Posts

Showing posts from September, 2017

DI MANA LAGI DIA MAHU LETAK MUKA…?

Image
Tidak dapat dinafikan bahawa dua warga emas yang dahulunya merupakan seteru politik utama, sudah membuat pusingan U. Keduanya bersekutu untuk satu tujuan yang sama iaitu menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 nanti.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang juga tidak dapat dinafikan adalah dua ahli politik veteran yang sehingga kini masih belum meninggalkan dunia politik negara. Kedua-duanya sudah berusia lanjut namun masih tegar mengejar kuasa.

Seorang sudah menjadi Perdana Menteri dan sudah meletak jawatan dengan alasan ‘dah lama dah’. Manakala yang seorang lagi dikatakan tidak bercita-cita untuk menjawat jawatan tersebut, namun khabarnya lebih selesa menjadi ‘De Facto’ kepada Perdana Menteri ‘boneka’ jika diberi peluang.

Pada pandangan penulis, para pemerhati politik cukup arif dengan tindakan dan corak politik Mahathir. Bagi mereka yang hidup di zaman dia berkuasa, mereka akan tahu bagaimana dia menggunakan kuasa secukup ‘rasa’, ‘kuku besi’nya memang terkenal seantero d…

RAFIZI MELATAH, RIZAL KONSISTEN “MENGUSIK”

Image
SIAPA yang tidak kenal Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang kerap mencipta isu untuk menyerang pentadbiran Barisan Nasional sehingga beliau dijatuhkan hukuman berkali-kali atas dakwaan menfitnah. Kebiasaannya beliau dilihat akan bertindak lebih agresif apabila menjelang Pilihan Raya Umum.

Namun senario kini bertukar wajah apabila Rafizi pula diserang. Cuma yang membezakan situasi tersebut serangan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor itu berdasarkan dokumen yang didedahkan oleh Rafizi sendiri.

Beliau dikatakan terus menyerang Rafizi Ramli hari ini dengan menyifatkan naib presiden PKR itu memalukan diri melalui pendedahan dokumen bayaran gaji kakitangan pusat kaji selidiknya, Invoke yang tidak masuk akal.

Memetik laporan FMT,

“Semalam Rafizi ada buat sidang media dan menunjukkan segala dokumen (aliran kewangan Invoke yang dibayar melalui KEIP Resources Sdn Bhd). Satu dokumen yang ditunjukkan di mana tarikh invois pada 22 Oktober, tetapi semalam baru 28 September dan …

MAJU HOLDINGS AMBIL ALIH PLUS, APA AGENDA TERSEMBUNYI

Image
RAKYAT Malaysia mula mempersoalkan agenda tersembunyi disebalik permohonan Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui pembelian saham UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang dianggarkan bernilai RM36 bilion. Berbagai reaksi muncul dalam usaha untuk menjustifikasikan permohonan tersebut. Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung pampasan kira-kira RM900 juta untuk mengelak kenaikan tol yang membebankan pengguna lebuh raya berkenaan berikutan perjanjian konsesi berat sebelah ketika pemimpin terdahulu meneraju negara. Oleh itu kerajaan persekutuan perlu mempertimbangkan perkara itu. Menteri Kewangan Ke-2 Datuk Johari Abdul Ghani pula khuatir aset strategik ini berkemungkinan jatuh ke tangan entiti asing jika pinjaman gagal dibayar oleh Maju Holdings. Malah ada pendapat mengatakan Maju Holding diarahkan oleh Mahathir agar membuat permohonan untuk mengambil al…

KIT SIANG TIDAK BERADAB GELAR PESURUHJAYA SPRM MONYET – DZULKIFLI

Image
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyifatkan tindakan Lim Kit Siang menggelarnya ‘monyet’ dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melampau dan tidak beradab.

Dzulkifli berkata beliau menerima kritikan pemimpin DAP itu secara terbuka tetapi ia perlu disampaikan secara beradab dan bertamadun.

“Rakyat boleh menilai adakah adab dan bicara pemimpin DAP itu budaya Malaysia.

“Kita masyarakat Malaysia orang beradab tetapi perkataan yang digunakannya itu melampau dan tidak bertamadun,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis perasmian mural pencegahan rasuah sempena Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 SPRM yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Pejabat SPRM Perak di sinihari ini.

Bernama

Double standard perjelas niat Tun M serang PM

Image
Serangan mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri berkenaan dakwaan rasuah dipersoal, sedangkan beliau hanya membiarkan sahaja Lim Guan Eng yang sedang berhadapan tuduhan salah laku yang sama di mahkamah.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata sikap ‘double standard’ mantan perdana menteri itu jelas menunjukkan bahawa serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bermotifkan serangan peribadi semata-mata.

“Tun Dr Mahathir aktif dan giat menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk menjatuhan kepimpinan Perdana Menteri antara slogan yang yang dimainkan adalah untuk mengubah dan membebaskan Malaysia dari gejala rasuah yang menurut beliau dilakukan oleh kepimpinan tertinggi negara.

“Tetapi melihatkan realiti sebenar, apa yang dibuat Dr. Mahathir ini tersangatlah mengelirukan. Ini kerana rakan baik baru beliau dalam Pakatan Harapan iaitu Guan Eng dituduh dan akan dibicarakan bagi kesalahan rasuah.

“Bagaimana beliau boleh bercakap soal m…

Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor?

Image
Sekurang-kurangnya empat pemimpin utama Pakatan Harapan dipercayai bakal bertanding di Selatan  tanah air pada PRU-14.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah penyandang parlimen Pagoh,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Memetik laporan akhbar Oriental Daily, tindakan pakatan pembangkang untuk meletakkan tokoh kanan bertanding di Johor adalah bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk menggempur kubu kuat UMNO seperti yang berlaku pada PRU-13.

Analisis yang dibuat oleh akhbar berkenaan juga menunjukkan penubuhan PPBM oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin tidak mencetuskan gelombang ahli UMNO keluar secara beramai-rama, tetapi tidak bermakna parti keramat itu mampu meneruskan pencapaiannya seperti PRU lalu.

Pada PRU lalu, pakatan pembangkang menggunakan strategi serupa dengan meletakkan ramai pemimpin kanan di negeri itu dan memperoleh rekod terbaik apabila memenangi…

Rizal pelik bagaimana Rafizi peroleh gaji sebulan lebih awal?

Image
Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor menyindir Rafizi Ramli berikutan ketidakcerdikan beliau mendedahkan dokumen aliran bayaran gaji kakitangan Invoke yang tidak masuk akal.

Katanya, adalah memalukan apabila mendedahkan kebodohan sendiri tentang gaji kakitangan Invoke yang tidak masuk akal dimana bayaran gaji bulan Oktober telahpun dibuat pada 11 September.

“Semalam Rafizi ada buat sidang media dan menujukkan segala dokumen-dikumen (aliran kewangan Invoke yang dibayar melalui syarikat KEIP Resources Sdn Bhd), satu dokumen yang ditunjukkan dimana tarikah invoice pada 22 Oktober, malah semalam baru 28 September dan bayaran gaji bulan Oktober dibuat pada 11 September sangat tidak masuk akal biasanya gaji dibayar pada bulan yang sama ini bulan baru masuk belum masuk lagi tapi gaji dah siap bayar memang hebat Rafizi ini.

“Hebatkan Rafizi ini baru 11 september dah bayar gaji Oktober, dasyat tak kerja seorang akauntan bertauliah,yang buat vaucher Rafizi, disemak Rafizi dan disahk…

Anggap SPRM monyet: Kenyataan Kit Siang tak bertamadun

Image
Menggunakan perumpamaan ‘monyet’ adalah satu perkataan yang melampau dan tidak bertamadun.

Itulah gambaran sikap yang dipamerkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang apabila menggunakan perumpamaan sedemikian terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Tegas Dzulkifli pihaknya terbuka untuk menerima kritikan namun ia harus dibatasi dengan adab sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Dzulkifli mahu rakyat di negara ini menilai sendiri adab bicara pemimpin DAP tersebut.

“Kita terbuka untuk terima kritikan tetapi jangan melampau dan biadap.

“Kita ada adab. Kita rakyat Malaysia yang beradab.

“Saya hendak rakyat Malaysia menilai Kit Siang dengan perkataan yang digunakan itu (dengan membuat perumpaaan sebagai monyet). Nilailah adab bicara Kit Siang tersebut.

“Adakah itu budaya Malaysia? Biar rakyat menilainya.

“Perkataan yang digunakan itu adalah perkataan yang tidak bertamadun. Jadi, biar rakyat Malaysia menilai, itukah seorang pemimpin?,” s…

PSM mahu tanding tiga kerusi Parlimen di Selangor....Brtanding Lah Siapa Nak Marah

Image
SUBANG: Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan meletakkan calon di tiga kerusi parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvam berkata, parti itu bersedia untuk berdepan dengan Pakatan Harapan (PH).

Kerusi berkenaan ialah Subang, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau turut berharap pengundi akan mengundi gabungan pembangkang itu di kerusi-kerusi lain.

“PSM bertanding (di Subang) sebelum (anggota parlimen sekarang) R Sivarasa. Jadi kami hanya mahu mengambil balik kerusi kami.

“Kita hanya bertanding tiga peratus kerusi.

“Dalam (baki) 97 peratus kerusi (yang) kita tak bertanding, kita memang minta rakyat mengundi calon Pakatan Harapan kecuali calon itu bermasalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat PSM Subang hari ini.

Selain itu, Arutchelvam berkata, PSM juga akan bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu di Kota Damansara, Semenyih,…

Teng Chang Kim kebudak-budakan, tak matang, kata PAS

Image
Kenyataan Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim supaya PAS tidak mencampuri soal penganjuran pesta arak 'Better Beer Festival 2017' di Selangor, disifatlkan sebagai 'kebudak-budakan' selain tidak menggambarkan sikap matang dalam berpolitik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan yang membidas Exco Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan dan Pengangkutan Selangor itu, apabila mengkritik kelantangan PAS dalam menyuarakan pendirian membantah penganjuran pesta arak berkenaan.

"Saya kira langkah itu tidak wajar. Jadi apabila mereka (DAP) menempelak kita supaya jaga Kelantan sahaja dan jangan jaga Selangor. Itu adalah suatu kenyataan yang dangkal. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Seolah-olah bersifat keanak-anakan. Tidak cerdik dalam berpolitik.

"Mana boleh kita sebagai sebuah parti hanya terhad untuk satu negeri sahaja. Kalau begitu tidak ada makna lah penglibatan kita dalam politik tanahair. Kita semua boleh lah kata jaga negeri ter…

PKR, DAP yang singkir diri sendiri, kata Hadi

Image
KUALA NERUS: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya tidak ada masalah bersendirian tanpa kerjasama PKR dan DAP.

Sebaliknya menyifatkan kedua-dua parti itu yang 'menyingkirkan diri sendiri'.

"Patut mereka sedar PAS ada 195 kawasan di seluruh negara dan 7,000 cawangan.

"Kita sangat terbuka dengan parti-parti lain termasuk PH. Cuma mereka tidak menilai kekuatan kita.

"Mereka tidak boleh singkirkan PAS. Kalau mereka singkir PAS, mereka akan terpelanting. Bukan mereka singkirkan PAS tetapi mereka singkirkan diri mereka sendiri," katanya di sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) sempena Himpunan Fastaqim 2.0, di Kuala Terengganu Golf Resort, di Tok Jembal, malam tadi.

Pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dijangka akan berlaku berikutan keengganan parti pembangkang berkompromi dalam soal rundingan kerusi yang memungkinkan Barisan Nasional (BN) akan kekal sebagai parti pemerintah…

JIKA MAT SABU CALON SELANGOR, PAS MINTA PKR HENTI RUNDINGAN KERUSI

Image
PKR tidak perlu mengadakan rundingan kerusi di Selangor dengan PAS, sekiranya ura-ura Presiden Amanah, Mohamad Sabu akan diletakkan sebagai calon di negeri ini terbukti benar.

Itu respon Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi mengulas hasrat Amanah Selangor meletakkan Mohamad, atau Mat Sabu di Taman Templer.

Kerusi DUN Taman Templer yang terletak di Parlimen Selayang kini disandang oleh wakil rakyat PAS, Mohd Zaidy Abdul Talib yang juga merupakan exco kerajaan negeri.

“Saya tak nampak apakah keperluan Mat Sabu bertanding (di Taman Templer) bagi mengalahkan Umno-BN, sebab selama ini PAS bertanding.

“Namun ia terpulang kepada perkiraan pimpinan PH untuk meletakkan (Mat Sabu) dimana-mana.

“Saya percaya keputusan itu, jika benar untuk meletakkan di situ, bermakna PKR tidak perlu memanjangkan angan-angan untuk berbincang dengan PAS. Melainkan itu keputusan dengan sendirinya mengiyakan akan berlakunya pertandingan tiga penjuru di Selangor,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Terdahulu …

FIRMA PENYELIDIKAN KATA, PERTELINGKAHAN PEMBANGKANG ADALAH BAIK UNTUK BN

Image
Malaysia Today, 27 September 2017

(Berita Daily) – Penganalisis BMI Research mencadangkan hari ini bahawa kekacauan di kalangan parti pembangkang akan memecah belahkan asas sokongan mereka dan mendatangkan manfaat kepada Barisan Nasional (BN).

Unit Fitch Group juga berkata ini menyebabkan imej BN dilihat sebagai “sebuah kerajaan yang stabil dan boleh dipercayai yang berkhidmat untuk rakyat”, yang mana memberi kesan yang baik untuk kedua-dua landskap politik dan persekitaran perniagaan.

“Kekecohan di dalam pembangkang adalah baik untuk BN, yang mana kami jangkakan akan menjadi penerima manfaat terbesar dari pertandingan tiga penjuru itu,” katanya dalam satu laporan.

BMI juga berkata Umno berjaya mengingatkan orang ramai mengenai rekod prestasi ekonomi BN, satu mesej yang akan diperkukuhkan lagi dengan pemulihan ekonomi Malaysia sejak 2016.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia telah melebihi sasaran untuk dua suku yang sebelumnya: 5.6% pada suku pertama dan 5.8% pada…

PANDAI BETUL WAYANG DAP NI!!!!! WAN JI DILANTIK PEGAWAI PENERANGAN GUAN ENG

Image
Pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pelantikan penceramah popular Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan bagi membantu usaha menjawab naratif tidak benar terhadap kerajaan negeri dalam perkara berhubung agama Islam.

Ahli PKR berusia 35 tahun dari Kelantan itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Komtar hari ini.

Lim berkata Wan Ji akan berganding bahu dengan penasihat strategik beliau, Saifuddin Nasution Ismail, yang juga setiausaha agung PKR.

“Kami sukacita dengan kehadiran Wan Ji untuk membantu menyempurnakan dasar kerajaan,” kata Lim pada sidang media hari ini.

Wan Ji dalam ucapan berkata ajaran Al-Quran mengenai tadbir urus yang baik akan menjadi panduan dalam melaksanakan tugasnya.

“Keperluan asas tadbir urus yang baik ialah melakukan kebaikan untuk rakyat. Pulau Pinang sudah banyak melakukan kebaikan untuk masyarakat Islam. Saya akan menjawab propaganda seteru politik yang mendakwa sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Saif…

“MAT SABU TAK SESUAI DENGAN BUDAYA ORANG SELANGOR”

Image
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan mengalu-alukan hasrat Mohamad Sabu mahu bertanding di Selangor tetapi berkata presiden Amanah itu tidak sesuai dengan budaya orang Selangor.

“Saya rasa rekod dan latar belakang dia tak sesuai dengan budaya orang Selangor. Kita boleh lihat dia bercakap, bukan personaliti yang baik untuk bawa masa depan yang baik.

“Kita perlu satu budaya dan perangai yang boleh membantu akhlak baik untuk masa depan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini mengenai cadangan Amanah meletakkan presiden mereka sebagai calon pilihan raya umum ke-14 di kerusi Parlimen Kota Raja dan DUN Taman Templer.

Langkah meletakkan personaliti politik terkenal itu dipercayai sebahagian daripada usaha menempatkan Amanah sebagai pengganti PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

“Jika kita lihat latar belakang Mat Sabu, dia tidak sesuai untuk rakyat di Selangor dan tidak sesuai untuk dijadikan modal untuk masyarakat,” kata Mat Nadzari.

“Selama ini…

“ADAKAH PAKATAN HARAPAN PERJUANG FAHAMAN ISLAM LIBERAL?,” TANYA PAS

Image
MENJELANG PRU14 yang bakal tiba tidak lama lagi, persoalan utama yang patut diajukan kepada Pakatan Harapan (PH) ialah apakah acuan, ideologi dan sistem yang PH mahu guna pakai sekiranya memerintah Malaysia?

Hal ini amat penting kerana kita dapat lihat sendiri bagaimana DAP begitu dominan dalam menentukan halatuju arah perjuangan PH.

Contoh terbaru ialah dalam isu Better Beer Festival.

DAP begitu lantang menentang keputusan pihak berkuasa iaitu DBKL dan PDRM yang melarang penganjuran pesta arak diadakan di ibukota KL.

Kita juga perlu meneliti siapakah pendokong utama yang berada di hadapan mahupun yang berada di sebalik tabir PH?

Kelihatannya, PH lebih cenderung kepada ideologi liberalisme dan sekularisme.

Mereka begitu gigih berjuang atas nama kebebasan dan hak asasi manusia mengikut tafsiran Barat bukannya acuan Malaysia.

Semestinya, ini bercanggah dengan ajaran Islam yang merupakan agama Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia.

Pada masa sama, kita …

Pesta arak: Pemimpin DAP ingatkan PAS jangan menyibuk

Image
SHAH ALAM: Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran pesta arak 'Better Beer Festival 2017' (BBF17) di negeri ini. Sambil menempelak PAS, beliau berkata, kadar AIDS dan isu sosial di Kelantan adalah lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri ditadbir PAS itu. "Adakah PAS mahu jadi hero? Pemimpin PAS terutama di Kelantan jaga tempat (negeri) sendiri, jaga tempat mereka dahulu. "PAS melompat dalam isu pesta arak macam orang mabuk. Saya yang minum (arak), kenapa dia (pemimpin PAS) yang mabuk? Kenapa PAS hendak sibuk?," katanya. Beliau yang juga EXCO Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan dan Pengangkutan Selangor berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini. Ditanya sama ada akan turut serta dalam pesta itu, pemimpin DAP berkenaan berkata, beliau akan pergi jika dijemput kerana beliau juga minum arak. "Ini cara hidup orang bukan Islam, jadi …

Aziz ulas laporan Nurul Izzah nak 'lari' bertanding di Johor

Image
Jika benar Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ingin 'melarikan' diri dari Lembah Pantai dan bertanding di Johor pada PRU14  akan datang, beliau hanyalah menempah bala, kata Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi. Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan itu, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pasti sedar bahawa dirinya tidak mampu untuk memenangi semula kerusi Parlimen Lembah Pantai kerana tidak memberi khidmat kepada rakyat. "Saya melihat Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin lebih memberi khidmat kepada rakyat berbanding Nurul Izzah. "Malah, Residensi Kerinci yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan hasil perjuangan UMNO Lembah Pantai dan bukannya ahli parlimen di situ," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita sebuah akhbar yang menyatakan sekurang-kurangnya empat pemimpin utama Pakatan Harapan difahamkan sudah bersedia bertanding di Johor pada PRU1…

Perjanjian Malaysia 1963... Pembohongan Mahathir terus didedahkan5

Image
Kenyataan 'top dog' Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad yang kononnya mahu melihat kembali Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak jika pembangkang menang PRU14 terus menerima kecaman berbagai pihak. Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata Mahathir pasti akan menggunakan alasan 'terlepas pandang' jika ditanya mengenai persetujuan berat sebelah yang wujud dari Akta Pembangunan Petroleum yang dibuat pada tahun 1974. Selama 22 tahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri, tidak langsung beliau mempunyai hati untuk mengubah perkara ini. Tetapi dek kerana dendam kesumat dan geram, beliau sanggup menyalahkan orang yang telah meninggal dunia tanpa ada rasa bersalah pada dirinya. Jelasnya, Mahathir sanggup menyalahkan mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak di atas persetujuan yang telah dibuat ketika itu. "Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah melancarkan manifesto mereka bagi negeri Sarawak. Antara janji yang terkandung…

Tian Chua nak jadi hero... tarik rayuan kena penjara sebulan

Image
Sebulan penjara tolak cuti mungkin hanya 22 hari Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua kena bermalam dalam tirai besi. Tapi mengenangkan namanya pun sudah semakin dilupakan, tindakan Tian Chua itu boleh menaikkan balik 'sahamnya' dikalangan penyokong pembangkang. Itulah hakikatnya 'drama' sebabak yang dibuat oleh Tian Chua pagi Jumaat selepas melucutkan peguamnya yang juga Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran dan enggan meneruskan rayuan di Mahkamah Rayuan sebentar tadi. Berikutan itu, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Mohtaruddin Baki mengarahkan Tian Chua menjalani hukuman penjara sebulan di Penjara Kajang bermula hari ini dan denda RM1,000. Terdahulu Hakim Mohtaruddin menerima keputusan Tian Chua untuk tidak merayu dengan berkata itu merupakan hak beliau di bawah undang-undang. Hakim Mohtaruddin bersidang bersama Hakim Datuk Zakaria Sam dan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Naib Presiden PKR itu sebelum ini membuat rayuan terhadap sabitan melanggar ara…

Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) laris…PM umum tambahan 500 juta unit

Image
Hairan bin ajaib…sana sini ada puak yang galak sebar kononnya Malaysia sudah nak bangkrap dan rakyat sedang menderita merana segala macam namun sebaliknya 1.5 billion unit saham Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) habis terjual dalam tempoh setahun saja. Jumaat…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan tambahan 500 juta unit lagi AHB menjadikan saiznya terkini 4 billion unit. Sebenarnya ini bukan kali pertama kerajaan umum tambahan unit AHB.

Sejak dilancarkan enam tahun lalu ini adalah kali keempat. Berucap melancarkan tambahan unit AHB di Kuala Lumpur ,Najib memberitahu sewaktu mula lancar enam tahun lalu saiz AHB ialah 1 billion unit.
"Enam tahun yang lepas iaitu pada 2010, saya sendiri telah merasmikan dana asal AHB sebanyak satu bilion unit dan beberapa tahun kemudian, saiz tersebut telah ditingkatkan sebanyak dua kali pada tahun 2012 dan 2013 lalu menjadikan jumlah keseluruhan dana AHB pada masa itu sebanyak dua bilion unit.
"Tahun lepas pula, sebanyak 1.5 bili…

Mat Sabu takkan menang di Taman Templer, kata Mohd Zaidy

Image
SHAH ALAM: Datanglah Mat Sabu, atau sesiapa sahaja daripada Amanah dan DAP, kerusi Taman Templer tetap selamat menjadi milik PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Demikian keyakinan yang dinyatakan penyandang kerusi berkenaan Mohd Zaidy Abdul Talib, ketika diajukan hasrat Amanah untuk meletakkan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai calon di kerusi berkenaan. "Taman Templer sejak sebelum ini sudah menjadi tumpuan Amanah, DAP dan BN. Yang terbaru ini bahawa Amanah hendak meletakkan Mat Sabu bertanding di Taman Templer. "Saya yakin PAS tetap dihati rakyat dalam PRU14," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini. Mohd Zaidy, yang juga exco PAS dalam kerajaan Selangor percaya rakyat di negeri ini bijak dalam menilai dan mencatur kebolehan seseorang pemimpin. Untuk rekod Mohd Zaidy menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 menewaskan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Subahan Kamal (Umno). Beliau dilantik sebagai exco kerajaan negeri selepas berlaku krisis Menteri Besar Se…

TERKEJUT IKLAN DI SELANGOR: ARAHAN DAP ATAU PKR ?, AMBIL PEKERJA CINA SAHAJA ?

Image

PESTA ARAK : AZMIN PERLU NYATAKAN PENDIRIAN SEBENAR – PAS

Image
Ke­rajaan PKR Selangor digesa me­nyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak penganjuran Better Beer Festival 2017 sekiranya diadakan di negeri itu.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu memberi penjelasan mengenai ke­nyataannya sebelum ini berhubung isu tersebut.

Katanya, kenyataan Mohamed Azmin yang memperlihatkan seolah-olah beliau tidak menghalang pesta arak asalkan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan atas alasan menghormati hak kaum dan agama lain menimbulkan tanda tanya.

“Sekiranya mana-mana agama membenarkan penganutnya minum arak itu adalah hak kebebasan mereka untuk mengamalkannya.

“Yang kita bantah ialah soal pesta kerana dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama Persekutuan semua pihak harus menghormati sensitiviti umat Islam.

“Saya harap kerajaan Sela­ngor tegas membuat kenya­taan dan tindakan hitam putih dan jangan ‘play safe’ dalam membuat kenyataan. Pas tidak mahu pesta itu nanti menarik …

MAS: KALAU TIDAK TAHU, MAHATHIR KENALAH TANYA

Image
Teruk juga penyakit “tidak tahu” ini. Masa jadi PM, “tidak tahu” duit hilang sampai RM32 billion.

Bila sudah tiada kuasa dan duduk sama dengan DAP, Mahathir jadi “profesor serba tahu” pula.

Tahu macam mana? Mahathir bukan ada di situ pun. Adalah lebih baik Mahathir bertanya dari bercakap “tidak tahu”.

Beberapa hari lepas, Mahathir telah membangkitkan persoalan sama ada Malaysia Airlines Berhad (MAS) akan membeli pesawat udara Airbus atau Boeing, atau kedua-duanya dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau tertanya-tanya jika kemungkinan pembelian 64 pesawat Boeing dan Airbus itu memang sebahagian daripada rancangan MAS.

“Adakah MAS akan beli Airbus A350-900 atau Boeing 787 Dreamliner atau kedua-duanya? Adakah keputusan membeli 58 Boeing dibuat MAS, atau ia keputusan peribadi Najib (Razak) sebagai habuan peluang bergambar dengan Trump?” demikian tuduh Mahathir dalam blognya.

Ternyata Mahathir tidak senang duduk dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, apatah lagi…

LAWATAN AZMIN KE CHINA BUKTI PEMBANGKANG HIPOKRIT

Image
Baru-baru ini lawatan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ke Cina kononnya meraih pekaburan adalah bukti yang menunjukkan sikap hipokrit pakatan pembangkang. Politik putar belit yang ditunjukkan oleh Azmin Ali membuktikan segala tohmahan pembangkang bahawa Malaysia akan dijual kepada China selama ini umpama meludah ke langit.

Laluan Azmin Ali mengadakan kunjungan ke China hanya sekadar khayalan jika tiada usaha awal dirintis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri yang menggerakkan pelbagai usaha bagi membawa masuk pelaburan dari China, sama ada melalui peringkat antara kerajaan (G2G), perniagaan ke perniagaan (B2B) mahupun rakan setara (P2P) seperti lawatan ke republik.

Hasilnya jumlah pelaburan China ke Malaysia mencecah lebih RM 30 bilion selain menempa laluan untuk Ali Baba Group membuka hab pengedarannya di Sepang yang secara tidak langsung membawa pulangan kepada Kerajaan Selangor. Kejayaan Perdana Menteri membawa sejumlah pelabur…