Posts

Showing posts from March, 2018

Hanipa atau calon PH akan diajar pengundi Sepang

Image
Sama ada Hanipa Maidin atau sesiapa sahaja mewakili PAN pada PRU 14, mereka pasti akan diajar oleh pengundi-pengundi  Parlimen Sepang.

Ini gara-gara bebiadapan dan celuparan Hanipa  ketika membahaskan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 pada di Parlimen Khamis lalu apabila menyebut ‘ Kalau saya Tuhan’.

Ketua Pemuda PAS Sepang, Mohd Nazwan Saidi berkata, dengan sikap  sedemikian, Hanipa atau sesiapa sahaja dicalonkan mewakili PH di kerusi parlimen itu pastinya akan diajar secukup-cukupnya oleh pengundi Sepang dengan tidak memberikan undi dalam PRU nanti.

Katanya, kebiadapan dan keceluparan Hanipa bukan sahaja memberikan imej tidak baik kepada kemuliaan Institusi Parlimen Malaysia, tetapi telah  menghina Allah S.W.T dan agama Islam.

“Dengan sikap itu, saya mewakili Pemuda PAS Sepang dan percaya seluruh anak muda Sepang berasa amat kesal dengan beliau yang sepatutnya menunjukkan sikap yang lebih profesional dan beretika sebagai seorang pemimpin Islam,” katanya seperti dilapo…

PORTAL PRO PEMBANGKANG KANTOI ‘PETIK’ CERITA BAKAL CALON MB SELANGOR

Image
ALAHAI… Tuan punya diri langsung tidak tahu menahu tetapi portal berita pro-Pakatan Harapan ini sengaja buat cerita yang sebenarnya mahu cetus perpecahan dalam kem Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun tindakan Malaysiakini yang menyiarkan berita spekulasi konon Isham Jalil bakal dicalonkan sebagai calon menteri besar Selangor jika menang BN menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ternyata memakan diri.

Ia disahkan Isham ketika ditemui AgendaDaily pada forum bertajuk PRU-14: Kenapa BN? yang dianjurkan portal MyKmu.net baru-baru ini menafikan khabar angin tersebut malahan terkejut dengan berita yang didengarnya itu.

“Sebenarnya, ini spekulasi media terbabit. Saya pun tidak tahu menahu. Pada hari itu (berita disiarkan), isteri saya pun kebetulan ada di rumah, kami semua berasa terkejut. Apa ni motif Malaysiakini ‘lambung’ nama saya pula?

“Saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri, sebagai pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tidak terlibat langsung dengan isu pemilihan calon dan saya…

“HANIPA MAIDIN KELUAR KATA KUFUR, BOLEH GUGUR AKIDAH” – ASWAJA

Image
“Tolong Jangan cakap pasal agamalah. Telinga saya dengar ni gelilah… geli.”
Itu kenyataan pemimpin Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian apabila dinasihatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak bersikap bongkak dan takbur yang dilarang Islam.

Hanifa tanpa menghiraukan nasihat itu malah berkata: “Kalau saya Tuhan. Saya tak jadikan kamu. Dah lama saya hapuskan.”

Kenyataan Hanifa itu mendapat perhatian wakil rakyat PAS, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali yang bangun menegurnya.

Mohd. Khairuddin menjelaskan kenyataan Hanifa kalau beliau Tuhan itu boleh merosakkan akidah seseorang umat Islam.

Hanifa menyindir Mohd. Khairuddin yang juga ahli majlis dewan ulama PAS sebagai penunggang agama dan manusia bodoh.

Perang mulut antara wakil rakyat Pakatan Harapan dan PAS mengenai akidah Islam itu berterusan selama beberapa minit.

Kekecohan di Dewan Rakyat itu turut mendapat perhatian Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Ja…

Maria Chin yang tidak ‘bersih’....Lagi Nak Memperbodohkan rakyat Malaysia Lagi

Image
Bekas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sah bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah tiket PKR. Cuma kawasannya masih belum ditentukan, dan soal kemasukannya ke dalam PKR hanya akan dibincangkan selepas PRU.

Maria berkata, sebab utama beliau mahu bertanding adalah untuk memperjuangkan agenda reformasi yang dibawa Bersih, dan berharap agenda ini menguntungkan rakyat.

Dalam pada itu, Bersih, yang kini diketuai Jawatankuasa pemandu, dalam satu kenyataan berkata ia akan terus berjuang menuntut pilihan raya yang adil terutamanya pada PRU ke-14 akan datang.

Ertinya, sistem pilihan raya di negara ini masih belum mencapai tahap yang bersih sebagaimana dituntut oleh NGO ini, termasuk bekas pengerusinya Maria Chin.

Persoalannya, apakah logiknya Maria masuk bertanding sekarang di dalam gelanggang yang tidak rata, dengan pengadil yang berat sebelah memihak kepada parti pemerintah, seperti yang didakwanya?

Mestikah Maria Chin khasnya, atau Pakatan Harapan umumnya, diberikan …

PM tibai manifesto Pakatan di himpunan bersama 14,000 usahawan bumiputra...

Image
Mungkin ramai tidak sedar.Kalau begini halnya apa sangat yang kaum bumiputra boleh harap hendak bergantung nasib pada pakatan pembangkang.

Senang cakap lu fikirlah sendiri.Jadi kena faham-fahamlah mengapa pakatan pembangkang tidak boleh cakap banyak pasal agenda bumiputra.Cuba tengok siapa ‘ tauke besar’ yang pegang majoriti undi dan kuasa politik mereka.

Ada berani PPBM,PKR dan PAN nak jolok DAP?

Sikap pakatan pembangkang terhadap agenda bumiputra ini telah disentuh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan beliau di depan 14,000 usahawan bumiputra dari seluruh negara yang berhimpun di Stadium Xiata Bukit Jalil petang Jumaat.

Perdana Menteri yang teruja melihat kehadiran begitu ramai usahawan di himpunan itu memberitahu ini adalah hasil penelitian terhadap manifesto pakatan itu.

“Saya telah meneliti manifesto pihak di sebelah sana. Manifesto mereka ini, mengandungi 60 janji, ENAM PULUH JANJI.TETAPI, hanya SATU janji yang menyebut perkataan ‘ekonomi Bumiputera’. Janji nombor 30.

“Saya …

HANIPA MAIDIN LANGGAR GARISAN SEMPADAN

Image
Jika kita melihat dan meneliti siaran langsung perbahasan Parlimen petang semalam, Hanipa Maidin dalam satu pertelingkahan dengan Ahli Parlimen Baling, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan :

“Kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu. Sebab saya tak tuhan, maka tuhan jadikan kamu.”

Ungkapan ini memberikan makna seperti Hanipa Maidin lebih bijak daripada tuhan yang telah menciptakan seseorang itu yang dikatanya menyusahkan orang.

Kenyataan melampau ini sudah melanggar garis sempadan atas akibat terlalu taksubnya dengan politik kepartian meskipun telah diberikan teguran yang baik dari rakan-rakan parti komponen yang lain namun beliau tetap menunjukkan singkap bongkak dan enggan mendengar nasihat. Bahkan lebih teruk lagi beliau terus mempertikaikan isu peribadi orang lain tanpa ada sikap rendah diri untuk mendengar nasihat yang jelas ada kebenaranya. Apa sahaja teguran yang sampai kepada beliau, beliau terus membalas den…

“MAHATHIR JANGAN BUAT-BUAT LUPA”

Image
Pindaan Akta Pertubuhan 1966 selepas krisis UMNO 1988 bagi memasukkan peruntukan Seksyen 18 (C) adalah bukti kukuh campur tangan kerajaan pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu dalam urusan undang-undang berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Peruntukan yang menghalang hal dalam parti daripada dirujuk ke mahkamah itu secara langsung mematahkan hujah terkini bakal Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP yang menyatakan peranan ROS ketika era pemerintahannya adalah bebas tanpa dihalang kerajaan.

Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin menjelaskan bahawa, seksyen berkenaan juga secara jelas mencerminkan betapa terdesaknya Presiden UMNO ketika itu dalam mempertahankan kedudukannya.

“Pindaan kepada Akta Pertubuhan itu secara jelas menunjukkan bahawa Dr. Mahathir campur tangan dalam urusan ROS selepas krisis UMNO 1988.

“Jadi kalau hari ini Dr. Mahathir berkata, ROS pada zamannya adalah bebas berbanding sekarang, itu tidak …

SIAPA ‘MAIN KECOH’, SPR ATAU MAHATHIR?

Image
MALAM tadi, dalam ceramahnya di Guar Cempedak, Kedah, Tun Dr. Mahathir Mohamad mula memfokuskan serangannya terhadap proses pilihan raya.

Kununnya beliau boleh jadi balik Perdana Menteri pada usia 93 tahun menerusi Pakatan Harapan diketuai DAP jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ‘main kecoh’.

Kecoh kata orang Aloq Setaq bermaksud main tipu. Tapi siapa sebenarnya cuba main kecoh sekarang? Dalam bola sepak pun pengadil hanya dijadikan kambing hitam bila kalah. Tapi ini belum pun sepak mula, pengadil (SPR) dah dipersalahkan.

Siap berfantasi konon peti undi kena sorok dan macam-macam lagi tuduhan yang sudah pun dinafikan SPR berulang-ulang kali. Memang cakap Tun pun dah bunyi Datuk S. Ambiga.

Paling tak tahan, ‘kununnya’ pembentangan kajian persempdanan semula kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat kelmarin tidak dilakukan secara demokrasi termasuk soal ruang berbahas tidak diberi dengan cukup.

Kata Tun, perkara tersebut sangat sangat penting. Tapi jangan lupa, masa kali terakhir per…

Aishah Bengang Dituduh Kembali Sertai UMNO....Tak Ada Apa Apa Pun Masuk UMNO Habiskan Beras Ajer

Image
Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah bengang apabila mengetahui ada Individu yang menggunakan namanya menfitnah demi kepentingan politik.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang dengan menfailkan saman kepada individu ini jika terus menfitnah.

“Banyak duit agaknya mamat ni suka suki je buat statement palsu…Awal tahun lagi dah ada sykt cari pasal buat testimoni palsu kena bayar ganti rugi…mungkinkah mamat ni akan jadi pihak kedua yg kena keruk dalam2 poketnya utk bayar pampasan…..

Aishah menyifatkan berita palsu ini boleh menjejaskan reputasinya dan akan mengambil tindakan susulan selagi individu ini tidak membuat apa-apa kenyataan untuk membetulkan kenyataan palsunya.

Isu Tanah Ijok : Azmin Jangan Ugut SPRM Dan Alih Isu Sebagai Alasan

Image
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, Menteri Besar Selangor Datuk Sri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mengugut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan niat mengalih isu berkaitan tanah di Ijok.

Jelas beliau, adakah Azmin berasa tertekan sehingga mengeluarkan kenyataan amaran terhadap Ketua Pusuruhjaya SPRM.

“Berdasarkan berita di laman-laman sesawang menyatakan Azmin memberi amaran supaya jangan cuba mengugutnya berkait tanah Ijok tapi sebenarnya siapa yang ugut siapa?

“SPRM hanya menjalankan tugas dan sepatutnya sebagai Menteri Besar, beliau tidah harus melatah dan jika tidak ada apa-apa yang hendak diselindungkan, berikan sahaja kerjasama. Janganlah sekadar alih isu dan menambahkan lagi kekeliruan terhadap rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tambah Irmohizam, Azmin juga tidak perlu melaga-lagakan pemimpin UMNO serta menuduh UMNO pula yang mahu mengelirukan rakyat berkaitan is…

2 Tan Sri tak laku nampaknya panas punggung, tak tidur lena apabila kena attack dengan hujah berfakta.

Image
Ketaksuban mereka kepada pemimpin diktator nampaknya tidak boleh dinafikan. Mereka bagai kembali kepada usia kanak-kanak, merengek-rengek meminta susu selepas sekian lama berlapar. Mereka juga barangkali lupa bahawa sekarang adalah tahun 2018, bukannya tahun 1981 saat Mahathir mula menjadi Perdana Menteri.

Mereka yang dimaksudkan sudah tentulah Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Kelmarin, Suara Lensa ada menyiarkan artikel bertajuk : 5 soalan TSAM kepada Rais Yatim dan Rafidah Aziz, "di mana kalian"
Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2018/03/5-soalan-tsam-kepada-rais-yatim-dan.html

Bagai cacing dalam kepanasan, Rais dan Rafidah menggeletik merayu bantuan.

Belum habis menggeletik, semalam Annuar sekali lagi balun Rais dan Rafidah. Balun bukan sebarang balun, balun bersandarkan kepada fakta dan realiti. Balun yang bukan emosi seperti Rais dan Rafidah.

Berikut merupakan catatan Annuar buat dua sahabatnya, Rais dan Rafidah :

Catatan buat sahabat saya, TAN SRI RAIS…

ANGGAP DIRI TUHAN & CAKAP TIDAK SEMBAH TUHAN, PEMBANGKANG SUDAH HILANG PEGANGAN AGAMA

Image
Pembangkang di Malaysia sudah terdesak sangat. Mereka gunakan hujah yang melampaui syariat agama. Seolah sudah tiada lagi pegangan agama bila berhujah.

Dalam dunia ini, hanya Firaun dan Namrud sahaja yang anggap dirinya sebagai Tuhan. Keturunan Namrud dan Firaun yang mengakui dirinya sebagai Tuhan ini memang tergolong dalam kumpulan New World Order yang mahu merosakkan dunia pada hari ini.

Hari ini pembangkang di Malaysia seolah oleh sudah mewarisi sikap sombong dan angkuh Namrud dan Firaun ini. Umpamakan diri sebagai Tuhan dan cakap orang tidak sembah Tuhan.

“Kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu (Abdul Azeez). Sebab saya tak tuhan, tuhan jadikan juga orang macam kamu,” kata Ahli Parlimen PAN Sepang, Hanipa Maidin di parlimen semalam.

Bekas sahabat Hanipa, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus turut menegur ayat “kalau saya Tuhan” yang digunapakai oleh Hanipa Maidin. Ujarnya tidak manis …

KERANA GILA KUASA, MAHATHIR & KIT SIANG JADI TIDAK MALU

Image
Dua hari lepas seorang warga emas berusia 77 tahun yang terlupa dia dilahirkan di mana, membuat kacau dalam Dewan Rakyat. Kemudian, Speaker Dewan Rakyat bertindaklah menggantung warga emas 77 tahun itu selama 6 bulan.

Namun semalam, warga emas itu muncul lagi di Parlimen. Membuat kacau dan cuba untuk membuat celahan. Kemunculan warga emas itu di Parlimen semalam dianggap sebagai “hantu” sahaja oleh warga dewan.

Tidak malu sungguh, usia sudah 77 tahun tetapi masih lagi buat perangai langgar peraturan dan berpenyakit tidak faham bahasa. Memalukan sungguh.

Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) dan Sivakumar Varatharaju Naidu (Batu Gajah) telah digantung selama 10 hari oleh Parlimen pada Isnin selepas bersalah menghina institusi parlimen. Ketiga tiga orang ini tidak masuk ke Dewan Rakyat, mereka faham bahasa.

Namun warga emas yang bernama Kit Siang ini masuk juga ke Dewan Rakyat semalam biarpun digantung selama 6 bulan mengikut Peraturan 44(3) Peraturan Mesyuarat Parlimen b…

Azmin... wajah diktator masa depan

Image
Rakyat Malaysia sepatutnya sudah serik hidup di bawah rejim kuku besi dan tertutup selama 22 tahun. Bukan tugas mudah untuk memaksa Tun Mahathir Muhamad berundur.

Bukan sahaja parti-parti-parti pembangkang, aktivis masyarakat dan ahli akademik sahaja yang menjadi mangsa beliau, bahkan UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN) juga tercalit sama sehingga terpaksa menanggung bebannya sehingga ke hari ini.

Kini rakyat Malaysia harus lebih berhati-hati. Diktator tidak cuma seorang dan tiada jaminan bahawa tidak lahirnya diktator yang baharu. Sosok diktator itu pula tidak semestinya lahir hanya daripada UMNO atau BN sahaja, tetapi diktator juga lahir daripada parti pembangkang juga.

Dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin, kita sudah dapat lihat bayang-bayang kediktatoran itu. Sikap angkuh dan tidak menghormati peraturan adalah antara ciri-ciri diktator baharu yang bakal lahir.

Paling jelas wujudnya sikap keras dan kuku besi itu ada pada MB Selangor yang juga ahli parlimen Gombak, Azmin Ali. Beliau telah…

“Bukan Saya Buat Video, Itu Sarcasm Je”

Image
RAKAMAN video hantu kebaya merah masih lagi hangat diperdebatkan, maklumlah isu ini sudah menjadi tular sehingga semua golongan umur turut mahu menyampaikan pendapat mereka berkenaan isu ini.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, satu screenshot yang tersebar dari aplikasi WhatsApp menyaksikan seorang individu mengaku bertanggungjawab menghasilkan video tersebut bersama rakan-rakannya.

Individu tersebut yang nombornya tersebar selepas paparan skrin dari WhasApp komuniti ‘Taman Bunga Raya Official’ itu tidak menutupi nombor telefonnya menyebabkan dia tidak henti-henti dihubungi orang ramai.
Memetik laporan mStar Online, individu berkenaan yang bernama Nazrul Hisham Abdul Manaf berkata, mereka yang menghubunginya kebanyakannya mahu bertanyakan kesahihan kejadian itu.

Bagaimanapun, Nazrul menafikan dia terlibat dalam penyebaran video tular itu dan hanya bertindak menulis kenyataan itu bagi menyindir orang ramai yang didakwa mudah percaya dengan apa sahaja yang dipaparkan di media sosial.

CERAMAH MAHATHIR PENUH DENGAN PEMBOHONGAN, TUDUHAN LIAR

Image
Seperti biasa, ceramah politik oleh kepemimpinan kanan Pakatan Harapan diketuai DAP di Guar Chempedak malam tadi, dipenuhi dengan pelbagai pembohongan dan cerita-cerita rekaan bagi meraih simpati rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Malah Pengerusi pakatan tersebut yang sepatutnya sudah cukup matang dalam berpolitik, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat tuduhan yang tidak masuk akal seolah-olah cuba menanam rasa tidak percaya rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendakwa peti undi pos akan disorok dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

“Sekarang ini ada undi pos dan ini adalah peluang sekali lagi hendak tipu. Peti undi itu akan disorok dengan undi palsu supaya Najib menang.

“Sebab itu kita nak pengundi keluar mengundi beramai-ramai supaya apabila kami menang dengan banyak, dia tak boleh sumbat undi palsu,” katanya.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba menipu hadirin dengan mendakwa kerajaan Pusat sebagai mel…

NAK CAKAP PASAL MALU? TINDAKAN ‘U-TURN’ MAHATHIR TERHADAP DAP LEBIH MALU!

Image
Walaupun hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menjadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun dilihat bakal meletakkan Malaysia sebagai bahan ketawa dunia, namun satu perkara lagi yang beliau perlu lebih berasa malu adalah berhubung pusingan U semata-mata untuk menjalinkan hubungan dengan DAP.

Bekas pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, jika orang lain pastinya berasa amat malu tetapi lihatlah Dr. Mahathir, dahulu Penasihat DAP, Lim Kit Siang digelarnya rasis, pelampau perkauman tetapi kini mereka ibarat ‘pasangan merpati dua sejoli’.

Bukan itu sahaja, katanya, mereka yang digelar beliau dengan pelbagai gelaran itu juga pun dua kali lima kerana setelah melabel Dr. Mahathir dengan gelaran diktator, ‘maha zalim’ dan ‘maha firaun’ tetapi akhirnya sanggup bersama-sama demi agenda politik masing-masing.

Tambah Kamarul Azman, sifat tidak tahu malu itu juga yang menjadi pendorong kepada Dr. Mahathir untuk terus berusaha meletakkan anak tersayang di tempat yang tidak setar…

5 SOALAN CEPU EMAS KEPADA PAKATAN HARAPAN…

Image
Terdapat beberapa sistem pilihan raya yang diamalkan, namun ‘first past the post’ menjadi kaedah paling popular dengan kira-kira satu pertiga negara di dunia menggunakannya termasuk Malaysia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Menerusi sistem itu, mana-mana parti politik yang berjaya ‘memenangi’ undi popular tidak semestinya dapat membentuk kerajaan dan situasi berkenaan pernah berlaku di UK dan AS tetapi tidak pun dijadikan isu oleh pembangkang di dua negara tersebut.

Namun ini berbeza di Malaysia apabila pemimpin pembangkang tidak boleh menerima hakikat kekalahan dan seterusnya mendesak persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan bagi memberi kelebihan kepada mereka yang meraih undi popular.

Berikut lima soalan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apakah adil senario yang berlaku dalam beberapa pilihan raya di AS, UK dan juga Malaysia:



1) Adilkah Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS)?

—————————…

SIAPA PINDA AKTA ROS DULU? MAHATHIR JANGAN BUAT-BUAT LUPA

Image
Pindaan Akta Pertubuhan 1966 selepas krisis UMNO 1988 bagi memasukkan peruntukan Seksyen 18 (C) adalah bukti kukuh campur tangan kerajaan pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu dalam urusan undang-undang berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Peruntukan yang menghalang hal dalam parti daripada dirujuk ke mahkamah itu secara langsung mematahkan hujah terkini bakal Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP yang menyatakan peranan ROS ketika era pemerintahannya adalah bebas tanpa dihalang kerajaan.

Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin menjelaskan bahawa, seksyen berkenaan juga secara jelas mencerminkan betapa terdesaknya Presiden UMNO ketika itu dalam mempertahankan kedudukannya.

“Pindaan kepada Akta Pertubuhan itu secara jelas menunjukkan bahawa Dr. Mahathir campur tangan dalam urusan ROS selepas krisis UMNO 1988.

“Jadi kalau hari ini Dr. Mahathir berkata, ROS pada zamannya adalah bebas berbanding sekarang, itu tidak …

INILAH PUNCANYA KENAPA RAFIDAH AZIZ BERSIKAP DINGIN TIBA-TIBA…

Image
Kelantangan veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang kerap memberikan pandangan berat sebelah berhubung isu-isu semasa didakwa mempunyai kaitan rapat dengan rasa kecewa dan dendam yang dialaminya bersama seorang individu dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa, sikap dingin yang dipamerkan Rafidah terhadap kerajaan dipercayai berpunca daripada kekalahannya kepada Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

“Mak cik tua (Rafidah) ini me­­royan kuat sangat. Dulu tak dapat bertan­ding, marah, lepas itu kalah dengan Shah­rizat. Lepas ini kita harapkan (Shahrizat) akan jadi menteri balik. Jadi dia tak tahan de­ngan Shah­rizat kerana menjadi ketua lebih baik daripada Rafidah.

“Jadi sekarang ini bila dia dah kalah dengan Shah­rizat memang dia marah. Dendam tak sudah serupa dengan perangai (Tun Dr.) Mahathir,” katanya dalam satu rakaman video yang tular dalam laman sosial, semalam.

Mohamed Nazri menambah, hakikat yang perlu diterima kini ada…

KETUA AMK AMPANG DIPERINTAH BELA DIRI

Image
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah untuk membela diri atas enam pertuduhan memberi pernyataan palsu dan mengemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Februari tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail memutuskan demikian terhadap Adam Rosly, 31, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes pendakwaan.

Pendakwaan dan perbicaraan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Ahmad Akram Gharib manakala Adam Rosly diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Datuk Sulaiman Ismail.

Adam Rosly dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi pernyataan palsu dan empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada SPRM, Februari tahun lalu.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara pukul 9 pagi dan 12.15 tengah…

PENGUKUHAN RINGGIT TANDA PENTADBIRAN NAJIB BERADA DI LANDASAN BETUL

Image
Kenaikan nilai Matawang Ringgit ke paras RM3.86 berbanding Dollar hari ini menunjukkan kematangan dan kecekapan kepimpinan YAB. Perdana Menteri menerajui Kerajaan Barisan Nasional dalam pemerintahan Negara.

Sejak isu 1MDB dan kejatuhan Matawang Ringgit, pelbagai tuduhan fitnah dan hentaman dilemparkan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika itu, matawang Ringgit jatuh ke paras RM4.20. Keadaan panik di dalam negara telah membuatkan pelbagai pihak melemparkan keraguan terhadap YAB. Datuk Seri Najib. Semua tuduhan terhadap kelemahan ini di tujukan kepada Kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan isu kejatuhan matawang bukan hanya tertumpu kepada Malaysia sahaja, malah negara sekeliling kita serta banyak Negara Barat juga mengalami kejatuhan matawang.

Alhamdulillah, kecekapan dan mempunyai pegawai – pegawai pentadbiran yang terbaik, telah mengangkat semula ekonomi Negara keperingkat ini dan disegani di seluruh rantau Asia.

Kini Ringgit Malaysia telah mencecah ke para…

PERSEMPADANAN SEMULA, APA YANG BERUBAH?

Image
Usul kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibahaskan hampir lima jam semalam diluluskan Dewan Rakyat dengan 129 ahli Parlimen bersetuju sementara 80 lagi menentang.

Rang undang-undang yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah dibahaskan oleh 14 Ahli Parlimen, tujuh menyokong kerajaan sementara selebihnya adalah wakil pembangkang.

Kajian persepadanan semula yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 15 September 2016 tersebut melalui proses notis persempadanan, pameran syor, representasi bantahan dan siasatan tempatan kali pertama dan kedua melibatkan 1,685 representasi.

Menerusi laporan persempadanan semula itu menyaksikan tiada penambahan kawasan baharu, sebaliknya terdapat 40 kawasan berubah sempadan pilihan raya membabit 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara negeri yang terlibat dalam persepadanan semula adalah Selangor (14 kawasan), Johor (10), Perak (4), Melaka (4), Negeri Sembilan (3), Ke…

Ekonomi Malaysia Catat Pertumbuhan Melebihi Jangkaan

Image
“Pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2017 melebihi jangkaan kita memandangkan ia meningkat kepada 5.9% dari 4.2% pada 2016”.

Fitch Ratings hari ini menegaskan penilaian ‘A-‘ kita dengan ramalan Stabil. Pelan ekonomi kita telah mendatangkan hasil dan masih menunjukkan kesan yang positif. Kita berada di landasan yang betul!

Tulisan asal oleh:
Datuk Sri Najib Razak, Twitter Mohd Najib Tun Razak, 28 Mac 2018

Video Gelagat Ahli Parlimen Sepang dalam dewan rakyat siang tadi.. Anda nilai sendiri..

Catatan Parlimen: Apa Sudah Jadi dengan YB PAN Sepang.?

1.Bagi sesiapa yang melihat siaran langsung perbahasan Parlimen petang tadi pasti berasa terkejut melihat gelagat Peguam-PAN Sekarang.

Pada asalnya, dia berbalah dengan YB BN-Baling.
Pertengkaran yang tidak berkesudahan itu melarat sehingga YB PAN Sepang mengungkap kata-kata berikut;
"Kalau saya Tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja.
Tapi, sebab saya tak Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah makhluk yang kita kena lawan.
kalau saya Tuhan, dah lama saya tak jadikan kamu, dah lama saya hapuskan"

2. Meremang bulu roma saya tatkala mendengar kata-kata sedemikian dikeluarkan oleh YB ini.
Kata-kata "kalau saya Tuhan" bukannya perkara yang boleh dibuat main-main, senda gurau, ia melibatkan hal akidah.
Mana mungkin kita menyamakan diri sendiri seperti Tuhan.

3. Tatkala Dewan semakin kecoh, YB PAS Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali bangkit men…

KATA RAKYAT SOKONG PAKATAN, KENAPA NGERI DENGAN PERSEMPADANAN SEMULA?

Image
KITA sudah saksikan bagaimana Pakatan Harapan mengelabah ‘biawak’ apabila Perdana Menteri mahu membentangkan laporan persempadanan semula oleh SPR pada 28 Mac 2018 di Dewan Rakyat.

Mereka telah mendesak balaci-balaci untuk keluar membuat ‘kacau’ di Taman Tugu seterusnya berarak ke Bangunan Parlimen seawal jam 9.00 pagi hari berkenaan.

Kononnya mahu melewat-lewatkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berbuat demikian di Dewan Rakyat. Soalnya, kenapa terlalu takut kepada Najib dan persempadanan semula?

Bukankah setiap hari dari subuh membawa ke tengah malam di seluruh negara, Pakatan Harapan
tidak berhenti memberitahu kita bahawa seluruh rakyat sudah bangkit menentang Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tidak henti-henti Pakatan Harapan membayangkan bahawa rakyat sudah tidak sabar untuk membuang undi bagi mengalahkan kepimpinan Najib dan BN di tanah Melayu ini.

Jika benar begitu, kenapa pula Pakatan Harapan amat ‘elergic’ bila mendengar tentang persempadanan semula ini? Kenapa mereka am…