Posts

Showing posts from July, 2014

PKR Cipta Budaya ‘Rampasan Kuasa’ – Mohd Zuhdi

Image
PETALING JAYA: Walaupun dikecam selepas mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bocor kepada umum, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki tetap konsisten menolak idea untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Terbaharu Mohd Zuhdi berkata, strategi rampasan kuasa yang cuba diamalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam sistem politik di negara ini. “Sekali kita mencipta budaya baharu…turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat. “Selepas Tan Sri Khalid diganti (dan) bila ada yang tidak puashati (dengan Menteri Besar baharu) budaya yang sama akan diikuti. Hinggakan kepentingan rakyat diabaikan oleh kemelut ahli-ahli politik,” katanya menerusi akaun Facebook pada Rabu. Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi mengg

SEBARKAN, SHARE...BISANYA TUN MAHATHIR

Image
1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di petempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang Yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat , bangsa yang dipilih Tuhan. 2. Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, Yahudi berlakuan seolah-olah hanya mereka adalah golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik Yahudi sebagai “anti-Semitik”. Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku bersalah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik 3. Dalam dunia terbuka hari ini, kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja dan ianya akan disenangi kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. Tetapi, bagi Yahudi, sesiapa yang mengkritik mereka tidak akan terlepas daripada label “anti-Semitik”. Dan bagi kebanyakan masyarakat Eropah,

Aksi Farish rakam selfie di tanah perkuburan dikecam peminat

Image
Kuala Lumpur: Tindakan pelakon dan pengacara, Farish Aziz memuat naik gambar di sebuah tanah perkuburan mengakibatkan beliau dikecam pengikut laman sosialnya. Meraih hampir 300 komen, rata-rata pengikut mempersoalkan tindakannya berdiri di atas kubur yang dianggap tidak menghormati adab menziarahi pusara selain merakamkan aksi selfie tak bertempat. Malah, ada yang menasihatkan pelakon itu supaya memadam gambar berkenaan. Bagaimanapun hingga hari ini, gambar yang dimuat naik pada Syawal pertama itu masih lagi boleh dilihat di laman Instagram Farish. Bagaimanapun, tidak senang dengan komen negatif peminat, Farish akhirnya tampil bersuara. Beliau meminta semua orang supaya berhenti membuat tuduhan melulu terhadapnya. "Kami membaca surah Yassin di atas tempat sama saya berdiri. Berhenti menuduh yang bukan-bukan seolah-olah anda berada di sana (tanah perkuburan) dan tahu segala-galanya. "Terima kasih di atas teguran itu. Bagaimanapun, bagi saya ia bukanlah satu kesalahan be

DAP GERTAK PAS!!!!! PAS Kalah Besar Jika Selangor Adakan Pilihan Raya Mengejut – Tony Pua

Image
KUALA LUMPUR 31 Julai - Pakatan Rakyat (PR) berisiko kalah manakala PAS pula dilenyapkan daripada Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata DAP. Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PR– yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – akan mengalami 'kekalahan besar' sekiranya pilihan raya negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar. Amaran ini berikutan presiden parti Islam itu yang menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar sementara parti Khalid, PKR, mahu menggantikannya dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah. Ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini. Be

Penyiasat MH17 terpaksa berpatah balik

Image
Akibat pertempuran yang berlaku antara tentera Ukraine dengan pemberontak pro-Rusia, usaha sekumpulan penyiasat forensik dari Australia dan Belanda ke lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Grabovo terbantut, apabila kumpulan itu terpaksa berpatah balik. Pertempuran yang berlaku hanya satu kilometer dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh itu, meragut 13 nyawa, termasuk dua kanak-kanak, lapor AFP. Menurut Timbalan Pengarah Pengawasan Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE), Alexander Hug, kumpulan penyiasat forensik itu terpaksa membatalkan rancangan mereka bagi mengelakkan sebarang risiko, disebabkan pertempuran yang berterusan. “Keadaan di lokasi kemalangan dan kawasan berhampiran berbahaya kepada kumpulan penyiasat forensik kami,” katanya.Jurucakap Kementerian Kehakiman Belanda, Sentina van der Meer, pula menjelaskan bunyi letupan turut didengari di lokasi kejadian, malah kumpulan forensik itu turut diberi amaran oleh penduduk setempat. “Keadaan di

DAP Terus Serang PAS....Mustafa Ali Suruh Diam Ahlinya...Berat...Berat

Image
PAS terus diserang rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila wakilnya dengan lantang mencadangkan supaya parti itu membatalkan kerjasama politik antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lebih memburukkan keadaan, apabila pemimpin DAP itu mengutuk saranan supaya PAS bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan di peringkat Selangor. “Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar daripada PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan Umno dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberi mandat yang jelas kepada PR dalam PRU-13. “Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk sekeras-kerasnya,” kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pada Selasa. Tegas Loke, kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mahu ‘menjentik’ DAP dan bukan Islam sekir

PKR Retak Semakin Belah....

Image
Krisis MB Selangor dijangka membawa keretakan lebih besar dalam pakatan pembangkang kerana wujud pelbagai kumpulan yg sanggup memperjudikan masa depan negeri itu demi kepentingan peribadi. Perbezaan pendapat mengenai kedudukan MB Selangor tidak lagi hanya berlaku pada peringkat dalaman PKR malah kini telah menjalar kepada pertembungan antara Pas dengan PKR. Sebenarnya pertembungan kepentingan telah lama berlaku dalam pakatan pembangkang, malah setiap parti dalam pakatan mempunyai agenda yg berbeza, episod daripada krisis MB Selangor ini nyata adalah bibit2 kepada kemuncak pertembungan yg lebih besar antara PKR, Pas serta DAP. Masing2 mempunyai kepentingan tersendiri, tidak kira daripada kumpulan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, kumpulan Khalid Ibrahim dan kumpulan Azmin Ali, malah pendapat antara Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga berbeza. Kalau di peringkat kerajaan negeri pun mereka boleh berbalah, bayangkan apa yg berlaku sekiranya mereka mentadbir di peringka

BERKENAAN MESEJ WHATSAAP PAS PUSAT

Image
Sah bahawa ia bkn pendirian peribadi..ia adlh pendirian majoriti ahli PAS mahukan PAS keluar dari PAKATAN Ini adalah pengesahan sah dr dr zuhdi marzuki

PAS Sedang Troll Anwar..ertinya majoriti PAS tidak lagi kepimpinan anwar dalam pakatan...

Image
Kami dlm umno lama dh lama tau anwar ni org bodoh..angpa PAS bru tersedar... Ini beberapa fakta yg sahih luahan2 org2 PAS yg berjawatan dlm PAS pusat

Kebenarann tentang isu rampasan kuasa di perak yg di dedahkan oleh dr zuhdi marzuki org kuat PAS pusat...Masyallah

Image
selama ni baruah2 PAS dn pemimpin yg konon2 di gelar ulama turut menfitnah umno dlm kemelut mrk...akhirnya Allah s.w.t bayar cash ke atas setiap perkara dn fitnah yg mrk lakukan pd umno terbaik db pujiaan harus di berikan pd dr zuhdi krn berani bersuara...dan anwar dm konco2nya bakal hancur dn tenggelam...ramai di hati2 pemimpin2 dn org2 pas berasa geram bile islam di hina oleh DAP tp depa terikat dgn perjanjiaan bersama pr..dan DENDAM...ingatlah...perjuangan berasaskan dendam pasti makan diri....sbb itu umno kekal gah sehingga hari ini... Teruskan bertelagah wahai puak2 munafik pas dan pkr...kita lama xtgk WWE....puak2 penyokong gereja dn puak2 baruah zionist akan berbunuhan sesama sendiri.... Raya tahun ini amat bermakna sekali...byk kebenaran2 keluar tahun ini...doa2 bala...fitnah semua Patah balik kt muka korang...ulama biasa doanya makbul..in shaa Allah...tp bile munafik berdoa pasti terpalit kt muka sendiri...dan umno adlh yg teraniaya..doa org teraniaya pasti di makbulkan

Kita tunggu dan lihat perkembangan selepas ini....

Image
Desas desus menyebut Hadi bakal membuat u turn dan menarik balik kenyataannya menyokong Khalid Ibrahim kekal sebagai MB selangor dalam sehari dua lagi. Seandai ini benar, ternyata Hadi semakin terhakis kuasanya apabila golongan Anwaris didalam PAS yg diketuai Mat Sabu berpendirian berbeza dan bertegas menyokong Wan Azizah dan memaksa Hadi menarik balik kenyataannya dan menterbalikkan keputusan sebelum ini. Jika ini benar Admin meramalkan Khalid Ibrahim yg dilihat agak rapat dengan istana bakal mengadap sultan bagi mendapat perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN Selangor. Apapun ini adalah desas desus yg singgah ketelinga. Bukannya kenyataan rasmi dan satu pilihan raya negeri juga adalah bersandarkan satu satunya pilihan yg ada pada Khalid jika itu yg terjadi.

Ingat Lah Semua......Haram 'selfie' di kubur

Image
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri. Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok. “Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok. “Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan. Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedala

Pemimpin PAS dan SUA PKR 'berperang' di facebook

Image
Kemelut politik di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar dilihat sebagai pembuka jalan perpecahan antara sekutu pakatan pembangkang. Terbaharu, pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing membuka pekung antara satu sama lain dengan mengambil contoh pentadbiran kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU 2008. Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PKR tidak seharusnya membandingkan pergolakan yang berlaku di Selangor dengan situasi politik di Kedah sebelum PRU-13. Katanya, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa parti itu menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Kedah pada ketika itu mestilah daripada PAS sebenarnya berpunca daripada beberapa faktor. "PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi Menteri Besar pada masa itu atas banyak faktor...bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Panas Bebb!!! Bekas setiausaha Ustaz Azizah buka cerita kerenah PKR Kedah

Image
Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. 'PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati. Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada? Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu? Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR K

Anwar pertahan keputusan tukar Khalid...Guan Eng bimbang Pakatan Rakyat retak

Image
Sejak Jumaat bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang bersuara menentang keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail ganti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,semua orang menunggu nak dengar apa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak cakap. Tunggu punya tunggu twitternya sepi..begitu juga blog rasminya. Yang bersuara mempertikaikan kenyataan Haji Hadi cuma dua orang kepercayaan Anwar yakni Rafizi Ramli dan kemudian Saifuddin Nasution. Kemudian awal pagi Ahad....mereka mendapat kejutan selanjutnya bila Datuk Nik Aziz Nik Mat pula bersuara mendokong penuh kenyataan Haji Hadi mahu Khalid kekal Menteri Besar. Senarionya nampak cukup berserabut dalam Pakatan Rakyat menghadapi suasana yang cacamarba ini hinggakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat boleh retak. Lewat petang Ahad baru Anwar muncul dari kesepiannya. Sumber-sumber PKR kata dia dengar cerita Ketua Umum PKR itu sendiri terkejut dan tidak menduga beliau berdepan de

Panas Berapi !!!!! Tak kurang 10 pemimpin PAS sokong kuat usul keluar PR... - Dr Zuhdi

Image
Tidak semena-mena perbuatan segelintir pemimpin PAS yang membocorkan perbincangan dalam whatapps groups PAS Pusat telah mengemparkan penyokong pembangkang. Bagi DAP dan PKR mereka terkejut bahawa PAS rupanya sudang berbincang hendak keluar Pakatan Rakyat dikala ketua pembangkang Datuk Seri Awnar Ibrahim hendak ganti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan isterinya. Sebaliknya di pihak PAS, terutamanya ahli peringkat pertengahan dan akar umbi, sibuk mencari siapakah dalang yang membocorkan maklumat itu. Nampak sangat orang itu kerjanya menjadi 'perisik' kepada DAP dan PKR. Seorang Ahli Parlimen PAS bahkan mendoakan 'pengkhianat' tersebut dapat menyambut hari raya dengan tenang. Yang paling teruk jadi mangsa adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki... Beliau individu yang bertanggungjawab mengeluarkan analisis senario tersebut. Pemimpin-pemimpin DAP dan PKR hentam Dr Zuhri kiri kanan. Tak peduli sambutan ray

Video Kenangan Aidlfitri Jumpa 'Kereta Hantu'

Kenangan diganggu kereta misteri ketika menjalankan tugas menjadi kenangan ngeri buat Nur Syamimi Mohd Nozri.

Langkah Kajang yang kejang...

Image
PKR tentu akan salahkan PAS kerana parti berkenaan dianggap jadi penghalang Langkah Kajang untuk menggantikan Menteri Besar Selangor dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. DAP pula lebih bimbang kerana keputusan beberapa pemimpin utama PAS menentang penguguran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh memecahkan Pakatan Rakyat (PR). Sebenarnya, PKR tidak boleh salakan PAS dalam isu ini dan DAP pula jika PR pecah patut tunding jari kepada PKR. Jika gerakan menggantikan Khalid dengan Wan Azizah gagal, PKR patut salah Pengarah Strategi Rafizi Ramli, bukannya PAS. Ahli parlimen Pandan itu yang mengaku merancang Langkah Kajang atau Kajang Move – bermula dengan PRK DUN Kajang yang sepatutnya ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi disaat-saat akhirnya mengantikannya dengan Wan Azizah. Sehingga kini Anwar masih menggunakan alasan Langkah Kajang untuk mendesak Khalid berundur dengan menjelaskan bahawa Khalid sudah dimaklumkan perkara itu sejak Mac lalu. Ini bermakna Langkah Kaja

Bubarkan DUN, cara terbaik selesai kemelut Selangor - Perkasa

Image
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor perlu dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri diadakan bagi menyelesaikan kemelut pakatan pembangkang mengenai kedudukan Menteri Besar negeri itu. Utusan melaporkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penyelesaian kemelut Menteri Besar itu perlu mengikut semangat demokrasi dengan menyerahkan balik mandat memilih kerajaan negeri kepada Selangor. Katanya, Pas juga mempunyai peluang lebih baik dalam pilihan raya itu sekiranya bekerjasama dengan UMNO kerana pakatan mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, hanya menyebabkan Melayu berpecah dan imej Islam parti tercemar. "Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar menasihati Sultan Selangor membubarkan DUN jika ada usul tidak percaya terhadapnya. Ketika ini, PKR mempunyai 14 kerusi dan DAP 15 kerusi menjadikan jumlah 29 kerusi di DUN Selangor. "Pas pula 15 kerusi dan UMNO 12 kerusi menjadikan jumlah 27 kerusi semuanya dan jika Abdul Khalid berpaling tadah,

PAS 'tutup mulut'... PKR, DAP sakan dok belasah Dr Zuhdi

Image
Ini kes naya lagi dalam PAS... bagi menjaga kerukunan pakatan pembangkang Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengeluarkan arahan supaya pemimpin parti itu tidak membuat kenyataan di luar mesyuarat mengenai perkara berbangkit berhubung isu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau menyatakan demikian setelah mengikuti perkembangan beberapa hari lalu berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat kepimpinan PAS dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka. “Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti,” ujarnya. Tapi di satu pihak lain, rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang PKR dan DAP dok 'raya hindu' belasah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki. Ini berikutan whatapps bocor PAS Pusat dimana Dr Zuhdi membua

Dr Zuhdi dakwa PKR cetus rampasan kuasa... beri amaran akan berulang!!!

Image
Ini sudah jadi lain macam... nampaknya ugutan dan cubaan dua tiga kerat pemimpin PAS pro Datuk Seri Anwar Ibrahim membocorkan kandungan WhatsApp untuk mengertak Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki nampaknya tak jalan. Bos think tank PAS itu memang diketuai umum agak tidak senang dengan gerak-geri Anwar dalam soal penukaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pada Rabu, walaupun dikecam DAP dan PKR selepas mesej WhatsApp bocor Dr Zuhdi tetap konsisten menolak idea untuk menggulingkan Abdul Khalid. Terbaharu Dr Zuhdi berkata, strategi rampasan kuasa yang cuba diamalkan PKR akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam sistem politik di negara ini. “Sekali kita mencipta budaya baharu…turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat. “Selepas Tan Sri Khalid diganti (dan) bila ada yang tidak puashati (dengan Menteri Besar baharu) budaya yang sama akan diikuti. Hinggakan kepentingan rak

Abdul Hadi 'Hidupkan' Fadzil Noor

Image
PADA suatu malam ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, kehadiran penduruk di daerah Kuala Selangor itu tidaklah begitu besar. Sederhana saja, malah ia mungkin tidak seramai kehadiran kuliah mingguan guru agama di sebuah surau berhampiran. Tarikan utama pada malam itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan rakannya yang mewakili Kuala Selangor, Dr Zulkifley Ahmad. Suasana yang hambar akibat kupasan penceramah awal bertukar menjadi panas selepas giliran Khalid tiba untuk ke pentas. Khalid yang baru pulang dari sidang parlimen menceritakan pelbagai isu semasa menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Antara yang menarik perhatian ialah kenyataan Khalid bahawa hayat Umno ketika itu sudah sampai ke penghujungnya. Tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan parti berkenaan. Kata Khalid, hayat Umno tidak akan kekal lama kerana kepemimpinannya "telah menekan butang pemusnahan diri" (self destruction). Kini, selepas PRU ke-13 berlalu, PAS bagaikan

Isu MB Selangor : Bekas Setpol Dedah Pekung PKR

Image
KUALA LUMPUR 30 Julai – Tahun 2008 hingga 2010 selepas PRU ke 12 yang lalu merupakan antara saat-saat getir bagi PAS di Kedah bagi menghadapi karenah, menjaga maruah PKR dan PR disamping mempertahankan air muka, kerajaan supaya tidak tersungkur di tengah- tengah perjuangan. Menurut bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau merasa terpanggil untuk memberikan pandangan di atas kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor berikutan perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. “Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. “PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati,” ujarnya dalam satu kenyataan. Sanusi menambah, Rafizi Ra

Panasss!!!! Rafizi Dakwa Kenyataan Zuhdi Berunsur Pengkhianatan Kepada Pakatan

Image
KUALA LUMPUR 29 Julai - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa kenyataan yang dikatakan milik AJK PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mempunyai  unsur pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat (PR). Menurut Rafizi, Dr Zuhdi juga telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam yang dibawa PAS sungguhpun beliau menafikan tidak mengeluarkan kenyataan tersebut. "Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari PERKASA dan ISMA memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat "Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam. "Pendekatan i

Khalid Jumpa Nik Aziz Minta Restu?

Image
PETALING JAYA:  Walaupun sedang berhadapan dengan tekanan supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih berkesempatan meraikan Aidilfitri dengan mengunjungi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kunjungan sesama pemimpin politik walaupun daripada parti berlainan merupakan amalan biasa, namun peluang yang digunakan Abdul Khalid sempena sambutan hari raya kali ini memberi tafsiran berbeza. "Berkunjung sempena Aidilfitri ke rumah Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Walaupun kelihatan uzur, beliau masih gagah berbicara. Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan," demikian tulis Abdul Khalid menerusi posting terbaharunya di Facebook  awal pagi Rabu. Difahamkan Abdul Khalid mengunjungi Mursyidul PAS itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru sekitar pukul 3 petang Selasa. Abdul Khalid hadir menziarahi Nik Abdul Aziz ditemani isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut. Sehubungan itu, timbul cakap-cakap bahawa kunjungan Abdul Khalid itu bertu

Tu Diaaa...Tugas Saya Ambil Alih MB Selangor - Wan Azizah

Image
PERMATANG PAUH:  Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu. "Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab. "Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat," katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu. Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar "boneka" kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti). "Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini," katanya. Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk meng

DAP ‘Serang’, Kutuk PAS

Image
PETALING Jaya: PAS terus diserang rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila wakilnya dengan lantang mencadangkan supaya parti itu membatalkan kerjasama politik antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lebih memburukkan keadaan, apabila pemimpin DAP itu mengutuk saranan supaya PAS bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan di peringkat Selangor. “Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar daripada PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan Umno dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberi mandat yang jelas kepada PR dalam PRU-13. “Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk sekeras-kerasnya,” kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pada Selasa. Tegas Loke, kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mahu ‘menjentik’ DAP dan bu

Ikuti Luahan Ahli PR kepada Parti Nya.....

Image
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diminta menjawab tuduhan mengatakan beliau telah mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.5 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta. Ketua Pemuda Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Norizwan Mohamed berkata, Anwar perlu memberi penjelasan kerana tindakan tersebut adalah satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar. Norizwan berkata, terdapat beberapa dakwaan yang turut mengaitkan keengganan Abdul Khalid memenuhi permintaan itu menyebabkan desakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beliau berundur daripada jawatannya dan digantikan dengan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semakin kuat. "Sebagai penyokong, kami mahu bersangka baik tetapi dakwaan ini terlalu berat apabila sebuah syarikat yang nilainya adalah RM250

Nak Cakap Apa Lagi....Pandangan Peribadilah!!!!! Ahli Bocor Rahsia, PAS Tak Mahu Bertanggungjawab - Dzulkefly

Image
PETALING JAYA: PAS enggan bertanggungjawab terhadap kenyataan kontroversi ahlinya yang dibocorkan menerusi media sosial berhubung cadangan supaya parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR). Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu tidak seharusnya dipersalahkan terhadap mana-mana pandangan peribadi ahlinya kerana ia tidak mencerminkan pendirian sebenar mereka. "PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan...tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum," katanya pada Selasa. Beliau mengulas mengenai kekecohan yang berlaku berhubung pendapat Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar PR. Isu berkenaan timbul selepas satu paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat dibocorkan dan menjadi viral di laman sosia

Zuhdi Terus Bantai Anwar Di Facebook...Padan Mukanya

Image