Langkah Kajang yang kejang...
PKR tentu akan salahkan PAS kerana parti berkenaan dianggap jadi penghalang Langkah Kajang untuk menggantikan Menteri Besar Selangor dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
DAP pula lebih bimbang kerana keputusan beberapa pemimpin utama PAS menentang penguguran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh memecahkan Pakatan Rakyat (PR).
Sebenarnya, PKR tidak boleh salakan PAS dalam isu ini dan DAP pula jika PR pecah patut tunding jari kepada PKR.
Jika gerakan menggantikan Khalid dengan Wan Azizah gagal, PKR patut salah Pengarah Strategi Rafizi Ramli, bukannya PAS.
Ahli parlimen Pandan itu yang mengaku merancang Langkah Kajang atau Kajang Move – bermula dengan PRK DUN Kajang yang sepatutnya ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi disaat-saat akhirnya mengantikannya dengan Wan Azizah.
Sehingga kini Anwar masih menggunakan alasan Langkah Kajang untuk mendesak Khalid berundur dengan menjelaskan bahawa Khalid sudah dimaklumkan perkara itu sejak Mac lalu.
Ini bermakna Langkah Kajang terus ‘aktif’ selepas Wan Azizah menang di PRK DUN Kajang seterusnya bagi mengambil alih jawatan Khalid.
Anwar dan pemimpin PKR lain termasuk Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak perlu berbalah dengan pemimpin PAS terutama presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemangku Ketua Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Khalid dikekalkan.
Masing-masing sudah nyatakan pendapat kenapa Adun Pelabuhan Klang itu tidak wajar diganti sehingga habis penggal ini.
Malah, Nik Aziz sendiri menyatakan, isu Khalid ini adalah isu PKR dan jangan buat orang lain bosan dengan hiruk pikuk suami isteri.
Mendalam maksud mantan Menteri Besar itu.
Ini bermakna soal mahu mengugurkan Khalid adalah perkara dalaman PKR yang ada kaitan dengan Anwar dan Wan Azizah tetapi PAS pula terpalit.
Sebab itu, PKR kena selesaikan isu ini tanpa menunding jari kepada PAS.
PKR patut melihat kegagalan Rafizi merancang Langkah Kajang supaya berakhir dengan kejayaan bukan terganggu di tengah jalan.
Semua tahu, Rafizi cukup hebat dengan perancangan atau teori-teorinya walaupun banyak juga yang kantoi setelah pendedahannya terhadap sesuatu perkara dibuktikan tidak berasas.
Pelik juga Anwar percaya bulat-bulat Langkah Kajang yang diilhamkan Rafizi.
Adakah Rafizi tidak merancangnya dengan teliti atau begitu yakin dengan Langkah Kajang sehingga tidak menduga Langkah Kajang bertukar Langkah KEJANG!
Mungkin untuk menyedapkan hati, PKR boleh berharap mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti membuat ketetapan menyokong Khalid digantikan.
Bagaimana jika PAS terus berkeras dengan pendirian Hadi, Nik Aziz dan Ahmad?
Sudah tentu jika ada yang pernah disalahkan Anwar, elok beliau menunding jari kepada Rafizi.
Cukup-cukuplah idea menyalahkan segala-galanya kepada UMNO.
Ini kerana mustahil tiga pemimpin utama PAS itu dipujuk rayu UMNO atau dibayar wang ringgit oleh UMNO untuk membuat kenyataan menyokong Khalid kekal sebagai Menteri Besar.

Comments