Antara quinoa dan kuda…Dr Mahathir boleh kira sendiri
(Ini adalah gambar Tun Dr Mahathir berada di Argentina untuk hobi tunggang kuda yang pernah disiar dalam media di Amerika Selatan pada Februari,2016)
‘Melayu mudah lupa’ adalah kata-kata yang dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.Sebenarnya terlalu banyak yang beliau sendiri sudah lupa dalam kegairahan buat U-Turn bila terjun dalam kolam pembangkang.
Terbaru…beliau terlupa mengenai dirinya bila tibai untuk gambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermewah-mewah semata-mata kerana pengakuan ada makan bijirin quinoa untuk jaga kesihatan.
Untuk sertai mainan pembangkang spin pasal makan itu,bekas Perdana Menteri itu kata beliau cuma makan nasi dan bukan quinoa.
Dalam konteks ini beliau terlupa pada kata-kata cakap siang pandang-pandang…cakap malam dengar-dengar.
Jadi kenalah terima dengan hati terbuka bila Najib smash balik beliau sakan dalam ucapan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Port Dickson pada Isnin semalam.
Kata Perdana Menteri di depan ribuan orang pada majlis itu bagi makan kuda lebih mahal berbanding quinoa.
Beliau menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah tidak ada isu untuk dibangkitkan sehingga menimbulkan isu quinoa yang menjadi sumber diet beliau.
“Makanan ini ubat macam kita makan madu, vitamin. Tapi nasi lemak, nasi Vanggey pun saya makan.
“(Dr) Mahathir cakap quinoa, tapi saya tidak (beri) makan kuda,” katanya.
Najib menjelaskan tidak timbul soal beliau mengambil quinoa sebagai sumber makanan kerana ia cuma makanan tambahan yang diambil sebagaimana vitamin dan madu dalam kalangan rakyat negara ini.
Perdana Menteri kata hobi Mahathir yang memelihara kuda lebih tinggi kosnya daripada quinoa yang diambil beliau.
“Makan kuda lebih mahal dari makan manusia. Saya ingat sebulan makan kuda, tiga tahun makan quinoa. Beri makan kuda lebih mahal dari makan quinoa. Berapa ekor dia (Mahathir) ada, tanya dia.
“Lepas itu dia bercuti di Argentina pulak main kuda. Apa yang mahal sangat quinoa tu, apalah nak jadi isu,” katanya.
Untuk rekod kalau selak balik satu interbiu dengan CNN di Indonesia pada 2016 ,Dr Mahathir mengakui beliau memiliki 40 ekor kuda.
Jadi cuba kira berapa banyak perlu belanja untuk bagi makan 40 ekor kuda selain keperluan kandang dan upah orang menjaga.
Rasanya Dr Mahathir boleh kira sendiri jumlah perbelanjaan itu tanpa bantuan budak-budak pakatan pembangkang.
Juga beliau kerap ke Argentina untuk menunggang kuda.
Berapa agak kos untuk naik jet peribadi ke sana segala macam.
Malah ada akhbar di Amerika Selatan itu yang siar berita dan gambar bekas Perdana Menteri itu berada di Las Lenas di Wilayah Mendoza, Argentina.

Comments