"Langkah mayat kami dulu": lebih100 orang pertahan KM Sarawak
Kuching, 29 Disember: Lebih 100 orang yang terdiri daripada gabungan PBB, PEWARIS (Sarawak), PERJASA, PEKIDA dan beberapa NGO lain yang diketuai oleh Dato' Idris Buang berkumpul di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak menunggu kehadiran 'Chegubard' yang dikhabarkan ingin membuat perhimpunan "Nyah Taib" mendesak Ketua Menteri Sarawak mengundur diri.
Dato' Idris menyatakan,"kami membantah perhimpunan ini. Langkah mayat kami dulu sebelum pemimpin kami diapa-apakan".
Kehadiran kumpulan ini berpunca dari kenyataan dari laman sosial salah seorang penganjur yang berunsur ugutan untuk mendatangkan kecederaan serius (memecahkan kepala) terhadap Ketua Menteri Sarawak.
Chegubard atau nama penuh Badrul Hisham telah tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3 petang tadi, menyatakan,"kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) datang ke sini (Kuching) bukan untuk membuat huru-hara, kami cuma ingin membuat himpunan "Nyah Taib" secara aman menerangkan bahawa Ketua Menteri Sarawak patut mengundur diri."
Selain itu, Chegubard juga memaklumkan bahawa mereka akan mengedarkan 10,000 risalah berkenaan salahlaku Taib.
Sumbernya

Comments