Posts

Showing posts from June, 2016

Seruan PM Kita Memang Terbaik.....Daripada mengkritik lebih baik beri cadangan - PM

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, memang mudah untuk rakyat mengkritik kerajaan tetapi amat sukar untuk bagi mereka memberi cadangan dan alternatif yang lebih baik. "Ini yang saya nak tegaskan kepada generasi muda masakini. Kita boleh kritik tetapi lebih baik kita bagi cadangan yang lebih efektif," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Felo Perdana 2016 kepada menteri-menteri kabinet di Putrajaya, Rabu. Katanya mentadbir negara yang berbilang kaum dan budaya bukan satu tugas mudah tetapi kompleks. "Ia kompleks dan tak semudah yang kita lihat dari luar. Bila kita lihat dari luar, mungkin mudah bagi kita untuk memberi pandangan atau mengkritik. "Tetapi bila kita di dalam baharu kita faham rupa-rupanya untuk mentadbir negara berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa tidak semudah sepertimana kita melihat dari luar," katanya. Katanya, dalam membuat keputusan, tidak ada pilihan mudah, malah sentiasa ada konflik.

DAP enggan tarik balik kata-kata kesat kepada penyokong BN

Image
Sekarang rakyat Malaysia boleh menilai sendiri dari kelas macam mana pemimpin-pemimpin DAP ini hidup sehari-hari. Ini selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menarik balik semula perkataan kesat yang dikeluarkan terhadap penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada sesi debat terbuka di negeri itu, malam tadi. Pendirian itu dinyatakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada Rabu. Guan Eng berkata, pihaknya tidak akan menarik balik perkataan kesat seperti 'bodoh' dan 'samseng' yang digunakan EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Utiliti negeri, Lim Hock Seng pada sesi debat berkenaan. "Tak payah cakap lagi (mengenai penggunaan kata kesat pada sesi debat terbuka). Kita ada perkara lebih besar yang perlu difikirkan," katanya kepada pemberita. Terdahulu, Hock Seng yang hadir pada sidang media sama dihalang Guan Eng daripada menjawab soalan sama ada akan menarik balik kenyataannya pada sesi debat

MADEY Kan ADaaaaa...Orang HEBAT KAn....PAN tak boleh hidup sendiri...

Image
Inilah kebenaran yang menyakitkan... hakikatnya Parti Amanah Negara (PAN) tidak boleh hidup sendiri... ia merupakan parti yang berpotensi, sekiranya disokong oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Menurut kajian Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar kempen parti yang baru ditubuhkan itu di kedua-dua PRK, menerima banyak bantuan dari DAP di dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. "Kempen tersebut lebih lebih baik daripada apa yang berlaku semasa pilihanraya negeri Sarawak, di mana setiap parti pembangkang seolah-olah berkempen secara bersendirian,"kata beliau dalam forum mengenai masa depan Pembangkang untuk PRU-14. Cuba bayangkan kalau PRU-14 nanti adakah DAP akan berikan bantuan sepenuhnya atau akan jadi seperti di Sarawak, masing-masing dengan kerja masing. Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan berbeza pendapat dengan tiga panel dalam forum itu, apabila mengatakan kewujudan Amanah dalam PH hanya menghancurkan k

Selepas Kena Pecat Dari UMNO.....Mukhriz Semakin Merepek Dan Sasau Kot

Image
Beliau adalah salah seorang daripada trio yang menerima hukuman setimpal diatas pengkhianatannya terhadap UMNO. Apa yang beliau nikmati sebelum ini hanyalah berdasarkan kepada jasa bapanya yang amat gemar masuk campur dalam urusan negara walaupun bapanya bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. Beliau adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau yang sebelum ini lebih banyak mendiamkan diri setelah perilakunya dikesan bersekongkol dengan bapanya mahu menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia, secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang melucukan. Malah, tanpa sebarang bukti yang kukuh, beliau mendakwa kerajaan hari ini ada mengadakan perjanjian sulit dengan PAS untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang. Dalam kenyataannya, beliau mendakwa, UMNO dan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menyerahkan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis kepada PAS sebagai balasan untuk PAS bekerjasama semula dengan UMNO dan BN. Beliau mendakwa, perkara ini s

Dilema Protun... tubuh parti baru atau join parti sedia ada...Sendiri Cari PAsal...Duduk Elok Elok Buat Hal

Image
Bukan lagi rahsia kumpulan penyokong Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai 'Protun' tengah berkira-kira mahu menubuhkan satu parti politik baru sebagai platform mereka. Tentulah Mahathir tidak akan aktif, mungkin jadi penasihat atau mursyidul am saja... mahu tidak mahu nampaknya seperti yang beliau rancangan, orang kuatnya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan lead dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bantu. Itu rancangan nombor satu yang lebih mudah dari segi menentukan struktur parti. Yang lebih mencabar jika Protun memilih untuk join parti yang sedia ada, samada PAS, PAN,mahupun DAP. Menyertai mana-mana parti yang sudah wujud akan menyukarkan pembahagian jawatan. PKR tolak tepi... Muhyiddin yang popularkan ungkapan PKR = Parti Kian Runtuh... kalau dia masuk PKR juga, propagandis UMNO/BN boleh ulang tayang video tu berkali-kali, baik guna media arus perdana mahupun media sosial. Lagipun, PKR dah sarat dengan agenda. Agenda Anwar, agenda ex PRM (sosial

Drama Tokong Di Mahkamah...Kononnya Nak Tunjuk Simpaty Rakyat

Image
 Pagi ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang. Dua pertuduhan ke atasnya, satu di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan satu lagi Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). Seksyen 23 Akta SPRM bagi pertuduhan meluluskan tukar syarat tanah milik sebuah syarikat bernama Magnificent Emblem SB yang dimiliki oleh seorang bernama Phang Li Koon. Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli sebuah banglo pada harga yang diketahuinya adalah lebih murah dari harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan bernama Phang Li Koon. Phang Li Koon, pemilik syarikat dan pemilik banglo tersebut juga dihadapkan ke Mahkamah. Buat masa ini belum jelas pertuduhan ke atasnya. Sejumlah 10 peguambela yang diketuai Gobind Singh Deo akan berentap dengan 6 pendakwaraya yang diketuai TS Apandi dalam kes Guan Eng di Mahkamah Tinggi Georgetown. Antara barisan peguambela terdiri daripada Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer. Kes berkenaan telah dipindahkan ke M

INILAH ZAMAN MADEY KETIKA DAHULU.....ZAMAN MAHATHIR LEBIH DASYAT PECAT SEPARUH AHLI UMNO

Image
Dalam ramai warga politik dan warga media serta pelayar internet sebuk menceritakan hal TS Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dipecat , ramai dari kalangan mereka lupa dizaman pemerintahan Tun Mahathir, separuh dari ahli UMNO di pecat cara sistematik. Boleh lah di kira majoriti mereka menjadi “collateral damage”atau pun mangsa tanpa sengaja kerana Tun Mahathir mensasarkan penyokong Tengku Razaligeh Hamzah harus di halang menjadi ahli UMNO Baru. Kronoloji bermula apabila Tun Mahathir menyedari bahawa diri nya sudah tidak di sukai lagi kerana beliau hanya menang amat tipis dengan orang bawahan nya sendiri. Menang 43 undi. Setelah memegang kuasa selama hampir 7 tahun pun Mahathir hampir tergolek dengan oranmg bawahan nya Ku Li, dan ini melambangkan betapa ahli UMNO sudah tidak menyukai nya lagi. Dengan muka tebal Tun Mahathir menyatakan “menang satu undi pun tetap menang”.Maka atas sebab kemenangan tipis maka Tun Mahathir berfikir nyawa politik nya tidak akan kekal jika merek

Ambil Kau Akhirnya Jatuh Ketanah Jua.....Pembunuh Upahan Ditembak Mati Di USJ 11, Subang Jaya

Image
SUBANG JAYA: Suspek utama dalam kes pembunuhan dua adik-beradik di persimpangan lampu isyarat di Batu Caves pada minggu lepas telah ditembak mati oleh polis pada Rabu. Sebelum kejadian, lelaki itu yang merupakan seorang bekas banduan dengan kesalahan dadah sedang tidur di dalam sebuah kereta Proton Wira curi yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di jalan USJ 11/1D di sini pada kira-kira pukul 12.10 tengah hari. "Polis menghampiri kereta berkenaan untuk pemeriksaan dan menunjukkan kepadanya kad pengenalan mereka. "Suspek kemudiannya mengeluarkan sepucuk pistol hingga memaksa polis melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri," kata Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar. Suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. Lelaki berusia 37 tahun itu turut ditahan di bawah Ordinan Darurat. DCP Abdul Rahim berkata, suspek sedang tidur di dalam kereta itu apabila

Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Tuduhan Rasuah Libatkan Tanah Dan Banglo

Image
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta  pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. Bagi pertuduhan pertama Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd. Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014. Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda t

AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMEGANG AKAUN MAYBANK?

Image
Semua pemegang Kad ATM Matbank diminta berhati-hati ketika mengeluarkan wang dari mesin ATM. 1. Apabila anda memasukkan nombor PIN, anda akan mendapat mesej "invalid pin number" pada skrin mesin ATM tersebut. 2. Kemudian anda masukkan kembali nombor PIN untuk kedua kalinya. Mesej "invalid PIN number" dan "please call this number 'XXX-XXXX' akan terpapar pada skrin. 3. Jika anda memanggil nombor tersebut, anda akan kehilangan wang anda. Jika anda menghadapi keadaan seperti di atas, JANGAN PANGGIL NOMBOR TERSEBUT. Sebar dan kongsikan maklumat ini di kalangan kawan-kawan anda. MOHON SEBARKAN!

Jangan Sangka Kita Nampak Orang Itu Baik Orangnya.....Tetapi Belakang Kita Siapa YAng TAhu

Image
PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terkejut apabila mengetahui bahawa pengerusi MyWatch Datuk R. Sri Sanjeevan telah ditangkap kerana didakwa peras ugut. Musa, yang pernah menjadi penaung MyWatch berkata beliau terkejut apabila mengetahui tentang penangkapan Sanjeevan. "Dia kelihatan seperti seorang yang benar-benar jujur dalam usaha mengurangkan jenayah di negara ini. "Selepas ditangkap, saya mendapati ia menjadi sebaliknya." katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Rabu. Beliau berkata polis perlu menjalankan pemeriksaan latar belakang ahli NGO itu untuk memastikan mereka tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi.

SPRM: Guan Eng, Phang Ditahan Atas Arahan Peguam Negara

Image
PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo di Jalan Pinhorn di George Town, Phang Li Koon ditahan atas arahan Pejabat Peguam Negara. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya pada Rabu berkata, Lim ditahan di pejabatnya di Tingkat 28, Bangunan Komtar di sini pada pukul 5.45 petang manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden. "SPRM telah melaksanakan tangkapan ke atas Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon setelah mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok," demikian menurut SPRM dalam kenyataan itu. Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Phang akan dituduh mengikut Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi Khamis. Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau akan mengetuai barisan pihak pendakwaan Khamis. "InsyaAllah, saya akan mengetuai barisan pihak pendakwaan di Mahkam

#ROMBAKANKABINET !!! JAWAPAN SEBENAR KENAPA DS AHMAD HUSNI BERUNDUR DIDEDAHKAN !!!

Image
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat spekulasi berhubung peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam UMNO dan Kabinet.Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Annuar Musa berkata,spekulasi yang timbul mengatakan Menteri Kewangan II itu digugurkan daripada Kabinet tidak benar sebaliknya beliau memilih untuk tidak menyambung perkhidmatan atas sebab peribadi.Beliau yang juga Pengerusi Mara menjelaskan,Ahmad Husni ditawarkan untuk berada dalam Kabinet pada posisi tertentu, namun beliau memilih untuk tidak menyambung perkhidmatan. “Bagi saya tidak timbul soal digugurkan atau tidak daripada Kabinet dan mengenali Ahmad Husni, beliau seorang yang jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta amanah diberikan,” katanya selepas meraikan usahawan di bawah kelolaan Mara di Ketereh semalam.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai pelbagai spekulasi yang timbul selepas Husni diumumkan tidak berada dalam Kabinet yang diumumkan semalam ser

Malam 7 liku di hadapan pejabat SPRM...GEng GEng Lilin Semalam

Image
DAH ada Melayu yg meratap,nenangisi penangkapan LGE oleh SPRM sambil memegang lilin..makin bangang dah Melayu2 ini..itu amalan Yahudi la ngok!Harap ke tudung dan kopiah je!

Akhirnya Kena Tangkap Oleh SPRM!!!! Guan Eng Hadapi Dua Dakwaan Rasuah

Image
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Rabu. Setiausaha Agung DAP itu telah ditangkap sebaik sahaja beliau keluar dari bilik mesyuarat kira-kira pukul 6.20 petang selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Komtar. Lima hingga lapan pegawai lelaki berpakaian biasa dilihat mengiringi Lim memasuki lif peribadi dari Aras 28. Exco negeri, Chow Kon Yeow memberitahu pemberita bahawa Lim akan dibawa ke pejabat SPRM dan beliau akan diberikan waran tangkap berhubung dua pertuduhan. "Dakwaan adalah mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 165 Akta Pencegahan Rasuah. "Pertuduhan pertama adalah mengenai kelulusan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar tanah pertanian kepada kediaman. "Tetapi seperti yang kita tahu, ia telah ditolak oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang. "Yang kedua adalah berkaitan dengan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran. "Beliau akan didakwa pagi es

Guan Eng ditahan SPRM kes banglo...Phang Li Khoon juga dicekup

Image
 PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan waran tangkap kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipercayai berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn, pada harga RM2.8 juta. Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin melalui akaun Twitter pada kira-kira pukul 5.50 petang, Rabu. "Waran tangkap telah dikeluarkan kepada Ketua Menteri. Beliau akan dibawa ke SPRM HQ bila-bila masa tidak lama lagi #penang," demikian tulis Dr Afif. Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menerusi Twitter juga berkata: "Guan Eng ditahan oleh SPRM atas dua pertuduhan rasuah dan akan ke mahkamah pagi esok." Sebelum itu, The Star Online melaporkan bahawa pegawai-pegawai SPRM berada di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar ketika Lim sedang mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri. Kira-kira pukul 4.55 petang, lima hingga l

APA NAK JADI LAH!!!! FITNAH TERHADAP PM DS @NAJIBRAZAK ?

Image
Lagi nak buat fitnah....inilah dikatkan Biadap dan kurang ajar.Gambar ini sebenarnya masa PM Bayar zakat Fitrah.Ini adalah gurauan amat Buruk sekali...orang seperti ini wajib diambil tindakan tegas.

Tiada kerjasama dengan UMNO - MB Kelantan.... Jadi Siapa Yang Bercakap BOHONG Mukriz?

Image
PAS tiada sebarang kerjasama dengan UMNO mengenai penyerahan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada PAS pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob. Beliau berkata jika adapun kerjasama hanya yang membabitkan perkara kebajikan dan kebaikan kepada rakyat. "Setakat ini tiada sebarang perjanjian, cuma kita (PAS) akan beri kerjasama kepada pekara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat. Itu dasar kita sejak dahulu lagi. "Dalam perkara yang menimbulkan dosa dan perseteruan sebagainya, kita tidak ada sebarang kerjasama," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mendakwa wujud kerjasama politik antara UMNO dan PAS. Ahad lepas, dalam satu majlis di ibu negara, Muhkriz mendakwa beliau mengesyaki terdapat perjanjian UMNO-PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan. Ahmad yang

Kementerian kesal laporan Sinar Harian ‘dorong’ anti-vaksin

Image
Kementerian Kesihatan hari ini menyangkal dakwaan seorang ibu yang berkata suntikan vaksin menyebabkan anaknya tidak dapat bergerak normal, dan menjelaskan kanak-kanak itu sebenarnya mengalami sejenis penyakit otak sejak dalam kandungan. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, turut mengkritik laporan Sinar Harian Isnin lalu, yang memetik seorang ibu sebagai berkata beliau trauma melihat apa yang menimpa anaknya yang berusia 4 tahu, sejak diberi suntikan pada usia tiga bulan. “KKM kesal dengan pelaporan berita yang tidak tepat seperti ini kerana ia boleh menyebabkan salah tanggapan orang awam yang mendorong mereka kepada penolakan vaksin,” katanya. Hasil siasatan KKM mendapati, ibu kanak-kanak, Nor Wahida Abu Hassan, 27, dirujuk di sebuah klinik kesihatan di Baling, Kedah kerana saiz kandungan kecil. Pemeriksaan susulan oleh pakar di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kemudian mendapati keadaan bayi itu disebabkan ibunya mengidap jangkitan semasa m

Dilema Protun... tubuh parti baru atau join parti sedia ada

Image
Bukan lagi rahsia kumpulan penyokong Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai 'Protun' tengah berkira-kira mahu menubuhkan satu parti politik baru sebagai platform mereka. Tentulah Mahathir tidak akan aktif, mungkin jadi penasihat atau mursyidul am saja... mahu tidak mahu nampaknya seperti yang beliau rancangan, orang kuatnya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan lead dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bantu. Itu rancangan nombor satu yang lebih mudah dari segi menentukan struktur parti. Yang lebih mencabar jika Protun memilih untuk join parti yang sedia ada, samada PAS, PAN,mahupun DAP. Yang sudahnya adalah menyertai mana-mana parti yang sudah wujud akan menyukarkan pembahagian jawatan. PKR tolak tepi... Muhyiddin yang popularkan ungkapan PKR Parti Kian Runtuh... kalau dia masuk PKR juga, propagandis UMNO/BN boleh ulang tayang video tu berkali-kali, baik guna media arus perdana mahupun media sosial. Lagipun, PKR dah sarat dengan agenda. Agenda Anwar, ag

Meh sini nak azankan telinga ko kot mau kembali ke pangkal jalan.

Image
1. Putrajaya Petronas PUMP IN yang merupakan wang rakyat sebanyak rm2b. Bukan duit Madey. 2. KLCC Petronas membeli tapak tanah dari Ananda Krishan yang asalnya dibeli dengan harga RM110juta tetapi Petronas terpaksa bayar RM900juta. Ananda smiling all the way to the bank. Duit Petronas, duit rakyat. Bukan duit Madey. Yang pastinya Melayu hanya jadi penunggu tandas dan kuli foodcourt. 3. Petronas Pengasasnya adalah Tun Abdul Razak dan Tengku Razaleigh Hamzah. Madey hanya duduk disitu sebagai penasihat sementelah dia adalah PM ketika itu. Berapa banyak duit Pertronas digunakan bagi PUMP IN dan BAIL OUT syarikat syarikat kroni Madey. Mohkzani pun dapat hasil 'bailout' dari Petronas...duit rakyat bukan bukan duit Madey. 4. Litar Sepang Anak Madey Pengerusi Sepang International Circuit SIC. Anak anak Melayu hanya merempit dijalan raya. Tak mampu tempuh SIC. 5. Klia Cuba tengok siapa yang dapat kontrak ERL - KL Sentral. Bukan YTL ke kroni baik Madey? Perjanjian

Alhamdulillah Masih Ada Yang Peduli!Inilah Baiknya BUdi Pekerti PM Kita....Aamiin

Image
 Beliau nak turun padang sendiri bersama rakyat dan melihat kesusahan rakyat.PM Najib berbesar hati belanja pakaian raya kepada penghuni rumah Darul Fikrah.Malah meluangkan masa memilih pakaian untuk mereka. Terbaiklah!‪#‎RespectMyPM‬

Mari Kita TEngok Kejayaan PM Kita.....Jangan tanya apa pembangunan Najib buat kalau hidup seperti katak di bawah tempurung :

Image
1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di Zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup. 2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan. 3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina. 4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. 5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang. 6. LRT 2 siap walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup. 7. Pelancaran Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118. 8. Projek Bandar Moden Malaysia iaitu TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura. 9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan. 10. Kelulusan projek keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Ter

Pakai Akal Bila BErkata Skit!!!!! Islam Tidak Halang Makan Tempat Awam Di Bulan Ramadhan, Kata Ustaz PKR Wan Ji

Image
Pendakwah Wan Ji Wan Hussin berkata demikian selepas melihat umat Islam di Malaysia sudah terlalu lama diterapkan dengan tanggapan bahawa seluruh masyarakat perlu menghormati mereka. “Cara fikir masyarakat Islam di Malaysia ini perlu diperbaiki. Bukan dengan hanya mengharapkan orang lain yang kena hormat umat Islam di mana pada bulan Ramadan, ketika orang Islam tidak boleh makan, orang lain pun kena hormat, tidak boleh,” katanya kepada FMT. Isu ini ditimbulkan oleh seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama ‘Mrym Lee’ di Twitter menjalankan eksperimen sosial berhubung situasi ini. Dia yang merupakan seorang wanita Islam dan bertudung memutuskan untuk minum di tempat terbuka pada waktu beliau tidak boleh berpuasa. Ekoran tindakannya itu, dia disambut teguran dan malah kemarahan orang di sekitar yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati Islam dan orang yang berpuasa. Namun, Wan Ji yang juga Ketua biro Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan b

Kisah sebenar UMNO Semporna...Jom Kita Baca Molek

Image
Salah seorang dari tiga ADUN dalam Parlimen Semporna Datuk Ramlee Marahaban menegaskan bahawa UMNO Bahagian Semporna masih utuh dan berfungsi seperti biasa walaupun beberapa anggota jawatankuasanya bertindak keluar dari parti itu pada Isnin. ADUN Bugaya itu berkata UMNO Bahagian Semporna akan terus wujud kerana ramai pemimpin berkelayakan yang mampu menggalas tanggungjawab parti itu. "UMNO Semporna akan berfungsi seperti biasa kerana selain mempunyai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, naib-naib ketua Pemuda dan Wanita bahagian masih bersama UMNO Semporna," katanya. Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan Naib Ketua UMNO Semporna Datuk Jaujan Sambakong kononnya 300 cawangan UMNO Bahagian Semporna bertindak keluar parti selepas Naib Presiden yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal digantung keanggotaannya. Semalam, Jaujan berkata selain dirinya, Ketua Pemuda Semporna Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara da

Ustaz PKR lapor mufti Pahang pada polis...Aikkk Ustaz PKR Tak Boleh Menerima KEnyataan

Image
Satu laporan polis dibuat terhadap Datuk Abdul Rahman Osman hari ini berikutan kenyataan mufti Pahang itu yang mengisytiharkan DAP sebagai kafir harbi. Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Biro Agama Pemuda PKR Wan Ji Wan Hussin di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 11.45 pagi. Menurutnya, laporan itu dibuat kerana bimbang elemen pengganas IS menular, lebih-lebih lagi selepas insiden ugutan serangan terhadap Bukit Aman sebelum ini. “Kami minta supaya elemen yang mampu membawa pertumpahan darah ini dielak dan pihak polis harus menanganinya sebagai perkara penting. “Negara ini mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan kefahaman politik. Justeru kita tidak perlu menggunakan kenyataan yang berbaur keagamaan yang boleh membawa kepada pertumpahan darah," kata Wan Ji kepada pemberita di luar IPD itu sebentar tadi. Menurut pandangan popular di kalangan umat Islam, golongan kafir harbi boleh dibunuh kerana tindakan mereka memerangi Islam. Jumaat

Video Kecoh....Terowong Dasar Laut You Bodoh.... You Samseng.... You cilaka...

Image

Video....Debat terbuka terowong dasar laut bertukar kecoh

Image
GEORGETOWN: Sesi debat terbuka berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di sini sebentar tadi, bertukar tegang selepas EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Utiliti negeri, Lim Hock Seng menggelar penyokong Barisan Nasional (BN) sebagai 'bodoh'. Situasi itu berlaku apabila Hock Seng dikatakan gagal mengawal perasaan ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungannya sehingga menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa mengepung pentas utama. Ketika sesi penggulungan itu, Hock Seng turut menggunakan gelaran 'celaka', 'hooligan' dan 'samseng' yang sekali gus membangkitkan kemarahan penyokong BN. Suasana tegang yang berlarutan hampir 10 minit itu juga menyebabkan beberapa penyokong kedua-dua pihak terpaksa dihalau keluar dari dewan, selain terdapat beberapa cubaan untuk menyerang Hock Seng yang ketika itu berada di pentas. Debat terbuka antara Hock Seng dan Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng itu diadakan di Dewan Kompleks Peny

Kerja bodoh, terlalu emosi bakar perlembagaan.

Image
Naib Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Rushdan Mohamed membakar buku perlembagaan Umno apabila timbalan presidennya, Tan Sri Muhyidn Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat.

Aura dan kepemimpinan Muhyiddin, Mukhriz serta Husam terhad?

Image
Apa bezanya kes pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Umno dengan kes bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hingga dilucutkan keahliannya dari PAS? Mereka nampaknya menggunakan taktik mengenakan ‘kerosakan maksimum’ terhadap parti dan mengacah para pemimpin masing-masing supaya memecat mereka walaupun tahu akibatnya parti akan lebih lemah bukan sebaliknya. Pada satu sisi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemecatannya dari Umno adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ini bermakna bahawa beliau memang insaf ada tingkah lakunya yang menyalahi adab Umno. Ini juga membuktikan bahawa beliau faham dan sedar bahawa apa yang dilakukan sejak beberapa bulan selepas digugurkan dari kabinet Malaysia memang akan mengundang padah sedemikian. Justeru pertimbangan beliau tidak mahu membuat rayuan terhadap keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memecat beliau dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kelihatan wajar. Namun anehnya beliau

Ketua Puteri UMNO Semporna nafi keluar parti

Image
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Semporna Zakiah Kalipunya menafikan dakwaan bahawa beliau turut mengambil tindakan keluar parti sebaliknya memilih untuk setia dalam UMNO dan meneruskan wadah perjuangan sehingga tamat tempoh penggal. Zakiah turut menegaskan bahawa beliau masih lagi sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO di bahagian itu. "Ini bagi menghormati mandat perwakilan puteri yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk meneruskan agenda wanita muda," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Semalam, Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti dan tindakan sama kononnya turut diambil tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara termasuk Zakiah dan 300 lagi ketua cawangan bahagian itu. Keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat lepas menggantung keanggotaan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal. Dala

Gantung UMNO Pagoh... ganti pentadbiran baru

Image
Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak akan teragak-agak menggantung UMNO Bahagian Pagoh dan digantikan dengan pentadbiran baharu sekiranya bahagian itu gagal berfungsi. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan UMNO Bahagian itu menolak keputusan pemecatan ketua mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak selari dengan peraturan parti yang menuntut setiap ahli patuh kepada keputusan pucuk pimpinan. “MT akan melihat perkembangan seterusnya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang selari dengan peraturan parti. Jadi terpulang kepada UMNO Bahagian Pagoh membuat pertimbangan. “Yang pastinya, jangan cuba mengugut MT dan jangan cuba membuat peraturan di luar peraturan. “Kita jangka semua mesti mematuhi keputusan parti se­lagi mana mereka menjadi ahli,” katanya pada Isnin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan UMNO Bahagian Pagoh yang menolak keputusan sebulat suara MT dalam isu pemecatan Muhyiddin daripada parti. Mengulas lanjut An

Debat Isu terowong dasar laut kecoh, Exco DAP guna perkataan kurang sopan

Image
Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut" di Kompleks Masyarakat Penyayang di Georgetown Selasa malam yang pada awalnya berlangsung tenang bertukar kecoh apabila wakil panel kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan perkataan kurang sopan. Kekecohan berlaku apabila Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng yang gagal mengawal kemarahannya telah mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'celaka' terhadap lawannya Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng. Namun Liang tetap tenang tetapi penyokong kedua-dua pihak telah menimbulkan suasana kecoh selepas penyokong pemimpin Gerakan itu memprotes perkataan yang digunakan Lim. Debat yang membincangkan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) bernilai RM27 bilion itu dikendalikan oleh moderator Lee Khai bermula 9 malam dan berakhir pada kira-kira 10.30 malam dengan dihadiri lebih seribu penyokong kedua-dua pihak. Bercakap kepada pemberita selepas debat itu, Liang m

Hasrat Muhyiddin Tubuh Parti Baharu Tidak Beri Saingan Pada Umno

Image
KUALA LUMPUR: Rancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu tidak akan memberi saingan kepada UMNO, kata bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Sokongan masih kuat...belum boleh sampai, kekuatan ada pada UMNO," katanya ringkas kepada pemberita selepas ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, Selasa malam. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Penasihat GPMS Datuk Seri Idris Jusoh dan Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa. Pada Ahad lepas, Muhyiddin dalam satu sidang media bersama Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan hasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu. Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu. Ditanya mengenai dakwaan Muhyiddin yang beliau sebenar

Ambil Lah Iktibar Semuanya Ini.....Guna Telefon Bimbit, Wanita Melecur Disambar Api Semasa Isi Minyak Kereta

Image
KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api di sebuah stesen minyak di sini, Selasa. Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Setapak Indah di sini ketika mangsa berusia 25 tahun itu sedang mengisi minyak keretanya sambil menggunakan telefon bimbit. "Akibatnya, berlaku percikan api daripada pam berkenaan hingga menyambar telefon bimbitnya," kata Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani dalam kenyataan di sini. Pihak bomba, yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.25 tengah hari tadi, segera menghantar lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju ke lokasi kejadian. Beliau berkata wanita itu melecur kira-kira 60 peratus pada bahagian badannya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Pemandu Grabcar Diserang Pemandu Teksi...Apa Nak Jadi Lah

Image
PETALING JAYA: Seorang pemandu Grabcar berusia 35 tahun mendakwa diserang dan kenderaannya dirosakkan oleh sekumpulan pemandu teksi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa baharu sahaja tiba di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur untuk mengambil dua pelanggan dari India. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, sebelum kejadian berlaku pelanggan berkenaan baharu sahaja memasuki kereta mangsa apabila seorang pemandu teksi mendekati mereka. "Suspek mula menjerit kepada mangsa kerana mencuri pelanggannya di kawasan tersebut dan memaksa warga asing itu untuk keluar dari kereta. Kerana takut, warga asing berkenaan menuruti arahan suspek. "Mangsa mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa hanya dia berada di situ ketika diminta oleh pelanggan. Suspek kemudian cuba merampas telefon mangsa tetapi gagal. "Pemandu teksi itu kemudian menendang tangan kanan mangsa kerana marah," kata ACP Sharul. Tambah

PAN tidak akan pulangkan kerusi Parlimennya kepada PAS

Image
PAS boleh bermimpi macam-macam... tapi mengharapkan bekas wakil rakyatnya yang meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Nasional (PAN) untuk menyerahkan kembali kerusi mereka adalah mimpi di siang hari. PAN yang 'membawa lari' lapan kerusi Parlimen PAS sudah membuat ketetapan untuk bertanding kembali di kawasan-kawasan tersebut atas tiket PAN. Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, tidak ada sebarang kerusi yang akan diserahkan kepada PAS dalam pilihanraya umum akan datang. Ini bermakna bekas wakil rakyat PAS itu akan bertanding atas tiket PAN. "Kami yang sekarang bersama PAN adalah bekas ahli PAS yang ingin kekal istiqamah dengan janji untuk bersama PKR dan DAP membentuk kerjasama antara tiga parti demi menjatuhkan BN dan membentuk kerajaan yang bersifat adil dan berkebajikan," katanya. Menurut Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam, mana-mana parti politik pembangkang tidak menang jika bertanding sendirian. Katanya, pengajaran utama