan tidak sedar diri dipercayai akibat terjatuh dar…

Gadis 16 tahun beri alasan selepas dicekup...Kantoiiii

Image
SUNGAI PETANI – Seorang gadis berusia 16 tahun sanggup menggunakan alasan bapanya sakit lumpuh ketika diminta menghubungi waris akibat dicekup bersama teman lelaki di sebuah taman rekreasi, di sini, kira-kira jam 11.15 malam kelmarin.
Seorang lagi gadis berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan berbalut selimut kerana didapati tanpa seurat benang ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah tumpangan di sekitar bandar ini kira-kira jam 3 pagi semalam.
Itu antara situasi yang berlaku ketika operasi cegah maksiat dilakukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda yang bermula tengah malam kelmarin sehingga awal pagi semalam.
Rondaan di kawasan panas
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abd Mutalib yang mengetuai operasi berkata, operasi dijalankan 16 anggota penguatkuasa itu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Daerah Yan dan Pejabat Agama Daerah Kulim.
Menurutnya, rondaan dilakukan di kawasan ‘panas’ selain tempat rekreasi dan rumah tumpangan sekitar Sungai Pe…

ANWAR TERCENGANG,TERKEDU LANGKAH PM UMUMKAN POTONGAN ELAUN

Image
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri i…

Artis Serbu Balai Polis....Ikutilah ceritanya

Image
PETALING JAYA – Pelakon Julia Ziegler berkata tidak akan menghalalkan wang sebanyak RM 8,333 yang diambil oleh seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana bagi urusan membuka sebuah syarikat hartanah.

Julia, 29, berkata, individu yang dikenali sebagai Nor Ain itu bukan sahaja memperdayanya untuk membuka sebuah perniagaan, malah membuat pinjaman secara peribadi bagi melunaskan hutang kepada pihak tertentu.

“Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.

“Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini, bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pemgemis pula,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Julia memberitahu, wanita itu mula menghubunginya pada awal Oktober lalu dan membuat pelbagai tawaran berhubung perniagaan.

Katanya, dia (Ain) turut menggunakan nama beberapa orang kenamaan dan rakan-rakan artis bagi menguatkan lagi kata-ka…

Masih Ingat Lagi Kah Dengan Mamat Ini...Pura Pura Mati

Image
Mamat ni yang "Mati Hidup Semula" masa Perhimpunan Bersih dulu agak agak turun tak esok? Takut dia pura pura mati lagi malam esok.

Macam macam orang ada dalam Pembangkang ini. Tapi si Suhardi ni lah yang tak dapat kami lupakan. Dapat upah tak seberapa sampai mati orang ingat apa yang ko buat Suhardi oi. Ini lah "MACAI" sejati. Kah kah kah

BAPA BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK GADIS SEJAK 2004 !!!

Image
KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.

“Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). “Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendir…

KETAKUTAN..!!! Dari Gulingkan Kerajaan Ditukar Kepada Perhimpunan Aman Pula.

Image
Cakap berdegar-degar dalam Facebook. Ceramah pun terpekik-pekik dan penuh semangat, macam dia seorang sajalah yang boleh pegang pedang, boleh terajang orang dan boleh lastik kepala musuh.

Tapi bila pihak berkuasa tangkap seorang penganggur berusia 25 tahun di Saratok, Sarawak, yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II kerana menghasut orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka dan memulakan rusuhan untuk menggulingkan kerajaan, dia terus kecut perut dan memadamkan kesemua posting-postingnya yang berkaitan dengan GULING KERAJAAN.

SYED HUSAIN SOLAHUDDIN BIN SYED HASAN, 22 tahun, yang sebelum ini cukup garang dalam Facebook dan Twitter, pagi tadi telah ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis. Turut menemaninya adalah Abdul Khalil bin Abdul Hadi, Timbalan DPP Pusat yang juga merupakan anak lelaki Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Ahmad Amzad bin Hassim, Pengerusi GANTI dan beberapa orang ahli GANTI yang lain.

Selesai membuat laporan polis, satu sidang media telah dibuat di…

Apa Kata....Ketua Dewan Ulama Pas anggap amat sukar gulingkan kerajaan sedia ada

Image
KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kerajaan negara ini amat sukar untuk digulingkan mana-mana pihak apatah lagi proses rampasan kuasa itu berlaku secara kekerasan dan huru-hara.

Ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada dan juga akan datang merupakan pemerintah yang cukup teguh dengan kekuatan pasukan keselamatan yang sentiasa mantap dan cekap.

"Atas sebab itu saya masih berpendapat bahawa tidak mudah untuk gulingkan kerajaan (Malaysia) dan saya juga berpendapat lambat lagi nak berlaku macam itu (guling kerajaan)."Malah saya juga tak fikir akan berlaku keadaan huru-hara pada himpunan itu nanti (Himpunan Guling Kerajaan)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang kian memuncak membantah Himpunan Guling Kerajaan pada malam sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka Selasa ini.

Semalam, polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai da…

Schumacher Koma Selepas Terjatuh Bermain Ski Di Pergunungan Alps Perancis

Image
GRENOBLE: Bekas juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher, menjalani pembedahan otak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, awal pagi Isnin.

Schumacher, 44, yang mengumumkan bersara dari sukan F1, kini dilaporkan dalam koma dan terpaksa menjalani pembesahan neuro.

“Keadaannya kini kritikal," demikian menurut Hospital Grenoble di selatan Perancis dalam satu kenyataan.

Schumacher dilaporkan bermain ski bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di pusat peranginan Meribel Resort, di mana mereka mempunyai hartanah di sana sebelum terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu.

Beliau telah dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah helikopter, tetapi jurucakap untuk resort ski tersebut berkata kecederaan Schumacher tidak begitu serius.

Bagaimanapun, Schumacher dipindahkan ke Grenoble kerana kecederaannya dilaporkan serius daripada yang disangka sebelum ini.

GAMBAR BANGGUNAN KDN PUTRAJAYA TERBAKAR!!!SEKADAR LATIHAN JER

Image
latihan kebakaran yang diadakan di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri yang turut melibatkan agensi Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Putrajaya.

Tujuan latihan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada warga KDN mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka apabila berlaku kebakaran.

TARIKH / MASA : 30 DISEMBER 2013 / 10.00 PAGI
MAJLIS / PROGRAM : LATIHAN KEBAKARAN KDN
TEMPAT MAJLIS : DATARAN KDN, KOMPLEKS D, PUTRAJAYA

MISI CHEGU BARD UNTUK HASUT RAKYAT SARAWAK GAGAL

Image
Hasrat sebenar kedatangan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ke Sarawak telah disifatkan sebagai gagal.

Gagal kerana tidak berupaya menghasut anak muda tempatan untuk menentang Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dijadualkan semalam di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak di Jalan Bako.

Sebelum ini Chegu Bard yang juga pemimpin PKR Parlimen Jelebu itu telah mengajak rakyat Sarawak khususnya orang muda untuk melakukan demonstrasi bagi mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan.

Tindakan Chegu Bard itu yang cuba mencampuri urusan politik Sarawak telah menyebabkan rakyat Sarawak khususnya komponen BN Sarawak seperti PBB, SUPP, PRS dan SPDP serta beberapa NGO's lain membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram itu.

Sebaliknya hanya beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, SAMM Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang 'berani' menyahut seruan Chegu Bard.

WARGA EMAS DAN TAKUT MENANG RM1 JUTA SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) BSN

Image
memang rezeki makcik ini apabila memenangi wang sebanyak itu. Siapa tidak terkejut kan. Tidak disangka-sangka tiba-tiba ada duit dengan jumlah RM1 juta. Begitu juga dengan makcik ini yang menerima ‘durian runtuh’ sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.


Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia 40 tahun yang juga seorang guru. Rokeah Mohd Sidek, 77, yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300 hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas sebagai guru.

“Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini. Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, se…

Remaja 15, 16 Tahun Nikah...APa Pandangan ANda Semua

Image
Shah Alam: “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun.

“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.
Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin.

Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000.

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Semangat membara

Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.
Beliau ti…

Video Selepas lahad datu...ia berlaku di jeddah pula...subhanallah

Stong tagih nyawa pendaki...Berhati Hatilah Musim Hujan Kegiatan Aktivities Luar

Image
Kuala Krai: Raungan pilu ibu bapa seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang maut akibat lemas selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, dekat sini, ketika melihat pemandangan waktu senja membuatkan pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Krai diselubungi suasana hiba, semalam.

Dua warga emas lingkungan 60-an itu dilihat berpelukan sambil menangis selepas dimaklumkan seorang rakan mangsa mengenai kejadian menimpa anak mereka.

Dalam kejadian kelmarin, mangsa, Lee Jun Jie, 23, bersama 22 pelajar dari universiti terbabit tiba di Dabong, dekat sini, kira-kira jam 4 petang, sebelum dibawa beberapa pemandu pelancong rakyat tempatan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di Kem Baha sebagai satu aktiviti luar universiti berkenaan.

Selepas tiba di kem berkenaan kira-kira jam 7 malam, mangsa yang berasal dari Thoh Yi Drive, Singapura dan mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal, meninjau pemandangan waktu senja sebelum tergelincir akibat tebing licin berikutan hujan sebelum itu.

Man…

Tabik Admin pada anak muda SARAWAK !

Image
Chegu Bard atau yang nama sebenarnya Badrul Hisyam Shahrin, aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat memang lelaki yang dayus, bacul dan tidak mempunyai telur.

Sehingga jam 6 petang ini, beliau yang di uar-uarkan ke Sarawak dan mengepalai demonstrasi yang dirancang diadakan di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak pada jam 2.30 petang hari ini tidak berani menunjukkan mukanya, sedangkan beliau sememang sudah tiba di Sarawak!

Hampir 200 wakil-wakil pemuda dan penyokong PBB dari seluruh pelusuk Sarawak pimpinan Dato Idris Buang telah "menziarahi" kawasan hadapan rumah Ketua Menteri namun kelibat makhluk yang begitu "dirindui" oleh anak-anak muda Sarawak khususnya kumpulan yang ada petang tadi tidak muncul tiba.

Bahkan kawasan tersebut telah dikawal rapi oleh pihak Berkuasa yang bertugas.

Apa-apapun, Chegu Bard mesti berfikir dua kali selepas ini jika nak mencabar anakmuda di Sarawak ini kerana sesungguhnya kami hanya takut kepada Tuhan, akur kepada undang-un…

Video Malang tidak berbau Penunggang Berkuasa Tinggi..Semoga CEpat Sembuh...Aamiin

29hb Dec 2013…
2.30pm..
Cameron Highland…

Yang berlaku pastinya yang terbaik dariNya... Siapalah kita utk menyalahkan takdir tentang apa yang telah terjadi... Dan semestinya ia mempunyai hikmah yang kita tidak ketahui... "Redha dan bersabar" adalah lebih baik dari "merungut dan mengungkit" dengan apa yang telah berlalu... Bersyukurlah, kita pasti akan tenang... In Shaa Allah...

Alhamdulillah... Allah SWT telah permudahkan apa yang berlaku pada hari ini...

Dan sesungguhnya aku bersyukur kerana dikelilingi oleh sahabat2 yang benar2 di namakan sahabat... alhamdulillah...

PS: Abang Megat berada dalam keadaan stabil, kini ditempatkan di Ipoh Specialist KPJ di Tingkt 3, ward 7a, bilik 702...

SAMM: Tarik balik fitnah atau disaman RM100j....Ala Demokrasi PR

Image
SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut"…

dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.“…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Dat…

"Langkah mayat kami dulu": lebih100 orang pertahan KM Sarawak

Image
Kuching, 29 Disember: Lebih 100 orang yang terdiri daripada gabungan PBB, PEWARIS (Sarawak), PERJASA, PEKIDA dan beberapa NGO lain yang diketuai oleh Dato' Idris Buang berkumpul di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak menunggu kehadiran 'Chegubard' yang dikhabarkan ingin membuat perhimpunan "Nyah Taib" mendesak Ketua Menteri Sarawak mengundur diri.

Dato' Idris menyatakan,"kami membantah perhimpunan ini. Langkah mayat kami dulu sebelum pemimpin kami diapa-apakan".

Kehadiran kumpulan ini berpunca dari kenyataan dari laman sosial salah seorang penganjur yang berunsur ugutan untuk mendatangkan kecederaan serius (memecahkan kepala) terhadap Ketua Menteri Sarawak.

Chegubard atau nama penuh Badrul Hisham telah tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3 petang tadi, menyatakan,"kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) datang ke sini (Kuching) bukan untuk membuat huru-hara, kami cuma ingin membuat himpunan "Nyah Taib" se…

Isu Kalimah Allah : Perkasa Selangor Gesa Paderi Mohon Maaf

Image
SHAH ALAM 29 Dis - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Bahagian Selangor hari ini menggesa Lawrence Andrew memohon maaf secara terbuka berhubung satu kenyataannya yang disiarkan di portal berita, The Malaysian Insider.

Menurut Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya, beliau berkata Andrew, yang juga pengarang mingguan Katolik, Herald seharusnya membuat kenyataan maaf secara terbuka supaya rakyat Selangor khususnya dapat melihat dan menerima perkara itu secara keseluruhannya.

"Kenyataan maaf ini harus dibuat secara terbuka sepertimana yang dia (Lawrence) buat dalam The Malaysian Insider berkenaan kenyataan untuk terus menggunakan kalimah Allah di gereja.

"Ianya supaya, kami, rakyat Selangor boleh baca kenyataannya dalam The Malaysian Insider, sama ada untuk memohon maaf atau menarik semula kenyataan itu di laman portal tersebut," kata Abu Bakar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sidang media di hadapan Ibu Pejabat Daerah Shah …

Awas... risikan polis dapati himpunan haram di Dataran Merdeka bakal kecoh

Image
Kalau mengikut risikan polis himpunan  haram yang dirancang oleh kumpulan yang dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang gugat keamanan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Empat kumpulan yang dikenalpasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Sabtu beliau memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka Selasa ini.

Katanya pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta K…

Pi mai pi mai tang tu...

Image
Episod demonstrasi pembangkang ini tiada kesudahan. Penyokong kerajaan boleh bising 24 jam sehari pun, ada lebih 1000 laporan polis, ada peniaga yang merayu agar perhimpunan yang dirancang malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka tidak diadakan, namun tengok pada gaya, semua sudah set, langgar tetap langgar.

Hakikatnya, walaupun pedih untuk diakui, penyokong kerajaan yang mewakili majoriti rakyat Malaysia tak boleh buat apa-apa untuk halang pembangkang nak tunjuk kuat.

Mereka adalah minoriti yang bersuara dan bertindak. Seperti kata Pemimpin Besar Perancis Napoleon Bonaparte, 10 tentera yang bercakap (buat bising), akan lebih didengari dari 10,000 tentera yang diam.

Kita (penyokong kerajaan) menjadi kumpulan yang banyak, tapi diam, terikat dengan undang-undang, displin, tata etika memimpin dan segala macam lagi melawan kumpulan pembangkang yang bebas bertindak melakukan apa saja.

Inilah hakikatnya, yang perlu diakui mengapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan pemban…