PERSEMPADANAN SEMULA, APA YANG BERUBAH?

Usul kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibahaskan hampir lima jam semalam diluluskan Dewan Rakyat dengan 129 ahli Parlimen bersetuju sementara 80 lagi menentang.

Rang undang-undang yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah dibahaskan oleh 14 Ahli Parlimen, tujuh menyokong kerajaan sementara selebihnya adalah wakil pembangkang.

Kajian persepadanan semula yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 15 September 2016 tersebut melalui proses notis persempadanan, pameran syor, representasi bantahan dan siasatan tempatan kali pertama dan kedua melibatkan 1,685 representasi.

Menerusi laporan persempadanan semula itu menyaksikan tiada penambahan kawasan baharu, sebaliknya terdapat 40 kawasan berubah sempadan pilihan raya membabit 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara negeri yang terlibat dalam persepadanan semula adalah Selangor (14 kawasan), Johor (10), Perak (4), Melaka (4), Negeri Sembilan (3), Kedah (2), Kelantan (2) dan Terengganu (1).

Selangor menjadi negeri tertinggi terlibat dalam persepadanan semula kawasan pilihan raya apabila terdapat lima perubahan di kawasan Parlimen seperti di P.102 Bangi menggantikan Serdang, P.104 Subang (Kelana Jaya), P.105 Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan), P.107 Sungai Buloh (Subang).

Bagi kawasan DUN Selangor pula menyaksikan sembilan perubahan di N.16 Sungai tua menggantikan Batu Caves, N.21 Pandan Indah (Chempaka), N.26 Sungai Ramal (Bangi), N.36 Bandar Utama (Damansara Utama) dan N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang).

Perubahan lain di Selangor yang mempunyai 2,078,311 pemilih termasuk N.48 Sentosa (Kota Alam Shah), N.49 Sungai Kandis (Seri Andalas), N.50 Kota Kemuning (Sri Muda), N.52 Banting (Teluk Datuk).

Terdapat dua kawasan Parlimen mengalami perubahan di Johor yang melibatkan kawasan P.162 Iskandar Puteri menggantikan Gelang Patah dan P.165 Tanjung Piai (Tanjong Piai) sementara lapan DUN yang terlibat adalah N.07 Bukit Kepong (Bukit Serampang), N.08 Bukit Pasir (Jorak) serta N.13 Simpang Jeram (Sungai Abong).

Empat lagi kawasan DUN Johor yang berubah nama adalah N.39 Tanjung Surat (Tanjong Surat), N.44 Larkin (Tanjong Puteri), N.46 Perling (Pengkalan Rinting), N.49 Kota Iskandar (Nusa Jaya) dan N.55 Pekan Nanas (Pekan Nanas).

Perak yang mempunyai 1,407,529 bilangan pemilih turut mengalami pemindaan empat nama kawasan seperti P.075 Bagan Datuk menggantikan (Bagan Datok) dan P.076 Teluk Intan (Telok Intan) bagi kawasan Parlimen sementara dua kawasan DUN yang terlibat adalah N.13 Kuala Sepetang (Kuala Sapetang) dan N.38 Astaka (Setiawan).

Satu kawasan Parlimen dan tiga kawasan DUN yang terlibat dalam persepadanan semula di Melaka pula adalah P.137 Hang Tuah Jaya menggantikan Bukit Katil, N.08 Machap Jaya (Machap), N.15 Pengkalan Batu (Bachang) dan N.17 Bukit Katil (Bukit Baru),

Di Negeri Sembilan, P.132 Port Dickson dipilih sebagai nama baharu bagi menggantikan Telok Kemang sementara dua kawasan DUN yang terlibat adalah N.24 Seremban Jaya (Senawang) dan N.33 Sri Tanjung (Port Dickson).

Tiga lagi negeri lain yang mengalami perubahan daripada persepadanan semula yang dilakukan SPR adalah Kedah melibatkan kawasan Parlimen P.009 Alor Setar dan DUN N.12 Suka Menanti (Bakar Bata); dua DUN di Kelantan seperti N.16 Apam Putra (Bukit Tuku), N.21 Pantai Irama (Perupok) sementara satu DUN di Terengganu adalah di N.10 Buluh Gading (Teluk Pasu). – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana