Posts

Showing posts from March, 2014

PENYOKONG PEMBANGKANG HINA KAUM DAYAK SARAWAK APABILA PKR KALAH TERUK DALAM PRK DUN BALINGIAN

Image
Kekalahan teruk PKR dalam PRK DUN Balingian sedikit pun tidak memberi kesan kepada pemimpin PKR Sarawak kerana mereka tahu dan percaya untuk menang di DUN Balingian bukan mudah kerana rakyat Sarawak masih setia terhadap BN.

Malah, kehadiran PKR dan Pakatan Pembangkang di DUN Balingian hanya untuk menurunkan majoriti BN dan ‘test’ untuk PRN Sarawak akan datang serta tidak lebih dari itu.

Bagaimanapun, penyokong PKR di Semenanjung meroyan apabila kecewa melihat parti kebanggaan mereka, PKR kalah teruk dalam PRK DUN Balingian.

Biadapnya apabila penyokong PKR di Semenanjung yang bernama Zaidi Die dan Syed Said Sayyid sedikitpun tidak menghormati kaum Dayak yang merupakan kaum terbesar di Sarawak yang mana turut menganggotai PKR Sarawak.

Lebih memeranjatkan apabila komen pedas mereka diselitkan dengan perkataan yang kurang ajar sehinga benar-benar menyentuh hati rakyat Sarawak.

Ini bukan kali pertama parti politik pembangkang mahupun penyokong pembangkang bersikap biadap terhadap kaum Day…

PKR Berdepan Risiko Dibatalkan Pendaftaran Jika Anwar Tanding Presiden

Image
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan risiko dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden, kata peguam, Edmund Bon pada Isnin.
Menurut Bon, mana-mana individu tidak boleh bertanding untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti jika individu tersebut disabitkan atas suatu kesalahan.

"Anwar tidak perlu bertanding. Oleh itu, apabila mereka menghantar namanya sebagai presiden parti kepada ROS, ia mungkin membawa kepada pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti," kata Bon.

Beliau menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai 'menyalahi undang-undang' dibawah Akta Pertubuhan 1966.

Pendapat yang sama dikongsikan seorang lagi peguam, New Sin Yew, yang menjelaskan Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan tidak membenarkan seseorang yang disabitkan kesalahan untuk bertanding atau memegang jawatan dalam pertubuhan.

"Menurut Seksyen 9A(1)(b) Akta Pe…

MH370: Najib betul membuat kesimpulan pesawat hilang di Lautan Hindi - Tony Abbott.

Image
PERTH: Perdana Menteri Australia, Tony Abbot berkata semua bukti yang ada ketika ini menjurus kepada kesimpulan yang pesawat Penerbangan Malaysia, (MAS) MH370 telah hilang di Lautan Hindi, sambil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebelum ini.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu hilang pada 8 Mac lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal, namun selepas tiga minggu, tiada serpihannya ditemui oleh pasukan mencari
dan menyelamat.

Ramai anggota keluarga yang terbabit sukar menerima hakikat yang kesimpulan itu dibuat berdasarkan data satelit seperti yang diumumkan Najib pada 24 Mac lalu.

Abbott yang dipetik dari agensi berita AFP, bagaimanapun bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib.

"Dari bukti yang telah dikumpul ia menjurus kepada kesimpulan yang pesawat (MH370) hilang di Lautan Hindi,” katanya kepada wartawan di pangkalan tentera Australia di Perth.

“Banyak bukti yang telah diterima  dan saya berpendapat…

MH370: MAS, MAHB Kenakan Pemeriksaan Keselamatan Penerbangan Lebih Ketat

Image
KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini melaksanakan pemeriksaan keselamatan penerbangan lebih ketat di udara dan darat berikutan tragedi pesawat MH370.

Menurut satu pekeliling MAS, Juruterbang dan pembantu juruterbang kini tidak dibenarkan untuk ditinggalkan bersendirian di dalam kokpit, walaupun salah seorang daripada mereka ke tandas.

Di bawah peraturan baharu itu, seorang anak kapal perlu berada di dalam kokpit sehingga juruterbang atau pembantu juruterbang kembali semula dari tandas.

Apabila makanan dibawa ke kokpit, krew penerbangan dikehendaki berjaga di pintu untuk memastikan tiada penumpang memasuki kawasan larangan itu.

Ketua Jurutebang MAS bagi keselamatan penerbangan dan faktor manusia, Datuk Kapten Missman Leham mengeluarkan pekeliling tersebut kepada semua anak kapal.

Sementara itu, MAHB mewajibkan mereka yang terlibat dalam penerbangan antarabangsa untuk melalui dua pengesan logam dan menjalani pemeriksaan badan sebelum m…

Kesian presiden pas ni... apa komen Anda?

Image
Adakah ahli PAS tidak sedar semuanya ini yang apa sedang berlaku?PKR adalah rakan kongsi dalam parti politiknya...sanggup PKR menyaman....Adakah ahli PAS buta matanya....dalam masa yang sama masih menyokong kuat.Tidak hairan lah bila PKR dapat kuasa sepenuhnya PAS akan campak ketepi saja.ANWAR hanya tersenyum dari jauh dengan apa yang berlaku..PAS masih menangih janji lagi daripada PKR...Apa apa yang terjadi PAS sering kali dibuli...PAS lagi buat BODOHNYA.

MH370: Proses mengesan kotak hitam bermula....

Image
PERTH: Dengan jangka hayat hanya tinggal tujuh hari operasi mengesan kotak hitam pesawat MH370 merupakan keutamaan ketika ini.

Kapal ADV Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia hari ini sedang dipasang dengan pengesan kotak hitam dari tentera laut Amerika Syarikat.

Ia terdiri daripada satu Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan satu kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.

Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.

Proses mengesan kotak hitam di kawasan  pencarian di Lautan Hindi mempunyai pelbagai cabaran termasuk faktor masa berikutan bateri penyiar akan mati selain kawasan pencarian yang terlalu luas.

ADV Ocean Shield akan berlepas dari pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Stirling pada Isnin bersama krew seramai sebelas orang dan akan mengambil masa tiga hari untuk tiba di kawasan pencarian.

MH370: Bagaimana pesawat P3 Orion mengesan objek di lokasi

Image
PERTH: Sebaik sahaja anak kapal dalam pesawat P3 Orion milik Australia mengesan suatu objek di atas air di Lautan Hindi, benda pertama yang mereka lakukan ialah jerit, 'mark, mark, mark!' (tanda, tanda, tanda!).

Kemudian, mereka akan segera menjatuhkan isyarat asap yang akan bertahan selama 45 minit supaya 'tanda' tersebut tidak hilang sementara sistem GPS pesawat sedang mengecam lokasi objek tersebut.

Setelah itu juruterbang pesawat tersebut membetulkan kedudukan pesawatnya untuk membolehkan gambar diambil dan dibawa balik ke pengkalan.

Sebuah isyarat pula akan dibunyikan kepada mana-mana kapal berdekatan yang menghala ke arah lokasi supaya objek yang dikesan itu dapat dikenalpasti.

"Begitulah caranya saya dan anak kapal saya berlatih untuk memaksimakan waktu ketika berada di kawasan pencarian," jelas Kapten Russel Adams, iaitu juruterbang P3 Orion Australia yang pertama yang sampai ke pengkalan Tentera Udara DiRaja Australia (RAAF) Pearce di Perth, hari in…

Tun Mahathir: "kit siang rasis, tak puas hati mari saman saya"

Nik Aziz Memohon maaf di Facebooknya atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.

Image
dia insaf itu hak dia..dosa da pada umat islam diatas perbuatan dan segala fatwa yg keluar dari mulutnya hingga menyebqbkan perpecahan dikalangan umat islam negara ini dia kena jawab disana nanti...tuduhanya terhadap org umno yg bersolat tak dapat pahala dan org umno buat masjid tapi tak solat dia kena jawab depan Allah...belum masuk bab meludah muka oeg yg menghulur salqm persahabatan lagi...air mata seorang pemecah belah ummah....

Sebagai seorang betul perjuangan Islam Perhubungan sesama Islam menitik berat supaya tidak berpecah belah dan menyatukan Islam bukannya kau salah aku saja yang betul.

Video Tun....Cina bijak berpolitik, ada Melayu pula gila nak jadi Perdana Menteri

Linda Rafar Masih Tertanya-Tanya Penyakit Anak

Image
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Linda Rafar masih tidak mengetahui penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini sejak tiga minggu lalu.

Linda yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia masih menunggu laporan daripada pihak hospital selepas melakukan pelbagai ujian bagi mengetahui punca sebenar keadaan Rezaiman, yang berusia 12 tahun.

"Saya sebagai ibu sendiri tertanya-tanya apakah punca sebenar keadaannya? Setakat ini saya tidak boleh berkongsi maklumat mengenai keadaan anak saya kerana doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mencari punca penyakitnya itu.

"Dia kini masih ditahan di hospital dan saya berharap dia akan kembali sihat seperti sedia kala," katanya.

Linda diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan anaknya itu menghidapi penyakit kronik dan sukar diubati.

Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan Keifli…

100 penyokong tegar DAP dan NGO bantah ADUN Jawi...Undilah Lagi

Image
NIBONG TEBAL 30 Mac - Kira-kira 100 penyokong tegar DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India dan Melayu mengadakan bantahan secara aman terhadap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee yang didakwa gagal membantu rakyat di kawasan itu.

Mereka mendakwa, wakil rakyat DAP itu gagal membantu mereka dalam menyelesaikan pelbagai masalah kebajikan yang diadukan kepadanya.

Menurut jurucakap kumpulan itu, M. Segar Muniandy, pelbagai masalah yang dihadapi rakyat tidak mendapat perhatian walaupun penduduk membuat aduan di pejabatnya di Taman Bukit Panchur di sini.

"Kita memilih dia sebagai wakil rakyat untuk menolong rakyat tetapi dia tidak turun padang membantu rakyat yang menghadapi masalah.

"Dia datang ke pusat khidmatnya itu seminggu sekali dan apabila kita membuat aduan, semuanya tidak dapat selesaikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya tanggungjawab wakil rakyat yang dipilih rakyat adalah mengambil berat masalah yang…

Shila Amzah pakai skirt pendek Tapi bertudung di China

Image

Saya akan semak kenyataan Tun Musa sama ada betul atau tidak, kata Dr Mahathir

Image
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji semula kebenaran dakwaan bekas timbalannya Tun Musa Hitam yang mengatakan beliau berada di Kuala Lumpur semasa tragedi Memali pada 1985.

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali, Musa mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Istana Hotel hari ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam “Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang” anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru baru-baru ini

Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, …

MH370: Apa Hishammuddin Fikir Sebelum Sidang Media?Diluar Sana Tu Senang Senang Saja

Image
KUALA LUMPUR – Apa yang sering bermain dalam fikiran pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin sebelum beliau memasuki bilik sidang akhbar yang bersiaran secara langsung setiap hari sejak tiga minggu lepas?

“Keluarga penumpang dan anak kapal. Bahagian paling sukar bagi saya ialah mengetahui mereka akan menonton dan mengharapkan sesuatu… bahawa saya boleh memaklumkan kepada mereka berita gembira atau yang mengakhiri penantian mereka,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika ditemu bual media tempatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Hishammuddin, 52, yang menjalani rawatan angioplasti hampir empat bulan lepas, beliau mengakui kurang tidur selepas insiden berkenaan.

“Tak tidur sebab zon masa. Maklumat datang dari pelbagai zon masa. Maklumat yang seperti ini umpama ‘roller-coaster’ untuk saya. Sebelum nak tidur, orang kata ada tumpahan minyak, esok pagi kata negatif.

Baru nak tidur, kata ada (jumpa) jaket keselamatan, esok bangun kata negatif. Itu yang s…

MH370 : Lain Pula Dengan Pelajar China Ni!!!

Image
KUALA LUMPUR: Pelajar China yang sedang mengikuti pengajian di Malaysia dan mereka yang pernah menuntut di negara ini, menggesa media China dan rakyat negara itu supaya tidak memburukkan imej Malaysia berikutan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370.

Presiden persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA), Adam Huang, berkata persatuan itu sudah menghubungi media di China melalui kedutaan negara mereka di sini untuk memintanya tidak lagi mengutuk Malaysia.

"Kami telah menghubungi media di China supaya berhenti daripada mengutuk dan memburukkan imej Malaysia. Kami juga minta mereka membantu memulihkan kepercayaan rakyat China terhadap Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.Di samping itu, kata beliau, MACSA memulakan usaha memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar berhubung tragedi itu melalui media sosial.

"Sejak minggu pertama tragedi ini, kami menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyampaikan ucapan terima kas…

Angelina Jolie Pun Pandai Menghormati Budaya Islam.....Berselendang Ketika Melawat Bosnia

Image
PADA Jumaat lalu, Angelina telah melakukan kunjungan ke Bosnia melawat perkuburan mangsa korban perang wilayah tersebut.

Menurut Reuters, kunjungan Angelina ke negara tersebut menarik perhatian ramai apabila dia tampil sopan dengan pemakaian serba hitam selain mengenakan selendang di kepala.

"Penampilannya cukup memberi kesan kepada orang disekelilingnya kerana ia menunjukkan dia cukup menghormati masyarakat Islam," kata sumber.

Bagaimanapun penampilan berselendang itu bukanlah pertama kali digayakan Angelina, sebaliknya dia akan berpakaian sopan apabila mengunjungi negara-negara Islam.

Kaki Kanan Kanak-Kanak 7 Tahun Tersepit Dalam Lubang Tandas

Image
MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam setelah kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Tasik Utama di sini Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi tadi, Muhammad Daniel Amir sedang mandi apabila dengan tiba-tiba kaki kanannya termasuk ke dalam lubang tandas itu.

Bapanya Amir Ali, 47, berkata ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk keluar membeli barangan dapur di bandar Melaka.

"Saya terdengar jeritan Daniel lalu terus meluru ke bilik air untuk lihat keadaan dia dan saya nampak kakinya sudah termasuk ke dalam lubang tandas sehingga paras lutut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Katanya beliau cuba mengeluarkan kaki anak sulung daripada tiga beradik itu selama setengah jam, namun gagal sebelum menghubungi bomba.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Ayer Keroh Mohd Shahril Zauni berkata pihaknya memecahkan mangkuk tandas itu bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak itu …

Admin Berbangga....SAR MH370 Diteruskan Sampai Ditemui - Najib

Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi menjejaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan tidak akan menghentikan pencarian sehingga pesawat itu ditemui.
Ketika operasi mencari memasuki minggu ketiga, Perdana Menteri berkata ingatan dan doa beliau sentiasa bersama keluarga penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, yang hilang pada 8 Mac.

"Ketika masuk minggu ketiga pencarian MH370, kami memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi pencarian dan tidak akan menghentikan operasi sehingga pesawat dijumpai," katanya dalam catatan terbaharu beliau di Facebook pada Ahad.

Najib turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan Australia dan negara lain yang menyertai misi pencarian MH370.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan saya kepada kerajaan Australia dan negara lain atas usaha mengesan pesawat kami yang hilang,"…

Mananya Menghilang Ni.....Objek Dikutip Tiada Kaitan MH370 - Amsa

Image
KUALA LUMPUR: Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) pada Ahad malam, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

Bagaimanapun, menurut Amsa, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.

Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya m…

Polis Buru Remaja Hina Naskah Surah Yasin...Tak Betul Akal Dibuatnya

Image
KUALA TERENGGANU 30 Mac - Polis Terengganu tidak menolak kemungkinan seorang remaja lelaki berusia 20-an yang dipercayai membuang beberapa naskah surah Yasin di sekitar daerah Kemaman dan Dungun, Khamis lalu mempunyai masalah mental.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata polis telah mengenal pasti remaja terbabit menerusi nombor pendaftaran kereta jenis Toyota Vios berwarna merah jambu yang digunakan suspek untuk melakukan perbuatan itu.

Pada Khamis lalu, beberapa pengguna jalan raya di sekitar Dungun dan Kemaman gempar selepas menjumpai beberapa naskhah surah Yassin bertaburan di atas jalan raya sebelum membuat laporan polis pada hari yang sama.

Bulan lepas, seorang lelaki yang mengalami masalah mental ditahan kerana mengoyak kitab suci Al-Quran serta surah Yasin di Masjid Nasiruddin Shah (gambar) di Kampung Raja dan masjid di Limbongan.

Belon Udara Panas Mendarat Cemas

Image
PUTRAJAYA: Sebiji belon udara panas melakukan pendaratan kecemasan berikutan satu kemalangan kecil yang berlaku di tapak pelancarannya di Presint 2 di sini Ahad.

Dalam kenyataannya, AKA Balloon Sdn Bhd, penganjur Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke-6, berkata belon dari Korea itu, yang dikendalikan Steve Kim, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk memadam satu kebakaran kecil yang berlaku apabila ia tersangkut pada sebatang pokok pada pukul 7.45 pagi Ahad.

"Kebakaran itu dapat dipadamkan dalam masa seminit. Tiada kecederaan berlaku kerana belon berkenaan tidak membawa penumpang, selain krunya," kata kenyataan itu.

AKA Balloon Sdn Bhd berkata semua langkah diambil untuk menjamin keselamatan belonnya seperti yang disyaratkan pihak berkuasa kawal selia, Jabatan Penerbangan Awam dan Perbadanan Putrajaya.

"Ini akan terus menjadi amalan kami dalam acara pada masa akan datang," katanya.

Pesta itu disertai 18 belon udara panas dari seluruh dunia.

KPN Akan Perjelas Kegagalan FBI Temui Bukti Kaitkan Kapten MH370

Image
PUTRAJAYA 29 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menjelaskan berhubung kegagalan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menemui sebarang bukti yang mengaitkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan kehilangan MH370 seperti yang didakwa media asing.

Perkara tersebut diberitahu kepada media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370 di Hotel Everly di sini sebentar tadi.

Sebelum ini,Khalid memberitahu siasatan mengenai simulator yang dimiliki kapten juruterbang MH370 masih berjalan dan Bukit Aman masih tunggu rakan luar negara untuk memberi maklumat siasatan.

Set simulasi itu telah menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Nama Tun Abdullah Ahmad Badawi Dalam Senarai Pengawasan NSA - Akhbar Jerman

Image
BERLIN: Dokumen sulit yang didedahkan oleh akhbar Jerman, Der Spiegel pada Sabtu menunjukkan nama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tersenarai di kalangan pemimpin yang dilaporkan menjadi sasaran Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) untuk pengawasan.
Laporan itu bagaimanapun, tidak memberi apa-apa maklumat lanjut mengenai pengawasan terhadap bekas perdana menteri Malaysia itu.

Lebih 100 nama pemimpin-pemimpin asing tercatat dalam senarai tersebut.

Satu siri fail dari arkib yang diberikan kepada pemberita oleh pemberi maklumat NSA, Edward Snowden, yang turut dilihat oleh Intercept, mendedahkan bahawa antara nama dalam senarai NSA itu termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel.

Dokumen-dokumen itu juga buat kali pertama mengesahkan bahawa pada bulan Mac 2013, NSA mendapat perintah mahkamah rahsia terhadap Jerman sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan AS untuk memantau komunikasi yang berkaitan dengan negara itu.

Der Spiegel, pada Oktober lalu menerbitk…

MH370 : Najib Bertafakur Bersama Pelumba F1

Image
SEPANG 30 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama 22 pelumba Grand Prix Formula One Malaysia Petronas 2014 bertafakur seminit bagi memberi penghormatan kepada penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Litar Sepang di sini, hari ini.

Pasukan Formula One turut menampalkan pelekat #rememberingMH370, #prayforMH370 dan #doauntukMH370 pada topi keledar masing-masing sebagai tanda penghormatan kepada 239 penumpang dan anak kapal MH370.

Penonton yang hadir juga turut bertafakur serta bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlumbaan bermula pada 4 petang ini.

Turut hadir menyaksikan perlumbaan itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ku…

Tunjuk perangai... keluarga penumpang China tiba di KL tuntut nak jumpa PM

Image
Kalau ikut logik mereka patut terbang ke Perth, Australia, lokasi yang lebih dekat dengan pusat penyelarasan SAR MH370, tapi sekumpulan 35 orang keluarga penumpang MH370 dari China tiba di Kuala Lumpur pagi tadi dan nak 'cari pasal' dengan kerajaan Malaysia.

Walaupun usaha cari MH370 masuk hari ke 23 dengan babitkan penyiasat antarabangsa dari seluruh dunia, keluarga China yang 'hendak perhatian' ini nampak nak bikin kecoh dan mahukan publisiti.

Bayangkan kalau benda yang sama jadi di negara mereka, apakah boleh keluarga penumpang lain tuntut hendak jumpa orang nombor satu negara itu hanya kerana hendak jawapan?

Kumpulan yang tiba Subuh tadi, kini tinggal di Hotel Holiday Villa Subang Jaya memberitahu media bahawa mereka datang dengan tiket yang disediakan oleh pihak MAS.

"Kami menuntut untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan..." kata Wang Chuan Jiang abang kepada seorang penumpang yang hilang.

"Kami mempunyai soalan yang ingin dit…

Segelintir pihak tidak habis-habis 'menyerang' TUDM dan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengerahkan jet pejuang untuk pintas pesawat MH370

Berhubung mengapa TUDM tidak melancarkan pesawat pemintas selepas mengesan pesawat tanpa identiti melintasi ruang udara, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan pesawat berkenaan dikenal pasti sebagai pesawat awam berdasarkan pusingan udara dibuat ketika masih berada dalam ruang udara Malaysia dan bukan datang dari luar.

Gambar Sultan Brunei Yang Membuatkan Rakyatnya Terharu

Image

Kisah MISTERI Adam Air Indonesia yang hilang selama 8 bulan

Image
Pada tanggal 1 Januari 2007, Adam Air milik seorang ahli perniagaan popular, telah terhempas dan vanished di ruang udara Indonesia.

Kisah ini gagal menemui sebarang bukti sama seperti MH370 sehingga hari ke-9 apabila nelayan menjumpai serpihan dan debri pesawat.

8 bulan kemudian baru mereka menjumpai bangkai pesawat dan juga kotak hitam pesawat adam air itu.

Setahun selepas itu siasatan di buat dan mendedahkan punca sebenar kisah Adam Air terhempas.

Nak tahu lebih lanjut, jom tonton video di bawah:

Bimbang Mulut Orang, Anzalna Tidak Lagi Tayang Kekasih

Image
PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir menolak cakap-cakap orang kononnya hubungan dia dengan teman lelaki, Hanif Zaki mempunyai masalah ekoran dia  jarang membawa kekasihnya itu ke mana-mana acara hiburan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Anzalna, 26, berkata, ketiadaan pemuda itu menemaninya adalah disebabkan dia tidak mahu terlalu terbuka mendedahkan hubungan mereka kerana bimbang ia akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

“Hubungan kami masih baik dan percintaan juga berjalan seperti biasa cuma memang dia tidak lagi menemani saya ke majlis-majlis hiburan.

“Cukuplah dia sering menjadi perhatian sebelum ini kerana kami bimbang ada pihak yang kurang senang apabila dia sering bersama saya,” katanya kepada mStar Online.

Anzalna bakal muncul dengan drama terbaharunya berjudul Aku Isterinya  disamping Izzue Islam bermula 31 Mac ini menerusi slot Akasia di TV3.

Drama arahan Fairuz Loy itu akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.

Dalam pada itu, Anz…

‘Rahsia’ Yang Anda Tidak Tahu Ketika Di Dalam Pesawat…

Image
Sebuah laman web viralquake.com, membuat satu status di Reddit meminta maklumbalas dari juruterbang dan kakitangan syarikat penerbangan yang berbunyi begini :-

“Kepada semua anak kru kabin, juruterbang dan jurutera penerbangan, apakah rahsia dalam pesawat yang penumpang tidak tahu apabila mereka menaiki pesawat,”

Laman web berkenaan menerima banyak maklumbalas dan mereka memilih 30 rahsia yang paling menarik untuk pembaca mereka.

Penulis memilih beberapa rahsia yang menarik untuk pengetahuan anda.

TOPENG OKSIGEN
Jika kabin mengalami masalah tekanan udara dan topeng oksigen dikeluarkan dari bahagian atas kabin, tahukah anda, anda ada masa hanya 15 minit bekalan oksigen selepas ia mula digunakan.

Ia sebenarnya masa yang lebih dari cukup untuk juruterbang membawa pesawat ke paras ketinggian lebih rendah di mana bekalan oksigen mencukupi.

Lebih penting, jika kekurangan oksigen anda hanya ada 15-20 saat sahaja sebelum anda akan pengsan, pasangkan topeng oksigen anda dahulu kemudian anak an…

Negara Tarik Diri Tidak Jejas Operasi SAR MH370

Image
KUALA LUMPUR: Malaysia yakin mampu meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang dengan kerjasama antarabangsa walaupun terdapat negara yang menarik diri.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kes kehilangan MH370 melibatkan semua pihak dan beliau tidak nampak sebarang halangan untuk meneruskan operasi SAR di selatan Lautan Hindi.

“Ini satu insiden yang melibatkan semua pihak. Kita terharu dan kagum dengan sokongan dunia.

“Setakat ini yang menarik diri bukan sebab mereka tidak mahu teruskan operasi tetapi tidak semua negara ada kapal atau pesawat yang boleh bantu kesan serpihan di lokasi carian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemampuan Malaysia dari segi aset dan kewangan dalam misi carian MH370 pada taklimat harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Hishammuddin berkata operasi SAR multinasional ini telah memberikan semangat dan kekuatan kepada Malaysia untuk terus mencari bukti berkaitan misteri kehil…

Kerajaan Sedaya Upaya Cari Mangsa MH370 Yang Mungkin Terselamat

Image
PUTRAJAYA 29 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan pihak kerajaan akan sedaya upaya mencari penumpang dan anak kapal yang mungkin terselamat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

Hishammuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan itu berkata,usaha kerajaan untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat tidak pernah putus walaupun peluang untuk menemui mereka tipis.

"Pihak kami tetap menyimpan harapan dan berdoa, serta tidak akan berputus asa (mencari MH370)," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370 di Hotel Everly di sini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Gatal bermanja di rumah janda,pemuda di tikam bekas suami.

Image
Seorang kelindan sebuah lori ais, di sini, menempuh saat mencemaskan apabila dia ditikam dengan pisau rambo oleh bekas suami rakan wanitanya dalam kejadian di Kampung Pak Da Malik dekat Alor Lintah.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, 23, dari Kampung Gong Kepas Dalam, cedera di bahu kiri akibat ditikam suspek yang berumur 28 tahun itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pada hari kejadian, mangsa berada di rumah rakannya yang juga bekas isteri suspek.

Menurutnya, suspek telah datang ke rumah itu dan memarahi mangsa dengan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menuduh mangsa menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Difahamkan suspek sudah bercerai dengan isterinya sejak dua bulan lalu tetapi masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isterinya itu.

“Selepas memarahi mangsa, suspek dikatakan terus menyerang dan tikam mangsa dengan sebilah pisau rambo sebanyak sekali menyebabkan mangsa luka di bahagian atas bahu kiri.

“M…

Anwar Patut Henti Guna 'Mahkamah Rakyat'...meraih simpati Lah Kononnya

Image
BATU PAHAT 29 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta berhenti menjadikan pentas politik sebagai mahkamah rakyat untuk mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perbuatan tidak matang itu hanya menggambarkan Anwar seolah-olah orang yang tidak boleh menerima hakikat dan cuba menagih simpati rakyat.

Menurutnya, perhimpunan Reformasi 2.0 yang sedang digerakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya menyusahkan rakyat.

"Kalau boleh beliau mahu siri perhimpunan seumpama itu diadakan sepanjang masa dengan harapan negara akan berdepan konflik kerana beliau tahu cara itu sahaja kerajaan mampu dijatuhkan.

"Ini kerana mereka tidak mampu menggunakan cara yang betul semasa Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ceramah Reformasi 2.0 yang diadakan …

Rakyat China Diminta Tidak Keruhkan Hubungan 40 Tahun Malaysia-China

Image
KOTA BAHARU, 29 Mac  – Rakyat China diminta menilai hasil hubungan diplomatik Malaysia dan negara itu yang terjalin sejak 40 tahun lalu dan tidak mengeruhkannya semata-mata kerana spekulasi yang tidak berasas berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana banyak daripada perasaan tidak puashati oleh  rakyat di China terhadap Malaysia datang daripada teori dan spekulasi yang tidak berasas berhubung tragedi yang menimpa pesawat berkenaan.

“Kita berharap rakyat China melihat hubungan dengan kita (Malaysia) secara keseluruhan, bukan hanya melihat spekulasi yang tidak berasas (berkaitan tragedi yang menimpa pesawat berkenaan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Satelit Institut Sukan Negara Kelantan di Kompleks Belia dan Sukan Panji di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan rakyat China membatalkan banyak pakej pe…

RTM minta maaf, pamer tulisan "Pesawat MH370 Sah Dirampas" di TV2

Image
Kecoh semalam apabila siaran TV2 memaparkan berita terkini yang amat menggemparkan penonton yang melihatnya.

Pada pukul 12.05 a.m ketika tayangan Telemovie bersiaran, TV2 telah memaparkan apa yang dikenali sebagai "rerayap" mengenai insiden MH370 dengan mesej "PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS".
Walaupun tidak ramai yang menyedari perkara itu, sekeping gambar "Screen Capture" yang dimuatnaik ke dalam media sosial telah menjadi viral dan rata-rata terkejut dengan pengumuman itu.

Namun, baru sahaja beberapa jam lalu pihak RTM melalui Facebook Rasmi TV2 memohon maaf terhadap kesilapan siaran itu. Mereka juga turut mengatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kecuaian yang berlaku.

Semoga pihak RTM lebih berhati-hati berikutan perkara ini amat sensitif dan ditakuti kesilapan dan kecuaian seperti itu akan diambil dan dipergunakan oleh Media Antarabangsa untuk menimbulkan persepsi negatif kepada negara kita!