Posts

Showing posts from February, 2018

Selangor Cuba Lengahkan Pelaksaaan Projek ECRL?

Image
Kerajaan Negeri Selangor nampaknya kini cuba melengahkan pelaksanaan projek untuk rakyat iaitu projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana masih tidak memberi kelulusan permohonan tanah untuk pembangunan projek itu yang sepatutnya dijadualkan beroperasi menjelang tahun 2024.

Projek itu boleh terjejas sekiranya kerajaan pimpinan Menteri Besar Azmin Ali terus enggan memberikan kelulusan. Menurut Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Noor Azlan Salleh berkata, sehingga kini kerajaan negeri masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh pihaknya.

Oleh itu, pembangunan projek ECRL yang sudah bermula sejak November tahun lepas akan memberi tumpuan kepada tanah milik kerajaan di Pahang, Kelantan dan Terengganu yang telah mendapat kelulusan kerajaan negeri yang terbabit.

Dulu, Azmin pernah menyebabkan negeri Selangor kerugian sampai RM800 juta kerana menangguhkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat II.

“Hanya disebabkan politik dan kerajaan n…

Peugeot, Citroen Pula Jajah Malaysia?

Image
Kalau ada sahaja pelaburan luar yang masuk Malaysia, maka pembangkang akan kata Malaysia sudah kena jajah dan tergadi. Itulah logik mereka terhadap projek ECRL dan juga pembelian saham Geely terhadap Proton.

Bermacam macam tuduhan dibuat oleh Mahathir dan pembangkang bila Geely membeli saham Proton. Namun pembelian itu tidak menjejaskan sedikit pun kedaulatan Malaysia ini. Hanya propaganda pembangkang semata mata.

Baca pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1783124745041328&id=697192853634528

Kali ini, Malaysia menjadi tumpuan lagi. Kali ini syarikat Naza Corporation Holdings (Naza Group) akan bekerjasama dengan Groupe PSA dari Perancis di kilang Naza Automative Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah. Perkongsian itu adalah bagi membantu membangunkan industri automotif yang dinamik di Malaysia.

Groupe PSA adalah syarikat pengeluar kereta Perancis yang terkenal dengan jenama Peugeot dan Citreon.

Melalui pakatan strategik itu, ia akan menyaksikan pengenalan model bah…

Mahathir Datang Ke Pekan Tidak Bawa Senjata Tapi Jaja Cerita Palsu

Image
Memanglah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mahu datang ke Pekan, Pahang esok tidak bawa senjata tapi Mahathir akan bawa banyak berita palsu untuk diperkatakan kepada orang Pekan dalam ucapannya esok, iaitu kerusi Parlimen disandang oleh Najib.

Bekas Perdana Menteri itu sudah pasti akan guna semula isu derma RM2.6 bilion dan akan menagih simpati dalam isu mengutuk orang berketurunan Bugis yang memperlihatkan seolah-olah Mahathir tidak bersalah. Selain itu, isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah pasti akan diguna semula.

Mahathir hari ini dalam Malaysiakini kata, esok beliau hanya merancang memberi ucapan di Pekan dan bukan membawa senjata.

Kalau sekali imbas sahaja, orang sudah tahu kunjungan Mahathir ke Pekan adalah untuk satu provokasi politik untuk melihat reaksi Najib apabila Mahathir masuk ke kawasan Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri sendiri.

Mahathir dikatakan akan berceramah di Felda Chini dan melawat penempatan orang Asli di Pekan esok.

Ahli Jawatankua…

KERAJAAN SELANGOR JANGAN POLITIKKAN PELAKSAAN ECRL....HODOH KERAJAAN SELANGOR NI

Image
Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa tidak mensabotaj apatah lagi mempolitikkan usaha Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pembangunan negara dan rakyat menerusi pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Gesaan itu dibuat anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi susulan kenyataan syarikat pemilik projek berkenaan, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) semalam bahawa setakat ini, hanya kerajaan Selangor yang masih belum memberi kelulusan tanah untuk pelaksanaan projek mega tersebut.

Budiman berkata, negeri-negeri lain yang terlibat dalam jajaran projek itu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telahpun memberi kelulusan tanah masing-masing kepada MRL sekali gus membolehkan kerja-kerja pembinaan ECRL dimulakan sejak November lepas.

“Saya tidak pasti apakah alasan kerajaan Selangor masih belum memberikan kelulusan tanah kepada MRL untuk melaksanakan jajaran ECRL di negeri ini membabitkan jarak kira-kira 80 kilometer (km) bermula dari Gombak ke …

BR1M MEMANG NAJIB SURUH AMBIK, MAHATHIR SAJA YANG KATA RASUAH

Image
ORANG-ORANG Mahathir dari pelbagai latarbelakang yang tak suka tengok rakyat senang, mula memperolok-olok 7 juta rakyat yang menerima BR1M semalam.

Ada yang siap desak suruh rakyat ambik BR1M itu sebab kononnya itu duit hasil bayar GST, bukan duit Najib.  Apa bodoh ke desakan yang serupa ini?  Tak payah cakap pun memang Najib suruh ambil la BR1M tu, sebab tu beliau perkenalkan dulu dan masuk terus ke dalam akaun rakyat (atau ambik dari pemimpin UMNO bagi sesetengah kes).

Memang Najib nak pulangkan kepada rakyat sebahagian hasil negara kepada rakyat.  Betullah tak pulang semua sebab kerajaan kena juga belanja, siapa bodoh pulak dalam dunia kutip cukai RM 1 billion (contoh) pulang balik RM 1 billion juga kepada rakyat.  Kalau ada namakan satu.

Tapi kurang-kurangnya ada.  Bukan itu saja (BR1M) pulak yang dipulangkan dulu, ada lagi subsidi kesihatan, subsidi pendidikan dan sebagainya.

Banding dulu zaman Mahathir bila rakyat kena bayar SST, kemudiannya rakyat dapat apa?  Tol kena bayar, e…

Ini kenyataan Tun Mahathir Pengerusi PPBM/PH pada 26hb April 2016 mengaku dirinya memiliki 40 ekor kuda.

Image
Sudah lah Madey...tua tua lagi kuat menipu lagi...cakap berbelit belit.Ingat skit...Umur tu dah Tua.Banyakkan beribadat kepada ALLAH dan minta ampun lah kesalahan yang lampau selama menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tu.

Dalam Malaysia Kini

Ini kenyataan Tun M mengatakan beliau tidak memiliki sekor kuda pun.

Kata Madey Sekor Kuda Pun Tak Ada


Kerusi DUN PH masih tiada keputusan...Kata Adanya MADEY Seorang Yang Hebat Sangat...?

Image
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) sehingga kini masih lagi gagal memuktamadkan agihan kerusi DUN dibeberapa buah negeri walaupun sudah melepasi tiga kali tarikh akhir yang ditetapkan Majlis Presiden.

Seperti yang dimaklumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, rundingan berkenaan masih berjalan.

"Agihan kerusi kita (PH) hampir selesai. Kita akan umumkan sebaik sahaja sedia untuk diumumkan," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Ditanya sama ada kerusi Parlimen Ayer Hitam, Johor sudah diputuskan sama ada milik DAP atau Amanah, beliau juga berkata ia belum diputuskan lagi.

Minggu lalu Dr Mahathir memberi tempoh sehingga Jumaat lepas kepada tujuh negeri untuk PH menyelesaikan agihan kerusi DUN, jika tidak Majlis Presiden PH  akan mengambil alih untuk memutuskan perkara berkenaan.

Namun, Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan PH Selangor diberi tempoh sehingga Isnin depan bagi menyelesaikan rundingan itu.

Rundingan agihan ke…

Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH

Image
SHAH ALAM: Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengakui satu perbincangan sedang dilakukan mengenai sama ada beliau akan bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Maria berkata bahawa dirinya diminta mempertimbangkan cadangan bertanding sebagai calon ahli parlimen tetapi tidak menamakan parti yang menghubunginya itu.

"Saya sebenarnya dihubungi untuk mempertimbangkan bertanding supaya menjadi suara masyarakat sivil di Parlimen.

"Ini adalah perkara serius yang masih dibincangkan,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Maria menambah bahawa dirinya akan membuat pengumuman apabila ada keputusan nanti.

Selain Maria, spekulasi juga bertiup kencang bahawa peguam terkemuka, Datuk Ambiga Sreenevasan, juga akan berbuat demikian.

Namun bekas presiden Majlis Peguam itu menamatkan segala desas desus dengan mengesahkan beliau tidak akan bertanding.

Ambiga yang dipetik portal itu memberitahu bahawa beliau telah memutuskan untuk tidak bertanding.

"Ada cadangan dari…

500 anggota veteran Kg Gajah ikrar sokong PM

Image
Seramai 500 anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Kampung Gajah berikar menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang selama ini sentiasa menjaga kebajikan veteran tentera.

Ketua Cawangan PVTM Kampung Gajah, Haji Shamsuri Ahmad yang mengetuai kumpulan veteran itu berkata, kesemua anggota veteran amat menghargai usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberi keistimewaan berhubung kebajikan veteran tentera di seluruh negara.

``Banyak manfaat dan kemudahan yang diberikan kepada veteran antaranya bantua n kerusi roda, katil dan rawatan percuma seperti pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Hospital Angkatan Tetera dari Lumut dan jualan murah ini yang banyak membantu kami.

``Kami bersyukur dengan adanya manfaat seperti ini yang menunjukkan kepimpinan memberi perhatian kepada kebajikan veteran sekaligus membantu meringankan beban veteran," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan PVATM Cawangan Kampung Gajah p…

Antara quinoa dan kuda…Dr Mahathir boleh kira sendiri

Image
(Ini adalah gambar Tun Dr Mahathir berada di Argentina untuk hobi tunggang kuda yang pernah disiar dalam media di Amerika Selatan pada Februari,2016)

‘Melayu mudah lupa’ adalah kata-kata yang dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.Sebenarnya terlalu banyak yang beliau sendiri sudah lupa dalam kegairahan buat U-Turn bila terjun dalam kolam pembangkang.

Terbaru…beliau terlupa mengenai dirinya bila tibai untuk gambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermewah-mewah semata-mata kerana pengakuan ada makan bijirin quinoa untuk jaga kesihatan.

Untuk sertai mainan pembangkang spin pasal makan itu,bekas Perdana Menteri itu kata beliau cuma makan nasi dan bukan quinoa.

Dalam konteks ini beliau terlupa pada kata-kata cakap siang pandang-pandang…cakap malam dengar-dengar.

Jadi kenalah terima dengan hati terbuka bila Najib smash balik beliau sakan dalam ucapan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Port Dickson pada Isnin semalam.

Kata Perdana Menteri di depan ribuan orang pada majli…

PKR JUGA BERPEGANG KEPADA DASAR MALAYSIAN MALAYSIA?

Image
Saya berkesempatan membaca buku tulisan bekas Naib Presiden PAS merangkap bekas Yang Di-Pertua YADIM, Datuk Mohd Nakhaei Ahmad, bertajuk “Meniti Hari Menuju Senja (Mengimbau Penglibatan Dalam Dakwah Dan Politik)”. Buku terbitan Global Da’wah Friendship Society yang diasaskan oleh Datuk Mohd Nakhaei Ahmad dan Allahyarham Datuk Dr Muhammad Uthman El-Muhammady ini agak menarik juga sehinggakan Ketua Pemkuda Parti Amanah Negara Terengganu, Hasbie Muda, yang terlibat dalam bidang penerbitan memujinya dengan menyebut bahawa “jika Datuk Mohd Nakhaei Ahmad (dan pihak penerbit) lebih cermat dalam urusan suntingan, karya ini pasti menjadi suatu magnum opus yang berwibawa dalam senarai rujukan pengkaji politik di negara ini”.

Telah diketahui ramai mengenai sikap kritikal beliau terhadap PAS, parti yang beliau tinggalkan untuk menyertai UMNO pada tahun 1988 dahulu. Bagaimanapun, lebih menarik lagi ialah, di dalam buku beliau itu, Datuk Mohd Nakhaei Ahmad turut mengkritik beberapa tokoh politik n…

SUDAH BERSEDIA UNTUK PRU-14?, TANYA NAJIB

Image
Perdana Menteri dilaporkan bertanya sama ada rakyat terutama di Negeri Sembilan sudah bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian dalam Majlis Bersama Rakyat Teluk Kemang di Port Dickson semalam sempena lawatan sehari di negeri itu.

“Saya lihat hari ini suasana di Teluk Kemang ini alhamdulillah. Adakah sudah bersedia. Sedia untuk apa?

“Kalau bersedia perang, gendang perang akan dipalu bila-bila masa sahaja. Adakah Teluk kemang sedia untuk perubahan,” tanya beliau di hadapan lebih 10,000 hadirin.

Dalam pada itu, Pengerusi BN itu berkata pihaknya menyasarkan menyasarkan kerusi Parlimen Teluk Kemang dan dua lagi kerusi DUN ditawan pada pilihan raya umum.

“Masa perubahan untuk Parlimen Teluk Kemang ini sudah sampai. Bukan sahaja di sini, malah tiga DUN lagi.

“Dan daripada 22 DUN yang dipegang, kita mahu 24 DUN ke atas pada PRU14,” katanya lagi.

DALAM PAKATAN SUDAH MULA RAGUI KEMAMPUAN PPBM

Image
Kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seolah-olah diragui rakan komponennya dalam pakatan pembangkang berikutan sikap enggan bertolak ansur berhubung pengagihan 56 kerusi DUN di negeri ini.

Penganalisa politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata selain perebutan kuasa sesama sendiri, PKR juga memang tidak yakin dengan kemampuan PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

“Ini kerana mereka adalah parti baharu yang tiada rekod kejayaan, malah tiada jentera pilihan raya dan ahli akar umbi yang kuat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kamarul juga setuju ada perselisihan faham antara PPBM dan PAN untuk mendapatkan kerusi di negeri yang didominasi DAP, khususnya di Pulau Pinang, Selangor, Perak serta Negeri Sembilan.

“Ini kerana kerusi yang boleh diberika…

PAKATAN HARAPAN TERSALAH PILIH DR MAHATHIR UNTUK HADAPI PRU-14....KENA TERIMALAH KEKALAHAN

Image
PAKATAN Harapan (PH) telah membuat kesilapan besar apabila menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya berjaya memenangi majoriti PRU-14 nanti.

Kesilapan itu telah menghakis ramai diantaranya. Kekecewaan ini jelas dapat dilihat bukan sahaja daripada luar PH tetapi juga dari dalam ahli PH sendiri.

Ia menyebabkan munculnya kumpulan yang berkempen supaya merosakkan undi ketika PRU-14 nanti.

Walaupun ada pihak yang mencemuh dan mengutuk cadangan tindakan itu tetapi sesuatu yang jelas ialah kumpulan berkenaan tetap berpegang pada prinsipnya, tidak hipokrit, tidak berdolak-dalik dan tidak berlakon walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan hukumnya haram bagi pengundi merosakkan undi.

Namun tinjauan mendapati sokongan terhadap kempen rosakkan undi ini kian bertambah.

Soalannya, kenapakah ramai yang menyokongnya?

Salah satu sebab utama ialah menunjukkan kekecewaan rakyat terhadap senario politik negara ini.

Punca kekecewaan ahli kemp…

Makanan Kuda Mahathir Lagi Mahal Dari Quinoa...Padan Muka Madey Kena Atas Muka BAlik

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menempelak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir yang cuba menjadikan isu soal makanan kesihatannya bijirin Quinoa.

Najib dalam satu program sesi Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu lepas telah berkongsi amalan pemakanan sihatnya yang kurang makan nasi tapi lebih mengamalkan bijirin itu.

Bagaimanapun, Najib kata makanan kesihatannya tidak semahal makanan yang diberikan kepada kuda yang dipelihara oleh Mahathir di Argentina yang berlipat ganda kosnya daripada harga Quinoa.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang cuba mempertahankan kenyataan Mahathir yang mengatakan beliau hanya makan beras biasa dengan membuat perbandingan harga. Harga satu pek 250 gram Quinoa di negara ini adalah RM14.80 dan jika harga 10kg bijirin berkenaan ialah RM591.60, katanya.

Kit Siang kemudian membandingkan harga beras 10 kilogram beras jenis Jasmine Super iaitu RM25.85 sen. Kononnya, Quinoa 23 kali lebih mahal daripada beras yang dimakan …

Kita Jangan Bagi MUka Sangat Kat Madey Ni....Madey Saja Yang Betul Cakap Ptuihhh

Image
Beberapa Hari ni Pakatan Harapan duk kecoh isu PM Najib makan Quinoa, lebih2 lagi Mahathir. Tetapi PM Najib senyap saja tak balas apa2 pun serangan Pakatan Harapan tersebut.

Tiba2 semalam PM Najib bersuara mengenai iau tersebut, memang padu jawapan PM Najib kena terpalit dekat muka Mahathir balik.

Beli Kuda guna wang rakyat, beli makanan kuda pun wang rakyat hasil rompakkan salama 22 tahun.

NAIB KETUA PEMUDA PAN DIPENJARA 8 BULAN

Image
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Naib Ketua Pemuda PAN, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar atas kesalahan menyebut kata-kata menghasut berhubung tuntutan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu siri protes jalanan, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas menolak rayuan Mohd. Fakhrulrazi, 40, yang tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos 2016.

Mahkamah turut menolak rayuan silang berkaitan hukuman yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Asyraf Zubir.

Beliau dalam penghakimannya berkata, keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu adalah selamat dikekalkan dan hukuman yang dijatuhkan adalah memadai dan tidak terlampau berat.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Mohd. Fakhrulrazi, yang juga penceramah bebas sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan selesai dan mengekalkan wan…

PATI monopoli perniagaan...Ini Salah Orang Kita Sendiri Nak UNtung Atas Angin

Image
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Jabatan Imigresen mengesan terdapat segelintir warga asing yang dahulunya memonopoli industri pembinaan serta perkila­ngan sebagai buruh kasar kini telah beralih kepada sektor perniagaan sekali gus menyalahgunakan permit pekerjaan.

Ketua Pengarahnya,­ Datuk Seri Mustafar Ali berkata, lebih 8,903 warga asing diberkas menerusi Op Mega 2.0 bermula awal tahun ini sehingga semalam yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjalankan perniagaan yang me­nyalahi udang-undang.

Menurut beliau, pihaknya mendapati premis yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya diberikan kepada penduduk tempatan tetapi sikap mereka mencari keuntungan segera telah menyewakan kepada warga asing untuk membuka perniagaan.

“Ini merupakan satu kesalahan apabila permit pekerjaan yang diberi telah disalah guna manakala warga tempatan juga cuba mengaut keuntungan menerima komisen dengan menyewakan premis mereka. Contohnya, minggu lalu kita menahan ramai warga asing yang menye…

Makanan Kuda Pemimpin Pakatan Lebih Mahal Dari Bijirin ‘Quinoa’

Image
Apa juga jadahnya dengan pembangkang ini sehingga bijirin yang dimakan oleh Dato’ Seri Najib pun mereka menjadikan isu kononnya ianya adalah bijirin yang termahal berbandingkan dengan beras.

Nasib baik dibandingkan dengan beras jika dibandingkan dengan Intan berlian lagi haru rupanya penyakit pemikiran puak pembangkang ini.

Lim Kit Siang sudah kembali dan pulih dari penyakitnya maka dia mula kembali membuat provokasi terhadap lawan politiknya, tidak mengira apa topiknya asal boleh mendatangkan kecelaruan pemikiran rakyat maka itulah sumber bahan politiknya ada kalanya dilihat seperti hilang akal sahaja tindakan Kit Siang ini.

Itu sebabnya Kit Siang cukup tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengujudkan akta undang-undang baru untuk membendung berita palsu dan dengan sinis menyindir bahawa ianya tidak akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional. Seolah-olah mewujudkan akta berita palsu adalah bagi membolehkan kemenangan PRU 14 memihak kepada kerajaan Barisan…

“Rasa Nak Cium Tangan TPM” – Mat Dan

Image
KUALA NERUS: "Jantung saya berdebar-debar sangat sampai nak gugur rasanya bila Timbalan Perdana Menteri panggil nama saya atas pentas secara spontan,” kata selebriti yang fasih berbahasa Melayu loghat Terengganu yang lebih dikenali dengan nama 'Mat Dan'.

Itu reaksi pertama Mat Dan atau nama Islamnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah sejurus Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kelulusan permohonannya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia ketika merasmikan Ekspo Terengganu 2018 di sini, Isnin.

"Saya memang terkejut dan malu sangat sebab semua orang dalam majlis tu tumpu pada saya. Walaupun saya memang terlibat dalam bidang penyiaran, tapi perasaan malu tu tetap ada... perasaan jadi lain macam.

"Memang saya pun tidak menyangka bahawa TPM sendiri yang akan umum perkara tersebut. Paling saya tak sangka beliau akan panggil naik atas pentas dan umum perkara tu... lepas salam tu saya terus lari sebab malu," katanya pada pemberita sejurus pengumuman ber…

Sakit Belakang Memang Kena Pakai 'Neck Collar' Ya DS @AzminAli?

Image
Beberapa hari lepas, Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali dilaporkan terpaksa berehat daripada tugasan rasmi bagi menjalani rawatan fisioterapi, selepas mengadu sakit di bahagian tulang belakang minggu lalu.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata DS Azmin Ali disahkan mengalami 'annualar tear of spinal disc' yang menyebabkan tulang belakangnya terasa sakit dan diarahkan untuk menjalani rawatan fisioterapi. Hari ini, kalau dilihat dari laman sosial Twitter beliau, DS Azmin Ali telah kembali bertugas.

Aku bukan doktor. Tak tahu pulak sakit tulang belakang kena pakai 'neck collor'. Mungkin DS Azmin Ali penyakit pun sama dengan idolanya, Anwar Ibrahim yang suatu ketika dahulu turut memakai 'neck collor' kerana 'slip disc'. Cumanya, setakat ini Azmin Ali belum kena suntikan racun arsenik.

Seks Sesama Jantina Tidak Haram – Dr Siti Musdah...Bangang Betul Lah

Image
DAJAL datang dalam bermacam-macam bentuk. Salah satunya dalam rupa manusia yang menyesatkan orang Islam dengan menafsir Al Quran secara salah bagi menghalalkan dosa-dosa besar mereka.

Orang-orang yang begini menjadi kesukaan pakatan pembangkang memandangkan mereka sinonim dengan anti Melayu dan anti Islam. Menurut sumber, fatwa di Pulau Pinang pun perlu melalui kelulusan pakatan sedangkan parti ini dilihat secara bersiri menghina agama Allah s.w.t.

Tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Begitu senang dia cuba memesongkan akidah.

Kononnya prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi. Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. I…

FAEKAH CABAR AZMIN DEDAH DOKUMEN ‘RUNDINGAN TEPI’ SKANDAL IJOK

Image
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kembali bertugas hari ini dicabar agar mendedahkan segala butir dokumen ‘rundingan tepi’ dalam skandal tanah di Ijok jika benar ia bersifat menang-menang dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Pegawai Khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, tiada makna kerajaan negeri mendakwa ia perjanjian menang-menang atau guna istilah ‘syarikat

berwibawa’ mahu pun ‘formula global’ tanpa disokong dengan pendedahan butir dokumen.

“Sungguh panjang lebar (jawapan), terbelit sampai nak terkeliat tulang belakang memberi penerangan, atau lebih tepat mahu menegak benang yang basah sehingga nama Tan Sri Khalid disebut sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali.

“Lucu kerana ia menggambarkan betapa rendahnya tahap keyakinan sendiri sehingga berhempas pulas cuba menyakinkan diri mereka dan juga rakyat bahawa mereka ‘lebih pandai’ berbanding Tan Sri Khalid.

“Malang sekali di sebalik kenyataan berjela-jela dan serangan terhadap bekas Menteri Besa…

Umat Islam Wajib Pertahan Kedudukan Agama

Image
KUALA LUMPUR – “Rasulullah S.A.W menerima konsep Tahaluf (bekerjasama) dengan pihak lain dalam menentang kezaliman tanpa meninggalkan perkara prinsip aqidah Islam, sempadan syariat dan akhlaknya,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut beliau, konsep Tahaluf dengan pihak lain bagaimanapun diharamkan dan dibatalkan apabila pihak terlibat tidak lagi menghormati perkara asas tersebut, melakukan perkara maksiat atau tindakan mencetuskan permusuhan dan mengundang apa sahaja keburukan.

Justeru, katanya, ahli PAS hendaklah berpegang teguh dan istiqamah kepada Perlembagaan PAS yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi dan mentafsirkannya dalam amalan politik semasa dengan teguh dan istiqamah, tanpa hanyut atau sesat daripada dasar dan matlamat Islamnya.

“Keputusan telah dibuat juga dengan membatalkan Tahaluf bersama Pakatan Rakyat berdasarkan hukum Syariat. Kini diperkenalkan pula konsep Ta’awun yang lebih terbuka dan tidak terikat dengan syarat-syarat yang…

Mat Dan Terima Kejutan Dari TPM

Image
KUALA NERUS – Jejaka Inggeris yang fasih berbahasa dialek Terengganu, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali Mat Dan, hari ini menerima kejutan selepas Timbalan Perdana Menteri meluluskan statusnya sebagai Penduduk Tetap (PR) negara ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Ekspo Terengganu di Kompleks Sukan Negeri di sini, petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan rasa gembira terhadap kemajuan dan pembangunan yang terus dinikmati Terengganu, termasuk kejayaan memasarkan menu tradisional nasi dagang dan keropok lekor ke luar negara.

“Malah, kita juga ada ikon yang sudah terkenal di Terengganu, Mat Dan. Saya sudah luluskan Mat Dan jadi Penduduk Tetap Malaysia. Hebat Terengganu! ,” katanya.

Pengumuman Ahmad Zahid itu turut mendapat sorakan lebih 40,000 hadirin pada majlis berkenaan.

Beliau turut berseloroh memberi peringatan kepada Mat Dan supaya tidak ‘membuka cawangan’ dan setia dengan ister…

Taktik Meraih Simpati Sudah Sebati Dalam Dunia Politik Pembangkang Malaysia.

Image

Penyokong Bakar Bendera PPBM, Tak Tahan 'Kena Main' Dengan PKR

Image
DIKHABARKAN baru-baru ini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di peringkat akar umbi telah menzahirkan kemarahan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan (PH) khususnya. Penyokong PPBM Felda Lubuk Merbau dikatakan hilang sabar apabila mendapat tahu partinya tidak dibenarkan bertanding di DUN Pedu yang mana sebelum ini mereka diberitahu PPBM akan bertanding di situ. Bagaimanapun kerusi berkenaan telah diberikan kepada PKR.

Biarpun sedar, lokaliti Felda Lubuk Merbau merupakan kawasan putih untuk UMNO-BN, tetapi gambaran-gambaran yang diberikan sebelum ini ialah, semua kerusi UMNO-BN terutamanya di Kedah akan beralih kepada PPBM dengan mudah.

Tetapi apa yang berlaku ialah, PKR telah merampas peluang PPBM itu. Ini menyebabkan ahli-ahli PPBM Lubuk Merbau berasa sangat kecewa setelah mereka berhempas-pulas dan bersusah payah demi parti, tetapi yang akhirnya mendapat laba adalah PKR, parti yang langsung tidak bekerja di Kedah apatah lagi di Lubuk Merbau.

Kekecewaan itu dizahirkan denga…

Mahathir Gembira Bendera DAP Dalam Kampung Melayu...Apa Sudah Jadi Dengan Madey Ni?

Image
KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada dua penyokong pembangkang di Johor kerana memasang bendera DAP dalam kampung Melayu di negeri itu.
Mahathir malah memuat naik kenyataan salah seorang penyokong pembangkang terbabit, Azif Ishak yang menetap di Kampung Datuk Sulaiman Menteri (KDSM) di Johor bagi menunjukkan sokongannya di laman Facebook seperti berikut:

“Walaupun kami ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan tidak ada calon PPBM di sini, kami tidak kisah menganjurkan program untuk parti komponen. Tidak pernah sebelum ini anda dapat lihat bendera DAP dalam kampung 100 peratus orang Melayu.”

Mahathir menyertai menubuhkan PPBM selepas bertindak keluar daripada UMNO kerana usahanya untuk mengulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal.

Beliau kemudian berjaya dipancing oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai gabungan parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Mahathir kemudian…

Kapal selam TLDM bertaraf dunia

Image
SEPANGGAR - "Dalam tempoh sembilan tahun sahaja, Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini setanding negara lain yang lebih lama memiliki angkatan kapal selam," kata Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Malah, beliau berkata keupayaan TLDM dalam pengoperasian dan penyenggaraan kapal selam dalam tempoh dianggap singkat berjaya melenyapkan keraguan negara lain, yang lebih ke depan dalam pengurusan kapal selam, terhadap angkatan itu.

“TLDM berjaya mengurangkan kos kerajaan sebanyak 75 peratus dalam melatih anggota kapal selam di dalam negara kita sendiri berbanding di Perancis sembilan tahun lalu.

“Selain itu, kita berjaya melaksanakan kerja penyenggaraan kapal selam, yang sebelum ini tidak diyakini oleh Perancis,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Panglima Angkatan Kapal Selam di Markas Pemerintahan Kapal Selam di sini, hari ini.

Ahmad Kamarulzaman berkata latihan kumpulan pertama Angkatan Kapal Selam dijalan…

Robert Kuok nafi cuba jatuhkan kerajaan BN....Sudah Takut Apek Ni...?

Image
KUALA LUMPUR: Jutawan tanah air, Tan Sri Robert Kuok menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menyalurkan dana kepada parti pembangkang iaitu DAP.

Kuok bertegas menafikan dakwaan tiga artikel yang disiarkan menerusi blog Malaysia Today iaitu Pembiayaan Sulit Malaysia Insight dan Robert Kuok mahu Cina memerintah di Malaysia pada 21 Februari serta Peluang terakhir Robert Kuok untuk menukar kerajaan pada 23 Februari.

“Kuok masih mempunyai semangat dan jati diri sebagai seorang warganegara dan tidak akan pernah melupakan jasa pemimpin terdahulu yang banyak membantunya sehingga berjaya,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini.

Menurut siaran akhbar itu, Kuok menafikan bahawa beliau telah menaja dan membiayai portal The Malaysian Insight dan pakatan pembangkang dengan tujuan menggulingkan kerajaan BN ketika ini.

Belum PRU, PKR Yakin PH Kalah!

Image
Sembang punya sembang, belum PRU sendiri dah mengaku kalah. PKR sendiri ‘yakin PH tidak akan menang’. Kalau yakin tak akan menang, maksudnya mengaku kalah la kan.

Statement tu dari mulut Ahli Majlis Pimpinan PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar. Bukannya orang luar. Sebab takut kalau ada pertembungan tiga penjuru, awal-awal lagi dah angkat bendera putih.

Lepas ni macai leh la tuduh ‘dedak sistematik’ dah merebak ke pucuk pimpinan PKR. Ke macai dah penat melalak.

Lately nampak senyap je. GST Singapura naik 9% tak bising. Ada cakap bilionair ‘derma’ kat tabung PPBM pun tak bising. Semalam minyak turun lagi. Turun 6 sen. Macai dan kiasu senyap je. Ke ‘dedak’ dah habis?

Selain kerusi, Pakatan pun sibuk rebut jawatan

Image
Pakatan dah tak ada kerja lain melainkan sibuk berebut kerusi untuk PRU14 dan sibuk pilih siapa nak jadi PM dan TPM. Kata PM Najib Razak, senario perebutan ni akan berterusan 2-3 tahun sebelum mereka berkhidmat kepada rakyat.

PM kata Tun M tak mungkin serah jawatan PM kepada Anwar sebab dia sendiri pernah kata orang yang bermasalah moral tak boleh jadi PM.

“Dr Mahathir juga pernah mengatakan yang Anwar sudah terlalu tua untuk memimpin negara dan pastinya PKR akan memberontak sekiranya beliau memilih untuk membolot kuasa,” kata Najib.

Begitu juga kalau Tun M ‘rela hati’ serah jawatan PM kepada Anwar – itu dah jadi nepotisme paling kritikal yang diamalkan PKR.

Sebenarnya rakyat pun muak nak tengok drama rebut kerusi, serah kuasa, drama keluarga dalam tempoh 5 tahun lepas PRU14. Tapi, kerja untuk rakyat satu pun tak ada mereka buat.