PKR, DAP yang singkir diri sendiri, kata Hadi

KUALA NERUS: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya tidak ada masalah bersendirian tanpa kerjasama PKR dan DAP.

Sebaliknya menyifatkan kedua-dua parti itu yang 'menyingkirkan diri sendiri'.

"Patut mereka sedar PAS ada 195 kawasan di seluruh negara dan 7,000 cawangan.

"Kita sangat terbuka dengan parti-parti lain termasuk PH. Cuma mereka tidak menilai kekuatan kita.

"Mereka tidak boleh singkirkan PAS. Kalau mereka singkir PAS, mereka akan terpelanting. Bukan mereka singkirkan PAS tetapi mereka singkirkan diri mereka sendiri," katanya di sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) sempena Himpunan Fastaqim 2.0, di Kuala Terengganu Golf Resort, di Tok Jembal, malam tadi.

Pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dijangka akan berlaku berikutan keengganan parti pembangkang berkompromi dalam soal rundingan kerusi yang memungkinkan Barisan Nasional (BN) akan kekal sebagai parti pemerintah pusat.

Malah PAS berulang kali menegaskan ia tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) ataupun BN sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ketiga bagi menghadapi PRU14.

Gagasan Sejahtera melibatkan antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) serta Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).

PAS sedia berdepan Pakatan dan BN dalam tiga penjuru.

Hadi, dalam pada itu turut diajukan hasrat DAP untuk bertanding di kerusi DUN Kelantan pada PRU14 nanti.

"Negara demokrasi, boleh bertanding di mana sahaja dia nak letak calon asalkan ada kawasan Parlimen, bukan Pulau Kapas, (Pulau) Bidong," katanya sinis.

Terdahulu Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengakui hasrat DAP untuk meletakkan calon di negeri itu namun tiada perbincangan di peringkat PH dalam soal itu.

Dikatakan DAP berminat dengan kerusi DUN Kota Lama dan mahu meletakkan calon Melayu. Kerusi berkenaan ketika ini disandang oleh wakil rakyat PAS, Datuk Anuar Tan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana