Posts

Showing posts from March, 2009

untuk pepaduan nik aziz tolak

saya pun hairan melihat nik aziz berkata tidak mahu untuk pepaduan bersama dengan Umno tetapi nik Aziz lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO yang sebangsa, seagama.tegok cara nya nik aziz kalau boleh tak nak berudur dari politik.sedarlah sikit suatu hari nanti orang ramai akan paham dan bertambah fedup dengan nik aziz nanti.Kita tidak sangka seorang yang bergelar tuan guru sanggup menggunakan kuasanya dan membuat keputusan menolak untuk bermusyawarah.dalam islam sendirinya supaya islam dengan islam jangan bermusuh musuhan antara satu sama lain.Apa tok guru macam ni yer..mungkin pasal politik kot?sepatutnya diberi nasihat dan cara bagai nak menyatukan sebangsa dan agama,ini tidak...untuk mempecahbelah lagi adalah....inikah dipanggil tok guru agama.semakin kuat agama semakin teruk sekaraning ni yer.
Percayalah, Nik Aziz tidak akan berjaya jika terus bersekongkol dengan DAP. Mereka akan menggunakan pelbagai agenda secara nyata dan halus untuk melemahkan orang…

Karpal didakwa ...syukur

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta di sini pagi esok mengikut peruntukan Akta Hasutan 1948.
Menurut sumber, pendakwaan ke atas Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berikutan kenyataan beliau yang mempunyai unsur hasutan.
Pendakwaan tersebut susulan daripada kenyataan beliau terhadap Sultan Perak ketika krisis politik di negeri itu berikutan perubahan kepimpinan negeri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 25 Februari lalu mengesahkan polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung 97 laporan polis terhadap pemimpin DAP itu kepada Pejabat Peguam Negara.
Karpal dilaporkan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Sultan Perak kerana memberi perkenan bagi pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Berdasarkan laporan sebelum ini, semua kes yang dilaporkan berkaitan kenyataan Karpal itu disiasat polis mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1…

Ismail Safian diumum calon BN tanding Bukit Gantang

TAIPING: Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian, hari ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 7 April ini. Nama Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada majlis perhimpunan di Padang Taman Kota Jaya , Simpang 4, di sini, pagi

Penulis blog hina Sultan Perak didakwa

KUALA LUMPUR 12 Mac – Unit Jenayah Perdagangan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara buat pertama kalinya akan mengheret penulis blog yang memberi komen-komen menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke Mahkamah Sesyen di empat buah negeri, esok.
Sumber yang menghubungi Utusan Malaysia pada pukul 4 petang ini memberitahu, dua penulis blog yang terdiri daripada orang awam itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan seorang lagi di Petaling Jaya, Selangor.
Pendakwaan ke atas beberapa individu lain yang menghina Sultan Perak juga akan dibuat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah dan Butterworth, Pulau Pinang.
Sementara di Kuala Terengganu, pendakwaan akan dijalankan pada Ahad ini.
Difahamkan mereka yang terlibat akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Seksyen 233 akta tersebut menyatakan, pengendali laman web dan blog yang menyebar kandungan bersifat jelek, mengancam dan mengugut boleh diden…

perhimpunan perkasa

Image
PERHIMPUNAN PRIBUMI PERKASA NEGARA 22.MAC.09 (AHAD) 8.00 PAGI bertempat di Kompleks Sukan TNB Bangsar. Sesi Pagi Ucaptama Oleh Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4. Sebelah Petang Sidang Kemuncak PERKASA. Kepada Bloggers BPN semua dijemput hadir demi kepentingan bangsa dan agama. Minta tolong sahabat blogger terutamanya ahli BPN untuk menghebahkan perkara ini.

Isu PPSMI ini untuk masa depan anak melayu

Adakah kita mahu tengok anak Melayu ketinggalan pada masa hadapan? Sudah pasti tidak. Mahukah kita lihat generasi akan datang terus dibelenggu dengan dengan masalah penguasaan Bahasa Inggeris? Inilah persoalan yang perlu difikirkan oleh pemimpin hari ini. Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang diispirasikan oleh Menteri Pelajaran amat relevan dengan keadaan atau tuntutan dunia global pada hari ini. Bukanlah tujuan pemimpin hari ini untuk menjahanamkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi atau bahasa ibunda kita, tetapi bertujuan memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan generasi muda akan datang. Adakah kita mahu lahirkan generasi yang takut untuk berurusan dengan dunia luar atau bersemuka dengan bangsa asing kerana tidak tahu berbangsa Inggeris?Sudah pasti tidak. Bagi mengelakan hal sebegini satu cork pendidikan diperingkat awal haruslah difikirkan oleh pemimpin hari ini untuk disemai kepada anak-anak kita demi kemajuan negara, bangsa dan agama. …