Isu PPSMI ini untuk masa depan anak melayu
Adakah kita mahu tengok anak Melayu ketinggalan pada masa hadapan? Sudah pasti tidak. Mahukah kita lihat generasi akan datang terus dibelenggu dengan dengan masalah penguasaan Bahasa Inggeris? Inilah persoalan yang perlu difikirkan oleh pemimpin hari ini. Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang diispirasikan oleh Menteri Pelajaran amat relevan dengan keadaan atau tuntutan dunia global pada hari ini. Bukanlah tujuan pemimpin hari ini untuk menjahanamkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi atau bahasa ibunda kita, tetapi bertujuan memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan generasi muda akan datang. Adakah kita mahu lahirkan generasi yang takut untuk berurusan dengan dunia luar atau bersemuka dengan bangsa asing kerana tidak tahu berbangsa Inggeris?Sudah pasti tidak. Bagi mengelakan hal sebegini satu cork pendidikan diperingkat awal haruslah difikirkan oleh pemimpin hari ini untuk disemai kepada anak-anak kita demi kemajuan negara, bangsa dan agama.
Kedaulatan bahasa Melayu juga perlu diutamakan kerana tanpa bahasa Melayu seolah-olah sebahagian daripada jiwa orang Melayu telah hilang. Namun ini tiadk bererti kita harus menolah bahasa Inggeris. Kita sebagai orang Melayu tak mahu bahasa Melayu menjadi LAYU disuatu masa akan datang. Jika direnung kembali suatu ketika dahulu tulisan jawi menjadi wardah dalam penulisan dan penyebaran maklumat. Sungguh megah dan agung sekali tulisan jawi di mata masyarakat kita pada ketika itu. Namun kini, jumlah orang Melayu yang tahu membaca dan menulis dalam bahasa jawi hanya boleh dibilang dengan jari. Mungkin ini yang merisaukan sebilangan pendokong bahasa Melayu. Tahniah! begitu perihatin. Namun bagaimana untuk kita menyuarakan pendapat itu untuk kita menyelesaikan masalah. Demostrasi jalanan bukanlah penyelesaian kepada masalah ini, malahan meningalkan nama yang buruk kepada pemimpin refomasi tersebut. Fikirlah secara rasional. Kekacauan hanya akan memburukan lagi keadaan. Inikah tingkahlaku yang perlu ditunjukan kepada genersi muda hari ini? Tepuk dada tanyalah selera. Ingatlah selangkah kita melangkah, ribuan mata memandang, sekali kita tersalah langkah jadikanlah satu pengajaran.
Comments